Monday 21 March 2016

KENAPA NAJIB PAYAH SANGAT NAK LETAK JAWATAN?


Suatu ketika dahulu, pertanyaan yang setiap hari biasa didengar ialah "bila Najib nak letak jawatan?"

Tetapi sekarang ini, yang paling kerap ditanyakan pula ialah "kenapa Najib susah sangat nak letak jawatan?"

Jika di negara-negara lain, pemimpin yang terpalit dengan skandal kewangan seperti Najib ini, lumrahnya mereka akan mengundurkan diri dengan senang hati kerana tidak mahu nama baik sendiri, keluarga parti dan negara terus bertambah buruk kerananya.

Di negara kita pula, jangankan disebabkan ada skandal, malah hanya kerana gagal mendapat kemenangan selesa pun mereka akan mengundurkan diri demi sayangkan parti dan negara.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj meletak jawatan selepas keputusan buruk pilihanraya yang diikuti dengan tragedi 13 Mei 1969, manakala Tun Abdullah Badawi juga berundur selepas hilang dua pertiga pada pilihanraya 2008.

Tetapi Najib bukan saja tidak mahu berundur meskipun keputusan pilihanraya 2013 pimpinannya berkurangan tujuh kerusi berbanding pilihanraya 2008, lebih buruk lagi meskipun setelah terpalit dengan kemelut 1MDB, derma RM2,600 juta dan dana RM42 juta SRC International, beliau masih juga mahu menggagahkan dirinya bertahan di kerusi kuasa Perdana Menterinya.

Najib bukan saja tidak mahu mengikut contoh teladan yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Badawi, malah juga berbeza dengan Tun Mahathir Mohamad.  

Meskipun Tun Mahathir juga menghadapi beberapa penentangan ketika eranya, tetapi bukan saja semua persoalan dijawab dengan sebaiknya, malah beliau menutup mulut mereka yang mengkritiknya dengan kejayaan melepasi dua pertiga setiap kali pilihanraya.

Itulah antara sebabnya apabila beliau mengumumkan untuk berundur daripada jawatannya pada 2002, ramai yang menangis dan memujuknya. Dan kemudian apabila peralihan kuasa kepada Tun Abdullah Badawi berlaku pada 2003, kehilangannya begitu dirasai.

Dengan keinginan Najib untuk terus bertahan sedangkan banyak persoalan mengenai dirinya terbiar tidak mampu dijawab, UMNO dan negara pastilah akan menjadi korbannya.

Najib ketika ini bukan saja menjadi tadahan kebencian rakyat dan masyarakat antarabangsa, malah imej negara di bawah kepimpinannya tidak lagi seharum seperti dulu.

Dalam keadaan ini, bukankah berundur lebih baik demi kebaikan UMNO dan juga negara?

Tetapi, kenapa payah sangat Najib mahu berundur? Apa lagi yang mahu dipertahankannya? 

Daripada anak Perdana Menteri kini sudah pun merasa menjadi Perdana Menteri, lalu pencapaian apa lagi yang mahu ditunggunya?

Apakah Najib sebenarnya bimbang tindakan undang-undang dan penjara akan menantinya jika mengundurkan diri ketika ini?

Namun tidakkah, kiranya UMNO dan BN kalah pilihanraya nanti, undang-undang tetap juga akan mengejarnya?

Berapa peratus keyakinan Najib terhadap kemampuan untuk terus mengekalkan kuasa sedangkan setiap hari suara penolakan semakin bergema di mana-mana?

Dengan Tun Mahathir bersama beberapa bekas pemimpin UMNO dan kerajaan sudah bersama pembangkang dalam Deklarasi Rakyat untuk menolak Najib, jika ia berterusan sehingga PRU 14, siapakah lagi yang mampu menyelamatkan masa depan parti itu daripada tertanggal kuasanya?

