Thursday 28 April 2016

RM14,000 JUTA HILANG, CUKUPKAH DENGAN MENGATAKAN IA MASALAH DALAMAN? LAPOR POLIS TIDAK, SAMAN JUGA TIDAK?

Jika ada anugerah, pasti 1MDB layak menerima penghormatan sebagai syarikat paling budiman di dunia ketika ini berikutan sikapnya yang dianggap paling lunak walaupun sudah disahkan wangnya berjumlah RM14,000 juta hilang entah ke mana.

Kalau orang lain, jangankan RM14,000 juta, malah hilang RM14 pun bisingnya boleh riuh sekeliling kampung.

Dalam laporannya kepada Bursa Saham London sebelum ini, IPIC telah mengesahkan bahawa Aabar Investment PJS Ltd (didaftarkan di British Virgin Island) yang menerima wang RM14,000 juta atau AS$3.51 bilion daripada 1MDB sebagai jaminan bon tidak ada kena mengena dengannya, walaupun namanya hampir sama dengan syarikat milik mereka yang sebenar iaitu Aabar Investmet PJS yang didaftarkan di Abu Dhabi.

Berikutan pengakuan IPIC itu, Arul Kanda, CEO 1MDB tidak menolak kemungkinan penipuan besar-besaran itu mendapat kerjasama daripada orang dalam 1MDB sendiri.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam pula, Arul Kanda berkata, oleh kerana pihaknya berurusan dengan eksekutif kanan IPIC dan Aabar Investment PJS mengenai wang itu, maka ia adalah isu dalaman untuk diselesaikan oleh firma Abu Dhabi itu.

Hairan bin ajaib, jika benar 1MDB berurusan dengan eksekutif kanan firma Abu Dhabi itu dan mereka pula sudah mengesahkan kepada Bursa Saham London tidak pernah menerima wang tersebut, mengapa tindakan undang-undang tidak dimulakan?

Mengapa hanya mengatakan ia masalah dalaman IPIC dan Aabar Investment PJS sedangkan yang hilang RM14,000 juta adalah 1MDB?

Selain itu, jika benar sepertimana yang dinyatakan Arul bahawa ada penglibatan orang dalam dan ia pula disertakan dengan pengesahan firma Abu Dhabi itu bahawa mereka tidak pernah menerima wang RM14,000 juta tersebut, kenapa 1MDB tidak membuat laporan polis mengenainya?

Dalam hal ini, bukan saja CEO 1MDB yang harus diberikan sanjungan, malah Pengerusi Lembaga Penasihat merangkap Perdana Menteri, Najib Razak yang tandatangannya wajib diturunkan bagi sebarang urusan, wajib diberikan segunung puji-pujian.

Lihatlah, sementara Arul Kanda mengatakan ia hanya sebagai masalah dalaman untuk diselesaikan oleh IPIC dan Aabar Invstment PJS, jauh sekali untuk mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis, Najib pula relaks saja seolah-olah tiada apa yang harus dibimbangkan dengan hilangnya wang sebanyak RM14,000 juta itu.

Memang hebat kedua-dua mereka ini!! 

Hanya "manusia-manusia terpilih" saja yang mampu  berkelakuan seperti Najib dan Arul ini.

Atau mereka jadi tak kisah dan relaks kerana  wang itu sebenarnya ialah wang kita semua? (SH 28/04/2016).

105 comments:

  1. Tuan Shah,

    Mustahil yang menyamun dan merompak tu nak diharapkan pergi buat report. Macam tempah tali gantung untuk diri sendiri saja. Itulah sebabnya kepala penyamun dan chief2 perompak buat bodoh dan pekak badak jer. Kalau report dan menjawab lebih2, boleh terjerut leher sendiri. Kalau rakyat Malaysia masih tak faham faham lagi elok pergi kedai beli tali atau wire dan gantung diri. Itu lebih baik dari hidup jadi hamba dan mangsa pembodohan pemimpin jenis penyamun dan pembelit besar. Elok mampus lebih baik dari hidup dengan otak yang berfungsi songsang tak kenal dan tak boleh nampak perompak, penyamun dan pembelit yang menyamun depan mata siang siang hari. Agaknya kalau pembelit begini rogol bini depa sendiri depan mata pun mata tak boleh lihat dan nampak. Huuu..dayus nya !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyamun harap lama kelamaan cerita 1MDB ni senyap begitu saja dan dilupakan oleh rakyat. Kan melayu mudah lupa. Lepas tu dia pun boleh la move on je.

      Delete
    2. sekurang-kurangnya ada 3 juta ekor LEMBU yg OK sj dgn skandal ini.

      Delete
    3. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
      ALHAMDULILLAH..!!
      saya bersyukur kpd Allah SWT.
      atas keberhasilan PENARIKAN UANG
      GHAIB.setelah melalui proses panjang &
      sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
      alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
      kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
      UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
      setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
      dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
      ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
      dengan catatan:
      1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
      2.tidak untuk memperkaya diri
      -PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH
      -MENAKLUKKAN LAWAN JENIS
      -PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLL
      APAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???
      4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA
      5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL
      6.DILILIT HUTANG
      7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS
      8.DILILIT HUTANG
      --------------------------------------------------
      bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
      silahkan menghubungi PAK HAJI RIDWAN diNO TLP 0852-1343-3456
      ATAU KLIK DI http://pesugihanputih45.blogspot.co.id/

      Delete
  2. Assalamualaikum,,,
    PH ditubuhkan untuk mengambilalih pemerintahan dari BN yang korup, pemerintahan seluruh Malaysia tetapi dalam PRN Serawak yang sudah memasuki fasal penamaan calon, terserlah ketidakmampuan PH untuk mengambil alih pemerintahan dari BN.Menurut perkiraan, PKR meletakkan 40 calon, DAP 29 dan PAN 13 bermakna keseluruhan calon PH ialah 82 sedangkan jumlah kerusi yang dipertandingkan ialah 87, kurang 5 kerusi yang dipertandingan sementara dari jumlah 82 kerusi itu, ada berita mengatakan berlaku pertindihan kerusi antara DAP dan PKR sebanyak 5 kerusi, ada setengahnya mengatakan 6 kerusi dan setengah yang lain mengatakan 8.


    Saya tidak dapat pastikan lagi mana satu yang betul tetapi kenyataannya, lebih banyak kerusi yang dilepaskan percuma kepada BN yang sudah memenanginya tanpa bertanding sebanyak 2 kerusi.Oleh itu setakat mana kekuatan PH dan sejauhmana kemampuan PH mengambilalih pemerintahan di Serawak kalau awal awal lagi talian hayat diberikan percuma kepada BN?

