Sunday 3 April 2016

TAK PERCAYA DENGAN ZAHID, NAJIB AKHIRNYA BAWA KU LI KE ISTANA UNTUK ANGKAT SUMPAH....


Najib Razak akhirnya sedar UMNO dan BN tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya umum akan datang selagi beliau masih kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Pendedahan demi pendedahan berkaitan 1MDB, wang beribu juta yang masuk ke akaun peribadinya dan hakikat bahawa sudah enam negara memulakan siasatan berkaitan syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu membuatkan Najib akur bahawa segala-galanya kini tidak lagi memihak kepadanya.

Biar bagaimanapun cuba bertahan, berdasarkan laporan-laporan yang disampaikan ke mejanya, Najib terpaksa menerima hakikat bahawa berundur adalah pilihan yang terbaik baginya demi masa depan UMNO, BN dan juga untuk kebaikan negara.

Untuk itu, Najib memutuskan untuk berundur di waktu yang sesuai dan menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan kepada pemimpin lain untuk menghadapi pilihanraya ke 14 yang akan diadakan pada 2018 nanti.

Permintaan Najib cuma satu, beliau mahu diberikan laluan selamat dan dilepaskan daripada sebarang pendakwaan di mahkamah setelah berundur nanti.

Bagi tujuan tersebut, pengganti yang dipilihnya mestilah tokoh berwibawa yang mampu memenangi pilihanraya, memastikan UMNO terus berkuasa dan setuju untuk menyimpan terus fail-fail berkaitan dirinya.

Meskipun Zahid Hamidi adalah Timbalan Perdana Menteri dan sedang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, kebimbangan Najib terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu merangkami dua perkara:-

- karektor Zahid yang tidak cukup kuat untuk memimpin parti dan negara, tidak diterima oleh pengundi bukan Melayu dan lemah dalam kelompok golongan pertengahan Melayu yang semua itu lebih memungkinkan UMNO dan BN kecundang juga dalam pilihanraya akan datang.

Jika kalah dan Pakatan Harapan yang berkuasa, sudah tentu mereka akhirnya akan mengheret Najib ke muka pengadilan dan ia menjadikan penyerahan kuasanya kepada Zahid tidak memberi apa-apa makna kepada diri dan keluarganya.

- berikutan karektornya yang lemah juga, yang lebih membimbangkan Najib ialah jika setelah menjadi Perdana Menteri, Zahid akan segera mengambil jalan mudah dengan mendakwanya di mahkamah bagi mendapatkan sokongan rakyat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah Badawi dahulu yang membawa Kasitah Gadam ke muka pengadilan bagi menghantar isyarat pentadbirannya benar-benar serius dalam memerangi rasuah yang melibatkan jerung-jerung besar.

Dalam bahasa yang mudah, Najib sebenarnya tidak percaya kepada Zahid Hamidi. Oleh itu, untuk menyelamatkan dirinya, Najib mesti memilih orang lain untuk mengambil alih tempatnya.

Pilihan terbaik Najib ketika ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah.  Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan saja mempunyai karektor yang kukuh untuk membawa UMNO memenangi pilihanraya, mampu mentadbir negara, memulihkan keyakinan pengundi bukan Melayu, mengembalikan kekukuhan ekonomi, malah juga diterima oleh semua kelompok. 

Orang bandar, penduduk kampung, golongan pertengahan, elit Melayu dan semuanya boleh menerima Tengku Razaleigh.

Disebabkan kemampuan dan karektornya yang kukuh berbanding Zahid, Tengku Razaleigh tidak memerlukan sama sekali elemen Najib dibawa ke mahkamah untuk membantunya menarik sokongan rakyat.

Dengan itu, dari segi menyediakan laluan selamat, sama ada sebelum atau selepas pilihanraya, Tengku Razaleigh jauh lebih diyakini oleh Najib.

Selain itu, dengan menyerahkan kuasa kepada Tengku Razaleigh yang sudah berusia 78 tahun, bukan saja laluan selamat lebih terjamin untuk Najib, bahkan untuk mencaturkan Hishammuddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya turut menjadi lebih mudah.

