Friday 11 December 2015

DALAM MEMBELIT DAN BERBELIT-BELIT, JANGAN SAMPAI TERBELIT DIRI SENDIRI...

Sejak kecil kita selalu diingatkan agar sentiasa bercakap benar dan jangan sesekali cuba berbohong kerana kebenaran, walau bagaimana sekali pun cuba diselindung atau dibelitkan, tetap akan muncul akhirnya.

Dalam masa yang sama, kita juga selalu diingatkan bahawa orang yang berbohong mudah dikenali kerana jawapannya akan kelihatan berbeza-beza meskipun soalan yang ditanya adalah sama.

Orang yang banyak pengalaman berbohong atau kena bohong pula sering mengingatkan, apabila kita mula berbohong buat kali pertama, kita akan berbohong lagi buat kali kedua apabila pembohongan pertama tadi mula disedari kebenarannya atau tidak lagi menimbulkan kepercayaan.

Akibatnya, bohong kedua cuba ditutup dengan bohong ketiga dan seterusnya demi seterusnya sehingga akhirnya hidup dalam pembohongan sepanjang masa.

Para peguam pula selalu mengingatkan orang yang diwakilinya agar jangan sesekali cuba berbohong dalam memberi keterangan kerana ia akan membinasa diri serta lebih mungkin menghumban ke penjara kesudahannya.

Hakikatnya, dalam bentuk dan cara bagaimana sekali pun, pembohongan tidak akan kekal lama. Ia sama ada akan terbongkar atau disedari ramai akhirnya.

Dalam isu derma RM2,600 juta yang diterima Najib, dengan mengenepikan semua perkara lain seperti siapa nama penderma, apa kegunaannya atau di mana bakinya, sebaliknya untuk mengesahkan jumlah pendermanya sama seorang atau lebih pun nampaknya seolah-olah begitu ketara adanya ciri-ciri tidak bercakap benar itu.

Itu belum dikira lagi jawapan awal Najib yang mengatakannya sebagai fitnah, konspirasi, mahu mengambil tindakan undang-undang, malah memberi logik "kalau saya nak menyamun, takkan saya masukkan dalam akaun peribadi".

Dengan beberapa jawapan yang berbeza-beza, ramai yang mula teringat kepada pesan orang tua-tua mengenai perbuatan berbohong itu. Kalau seorang yang menderma, sepatutnya dari awal hingga akhir itulah jawapannya. Begitu juga kalau lebih daripada seorang, daripada awal lagi diberitahu sebegitu.

Kenapa susah sangat membezakan antara angka 1 dengan 2,3,4 dan sebagainya?

Pada peringkat awal, baik Najib Razak, Zahid Hamidi mahu pun lain-lain pemimpin UMNO yang mahu mempertahankan penerimaan wang itu, mereka seringkali membayangkan pendermanya hanya melibatkan seorang individu daripada Timur Tengah saja.

Malah Zahid Hamidi, tidak lama selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Seri Gading pada 22 Ogos lalu turut mengesahkan telah menemui wakil keluarga penderma terbabit yang merupakan ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanahnya.

Tetapi dua hari lalu Zahid mengatakan pula, penderma itu  bukan merupakan individu, sebaliknya mengatakan ia merujuk kepada pimpinan sebuah kerajaan.

Mula-mula didakwa individu, tetapi oleh kerana barangkali menyedari tidak mungkin ada Pak Arab kaya yang sanggup menderma sebanyak itu, maka ia kemudian dialih pula mewakili sebuah kerajaan.

Apabila Tun Mahathir berulangkali menyatakan kebanyakan negara Arab adalah kedekut berdasarkan pengalamanya meminta derma, termasuk untuk membina UIA, malah ada yang membalasnya dengan memberi kitab sahaja, jawapan seterusnya bahawa penderma dikatakan lebih daripada seorang pula.

Zahid dengan selamba mengatakan pendermanya adalah lebih daripada seorang.

Begitu juga dengan Najib, dengan mula-mula mengatakan penderma adalah seorang yang murah hati mahu melihat UMNO terus menang pilihanraya, namun dalam majlis taklimat presiden  baru-baru ini beliau ada menyebut derma itu diterima daripada kabilah-kabilah di Timur Tengah.

Dalam interbiu dengan beberapa media sejak dua tiga hari lalu sempena Perhimpunan Agung UMNO, Najib juga lebih kerap menyebut penderma-penderma dan bukannya penderma lagi.

Maknanya, Najib dan Zahid sudah ke arah mahu meyakinkan bahawa penderma wang itu ialah lebih daripada seorang.

Bagaimanapun, SPRM yang telah pergi Timur Tengah untuk menyiasat dan mengambil keterangan mengenai wang itu mengesahkan hanya menemui penderma tunggal saja dan bukannya lebih daripada seorang saja.

Kata-kata siapa yang mahu kita terima pakai sebenarnya? Najib dan Zahid Hamidi sebagai orang politik atau SPRM yang bekerja berdasarkan fakta?

Jika Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin keliru mengenai jumlah penderma, ia mungkin boleh diterima, tetapi tentulah pelik bin ajaib apabila Najib yang menerima duit pun tidak dapat memberi jawapan yang konsisten mengenai jumlah orang yang memasukkan duit ke dalam akaunnya.

Dalam hal ini Bank Negara tentu dapat mengesahkan sama ada wang yang diterima Najib itu dimasukkan melalui satu pemindahan saja atau lebih daripada itu. Jika banyak pemindahan yang berlaku dan sumbernya berlainan, barangkali boleh diterima jika ia diberikan oleh lebih daripada seorang.