    Sementara bagi PAS yang sudah mengakui tidak akan dapat merampas Serawak sekarang ini sudah mengumumkan 11 orang calon yang akan bertanding dan turut meminta PKR agar tidak bertanding 3 penjuru dengannya.Kita mendengar dan melihat ada puak gerabak PH yang menari nari dan terkinja kinja ketika PAS mengeluarkan permintaan supaya mereka dibiarkan bertanding 2 penjuru dengan BN, dengan alasan biasa mereka kononnya PAS yang mendakwa kuat bersendirian masih tetap mahu merayu kepada PH(sebenarnya PKR kerana PAS masih bertahlul siyasi dengan PKR),

    Inilah politik budak higusan yang ditunjukkan oleh puak gerabak PH yang membenci PAS sejak adanya PAN dan lagi ada juga pembenci PAS yang menganggap macai PAS tidak faham dengan reverse saikologi LKS tetapi mereka nampak jelas tak faham dengan reverse saikologi yang dimainkan PAS.Double standard dalam mempertahankan PH tetapi dalam PRN Serawak sekarang ini, terserlah kelemahan awal PH yang telah membuat garis panduan konsesusnya tempoh hari yang antara lain menyebut persetujuan mesti dicapai dalam mesyuarat tertinggi serta mesti dipatuhi oleh semua parti dalam PH.Mana mana parti yang melanggar persetujuan akan disingkirkan.

    Sekarang DAP atau PKR sudah melanggar persetujuan,parti mana yang akan disingkir?Individu dalam PAN seperti khalid Samad yang lantang mengkritik PAS ketika belaku pertindihan calaon dalam PRU 13 lalu, mungkin ada sesuatu yang nak dikatakan dalam penyelesaian masalah ini, kita tunggu komennya.Begitu jugalah puak gerabak PH yang rancak menari nari ketika PAS meminta PKR tidak meletakkan calon mereka di kerusi yang ditandingi PAS nampaknya menikus seperti tikus dalam beras, di mana mereka?

    Penulisan saya kali ini bukanlah penulisan yang syok sendiri tetapi penulisan untuk menunjukkan betapa lemahnya PH dalam cita cita mereka untuk merampas Serawak apatah lagi Malaysia dari BN yang sedang nazak ini.Kalau BN nazak, nampaknya PH lebih nazak dan mungkin meletakkan diri mereka seperti telur di hujung tanduk dan peraturan yang mereka gubah sendiri mungkin akan memakan diri sendiri kali ini.

    Saya juga ingin mengingatkan puak gerabak PH tentang permulaan blog ke tiga yang menerusi masa mungkin akan jadi kuasa yang lebh besar dari PH yang belum apa apa sudah bergolak! Ini bukan syok sendiri tetapi berdasarkan perkembangan semasa yang sedang berlaku.Kalau nak jadi adil, adillah tetapi kalau nak teruskan hujah dan komen ikut berasaan kalianpun silakan cuma jangan kata tak ada orang beri peringatan kalau sesuatu yan tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sembang 1MDB anda berbual channel/frequency
      berbeza...panjang lebar pulak tu. Macam post blogspot
      sendiri. Agak2lah beb!!!

      Delete
    2. Bro 12:48

      Orang tu sambung 3 kali jela kat bawah.....dia buat pekak-badak jer.

      Delete
    3. Merepek apa pulak ni..??

      Delete
    4. ...tok gundu nak buat kejutan prn sarawak. Kita tunggu dan lihat, sesilap tuan gundu yang terkejut, masuk ijn lagi. ...tentunya akan dapat kunjungan hormat. Teterus lah cium mulut. Politik natang

      Delete
    5. Dulu serang blog Omakkau.. skrg datang serang blog Budin pulak..

      Kita tgk Budin boleh layan ke idak..

      Delete
    6. Buka blog sendiri ler...

      Delete
    7. Kau org sembang imdb sbb ini saja isu untuk pru akan datang..hari2 tak habis2 sampai kiamat pun x selesai..tak kira fitnah ke tipu ke ..tak ada isu 1mdb mulut kau org rasa2 taklah sebangkai sekarang..

      Delete
    8. Anon 10:10. Kalau fitnah gi la saman. Apa ada hal. Ni dah brp kali selasa, x ada pun. Yg ada, byk reta benda negara dah lingkup.

      Delete
  3. Assalamualaikum,,

    Antara DAP parti rasis dan DAP parti liberal, mana lebih betul? Ingat dasar perjuangannya Malaysian Malaysia mahukan hak sama rata untuk semua rakyat tak kira apa bangsa dan ugamanya, sekaligus menjadikan dasar dan perlembagaan negara tidak menepati apa yang DAP perjuangkan.DAP tak boleh terima hak keistimewaan bumiputra, Islam sebagai ugama resmi negara kerana dua peruntukan perlembagaan ini bertentangan dengan dasar mereka.


    Jadi kalau ada siapa kata DAP terima hak keistimewaan bumiputra dan Islam ugama resmi negara, mereka adalah golongan yang terpedaya dengan helah politik DAP.Begitu juga kalau ada yang dakwa menentang DAP adalah rasis juga tertipu dengan mainan politik DAP sebab DAP bukanlah parti rasis seperti MCA tetapi parti liberal yang tebal, semua yang ada dalam negara mereka mahu liberalkan termasuk Islam dan Umat Islam.

    Sudah ada beberapa contoh bagaimana DAP mahukan liberalnya masyarakat Islam negara dan penentangan yang mereka tunjukkan menerusi pemimpinnya kepada kehadiran DZN jelas kepada kita semua kenapa kita mesti menolak DAP, kita umat Islam yang ada tamadun kita sendiri harus terlebih dahulu menjaga tamadun ini dari dicemari oleh kehendak liberal DAP.

    Malang sekali bagi umat Islam yang berpandangan menentang dan menolak DAP adalah rasis kerana yang perlu dijaga adalah Islam bukannya bangsa.Kenapa kita perlu berlembut dan bersopan santun dengan golongan yang gelar ulamak besar kita syaitan? Kenapa perlu kita jadi lembut gig dari gusi dengan orang orang yang mahu membawa dasar liberal dalam kehidupan berugama kita? Kenapa kita masih mahu tampil mempertahankan manusia manusia yang celupar memperlekehkan undang undang ugama kita? Kenapa kita lakukan semuanya atas nama tidak rasis?

    DAP menentang PAS bukan kerana rasis tetapi kerana PAS tidak mahu mengikut kehendak liberal mereka, tetapi PAS tidak mahu jadi lemah kepala lutut apabila DAP minta PAS lupakan hudud.Itu sebab sebenar kenapa DAP menentang PAS? Tapi kenapa ada pula orang Islam yang turut sama menentang PAS dan menyokong DAP?

    Kemudian mendakwa mereka berjuang untuk ugama padahal sebenarnya mereka berjuang untuk DAP.Yang lain dianggap rasis!.Tapi sedarkah mereka bahawa DAP akan sentiasa bersatu dengan MCA,Gerakan, MIC dan lain lain parti bukan Islam apabila tiba kepada penetangan undang undang Islam dalam negara.Sampai bila mereka mereka mahu sedar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...tuan gundu pun macam tak berapa menentang pimpinan umno yang rasis dan liberal. Tak gitu, cium mulut adalah. RM14000 juta ghaib pun, ada parti lebai kesah.

