Saturday 12 March 2016

PAK LAH, KU LI, HADI AWANG - SIAPA BAKAL PENASIHAT PETRONAS?


Berdasarkan perbualan serta tinjauan dengan beberapa pihak, sekurang-kurangnya tiga nama menduduki kebarangkalian paling tinggi untuk mengisi jawatan penasihat Petronas menggantikan Tun Mahathir Mohamad yang ditamatkan perkhidmatannya semalam.

Mereka ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh Hamzah dan Hadi Awang.

Tun Abdullah atau Pak Lah mungkin menjadi pilihan jika tradisi pemegang jawatan itu daripada kalangan bekas Perdana Menteri ingin dikekalkan oleh Najib. 

Sebelum Tun Mahathir, seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Hussein juga pernah duduk di kerusi tersebut.

Selain itu, dengan perlantikan Pak Lah juga dipercayai dapat mengukuhkan lagi hubungan Najib dengan Khairy Jamaluddin dan Pemuda UMNO yang dilihat agak "suam-suam kuku"  sejak timbulnya isu 1MDB dan derma RM2,600 juta.

Tengku Razaleigh atau Ku Li, jika dilantik, tidak lain bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan Najib dan mengecilkan lagi kumpulan Tun Mahathir yang menentangnya.

Ku Li sebelum ini pernah duduk semeja dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin ketika membantah Sosma, tetapi pendirian Ahli Parlimen Gua Musang itu bagaimanapun tidak sehaluan dengan bekas Perdana Menteri itu berkaitan Deklarasi Rakyat.

Ku Li bukanlah asing dengan Petronas, selain menubuhkan syarikat minyak negara itu, beliau juga merupakan Pengerusi Petroleum yang pertama sebaik ia ditubuhkan.

Dalam perkembangan politik mutakhir ini, Ku Li juga dikatakan beberapa kali dipanggil bertemu Najib, tetapi tujuan dan topik perbincangannya tidak dapat dipastikan.

Hadi Awang pula, walaupun ternampak agak mustahil untuk dilantik menjadi penasihat Petronas berikutan pengetahuannya yang mungkin terbatas dalam hal-hal berkaitan petroleum, pengurusan dan perniagaan antarabangsa, tetapi tidak mengejutkan jika Najib berbuat demikian dengan tujuan menambat hati Pas untuk menyokongnya secara rasmi.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sudah diberikan jawatan CEO Yayasan Kesederhanaan Global yang diwujudkan oleh Najib.

Apakah Hadi Awang, bakal menjadi orang kedua dalam Pas, selepas Nasharuddin, yang akan terpaut hati "makan gaji" dengan kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Najib?

Berdasarkan tiga nama tersebut, siapakah pilihan Najib agaknya? Pak Lah, Ku Li atau Hadi Awang?

Buat sementara, di samping berserah kepada ketentuan Tuhan, yang paling berhajat juga bolehlah mulai melobi, berangan-angan dan berdoa agar jawatan itu jatuh ke ribaan. (SH 12/03/2016).

39 comments:

  1. Would Love to see Hadi Awang Jadi Penasihat Petronas...Bolih geng dengan pak arab dengan pakain Semutar dan kain sarong!!
    Dia akan mengharumkan lagi nama Petronas.

    ReplyDelete
  2. Paling layak, Hadi Awang. Sokong!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling layak hj hadi jadi gabenor bank negara

      Delete
    2. Sumer post2 ni.. bagi ja kat Hadi Awang.. dia semua pandai..pandai uturn ikut cara Isle....

      Delete
  3. Mamak pengampu dinamakan Gabenor Bank Negara baharu untuk mengantikan Zeti. Tiada yang mustahil dan salah bagi Najib untuk melantik raja pengampu mengantikan Dr Mahathir Mohamad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nan mansor boleh jadi punahsihat petronas

      Delete
    2. Tengku palsu aka Ular Sawa UMNO apa yg dia tahu? Pikul tong gas petronas boleh la.

      Delete
  4. Adakah ku li bakal di senaraikan pemakan dedak terbaru najib?...sama2 kita nantikan...

    ReplyDelete
  5. En Din,
    Era Najib ini saya tengok mudah je untuk mendapatkan sebarang jawatan yg penting dalam kerajaan Najib ,syarat nya :

    1. Kuat Ampu dan bodek terutam pada Rosmah,

    2. Boleh rekaraya cerita yang kasi dua laki bini ini syok,

    3.Boleh bagi idea camna nak kaya dengan mudah, walaupun idea bangang contoh masuk wang dalam akaun sendiri lepas claim terima derma.

