Tuesday 1 December 2015

PAU 2015 PALING MEMBOSANKAN - PERASMIAN NAJIB, PENUTUP PUN HANYA NAJIB

Blog ini pada 25 November lalu ada menulis mengenai Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin, sekiranya tidak dipecat atau digantung keahliannya, kemungkinan besar akan turut dihalang daripada berucap pada majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Disember ini.

Kebarangkalian itu dilontarkan berikutan keputusan MT UMNO pada 24 November yang memutuskan Muhyiddin tidak merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri adalah semata-mata kerana Najib tidak mahu memberi ruang sama sekali kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyampaikan sebarang ucapannya.

Dengan melarang berucap merasmikan perhimpunan sayap-sayap, Najib dipercayai akan terus menutup semua peluang yang boleh memperlihatkan Muhyiddin mampu menonjolkan dirinya.

Ini adalah tradisi yang pertama kali dilanggari oleh UMNO dan ia hanya berlaku di bawah kepimpinan Najib Razak yang sering mendakwa beliau merupakan Pahlawan Bugis yang tidak takut berdepan apa juga cabaran, waima sehingga bumi berkeling dua sekali pun.

Dan kini Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor mula membayangkan ketidakperluan Muhyiddin berucap di majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini dengan alasan tiada peruntukan dalam perlembagaan parti seorang timbalan presiden harus berbuat demikian seperti kelazimannya.

Bagi saya Presiden UMNO seorang saja berucap sudah memadai, bagaimanapun terpulanglah kepada Najib dan MT memutuskannya, ujar Ku Nan semalam.

Tidak diraguikan lagi bahawa oleh kerana Ku Nan adalah "mulut kanan" kepada Presiden UMNO dalam hal-hal berkaitan perjalanan parti, tujuan dan kecenderungan beliau tidak lain ialah untuk membiarkan hanya Najib seorang saja yang berucap dalam perhimpunan kali ini.
Jika ini berlaku, bermakna sekali lagi tradisi UMNO, bukan saja dilanggari, tetapi juga telah dihancurkan semata-mata untuk melindungi seorang individu.

Kiranya hanya Presiden UMNO seorang yang berucap dalam majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, ia bukan saja menjadi acara perhimpunan tahunan parti yang paling membosankan kerana asyik-asyik Najib saja yang bercakap, bahkan semakin benarlah tanggapan Tun Mahathir Mohamad bahawa UMNO kini sudah menjadi parti Najib.

Di majlis perasmian Najib berucap, di sepanjang perbahasan puji-pujian serta sanjungan terhadap Najib sudah tentu lebih banyak akan berkumandang dan dia acara penggulungan sekali lagi hanya Najib saja yang berucap. 

Semuanya dilakukan hanya kerana ingin melindungi serta untuk kepentingan Najib sahaja dan bukan untuk kebaikan parti.

Akhirnya, oleh hanya Najib yang terlalu ingin dilindungi, bukan saja Muhyiddin yang dlarangnya berucap, bahkan semua pemimpin lain seolah-olah turut sama dilarang memberikan ucapan dan memberi ulasan terhadap hujah-hujah para perwakilan.

Tentu saja yang paling kecewa dalam hal ini ialah Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau juga tidak dapat menonjolkan diri, keupayaan dan ketrampilannya bersama jawatan barunya itu.

Tidakkah ini menunjukkan UMNO semakin sah menjadi parti Najib dengan taktifan baru - United Mohd Najib Organisation atau Untuk Mohd Najib Only? (SH 01/12/2015).

14 comments:

  1. Ucapan ni old fashion. Yang nak lapor pun nst, utusan, tv3, rtm, semua media yang tengah merudum. Orang umno 3 juta, circulation utusan cute mute, maknanya orang umno sendiri tak baca dah. Media social sekarang ni dah pun jadi mainstream. So, TSMY, what are you going to do? You actually dont have a problem to reach out to your party members, and to the general public.

    ReplyDelete
  2. Kalaulah Tun Mahathir datang dan berucap di luar dewan PWTC sahaja. Orang orang yang dalam dewan tu habis akan keluar untuk mendengar ucapan Tun Mahathir.

    Jadi Najib dan Adnan Mansor aka Ular Sawa UMNO, Keruak, Rahman Dahlan serta penjilat Najib jangan TEMBERANGLAH

    UMNO ni bukan bapak kau orang yang punya

    ReplyDelete
  3. Tunggu je lah c putaralam membuat pusingan u...nak tanya Jemputan kat tun dah kirim ke?

    ReplyDelete
  4. Macam ini lebih baik hapuskan jawatan Timbalan Presiden.

    Tak kan ahli UMNO tidak tahu apa peranan dan tanggung-jawab Timbalan Presiden.?

    Adakah dalam perlembangaan memperuntukan 'hanya Presiden sahaja yang boleh berucap' ?

    Perlembangaan jenis apa yang perlu peruntukan seperti ini ? Bukan kah ini semua terpulang kepada Pengurusi Mesyuarat ?

    Apa yang dapat di capai oleh PAU dengan cara begini? Tak lain tak bukan menunjukkan satu ciptaan Tuhan yang tidak ada emosi dan akal fikiran.

    ReplyDelete
  5. Ada sebab pepatah 'Biar mati anak, jangan mati adat'.

    Matinya anak, dia mati sorang. Tapi kalau adat mati, semua nya mati.

    ReplyDelete
  6. MANUSIA hanya boleh ingat sesuatu yang diucapkan dalam tenpoh 45 minit saja. Kalau ucapan lebih panjang dari itu maka ia akan masuk satu telinga dan keluar telinga satu lagi. Ini bermakna sesi ucapan mana-mana majilis akan jadi hambar bukan semata-mata kerana kandungannya tetapi kerana terlalu ramai dan terlalu panjang ucapannya.

    ReplyDelete
  7. Biar lah najib nak buat apa kat umno....kita yg di luar dah tolak umno .umno nak hancur ke atau nak lingkup ke. ..itu doa kita telah hampir dikabulkan olih tuhan.umno perosak bangsa dan agama. ...lingkup umno ada kami kisah....kami rakyat mahu kerajaan adil,telus,bertunjangkan rakyat bukan untuk perut macam najib,nafsu bukan macam najib dan bininya... tolak umno

    ReplyDelete
  8. Biar lah najib nak buat apa kat umno....kita yg di luar dah tolak umno .umno nak hancur ke atau nak lingkup ke. ..itu doa kita telah hampir dikabulkan olih tuhan.umno perosak bangsa dan agama. ...lingkup umno ada kami kisah....kami rakyat mahu kerajaan adil,telus,bertunjangkan rakyat bukan untuk perut macam najib,nafsu bukan macam najib dan bininya... tolak umno

    ReplyDelete
  9. Bukan umno je saya benci dengar nama najib dan k nan saya meluat betulah kata tun dan shah pun dah beri nama baru parti umno tu

    ReplyDelete
  10. Bukan umno je saya benci dengar nama najib dan k nan saya meluat betulah kata tun dan shah pun dah beri nama baru parti umno tu

    ReplyDelete
  11. Presiden Umno jadi syok sendiri pasal terjangkit penyakit Presideng PAS..biarkan..biarkan..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Aku xkisah sapa yg berucap. Dah lama aku x tengok atau ikuti PAU. Akhbar pun dah x beli. Tak mendatangkan faedah. Good bye umno

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...