Sebagai rujukan paling mudah, isu Najib ini boleh saja diumpamakan seperti seorang suami yang kantoi berskandal dengan wanita lain. Menyelesaikannya hanya perlu mengaku dan meminta maaf. Jika maafnya dapat diterima, kembali dan kukuhkanlah rumahtangga semula.

Jika maafnya ditolak, undur diri tetapi yang pentingnya, isteri dan anak-anak boleh mencari kebahagiaan sendiri selepas itu.

Namun dengan terus mempertahankankan diri seolah-olah tiada skandal, sedangkan sudah ada anak sebagai bukti dan jiran-jiran juga bercakap mengenainya, hubungan dengan isteri, anak dan keluarga bukan saja terus mencuka, silap-silap "anunya" suami juga boleh dipotong ketika sedang tidur lena. (SH 21/03/2016).

48 comments:

  1. Sebab NAJIB BUKANLAH PEMIMPIN YG BERMARUAH. Bukan seorang pejuang rakyat sejak dari mula. Khalas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang takkan tak tau Budin.. perangai Indon Jawa Bugis memang cenggini.. turun kpd anak cucu titis baris sumer..

      Kalo baca fatihah pun lintang pukang, masih nak jadi imam solat.. inikan pulak fulush masyukkkkk billion2.. pegawai2 pun sama2 dapat ratah million2.. 100 million pun ada.. apa derang heran??

      Delete
    2. Ceh main bangsa nampak? Ni pasal Najib jer takkan terus nak sebut2 pasal bangsa orang..... Bukan nak sokong tapi x sume pengikut Najib tu Bugis Indon Jawa kan? Orang Melayu , Cina dan India pun ada gak apasal x mention bangsa2 nie?

      Delete
  2. Nak buat apa dia letak jawatan, Bodoh.Dia Perdana Menteri, dia Presiden Umno.Dia ada kuasa, suka bapak dia laa nak buat apa.Orang macam awak ni hanya boleh menyalak jee.Najib pun tahu, tuu pasal dia rilek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pyah dia letak jawatan teruskan songlap harta negara dan mufliskan malaysia.

      Delete
    2. betul cakap awak tu. klu dia letak jawatan. dia sangkut bro...kita tengok aje..tapi jgn lupa
      deklarasi rakyat kita kena support

      Delete
    3. Memang betul Najib tidak perlu letak jawatan. Tetapi tanda-tanda kebencian rakyat termasuk ahli UMNO semakin bertambah-tambah.

      Orang macam Najib memang tidak tahu malu. Najib akan terus menjadi Perdana Menteri walaupun hanya lima atau enam orang sahaja yang bersama dia. Najib rasa dia hebat walaupun ahli UMNO yang datang menyokongnya hanya beratus orang.

      Mana-mana ahli UMNO dan bekas ahli UMNO, akan bimbang dengan nasib parti sekiranya Najib terus menjadi Perdana Menteri.

      Najib begitu yakin dengan rancangan menghadapi pru dan segala tindakan yang akan di ambil tanpa mengambil-kira faktor dirinya sebagai Perdana Menteri.

      Rakyat akan tolak UMNO kerana Najib !

      Delete
    4. Woiii...gile ka hapa korang ni nak Ajib letak jawatan!!!

      Tergamak korang tengok Kak Ros kesedihan dan tak dpt shoping2!

      Beliau cun tau....hidup kak Ros!!
      *Agak2 boleh dapat banyaak stok dedak tak klu kipas cenggini..??hihi

      Delete
  3. Kalau masuk penjara pun bukannya sampai tak makan kot. Sedangkan ulat dalam batu pun dapat makan minum juga.
    Najib kau anggaplah penjara tu tempat berehat. Kerja teruk mesti byk berehat. Uniform pun ada.

