Thursday 24 March 2016

NAJIB SEHARUSNYA DIBERI SEMANGAT, SAMAN MAHATHIR PELUANG TERBAIK BERSIHKAN DIRI

Apabila Tun Mahathir Mohamad bersama dua individu yang lain memfailkan saman terhadap Najib Razak atas dakwaan salah laku dalam pentadbiran negara, pemimpin UMNO dan kerajaan seharusnya melihat ini  sebagai medan terbaik bagi Perdana Menteri untuk membersihkan dirinya.

Jika benar Najib suci bersih dan tidak terkait apa-apa dengan sebarang kekotoran, sama ada berhubung 1MDB, wang RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International, mereka sepatutnya memberi galakan dan semangat lagi kepada Perdana Menteri agar sedia tampil berani di mahkamah.

Saman Tun Mahathir ini mesti dilihat sebagai peluang keemasan bagi Najib mempertahan dan membersihkan dirinya serta mendiamkan terus bekas Perdana Menteri itu.

Tetapi dengan kebanyakannya membangkitkan soal "locus standi", menganggapnya tindakan terdesak oleh Tun Mahathir dan awal-awal mengatakan saman itu akan gagal, seolah-olah pemimpin UMNO tadi sedang berkongsi ketakutan dengan Najib untuk tampil di mahkamah.

Soal "lucus standi", terdesak dan  sama ada saman itu akan berjaya atau sebaliknya, biarlah mahkamah yang memutuskannya.

Terus menyerang serta membelasah bekas Perdana Menteri itu yang jelas menggunakan haknya sebagai warganegara yang masih dalam lingkungan undang-undang, hanya akan memberi kelebihan kepada Tun Mahathir di "mahkamah pendapat umum".

Ini kerana Najib juga harus sedar bahawa pertarungan beliau dengan Tun Mahathir ini mungkin berlarutan sehingga tarikh pilihanraya umum akan datang.

Dengan takut berdepan di mahkamah dan tewas lebih awal pula di "mahkamah pendapat umum", apa lagi yang tinggal pada Najib ketika berdepan dengan penentuan rakyat?  (SH 24/03/2016).

44 comments:

  1. tun mahadhir knows what he is doing. dont play with this old man.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "A fool thinks himself to be wise, but a wise man knows himself to be a fool."

      -William Shakespeare

      Wise men are characterized by humility

      Delete
    2. "Have more than you show,speak less than you know"
      -William Shakespeare from the Merchant of venice.


      "Train your mine to see the good in every situation"

      "The brave may not live forever but the cautious dont live at all"

      The true statesman never retire , they fight for the truth they believe ,only fools thinks the other way round.

      " Perjuangan yang belum selesai"

      - Dr Mahathir bin Mohammad.

      Delete
    3. "The person who says it cannot be done should not interrupt the person who is doing it." –Chinese Proverb

      "Strive not to be a success, but rather to be of value." –Albert Einstein

      Delete
  2. najib...go to court n clear yr name. jgn takut. najib darah bugis. darah pahlawan. NO RETREAT NO SURRENDER

    ReplyDelete
    Replies
    1. After all this is the time for najib to clear his name. This is the best time for him to prove that he is not guilty. All Malaysians have all the rights to know what's going on with 1MDB and the billions of money involved. The whole world is watching.

      Delete
  3. Saya tak terkejut tetapi terperanjat...kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya perempuan tapi wanita.......Azalina ni spesis bangang......

      Delete
    2. darah bugis yang penakut

      Delete
    3. anon 9:34 terkejut beruk tak mau turun ka...pi tanya anina langkawi

      Delete
  4. Apandi bangang dan kaki rasuah tak jalankan amanah yg diberikan. Gaji dan allowance dibayar olih rakyat, tapi tak menjaga kepentingan rakyat.

    Ini lah cara mengikut undang2 ytk rakyat dan negara ni mendapat balik RM42million duit SCRI dan RM2.6billion.

    Menteri2 yg korup semuanya tak setuju saman ni dibuat kerana saman tu menuntut duit RM2.6billion dan RM42million dibayar olih Najib kpd Kerajaan. Mereka akan setuju kalau bayaran tu dibuat kpd mereka, anak dan isteri. Ini lah haiwan2 yg tak de prinsip.

    ReplyDelete
  5. Silap tu FZL Resources.... sepatutnya

    Saya bukan perempuan tapi betina...ha..ha..ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. SILAP JUGAK TU...
      SEPATUTNYA,SAYA BUKAN PEREMPUAN TAPI TOMBOY...HA..HA..HA

      Delete
  6. Hakim-Hakim Magistret dan Pendakwaraya ada lah yang sama terlibat dengan kes Liwat2. Sebelum ini mereka ingat penglibatan mereka hanya sekali dan demi negara tetapi satu kesalahan akan menjadi kan adanya kesalahan-kesalahan seterusnya.