      Delete
    2. Ko minum todi ke ? Merepek meraban panjang lebar Bangang topik lari jauh pulak tuh! Ko ingat org nak baca ke ? Baca 2 line je org dah sedar... kena tipu..Hahaha gi laa bukak blog sendiri jgn nak tumpang free je !

      Delete
    3. Woi onon 11:15 hang bodoh kah. Apa pasai hah. Orang dok cakap pasai 1mdb hang dok merapu pasai agama. Tu isu sensitif bahlol, tolol.

      Delete
  4. Assalamualaikum,,,
    Satu fakta yang perlu diberi perhatian semula oleh majlis syura ialah punca sebenar kekalutan dan perpecahan dalam PR adalah PKR walaupun selepas itu diambil alih oleh DAP dengan memutuskan hubungan dengan TGHH.Kajang Move adalah turning point yang dimulakan oleh PKR dan PKR sepatutnya diambil tanggungjawab terutama dalam mengenepikan presiden PAS dalam semua keputsan berkaitan penggantian MB Selangor.


    Majlis syura tetap berlembut dengan tindakan "ganas" PKR ini dengan mengekalkan tahalul siyasi dengan PKR.Kemudian PKR berada di depan dalam menubuhkan PH serta sentiasa di depan ketika membantu puak PAS yang mufarakah dari jemaah melanggar bai'ah mereka dan menubuhkan PAN.Tindak tanduk PKR jelas tidak mempedulikan PAS yang masih mahu tahalul dengan mereka.Akhirnya PRN Serawak membuktikan tidak berbalai tahalul siyasi dengan PKR.

    Malah ketika PAS meminta PKR memberi laluan mereka bertanding, ada ramai pencacai mereka yang melompat berkinja kinja kesukaan kerana dikatakan PAS merayu kepada mereka dan rakan konsi mereka PAN menuduh PAS hanyalah parti cicak mengkarung yang berada di tengah tengah pertembungan PH dan BN tetapi bekerjasama dengan Umno.

    Itu hak merekalah nak kata apapun, tetapi bagi pihak kita, jemaah PAS kita juga ada hak untuk menentukan hala tuju kita seterusnya tanpa kerjasama mereka, parti komponen PH termasuk PKR.PRN Serawak sudah menjadi bukti jelas bahawa tiada parti dari PH mahu memberi laluan kepada PAS dan tiada parti dari PH nampaknya mahu mengakui bahawa PAS tidak bekerjasama dengan Umno malah tetap menjadi lawan mereka kerana itu mereka mungkin enggan memberi laluan.

    Oleh itu sudah sampai masanya PAS memikirkan semula kerjasama dengan PKR, lagipun blok ketiga yang ditubuhkan PAS nampak sedang mahu berkembang jadi tak ada apa yang boleh diharapkan dengan kerjasama PKR.

    Semuga majlis Syura ulamak PAS tidak menunggu sehingga selepas PRU 14 untuk membuat penilaian semula mengenai tahulul siyasi dengan PKR.Kalau PRN Serawak mebuktikan PKR tidak bersedia memberi laluan kepada PAS, apa yang nak diharapkan pada PRU 14 nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg kamu bincangkan takda faedah negara baik untuk buang masa saja

      Delete
    2. Apa yg kamu bincangkan takda faedah negara baik untuk buang masa saja

      Delete
    3. En roslan anon kat atas nak bagitau kita semua yang PAS ni bagus dan kuat. Parti lain semua kaki u-turn. PAS ja ada jaminan surga.

      Delete
    4. ...hehehe, goBLOK ke3 yang di tubuhkan pas nampak sedang mahu berkembang??? ...kesian, kat prn Sarawak tak dengar pun goBLOK ke3

      Delete
  5. Pintu rundingan antara DAP dengan PKR mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak sudah tertutup dan tiada lagi perbincangan mengenainya perlu dibuat.



    Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menganggap sudah terlambat untuk meneruskan rundingan itu selepas proses penamaan calon tamat semalam.

    Sebaliknya Tony menegaskan, rakan sekutunya itu perlu bertindak dengan menarik balik kesemua calonnya yang bertanding di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berlaku pertindihan itu.

    "Tiada lagi rundingan. Mereka (PKR) perlu datang balik dan beritahu kami bahawa mereka tarik balik lima calonnya dan kami juga akan tarik balik seorang calon kami (daripada bertanding)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa belum terlambat untuk PKR dan DAP berunding mengenai pertembungan calon kedua parti itu dalam PRN Sarawak.

    Anwar juga melahirkan kekesalannya apabila calon sekutu Pakatan Harapan terbabit dalam pertembungan sesama sendiri menjelang hari pengundian pada 7 Mei ini.

    Terdahulu, calon PKR dan DAP akan bertembung di kerusi Mulu, Murum, Simanggang, Mambong, Ngemah dan Batu Kitang selepas proses rundingan yang berjalan sejak Februari lalu gagal disepakati.

    Sementara itu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke pula berkata, pihaknya sanggup tidak berkempen di kerusi Batu Kitang sekiranya PKR sedia melakukan perkara sama di lima kerusi bertindih di antara mereka.

    Anthony berkata, pertindihan lima kerusi itu hanya dapat diselesaikan sekiranya PKR setuju dengan cadangan DAP itu.

    "Sebelum 2013, tiga hari selepas penanamaan calon, boleh tarik diri. Sekarang tiada lagi (kecuali) kedua-dua pihak umumkan (tarik diri) secara terbuka, walaupun nama atas kertas undi, mereka tarik diri dan tidak kempen.

    "Kalau mereka boleh buat begitu, kita juga akan arahkan calon di Batu Kitang buat perkara sama untuk beri sokongan penuh kepada calon PKR di Batu Kitang," katanya.

    Beliau juga berkata, tindakan itu bagi menghormati perjanjian yang dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 11 April lalu bahawa bersetuju pertandingan satu lawan satu.

    Katanya lagi, sebagai balasan, DAP meminta kerjasam PKR untuk berkempen bagi pihak DAP di lima kerusi yang bertindih itu.

    "Mereka perlu beri sokongan penuh kepada lima calon DAP. Ini bagi menghormati perjanjian yang kita telah capai," ujarnya.

    Dalam pada itu, DAP juga melahirkan kekecewaannya dengan tindakan PKR itu yang tidak berpegang kepada perjanjian di lima kerusi yang dipersetujui sebelum ini, iaitu Batu Kitang, Muru, Simanggang, Mambong dan Murum.

    Anthony turut berkata, tindakan itu jelas melanggar perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani antara DAP dengan PKR pada 7 April lalu.

    Bagaimanapun Anthony menambah, segala perbincangan mengenai pertindihan kerusi tersebut akan dibincangkan selepas PRN Sarawak.

    "Itu kita akan bincang lepas PRN Sarawak, soal itu tidak timbul sekarang" jelasnya.