    ReplyDelete
  4. Pemimpin umno lain bila meletak jawatan,tidak banyak scandal,Tetapi Najib terlalu banyak, salah satu adalah kess Altantuya,jika bersabit kesalahan hukumannya hukum mati ditali gantung.Siapa sebenarnya dibelakang najib yg beriaya-iya benar nak mengekalkan Najib,tentulah BINInya.sEDAngkan isteri2 PM lain,tak ada issue,Tenguk bini PM mana tergedik2 selalu menyibuk menhadiri sidang parlimen,isteri PM mana melantik dirinya sebagai the FIRST LADY,sedangkang the first lady hanya layak pada isteri yg dipertuan agong sahaja.Inilah sebenarnya puncanya,Najib dan bininya tidak akan mengambil risiko,walaupun yg mengantikan PM adalah datangnya dari umno/BN.kES ALTANTUYA ADALAH TERLALU NYATA,TERANG LAGI BERSULUH.

    ReplyDelete
  5. Daripada duit berbilion yang ditahan dan berbilion lagi yang boleh disapu keluarga terkutuk diMalaysia ini, dia bolehlah mula menulis buku "tugasku yang belum selesai". Korang apa tau. Maruah pun yillek dia ni.

    ReplyDelete
  6. KENAPA NAJIB PAYAH SANGAT NAK LETAK JAWATAN?

    Pasai apa dia nak kena letak jawatan? Apa salah yg dia buat? Dia kena tuduh kena dakwa kena heret masuk lokap ka? Kena dakwa di mahkamah ka?

    Hangpa jangan nak tuduh dia tak tentu pasai. Bedosa besaq fitnah orang besaq tau.

    Orang besaq2 fitnah orang besaq2 takpa jugak. Depa ada kepentingan peribadi. Ada agenda tersendiri. Yang hangpa rakyat jelata dok mencaci dok mengata dapat apa? Dapat DOSA BUTA saja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni satu lagi dedak maselang 3.65.yg susah rakyat ko bela pemimpin yg korup ada maruah ka keng kabut?mcm mana mau heret kuasa di tgn dia.ko jgn belit da kami tonton tggu ha aksi rakyat lpas ni.bangsat

      Delete
    2. jgn marah che...depa saja seronok kacau nijib bukan apa. la ni kita kena support najib. klu umno tumbang. kita p kenciing kuboq najib.

      Delete
    3. Saya setuju dgn qalamqabut.
      Fitnah itu dosa besar.jangan suka membuat fitnah tampa ada bukti yg kukuh bersama beberapa orang saksi.

      DSAI,di fitnah dan i aibkan tampa ada saksi.hanya DNA sebagai rujukan.
      Bertaubatlah kepada sesiapa yg ada membuat tuduhan dan fitnah.

      Delete
    4. QalamQabut ni sengaja nak provok dan mengacah, dgn Dinturtle bukan main kamceng dia. Dengan Budin buat main-main mata pulak. test market ke test suhu?

      Delete
    5. Macam cara orang lepas geram.

      Ada yang lepaskan pada orang lain geram nya itu.

      Jawab lah suka-suka jer ikut Mahathir yang minta Najib letak jawatan.


      Delete
    6. Anon 12:09, provok - yes... test market - no. Kat sini pun aku komen sama saja. Maklumlah tempat meriah, anjing makan dedak pun kurang.

      PutraMerdeka pun best, anjing banyak, tapi aku tengok Abu Bakar cool aje lawan dema

      Tapi aku sedih juga bila tengok blog din turtle dah tak semeriah dulu sejak kena block dgn pemerintah demokrataik ni. Bagi yg teringin nak ke sana: http://dinturtleoriginal.blogspot.my/
      Bagi yg ada link lama, tambah saja 'original'.

      Jom kita pakat2 support geng kita.

      Delete
  7. Kita ada:
    Hakim Mahkamah Tinggi
    Court Of Public Opinion
    Padang Masyar

    Najib sudah dibawa ke Court Of Public Opinion dan sedang dibicarkan, hukuman pada PRU14.
    Kecuali OKT mengaku bersalah.

