Monday 18 April 2016

MARI KITA USAHAKAN 1 JUTA YANG PERTAMA DULU...

Sehingga ini dilaporkan seramai 220 ribu orang sudah menandatangani Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Melalui online saja, seramai 50 ribu sudah berbuat demikian dan sambutan terus diterima hari demi hari. Bagi yang belum menandatanganinya, boleh berbuat demikian di sini - http://goo.gl/forms/VMXoMc8Xzf.

Pengumpulan tandatangan secara fizikal pula, terlihat sambutannya begitu hangat sekali terutama di mana ada tokoh-tokoh tertentu yang turun berkempen sepertimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sabtu lalu.

Selain itu, urusetia mengumpulkan tandatangan juga sedang bergerak ke negeri-negeri bersama program Selamatkan Malaysia bagi mencapai matlamat awal mendapatkan sekurang-kurangnya 1 juta tandatangan dalam waktu terdekat ini untuk dihantar kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Selepas 1 juta yang pertama, 1 juta yang kedua, yang ketiga dan seterusnya pula akan dihantar sebagai makluman kepada Raja-Raja mengenai penolakan rakyat terhadap Najib.

Untuk itu, kepada yang belum berbuat demikian, sila lakukan sekarang jika dalam hati kita benar-benar mahu melihat Najib berjaya diundurkan. (SH 18/04/2016).

38 comments:

  1. commom malaysian citizen. dont waste time. we have to kick najib ass from being our prime minister. he stole our money. bukan sikit...banyak bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya Majlis raja-raja menasihati Najib untuk bercuti. Tak perlu nak cari tandatangan sampai 1 juta.

      Delete
    2. Yang dah tersilap makan dedak boleh sain jugok ke?

      Ke guaner Din? ha ha,ha ha!!!

      Delete
    3. Yang sudah termakan dedak, kena sign dua kali dan letak gambar sekali 😅😅

      Delete
    4. Raja2 lagi awal makan dedak.. sbb tu dok diam menikus ja. Projek masyuk juta2 bro.. Najib pintas kalooo.. menggelupur la anak beranak.

      Sama sama merembat. Sama sama diam menikus. Apsal TMJ dan Sultan Johor x sign sama declaration ni, kalo betul2 nak Najib undur. Tangka gambar meh sini..

      Delete
  2. saya pun dh sign melalui online

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sekeluarga juga dah sain deklarasi rakyat secara online.

      Jangan takut, mereka tak mungkin dapat mendakwa beratus ribu atau berjuta-juta rakyat. Kalau mereka nak dakwa, mereka kena dakwa semua beratus ribu atau berjuta penandatangan deklarasi rakyat. Kalau ini betul2 terjadi, ia akan menjadi satu perbuatan penindasan rakyat. Sudah tentu ia akan menjadi satu sejarah dlm Malaysia.

      Suara rakyat ialah satu gelombang besar.

      Kuasa rakyat yg menentukan kerajaan. Ia boleh menaikkan satu2 kerajaan atau menjatuhkan satu2 kerajaan.

      Suara Rakyat Suara Keramat....!!

      Delete
    2. 2236, suara rakyat suara keramat??? Keramah hapernyer.. jadi kuli kerajaan haprak yg hanya ada x sampai 200 menteri dan timalan menteri..

      Rakyat ni bodoh ja.. suara keramat mendernyer.. 50 tahun kene buli, trus jadi bodoh dungu selamanya ke anak cucu..

      Delete
    3. Yg ko 06.41 nak jatuhkan semangat org nape?? Kalu dah cerdik sangat nape tak pikir jln yg baik utk semua? Tau nak hentam org jer buat pe? Apa hasil yg dapat dari menghentam org?

      Delete
  3. Nasihat untuk DS Najib:
    Dato Sri,

    Kalau DS benar-benar sayangkan negara, bangsa dan agama Islam, berkorbanlah untuk meletak jawatan, kesalahan jenayah dan pecah amanah serta kecuaian yang dilakukan oleh DS amatlah jelas, walaupun AG, IGP, dan Menteri2 Pencacai angkat najis cuba untuk menutupnya. Jika DS berjiwa ikhlas lagi suci, janganlah bawa rakan-rakan senegara, sebangsa dan seagama sama-sama terlibat untuk mempertahankan DS, semuanya akan menanggung kesubahatan.

