Tuesday 12 April 2016

CUBA SEMUA MENTERI BUAT UNDIAN SEPERTI SHAHIDAN INI

Rasanya bagus juga jika lebih ramai yang sudi membuat tinjauan serta undian, baik secara maya atau pun nyata,  mengenai populariti Najib Razak yang sekarang ini kian ketat dibelenggu isu 1MDB dan wang RM4,200 juta yang dipercayai masuk ke akaun peribadinya.

Ia mungkin boleh menjadi kayu ukur sama ada Najib perlu berundur atau sebaliknya dan adakah UMNO dan BN masih selamat dalam pilihanraya ke 14 nanti?

Sebuah kumpulan anak muda, Challenger  telah membuat tinjauan di kalangan kira-kira 5,000 mahasiswa dan mendapati 90 peratus daripadanya tidak menyokong kepimpinan Najib.

Barangkali ini tidaklah terlalu menghairankan kerana kita semua tahu anak-anak muda memang terlalu nipis kepercayaan dan sandarannya kepada Najib sejak awal lagi.
Tetapi seorang menteri, Shahidan Kassim yang turut membuat undian yang sama di laman Facebooknya barangkali kini lebih memahami realiti mengenai Najib di mana hasil dapatan di kalangan rakan dan pengikut mayanya ialah 172 sokong BN, 107 sokong pembangkang, 585 mahu perubahan dan 39 memberi lain-lain pandangan.

Majoriti yang mahukan perubahan itu tidak lain bermaksud mereka tidak menyokong Najib dan mahukan pemimpin lain menggantikannya.

Sebelum itu, seorang pemimpin akar umbi UMNO Wilayah Persekutuan, Zaharin Mohd Yassin juga membuat undian populariti Najib di laman Facebooknya dan mendapati Perdana Menteri telah  "hilang deposit" berikutan terlalu ramai yang mahukannya  berundur berbanding mereka yang merasakannya perlu terus kekal memimpin parti serta kerajaan.

Secara umumnya, itulah suara hati rakyat sekarang. Tanyalah para pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan, pasti jawapannya tidak banyak berbeza.

Hakikatnya, Najib semakin tidak dikehendak lagi, di samping ramai yang mula melihatnya sebagai beban yang kian menyusahkan.

Namun, demi mendapatkan hasil yang merata, apa kata jika semua menteri dan pemimpin UMNO yang ada Facebook agar turut sama membuka ruang undian seperti yang dilakukan oleh Shahidan itu.
Lebih baik jika Najib sendiri sanggup melakukan hal yang sama supaya beliau dapat melihat dan mengetahui sendiri di mana dirinya di mata rakyat.

Syyyyy.....Zahid Hamidi tentu mula senyum-senyum jika semua menteri berani berbuat seperti Shahidan itu. (SH 12/04/2016).

45 comments:

  1. Itu apa atak kisah maa aa , itu UMNO 100% dibelakang Najib mesti tatak goyang punya maa aa .

    Ini anak mauda tatak hat punya maa aa.

    ReplyDelete
  2. Saya diperingkat cawangan dan bekerja keluar daerah, terlalu sukar menjumpai rakyat yang masih percaya pada najib. Hampir kesemua yang bercakap tentang politik mahu umno gantikan pm. Mereka belum bersedia undi pembangkang. Tapi sekiranya umno masih berkeras mahukan najib sebagai presiden, tunggulah keputusan pru14 sebagai kayu pengukur pada kebenaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahli atau penyokong UMNO tidak akan pangkah Pembangkang kalau DSNR masih kekal Presiden UMNO bila tiba PRU14.Tanda protes: MEREKA TIDAK AKAN KELUAR MENGUNDI.

      Akibatnya : UMNO/BN akan kalah. Penyokong Pembangkang akan keluar mengundi.

      Delete
    2. Sebenar ini lah keadaan yang akan berlaku sekiranya Najib terus menjadi PM sehingga PRU 14, pembangkang akan all out,ahli akar umbi dalam delima atas pagar yg biasa dgn BN akan beralih arah dan yg buat BN tersungkur datang dari pengundi umur 40 tahun kebawah yg melibatkan 50% jumlah pengundi kali ini yg sudah muak dgn gelagat rasuah pemimpin umno dan terutamanya skandal najib,mereka ini tidak makan dgn gula gula melayu akan di pijak cina sekiranya umno kalah,malah sejarah besar akan berlaku dan landskap politik akan berubah.Sedar la pemimpin x2 umno bahawa pada masa ini kamu tidak boleh paksa rakyat untuk sokong kamu dgn macam macam dakyah yg penting perubahan besar mesti dilakukan kerana umno sekarang diwarisi oleh terlalu byk pemimpin lemah dan bermasalah.

