Monday 14 March 2016

DARIPADA BALING GELAS TAK PECAH, SEMUA KINI TERLIHAT KELAM-KABUTNYA


Betapa UMNO dan pimpinannya sedang kelam kabut dek tamparan Deklarasi Rakyat kini sedang menjadi tontotan di mana-mana dan ia bukan lagi sesuatu yang boleh disembunyikan.

Daripada pelbagai cubaan mahu mengalihkan perhatian dengan menakut-nakutkannya seolah-olah agenda DAP dan Lim Kit Siang sedang menuju kemenangan dan deklarasi itu bagi memenuhi kehendak peribadi Tun Mahathir Mohamad semata-mata,  dalam masa yang sama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian terpaksa tampil sekali lagi menyatakan sokongan terbuka kepada Najib Razak.

Beberapa bulan dulu mereka sudah bersolidariti menyatakan ikrar sokongan kepada Najib, kini sekali lagi ditampilkan ulang tayang wayang yang sama semata-mata untuk mendamaikan jiwa Perdana Menteri yang gundah gulana. 

Tidakkah ini sesuatu yang kelakar? Berapa kali mahu berikrar dan bersolidariti dalam setahun?

Jika sebelumnya apabila Tun Mahathir keluar UMNO, beliau dikatakan hanya mengulangi taktik lama sambil memperlekehkannya sebagai negawaran tua yang sudah berusia 91 tahun dan dikatakan "baling gelas pun tak pecah", ternampaknya sekarang "pukulan pertama" bekas Perdana Menteri itu tetap kuat bisanya.

Itu baru langkah pertama yang diambilnya, belum lagi beberapa kejutan lain yang dipercayai akan terus dilakukan  oleh Tun Mahathir dalam usahanya memastikan Najib dapat diturunkan daripada tampuk kuasa Perdana Menteri.

Sesungguhnya, kejayaan menghasilkan Deklarasi Rakyat yang diinisiatifkan oleh Tun Mahathir adalah suatu sejarah bagi negara. Ia buat pertama kali telah berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh ternama daripada UMNO dan pembangkang untuk bersetuju dalam satu perkara demi kepentingan negara.

Jika diikut logik, adalah lebih baik parti-parti pembangkang tidak menyertai deklarasi itu kerana dengan imej Najib yang semakin buruk dan ditambah dengan  pelbagai isu yang sedang membelitnya, membiarkan saja Tun Mahathir melakukan asakan secara berasingan adalah suatu kelebihan kepada mereka untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Tetapi, kenapakah pemimpin-pemimpin pembangkang setuju untuk bekerjasama?

Tidakkah apabila Najib berjaya disingkirkan, UMNO lebih berpeluang membaiki imejnya dan seterusnya harapan untuk memenangi pilihanraya juga kembali cerah?

Setelah Najib berjaya disingkirkan dan UMNO dipulihkan, di mana parti-parti pembangkang ketika itu nanti?

Dalam hal ini, terbukti bahawa parti-parti pembangkang tidak mementingkan diri sendiri. Sudah tentu kerjasama itu didorong oleh keinginan  untuk sama-sama memainkan peranan dalam menyelamatkan negara ini.

Dua tahun sebelum pilihanraya, jika Najib terus dibiarkan mentadbir negara, kita pun tidak tahu berapa banyak lagi kerosakan yang diakibatkan olehnya. 

Kita juga tidak tahu berapa banyak lagi hutang negara dan cengkaman atas nama undang-undang dan akta yang akan digubal untuk menyelamatkan kuasanya.

Lebih dibimbangi, jika semua kerosakan itu, kalau pun pembangkang berjaya memenangi pilihanraya, ia sudah terlalu sukar untuk dipulihkan semula.

Di sinilah letaknya  jiwa besar parti-parti pembangkang yang sedia menyambut huluran tangan Tun Mahathir bagi sama-sama menandatangani dan menggerakkan Deklarasi Rakyat itu.

Yang penting, setelah Najib berjaya diturunkan, sama ada selepasnya BN terus berkuasa atau kerajaan peralihan yang mengambilalihnya, pemulihan dan reformasi institusi haruslah dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat semua.