    Padang Masyar - PASTI

    Mahkamah Tinggi: Terpulanglah kepada pihak AG dan badan-badan lain bahawa mereka juga terbuka kepada ketiga-tiga perkara di atas.

    Sesetengah orang Allah bagi CASH di dunia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.facebook.com/Justice-For-Najadi-AmBank-1460541000930606/

      Delete
  8. Ada kesalahan dan dosa besar telah dilakukannya. Najib perlu pastikan dulu penggantinya nanti dapat memastikan dia selamat dari dihumban ke penjara atau tali gantung bula dia berundur. Misteri kematian Altantuya menghantui hidupnya siang malam ditambah dengan kes pelbagai komisyen dan "derma" luar biasa yang semuanya berkaitan dengan dirinya. Percayalah bahawa Najib sedang mencatur sesuatu demi survival diri dan keluarganya dan bukan satu yang mustahil bahawa dia juga sedang meninjau di luar sana utk jalani hidup spt mana Daim Zainuddin. Samada sedar atau tidak, Daim mendapat faedah yg tidak sedikit diera pemerintahan Tun M dan kini adalah antara billionaire yg tidak didendangkan. Dan Najib tidak mustahil sedang menjengok peluang yang sama sebagai satu alternatif yang terbaik untuknya ekuran masalah yang membelenggunya di Malaysia. Kalau Daim sangat membimbangi ancaman Anwar Ibrahim, Najib malah lebih risau dengan serangan Tun M dan juga Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  9. Tun Daim adalah bekas Menteri Kewangan yg dikatakan telah memindahkan sekian banyak asset negara ke luar sana dan beliau dikenali ramai sebagai kaki enjoy dan gila betina. Najib juga selesa memegang Kementerian Kewangan malah latar belakang hidupnya tidak terkecuali menggemari wanita cantik. Maka sebagai satu pelarian, membina kehidupan di luar Malaysia adalah sesuai dengan 2 pemimpin bermasalah ini. Kekayaan yang melimpah ruah membolehkan mereka enjoy semaunya tanpa perlu fikirkan lagi kewarganegaraan di Malaysia yg menjadi lubuk menggali harta buat mereka. Kebodohan rakyat Malaysia adalah kecerdikan dan peluang buat pemimpin yg berkepentingan diri. Semuga rakyat Malaysia terus perbodohkan diri selamanya khususnya kaum Melayu pengkagum UMNO BN. Duit hilang berbillion2 tiap tahun tapi pebyamun tak dapat dikesan. Inilah anara petualabg besar antara ramai yg lain. Selamat memperbodohkan diri wahai kaum Melayu. Muga akhirnya menjadi kayu dan terus layu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau lagi kayu.

      Delete
    2. lembu klu blh ckp pun mesti ckp berfakta. kau ni bygkn jd lembu, tahap apa lembu kau jadi tu

      Delete
  10. Negara sedang sakit, jadi buang lah punca yang menyebabkan penyakit itu, supaya tidak merebak.

    ReplyDelete
  11. saya cuba membaca seberapa banyak komen yang terdapat dalam facebook ,blogs dan lain-lain tapi tak larat untuk membaca semuanya,tetapi saya mendapati dari lima puluh komen yang saya baca berkaitan PM Najib dan apa-apa topik lain yang sewaktu dengannya rata-rata 80-90 peratus tidak menyokong beliau...saya tidak berani menterjemahkan status ini sebagai mewakili keseluruhan rakyat malaysia,tetapi hakikatnya peratus yang tidak suka beliau adalah tinggi..cukup tinggi.