      Delete
    3. Sebenar ini lah keadaan yang akan berlaku sekiranya Najib terus menjadi PM sehingga PRU 14, pembangkang akan all out,ahli akar umbi dalam delima atas pagar yg biasa dgn BN akan beralih arah dan yg buat BN tersungkur datang dari pengundi umur 40 tahun kebawah yg melibatkan 50% jumlah pengundi kali ini yg sudah muak dgn gelagat rasuah pemimpin umno dan terutamanya skandal najib,mereka ini tidak makan dgn gula gula melayu akan di pijak cina sekiranya umno kalah,malah sejarah besar akan berlaku dan landskap politik akan berubah.Sedar la pemimpin x2 umno bahawa pada masa ini kamu tidak boleh paksa rakyat untuk sokong kamu dgn macam macam dakyah yg penting perubahan besar mesti dilakukan kerana umno sekarang diwarisi oleh terlalu byk pemimpin lemah dan bermasalah.

      Delete
    4. Tak payah susah-susah buat undian melalui internet.
      ADAKAN PRU 14 SECEPAT MUNGKIN.
      TAK PERLU TUNGGU 2018.
      PULANGKAN SEMULA KUASA KPD RAKYAT
      Kita tengok apa keputusan rakyat nanti.
      Sapa yg rakyat pilih.
      Sapa yg rakyat bagi MANDAT.
      ADA BERANI....??

      Delete
  3. Sedih la dgn Najib ni. Alang ka baik kalau peluang ini d jadikan medium untuk berbuat baik, maksyd saya lebih baik dari arwah bapanya.
    Kalau pun ada pencapaiannya yg lebih baik: dia sngat licik menipu.
    Tq

    ReplyDelete
  4. Sedih la dgn Najib ni. Alang ka baik kalau peluang ini d jadikan medium untuk berbuat baik, maksyd saya lebih baik dari arwah bapanya.
    Kalau pun ada pencapaiannya yg lebih baik: dia sngat licik menipu.
    Tq

    ReplyDelete
  5. Shahidan sekadar berlapik. ...najib sendiri mahu ingat.

    ReplyDelete
  6. Andaikata saya di tempat Najib maka saya akan berundur...!!!!

    ReplyDelete
  7. Sikit pun najib tak peduli. Buatlah berpuluh survey pun. Sekarang ni najib sibuk ni abg din. Dia nak tangkap siapa yg dah menipu dalam 1mdb.

    ReplyDelete
  8. Di mana2 survey ada dua kaki angkat pasti yungkong Najib
    PAS Haji Hadi Haji Doktor Haron Din.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fatwa kitab biru,
      Politik meskar (mesra mungkar).

      Delete
  9. Ada lagi satu fakta dari undian yg di buat tu.. (shahidan mahupun zaharin).. Undian tu dia buat di fb milik 'fan' sendiri.. Makna lain.. Mcm undi di kawasan sendiri... Bayangkan undian tu di buat di fb agong ka.. Haha.. Lain jawapan dia.. (agong ada fb ka.. Hehehe).. Undian di fb milik org kuat umno pun hampir kalah (beza 70 org lebih ja).... Byg kam kalu undi di kawasan yg adil... Lingkup umno

    ReplyDelete
  10. din, najib manusia yg tak tau malu, dia buat bodoh aje, and kita jugak buat bodoh jugak bila sampai election nanti, kita buat bodoh pangkah selain umno and barisan...
    dia, kabinet 1mdb, MT lembu, ketua umno makan dedak and pencacai and pemakan dedak lingkup semua for next election. kami semua la nie kalih muka and tutup telinga bila tengok muka harami PM nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada rasa malu tu maknanya tak ada iman. Iman yg buat kita rasa malu nak buat kemungkaran.

