Sunday 24 April 2016

JIKA NAJIB TIDAK BERUNDUR, GANDINGAN MAHATHIR - ANWAR ADALAH LAWANNYA DALAM PRU 14 NANTI


Setelah sekian lama bermusuhan, secara semangatnya Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak telah mencantumkan semula Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim yang bermusuhan sejak 1998 yang lalu.

Bermula dengan Anwar menyatakan sokongan terbuka kepada usaha yang dilakukan oleh Tun Mahathir mewujudkan Deklarasi Rakyat, sambil mengatakan demi kepentingan negara, beliau sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri itu, ia kini memasuki episod yang lebih jelas apabila Gerakan Selamatkan Malaysia turut diketuai oleh Kamaruddin Jaafar.

Kamaruddin, Ahli Parlimen Tumpat,  memang diketahui umum sebagai orang kepercayaan Anwar sejak dulu. Apabila Anwar dipecat daripada UMNO, beliau memilih menyertai Pas dan dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu. Apabila Pas bermasalah di mana sebahagiannya menubuhkan Amanah, beliau sebaliknya memilih menyertai PKR.

Namun di mana pun Kamaruddin berada, hati dan kesetiaannya tetap pada Anwar. Selain beliau kini menjadi Ketua Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia, Azmin Ali yang juga merupakan orang kanan Anwar telah bermurah hati menyediakan sebuah pejabat bagi gerakan tersebut.

Difahamkan juga bahawa Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR turut tiada bantahan terhadap perlantikan Kamaruddin itu yang sekaligus memberi gambaran semua elemen yang rapat dengan Anwar sedia untuk bersama Tun Mahathir.

Melalui pimpinan baru Gerakan Selamatkan Malaysia bagi mencapai matlamat awal mengumpul sejuta tandatangan Deklarasi Rakyat dan akan mempunyai pejabat sepenuh masa, Tun Mahathir dilaporkan telah menyatakan persetujuan untuk turun ke negeri-negeri bagi semua program yang akan diatur nanti.
Bermakna, secara tidak langsung sudah wujud kebersamaan nurani antara Tun Mahathir dengan Anwar bagi menumbangkan Najib.

Kebersamaan itu bukan saja untuk mendesak pengunduran Najib dalam tempoh segera, khususnya berkaitan skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta, malah jika Perdana Menteri terus berdegil tidak mahu berundur, ia pasti akan berlarutan sehingga kepada pertembungan dalam pilihanraya akan datang.

Maka, PRU 14 akan menyaksikan pertembungan paling sengit bagi UMNO dan BN di mana Tun Mahathir tidak mustahil akan menjadi pencatur utama parti-parti pembangkang, kecuali Pas yang mungkin memilih bertanding secara sendirian.

Penglibatan Tun Mahathir bersama parti-parti pembangkang lebih sukar dielakkan jika bersama kedegilan Najib tidak mahu berundur itu turut disertai dengan tindakan memecat Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Mukhriz Mahathir daripada UMNO. 

Dengan terpecatnya mereka itu, pilihan yang ada bagi ketiga-tiga bekas pemimpin UMNO itu ialah dengan bertanding dalam pilihanraya sama ada sebagai calon Bebas yang disokong oleh Pakatan Harapan atau menggunakan simbol salah satu parti dalam gabungan itu.

Melalui Anwar yang akan memberi idea daripada dalam penjara manakala Tun Mahathir bersingsing lengan di pentas-pentas kempen, kemenangan dan kemampuan menubuhkan kerajaan pasti menjadi amat sukar bagi UMNO dan BN.

Gandingan Tun Mahathir dan Anwar yang bakal menjadi mimpi ngeri bagi UMNO dan BN itu hanya dapat dielakkan jika Najib sedia meletakkan jawatannya dengan segera.

Pilihan kini di tangan Najib, bukan di tangan Tun Mahathir atau Anwar. (SH 24/04/2026).

64 comments:

  1. Tun jaga kesihatan,semoga ALLAH panjangkan umur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di kurnia usia sihat untuk syukur bertaubat beribadat bukan berbuat dajal fitnah derhaka berkawan dengan musuh islam dll..

      Delete
    2. Hang dedakian ke anon 15:54? "Rasuah Didahulukan Penyamun Diutamakan". lol..

      Delete
    3. Steady Tun,perjuangan belum selesai..

      Delete
    4. Anon 15.54
      Betul kata awak. Elok diam bisukan mulut, butakan mata, pekakkan telinga tengok je rasuah bermaharajalela, duit rakyat dirembat hilang lesap tak tahu ke mana. Bayaran berbilion kpd syarikat yg menyamar tu pun dah senyap tak berbunyi dah. Elok sangatlah tu. Itulah baru amanah, taqwa dan zuhud kan...??

      Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Salam bro, x sabar menanti PRU 14 ni.
    Bertemu buky dgn ruas kali ni.
    BN kalau x menipu, Insha Allah hanyut kali ni.
    Ya Allah, beri la kemenangan pada PH kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro rasanya bukan bertemu buku dgn runs tp bertemu pahlawan Asli dgn pahlawan celup...

      Delete
    2. dari pru2 lepas tak pernah menang sebab doa tak makbul sebab banyak sangan fitnah menipu bohong dan banyak lagi..nak senarai??..takkan tak sedar tak nampak..

      Delete
    3. Hang dedakian ke anon 15:57? "Rasuah Didahulukan Penyamun Diutamakan". lol..

      Delete
    4. Sori bhai.Matlamat yg sama cuma jatuhkan najib.Sekiranya umno bodoh mempertahankan najib,umno pun akan turut ditalkinkan sekali.Tapi bukan bermakna ph yg menang.Kemenangan yg sebenar adalah kemenangan rakyat.Selepas najib dijatuhkan kerajaan yg akan dibentuk belum tentu kerajaan PH.Analisis betul2,jangan main terjah.

      Delete
  3. Jika gandingan Dr.M bersama Kit Siang diatas satu pentas untuk tanda-tangani Deklirasi Rakyat, telah mencalar imej Dr.M, sudah tentu gandingan bersama bekas-pemimpin UMNO yang teruk tercemar moral, akan membawa implikasi lebih buruk kepada 'Deklirasi Rakyat'.

    Jika Najib teruk, saya pasti bekas-banduan salah-guna-kuasa sebagai TPM dan hari ini, sekali lagi banduan-liwat, lebih teruk dari Najib. Dia lah yang menjadi punca, UMNO begitu teruk, hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooi mangkuk RD. Macam pernah dengar ja nama RD. Lagi-lagi Anwar juga salah. UMNO teruk pun Anwar juga punya pasal...kah..Kah..kah...

      Delete
    2. Anwar kan bekas TPM dari UMNO. Jika UMNO busuk, sudah tentu ia busuk kerana pemimpin-pemimpin UMNO busuk, termasuk Anwar.

      Anwar bukan saja berbau busuk rasuah, tetapi berbau busuk-moral. Ingat China-doll.
      Kah..kah..kah. Kalau di Negara Kafir, seorang ahli politik, bekas-banduan-salah-guna-kuasa pulak tuh, sudah lama Rakyat buat kain-buruk pengelap-kaki dipintu jamban.

      Delete
    3. Walaupun kau kutuk Mahathir semacam dan terus menerus memfitnah Anwar tapi dari susunan ayat kau menunujukkan komen tersebut datangnya bukan dari hati yang ikhlas.

      Delete

    4. Apa pun berlaku, yang pasti Tun M dan Anwar tidak akan bertanding sebagai calon mana-mana kerusi.

      Tun M atas faktor usia dan prinsip manakala Anwar atas faktor undang-undang.

      Penglibatan mereka dijangkakan lebih kepada peranan sebagai perancang dan strategist.

      Wallahualam.







      Delete
  4. ...buang yang keruh ambil yang jernih.

    ReplyDelete
  5. Si RD ni baik gi jumpa dogtor....rasa-rasa ada urat senangkan kentot kamu ada tersumbat.

    Takde kena-mengena ngan Anwar tau!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga lawak yang mengatakan,; kalau nak 'senangkan kentot', pergi jumpa bang-Nuar.

      Delete
    2. Sahih kamu ada masaalah. Baik jaga jaga sebelum terlambat....Lawak...lawak kah kah kah

      Delete
    3. Rd apasal mslh dlm negara semua kerana dsai yg lain semua alim alamakk ka?cerita dongeng duburi amnu kmu ambik je la si saipul tu buat cucuk2

      Delete
  6. Rakyat ndak bukan Najib saja hat yang bungkuih tapi ngan umno-umno sekali. Dah muak dah ngan tipu daya umno hat yg selama ni.. Kalo Tun betoi-betoi ikhlaih nak selamatkan negara..tulong kubuqkan skali umno dan keluaqkan Bang Nuar dari penjara jahanam tu..Bang Nuar..ingat!! Sat lagi jangan jadi ibarat nolong anjing tersepit..asai terlepaih ja pungkok kita pulak yang dikokaq buat sekelian kali..ingat naa..Suma adek bradek dan anak cucu kami sentiasa mendoakan Kak Wan dan Bang Nuar hidop bahagia dunia dan akhirat. Pengorbanan dan jasa Bang Nuar kepada rakyat dan negara tak dapat kami balaih..hanya mampu berserah kpd Allah semoga dianugerah sebesaq-besaq rahmat, kesihatan, keselamatan dan rezeki berlimpah ruah seisi keluarga.Amiiin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diganti Najib dengan Bang-Nuar, ibarat terlepas dari mulut singa, masuk mulut buaya la, nampaknya. Kroni-kroni Bang-Nuar lagi 'lapar' dari kroni Dr.M atau Najib. Maklumlah, sejak 1998 lagi mereka 'kelaparan'.

