Tuesday 12 April 2016

1MDB TETAP PERLUKAN SURUHANJAYA DIRAJA, NAJIB DAN JHO LOW MESTI DIJADIKAN SAKSI WAJIB


Walaupun seperti ada percubaan untuk mengalih perhatian dengan membesar-besarkan isu Lim Guan Eng dan tanah Taman Manggis serta larangan ceramah Dr Zakir Naik, batu besar yang menjadi masalah kepada semua rakyat Malaysia  sekarang tidak lain ialah 1MDB.

Kita tidak harus terperangkap dengan isu-isu lain yang mungkin sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian dan mengurangkan tumpuan terhadap 1MDB.
Dulu Najib Razak dan 1MDB sendiri menjanjikan laporan audit menyeluruh mengenai syarikat itu akan menjawab segala-galanya. Malangnya apabila laporan audit  disiapkan, ia kemudian diletakkan di bawah  OSA atau Akta Rahsia Rasmi yang menyebabkan ia menjadi rahsia kepada semua rakyat daripada membaca dan mengetahuinya.

Lalu, pertanyaan ramai termasuk makcik Felda ialah mengapa dijadikan rahsia rasmi negara jika tidak ada perkara yang mahu dilindungkan?
Sudah lupakah janji sebelum ini yang meminta semua orang menunggu laporan audit sambil mengatakan laporan audit  1MDB akan menjawab segala-galanya?

Disebabkan laporan audit telah diOSAkan, lantas menyebabkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen tidak mampu menjawab banyak perkara tentang 1MDB ini.

Selain itu, terdapat pula beberapa saksi penting yang menurut Tony Pua ditolak untuk dipanggil memberi keterangan oleh Hasan Ariffin, Pengerusi baru jawatankuasa tersebut yang dilantik menggantikan Nur Jazlan yang dinaikkan pangkat sebagai timbalan menteri di tengah-tengah kemelut 1MDB pada 28 Julai 2015 yang lalu.

Antara saksi yang tidak dipanggil itu ialah wakil Bank Negara, Jho Low, salah seorang bekas CEO 1MDB, Hazeem Abdul Rahman dan sudah tentu Najib sendiri yang tandatangannya semua orang tahu adalah "nyawa"  kepada perjalanan syarikat pelaburan itu.

Malah, seperti yang disebut juga oleh Tony Pua sebelum ini, untuk mendesak agar bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh memberi keterangannya pun hanya menjadi kenyataan setelah beberapa kali desakan dilakukan.

Maka itulah sebabnya laporan PAC banyak cacat celanya dan kecuali pemakan dedak yang berpuas hati dengannya.

Itulah juga yang antara punca menyebabkan kedudukan Aabar Investment PJS Ltd, syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island misalnya, terus menjadi misteri berpanjangan meskipun telah menerima sebanyak AS$3.51 bilion atau lebih kurang RM14,000 juta secara keseluruhan sebagai sekuriti deposit daripada 1MDB.

Dalam kenyataan terbaru kepada London Stock Exchange, IPIC atau International Petroleum Investment Company menafikan Aabar Investment PJS Ltd itu adalah anak syarikat kumpulan mereka atau ada menerima sebarang pembayaran  daripadanya serta menanggung liabitinya.

Makna mudahnya, syarikat itu tidak ada kena mengena dengan IPIC yang ada perjanjian perniagaan dengan 1MDB.

Jadi, kepada siapa sebetulnya duit 1MDB sebanyak itu telah disalurkan dan ke mana akhirnya wang RM14,000 juta tersebut pergi?
Dalam hal ini, oleh kerana beberapa saksi penting tidak dipanggil, laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen bukan saja tidak menjawab banyak persoalan, malah disebabkan seluruh dunia turut bercakap mengenainya dan media antarabangsa juga tidak henti-henti mendedahkannya, ia secara tidak langsung mendedahkan lebih banyak misteri 1MDB.

Perjalanan masa juga bakal menyaksikan banyak lagi perkara berkaitan Aabar Investment PJS Ltd, Jho Low, Khadeem Al Qubaishi dan Mohamed Badawy Al Husseiney akan terdedah kepada kita semua.