Dengan itu juga, melalui Tengku Razaleigh dan kemudian Hishammuddin mewarisi kerusi Perdana Menteri, selamatlah Najib untuk selama-lamanya.

Masa yang paling sesuai untuk Najib menyerahkan kuasanya kepada Tengku Razaleigh ialah selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti. Ini bermakna Najib dan keluarganya akan meraikan Hari Raya nanti untuk kali terakhir sebagai Perdana Menteri.

Selepas itu, Najib sendiri akan membawa Tengku Razaleigh ke Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong bagi pertukaran Perdana Menteri.

Oleh kerana semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menteri kabinet dan Ketua-Ketua UMNO bahagian sudah sedia berdiri teguh bersama Najib, apa saja yang dilakukannya tidak akan mendapat bantahan apa-apa daripada mereka. 

Semuanya setuju belaka untuk menerima Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri yang baru dan Zahid  Hamidi akhirnya menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang kecundang di tengah jalan.

Allahu Akbar...Allahu Akbar...tiba-tiba sayup kedengaran azan Asar dari masjid berdekatan.

Ohhh....hari ini hari Ahad, saya tertidur dan bermimpi di siang hari rupanya.....(SH 03/04/2016).

84 comments:

  1. Salam Tuan. ...rasanya ini bukan mimpi. Kalau takde angin tentu monyet goncang pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan mimpi. Ini bukan cobaan...ini betul betulllll.
      Najib suruh adenan satim mansuhkan segala gala cukai di Sarawak untuk apa?
      Untuk BN menang pilihanraya saja.
      Kenapa najib tak mansuh cukai cukai yg sama di Semenanjung dan Sabah? Kenapa hanya Sarawak?
      Kerana najib cukup terdesak nak sangat BN mesti menang pilihanraya di Sarawak.
      Kalau BN Sarawak kalah najib dan bininya serta menteri2 1MDB nya dan juga ketua2 bahagian UMNO habis mampus.
      KERUAK SI KARABAU pun mampus.
      Ahmad Bashah dan Ku li si bujang lapok tu yg bercita cita nak jadi PM tinggal cawat sajalah.

      Delete
    2. Cantiknya bahasa.
      Memang sesuai pun untuk mereka.
      Pemakan dedak.
      A.Kadir Jasin kata:
      Dedak dimakan oleh ayam,
      itik dan BABI.

      Delete
    3. Pi mai pi mai tang tu jugaklah.
      Makin tahun makin teruk.
      Sekarang dan akan datang semuanya rasuah.
      Semua sama je pentingkan temolok sendiri.
      Bercakap atas tiket "rakyat"....kononnya...
      Pasang umpan besar utk tarik ikan bilis.
      Hmmm.....pi mai pi mai tang tu jugak.

      Delete
  2. Mimpi???....adakah cukup mudah untuk penjara lupakan najib??ini bolehland la curi tabung masjid 2 hinggit kena penjara dua tahun la!!!!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik mimpi disiang hari. Takkanlah sudah rembat berbilion-bilion dolar (boleh dianggap Najib salah seorang terkaya didunia) boleh terlepas begitu saja. Dimana keadilan? Anwar yang dituduh meliwat (entahkan ya entahkan tidak) pun kena masuk penjara. Inikan pulak sebat duit 1MDB dan melibatkan intergriti negara, boleh bebas. Siasat. Didapati salah hukum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bilion dollar punya celita ,mimpi jugak maa aa .

      Delete
  5. Dr Mahathir Mohamad sedar dari awal lagi. Sebab itu beliau cepat-cepat mendedahkan komplot Tengku Razaleigh Hamzah. Dr Mahathir bukan sahaja mahu Mohd Najib Abd Razak berundur malah mahu PM paling bermasalah itu dipertanggungjawabkan di atas segala kerosakan yang berlaku pada negara. Erti kata lain bawa Najib ke pengadilan. Marah Dr Mahathir kepada Najib bagai tiada maaf bagi mu. KuLi boleh berharap tetapi kemurkaan Dr Mahathir hanya akan melemah atau barangkali menghancurkan harapan KuLi.