    Ketika ditanya tentang kedudukan DAP dalam Pakatan Harapan selepas insiden tersebut, beliau bagaimanapun berkata, ia tidak menjejaskan parti itu dan kerjasama dengan parti pembangkang lain

    "Buat masa ini, tidak jejas hubungan Pakatan Harapan," katanya lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg kamu bincangkan satu pun tak bawa makna dan kebaikan untuk negara dan rakyat,tp isu yg admin blog bawa memberi kesan masa depan rakyat kerana diananyia oleh najib.

      Delete
    2. Anon 11:21 dah overdose dedak nasikangkang ke???
      Tuan punya blog menulis ttg penipuan wang 1MDB kamu melalut pasal PRN SARAWAK apa pasal?...belum makan pilkuda ke hari ni?

      Delete
    3. ...goBLOK ke3, mabuk dedak cop badak. Nak buat kejutan kat prn Sarawak, akhirnya tuan gundu yang terkejut langsung ke ijn. Kesian

      Delete
  6. Assalamualaikum,,,

    Ketika Dr.Zuhdi meramalkan BN akan menang besar di Serawak, bukan main menggelupar mulut mulut macai PH mengutuk beliau dan menuduh beliau mahu meneruskan agenda UG dengan Umno, tetapi sejurus selepas penamaan calon, BN sudapun menang 2 kerusi tanpa bertanding.Di samping itu lebih dari 10 kerusi talian hayat dibekalkan kepada BN menerusi pertandingan lebih dari 2 penjuru dan antaranya ada kerusi yang menampilkan 2 calon dari PH.2 lawan 1 tidak memberi kelebihan kepada PH sebaliknya yang diberi kelebihan ialah 1, iaitu BN, yang bermakna awal awal lagi BN sudah ada kelebihan untuk menang besar sekaligus membenarkan ramalan Dr. Zuhdi. apa cerita macai PH


    Fakta di PRN Serawak juga menjelaskan kepada semua bahawa pembangkang yang bertanding kali ini bukan sahaja dari PAS selain PH, tetapi terdapat beberapa parti kecil tempatan dan calon bebas yang turut bertanding sebagai pembangkang.PH sebagai parti pembangkang terbesar dan bertaraf kebangsaan, nampaknya enggan memberi sedikit laluan kepada parti parti kecil ini dan calon bebas sama seperti mereka memejamkan mata dengan kehadiran PAS.Akibatnya bukan sahaja di kerusi yang dipertandingkan PAS berlaku pertembungan 3 penjuru tetapi di kerusi kerusi yang dipertandingkan parti parti kecil tempatan dan calon bebas ini turut berlaku pertandingan 3 penjuru atau lebih.Kita semua tahu sejarah Serawak yang acapkali memberi calon bebas kemenangan dalam pilihanraya tidak seperti di Semenanjung yang sering memperlihatkan calon bebas hilang wang pertaruhan.

    PH tidak peka tentang perkara ini, PH hanya mengganggap mereka sajalah pembangkang tunggal yang ada, akibatnya tanpa sedar talian hayat percuma dinikmati oleh BN.PH yang bercita cita merampas negeri menjadi satu mission impossible dan lebih teruk, satu parti komponennya mungkin akan goyah selepas PRN Serawak nanti akibat kegopohan sendiri.Mungkin akan ada menyanggah nanti tetapi apa yang terjadi di kerusi yang dipertandingkan PAS, tapak untuk PAS sudah lama dibina di sana,sedangkan PAN hanyalah sebuah parti mentah yang perasan sudah mempunyai pengaruh di kerusi tersebut.Jadi terlibatnya PAN dalam pertandingan 3 penjuru mungkin akan memecahkan undi pembangkang sedang undi BN akan tidak terusik.Kemungkinannya PAS yang akan kehilangan undi kepada PAN tetapi sebanyak mana undi yang hilang itu? Kalau pengaruh PAN kuat, mungkin PAS akan kehilangan undi yang menyebabkan PAS kalah tetapi kuat kah pengaruh PAN yang hanya beberapa bulan bertapak di Serawak?

    Kalau pengaruh PAN tidak kuat, maka kemungkinan besar undi yang diperolehi PAN boleh menyebabkan mereka hilang wang pertaruhan dan situasi ini tidak bagus kepada moral PAN.Jelasnya kerana terlalu gopoh PH mengambil pendirian tidak mahu melhat keadaan sekeliling dan akibatnya tanpa sedar BN yang diberi kelebihan dan dengan kelebihan ini, BN bersiap untuk mendapatkan 80 kerusi dalam PRN ini.

    BN dikatakan tenat, tetapi BN Serawak diberi air mandian yang segar untuk menyegarkan badan mereka.

    Tahniah PH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat penat ja kamu ulas ada org sini kesah,PRN Sarawak tak panting kerana apa apa keputusan tak ubah pun kedudukan Najib saya bukan org PAN tp sedar la najib dan menteri menteri dan kuncunya adalah pengkianat,tolong faham isu dibincang diatas.

      Delete
    2. Siapa Dr Zuhdi??? Punahsihat Presden PAS. Hancusssss

      Delete
    3. ...kot kot murSHITdol goBLOK ke3 dah jampi air mandian yang segar untuk bn sarawak.

      Delete
  7. Salam Tuan Blog,

    Satu perkara untuk direnungi, jika IPIC menidakkan hubungkait dgn IMDB, kenapa pula mereka bersetuju untuk membuat pembayaran Bond Interest sebagai penjamin jika IMDB defaulted.

    Sila rujuk laporan Bloomberg seperti pautan di bawah.

    http://www.bloomberg.com/news/articles/2016-04-25/abu-dhabi-s-ipic-to-make-1mdb-bond-payment-in-event-of-default

    -Asni-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab 1MDB ada buat swap deal dgn gadai tanah TRX,sebab tu depa setuju untuk sign peringkat awal dan sebab tu Tabung haji kantoi tak boleh pindah milik nama tanah wang dah bayar,begitu juga dgn KWSP,SOCSO,tabung amanah tentera dan KWSP semua terkantoi,jadi kalau 1MDB dah default payment tunggu la tanah asal untuk pembangunan ekonomi bumi putra akan lesap diambil org luar.