    Mereka yang bertanggung-jawab perlu berfikir bagaimana untuk menghentikannya.

    Gunakan lah kes saman Tun dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  7. "Saman Tun Mahathir ini mesti dilihat sebagai peluang keemasan bagi Najib mempertahan dan membersihkan dirinya serta mendiamkan terus bekas Perdana Menteri itu."

    Ya, jikalau yang tertuduh itu di zalimi mahupun dirinya bersih daripada dosa. Sebaliknya, ... cerita lama ahjibgor terulang saja ...

    ReplyDelete
  8. Guan Eng sifu Budin dah lari dari wartawan

    ReplyDelete
  9. Menurut seorang Peguam, saman Tun Mahathir gagal kerana Najib bukan dalam kumpulan Penjawat Awam. Apa muslihat Tun Mahathir kerana agak pelik apabila para Peguamnya tidak menyedari perkara ini?

    Atau apakah Najib boleh disaman mengikut akta SPRM ?



    ReplyDelete
    Replies
    1. Peguam tu tak habis baca akta2 lain dan saman yg difilekan.
      Mahathir saman Najib atas kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

      Sesiapa yg bekerja dimana2 pun dimana gajinya dibayar dari dana awam adalah penjawat awam.
      jawatan PM tu bukan Umno punya atau Rosmah punya. Ia kepunyaan Kerajaan Msia dimana gaji penjawatnya dibayar melalui dana awam. Jadi jawatan itu jawatan awam lah dan penjawatnya ialah penjawat awam. Tk kan ni pun lawyer tu tak tahu. Kalau bukan penjawat awam, Khir Toyo MB dh terlepas dh. Apa beza PM dan MB???

      Delete
    2. kenapa nak risau dgn tun mahadhir. nazri cakap. tun m baling gelas pun tak pecah. najib n the gang jgn panic.

      Delete
  10. Apa la bangang LGE tak tahu harga pasaran

    ReplyDelete
  11. Sebagai rakyat yg memerhatikan gelagat Mahahtir vs Najib,nampaknya ini hanyalah satu lagi langkah sumbang Mahahtir,selepas satu demi satu di tumpaskan oleh Najib.Mahathir tak pernah mengalami kekalahan seteruk ini.Paling teruk pun beliau di maki hamun oleh Geng Reformasi Anawar.Kalau dah sampai bawa kemahkamah,bererti dalam politik Mahahtir dah tak ada masa depan.Bayangkan lah betapa bencinya Mahahtir kepada tindakan mahkamah sehingga meminda undang-undang negara agar pertikaian dalam paarti politik tidak boleh di bawa kemahkana.Sekarang lain pula ceritanya,beliau terpaksa mencari jalan kemahkamah yg dulunya beliau tutup.Sekira langkah ini gagal(sudah pasti gagal) apa pula agaknya langkah Mahathir seterusnya?.Sandiwara Mahathir mengalahkan lawak Senario.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro jgn panic. mahadir baling gelas pun tak pecah.
      takut nanti bila mahadhir baling gelas d mahkamah. pecah pula gelas tu.
      we never know my fren.

      Delete
    2. Mahathir bukan berpolitik untuk masa depan. Tapi Mahathir cuma ingin menyelamatkan Malaysia. Kalau Mahathir berpolitik lebih baik dia tubuh parti atau masuk parti baru.

      Mahathir telah di tumpaskan oleh Najib ? Bila masa pulak pertelingkahan antara Mahathir dan Najib tamat ?? Selagi bernafas dan kaki boleh berdiri, selagi itu lah Najib akan 'di kerjakan' oleh Mahathir. Lambat laun Najib akan kelemasan juga akhirnya.

      Najib hanya dikira menang sekiranya Najib berani dakwa Mahathir menghasut atau cubaan untuk menguling kerajaan tetapi Mahathir hanya di ajak bersembang oleh penyiasat PDRM.

      Adakah Anon 12 19 terminum air ketum ? Yang Mahathir saman ialah Najib bukan UMNO iaitu parti .... ! Sebab hal-hal parti diselesaikan dengan cara undi tidak percaya atau di adakan pemilihan. Yang buang masa nak di bawa ke mahkamah buat apa ?

      Kegagalan Mahathir ini lah yang menyebabkan Najib KO sebab Mahathir tidak pernah berputus asa.