    Saya percaya rakyat Malaysia mahu seluruh sistem sedia ada ditukar, bukannya hanya seorang individu. Jikapon KuLi berjaya dengan agenda mengantikan Najib, beliau dan BN tetapi akan kalah PRU14. Rakyat sudah serik dengan sandaran imej baik/bersih bermula dengan Abdullah Ahmad Badawi, kemudian Najib dan kini KuLi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah ini Ku Li ,lulu kasi heret UMNO ka mahkamah ,telut kena batal , apa macam maa aa .

      Delete
    2. Tengku Razaleigh menunjukan yang beliau tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam isu negara dan tidak layak memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri.

      Delete
  6. Buah yang busuk jatuh dari pokok yang rosak

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU akan datang pakat BERINGATLAH kita.
      Cukuplah kita DITIPU penyamun, perompak dan penyangak.
      Jangan lagi akan datang kita ditipu utk sepenggal lagi.
      Takkan nak kena tipu dari sepenggal ke sepenggal?
      Berapa lama, berapa kali nak kena tipu??
      Zaman kita dah kena tipu
      Takkan zaman ANAK CUCU kita pun nak kena tipu jugak.
      Sudahlah sekarang kita kena galas HUTANG berbilion.
      Nampak KONON kita tak pikul apa-apa tapi pada hakikatnya kitalah yg membayar hutang.
      Kalau tak kita, duit tu datang dari mana?
      Takkan dari langit, takkan korek dari tanah.
      PRU akan datang tolong gunakan kesempatan dgn baik.
      Ingat...!!! Jangan esok alasan "DIBERI MANDAT" diulang lagi.
      Kerana "diberi mandat" maka boleh buat SESUKA HATI.
      Ingatlah...!!!
      Undi kita itulah yg menentukan masa depan kita.
      Tolonglah buka mata, teliti dgn bijak.
      Berhentilah jadi bodoh dan diperbodohkan lagi.
      PRU akan datang kita berubahlah jadi BIJAK.

      Delete
  7. Enough is enough..... no more umno & bee end..... Harapkan pagar pagar makan padi.....Democracy is dead in Malaysia. .... FULLSTOP!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU akan datang jangan lagi kita tersilap. Jangan bazirkan kertas undi. Undilah dgn bijak.

      Delete
    2. Mana2 parti yg nak hapuskan gst atau minimumkan income tax pasti pasti akan menang..hehe

      Delete
  8. najib dan semua yg bsekongkol dgn dia TAK BOLEH diber laluan selamat.
    tak kiralah siapa ganti ke siapa menang pru14 ke
    frankly speaking TR bukannnya diterima semua lapisan masyarakt spt saudara mimpikan
    bg kami golongan muda TR ialah yesterdays news tidak relevan
    malah TDM lebih relevan drpd TR

    ReplyDelete
  9. tuan makan dedak mahathir kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohd dasuki..phoooooooaaatttt!!

      Delete
    2. Mimpi seorang penulis , ada kemungkinan nya

      Delete
    3. Mohd dasuki..phoooooooaaatttt!

      Kah kah kah kah...

      Bukan Ku Li yang ganti Mohd Najib, tapi phoooooooaaatttt! zakarshee...
      Baru le betul dgn teori RAHMAN + P UTRA

      phoooooooaaatttt!
      phoooooooaaatttt!
      phoooooooaaatttt!

      Delete
    4. Mohd dasuki mempunyai fikiran yang sangat bonggok....!!!!

      Delete
    5. Mahathir mana ada duit billion nak bagi dedak

      Delete
    6. QalamQabut 21:47 maksud awak Poo Hard?

      Delete
    7. QalamQabut 21:47 maksud awak Poo Hard?

      Heh heh heh... Boleh sangat tu... sebab makan dedak terlebih... jenuh meneran...
      Heh heh heh...

      Delete
  10. Takda peralihan kuasa utk selamatkan najib dari pendakwaaan........Yg pasti Rakyat mau najib n Rosmah didakwa dimahkamah...bukan setakat undur dari jawatan PM shj......SO sesiapa pengganti ..WAJIB bawa kes najib ke mahkamah....Jika tidak dia juga akan ditolak oleh rakyat.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat nak lihat najib dan rosmah tidur dalam jail.