      Delete
  8. Memang menakutkan politik di malaysia ni... tidak ada satu pun parti politik yang betul-betul berjuang untuk rakyat... kepimpinan yang ada dalam SEMUA parti politik di malaysia sekarang adalah muka-muka haramjadah yang bertopengkan agama, bangsa dan lain-lain lagi... tapi hasrat sebenar mereka hanya lah untuk menjarah harta negara dan rakyat... paling tidak pun mengumpul harta sementara berkuasa... walaupun jelas dan nyata ada kesalahan berlaku dalam pentadbiran negara namun tak seekor pun berok-berok politik ini bersuara... kalau pun bersuara sekadar melepas batuk di tangga.. baik dalam kerajaan mahupun pembangkang... semua nya mahu jaga periok nasi sendiri... biar pun orang tu bergelar tok guru dengan serban sebesar bakul melilit kepala... kuasa dan harta menjadi pegangan hidup kalau pun tidak menjadi tuhan... namun sama-sama kita doakan semoga seluruh rakyat Malaysia dilindungi Allah dari segala bala dan bencana walaupun mereka-mereka yang telah kita pilih menjadi pemimpin dan wakil kita mempunyai hasrat yang berlainan dengan hasrat kita...aamiiinnn

    ReplyDelete
  9. Buang umno dan bn dulu...lain lain hal boleh bincang. Orang2 PH bukan bodoh, tak babi buta ikut cakap pemimpin macam orang bn

    ReplyDelete
  10. Sorryla Shahbudin saya nk tumpang blog ni nk menyumpah skejap. dh lama panas hati, sakit hati. org2 melayu dok sokong UMNO lg, BN, msih buta2 mengiyakan aje ape yg tv3suku siarkn. bodoh xleh nk tlg dah. mmg bangsat si najib n the geng, menteri2 kabinet kayu semuanya. klu lepas ni ade lg melayu bebal baju merah buat kecoh time pilihan raya mmg sialla diorg tu. melayu pun bodo jugk takut sgt DAP memerintah klu undi pembangkang. eh klu nk jdi pemerintah kna ade majority kerusila ngok. takut DAP (cina) tp skarang MELAYU sendri yg jual tanah kepada syarikat cina. xfikir ke? klu bce artikel kt mykemut komen2 tu lgla bebalnya. thap maksimum..cam org terhentak kepala gayanya. klu ape2 jdi kt negara ni saya akan slahkn org2 melayu bebal ni. dan klu dgr org2 yg dok merungut lpas ni seksa nk hidup kt malaysia saya akan ckp: tu lah sape sruh undi BN! padan muka. ckup2la biar BN wat dajal kt kita org melayu oiiii. terutama org2 kampung nih. pak cik mak cik, org felda dah felda potong duit smpi dpt rm200 je sbulan pun pasrah lg. nk berdoa lg kt umah tu? berdoa sambil berusahalaa. tanda tangan deklarasi rakyat. pulihkn balik ekonomi kite. tlg lah.. #emo

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,,,
    Analisis menyatakan salah satu penyelesaian kemelut kerajaan negeri Terengganu adalah bagi Umno Terengganu untuk berUG dengan PAS.Nampaknya saranan UG masih dinyalakan oleh Umno tetapi penerimaan PAS tetap macam biasa tiada perubahan, cuma digempar gempurkan oleh macai macai PAN bahawa PAS beriya iya sangat nak berUG.


    Sekarang peluang tiba sekali lagi, apa macam PAS? apa macam macai PAN? PJ PAS Terengganu , ustaz Saiful Bahari dan TGHH sudah menyatakan pendirian PAS mengenai krisis di Terengganu, tiada UG dengan Umno dan tiada UG dengan rebel Umno.Sepatutnya idea UG sudah ditutup, tetapi kerana Umno yang nak sangat menyelamatkan kerajaannya yang ditubuh dengan penipuan itu, maka timbul lagi UG.

    PAS relex juga nampaknya, santai jer melihat krisis demi krisis sehingga Mat Said tak keruan dibuatnya.Nak keluar Umno, PAS tak nak UG dengannya dan nak kekal dalam Umno, dirinya semakin dilupakan, nak tak nak terpaksalah salahkan DAP!

    Ayuhlah macai PAN, peluang kamu semua untuk desak PAS terima tawaran UG di Terengganu kerana itu yang kamu nak kan? PAS UG dengan Umno, selagi PAS enggan UG selagi tulah akan menunjukkan sia sianya kamu mencacai pasal UG PAS dengan Umno.

    Selama ini kamu menggunakan perlantikan TGHD ke jawatan cluster dakwah sebagai jalan kepada UG, menggunakan tawaran menjadi penasihat kerajaan dalam hal hal kebajikan rakyat oleh TGHH sebagai jalan kepada UG, jadi kenapa kamu tak gunakan tawaran UG di Terengganu secara maksimun untuk menunjukkan memang PAS kelaparan untuk UG.Peluang sudah di depan mata, apa lagi kamu tunggu, wahai macai PAN........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan penyokong PAN tapi kemelut ini lebik buat PRN kita tengok PAS berentap dgn PAN baru betul lepas tu nak kutok kutok la sekarang ini jgn perasan la,suruh HJ Hadi (eddy) puluk najib lama lama sikit.

      Delete
    2. ...dah cium mulut, tapi lebai marang lupa bawak viagra

      Delete
  12. Sokongan daripada kaum Iban untuk calon PAS N07 Dun Samariang tidak berbelah bahagi apabila kehadiran mereka di Pusat Penamaan Calon memberangsangkan.

    Mereka setia menanti walaupun cuaca di tempat kejadian hujan lebat.

    Sebaik sahaja pengumuman calon oleh pihak SPR, laungan takbir silih berganti dengan jeritan “HIDUP PAS” daripada mereka.

    Dalam ucapan wakil daripada kaum Iban semalam ada menyebut mereka terharu dan berbangga Tuan Guru Presiden PAS dapat turun ke perkampungan mereka untuk melihat kesusahan mereka yang sering diabaikan oleh pihak kerajaan sekarang.

    Mereka yakin PAS dapat membantu mereka untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.

    Terkini, Ustaz Yusof menerima keahlian baru Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dari penduduk berbangsa Iban, Kampung Siol Kandis, 25 April lalu.

    Seramai 30 orang penduduk menyerahkan borang keahlian DHPP disaksikan juga oleh AJK PAS Pusat Dr. Riduan Mohd. Nor dan Ustaz Ahmad Dusuki.

    "Bersama Sejahterakan Samariang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la tu bersama sama dgn parti jual agama,dan sesat kerana mengkafir sesama muslim iaitu umno dah lupa ka.tak ada apaapa yg sejahtera cerita syok sendiri

      Delete
    2. ...kesusahan mereka yang sering di abaikan oleh pihak kerajaan. Parti lebai nak buat apa, mangsa banjir k'tan teterus terabai. Ada parti lebai kesah. Tunggu je lah kejutan prn Sarawak, lebai marang bakal terkejut badak, ...sarawak kata pergi, ijn kata mari sini.

