Saturday 12 March 2016

MENGATA DULANG, PAKU SERPIH...

Bukan saja menandatangani deklarasi bersama pemimpin-pemimpin pembangkang dijaja ke seluruh negara kerana dianggap sebagai suatu kesalahan, malah berjalan beriringin atau duduk semeja dengan mereka pun cuba dijadikan seolah-olah dosa yang tidak boleh diampunkan.

Apa salahnya Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin dan yang lain-lain berjalan beriringin atau duduk semeja dengan Lim Kit Siang atau rakan-rakannya, lebih-lebih lagi jika matlamatnya untuk menyelamatkan negara?

Bukankah pemimpin-pemimpin pembangkang juga rakyat negara kita sah hak-haknya?

Lagi pun,  bukankah mereka berbaik untuk "menangkap perompak dan penyamun" yang membahayakan kita semua dan bukannya untuk saling bekerjasama menjadi perompak dan penyamun harta-harta negara?

Kalau ada, apa pula kerosakan yang sudah pemimpin-pemimpin pembangkang timbulkan dan harta negara yang mana mereka sudah jual atau gadaikan?

Kenapa hanya bila Tun Mahathir atau Muhyiddin Yassin saja dilihat salah bila berbaik dengan pemimpin pembangkang, sedangkan ada orang lain siap berpeluk,berselfie dan bermesra-mesraan lagi?


Siapa yang fobia dan berpura-pura dengan nama Lim Kit Siang sebenarnya?

Selain itu, bak kata Sanusi Junid, bukan Lim Kit Siang dan rakan-rakannya yang patut ditakuti kerana Jho Low serta rangkaiannya jauh lagi lebih merbahayanya.

Ehhh...kawan rapat siapa Jho Low tu? (SH 12/03/2016).

23 comments:

  1. Nazri dah nak cium mulut dgn LGE

    ReplyDelete
  2. Lebih mulia agaknya kalau berkawan dengan Deepak, dengan Jho Low hatta dengan mendiang Altantuya Saribu?. Kalu macam tu elok lah buat dua parlimen dan pisahkan kerajaan UMNO BN dengan pembangkang. Adakah yang mentekedarah komisyen Scorpeen juta jutaan, melesapkan berbilion duit 1MDB entah ke mana dan yang melakukan magik melenyapkan Altantuya dari muka bumi ini lebih mulia dari barisan pembangkang?. Dia yang lebih sudu dari kuah tak perasan diri sendiri. Yang menjenguk Harun Din kat hospital tu menatang apa? Yang melawat Haji Hadi kat wad tu hari spesis apa?. Melawat saja ke? Tak ada bawa buah tangan ke?. Agaknya Harun Din dan Haji Hadi tu penyokong kuat UMNO BN lah yer?. Patut lerr... lain macam sekarang, Yang hitam legam dulu sekarang dah bertukar putih. Yang haram dulu sekarang dah jadi halal. Yang musuh dulu sekarang jadi rakan sekamar gurau senda seloka. Tak sedar diri rupanya...berkokok bukan main hebat tapi sayang tubuh sendiri bergelumang tahi!. Cermin cermin lah muka sendiri!

    ReplyDelete
  3. Biasalah apabila tiada mempunyai apa-apa yang boleh dijadikan bahan bagi menegakan benang basah,maka mereka akan mencari apa juga cerita bagi memenuhi tugas yang dibayar untuk ditabur bagi senang hati tuan.Inilah sikap perkerja yang hanya tahu ada derma.Inilah yang berkukuk bertalu-talu tetapi ekor bergelomang dengan tahi.Orang tua-tua dulu mengatakan"Kencing dalam tempurung bulu dan cermin muka ok kah atau tak ok.Ada faham?.

    ReplyDelete
  4. Saya heran dgn segelintir politikus Msia ni. Sebut pembangkang ja mcm nampak Dajjal.
    Respek la sikit. Pembangkang pun d pilih oleh rakyat juga.

    ReplyDelete
  5. Alamak!!!!!matlamat menghalalkan cara....apapun saya pergi umrah dulu nak cuci dosa jap....

    ReplyDelete
  6. Kata dulang paku serpih, kata orang umnonajib yang lebih, seluar pakai sudah terlondeh, tunggu pru14 rakyat kasi habih.

    ReplyDelete
  7. Perang saraf sudah mula dan merebak ketempat yang sensitif. Peperangan antara kumpulan penyamun dengan kumpulan anti penyamun memang tidak dapat dielakkan. Suka atau tidak suka perang akan tetap berlaku.

    Najib, selaku ketua penyamun tidak boleh tukar watak jadi bilal masjid kerana beliau perlu menyamun lagi bagi memberi dedak kepada para pengikutnya demi kuasa yang dipegangnya.

    Mahathir, dari puak anti penyamun tidak boleh mendiamkan diri melihat saja ketua penyamun berorantasi. Kelakuan tipu, curi, sorok, dan rasuah yang ditunjuk oleh Najib telah menjolok mata rakyat. Jika dibiarkan, kapal yang Najib dan Mahathir naik akan dibocorkan oleh rakyat. Ini yang ditakuti oleh Mahathir.

    Walau pun begitu, sebahagian besar ahli sudah jadi bebal. Mereka keliru siapa yang patut mereka sokong....kumpulan penyamun atau kumpulan anti penyamun.

    Disebabkan tiada ruang lagi yang bolihkan bersuara dalam kapal UMNO Baru itu kerana telah dihalang oleh penagih dedak...Cara yang mampu dilakukan ketika ini adalah berintraksi dengan pemimpin musuh.

