Tuesday 22 March 2016

UNTUNG KALAH DARIPADA MENANG

Barangkali untuk  tujuan agar UMNO cawangan-cawangan di Selangor menolak  Deklarasi Rakyat dan mengabaikan usul undi tidak percaya terhadap Najib Razak yang digesa oleh Tun Mahathir Mohamad, maka buat pertama kalinya dalam sejarah dunia - dulu, kini dan selamanya, diadakan pertandingan untuk menambah ahli dengan ganjarannya wang tunai yang begitu lumayan sekali.

Bagi cawangan yang dapat menambah ahli paling ramai, hadiahnya ialah RM50 ribu, diikuti dengan RM30 ribu dan RM20 ribu bagi tempat kedua dan ketiga.

Pengumuman hadiah lumayan ini diumumkan sendiri oleh Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri yang sedang menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Dulu pernahkah kita dengar ada hadiah sebegitu lumayan?

Hebat betul  hubungan UMNO dengan wang sejak Presidennya ada derma beribu-ribu juta....semuanya diajar dengan duit belaka!!

Tetapi, katalah jika pertandingan menambah ahli itu sekadar mendapat sambutan suam-suam kuku saja berikutan imej buruk yang ada pada Najib dan akhirnya UMNO Cawangan yang dapat menambah ahli seramai 50 orang pun diisytiharkan sebagai pemenangnya, bermakna nilai harga untuk mendapatkan seorang ahli ialah RM1000.

Wowww...lebih untung jadi negeri kalah daripada negeri menang!! (SH 22/03/2016).

41 comments:

  1. Mungkinkah pertandingan ini bakal bertukar dengan pemenangnya adalah cawangan yang paling kurang ahli keluar cawangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua nak lari topik jap...hihi. Apa punya bengap le Lim Guan Eng ni...!! Skrg geng2 AMNO dan PAS dah bising2 mintak dia bercuti supaya sprm senang buat siasatan!!

      Bercuti?Utk mudahkan sprm siasat?? Hahaha...Gegak gempita geng2 hamno mamak penang (melayu sejati) diselang seli dgn sorak sorai dari parti siku lutut...haha

      Woii..Guan Eng. Ni gua nak pesan sama lu..(tolong sampaikan) lu ini mcm punya cakap aaaa...
      " Saya yakin saya tak lukukan kesalahan. Saya mintak sprm siasat saya. Utk keadilan dan ketelusan semasa siasatan saya akan ambil cuti. Tapi dgn satu syarat. PM Najib juga perlu cuti dpd jawatan PM. Biar pihak sprm siasat isu SRC dan wang masuk akaun beliau dgn lebih telus"

      Ini mcm le punya statement...mintak najib cuti. Kompom mulut2 hamno dan pak lebai akan stop spt kereta lembu yg kena tarim hen brek....kih kih kih

      Delete
    2. Sepatutnya itulah caranya, biar LGE pergi bercuti, supaya tak ganggu siasatan. Ajak Mohd Najib sekali.

      Tapi nak buat camne orang UMNO nampak jahat orang saja... Jahat diri sendiri didiamkan... Camne tak hancus UMNO. Sendiri yg buat... Pastu senang2 nak salahkan orang lain pulak. Berjela2 nama disenaraikan sebagai perosak UMNO.

      Ada dema sedar demokrasi dah mampos dalam UMNO? Tentu tidak. Dema cuma halau pengkhianat saja. Yg tak khianat tak kena halau. Nak tau senang saja yg mana khianat atau tidak, yg mana angguk 10 kali tu sahih tak khianat. Kalau dok geleng kepala, cakap pulak 'ish ish ish...' sahih kena cop pengkhianat agama bangsa dan tanahair.

      Demokrasi dah tak relevan dalam UMNO. Yang penting ialah bersumpah setia menjunjung perintah Presiden parti 'Untuk Mat Najib Only', Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Mohd Najib Abdul Razak.

      Tahniah UMNO kerana memamposkan diri sendiri.

      Delete
  2. dah byak cawangan di selangor berkubur. tinggal nama ahli saja. org nya entah dimana.pekerja kilang jadi mangsa.

    ReplyDelete
  3. dah byak cawangan di selangor berkubur. tinggal nama ahli saja. org nya entah dimana.pekerja kilang jadi mangsa.

    ReplyDelete
  4. Wow...saudagar "unta" sekarang dah jadi saudagar jual orang. Lagi untung. Ho ho...bila boleh jual beli Bangla lagi saudagar? Jual orang Bangla lagi untung wooo!

    ReplyDelete
  5. Dari mana duit hadiah tu datang?

    ReplyDelete
  6. Sekarang durian runtuh dinegara biliun kita ini.seluruh dunia ekonomi da terjejas negara kita pun da hutang beratus biliun.mana lah wak sate yah satu ni dpat idea terbilang macam ni duit korang pun ta abis2 negara hutang korang mewah korup dan kurapkan semua ajensi kerajaan dgn dedak.selamat mencoba

    ReplyDelete
  7. Nanti parti bulat ostad alamakk sadunia tok garu ah wang pun akan halalkan utk lebai pun join pertandingan makan dedak rame2 suka lah dato mappudulung dgn pesta cium tgn dan pakai kasut puti rino sebagai acara tambahan dan lariskan brand bilion amnu.

    ReplyDelete
  8. Benda busuk bagi percuma pun orang tak mahu.

    ReplyDelete
  9. Ertinya.
    UMNO kini sedang nazak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...jom yasinan untuk umno.