      Delete
  11. Sekiranya mereka2 ada marauh diri mereka2 akan melakukan sebagaimana saranan Saudara SH ini.Orang tak bermaruah akan pindahkan perbuatan mereka yang keji keatas kepala orang lain,salah seorang yang nayta ialah TDM sendiri.Mereka boleh tanya TDM ada maruah atau tidak,tetapi mereka tak pula tanya diri mereka ada maruah atau tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 20.46 , Apa yang kamu merepek ini ,Derma haram RM2.6 Billion masuk akaun Najib ke TDM jgn confuss.

      Delete
    2. Anon 20.58 , /cuba kamu baca betul betul tu jgn confuss ,Anon 20.46 geng TDM la bukan bugis derma haram tu la.

      Delete
    3. Yang merembat duit tu sape? Masuk akaun sape?

      Delete
    4. ‘Derma haram RM2.6 Billion masuk akaun Najib’
      ‘Yang merembat duit tu sape? Masuk akaun sape?’

      Helo helo helo…

      Harap maklum ye! 2.6b yg masuk ke akaun Mohd Najib tu tak salah ya! Baik dari segi undang2 dunia maupun akhirat. HARAP FAHAM. Memang tak ada undang2 yg katakan salah terima derma, tak kira sebanyak mana, tak kira utk apa tujuannya, KECUALI jika pemberi ada niat utk dapatkan sesuatu balasan ataupun penerima ada janjikan apa2 balasan yg menguntungkan penerima. Tok Arab mana pun boleh derma, jika derma tu bukan berpunca dari wang haram, bukan mengharapkan sesuatu balasan yg spesifik dari Mohd Najib. Perkara ni sah disahkan oleh SPRM dan juga Peguam Negara.

      Seluruh umat UMNO berpegang kepada hakikat ini, sebab itulah mereka bersumpah setia kepada Mohd Najib. Mereka meletak kepercayaan penuh kepada Mohd Najib, tak kisah derma itu nak masuk ke akaun Mohd Najib di AmBank ke atau ke akaun sesiapa. Mereka juga tak kisah derma itu digunakan utk tujuan apa. Itu hak dan budi bicara Mohd Najib. Jika Mohd Najib selewengkan penggunaan wang itu utk tujuan yg tak sepatutnya, Mohd Najib yg akan tanggung di akhirat nanti. Presiden2 UMNO sebelum ni pun buat macam tu jugak.

      Jadi mengapa kita perlu sibuk2 dgn 2.6b tu? Adakah kita rasa kita ada share? Adakah kita cemburu dan sakit hati sebab tak dapat rasa walau sedenggam dedak? Adakah kita busuk hati dan perut hingga sanggup buat berbagai fitnah terhadap Mohd Najib? Apa pun kita kena perlu ingat, Tok Arab tu sendiri yg kata Mohd Najib boleh guna ikut kebijaksanaannya. Kalau Mohd Najib tak mau bagi dekat kita, memang tak ada apa yang kita boleh buat. Padan muka kita dok nak lawan dia!

      So kenapa kita nak sibuk2? Buat malu kompeni saja.

      Betul aku cakap… semuanya atas budi bicara Mohd Najib. Terpulang pada dia nak buat apa atas 2.6b tu. Derma tu atas nama peribadi dia, bukan UMNO bukan Malaysia. Umat UMNO tak boleh pertikai, begitu jugak rakyat jelata. So tak payahlah kita nak tanya dia pergi melancong atau melencong. Tak payah nak pertikai isteri dia bershopping sejuta atau 10juta. Nak tanya ‘kenapa tak bagitau awal2’ pun tak boleh.

      Tapi kita boleh tanya:
      1. Kamu ni tak pernah fikir ke hal rakyat? Kamu tak sedar ke ahli UMNO sendiri dah berpuak2 bergaduh pasal kamu? Kamu suka sangat ke bangsa Melayu bergaduh sesama sendiri? Kamu rasa boleh jadi PM lagi ke kalau makin hari makin ramai orang Melayu benci dgn kamu?
      2. Kamu rasa pengundi akan sokong kamu ke pada PRU14 nanti? Kamu rasa kamu boleh beli undi dgn tabur wang berbilyun2 ke? Kamu rasa rakyat akan sayang dan hormat kamu ke sebab kamu dah jadi bilyunei?
      Banyak lagi soalan yg aku boleh tanya dalam hal 2.6b ni. Tapi aku tak mau. Biar orang dok benci kamu sorang, aku tak mau dema benci aku pulak sebab bertanya banyak sangat. Tapi aku akan tanya jugak sikit demi sikit. Aku tak takut tanya sebab aku bukan orang UMNO.