Di pihak Tun Mahathir, kerjasama ini juga bukanlah kerja gila sebagaimana yang didakwa oleh seorang Tengku campuran Acheh dan Melaka, tetapi suatu gerak kerja luar biasa yang melampaui pemikiran parti dan anutan hari-hari kebanyakan rakyat negara ini.

Segala-galanya kerana keinginan yang sama untuk menyelamatkan negara dan tidak mahu melihat Malaysia menjadi lebih buruk keadaannya.

Jika Tun Mahathir seorang atau bersama pemimpin-pemimpin pembangkang masih tidak cukup kuat melakukannya, kita sebagai rakyat yang tentunya sama-sama sayangkan negara inilah yang boleh memastikan "gelas benar-benar dapat dipecahkan"  akhirnya. (SH 14/03/2016).

30 comments:

  1. Taraf kepimpinan Tun Dr Mahathir memang peringkat antarabangsa. Tiada pemimpin lain yang boleh menyatukan berbagai personaliti yang sememangnya "musuh" ketat Tun.

    Ternyata Tun seorang negarawan yang terulung. Beliau mampu menyatukan rakyat untuk bersama SELAMATKAN Malaysia dari PM yang terpalit rasuah dan skandal.

    Ini berlaku tatkala Tun Dr Mahathir tiada kuasa hanya bergerak sebagai rakyat biasa.

    Syabas Tun, Malaysia masih perlukan pimpinan Tun. Semoga Allah pelihara kesihatan Tun and panjangkan usia negarawan terulung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doa kesihatan tun sihat..dapat kekuatan dari illahi utk menyalamatkan malaysia

      Delete
  2. Akan ada satu kontrak baru yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Kontrak untuk menganjurkan Majlis Ikrar Taat Setia kepada najib setiap bulan. Bukan setakat 12 kali setahun sahaja. Ini bukan cekai daa.

    Perjumpaan Ketua Bahagian, Timb KB, Ketua Cawangan, Tim Ketua Caw, Cawangan Negeri, Parti komponen dan banyak lagi ! Ini lagi bagus daripada dedak. Boleh buat business and gerenti Halal !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat tuan datang berkali2 lalu berkumpol ramai2 dok angkat janji setia tuh. Makin kerap tuan datang makin orang kenal. Makin jelas muka tuan. Makin cam sangat2lah tuh. Eh ada pulak senarai kedatangan. Penuh woi. Tak penah miss etenden. Tahniah. Syabbas atas kesetiaan tak berbelah bagi. Dengan susah payah tu. Bukan senang nak turun kl. Dua ribu juga mau habis. Eh. Tuan dah habis ke ronda kampung2 dalam jajahan tuan tuh? Cantek. Dah sahih cukup makan pakai dan tak de dah orang2 miskin. Semua dah cukup makan kan. Balik kena buat ceramah pulak. Woi ramainya yang hadir. Wau, rakyat sungguh2 sayang pada tuan yang sungguh2 sayang pada tuan punya tuan. Bertuah sungguh dapat tok ketua macam tuan nih. Dengar kata kawasan tuan bebas tol dan gst. Wah. Dasat juga tuan punya usul ye. Berjaya jugak halang tol dan gst. Tuan betol2 pejuang rakyat..

      Delete
  3. Da byk menteri yg dok ampu jdi low profil yg menyalak bole kira dgn jari yg lain da ada firasat da sampai waktu mereka untuk undur.jdi silence is golden.