    4. Cepat cepat cuci najis kotor yang dibuat najib walaupun dengan alasan bodoh(kerja ini sangat mahir dibuat oleh said kruak ,Rahman dahlan d.l.l

    5. Jadi anjing salak kuat bila najib kena komen teruk ( kerja ini biasa bagi Nazri Aziz)

    sekian.

    ReplyDelete
  6. SOALAN-SOALAN UNTUK MANUSIA YANG SUKA BERFIKIR:

    (1) Jika seorang ketua negara selalu memecat atau menukar menteri dan pengarah, siapakah yang bermasalah sebenarnya?

    (2) Jika ketua negara sangat suka melantik badut dan pelawak menjadi menterinya supaya mereka boleh mengampu dan menghiburkan beliau dan menyakitkan hati rakyat sepanjang masa, siapakah yang bodoh sebenarnya?

    (3) Jika ekonomi negara merundum dan rakyat hidup menderita, siapakah yang bertanggung-jawab mewujudkan keadaan buruk ini?

    (4) Jika negara kekurangan wang, siapakah yang berjoli sakan menghabiskan wang?

    (5) Jika pelbagai tabung-tabung mengalami kekurangan wang, siapakah yang ahli silap mata yang pandai menghilangkan wang?

    (6) Mengapa hutang negara sekarang terus meningkat berbanding dengan zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir? Apa akan berlaku jika hutang negara meningkat terlampau tinggi sehingga melebihi kemampuan negara untuk membayar hutang?

    (7) Siapakah yang menyebabkan nilai mata wang jatuh merundum yang menyebabkan harga barangan import seperti susu meningkat?

    (8) Jika SEMUA peluang pekerjaan seperti pengawal, buruh, pekerja am dll untuk rakyat tempatan dirampas oleh pendatang asing, siapakah yang perlu dipersalahkan? Siapakah yang menyebabkan kadar penggangguran meningkat? Siapakah yang membenarkan kemasukan dan kebanjiran pendatang asing?

    (9) Jika universiti berjaya menghasilkan graduan-graduan yang menganggur, siapakah yang telah membuat perancangan sesat dan bodoh yang gagal memenuhi keperluan tenaga kerja negara ini?

    (10) Apa akan berlaku kepada rakyat jika bahagian farmasi hospital kerajaan diswastakan? Pernah pergi ke hospital swasta? Harga ubat hospital swasta pada tahap harga lintah darat! Contoh: Satu jenis ubat tahan sakit (pain killer)sahaja berharga RM100! TPPA menjanjikan harga ubat yang lebih tinggi dan mahal!

    (11) Pelbagai bentuk aktiviti maksiat @ kemungkaran disediakan dan diberikan kemudahan untuk rakyat menikmati maksiat, siapakah yang bertanggung jawab meruntuhkan moral (akhlak) rakyat?

    (12) Perlaksanaan GST telah menyebabkan peningkatan kos dan harga barangan dan perkhdimatan dll. Jika kadar GST dinaikkan dengan alasan kadar GST masih rendah berbanding GST negara lain, adakah rakyat akan menjadi semakin kaya atau miskin?

    (13) Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan. Apa akan berlaku kepada Bahasa Melayu dan orang Melayu jika Bahasa Inggeris menjadi bahasa utama di sekolah dan universiti?

    (14) Setelah menjawab semua soalan di atas, adakah anda merasa gembira, happy gila, takut, marah, dukacita atau kecewa? Apakah tindakan anda dalam PRU14?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini petikan komen satu blog..

      -----------
      Sejarah melayu jadi bodoh ni, tiada berkesudahannya. Bodohnya pulak bukan 2-3 lapis.. dah beribu2 lapis. Dari zaman awal sejarah Melaka, melayu cukup simpleton hidupnya. Hanya tahu jimak, judi, ugut orang, pow sikik2, jadilah. Cukup buat makan anak bini.