      Delete
    5. Bagi seorang PEMIMPIN YG BERAGAMA ISLAM walaupun duit tu dikatakan duit DERMA.......seorang pemimpin tu TIDAK BOLEH guna wang tu utk diri dan keluarganya........sebab duit tu dapat atas sebab JAWATAN NEGARA yg DISANDANG. Kalau tak jadi org politik, cuma jadi org biasa takkan ada org nak bagi duit berjuta-juta. Jadi pemberian tu ialah ATAS SEBAB dia MENJAWAT jawatan negara. Di situ sudah ada TANGGUNGJAWAB yg WAJIB digalas.

      Pada PEMIMPIN yg MENGAKU PERJUANGANNYA ialah utk AGAMA, bangsa dan tanahair........SILA BACA KISAH TAULADAN KHALIFAH UMAR tentang HADIAH kalung yg isterinya dapat:

      Pernah pada suatu masa Khalifah Umar Al-Khattab melihat isterinya memakai seutas kalung, sedangkan Khalifah Umar tidak pernah membelikan isterinya kalung seperti itu.

      Kemudian Umar bertanya isterinya, "Dari mana kalung itu kamu PEROLEHI? Isteri Umar menjawab, "Kalung ini saya peroleh dari isteri Raja Romawi yang memberi HADIAH semasa datang berkunjung ke mari tempoh hari". Lalu Umar perintahkan isterinya MENANGGALKAN kalung itu utk dihantarkan ke BAITUL MAL.

      Umar berkata, "kalung itu adalah HAK NEGARA" Lalu jawab isterinya, "saya kira kalung ini bukanlah hak negara kerana ia adalah satu hadiah kepadaku."

      Kemudian Khalifah Umar menegaskan kpd isterinya, "ketahuilah bahawa kamu menerima hadiah itu KERANA kamu ISTERI KHALIFAH. Kalau kamu bukan isteriku tentu TIDAK AKAN DAPAT hadiah tersebut. Lihatlah berapa ramainya wanita Arab di Madinah ini, namun tak seorang pun yang dapat hadiah semacam itu, bukan?" "Isteriku, jika kamu berkeras, kamu putuskanlah sama ada kamu pilih Umar bin Khattab atau pilih kalung itu."

      Akhirnya isteri Khalifah Umar menyerahkan hadiah kalung tersebut dan dihantar ke BAITUL MAL kerana Umar telah memutuskan bahawa ianya adalah HAK NEGARA.

      Mengapa kita tak ambik kisah Khalifah Umar Al-Khattab ni sebagai panduan?? Bukan ke itu lebih baik kerana mencontohi sahabat Rasulullah saw?

      Janganlah PILIH utk MENGIKUT AGAMA pada MASA2 TERTENTU saja. Memang manusia tak sempurna, hal2 yg melibatkan keluarga tu lantaklah.......itu sendiri yg tanggung.........tapi dlm hal yg melibatkan KEWANGAN NEGARA wajiblah AMANAH dan JUJUR sebab ini melibatkan RAKYAT dan hukum ALLAH.

      Delete
    6. Orang Islam akhir zaman, walaupun mengucap 2 kalimah syahadah tapi lebih pahamkan undang2 sivil dari hukum-hakam Islam.

      Delete
    7. Itu isteri saidina Umar. Bini Najib lain. Bini Najib bukan saja kaki shopping tapi kaki borong.

      Delete
    8. Qalam qabut,

      Kamu terlalu tersimpang salah dengan apa yang kamu paecaya dan fikikan serta amalakn ada beberapa pekara yang kamu wajib insaf dan berasa malu dengan najib dan budaya kotor umno :

      1. sila rujuk akta pencegahan rasuah berkait dengan pejawat awam yang tidak boleh sama sekali terima hadiah dan derma secara pribadi dan ini ditafsir sebagai suapan atau rasuah.

      2. Tidak ada PM mentei sebelum ini yang beani terima derma atau hadiah atas nama jawatan atau presiden parti dimasuknya terimaan itu dalam akaun pribadi ,kerana ini amalan salah ,jadi najib boleh dipercayai memiliki habuan pribadi yang tidak beretika.