    ReplyDelete
  12. ROSMAH bagika dia letak jawatan .... itula jawapannya " roti canai najib satu "

    ReplyDelete
  13. Baru balik dari kampong, cuti sekolah. Ada la pergi makan jamuan kahwin sana sini. Mood anti umno memang tinggi. Orang pun buat lawak, kos kahwin pun kena GST, orang BN semdiri cakap. Grassroot punya sentimen memang cukup marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gst si wahid yg proposed. GAJI dia masa kata maybank milions.org mayang kena buli dan dia..telekom pun sama.
      Dia dapat kerja offered pun sbb dia barua najib. sama juga dan si rahman tu.
      Masa kat tv3 dia org suruhan najib.
      Mcm budak mentah kat Petronas buat utk rosmah.
      Sekarang pnb kena swindle lagi sikit lagi. Lagipun ajib chairman trust pnb..in pm capacity... tolong...

      Boleh si wahid bangga kerja cari dia. padahal dia org suruhan si najib. Dia bulldozed apa yg ajib suruh.. tak kesah kan hal pekerja. Poket dia masuk laju je million bonus dan macam macam.

      Delete
  14. Ada satu perdana menteri,suruh turun degil sekali, rakyat semakin marah dan benci,negara Malaysia apa nak jadi?

    Ada satu cerita si steri,super mewah sebab suami, nak letak jawatan mana dia bagi,silap haribulan dok kandang besi.

    ReplyDelete
  15. Najib tidak perlu meletakkan jawatan. Cuma pengkritik dan pihak pembangkang perlu menerima hakikat bahawa Najib masih menerima sokongan majoriti. Jangan pula sengaja menggunakan taktik kotor dan mudah untuk menggesa Najib letak jawatan demi melemahkan pentadbiran BN. Tunggu PRU yang akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Shah, Ah Jib Gor dan syarikat macainya tengah merancang sesuatu helah korup untuk PRU 14...

      Delete
  16. HEHEEHEH..Ko ni Mamat,baru bangun tido ka!! atau baru dapat dedak satu lori, kenapa pulak pehak pembangkang,ini laman web yg asalnya umno la(tapi umno yg tak suka rasuah),yg banyak tak suka najib MAjoritynya umno/BN,Pembangkang sudah tentulah lawan umno.Tapi yg banyak komen dari orang2 umno /bn laa..

    ReplyDelete
  17. Pilihanraya di sini hanya di buat apabila BN betul-betul dalam kedudukan yang cukup kuat. Jika gabungan PAS-UMNO menjadi dan isu 2.6 tidak terdedah, awal tahun ini Najib bubarkan Parlimen. Najib mengharapkan Hj Hadi kerana BN telah kehilangan 7 kerusi. Tetapi sebaliknya satu persatu keburukan dan kelemahan Najib terburai.

    Najib boleh tutup mulut pengkritik dan Mahathir dengan referendum atau awalkan pru jika betul yakin Najib dapat sokongan majoriti.

    Bukan nya mengumpul pemakan dedak dan kemudian berselfie. Cara begini ketua cawangan sahaja yang layak buat.

    ReplyDelete
  18. Dalam menjawab persoalan yang di lontar ini, kita kena ketepikan faktor keupayaan manusia. Kerana jika ikut akal dan hukum dalam politik, sewajarnya Najib telahpun meletak jawatan dan sedang di bicarakan di mahkahmah. Semuanya telah dilakukan dari menegur, menasihati dan melawan semuanya tidak diperdulikan.

    Hati dan fikiran pemimpin UMNO bukan tertutup tetapi di penuhi dengan rasa ketakutan. Dan ketakutan ini lah yang menjadikan mereka
    menyokong Najib. Dari mana datangnya ketakutan ini? Hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

    Najib di tentukan sebagai PM dari UMNO yang terakhir. Najib menjadi angkuh, degil dan tidak sedar diri adalah satu ketentuan dari Allah.

    Insyallah, selepas ketentuan yang dikatakan menjadi satu ketetapan.