      Sejarah moden juga, setelah 500 tahun kejatuhan Melaka, struktur feudal melayu tidak berubah banyak. Sama saja kelakunya. Malah bodohnya menjadi lebih kritikal dan bertempek2 mcm taik lembu atas jalan tar di kampung2 pedalaman. Raja semakin ramai, kaum bangsawan berjujuk2 bertambah, rakyat terus semakin berahi makan dedak. Menterinya tetap bodoh seperti zaman Melaka purba dulu jugak. Tiada bezanya. Ada sesekali berita menunjukkan gah memakan kangkung dan mukjizat taming sari dikhayalkan sehingga menjadi stim tak pancut2. Sama cerita keturunan Parameswara juga... berasal dari muntah lembu, entah mana kepala mana ekornya, tetiba bersambung salasilahnya menjadi bersatu dengan Iskandar Zulkarnain.. mari kita sama2 ketawa.. kahkahkah.. lagikan pula raja2 sekarang, semakin birahi...disalasilahkan pula dengan Rasulullah SAW pun ada.. jangan2kan Nazrin si anak Atan pun juga berketurunan Nabi2 dan malaikat2 kayangan.. sebab itu melayu mula kagum dan kaget dgn kejelitaan isterinya menantu aruah si Atan ni..

      Hikayat lebong Atan ini terus menjadi stim dan meresap ke dunia melayu tanpa segan silu. Jangan lupa... kita ada 2-3 malaun lagi menunggu2 dinobat menjadi sultan juga. Kisah melayu bodoh berlapis2 ini sama saja sejak 600 tahun dahulu... seawal kesah Parameswara menjadi raja lari dari Singapura.. sama saja merapu dgn kesah bapanya yang entah betul entah tidak.. sama berita mcm bapa mamak kutty mahathir serta aruah Tengkiu Mansor menjadi gah hasil usaha anaknya Nan towkey sport toto.

      Cuba kesahkan melayu cerdik2... nihil.. yillek... semuanya indah nian kayangan syurgawi dewa dewi entahapa2.. rakyat melopong menganga saja..tukang pemikirnya sama dengan si Lokman Adam..think tank Melayu..haha

      Nak berubah?? Huhu.. tidak.. kisah ini diputar2 sehingga 4000 tahun lagipun.. belum tentu boleh berubah..

      Woi..siam sembah sami pun..jauh lebih cerdik dari melayu sembah tuhan yg Esa.. mereka tahu.. nak tukar pemimpin.. kena turun jalanraya.. bukan buat deklarasi bangang dan dapatkan tandatangan2 melayu bodoh berlapis2... ini aku setuju dgn Hadi Sotong.. kerja sia2.. melakukan kerja yang sama.. mengharapkan keputusan yang berbeza.. namanya bangang la berlapis2.. sama dengan mamat sotong tu jugak.. yang bangang bercakaran dengan yang bangang.. akhirnya yang memerintah..yang bangang jugak.. kahkahkah..

      Marilah kita terus merayakan kerja2 bangang Melayu ini untuk 1000 tahun lagi.. harap2 keimanan TT untuk terus turun ke jalan raya.. tak berubah selepas tandatangan dan tandatangan dan terus tandatangan.. buat petisyen...suruh orang sign.. ini bukan kerja bangang nak tuntut report telus MH370 atau MH17.. kurang2 deklarasi ni.kita boleh turun ke jalanraya.. tapi nampak.mcm seminggu ja..dah basi..

      Ooops lupa.. melayu dah sinonim bangangnya sejak 600 tahun dulu lagi.. orang kapir lain dah buat roket..dah terbangkan besi yang berat bertan2 pusing bumi.. memang kita bukan saja ketinggalan 600 tahun drpd orang2 kapir ini.. kita ketinggalan 2000 tahun dari mereka... struktur metos melayu 600 tahun sejak tahun 1400 dulu..masih sama strukturnya.. bodoh berlapis2.. cuma slogan berubah..think outside the box??? Kahkahkah.. berapa juta slogan daaa..

      Delete
    2. PRU14 ada ke?

      Delete
  7. Ku li,pak lah,hj hadi bukan org Rosmah jadi tak mungkin.

    Yg pilih bukan agong atsu najib.

    Yg pilih Rosmah.

    Jadi org tu mesti boleh diperbudakn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu macam kalu, ...kak mah kasi lantik diri kak mah sendiri la.

      Delete
    2. Komentar kat atas kata "Jadi org tu mesti boleh diperbudakn."
      Maknanya penasihat mesti lah seorang budak. Kalau camtu saya cadangkan rahim thamby kecik. Amacam? Setuju?

      Delete
    3. ....thambi chik? Atau thanga chik

      Delete
  8. Dengan mengecualikan diri dari 58 penandatangan deklarasi rakyat ku li sudah memberi isyarat bahawa dia bersedia menjawat jawatan penasihat petronas. Pak Lah pun sama tp dia akan diberi jawatan lain yg x perlu sedar ketika mesyuarat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan supaya dijadikan Duta Tilam Vono, bersama gandingan ziana anak zain. Baru ngam. Girlpren lama tuuh. Luka lama berdara kembali.