      3.Wang yang dikatakan diberi oleh tok arab mengikut tarikh adalah 2011 tapi RM2.6 billion yang masuk keakaun najib disah najib dan SPRM pada 2013 jadi ada percangahan ini menunjukkan najib telah menerima lebih dari RM2.6 Billion.

      4.Saya tak dapat terima apa yang kamu nyatakan dimana memberi sepenuh kepercayan kepada najib oleh ahli umno walau apa pun kenyataan atasnya bersabit penyelewengan yang dilakukan melibatkan wang berbillion ringgit kerana dia sendiri akan tanggung diakhirat nanti kalau salah ,ini bermakna kamu dan ahli umno mengamalakan budaya bersubahat keatas mungkar dunia akhirat yang dilakukan oleh ketua bercanggah dengan keimanan islam kerana lebih menyembah keduaniaan.

      5.Kamu nyatakan orang cemburu kerana tak dapat rasa dedak najib ,apa mulia sangatkah disini islam orang yang menerima dedak dan untuk pengatahuan kamu rasuah adalah jenayah terkutuk disisi agama islam ,umno menjadi lemah kerana membudayakan amalat terlaknat ini. wallah huaqlam.

      Delete
    9. Saudara 13 April 2016 at 12:15, terima kasih kerana sudi mengongsi pandangan.

      Apa yg aku utarakan adalah pegangan dan pendirian umat UMNO yg menyokong dan mengagung Mohd Najib. Bukan pendirian aku. Saudara boleh lihat sendiri bagaimana taksubnya mereka mempertahan Mohd Najib dari segala tuduhan. Mohd Najib tidak membuat apa2 kesalahan. Dan mereka rela atas segala tindakan yg Mohd Najib ambil. Tidak ada keraguan dan kesangsian langsung kepada Presiden mereka ini. Sebab itulah segala tuduhan salahlaku dan penyelewengan yg ditujukan kepad Mohd Najib dianggap sebagai fitnah, berniat jahat, disebalik agenda tertentu yg ingin menjatuhkan Mohd Najib dari jawatan yg hak yg dipegangnya. Apa tindakan yg hendak diambil maka haruslah melalui proses demokrasi juga sepertimana Mohd Najib dapat di PRU13 dulu. Pada mereka Mohd Najib sememangnya tidak bersalah, malah menjadi suci apabila dilemparkan fitnah2 jahat dan kotor itu.

      1. Pengikut Mohd Najib ini tak perlu rujuk mana2 akta dan undang2. Cukup sekadar tv3 masukkan apa2 kenyataan dalam Buletin Utama sudah mencukupi utk mereka katakan sahih dan sah.
      2. Penerimaan dana politik sudah jadi amalan sejak sebelum Mohd Najib lagi. Sudah ada akaun berasingan dari akaun biasa parti yg dipegang oleh individu2 tertentu. Kita saja yg tak sedar, anggap ianya tak beretika, tidak telus dan memungkinkan penyelewengan. Bagi parti politik ianya tak menghairankan, malah sudah jadi lumrah tiris sana sini habuan ahli cari makan.
      3. Jika saudara baca balik komen saya, tumpuan saya berikan hanya kepada isu 2.6b. Bagi umat UMNO ini pula, ada surat Tok Arab itu pun sudah mencukupi utk mengesahkan kebenaran Mohd Najib. Lagi besar jumlah wang yg timbul, lagi besar anugerah dan sanjungan Tok Arab kepada Mohd Najib dalam usahanya menegakkan syiar Islam.
      4. Sekali lagi aku katakan, aku bukan ahli UMNO. Pegangan umat UMNO yg aku utarakan ini berdasarkan hujah2 blogger pro Najib yg tersiar di blog mereka. Inilah penjelasan mereka terhadap tuduhan2 yg dilemparkan kepada Mohd Najib mengenai 2.6b ini. Begitu jugalah komen balas cybertrooper mereka di blog2 seperti shahbudindotcom ini. Begitu jugalah tindakan dan penjelasan mereka ketika aku membantu dalam beberapa aktiviti mereka. Semuanya berkisar kepada wang, hingga mengatur kerusi pun memerlukan upah.
      5. Mereka orang UMNO yg katakan kita cemburu. Ramai yg tuduh aku dan rakan2 yg sehaluan juga makan dedak. Sebab itu aku nafikan kerana itu tuduhan berunsur fitnah.
      “Untuk maklumat Aku Melayu, aku tak pernah terima satu sen pun dari Mahathir utk menjadi pengampu. Kerja di bawah kerajaan dia yg selama 22 tahun tu pun tak pernah. Aku pernah jadi ahli UMNO, tapi bukan aku yg register, tak pernah bayar yuran satu sen pun. Semua gara2 orang UMNO yg teringin nak jadi Ketua di cawangan baru. Aku sokong UMNO dan suka AhJib Go sehinggalah dia terlupa apa yg dia maksudkan dgn ‘rakyat didahulukan…’ Aku tak pernah kutuk dia sembarangan, sentiasa nak cari pencerahan mengenai kes 2.6b...
      p/s Sori Helen, terpersonal sikit. Aku tak mau si Aku Melayu ni buat dosa tak pasal2, tuduh dan fitnah aku yg bukan2.” Itu balasan aku di blog Helen Ang awal tahun ini.