    Akhirnya, rakyat melihat, BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. Tindakan2 yang DS lakukan semuanya menjurus untuk menutup jenayah yg DS dan 1MDB lakukan. Rakyat sekarang bukanlah rakyat kampung tahun 50'an dahulu.

    Selamat berjuang DS Najib meletak jawatan secara terhormat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Bendahara Tun Perak pernah berwasiat pasal raja yang ADIL seperti berikut:
      "Hendaklah tuluskan hatimu pada berbuat kebaktian kepada Allah s.w.t. dan RasulNya. Dan jangan kamu sekalian lupa pada berbuat kebaktian kepada raja kamu ... Maka kata ahli hikmah, adalah raja yang adil itu dengan Nabi s.a.w. seumpama dua buah permata pada sebentuk cincin; lagi pula raja itu umpama ganti Allah di dalam dunia, kerana ia zilullah-fil-'alam. Apabila berbuat kebaktian kepada raja, seperti berbuat kebaktian kepada Allah SWT. Yakni berbuat kebaikan kamu terhadap Allah dan RasulNya, dan akan raja (surah An-Nisa’: 59)”

      Delete
    2. 15.45.. Ape ko merepek guna bahasa dewa ni??

      Delete
  4. Satu lagi soalan untuk Najib:
    KENAPA LAPORA AUDIT JAN DIJADIKAN OSA, MANA JANJI PM SEBELUM INI TUNGGU LAPORAN AUDIT.KENAPA TANGKAP RAFIZI. SEMUA TINDAKAN INI MENUNJUKKAN NAJIB TAKUT SEBAB BERSALAH.

    ReplyDelete
  5. Tentulah takot Najib kalo dipenjara nnti.

    ReplyDelete
  6. Bandingkan Najid dan Mandela. Mandela sanggup berkorban masuk penjara demi perjuangannya. Tapi Najib sanggup menangkap rakyatnya yang memperjuangkan kebenaran. Adakah Najib sama dengan Mat Salleh Aparteid ?

    ReplyDelete
  7. Mana tak takut, dalam rumah pun takut dengan suami...dimana 2 KL, Putrajaya jgn2 roti Tak telor diharamkan. Jgn sebutkan keberanian n kebenaran dalam suasana politik Negara, semuanya kerana DEDAK, sampai PR14 1MDB pun tak selesai, PILIHANRAYA Sarawak pula menampak penipuan, penyelewangan, PR14 pula pembaca jgn sekali mengharapkan BN akan tumbang...

    ReplyDelete
  8. Ramai orang tidak berani menandatangani dalam online kerana sangsi akan kerahsianya,takut nama bocor kepada pihak pihak tertentu.Secara fisikal diatas kertas lebih meyakinkan,saya harap ditiap daerah /taman/atau manamana tempat yang sesuai diadakan pusat pengumpulan kertas tandatangan ini dan diwarwarkan pada orang ramai.Ditempat saya ,kalau saya hendak menandatanganinya saya tidak tahu dimana ia bolih dibuat,maknanya setiap daerah mesti ada sekretariat mengumpul tandatangan.T.Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya saya setuju pendapat saudara,lagipun sekarang ini whatsapp berlogo PDRM sudah cuba greeting kami rakyat malaysia setiap pagi,besar kemungkinan segala tingkahlaku kita di alam maya pun di pantau oleh pihak mereka.Jika betul lah telaahan saya alangkah bahagia nya kita sekarang hidup di negara berdemokrasi yang bebas bersuara.

      Delete
    2. Kita ni sekarang macam dikawal oleh mafia pulak. Macam zaman Hitler pulak. Kalau satu-satu kerajaan sudah mula aniayakan rakyatnya sendiri contoh macam Bashar Assad, itu maknanya bermulalah sejarah hitam dlm negara tu.