      Delete
  11. Budin,
    Memang nampak mudah pada Najib dan lain lain termasuk Ku Li membuat percaturan ,Tapi adakah kamu yakin kita atau rakyat umumnya akan mudah lupa apa yang dibuat Najib dan Rosmah begitu saja, sekiranya jalan cerita ini mudah dan pencatur strateji ini akan rasa selamat dengan kaedah ini bermakna ,mereka beranggapan rakyat malaysia ini mudah diperbodoh dan dikotak katik.

    Ya ,mungkin Ku Li dapat melakukan perubahan keatas beberapa perkara yang dikehendaki dalam deklarasi Rakyat tapi dengan barisan kepimpinan umno dan menteri yang ada yang mana imej rasuah dan tiada integriti sudah terlekat pada muka mereka ini perubahan ini bukan senang dan sukar juga dipercayai ,pun begitu kredibeliti Ku Li sudah banyak tergugat beliau lebih dilihat seperti lalang dan opportunis ,malah bagi saya sesiapa saja yang datang dari UMNO buat masa ini sudah hilang integriti.Tapi sekiranya mereka ia ini pemimpin dan ahli umno sejak awal awal lagi mendesak Najib turun dan Najib pun berundur mungkin mereka masih boleh mendapat sempati tapi sebalik yang berlaku sehingga seluruh umno dilihat kotor kerana tiada amanah dengan mempertahankan pemimpin rasuah terbesar dalam sejarah.

    Pada pendapat saya kalau KU LI batak ini diberi jawatan PM besar kemungkinan PRU 14 akan diadakan lebih awal,kerana banyak perkara ku li tidak akan dapat selesai ,musuh yang sakit hati sebab jawatan terlepas mula akan jadi sikitol biar lingkup agar semua orang tak dapat ,membebaskan najib dan rosmah sewenang wenangnya akan ujud ketidak puasan hati banyak pihak terutama disegi keadilan akhirnya KU LI terpaksa bubar parlimen pilihan raya diadakan lebih awal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuli buat apa saja asal jadi PM.... tapi ini bukan tahun 80 an. Rakyat menuntut undang2 ditegakkan. Baik Najib lari saja supaya selamat di dunia.

      Delete
    2. Kalau PRU14 lebih awal.
      Kalau PR menang.
      Rafizi akan jadi PM.
      Nurul Izah TPM.
      Inilah pilihan anak muda.
      Bukan Anwar.
      Bukan Zahid.
      Bukan Hishamuddin.
      Bukan Khairy.
      Bukan Ku Li.
      Bukan...
      Bukan...
      Bukan...

      Delete
    3. Gua setuju 200%. Mereka berdua diharap akan memimpin Malaysia ke arah lebih maju dan bermaruah. Harus ada juga, Wan Azizah, LGE, Mat Sabu, Tony Pua, Saifuddin Abdullah, Azmin Ali dan... dan... dan...

      Delete
    4. Hishamudin bapok tu nak jadi pemimpin orang2 Melayu dan PM? Phooooooooaass

      Delete
    5. Hisamudin...Phuiiiii

      Delete
    6. Saya sokong kalau PRU dibuat secepat mungkin.

      Delete
    7. Azmin ali pm tony pua tpm???,

      Delete
    8. Sorilah..rapiji dengan ijah nak jadi pm/tpm.Memang tak layaklah.Ini satu lagi mimpi.Kami(termasuk tun m)cuma mahu najib dan kuncu2nya berundur.Kalau bn kalah pun kerajaan campuran akan dibentuk.Masa tu pelbagai kemungkinan akan berlaku.Sesuatu yg sangat menarik akan kita saksikan.Tapi kami tetap menolak dap,pkr dan pan.

      Satu2nya tujuan kita yang sama adalah menjatuhkan najib.Yg lain2 masih tak sama.

      Delete
    9. Habih tu nak hadi ah wang jd pm ke...saaama saja penipu dengan tuan punahsihat

      Delete
  12. 1000% CORRECT.... TR sorry....