    ReplyDelete
  4. Memang terbaik artikel ni...jiwa patriotik saya terus bangkit dan airmata pun mengalir. Syabas tuan shahbudin.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Yang saya tak faham adalah kelompok manusia yang menuntut mereka diiktiraf dan ditaati, iaitu para ulama. Bila buka mulut bab agama, bukan main gahnya mereka. Yang 'tersimpang' habis dibalun. Itupun pada orang bawahan. Yang menjadi kejengkelan sekarang pula 'ketua' dari golongan ini boleh paling arah membela para pembelot yang sedang menjahanamkan agama dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah akibatnya agama islam dijadikan topeng untuk mengejar keuntungan dunia...Allah maha adil n maha mengetaui

      Delete
    2. Itulah seorang ahli agama kononnya yang telah menuduh berjuta orang Melayu sebagai KAFIR sebab di pimpin UMNO. Hadith Rasulullah s.a.w. menyatakan bahwa jika yang kena tertuduh tidak kafir pada agama Allah, maka Si Awang itu yang sebenarnya KAFIR! Wa allaahu 'alam bis sawaab.

      Delete
    3. Jibby atau Awang, diorang dua mahu ke Fulus & Kuasa atas segalanya.

      Kebenaran dan Prinsip Mulia sudah lama tergadai!

      Tinggal saja .... Permainan Politikus!

      Delete
    4. Tolong jgn sentuh mengenai alim ulamak, tok-tok guru dan ustaz ustazah. Mereka semua ni adalah pewaris Nabi. Aku takut nanti terpesong kita kalau tak kena gaya...

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Hahah..kerosakan sebelum dapat GABAENOR BANK NEGARA yang baru...hahaha Confirm lantik tali barut 1mdb..IRWAN SERIGAR...padan muka kamu semua hahaha

    ReplyDelete
  8. Wow satu demi satu suku kaum dari indonesia untuk terus menolak melayu ke lembah kehinaan dan supaya bangsa melayu terkubur buat selamanya.bugis,jawa,aceh dan skrg mandailing sebagai gabnor bnm.da ada kebab menjahanamkan harimau biru skrg matawang kita akn terus jahanam.di rampas kuasa & maruah di tanah deli dikejar lgi ke tanah melayu mau lari mana wahai melayu ke hujung dunia?kmu akn diburu yg korup,gila kuasa dan jual agama.hanya satu bangkit dan lawan kemungkaran ini atau lenyap dari dunia nusantara dan berbangga dgn dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  9. Amat mendukacitakan lebai lebai dalam parti ulama tak bersuara mungkin tercekik dedak yang disuap oleh geng penyamun penyamun fulus 1MDB.

    Mungkin benar sekali tema Cash Is King.

    ReplyDelete
  10. Pantun utk teuku anunang.Berjuang untuk toto pas tu makan soto ambil foto dan berkata ini lah perjuangan kepalavuto.tak sangka bole jadi pujangga di pasir bedengung...

    ReplyDelete
  11. "Ular menyusur tak akan hilang bisanya"!,walaupun ular itu tua.masalah ahli-ahli umno sekarang tak dapat berfikir dengan baik umpama dijamu dengan air daun ketum.Dikata air ini ubat dan juga boleh menghayalkan.Kemungkinan dalam kehayalan ini sipemberi tadi mengambil kesempatan memijak mereka untuk terus timbul dari karamnya sabuah bahtra yang tua dalam arena politik.Tetapi ular tua itulah yang sedang menyelamatkan mereka.Malah fikiran mereka terus tertutup untuk berfikir,mungkin stimnya maseh ada lagi.Entah bagaimana untuk menyerunya untuk bangkit.

    ReplyDelete
  12. Skrng pun dah ada pemimpin umno yang sudah cuba menjauhkan diri dan melarikan diri dari Najib. Mereka sudah mula takut dengan akan terjadi bila Najib jatuh. Mereka akan mula main wayang salin kulit.

    ReplyDelete
  13. Saya hanya risau Wawasan 2020 yang hanya tinggal berapa tahun saja lagi. Cahaya kegagalan sudah mula terbit. Bayangkan apa terjadi bila masanya tiba untuk membuka " time capsule " yang di tanam oleh Tun Mahathir nanti. Salah satu cabaran nya ialah pewujudan BCIC (Sebuah masyarakat PERDAGANGAN dan Perindustrian Bumiputera) Secara peribadi saya tahu ia akan gagal. Maka tahulah kita siapa penghianat sebenarnya kepada bangsa Melayu dan anak cucu mereka.Biarlah ini tercatit dalam sejarah Melayu atau dalam muzium untuk mengingati kepupusan bangsa Melayu.