      Delete
  13. Pada pendapat saya,
    Arul telah terjerat oleh kenyataan IPIC bahawa pembayaran yang dibuat oleh 1mdb bukan melalui anak syarikat IPIC. Maknanya duit itu hilang dengan niat menipu sebab itu tiada sebarang tindakan susulan yang diambil oleh pihak 1mdb atau najib.
    Kenyataan arul bahawa itu masalah dalaman ipic dan biar ipic yang selesaikan kerana 1mdb dan najib tak nak kes ini terungkai dan pecah lubang.
    Ipic yang menjadi penjamin keatas bon 1mdb, meneruskan pembayaran bagi pihak 1mdb kerana MENGIKUT PERJANJIAN.
    apakah perjanjian itu??? Sekiranya 1 pihak gagal, maka apa pertaruhan nya??? Tak mungkin ipic pun akan diam tanpa ambil sebarang tindakan undang-undang keatas pegawainya yang pecah amanah sekiranya tidak mendatangkan sebarang keuntungan bagi pihak mereka.
    Tanpa kita sedar, hutang makin berbunga, berkembang mekar, satu, satu aset yang dulu milik negara bertukar menjadi milik orang asing.
    Yang makin pelik dan memelikkan, bila ada orang melayu yang tak rasa malu masih pakai baju umno pergi kesana kemari. Memang lah kerja dajal ni bukan parti umno yang buat tapi oleh individu dalam umno. Namun bila tiada sebarang tindakan oleh umno keatas individu yang buat dajal, maka seluruh umno dipandang jijik dan hina oleh rakyat malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munafikin akan tercampak ke dalam lapisan neraka terbawah...

      Delete
    2. Dia tak kesah pun. Dia kata kubur masing2, itu belakang kira. Yg penting sementara ada nyawa dia nak hidup bermewah-mewah bersenan lenang anak beranak. Tak nak hidup susah melarat. Tak kiralah duit haram ke apa ke, janji dapat hidup mewah. Mati tu belakang kira, cam mana dlm kubur sapa yg tahu. Itulah prinsip hidup seorang penyamun.

      Delete
  14. Gilo komen panjang2.

    ReplyDelete
  15. Banyak komen-komen yang lari dari tajuk. Apa masalah korang ni? Main belasah tulis je. Dah lah komen lari dari tajuk, mintak izin pun tidak. Buat semak je lah. Tulis panjang-panjang pulak tu. Buat paranoid orang je nak baca. Nak komen pasal pilihan raya Sarawak pergi la blog yang tulis pasal tu. Bukan kat sini. Korang ni telah merosakkan diskusi sebenar berkenaan pelaburan syarikat sarat hutang 1MDB yang tuan admin ingin sampaikan. Jadi perbincangan sepatutnya berkisar ke arah tu.
    Tajuk pos ni adalah perihal 1MDB yang telah bayar USD 3.51 billion kepada syarikat palsu yang berpengkalan di British Virgin Islands (BVI). Jumlah tersebut yang sepatutnya dibayar kepada IPIC atau anak syarikatnya Aabar tetapi IPIC tidak menerima apa-apa bayaran pun. Itulah intipati tajuk posting ni. Hal ini yang sepatutnya korang komen. Kalau tak faham diam jer. Jangan nak gatal-gatal komen lari dari tajuk. Ada faham..

    ReplyDelete
  16. Diharap ada pihak yang tampil mendedahkan perjanjian ipic dengan 1mdb. Yang PENTING, apa KEUNTUNGAN yang IPIC dapat bila 1mdb gagal membayar ikut perjanjian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Joe,
      Bukan yang penting IPIC dapat yang lebih utama apa yang rakyat akan tanggong beban bila sah 1MDB dah default semua hutang dia buat ingat kerajaan penjamin jadi rakyat akan tanggung beban kelak.

      Delete
    2. Mr Joe,
      Bukan yang penting IPIC dapat yang lebih utama apa yang rakyat akan tanggong beban bila sah 1MDB dah default semua hutang dia buat ingat kerajaan penjamin jadi rakyat akan tanggung beban kelak.

      Delete
  17. Siapa yang sain cek? Siapa yang tulis cek? Minit mesyuarat lulus bayar ada? Mungkin semua tulis dan sain atas keping cek untuk diisi orang lain kut?

    ReplyDelete
  18. Dukacita dimaklumkn bahawa hati yg sedih melihat org2 kmpung luar bandar kini kais pg mkn pg kais ptg xmkn pape.Diperingatkan bahawa bala yg datang berbagai bentuk,panas,kebakaran, penyakit dan musibah dlm negara skrg atas kesalahan rakyat negara ini.yg tidak bersalah pun turut sama merasai.harap umat muhammad kembali la ke pangkal jln.tingglkn kemaksiatan.sy menasihati diri yg lemah ini dan kalian.bg keluarga jg la tggjwb anda pasangan anda n ank2.bg masyarakat lakukan amal makruf dan tinggalkn kemaksiatan.bg pemimpin sedarla tggjwb anda terhadap rakyat.senangila hati rakyat.bersarala jika tidak mampu memikul tggjwb dan amanah rakyat.berilah tggjwb kepada yg mampu menggalas tugas yg besar ini.bertaubatlah.dosa ank2 n isteri tidak tertanggung.apa lagi nk jg keperluan n kepentingan rakyat.renung2lah.

    ReplyDelete
  19. Syarikat berniaga hutang piutang mendobi duit guna klorok cap rosmah habis hancur duit ditabur dikota kota perdagangan jual beli intan berlian.pinjam hutang bodek bunga tabung negara bank negara semua ikut terkait tipu daya songlap putar pusing kepala terbelit.apa bodoh sgt semua org satu atau beberapa anak syarikat ini nak tipu org guna syarikar ipicpun tak dpt jln juga dpat derma pula.cash is king is going to turn into cash is going to kill you when you corop.let we together bleach them dont use rosmah bleach she will bleach out all our money.mereka dobi duit kita mari kita dobi mereka.habis tu gimana pembangkang masih gaduh sama sendiri sbb masing masing keras kepala teruskan beruding ok semoga rakyat akan mng.kempen apa lg najib diserawak tu dgn syarikat masih berhutangnya.

    ReplyDelete
  20. malayasiaku kaya. baru kini aku percaya, bila syarikat kerajaan hilangkan RM 14 000 000 000.0 kerajaan, pm dan raja buat tak kesah je. macam orang kaya hilang duit lima sen. air mataku menitis kerana aku dicukai berkali kali.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak kesah pun sebab bukan duit dia.
      Kalau duit dia dah lama macam cacing kepanasan.
      Duit dia dah memang la duit dia tapi duit rakyat pun jadi duit dia jugak.

      Delete
  21. Aku lagi sedih bro.
    Aku baru saja bersara wajib.
    Duit EPF aku laburkan ke dalam lslamik Unit Trust Fund. Ingatkan inilah modal pelaburan yg terbaik yg aku buat untuk meneruskan kehidupan aku selepas bersara.
    Aku nak berniaga sendiri aku tak pandai.
    Harapan aku hanyalah unit trust jalan yg paling selamat untuk jana pendapatan.
    Rupa rupanya aku mengalami kerugian demi kerugian.
    Terduduk aku.
    Akan tetapi aku cukup pelik mcm mana najib boleh kata ekonomi negara kian berkembang. Transfomosi negara kearah negara maju 2020 pasti berjaya. Kalau tak silap aku najib kata rating pun dah melebihi 90%. Tapi mcm mana unit trust islamik fund aku merudum?????
    Najib dapat duit drp mana untuk bayar balik hutang kpd IPIC????