      Delete
  7. Janganlah harap PRU14 akan bersih...tengok je di Sarawak sekarang...siap ada cabutan bertuah menang kereta dan Menteri cap wang sudah janji nak tabur wang. Apa SPRM buat....BUAT BODOH!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa PRU 14 akan tertangguh, sama seperti PAU. Maklum saja lah. Najib punyai kuasa melebihi YDP Agong, la ni. Buatnya Polis 'terjumpa' bom yang dibalut dengan bendera Daesh, terus di istihar darurat, maka tertangguh la PRU 14 atas Keselamatan Rakyat & Negara.

      Maka berputih-mata lah Rakyat Malaysia yang mahu menjatuhkan Najib, termasuk UMNO. Lagi pun Najib WAJIB terus 'berkuasa' jika mahu mengelak dari diheret ke Mahkamah kerana songlap WANG Rakyat atau 1MDB.

      Delete
    2. rd otak nya dah sewel..cakap merepek..elok2lah berubat sebelum otak tu berulat..

      Delete
  8. Anwar tidak mungkin menjadikan Malaysia lebih baik.Hakikatnya,beliau bukan tahanan politik.Keburukkan Najib tidak mensucikan Anwar.Jika Anwar difikirkan sebagai penyelamat bangsa,ternyata orang Melayu belum lagi Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju.

      Hakikatnya imej Islam sudah banyak tercemar oleh kerana diperkudakan oleh 'orang-politik' demi menepis salah-laku moral atau criminal. Yang lebih mendukacitakan, orang Agama juga meperkudakan Agama untuk mencari kemewahan hidup, lebih-lebih lagi dalam bidang Politik. TH, Yapiem adalah contoh terbaik.

      Mungkin Islam akan kembali 'Mulia dan gemilang' jika kita lakukan seperti Christian yang mengasingkan Agama dari Politik. Tidak perlu kita 'ada'kan Vatican.
      Misalnya, 'Orang-Agama' ditempatkan di Istana sebagai penasihat kepada DYMM Sultan & Yang DiPertua, sebagai 'Ketua Agama' setiap Negeri.

      Delete
    2. Islam itu adalah jalan hidup.. Dalam hidup mesti akan terlibat dgn kepimpinan.. Dan kepimpinan tak lepas dari politik.. Ikhlas lah dlm agama..

      Delete
    3. RD
      Bukan Islam ikut Kristian tetapi Kristian lah yang kena ikut Islam. Itu sebab kena jaga Islam dengan menjadi contoh umat yang baik.

      Dalam Islam tidak ada satu pun yang terasing dengan Islam. Semua nya kerana Lillahhirabbilalamin.

      Kalau buat baik dalam berpolitik tapi tidak kerana Lillahhirabbilalamin, kita bukan jadi orang.

      Delete
    4. RD adalah pemakan dedak yang dah tak dapat dedak dari Najib..tu pasal otak dia sewel..ko tatau hal agama jangan nak sembang..kàng jatuh syirik lagi naya.

      Delete
    5. Iblis sering memberi amaran agar jangan lah kita bercakap soal agama.

      Delete
    6. Betul sdr.Anwar bukan tahanan politik.Anwar adalah pesalah jenayah seks luar tabie.Semua orang tahu,satu dunia tahu,cuma org Melayu yg taksub yg saja yg tak mahu percaya.

      Ya betul semua orang mahu jatuhkan najib kerana najib sudah terlalu melampau.Itulah sebabnya juga mengapa Tun M mahu jatuhkan najib.Tapi apa kaitan najib yg menyeleweng dengan anwar?Anwar sudah menerima hukuman atas perbuatannya sendiri manakala najib pula sedang menanti gilirannya.Apakah kerana najib bersalah maka secara automatik anwar jadi tidak bersalah?

      Tun mahathir sendiri tidak pernah menyesal kerana menjatuhkan anwar bak kata beliau,'banyak perkara yg saya kesalkan yg saya buat dalam hidup saya tapi memecat anwar bukan salah satu drpdnya'.Maknanya tun m yakin apa yg dia buat adalah betul.