Laporan PAC sebenarnya telah gagal sama sekali. Tiada kebenaran yang diserlahkan, selain mahu  menjadikan bekas CEOnya, Shahrol Azral sebagai kambing hitam untuk menutup segala kecurangan 1MDB.

Paling wajar untuk dilakukan sekarang ialah dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Raja-Raja dan Parlimen untuk menyiasat 1MDB secara menyeluruh dan saksi-saksi penting seperti Najib dan Jho Low mesti serta wajib dipanggil untuk memberi keterangannya.

Tanpa memanggil mereka itu umpama memesan kari kepala ikan tetapi tiada kepala ikan yang dihidangkan dalam pinggan.

Begitu juga dengan wakil daripada Bank Negara dan segala dokumen transaksi kewangan 1MDB di luar negara mesti diusahakan sedaya upaya untuk diperolehi.

Sessi pendengaran Suruhanjaya Diraja itu pula mestilah dibuat secara terbuka sebagaimana siasatan terhadap mata lebam Anwar Ibrahim dahulu.

Ketika itu, barulah boleh dipercayai segala-galanya akan terdedah.

Tetapi, sebagaimana pernah disebut oleh Zaid Ibrahim, yang paling berkesan sekali untuk mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB ini tidak lain ialah melalui pertukaran kerajaan dalam pilihanraya.

Oleh kerana skandal kewangan melibatkan 1MDB ini merupakan yang terbesar dalam sejarah dunia moden, maka tidak dapat dielakkan "cagaran" untuk membersihkannya perlulah sebesar kerajaan BN juga. (SH 12/04/2016).

35 comments:

  1. Mengarut!!!! Lantikan Suruhanjaya Diraja pun atas nasihat PM Najib yg mulia...hahaha Pui..cadangan xmasok akal utk aku rela disiasat dan dihumban dalam penjara.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah buat salah...macam2lah rancangan dibuat untuk menutup kesalahan tu....tapi ingat....kita tidak boleh melawan rancangan Allah...jadi...sebagai umat Islam...kita beramai2 melakukan sembahyang hajat supaya mereka2 yang terlibat dalam isu 1MDB ditunjukkan kepada rakyat malaysia dan mereka2 itu mendapat seksaan dari Allah didunia dan Akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni 1000% yakin ke pm salah..jangan mengarut la..silap2 sumpah kau jadi katak baru padan..apa bukti kau..cakap ikut yahudi memang senang..

      Delete

    2. 10.20,

      Yang kau melenting tak tentu pasal ni apa hal.

      09.34 tak sebut pun PM ke, Najib ke, toyol ke, tapi kau yang mengelupor apa pasal.

      Bila dah bersekongkol dan bersubahat dengan orang yang makan benda haram dan rasuah, diri sendiri pun jadi tidak tentu arah.

      Jiwa tak tenang, fikiran tak tenteram dan hati gundah gelana.

      Sebab tu komen pun merapu.

      Sedarlah.

      Delete
    3. Apa yg nerapu? Memang pm salah. Memang pac salah. Apa punya siasatan kalau menjadi rahsia besar kepada rakyat.
      Mana ketelusan? Mana integrifi?
      Ini taxpayer money lah bodoh. Bukan duit bapak dia.

      Delete
    4. Anon 1020...kalau benar ada salah urus takbir dan 1mdb mengalami kerugian siapa yang harus bertangungjawap?
      Wang rakyat terpaksa melangsai hutang,dah lah kos sara hidup yang makin meningkat.
      Rakyat jadi papa kedana

      Delete
    5. Saya setuju dgn anon 09.34 utk buat solat hajat secara besar besaran. Kita mohon pada Allah supaya Allah tunjukkan siapa yg salah dan diberi balasan padanya.

      Apa yg nak meroyan takut kalau tak salah. Kita tak sebut nama sesapa pun. Serahkn pada Allah swt sebab Dia yg maha tahu siapa dalang berlaku pecah amanah dan rasuah. Semuanya Allah nampak dan dicatit Malaikat.