      Delete
    2. Hadi tengok punggong rosmah pun dah tak berkelip biji mata

      Delete
  9. Selagi BN berkuasa siapa pun jadi Pengerusi tak kesah asal bukan geng ANC dan Pakatan.

    ReplyDelete
  10. Yang gua nampak, Pak Lah.

    ReplyDelete
  11. Dengan pengalaman candat sotong dan tembak tupai, Aji Adi boleh aplikasilan pengalamannya sebagai punah sihat petronas, lagi puyla petroleum ada didiTerenggani dinegheri dia dan jyga lantikan sebagai gabnor bank negara, akua tak akan komn apa apa dah yang menentang, aku pakai walak saja.

    ReplyDelete
  12. Pak Shah, WSJ baru melaporkan bahwa Jibby lantik Irwan Serigar mengganti Puan Zeti di Bank Negara pada bulan depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis laaa duit.....

      Delete
    2. Orang kampong semua sudah tahu bah. Mestilah dia lantik Irwan Serigar

      Delete
  13. Entah-entah najib dah sediakan jawatan tu untuk dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  14. Ahmad bashah paling layak

    ReplyDelete
  15. Saya mohon mencadang agar Hj Hadi dilantik sebagai Pengerusi Petronas dan Gabenor Bank Negara sekaligus. Ini adalah kerana Hj Hadi adalah di kalangan orang yang suci di Malaysia ini. Tambahan pula kehebatannya dalam memberi nasihat dalam segenap aspek keduniaan dan akhirat. Tambahan pula,beliau boleh dibantu Ustaz Haron Din maka seluruh pelusuk dunia termasuk alam jin dapat memberi sokongan kepada Najib. Ini adalah sejarah yg paling hebat dpt dikecapi PAS bila mana Hj Hadi memegang jawatan sebagai Presiden, Tim Ketua Ulamak Sedunia, Pengerusi Petronas dan Gabenor Bank Negara. Pakatan Harapan pasti terkejut tahap Gaban.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...terkentut dengar cadangan ini! Habis batal air sembahyang aku.

      Delete
  16. Irwan serigar sape. Bole jelaskn

    Kami budk baru belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketua perbendaharaan kewangan

      Salah seorang AJK 1MDB

      Umpama tikus2 jatuh keberas

      Delete
  17. www.sarawakreport.org.prx.proxyunblocker.org

    Bagaimana RM 170 juta dari SRC masuk ke akaun Najib pada November 2011

    ReplyDelete
  18. Saya cadangkan Tuan Rani Kulop sebab dia pandai buat repot. Itu satu kepakaran yang penting bagi Petronas.

    ReplyDelete
  19. nik abduh al snookerki calon yang sesuai, senang diperbudak-badakan.

    ReplyDelete
  20. Eloklah jawatan tu diiklankan nanti ramailah penyangak2 yg mohon

    ReplyDelete
  21. Eloklah jawatan tu diiklankan nanti ramailah penyangak2 yg mohon

    ReplyDelete
  22. Jangan kita berteka-teki siapa yang jadi penasihat Petronas dan Gabenor Bank Negara. Siapa pun tidak akan menguntungkan rakyat atau negara.

    Mereka yang sanggup mendapat jawatan tersebut adalah pekerja di bawab Najib. Mereka tidak akan melakukan apa-apa untuk perubahan.

    Tanggungjawab tersebut bukan mengangkat martabat mereka sebaliknya menjatuhkan maruah mereka yang sudah tidak bermaruah. Kalau dulu dapat C- (tolak) sekarang dapat E- (tolak).

    ReplyDelete

  23. Pak Lah - sebagai seorang ayah, saya tahu ayah Najib sangat berbangga dengan anak nya.

    KU Li - jangan kaitkan saya dengan deklarasi rakyat.

    Hj Hadi - beri peluang pada Najib dan kita akan perbetulkan keadaan.


    Risikonya ialah dua orang akan merajuk dan mungkin akan menjadi penentang Najib. Hj Hadi telah mulakan tindakan dengan penubuhan blok ke 3...

    ReplyDelete
  24. Jauh panggang dari api... Kau ni budin tak habis2 kutuk hadi.. Pemakan dedak LGE

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...