      Aku mengharap sangat Mohd Najib juga cepat menangkis tuduhan2 yg bersifat memfitnah dirinya. Dia saja yg tau sama ada itu fitnah atau tidak, dan tidak sewajarnyalah dia biarkan tuduhan bersifat fitnah ini terus berlegar. Tapi hari demi hari tuduhan2 yg dilemparkan kepadanya memperlihat ada kewajarannya.

      Marilah kita sama2 memohon doa supaya kemelut politik yg melanda kita ini berakhir secepat mungkin biar kita boleh rapatkan dan luruskan saf semula.

      Delete
    10. Saya akui ada kebenaran kata2 QalamQabut. Mak ayah saya kata Najib baik. Arab derma sebab dia menegakkan Islam hingga peringkat antara bangsa.
      Umno juga baik, selalu bantu orang susah spy kami penoreh getah.
      Tapi bila tanya pasal Tun M, dah tak tau nak jawab. Sebab dua2 suka Tun dan Mukhriz.

      Delete
    11. Apa sekalipun adalah lebih elok jika hidup berpandukan agama dan syariah dari undang2 sivil.

      Itu sebab Rasulullah SAW dan para sahabat sedaya-upaya memberi contoh yg baik dgn harapan generasi umat seterusnya hingga ke zaman kita ni dan akan datang, dapat jadikan panduan hidup supaya tidak tersasar atau terseleweng dari landasan yg betul. Juga tidak terbabas dari hukum sehingga menghalalkan yg haram sama ada secara langsung atau tidak langsung.

      Mengapa kuasa umat Islam di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat cukup kuat? Ia adalah sebab iman dan aqidah mereka yg kuat. Zaman Rasulullah dulu tak ada undang2 sivil, semua undang2 adalah mengikut syarak. Sungguhpun begitu Empayar Islam terhampar luas hingga ke Eropah dan hingga sekarang masih ada bekas sejarah Islam yg ditinggalkan di Eropah.

      Kemudian satu persatu Empayar Islam jatuh ke tangan org bukan Islam, kenapa? Kerana aqidah dan iman umat Islam yg sudah mula longgar, tamak wang ringgit, pangkat dan kuasa umat Islam menjadi semakin rakus dan makin lemah. Ditambah pulak dengan adanya golongan yg menyokong kononnya tindakan itu betul dan tak salah di sisi agama, yg secara langsung sudah menghalalkan apa yg diharamkan agama.

      Ingatlah di akhirat nanti kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah atas hukum yg kita buat baik secara langsung ataupun tidak di dunia ni.

      Akhir kata, saya setuju dgn ulasan anon 12.15. Saya juga setuju dgn kata2 beliau, UMNO menjadi lemah kerana membudayakan amalan rasuah yg jelas sudah difirmankan Allah apa hukumnya.

      Wassalam.

      Delete
  12. Rakyat yg teraniaya tidak akan menyokong pemimpin yg rasuah penyangak kecuali pembodek dan pemakan dedak sebenarnya satu dunia tahu siapa mereka

    ReplyDelete
  13. Rakyat yg teraniaya tidak akan menyokong pemimpin yg rasuah penyangak kecuali pembodek dan pemakan dedak sebenarnya satu dunia tahu siapa mereka

    ReplyDelete
  14. Seorang pemimpin yang bijak bermaruah tahu jantan atau betina melihat ikan sekilas dalam air.

    Shahidan dan Zahrin cuma memberi peringatan kepada Najib yang sememangnya tahu dia sudah tidak disukai ramai.