      PAC Allah Taala lagi canggih, lengkap, telus dan 500% tepat. Jadi bialah Allah saja yg jawab doa solat hajat tu. Kalau tak telibat apa nak takut dgn balasan bala Allah Taala. Tak mungkin Allah yg maha pengasih dan maha penyayang nak nayakan hambaNya yg tak besalah. Org yg tak salah tak payah nak risau. Yg salah tu yg patut risau.

      Allah tahulah siapa yg salah. Apa tak percayakan Tuhan ke? Allah lebih berkuasa dari CASH tau.

      Delete
    6. Anonymous12 April 2016 at 10:20 tu yang yahudi kut..tuhan cakap kalau dengar sesuatu berita atau maklumat, selidiki kebenarannya, periksa fakta2..bukan main hentam percaya babi buta saja yah..kalau nak dengar cakap si bugis tu memanglah elok2 or molek2 belaka...orang yang salah ni banyak alasan untuk menutup kesalahannya. Melayu melayu juga..takkan sokong orang buat salah babi buta wei.

      Delete
    7. Solat hajat? ...elok juga penentang najib anjur solat hajat mega. Ajak sekali parti lebai. Itu pun kalau mereka mahu.

      Delete
    8. Kalau ajak puak2 makan duit haram, doa solat hajat Allah SWT tak makbulkan...kerja sia sia jadinya.

      Delete
    9. Kalau ajak puak2 makan duit haram, doa solat hajat Allah SWT tak makbulkan...kerja sia sia jadinya.

      Delete
  3. Salleh S Keruak lebih tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg si karabau kota belud ni tahu? Melancap dia pandailah. Byk money keluar oooo

      Delete
    2. what a joke! si salleh tu kasi makan kerbau boleh la ilmunya takat tu saja.

      Delete
    3. karabau d pekan KB pun c salleh n rahman dahlan x pandai tangkap...

      Delete
  4. 1MDB isu besar ciptaan rejim yahudi untuk pru..

    ReplyDelete
  5. NAJIB ialah orang pertama harus bertangungjawap jika ternyata berlaku salah laku urus tadbir dan penyelewengan IMDB.
    Jangan lepaskan NAJIB begitu sahaja dan rakyat menjadi mangsa menanggung segala hutang IMDB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak reda kepada tiap-tiap orang yang sombong takabur, lagi membanggakan diri.

      Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa bercakap), sesungguhnya seburuk-buruk bunyi ialah suara keldai".
      (Luqman 31:18)

      Delete
  6. Sy setuju dgn cadangan anon 9.34. Kita yakin kejahatan akan kalah. Allah akan tunjuk.Mari kita semua yg ingin dptkan kebenaran isu 1mdb ini berdoa kpd Allah spy ditunjukkan mn yg salah Dan mn yg benar serta mberi balasan yg pedih kpd org salah Dan yg bersubahat dgnnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak doa, ...pak lebai dalam ijn.

      Delete
  7. Suruhanjaya tiada kuasa menghukum.

    ReplyDelete
  8. Suruhanjaya tiada kuasa menghukum.

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan
    IMDB tak curang, yang curang ialah Pahlawan Bugis, the Crime Minister of Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Walaupun Suruhanjaya tiada kuasa menhukum, Suruhanjaya ada kuasa memanggil sesiapa sahaja termasuk Najib. Gila lah Najib jika berani menderhaka pada Raja.

    Bagaimanapun dalam Majlis Persidangan Raja-Raja tidak kedengaran perkara yang berkaitan di bangkitkan. Malah selepas persidangan ada Raja menyeru memberi peluang kepada Najib.

    Jika ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja dan Najib di panggil,bagi orang melayu terutama orang UMNO, ini sudah memalukan tak kira lah Najib terlibat atau tidak. Itu sebab pembesar melayu jarang di bawa kemuka pengadilan.

    Mungkin penyelesaian yang di persetujui ia lah Najib perlu berundur. Cara begini adalah cara terhormat tanpa memalukan pemimpin besar negara.