    ReplyDelete
  19. Anon 13:35,

    Betui ka penyokong Umno sokong Najibur ( singkatan "Najib Takbur") kerana takot? Menjadi ahli persatuan adalah hak individual yg dijamin oleh Perlembagaan..dah tau kepala persatuan tak betui..pakat ramai2 kuar jer dari persatuan tu macam Tun M atau yg lain2. Yg takot nak kuar tu lebih takot tak dapat dedak..bukan sbb sayangkan parti atau bangsa, agama dan negara pon. Ape Najibur boleh buat kalo 50% ahli yang kuar? Tak mereng Najibur? Takkan nak daftar Bangla dan Myanmar jadi ahli kot? Ketentuan..ketentuan jugak..tapi kena ada ikhtiar dan usaha..bukan lepas perahu tak bertambat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ini kalau betul-betul muhasabah diri, kita sebenarnya dalam ketakutan.

      Saya maksudkan begini. Walaupun kita berusaha tanpa putus asa lalu Najib pun tumbang, ia nya kerana ketetapan Allah, bukan kerana usaha kita.

      Banyak dosa UMNO. Dan dengan dosa Najib lagi. Kita lawan Najib sebab isu 1MDB dan RM 2.6. billion. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu dosa yang mana satu yang sebenarnya membuat Najib tersungkur.

      Wallahualam.

      Delete
    2. Faham-faham..terima kasih.

      Delete
  20. Kalau negara kita jadi seperti negara Greece pun beliau tidak akan letak jawatan....

    ReplyDelete
  21. Sebab utama...Tun Razak seorang yg tidak kaya. Najib diberi penididkan melalui Dato nya Noh Mohamad, Chairman Genting Bhd.

    Tu sebab..jadi Syaitan. Syaitan mana ada malu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui tu, di beri makan duit haram

      Delete
  22. dia n rosmah kan 6 minggu sekali buat umrah.

    suruhlah mrk taubat nasuha..... bykkan berdoa2...mohon keampunan pd semua...terutama waris2 yg telah dikorbankan.

    dlm masa sama kita buat aku janji dgn rosmah n najib... kalau mrk betul2 buat pengakuan secara ikhlas akan jenayah2 yg telah mrk lakukan... pohon kemaafan... pulangkan saki baki duti rakyat.... membawa bersama kumpulan penyokong tegar mrk utk buat benda yg sama...

    insyaallah kita x perlulah bawa rosmah najib dan gerombolan ke muka pengadilan.

    rosmah n najib perlukan jaminan ini utk mrk berundur.... kalau kita terus mengancam utk tindakan undang2...tentu mrk takan berganjak hingga ke titisan terakhir.

    mrk juga belajar apa yg telah dilalui oleh ferdinand marcos n imelda dulu.

    so buat rakyat malaysia...berilah jln keluar selamat utk rosmah n najib..utk kita selamatkan negara ini...loose win lbh baik dr loose loose!

    ReplyDelete
  23. mslhnya dh trlewat ssgt tu, zamkata ada syorkn jln begini lama lg. dia pulun lari kencing sana sini

    ReplyDelete
  24. Jawapannya mudah:

    Sebab takut masuk penjara!

    ReplyDelete
  25. Tak hendak undur tak mengapa bila kalah pru14 nanti sumbatkan dia di sungai buluh itu je semoga allah makbulkan doa rakyat yg teraniaya dan menderita ni klu dap jadi kerajaan lagi baik

    ReplyDelete
  26. Tak hendak undur tak mengapa bila kalah pru14 nanti sumbatkan dia di sungai buluh itu je semoga allah makbulkan doa rakyat yg teraniaya dan menderita ni klu dap jadi kerajaan lagi baik

    ReplyDelete
  27. Kepada yang masih membela makhluk bernama Najib ni, dah banyak perkara pelik berlaku semasa penyiasatan, kes bangunan terbakar, penyiasat ditukarganti, dibuang dan dsbnya berkaitan dgn kes penyelewangan beliau. Kalau nak test boleh pergi akaun Facebook beliau, korang boleh tengok betapa banyaknya fake fb account yg diguna untuk hapuskan komen-2 negatif dengan posting yg meloyakan.. #respect tahi kucing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...