    Deklarasi rakyat, adalah perjanjian peringkat pertama iaitu terajang keluar ketua penyamun dari terus jadi maharaja dalam negara. Sama ada terajang ketua penyamun itu diputarbelitkan sebagai menggulingkan kerajaan tidak penting kerana jikalau ketika ini ketua penyamun mampus.....apakah pengikut penyamun akan menuduh tuhan sudah gulingkan kerajaan penyamun ?

    Penyamun sama bekas penyamun berperang...rakyat semua bangsa perlu buat keputusan sokong siapa diantara mereka.

    Saya akan sokong ketua penyamun jika dia sanggup kongsi hasil curian mereka dengan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu untuk kau....Satu untuk aku...
      Dua untuk kau.....dua untuk aku....

      Apa khabar ketua bahagian.... Sokong ketua penyamun ?

      Delete
    2. Selagi Najib kekal sebagai presiden parti UMNO Baru dan kekal sebagai perdana menteri Malaysia....parti UMNO Baru akan disebut sebagai parti PENYAMUN.

      Delete
  8. Melayu umno adalah melayu Yg tiada maruah diri...dari tiga juta lebih ahli tiada seorang pun layak menggantikan Najib...nampak gayanya Najib akan menjadi pm Sepanjang hayatnya kerna tiada seorang dr umno Yg layak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO sutak tatak lamai Melayu lagi maa aa , manyak Melayu angkat ,itu pasat UMNO manyak lali maa aa .

      Delete
    2. Tidak akan (Mukmin) Melayu hilang atas muka bumi, walaupun diajak bermungkar kepada Yang Maha Mulia oleh Si Bangsatwan dan macainya.

      Delete
  9. melayu umno semua nye bodoh. sungguh memalukan. dah tahu ketua penyamun. masih mahu menyokong. adakah dedak d tabur maka diam semua. inilah tradisi umno. malu lah melayu...

    ReplyDelete
  10. Orang2 najib dah lupa ke atau pura2 lupa. Pembangkang adalah 52% pilihan rakyat Malaysia pru3

    Jadi pembangkang lebih glamer dari BN. Kenapa pula nak hina berjalan dgn pembangkang. Walhal lebih menjadi pilihan rakyat.

    Najib sedondon dgn hj hadi bukan ke lagi pelik dan kelakar.

    ReplyDelete
  11. Apa pun isu sebenar masih tidak di jawab. Malahan fakta diputar belitkan. Menurunkan najib rupanya menjatuhkan kerajaan....APA PUNYA BODOH PUAK NI?
    Kerajaan ni keturunan najib punya ke? Negara ni tuannya najib ke?
    Kepala hangguk kau la...banggang. Seronok mentedarah rasuah dan dedak...kan? Kalian semua bukan tak tahu hasil duit kalian tu....sbb tu otak dah tak boleh berfikir....lidah dah bercabang....dasar makan hasil haram....perangai pun haramjadah.

    ReplyDelete
  12. Memang tidak salah pemimpin UMNO berpeluk atau berselfie ...
    Yang salah ialah pemimpin pembangkang yang relakan diri di peralatkan.

    Pemimpin UMNO menunjukkan yang politik mereka politik matang. Dalam berpeluk mereka rompak dan memperlekehkan pemimpin pembangkang. Semua yang mereka peluk dan selfie ialah pemimpin DAP dengan tujuan supaya kaum cina masih hormat sikit pada mereka.

    Kepada semua pemimpin pembangjang, jangan buat macam ini lah selagi mereka tidak berubah dan menghormati rakyat. Hentikan politik murahan mereka.

    ReplyDelete
  13. Lim kit siang Dap adalah pemimpibn 1 malaysia dlm sejarah politiknya dimana saja dia bertanding dia akan menang cuba pemimpin Bn yg konon dpt sokongan rakyat tu bertanding dikawasan lain atau di KL berani ke dah tentu masuk angin keluar asap mereka tu jaguh kampong je mana berani he he he tahniah TSMY berani kerana benar

    ReplyDelete
  14. Tak taulah nak jadi apa malaysia ni. Najib lawat TGHA dan mereka pakai sedondon pun dikata salah. Nak UGlah tu. Mahathir berkawan dgn LKS pun salah. Jenis otak Melayu tak open minded beku dan kaku.

    Korang tak tengok ke, MCA bertikam lidah dgn DAP bagai nak rak di dewan, namun bila mereka keluar makan boleh pi makan sama-sama macam tak ada apa-apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Politik MCA dan DAP berhemah.

      Kalau UMNO dan PAS pun berhemah, tak ada repot sana-sini. Tak ada cakap bodoh yang tak guna otak.

      Ling Leong Sik sama-sama tanda-tangan deklarasi, ada orang cina kutuk dan marah dia?

      Sebab mereka tidak melakukan kesalahan macam UMNO lah mereka boleh berkerja se cara baik.

      Delete
    2. Pak, mengenai amalan yang salah: Hadi Awang tuduh oreng muslim Melayu sebagai "Kafir" itu sungguh Salah! Kalau saya yang tak taksub kepada dia bukan "kafir" maka Hadi Awang yang betul2 "Kafir". Sebab Rasulullah telah bagi amaran kepada ummatnya begitu.

      Delete
  15. Siapalah lim kit siang daripada benyamin netanyahu yg betul2 dajjal itu pun jibgo bole bergambar tak salah ke pati untuk makan nasi orang ini yahudi la buat tak nampak dan pekak ke?

    ReplyDelete
  16. Semua mahu diputar dan dibelit. Termasuklah IGP Khalid Abu Bakar yang pada satu masa lalu tidak sabar sabar hendak temu bual dan soal siasat Xavier Andre Justo tetapi hingga kini tiada apa apa tindakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jumpa justo,rupanya semua maklumat betul jd tak blh nak pusing lg,diam je la..aritu melalak igp kata maklumat palsu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...