    ReplyDelete
  13. Mana ada orang ber'mimpi' boleh cerita secara terperinci, satu demi satu. Tuan punya sebab yang baik menyudahkan cerita tuan dengan ber'mimpi' di siang hari... tetapi bagi saya ianya bukan ber'mimpi' tetapi satu firasat yang sangat jelas.

    Tengku Razaleigh sepatutnya menjadi Perdana Menteri melalui usaha-usaha Mahathir bukan dengan menyokong pro Najib. Disebabkan menyokong pro Najib lah, pendekatan yang di ambil untuk menganti Najib mengikut syarat yang ditentukan oleh Najib sendiri.

    Ramai yang akan keciwa sekiranya Najib diberi laluan selamat sedang akibat perbuatannya merosakkan segala-galanya.

    Gerakan yang di buat oleh Mahathir ialah perubahan pada sistem. Cara Tengku Razaliegh menjadi Perdana Menteri tidak akan merubah apa-apa seperti kehendak rakyat.

    Ini kerana ramai pemimpin yang buat hal, hanya diminta letak jawatan baik dalam parti atau dalam jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat GLC. Sebab itu lah penganti tidak gentar mengulangi kesalahan yang sama dilakukan oleh orang yang sebelumnya.

    Untuk perubahan dan menghentikan perbuatan salah laku begini, Najib dan mereka yang di kaitkan dengan rasuah mesti lah di hukum.

    Peluang Tengku Razaliegh membuktikan dia sebagai pemimpin yang hebat dan bakal Perdana Menteri yang disegani lagi dihormati telah terlepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku li bujang lapok tu? Phoooooaaattt!!!

      Delete
  14. Ini sudah macam cerita lucu Mat Sentol dalam blog: (filemklasikmalaysia.blogspot.com). Apa pun tak kisahlah asalkan mesejnya sampai.

    ReplyDelete
  15. mimpi siang hari orang melayu UMNO! :)

    ReplyDelete
  16. Tun M dah letak jawatan sebagai pengerusi proton.
    Sekarang najib lantiklah tan sri annuar musa sebagai penganti.
    Annuar musa memang pandai berniaga. Proton boleh untung besar. Datuk Vida Q puteh boleh sponsor dan tutup semua hutang2 proton.

    ReplyDelete
  17. Negara tetap lingkup sekiranya orang yang tidak berprinsip menjadi PM.Ku Li sudah berpuluh tahun gagal kuatkan UMNO di negerinya.Macamana orang yang siang bertahlil malam berparti boleh jayakan negara dan bangsanya?Satu kemenangan kepada musuh sekiranya UMNO palsu berkuasa.

    ReplyDelete
  18. Memula nak nak juga ketawa..KuLi jadi PM! Alahai..
    Tapi sebab dah cepat kata mimpi ok la! Cuma April Fool dah lepas 2 lalu.
    Ambo lebih suka mimpi UMNO tiada lagi didunia Malaya!

    ReplyDelete
  19. Mana boleh rakyat memaafkan penyamun penyangak kaki rasuah pemimpin yg menyeksa rakyat ia harus dibawa muka pengadilan jika sg buluh istananya maka disitulah tempatnya utk menghabiskan sisa sisa hidup
    Jika pemimpin selepasnya nak melindungi dgn pemimpin itu sediri akan terkubur rakyat dah tak percaya dgn umno parti melayu yg menjahamkan org melayu dan mengkayakan kroni2 umno saja
    Warga Cina akan tetap menolak bn khususnya yg diterajui umno dap akn menjadi parti yg kuat medapat 99% sokongan dari org cina
    Itulah dia malaysia pru14 akan merubah segala galanya

    ReplyDelete
  20. Mana boleh rakyat memaafkan penyamun penyangak kaki rasuah pemimpin yg menyeksa rakyat ia harus dibawa muka pengadilan jika sg buluh istananya maka disitulah tempatnya utk menghabiskan sisa sisa hidup
    Jika pemimpin selepasnya nak melindungi dgn pemimpin itu sediri akan terkubur rakyat dah tak percaya dgn umno parti melayu yg menjahamkan org melayu dan mengkayakan kroni2 umno saja
    Warga Cina akan tetap menolak bn khususnya yg diterajui umno dap akn menjadi parti yg kuat medapat 99% sokongan dari org cina
    Itulah dia malaysia pru14 akan merubah segala galanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik tolong jgn post komen yang sama dua kali boleh tak? dah lah komen tak berkualiti! :)