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..trust fund..stock market.. future market .. ko tak perlu involve le bro...
      Coldcooler

      Delete
    2. Sebab to kena ada diversified portfolio. Pada pandangan saya, epf memberi pulangan yang baik dgn risiko yg sederhana/rendah.
      Zaman UT bagi pulangan >10% setahun telah berlalu. Apatah lagi dgn fee UT yg tinggi. Nak cover fee pun kadang2 kena tunggu lebih setahun.

      Delete
    3. masalahnya, epf ni..kalau tak silap saya... dividen nya kita tak boleh withdraw..kena tunggu kat umur2 tertentu... setuju dengan tuan..dapat pulangan 5-6% dah cukup bagus...

      Delete
  22. Hidup rakyat semakin payah. Mereka berniaga kecil-kecilan ikut kemampuan macam cendawan tumboh lepas hujan. Ada jual nasi bajet. teh goncang, kopi terbang dan pelbagai lagi. Semua untuk menampong perbelanjaan yang sentiasa tiris bencana gst, hutang kereta, hutang rumah, hutang ptptn, hutang saudara, segala bil dan makan minum seharian. Bantuan kerajaan seperti BRIM sebagai candu yang amat ditagih. Pembangkang pula terus beantakan. Adakah strategi Najib berjaya???? atau 'ilmu Rosmah' cukup menjadi. Rakyat menjadi mangli longlai meLAYU. Kalau bising pun bagai anjing lapar menyalak bukit. Rosmah tetap utoh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah akan mengadili dia anak beranak.
      Kuasa Allah siapa yg boleh elak?
      Allah yg akan menentukan.
      Kalau munafik tunggulah balasan balanya.

      Delete
  23. Itu semua adalah kerja penyamun penyagak pemimpin yg tak bermaruah kenapa senyap saja siapa yg ujudkan 1mdb mana anjing2 belaan tu belalah 1mdb ia merupakan sebuah sykt yg banyak mengkayakan penyangak2 dan penyamun2 negara bukan ke begitu agaknya

    ReplyDelete
  24. Itu semua adalah kerja penyamun penyagak pemimpin yg tak bermaruah kenapa senyap saja siapa yg ujudkan 1mdb mana anjing2 belaan tu belalah 1mdb ia merupakan sebuah sykt yg banyak mengkayakan penyangak2 dan penyamun2 negara bukan ke begitu agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua DAP dan Anwar Ibrahim punya kerja. Hancur negara...kihkihkihkih...

      Delete
    2. Anwar politikus pertama yang beramal politik WANG masa dulu dalam UMNO...

      Delete
  25. Perbalahan berterusan antara PKR dan DAP berhubung pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang.

    Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh tidak bersetuju dengan perebutan kerusi antara kedua-dua parti itu, di mana kedua-dua pihak enggan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu.

    “Terus terang saya katakan, pertandingan tiga penjuru antara ahli Pakatan sendiri sangat tidak wajar.

    “Tetapi, saya rasa sampai ke tahap tertentu, rakyat telah dikecewakan oleh tindakan tidak bertanggungjawab itu.

    ReplyDelete
  26. Rakyat Malaysia susah ke? Yang susah tu sendiri buat susah... yang lain aku nampak releks je belanja sakan... Apa-apa pun BRIM dah ambil ke belum... syukur rezeki anak-anak... amin...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan cakap f**kin stoopid ok? kalau diri bangang juga janganlah hukum kite yang jadi mangsa... ambil itu brim lah ptuiii! anak cucu kite terbeban hutang negara bahlol!!!

      Delete
    2. Yang belanja sakan tu kerja kerajaan...kerja cam taik pon gaji jalan, bonus ada. BRIM tu hasil kutip duit gst. Duit kita juga. Apasal bebal sangat? Lulus form 3 jerr kot?

      Delete
    3. Dapat BRIM sen sen pon dah happy...bahlol tahap gaban.

      Delete
    4. Bodoh 15.22, ada org kena buang kerja, rumah bank tarik, kereta pun tak dapat nak bayar. Dulu bini surirumah tapi sekarang kena keluar cari kerja sebab kos hidup tinggi.

      Belanja anak dicatu, makan minum ala kadar tau tak. Brim boleh bagi makan tiap bulan ke?

      Dalam setahun berapa ringgit dapat BRIM? Dalam setahun berapa banyak jumlah GST yg rakyat kena bayar? Mana yg lebih banyak??

      Bagi tangan kanan tapi tangan kiri tarik balik lebih dari yg dibagi.

      Delete
  27. Tara ku cha cha28 April 2016 at 15:43

    Untuk tidak mensia-siakan ikhtiar Budin yang tidak mengenali makna penat dan lelah, beliau telah mengenengahkan tajuk RM14,000 yang lesap dan benda-benda yang sewaktu dengannya. Pastikan komen-komen anda kena pada sasaran.

    Mari kita berkerjasama untuk memastikan matlamat kita adalah sejajar dengan Budin. Pastikan apa-apa yang kita luahkan itu kena pada tajuk dalam perbincangan.

    Kita seolah-olah menyabotaj Budin kalau kita tidak ambil berat dalam hal ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap, RM14,000 juta sepatutnya.

      Delete
    2. Hehehe..rm14000 vs rm14000 juta..jika bilis yg sapu rm14000 je pun, compom masuk ke DALAM tak kurang 5 tahun tu...

      Delete
  28. Ramai orang beritahu aku bahawa PAN ditubuhkan kerana PAS nak UG dengan UMNO. Daripada pemilihan Muktamar sampai sekarang itu yang diulang-ulang. Tapi tak banyak perkembangan hanya sebagai tohmahan tanpa bukti yang nyata dan jitu.

    Ayat nak selamatkan UMNO daripada lemas satu daripada perkataan untuk menarik sokongan kepada parti pecahan PAS, iaitu PAN @ AMANAH. Kata-kata Tok Guru Nik Aziz yang UMNO adalah musuh jangan selamatkan UMNO sedang lemas menjadi trademark kepada 'pendakwah' PAN.

    Tapi hari ini bila aku lihat dan kaji secara fakta, aku dapati sebaliknya. Yang nak selamatkan UMNO/BN bukan PAS sebab PAS bertanding lawan UMNO/BN dimana-mana sahaja termasuk di Sarawak.

    Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun 2011 misalnya calon PAS hampir menang di Dun Beting Maro.
    Daripada 2011 PAS bertungkus lumus memastikan masyarakat Sarawak memahami PAS dan perjuangannya. Menyebar Islam melalui dakwah secara hikmah. Bantuan dan kebajikan diutamakan. Bila sahaja PRU kali ini 2016, PAS letak calon di Beting Maro dengan harapan PAS akan lawan BN. Tapi malangnya parti yang kononnya nak jatuhkan BN tolong memastikan PAS tidak berjaya. Tak lain tak bukan PAN @ AMANAH bertanding juga di mana tempat PAS bertanding.

    PAS hanya kalah dengan BN 391 undi sahaja. 5 Tahun PAS atur strategi, buat cula untuk mengatasi 391 undi ini, tiba-tiba PAN letakka calonnya. Apa sebenarnya sikap PAN??