      Delete
    3. kekeke,....Tun M ditumpaskan ke?,..kekeke,...komen lu lawak la,...knp forum Nothing 2 Hide sebelum ni x berdepan je ngan Tun M,?,...lu lupe ke,..atau sengaja buat2 lupa?,...komen lu nak memperlekehkan Tun M,..tapi y terkena boss lu balik,...kekeke,..kaji dulu komen sebelum submit dik,..adik bru abis sekolah ke?,...kekeke

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Sah dan terbukti PM Malaysia sekarang adalah PM TERBACUL dan PALING DAYUS di dunia. Tidak saja kecut telur di dalam negara malah lebih kecut telur di luar sana. Perlu ingat! Orang yang DAYUS tak layak bukan saja memimpin rumah tangga malah negara. Jangan mengundang bala dan sial kerana berterusan berketuakan pemimpin BACUL dan DAYUS. Najib lost his ball!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beliau bacul,dah lama beliau letak jawatan dan minta 'perlindungan' dari Mahahtir.tapi nampaknya beliau tak berbuat demikian ,sebaliknya 'ball' Mahahtir di sepaknya berkali-kali,sehingga Mahahtir hilang malu terpaksa minta simpati dan bantuan dari LKS dan Anwar.

      Delete
    2. betul la cakap u 13:05. i respect u. mahadhir baling glas pun pecah. apa nak takut. suruh njib pegi makamah. kita tengok telor siapa yg hilang.

      Delete
    3. Mahathir tidak minta tolong Hasmah memuji-muji dia sebagai suami yang penyabar. Itu lah yang satu-satunya dari dulu hingga sekarang.

      Najib mengheret Rosmah menceritakan hal dia kepada masyarakat.
      Bila bini cakap suami penyabar bermakna suami nya takut bini. Rosmah bukan Isteri yang asal. Tetapi barang second hand di beli dengan harga yang murah dari harga pasaran ketika itu ...

      Kalau Najib orang yang penyabar dia kekal dengan Isteri yang pertama .

      Delete
    4. Anon 13.05 :) Kwn nak betulkan sikit. Kalo dia macho & x bacul dah lama dia letak jawatan & cari perlindungan. D sebabkan dia btul2 bacul la dia x brani. Dia lawan secara "nothing to hide" (lawan tahap tu je la). X de point pun dia nak lawan. Dia suruh le pencacai2 pengangkat najis dia a.k.a ahmad maslan & the geng & korang2 yg IQ rendah ni tolong lawan utk dia. Serius bacul. Takut kat nenek ros. Berani najib letak jawatan?? Kena jentik bijik bro. Kompom! BACUL!

      Delete

  14. Yang pastinya akibat daripada hutang piutang 1MDB dan yang sewaktu dengannya, rakyat Malaysia, yakni kau orang semua, aku, anak, cucu, cicit dan beberapa generasi yang akan datang akan memikul beban hutang itu.

    Tak usah komplen kalau selepas ini segala bentuk sabsidi akan ditarik balik dan cukai-cukai baru akan diperkenalkan.

    Tak usah terasa hati jika generasi akan datang menyumpah dan kencing kubur kita semua.

    Baru padan muka kita.



    ReplyDelete
  15. Go che det.will support u.makcik2 kg makcik2 felda...tolong la lupakan najib dn gengnya.jom support deklerasi rkyat.ni duit kita tau

    ReplyDelete
  16. Pada pandangan saya... apa yang di buat TUN bagi menjatuhkan Najib TIDAK AKAN BERHASIL selagi rakyat MALAYSIA tidak bersatu dalam apa jua TINDAKANnya... lebih lebih lagi mereka mereka yang sentiasa memikirkan situasi situasi yang bakal melanda negara dengan isu KEGANASAN DAN KEAMANAN.... hari ini tidak ada seorang pun PEJUANG POLITIK yang berjuang demi sokongan rakyat dan kebanyakan ORANG BIJAKPANDAI yang arif dalan UNDANG UNDANG DAN ARIF DALAM BIDANG EKONOMI tidak berani bersuara atau TEGAS DENGAN PENDIRIAN MEREKA hasil dari asas pembelajaran mereka yang bertauliah dek kerana mereka selesa dengan apa yang mereka dapat... NAJIB seorang yang amat cerdik dalam MEMPERBODOHKAN MEREKA MEREKA ni kerana PEMBOHONGAN BERSALUT NILAI WANG BUKAN HARGA DIRI menjadi sokongan kuatnya... Hari ini ramai orang dalam kelaparan minda dan nafsu jadi ramai yang suka menggangapkan DIA BAKAL JATUH SECARA TERSENDIRI dan ini semuanya hasil dari sikap TAK APA.....dan paling keji bilamana ULAMAK ULAMAK DAN MUFTI NEGARA sendiri tidak ada JATI DIRI dalam menyuarakan LUNAS DAN HUKUM HAKAM UGAMA kepada KETUA NEGARA YANG SUDAH TERPESONG agenda politiknya.... SEMUA NI IALAH KERAN DUIT YANG MEMANG BENAR KATA PM "MONEY IS KING" ...so jangan harap lah apa yang di buat TUN ni menjadi KENYATAN... PEKARA YANG MUDAH TIDAK DI AMBIL BERAT...SEPERTI BOIKOT saja mereka ni terutama para wartawan..yang sering mengejar berita..cuba mulakan disini selain menyaman PM yang tidak BERMARUAH ni..