      Delete
  9. Lebih lama lagi lahanat ini menjadi pm lebih banyak lagi kerosakan dan kemusnahan harta benda rakyat berlaku.

    Simpanan aku dalam unit trust bertambah susut bertambah rugi.

    Lahanat ini terus bermegah berkata ringgit semakin teguh ekonomi negara makin berkembang.

    Kalau ekonomi negara makin berkembang kenapa pelaburan rakyat makim menyusut. Pelaburan rakyat dlm unit trust untuk hari tua tidak ada jaminan langsung untuk untung sekarang ini.

    Yg ada rugi rugi rugi dan terus rugi.lngat najib ini adalah perbuatan kau terhadap rakyat yg tidak berdosa.

    ReplyDelete
  10. Agaknya memang jenis kulit muka tebal tak bermaruah klu rakyat dah tak suka berambus sajalah dah macam2 diperkatan seluruh dunja tetapi masih tak juga sedar diri tengok2lah perangai tu dan nilaikan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. muka tebal kuku besi
      akal dunggu kocek kembang
      rakyat dukka ketua megah
      bapak gemar anak terbiar

      Delete
  11. din, apa yg RD kata tu boleh masuk akai...knowing Najib the harami's and his idiot umno gang, depa boleh buat punya...
    4 negeri di utara memamg dah confirm akan terkubur umno and Bn, and aku rasa semua yg lain jugak akan terkubur umno bn kali nie...
    wish and berdoa agar menjadi kenyataan kali nie.
    jom kita kaleh kali nie...
    hari selasa lusa din....

    ReplyDelete
  12. Ada sesuatu yg tak kena, Anwar kembali ke pangkuan Mahathir setelah diperlakukan sedemikian rupa sedemikian lama, dan masih berlangsung pemfitnahan terhadapnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul mahathir tetap mengatakan anwar bersalah dan tetap dengan pendiriannya.Maksudnya apa?Maksudnya anwar memang bersalahlah.Bukanlah fitnah.Semudah itu.

      Delete
  13. Kena tak kena itu urusan pemimpin politik untuk cari penyelesaian sesama mereka atau terus berputih mata.

    Yg penting adalah kehidupan dan nasip rakyat yg telah memberikan mereka kuasa dan amanah untuk menguruskan khazanah negara dan memberikan manfaat kpd rakyat jelata. Bukan kuasa untuk mengkayakan diri pemimpin lahanat yg ada sekarang ini.

    Kuasa rakyat adalah untuk memilih pemimpin yg boleh memimpin negara dan rakyat bukannya menggunakan kuasa untuk menipu untuk kepentingan diri sendiri dan meninggalkan legacy sesuka hati.

    Jawatan pm adalah untuk orang yg jujur dan amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawatan PM adalah untuk orang yg jujur dan amanah.Pastinya bukan orang banduan seperti Anwar dan bukan orang bakal banduan seperti Najib.

      Delete
    2. anon 20:33,
      Sahih kata mu! 2 kali 5 sepuluh sepasang itu...

      Delete
    3. Tidak ada orang yang sejujur dan amanah selain Anwar. Jika Anwar terima derma dar Pak Arab RM 400, Anwar kepenjara bukan kerana liwat tapi kerana rasuah.

      Najib makan rasuah dan kerana itu bermacam-macam kejahatan dia buat.

      Anwar difitnah liwat tetapi tidak ada kesalahan dan kejahatan yang dikaitkan dengan nya.

      Delete
    4. Orang yang percaya Anwar meliwat tanpa bukti sahih sama taraf dengan orang yang buat fitnah. PEMFITNAH pertama adalah Madey.. PEMFITNAH kedua adalah Najib..Anwar berjiwa besar..walaupun dimalu..dipenjara..tetapi sanggup memaafkan orang yang buat salah ke atas dirinya..inilah jiwa pemimpin sebenar.

      Delete
    5. anon 7:31

      Bukti sahih apalagi yg kau nak?Semua bukti yg munasabah sudah dikemukakan termasuk dna yg sepadan.Kau nak bukti macamana lagi?Sama ada kau tak mengikuti perbicaraan liwat ke 2 atau kau jenis manusia jumud yg taksub membabi buta.

      Delete
  14. Pecat najib

    Sarawak buka mata..

    Bencana alam sebab najib belum pecat

    Majlis raja..sampai bila rasuah skandal...nak settle....


    Rakyat tunggul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat tunggu........Raja2 Tunggul....