      Delete
  21. Dato Kadir Jasin pon bermimpi cerita yang sama tetapi dalam mimpinya dia berjanji untuk merahsiakan mimpi nya

    ReplyDelete
  22. Ku Li dijadikan PM serta Hishamuddin sebagai TPM...emhhh...2x5..5x2.... Enough is Enough...!!! Jikapun KuLi berjaya dengan agenda untuk mengantikan Najib, beliau dan BN tetap akan kalah PRU14. Rakyat sudah serik dengan kerajaan yg korup nih...!!!

    ReplyDelete
  23. Sapa pun nak ganti Najib lantaklah..enough is enough..no more vote for Umno/BN...

    ReplyDelete
  24. Kalau benarlah mimpi Tuan Shahbudin jadi kenyataan, maka sah lah parti UMNO BN ni tempat para haloba, perasuah, penyamun dan segala jenis pembelit dan toyol mencari rezki secara HARAM tetapi DIHALALKAN oleh pertubuhan UMNO BN melalui kuasa yang ada. Siapa saja jadi PM dan Menteri yang korup dan menyamun sebesar mana pun, kemudian boleh dibebaskan semata mata demi kelangsungan parti UMNO BN. Parti UMNO ni perjuang individu dan kelompok tertentu atau perjuangkan hak rakyat kebanyakan? Adakah kerana perasuah dan koruptor yang membaham berbillion duit rakyat boleh dibenarkan pergi begitu saja asalkan UMNO BN terus kekal memerintah?. Jika inilah jalan penyeselesaiannya, tak mustahil PM dan pengganti berikutnya juga akan lakukan hal yang sama kerana tahu, akhirnya perbuatan rasuah dan penyelewengan dirinya akan dilupakan begitu saja dengan hanya bersetuju undur diri. Jika ini berlaku, maka UMNO BN sama sekali tidak layak untuk diberi undi kerana parti ini hanya menyediakan peluang buat pimpinan penyamun dari satu generasi ke satu generasi tanpa kesudahannya walhal tiap2 tahun laporan Audit Negara tidak pernah terkecuali memaparkan tentang kebocoran wang negara yang bukan sedikit. Andai mimpi Tuan Shah ini menjadi kenyataan, aku bertekad akan memburu all main players yang membenarkan ini berlaku sehingga ke lubang cacing hatta nyawa sendiri tergadai. Ingat! Malaysia ini bukan hak kepala kepala penyamun yang boleh diperlakukan sesuka hati tetapi hak ramai warga tanpa mengira lata belakang agama, bangsa dan negara. Kehilangan wang negara yang mega begini WAJIB dihentikan walau dengan apa cara jua dan undang2 sedia ada perlu dirombak untu membendung hal ini dari terus berlaku. Kelompongan yang ada yang membenarkan ini terjadi perlu diperbaiki secepatnya.

    ReplyDelete
  25. Adalah lebih aula sekiranya hj hadi yg dilantik utk ganti najib sebab kepimpinan hadi diterima semua pihak...hatta para sotong dan ikang!

    ReplyDelete
  26. Tn Presedeng Pis/pus pasti setuju ku li jadi PM, dulu pun pas beria2 nak bawa ku li dan bkn nya anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh harapkah ahli takfir Pas itu? Tak cukupkah Nik dan Hadi duk pecahbelahkan masyarakat Melayu berpuluh tahun? Apa berkat diorang selain acat kali bermunajat hancurkan kerajaan yang sah? Akhirnya dia tahaluf dengan kafir juga!