    ReplyDelete
  17. GO...Najib....GO!

    Kasi sue sama Mahadey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman balik TUN la Najib. Ini dah defamation. Menghina kau yang suci bersih dari segala kesalahan. Jazlan kan kata TUN tiada locus standi.

      Mcm la Jazlan tu lawyer pulaknye, Bar Council pun pertikai ko pulak lebih2. Jazlan2.

      Kita tengok lah AG ckp apa pulak

      Delete
  18. Teruskan Tun tanpa pm malaysia terap ujud org melayu tetap ada klu dap menang pun malaysia tetap ada org melayumacam ityjuga yg penting singkirkan pemimpin yg rasuah penyamun2 dan salah guna kuasa yg berterusan semoga berjaya tun

    ReplyDelete
  19. Teruskan Tun tanpa pm malaysia terap ujud org melayu tetap ada klu dap menang pun malaysia tetap ada org melayumacam ityjuga yg penting singkirkan pemimpin yg rasuah penyamun2 dan salah guna kuasa yg berterusan semoga berjaya tun

    ReplyDelete
  20. Ya..najib patut ke mahkamah. Kerana kmi sbg rkyt msia menantikan sekiranya ada pgakuan bela diri yg bercanggah sama sekali dr apa yg didakwakan oleh wsj,the edge,sr dan tentunya dr tun m sndri. Diam tu ada double meaning dan secara peribadi sy benci org yg xmampu bg jwpn yes or no. Proceed to court please!

    ReplyDelete
  21. DSN akan sahut cabaran jika beliau anak jantan yang mengingatkan para perwakilan semasa di PAU 2015 bahawa beliau adalah pahlawan UMNO yang tidak akan menyerah kalah dan pantang berundur. Kalau setakat guna supreme power sesiapa jadi PM pun boleh guna kuasa yang ada.
    Tapi dalam isu Tun M saman DSN adalah bukan perspektif politik atau anak buah lawan bos. Tun M kini adalah rakyat biasa yang ada pengetahuan tentang perihal 1MDB dan 2.6b.
    Kena faham motif Tun M adalah saman PM 2.6b ++. Saman yang perlu dibayar oleh PM atau mahu jumlah itu dikembalikan semula kepada negara. Bukankah ini sesuatu yang menarik perhatian ramai. Sekiranya DSN masih mengambil langkah serupa iaitu setakat menafikan diluar mahkahmah atau tidak berani bercakap dalam mahkahmah atau tidak akan menyaman Tun M atas dasar kepentingan perlindungan maruah diri adalah poendedahan sebenar siapa DSN.

    ReplyDelete
  22. banyak macai umngok@tentera siber umno kat sini ..tak cukup dedak lagi ke Salleh Keruak kasi hehe..korang duk sokong najibke sokongduit..

    ReplyDelete
  23. semua mereka ini penyangak penyamun rakyat merana kesusahan binatang lakhantullah ini kaya raya jadi kepada semua rakyat musnahkanlah binatang lakhanatulah ini

    ReplyDelete
  24. skarang dah ada saman keatas najib kita tungu keputusannya. najib pasti mahu kes ini dicepatkan kerana sudah hampir dengan pru 14. jd mungkin boleh dapat tahu cepat. lepas kes selesai najib akan pusing satu malaysia nak bagi tahu pada rakyat yg dia tak bersalah untuk mengembalikan semula kekuatan umno.sekiranya perkara ini berlaku maka sukar untuk pembangkang untuk tawan putrajaya.

    ReplyDelete
  25. belum tentu lagi siapa yang zalim... yang menuduh atau yang dituduh. Pada pengkomen yang bijak pandai, sebaiknya rujuk Al quran. Semua persoalan ada jawapan didalamnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...