      Delete
  10. 50 orang kira banyak lah weh!
    Nak dapat 10 pun susah, itu yang di adakan pertandingan.

    Kalau hadiah nya berjumlah RM100,000, berapa kah jumlah hadiah peserta pertandingan siku dan lutut dapat untuk mengumpul 20,000 orang di mesjid ?

    ReplyDelete
  11. Kalau bg kat siapa yg msk ok gak..sapu je duit..undi sendiri mau ingat.

    ReplyDelete
  12. Saya ingin menasihati semua supaya memastikan kad pengenalan anda sentiasa didalam simpanan anda. Jangan sesekali menyerahkan nya kepada sesiapa pun dan atas sebab apa pun. Pastikan salinan fotostat kad pengenalan yang rosak di koyakkan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Ana terfikir pulak....hmm ini idea yang sangat baik! Apa PAS tak nak adakan peraduan semacam ni?

    Mungkin boleh upkan lagi tinggi ganjaran....boleh masuk syurga kalau dapat ahli baru tertinggi kot!

    ReplyDelete
  14. Hadiah dan derma menjadi HABUAN umngok.kalau takda habuan parti ajaran sesat pasik pon tak mau melukut tepi tong taik.Untung kalah daripada menang itu umngok, bagaimana pula untung tak menang pasik nak kekal memutarjaya?

    ReplyDelete
  15. Cobe bayangkan kalo wak sate ni jádi PM..abis lingkop Malaysia. Moralnye..mane-mane manusia yang dilantik atau dinaikkan pangkat oleh Najib samada dlm kabinet àtau penjawat awam..sumenye jenih hampeh! Camane pon ucapan terime kasih wajar diberi kpd wak sate krn menyuloh bende yang terang..iaitu Umngok memang main duit dulu, kini dan selamenye!

    ReplyDelete
  16. Cawangan yang menang ialah cawangan-cawangan Jamal Ikan Tongkol.

    Satu IC RM 50... tidak ada problem lah untuk Jamal Ikan Tongkol....

    ReplyDelete
  17. Bangla bolih daftar jadi tak?

    ReplyDelete
  18. Masa PRU nanti kita semua ada hak untuk minta cash dari BN....tak bayar, tak kasi undi. Busuk busuk rm26k satu undi

    ReplyDelete
  19. Ini demokrasi atau rasuah? Apa TUAN GURU HAJI HADI tak mahu bagi NASIHAT ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa ustad tak guna nasihat Tahaluf Siyasi (DAP) untuk Melayu hah?

      Delete
  20. Eloklah pas dah jadi jurucakap umno.. Apa yang haram pun boleh jadi halal.. macam haramlah pas nie.. dah kemaruk sangat nak jadi menteri ke?

    ReplyDelete
  21. Cash is King. Zahid pun ikut falsafah Najib sbb tahu ahli2 & pemimpin Umno majoriti pemakan dedak yg ditaburkan olih pemimpin2 kaki rasuah.

    Umno parti yg rosak akidah..pemimpin rasuah di pertahankan. Tak ingat kubor mereka ni????

    ReplyDelete
  22. Dah begini gamaknya keadaan yang 'terlanjur' semakin terlajak dan yang 'teragak-agak' sudah terpesong terus. Jadi dimana letaknya akidah orang Melayu sekarang, siapa dan apa yang patut kita dengar dan ikut.

    ReplyDelete
  23. Betul tuan shah...simpati pd negeri Yg ditakbir olih umno... Ketua ketua cawangan jilat jari jelah...kelantan n pp tak pulak ditawarkan sedemikian? Mana keadaan? Oh ini keadilan cara umno..terima jelah kalau tak Kena pecat pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena faham.

      Semua dapat jika UMNO dapat tawan Selangor.

      Delete
    2. Cash is king?

      Delete
  24. Najib dan Zahid sudah jadi hamba wang

    ReplyDelete
  25. Kebodohan umno yang terserlah.
    Tak semestinya jadi Hali UMNO undi UMNO.
    AKU 40 tahun jadi Hali UMNO... KADANG KALA UNDI PAS.
    ITULAH UMNO CASH IS KING....

    ReplyDelete
  26. Wak sate yah takda extra ka?duit dpat ikon belia pun skali ka atau da dpat menantu dari bangla?kami semya malas tunggu duit pree dan bini sekali.org indon ckp paket kan wak?

    ReplyDelete
  27. Zahid itu boleh diiktirafkan sebagai tuan bendahara kepada Daulat Wang diRaja Bugisman.

    ReplyDelete
  28. Hj hadi pun boleh buka cawangan umno

    ReplyDelete
  29. Dengan penambahan hadiah tu maka lebih banyalah lagi anjing2 akan menyalak dan membuat tomahan mungkin banyak sangak dpt duit derma dari pak arab agaknya untuk kalahkan dap dan tegakjan islam he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...pokoknya pak arab pun dah nak kena berhutang kerana harga minyak jatuh. Mungkin juga kerana banyak men"DERMA". Kesian

      Delete
  30. Dengan penambahan hadiah tu maka lebih banyalah lagi anjing2 akan menyalak dan membuat tomahan mungkin banyak sangak dpt duit derma dari pak arab agaknya untuk kalahkan dap dan tegakjan islam he he he

    ReplyDelete
  31. Tapi itulah dah banyak makan dedak, dia orang tak dapat baca 'untung kalah, dari menang' ... Jika dia orang cerdik pru nanti dia orang tak berkempen gila-gila..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...