    Itulah menunjukkan keikhlasan PAN @ AMANAH dalam perjuangannyaAku tak faham PAN @ AMANAH letak calon tempat PAS berpontesi menang atas niat apa? Nak bantu PAS tumbangkan BN atau nak bantu BN tumbangkan PAS agak hati peruk puak-puak PAN ini lega bila PAS kalah dan tak boleh bertapak di Sarawak kerana nafsu ego mereka untuk melihat PAS musnah tercapai. menegakkan Islam kononnya.
    Kalau PAN bertanding di Sarawak sekadar mencapai kehendak ego dan nafsu, PAN tak lain-tak bukan sama dengan UMNO/BN parti sampah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...pan hanya lawan parti yang amal politik natang. Tak gitu

      Delete
    2. Anon 17:33 ko jgn nak putar belit cerita tghh politik matang yg politik natang tu adalah pan.nampaknya pan talibarut dap vs pas.pkr vs dap.bila dap dgn tali barutnya dah mampus atau nyawa nyawa ikan baru senang pkr gabung dgn pas lawan umno yg nyawa nyawa ikan.mcm tu baru islam dpt ditegakkan dgn sepenuhnya tanpa prejudis dap n talibarutnya n juga umno krn semua dah tunggu nak mati je.sekalian tgok keras kepala dap di serawak kenapa tak bg laluan sj kpd pkr.bkn ke sama sj pembangkang.sekarang beri ruang pd umno pula.parti pan tu tak payah ckplah mmg sudah terang lg bersuluh talibarut dap.jd tgok sj la kelaku tak senonoh mereka itu.kalau mmg tghh nak ber ug dgn umno knpa tak gunakan kesempatan yg terbuka luas diterengganu.hanya say yes utk permulaan bg ug di malaysia tp tghh tak nampak ingin buat begitu.padahal spt org mengantuk yg disorongkan bantal.knpa tghh tak terus sambut bantal itu.mana lg nak fitnah.

      Delete
    3. ...anon2034, hahaha. Pkr gabung dengan pas, kepala otak bapak kau. Yang betulnya serban nak gabung dengan bow adalah. Jadi lah lebai kfc. Tak gitu

      Delete
    4. ...isu ganu, lebai marang dah cium mulut, tapi tak bawak viagra. Kesian

      Delete
  29. si Islam tolak jemaah kepimpinan ulama dan cuba mengalahkan PAS
    si non-muslim sokong kepimpinan ulama dan kini menghabiskan masa ke Sarawak memanangkan PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...si kafir menentang perasuah. Si ulama cium mulut pulak.

      Delete
  30. Pelik dgn 1mdb ni.. Arul (1mdb) ckp ada penipuan.. Tapi pac dan sprm check (siasat).. Takda apa2 pula.. Yg paling pasti DUIT HILANG BERBILION.. Rakyat yg jadi penjamin kepada hutang kerajaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1MDB ni bersih lagi suci tapi yg pasti duit 14 ribu juta hilang.

      Delete
  31. Kalau nak dapat balik duit yang discuri orang, sila baca mantra ini: Mengapalah dulu daeng mu tak matikering (scorched by the) sun right through your bones.

    ReplyDelete
  32. Ini semua masaalah Jin Dalam Botol yang menetap di negara padang pasir semua telah berhijrah ke Mesia sebab senang buat fulus. Itu sebablah susah mahu lawan sama mereka....ada kuasa mistik mah!!!!

    ReplyDelete
  33. hebat macai umno ...... dari cerita rm14,000juta hilang bertukar jadi cerita ph dan pas di sarawak .....MEMANG MELAYU SUKA MELUPA-LUPAKAN....AGAR YANG HARAM JADI HALAL

    ReplyDelete
  34. Kamu semua ni bodoh tahap gabang....g meniagalah bodoh....Cari duit jgn duk menyalahkan orang bile tak Ada duit...buang masa bicara politik murahan....ade org kesah ke.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat gaduh bang, yg ko bodoh bangang marah2 kat sine apa hal

      Delete
    2. Encik Azhar ooiii.

      Dah tahu buang masa bicara politik murahan, yang kau singgah kat blog ni and bagi komen apa hal???

      Kan tu bodoh bertingkat-tingkat, bangang berlapis-lapis namanya.

      Delete
  35. Penegak benang basah Arul Kandasamy

    ReplyDelete
  36. RAKYAT MALAYSIA XLAYAK DIPER BODOH KAN KECUALI PEMAKAN DEDAK.KHALAS

    ReplyDelete
  37. bersedialah untuk terus diboddo boddo oleh amno
    50 tahun lagi

    ReplyDelete
  38. Dah kena tipu dgn najib mcm ni punya teruk pun masih nak tunggu 50 tahun lagi ker?
    Please lah bro..
    Nyonya jual buah pernah kata kat aku " aiyaa skrng saya pun ta mau sokong dia lagi lorr...
    Aku mmg kenal lama dgn nyonya ni dia orang MCA

    ReplyDelete
  39. Budin, saya cadangkan mana2 komen yg tidak kene mengena baik delete je.. buat semak, tak ada org nak baca pun!! sekian t/kasih.

    ReplyDelete
  40. Aku masuk sini nak bagi kesedaran kat anak melayu yg jadi penganalis politik xade gaji ni...pergilah buat kerje jd usahawan hebat biar boleh Bantu anak bangsa yg keluar universiti tapi takada kerje yg mengharapkan kerja dgn towke cina.....ade ke masalah pengangguran anak cina....kau tengok sekolah cina semua Ada air con...dewan..smk kipas pun xjln......biar kits semua jadi kaya barulah hebat politik melayu.....tak perlu nok rasuah.....boleh beri zakat.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...kita memang kaya, bahkan kaya raya. Cuma kekayaan berlegar di sekitar golongan bangsawan, yang lelain mampus pi lah.

      Delete
  41. Mung usahe le lagu mane pong..slagi natang Najik dang puok-puok umno neh dok merentoh..abish blake rezeki hok yang tuhang beghi kat mu tuh dirompok..dilanung dek natang-natang neh. Tok dang nok bawok tubek zakat boh! Mung toksoh mandang ke Cine sangat sebab natang Cine ni dia dok dulik sumber rezeki dia tu maghi kuk mane pong! Sabit tu skoloh dia lengkap segale segi..dok haghap sangat ngang keghajaang. Neh skolong kebangsaang gok buleh sangat nok mewah tapi doh keghajaang penoh ngang rasuoh..suk ke cikgu besar pong abish bahang ke dia blake..bodho mung!

    ReplyDelete
  42. Masalah dalaman..ingat syarikat bapak dia

    ReplyDelete
  43. X report polis...ingat syarikat sendiri punya

    ReplyDelete
  44. Kompaun BNM ... duet rakyat wajib 6% GST kalo tak digelar pengkhianat

    ReplyDelete
  45. Tahniah en budin..lepasi 100 komen..sgt menarik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...