      Delete
  27. Dalam situasi sekarang, rakyat teramai terutama orang Melayu mengharapkan seseorang boleh mengambil alih tempat Najib dan mencuba memperbaiki kecelaruan yg bermaharaja lela ini. Dilihat dari kualiti pemimpin2 yg ada di sekeliling Najib sekarang, jelas tidak ada seorang pun yang boleh diharap. Takkan Najib nak serahkan jawatan PM kepada Anwar, atau Lim Kit Siang. Itu kerja gila. Razali Hamzah merupakan pilihan terbaik yang ada dan yang boleh diharap oleh Najib untuk selamat dari dihukum. Ini perkara biasa dalam mana2 negara yang pemimpinnya sedang menghadapi krisis dan mahu keluar dengan selamat. Marcos, Idi Amin, Shah Iran dan ramai lagi pemimpin2 bermasaalah selamat dari dakwaan dengan tinggal dalam buangan. Harta mereka bertimbun di seluruh pelusuk dunia jadi bab sara hidup tidak jadi isu. Sedangkan Razak Baginda pun boleh hidup mewah di London, inikan pula Najib anak beranak. Laaa,.. saya pun bermimpi juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. melayu bododh je nak UMNO terus memerintah. BAHLUL!

      Delete
    2. anon 6:14,

      Tak payah nak perasan pandai sangatlah.PRU13 pun Melayu2 macam kau perasan boleh menang besar dengan pakatan rakyat pimpinan dap.Last2 majoriti Melayu tolak pakatan.Bukan sebab suka umno tapi sebab menyampah dengan barua2 cina.

      Kali ini aku nampak majoriti Melayu akan tolak najib dan umno selagi najib ditampuk kuasa.Tapi tak bermakna Melayu akan sokong pakatan harapan.Melayu masih ada pilihan lain.Buatlah analisa jujur jangan syok sendiri tak abis2.

      Delete
    3. Anon 8:59,

      Selagi Melayu jerongos macam kamu masih lagi dibawah tempurung PERKAUMAN (samasekali menolak KEBENARAN), jerongos2 macam kamu tidak ada pilihan selain drp UMNO..

      ~ Pandekar Jub@h Merah

      Delete
    4. Sya sokong jubah merah kita semua makhluk allah jgn benci org kerana kulit atau bangsa.anon 859 dari jaman dulu2.mgkn pengikut ahli ahwang islam espresso tukar ikut selera .

      Delete
  28. Sebenarnya bukan mimpi Ku Li jadi PM.

    Tapi mimpi Zahid yang di tolak Najib untuk mengantikannya. Masalah Zahid ialah dia pernah angkat Anwar jadi Ketua. Tapi kemudian Zahid yang khianati Anwar. Orang macam Zahid siapa yang nak percaya.

    Orang tak lupa kes Zahid yang telah menumbuk mata kawan lelaki anaknya walaupun di selesaikan di luar mahkamah.

    Zahid no speak english well.

    Hahaha.

    ReplyDelete
  29. zahid tak layak jadi pm

    ReplyDelete
  30. Zahid mafia kampong,,don't play play yah

    ReplyDelete
  31. Dulu ada gak aku letakkan harapan pada beberapa org pak menteri yg ada di kabinet dapur bn.....tapi skrg sorangpun X layak sbb semuanya telah terkena badi sumpahan menjadi patung cendana..... yg hanya mampu menggaru blkg masing2..... baik yg berkelulusan universiti al azhar sekalipun persis burung kakaktua..... yg meletakkan Islam hanya di mulut sahaja....

    ReplyDelete
  32. Shah, are you a sleuth or what? Hebatnya mu tilik ciri2 peribadi2 si politikus kite. Eeeh, kotor sungguh nafsu amarah diorang! Jenis jemuan ini diwariskan kite Tun Perak?

    ReplyDelete
  33. Najib undur,Ku li naik. Dr Mahathir kembali kpd Umno. Bn dpt nafas baru,dpt kepercayaan rakyat.Jadi sama macam cerita Dollah Badawi menang luar biasa PRU11 dulu. yang PANDIRnya Pakatan.
    sekadar pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh betul orang melayu macam kau ni!!!!!