    ReplyDelete
  14. Dalam UMNO ramai pemimpin tetapi dalam kalangan pemimpinnya tidak ada yang berani jadi ketua untuk memulakan. Masing-masing mengharapkan orang sebelah yang baca kan doa.

    Mereka menyepi dan mereka menjauhkan diri kerana tuntutan deklarasi juga mengatakan sesiapa yang bersongkol dengan Najib juga akan di singkir. Mereka berdiam kerana jawatan dan bukan kerana negara. Mereka sepatutnya telah menjangkakan dari awal akibat nya dengan mengekalkan Najib.

    Kini mereka bukan diminta berikrar taat setia sebab bagi Najib, tanggung jawab hendaklah di pikul sama-sama. Yang mereka ikrar kan depan Najib ialah sama-sama terjun dan sama-sama tenggelam.

    ReplyDelete
  15. Apakah bacaan purata BMI (body mass index) puteri umno?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bmi si maharani lembu condo?

      Delete
  16. Si Maharani akai keling

    ReplyDelete
  17. Anwar Bin Ibrahim telah meletakkan asas kerjasama antara parti dan ahli politik dalam pembangkang. Anwar Bin Ibrahim telah menjadi satu contoh kepada pemimpin dalam pembangkang sehingga mereka sanggup mengenepikan perjuangan parti masing-masing dengan mengutamakan keadilan dan rakyat. Ini kerana Anwar Bin Ibrahim sanggup berkorban dan berjuang demi rakyat.

    Jika tidak susah ketiga-tiga parti iaitu PKR AMANAH dan DAP membuat keputusan untuk menyertai Mahathir. Mereka masing-masing memperjuangkan dasar parti masing-masing.

    Terbukti perjuangan Pakatan Rakyat bukan semata-mata untuk kepentingan Anwar Bin Ibrahim seperti yang didakwa oleh UMNO selama ini.

    ReplyDelete
  18. TunM hanya Rakyat Biasa sahaja,
    Tapi Mereka Takut macam nak KIAMAT esok Lusa,
    Pertanyaan dan Permintaannya mewakili Rakyat Jelata,
    Kenapa susah sangat nak menjawab & menunaikan nya??

    Ditanya tentang 1mdb tapi dijawab dgn PECAT sbg PENGERUSI,
    Diminta UNDUR dgn DEKLARASI tapi dikata Pengkhianat dan Agenda PERIBADI,
    Diberi pilihan jadi PM sampai KIAMAT pun masih lagi dok PUSING sana dan sini..
    Wahai Ahli2 UMNO, KETUA macam ini kah yg anda semua Setia dan SANJUNG????
    Kawe malu nak mengaku Ahli UMNO bohhh...sorry to say!!!!

    ReplyDelete
  19. salam din
    sejak mulut celupar nazri mengata tun baling gelas tak pecah, aku kemana pergi sentiasa bawa 2 biji gelas. manalah tau aku terjumpa tun dishopping comlex, di restoran dsbnya. jika jumpa aku mmg memohon agar tun membalingkan gelas yg aku bawa biar disaksikan rakyar malaysia tun baling gelas tu pecah berderai ke tidak. tentu vdeo tun baling gelas akan meletop seluruh dunia..hidup tun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro sya sokong bawa 3 gelas 2 utk tun 1 klu jumpa baling kat rengas kahkahkah

      Delete
  20. Jom kita kira langkah Tun M yg jadi ketua kita tanpa lantikan tanpa paksaan.

    Mengikut pendapat aku:
    Langkah Pertama - Deklarasi Rakyat - 4 Mac, 2016
    Langkah Ke2 - Minta Buat Referendum - 15 Mac, 2016

    Akan ada banyak langkah lagi, mengasak terus menerus selagi AhJib Go masih degil. Dan jangan takut, Malaysia tidak akan huruhara. Tak akan ada demonstrasi jalanan seperti Bersih. TDM tak akan ajak kita buat begitu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...