    Kalau cakap dengan Najib dengan cara memberi nasihat, tidak berkesan. Dengan cara begini terpulang pada Najib. Mereka sudah menjalankan tugas mereka. Yang lain-lain bagaimana ?

    Jangan guna alasan sebagai pemimpin Najib bukan tak tahu semua ini. Ya Najib tahu tetapi bagaimana nak buat dia sedar yang rakyat semakin tidak suka pada dia.

    ReplyDelete
  15. jgn cakap pasal maruah malu iman....semua tu tak ada pd najib

    ReplyDelete

  16. Ooopp... chop dulu.

    Adakah tinjauan yang dibuat oleh mereka berdua dibekalkan dengan dedak ?

    Susah nak percaya jika menguna dedak pun Najib tidak mendapat sokongan.

    Oleh itu jika Menteri pula yang buat tinjauan ... faham-faham lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya binatang saja yang makan dedak

      Delete
  17. Najib ni msih dok harap sokongan menyebelahi dia kot, agaknya dia xpernah jengok2 kot ruangan2 komen ni, sbb tu dia makin bebal, dia dgn yakin harap rakyat tetap akn pilih bn sbb yg lain pun xboleh harap, Oh Najib, berpijak di bumi nyata la,anda dok mimpi naik bulan ker ape, rakyat semua dh xsbr nk mngundi ni semata2 nk menolak kamu Najib, parti baru pulak akn muncul selagi mna kamu xundur..kami dh tak harap apa2 dri kerajaan Najib, kmi nk PM baru yg anti rasuah

    ReplyDelete
  18. Biarlah UMNO/BN kalah sampai lumpuh tulang belakang. Kami orang2 Sabah tidak suka kpd PM, TPM, Hishammuddin, Menteri Federal yg menipu dan rasuah. Sepanjang Umno/BN perintah Sabah tiada apa yg baik tapi kacau dan kemerosotan.

    Saya akan pastikan seluruh orang orang saya seramai 15000 orang tidak mengundi Umno/BN. Saya juga arahkan seluruh ahli kuarga saya dan saudara mara lebih 100,000 orang tidak undi Umno/BN lagi.

    Skrg kami rakyat jelata ini hanya diam shj dan kami tunggu PRU14 akan datang. Jangan pandang kami orang Sabah diam2.

    Seperkara lagi, kami tidak mau lagi air liur urang urang Umno/BN. Kami tau juga taktik, teknik licik Umno/BN ni utk mempengaruhi orang Sabah.

    Tunggulah PRU14, kami akan menangkan PKR dan Parti Amanah. Urang2 Umno Federal tidak kenal saya tapi saya kenal mereka. Urang2 Umno Sabah tak kenal saya, tapi saya kenal mrk.

    Saya sanggup viralkan secara lisan utk jgn undi Umno/BN ke kwsn Kampung2, dan Daerah2 lain.

    ReplyDelete
  19. Kita akn melihat perdana menteri di kandang tertuduh tidak lama lagi.laporan swiss terkini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keris terhilang di rimba,
      Berpura anak raja di putrajaya.
      Karam di tasek boleh di timba,
      Karam di samudera bilakah sudah?

      Delete
  20. "Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kalian dapat ditipu oleh Iblis sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapak kalian dari syurga; ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya Iblis dan pengikut-pengikutnya melihat kalian dari suatu tempat yang kalian tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan berjenis setan-setan itu sebagai pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman."
    (surah al-A'raf, ayat 27)

    ReplyDelete
  21. SALLAH S KERUAK.....sila cover bos

    ReplyDelete
  22. Undian juga perlu d buat trhadap zahid..

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Menteri-Menteri BN cuma mendapat sumber dari akhbar.
    Akhbar Utusan mengatakan sokongan Najib sentiasa meningkat.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  26. Kini sokongan rakyat bukan lagi kepentingan kepada Najib. Sudah dilantik PM, agenda seterusnya ialah menggunakan kuasa yg ada. Era sekarang, penipuan secara terang terangan, walaupun sedar ditipu, sudah terlambat untuk buat apa2. Lihatlah bagaimana Bush menipu rakyat Amerika.. Siapa yg akan memperjuangkn nasib rakyat? PM? Pemimpin/Menteri? Parti? Siapa lagi kalau bukan rakyat itu sendiri...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...