      Delete
  15. Ini baru best kalau lah benar kata tian hamba,,Dato seri Anwar & Tun M berganding bahu maka 200% confirm Najib bungkus.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. I trust Tun M but I definitely do not trust Anwar 100%.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. If you are willing to trust the devil whom you know..that means you are the devil too..hahaha..lol!

      Delete
  16. Ini baru best kalau lah benar kata tuan hamba,,Dato seri Anwar & Tun M berganding bahu maka 200% confirm Najib bungkus.com

    ReplyDelete
  17. Penglibatan dan sokongan yang diberikan oleh Kamaruddin Jaafar dan Azmin menunjukkan tanda-tanda Mahathir dan Anwar sekali lagi berganding bahu.

    Hidup ini orang kata seperti roda. Dulu Mahathir yang membawa Anwar bersama UMNO dan hari ini Mahathir juga membawa Anwar bersama perjuangan nya.

    Kedua-dua pemimpin ini mempunyai kelebihan dan digabungkan, hasilnya sangat menajubkan.

    Keyakinan rakyat pada Anwar dan Mahathir lebih tinggi dari keyakinan pada kerajaan UMNO.

    Menolak usaha mereka berdua adalah menempah malapetaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengelak Anwar adalah mengelak malapetaka.

      Delete
    2. Lu la malapetaka Anon 7.30 ooii!

      Delete
    3. Anwar dan najib sama2 malapetaka.Tak gitu?

      Delete
  18. Jangan mimpi.

    Tun M adalah Tun M.
    Anwar adalah Anwar.

    Deklarasi Rakyat, walaupun terbuka tapi ada sempadan.
    Dan Tun telah berterus terang tentang sempadan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam masa sekarang tiada sempadan,,kalau ada pun sempadan Wak Lu

      Delete
    2. Betul 3x.Ada perkara yg dipersetujui,tapi ada perkara yg tetap tidak dipersetujui tun m dan penyokong2nya.Tumpukan saja pada perkara yg dipersetujui bersama iaitu menjatuhkan najib,kenapa dibawa perjuangan peribadi untuk bebaskan anwar pelbagai?

      Delete
  19. Kalau punca penyakit susah sangat nak keluar, maka para Doktor Terpaksa POTONG tempat yg sakit tu...

    Kesimpulannya:
    Tempat dan punca penyakit tu kat KEPALA, maka terpaksa lah kepala di potong dan Dalam erti kata lain akan TAMAT lah Riwayat dan Kesengsaraan yg dihadapi..
    UMNO dan BN adalah jasad yg akan Terkubur nanti..

    ReplyDelete
  20. Nampaknya sifir tuan tak tepat. Pertama umor Mahathir dah 90 tahun lebih. Umno/Bn masih ada dua tahun lagi berkuasa. Betul hayat seseorang di tangan Tuhan, tapi pada umor begitu lanjut, kalau pun tak mati, agak sukar bagi Mahathir melancarkan kempen yang efektif terhadap Umno/BN. Bagi Anwar pula beliau akan terhalang untuk cergas berpolitik oleh undang2 sebaik dibebaskan. Stigma sebagai bekas banduan dalam kes seksual yang dijatuhkan oleh mahkamah boleh digunakan sepenuhnya oleh Umno. Melihat apa yang terjadi antara Dap dan PKR dalam perebutan kerusi dalam PRN Sarawak sekarang, mungkinkah PKR akan berdiam diri dan mempercayai Dap?

    ReplyDelete
  21. Buat saudara najib...PM MALAYSIA...saudara tidak perlu risau tentang pilihanraya akan datang....di Sarawak BN tatap akan menang majoriti...percayalah....pru 14 juga nnt BN tatap menang dgn majoriti mudah...why...

    1. Opposition side tetap berpecah dan masing2 gilakan kerusi....jadi kita support mrk biar mrk bertanding sesama sendiri.
    2. Rakyat tak kisah dan ambil port pun pasal 1mdb ke...kbs ke...edra energy ke...gst ke....hanya srgelintir kwasan bandar shj yg follow Tun M....ratanya2 masih setia dgn saudara khususnya org melayu.
    3. Saudara perlu sentiasa cool n steady....x perlu ada sidang media...tp pi jumpa rakyat2 mcm hari tu jumpa kanak2 bernama Addi...
    4. BN tetap akan menang...percayalah...ygpenting jgn bg opposition bersatu....kita grab n pecah perintah mrk sekerat2 n segerombolan....la ni ada Amanah vs PAS...vs DAP...vs ikatan..dll...

    Sekian saudara najib...jgn risau n teruskan perjuangan anda sbb makin bnyk ujian makin popular anda di mana mana serata dunia ini....trust me....

    david carusso....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...