      Delete
    2. Ada benar sindir Anon 02:16. Kerana percaya pada imej semata-mata BN menang 90% kerusi parlimen PRU12. Adakah imej bersih lagi Islamik Abdullah Ahmad Badawi menjadikan Malaysia lebih baik? Islam Hadhari Pak Lah yang mewujudkan Pekida, Perkasa, kuasa Tingkat 4, pemusatan kuasa JPM etc.

      Pakatan Harapan perlu berhati-hati dengan permainan ala Neo-Nazi pemain politik. Pencaturan kedudukan pemerintah dalam negara kini tidak lagi hanya melibatkan rakyat, istana dan kuasa asing mula agresif. Jika kita pandang dengan mata aqal kita mampu melihat dengan jelas

      Delete
    3. Hadhari... Ikut hari...?

      Delete
  34. Tu lah Zahid, buat kerja tak berkat. Pi sokong Najib yg kaki rasuah mcm nak rak semata2 nak jadi TPM dan PM.

    Kalau dia ckp jd TPM adalah takdir dari Allah, tak dpt jadi PM adalah balasan dari Allah yg bersekongkol dgn pemimpin rasuah.

    ReplyDelete
  35. 'Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan saja mempunyai karektor yang kukuh untuk membawa UMNO memenangi pilihanraya, mampu mentadbir negara, memulihkan keyakinan pengundi bukan Melayu, mengembalikan kekukuhan ekonomi, malah juga diterima oleh semua kelompok'. Tak kelakar pun... Wekkkk!

    ReplyDelete
  36. Apa IDEA yg najib dan orang orangnya ada lagi selain daripada usaha mereka untuk menanam kebencian terhadap Tun M terhadap issue lama yg kit siang ini racist. Itu sajalah modal yg mereka ada.
    Apabila Ku Li berpaling tadah. Mubarak dan Veteran UMNO pun turut menyerang Tun M kononnya takut UMNO rebah.
    UMNO pasti akan rebah kerana najib dan isterinya.
    UMNO pasti akan rebah kerana najib menggunakannya sebagai perisai untuk
    menyelamatkan dirinya.
    UMNO pasti akan rebah kerana mubarak dan veteran2 ini buta hati perut dan membiarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan najib.
    UMNO akan tersungkur kali ini bukan kerana parti itu dimakan oleh anai anai
    Tetapi golongan muda hari ini telah menolak golongan tua dalam UMNO MUBARAK dan VETERAN UMNO yg tidak berbuat apa apa untuk menyelamatkan parti daripada perbuatan DOSA RASUAH yg bermaharajalela.
    Oleh yg demikian. Golongan tua dalam UMNO jangan hanya pandai berkata kata saja renungi sama dosa dosa lampau kamu dulu kini dan selamanya dalam UMNO.
    Kamulah manusia laknat yg membinasakan UMNO.

    ReplyDelete
  37. Siapa yg tak kenal tajol rosli tengok muka pijak semut tak mati.
    Kaki betina tu!!!!!

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  39. Dari pemakan dedak kepada Pengerusi Petronas,kemudaiannya dikatakan utk menjadi Pengerusi PNB pula,sekarang utk menyedapkan hati semuanya di tukar menjadi Ku Li akan di serahkan jawatan PM pula oleh PM Najib.jauhnya berkelana dalam mimpi,puak ANC atau geng loceng ni.Janji ada harapan PM Najib utk melepas jawatan dalam mimpi berkaitan.Tidurlah nyenyak-nyenyak supaya mimpi tidak hilang,kalau terjaga nanti,semuanya lesap,entah-entah apa lagi mala petaka yg bakal meruntun Mahahtir yg menjadi realitinya.

    ReplyDelete
  40. Baik punya mimpi. Tapi mimpi itu boleh jadi kenyataan kan !

    ReplyDelete
  41. Ku li karektor kukuh ? Ni mimpi atau auta ?

    ReplyDelete
  42. Shah, kebetulan masa tu aku mimpi ko makan dedak. Cuma aku menyesal mimpi aku kena potong separuh jalan sbb aku nak sangat tengok dedak siapa ko makan ..... !!

    ReplyDelete
  43. hati ku berkata .. tolong lah kembalikan ke amanan malaysia kita. kita jgn silap memilih dan renungkan zuriat kita yg di kenali sebagai warga Malaysia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...