    Dan cara berundur secara terhormat begini lah menjadikan masalah berlarutan. Najib menjadi ganas kerana pemimpin terdahulu termasuk bekas KPN tidak dikenakan hukuman yang adil. Contoh Pegawai Polis menumbuk setengah mati seorang tahanan yang bergari hanya di penjara sehari.

    Jika Najib yang telah melakukan kesalahan sehingga negara hampir muflis hanya di minta berundur secara teratur dan terhormat, apa kah jaminan Zahid Hamidi atau Ku Li atau sesiapa sahaja tidak melakukan lebih dasyat dari Najib?

    Apakah undang-undang kita tidak cukup sempurna sehingga perlukan Suruhan Diraja? Bagaimana negara yang tidak bersistemkan Raja lebih baik dari kita yang bukan sahaja bersistemkan Raja dan berparlimen dan berPAC dan berpaksikan 'kepercayaan kepada Tuhan' ?

    Selagi pemimpin seperti Najib tidak di adili selagi itulah masalah seperti 1MDB tidak akan selesai. Najib hari ini dibentuk oleh sistem yang lalu.

    ReplyDelete
  11. ceciter..ceciter...http://www.wsj.com/articles/abu-dhabi-fund-says-it-never-received-payments-from-malaysia-1mdb-1460393309

    ReplyDelete
  12. Ahjibgor boleh kerapkali pergi Umrah je la lepas ni..negara lain dah tak berani nak pergi dah...alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...alang2 kapal dah karam..biarlah karam dengan harta2 karunnya...ha..ha..

    ReplyDelete
  13. Turunkan Najib dengan apa cara sekali pun jika tidak kebenaran tidak akan terlaksana dan akan menjadi lebih rumit....!!!

    ReplyDelete
  14. Anjing2 belaan akan kata tak perlu itu semua kerana pemimpin mereka bersih seperti kain putih tidak ada dosa bahkan ada yg kata ia seperti panglima Islam hebat hebat

    ReplyDelete
  15. Anjing2 belaan akan kata tak perlu itu semua kerana pemimpin mereka bersih seperti kain putih tidak ada dosa bahkan ada yg kata ia seperti panglima Islam hebat hebat

    ReplyDelete
  16. Mana dalam dunia pengurus syarikat buat bayaran berbillion-billion kepada syarikat hantu? Dan paling malang dan memalukan ia-lah ketua punasihat syarikat itu Perdana Menteri sendiri!!

    ReplyDelete
  17. PUKI MAK PUNYA JENIS PM NAJIB NI! Muga pemimpin jahanam ini segera dilaknati Allah kerana telah mempersiakan amanah dan kepercayaan rakyat. Segerakan desakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja. Jika kes Lebam Mata Anwar yang tidak melibatkan hak dan kepentingan awam pun boleh ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja, jadah apa lagi ditangguh untuk adakan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi kes 1MDB dan Najib Razak ini. Isu ini lebih besar berkali ganda dari isu lebam mata Anwar, rasioanal apa ia tidak dilaksanakan segera?. Atau mahu tunggu rakyat bertindak secara luar biasa khusus terhadap PM Najib dan regim dedak?. Jangan terus mancabar rakyat wahai PM Najib. Anda kebal undang2 ketika ini tapi anda tetap manusia berdarah merah dan tetap lut senjata. Jangan biar rakyat hilang kesabaran mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro sabar bro kang kena tangkap kang. Ingat meka ada OSA.

      Delete
  18. Tak payah buat Suruhanjaya Diraja atau Solat Hajat,
    just adakan PRU14 dalam tahun ni juga.
    Kita tengok, boleh tak Najib mendabik dada dia KEKAL
    SEBAGAI PM!!!

    ReplyDelete
  19. Lain dulu lain sekarang....titah raja dulu ibarat petir....titah raja skrg najib tak ambil tau...najib raja duit yg sebenar...diantara banyak raja ...raja najib yg paling aneh....apalagi menterinya....waooow..jenama asal sabah...tapi kita rakyat marhaen hanya mampu diam ,tunduk ,kaku...merasa amat takut....ALLAH menimpakan sesuatu yg berat untuk kita terima...YAA RAHMAN ..YAA RAHIM

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...