      Tapi harap jangan sampai kita jadi macam tu. Belum pernah lagi kerajaan kita di bawah pemimpin2 yg dulu menganiayakan rakyat sendiri.

      PRU14 nanti tolongla bukak mata luas2.

      Delete
  9. Kita kumpul 4 juta tanda tangan pun amno da kalah.woi rakyat nak sign deklarasi pun slow sangat nak trngok negara jahanam ka?bangkit dan tt.vendetta#

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meka takut kena dakwa.
      Takkan nak dakwa 2, 3 org jer.
      Kenala dakwa semua sekali yg tanda tangan.
      Baru adil.
      Takkan nak aniayakan rakyat yg berjuta2 tanda tangan tu.
      Jadi tak payahla nak tertakut-takut.
      Tanda tangan ajerla.

      Delete
  10. Dongibab dudebest#i love che rani kulopvera

    ReplyDelete
  11. THIS GOOD FOR NOTHING JIB MUST GO.... WE CANNOT TOLERATE HIM ANYMORE. HIS POPULARITY RATE HAS GONE DOWN TO LESS THAN 10%. THE LONGER HE STAYS THE WORSE FOR THE COUNTRY. PLEASE SIGN THE PETITION AND MAKE SURE THIS USELESS GUY LEAVES.

    ReplyDelete
  12. Semoga allah permudahkan aaaammiiiinnn

    ReplyDelete
  13. Semoga allah permudahkan aaaammiiiinnn

    ReplyDelete
  14. amacam Datuk Zahid. Dah sign ke belum. Jangan lupa suruh macai2 datuk pergi sign.

    ReplyDelete
  15. Salleh S Keruak belum sign sbb .....keruak pandai ckp je menulis ?????????

    ReplyDelete
  16. Tuan Shahbudin macam nak sign banyak-banyak supaya angka idaman akan tercapai dengan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan macam tu. Kita jangan jadi macam pemakan dedak, menipu, membelit dah macam air minum.

      Bialah lambat asal kita jujur dan amanah. Insya-Allah, Allah bersama kita dalam menentang rasuah. Yg batil akan tetap jatuh.

      Delete
  17. Kalau inilah sikap Raja-Raja Melayu yang diam membisu macam batu dan tunggul,apakah maknanya kewujudan institusi ini?Sekiranya Majlis Raja-Raja tidak ada peranan dalam membetulkan parti pemerintah yang pecah amanah dan durjana,maka apa perlunya lagi rakyat mempunyai raja?

    ReplyDelete
  18. Kajian Shahidan dan Zaharin Mohd Yassin UMNO Wilayah menunjukkan majoriti Mahasiswa tidak menyokong Najib.

    Najib sekadar mendapat sokongan dari kumpulan tertentu yang belum pasti ahli nya turut menyokong dan dari deklarasi yang hanya di tanda tangan sebagai tanda kehadiran oleh pemakan-pemakan dedak kelas A.

    Mengapa Najib tidak pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan mendapatkan sokongan dari orang ramai. Lawan terbuka cara begini pun Najib gentar.

    Trick Najib berdiam ialah supaya rakyat tidak ikut rentak pembangkang dan hanya menyokong Tun Mahathir secara senyap.

    Jika Najib lawan dan berani serta yakin, saya yakin lebih ramai yang akan tanda tangan deklarasi rakyat.

    Najib perlu di asak bertalu-talu, kalau perlu dedahkan maklumat mengenai perangai Najib yang telah lepas.

    ReplyDelete
  19. Saya sudah, anda bila lagi...

    Semoga Allah Selamatkan Malaysia dari perompak harta rakyat.

    ReplyDelete
  20. Saya tak sign sebab saya dah makan dedak.Ada banyak lagi dedak nak turun ni woi..berbillion.

    ReplyDelete
  21. Sebenar aku nak sign, tunggu lagi 2 hari jika Tunku Bohong
    UMNO sec gen tidak yakin bukti 1 MBD pasti berhasil TELOR
    EMAS........saya dan sekeluarga sign......

    ReplyDelete
  22. Ya la bro 6.41 ..betul ksta 7.54..sekarang nih bukan masanya nk terus mencela dan mengata ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...