Tetapi, bagaimana jika hanya ada satu pemindahan saja yang berlaku? Atau kalau lebih daripada satu pemindahan wang yang berlaku, sumbernya pula tetap sama?

Adakah jawapan yang berbeza-beza ini menampakkan pembohongan mungkin sudah berlaku sejak awal lagi?

Cumanya, berdasarkan pesan orang tua-tua juga, berbohong sikit-sikit atau melakukannya sekali dua kadangkala memang menyeronokkan, tetapi pembohongan tidak pernah kekal lama, malah ramai yang terbelit di pertengahan jalan lagi. 

Ia ibarat bermain dengan tali - boleh membelit, berbelit-belit dan juga terbelit. (SH 11/12/2015).

29 comments:

  1. Ciri2 munafik semakin terserlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduknya mereka di neraka tingkat bawah sekali......abe aji PAS nok sekokol ngan mereko koo

      ngok nii doh padai takbir doh

      Delete
    2. Hehehe...semua orang islam boleh bertakbir...takbir tak melambangkan parti...takbir untuk semua umat islam... :-)

      Delete
    3. ISIS pong takbir sebelum letup diri dang tembok oran.....ada paham kaa!

      Delete
    4. Dari PAS ke ISIS pulak? Oklah...Takbir untuk semua umat islam...takbir bukan melambangkan parti dan apa2 kumpulan Islam...takbir untuk semua umat islam... sama2 kita bertakbir memuji kebesaran Allah... :-)

      Delete

  2. Dalam kes Anwar, semuanya dalam kawalan musuh Anwar. Semua bukti dan waktu boleh di adjust ikut skrip. Itu pun ada masanya terbelit-belit dan membelit-belit. Ini kan pulak melibatkan penderma Arab, lagi lah berbelit dan membelit.

    Yang bagus nya, kes Anwar di adili oleh Hakim yang menjalankan perintah. Tapi kes RM2.6 b di bicara oleh mahkamah terbuka dan hakim nya ialah rakyat. Rakyat Hakim Negara. Keputusan nya ia lah pada pru akan datang.

    Begitupun sekiranya dibicara dalam mahkamah mengikut undang-undang, sama lah dengan kes liwat 2 dimana dubur mangsa tidak ada tanda kemasukan benda keras dan kemudian terdapat 3 atau 4 jenis air dalam dubur. Dan akhir nya Anwar tetap ke penjara dan kini hampir se tahun.

    Entah kenapa kali ini Najib jadi bodoh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1250. Anuwar tu laki kau ker?

      Delete
    2. Mana-mana pemimpin yang lemah seperti Hj Hadi dan Muhyiddin memerlukan Anwar samada untuk kepentingan peribadi atau memang ikhlas untuk menegakkan kebenaran.

      Pandangan dan kata-kata Anwar mengenai politik semasa akan menakutkan Najib. Najib akan memerlukan Muhyiddin untuk menghadapi Anwar seperti mana Najb memerlukan Hj Hadi.

      Beribu orang akan datang mendengar penjelasan dan kata-kata Anwar. Cukup sekali sahaja Muhyiddin jumpa Anwar...

      Delete
    3. Canon 17 26

      Dalam hening pagi ini menjelang nya subuh Anwar sedang bersujud ... MengEsakan Tuhannya...

      Delete
  3. SPRM perlu mengambil keterangan sekali lagi dari Najib.

    Dan kali ini syorkan kepada parlimen supaya Najib terpaksa di beri cuti.

    ReplyDelete
  4. Kenapala binggung sangat Saleh Keruak ni. Nak salahkan Tun kalau BN kalah dalam pru nanti. Saya sungguh-sungguh meluat lihat menteri bodo macam ini. Tak ada rasa malu Dan hormat langsung pada Tun yang banyak berjasa pada negara. Cermin la diri sendiri dulu. Senator jadi menteri yang buat kenyataan bodo-bodo. Kalau nak balas budi orang yang lantik pun, janganlah sampai orang kata menteri umno bodo Dan punca sebenar UMNO berkubur dan BN kalah teruk nanti.
    Puih !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak petik sikit ucapan wakil p.pinang ni..

      “Tak payah pertikai mana dia nak dapat duit, dia nak ambil duit dekat dunia mana pun biarkan, janji dia jaga kita, tak payah cerita 1MDB atau RM2.6 bilion lagi, cemuih dengar..Presiden cari duit, kita nak pertikai pasal apa?.. "

      Soalan yang terfikir ialah berapa banyak RM yang Najib bagi orang tua ni..



      Memanglah cemuih dengar pasal 1mdb tapi kita kena lihat hakikatnya. Berpijaklah dibumi nyata. Sejak Najib jadi PM, apa yang dia buat until rakyat, selain Dari menyusahkan rakyat dengan pelbagai cukai.
      Rakyat biasa tak peduli sangat pun pada isu 1mdb, tapi apabila isu ini Dan isu derma yang masuk akaun Najib yang tidak ketahuan mana perginya kemudian rakyat pula dibebani cukai tentu saja orang mula terfikir.

      Orang tua ni kata tak payah pertikai mana presiden dapat duit, asal dia jaga kita..

      Memanglah dia akan jaga Dan "beli" orang yang macam ini. Yang tak ada maruah diri. Rakyat yang sebenarnya dah "cemuih" dengan pemimpin UMNO yang macam ini. Rakyat dibelenggu kesempitan hidup tapi mereka hidup mewah kerana dijaga oleh presiden.
      Apa kata kalau benar duit derma itu adalah sebenarnya duit CURI. Apakah kalian sanggup juga pejamkan mata , pejamkan telinga cuma kerana dapat habuan dijaga presiden.
      Lu pikir la sendiri ... itupun kalau otak lu masih boleh pikir.

      Delete
    2. pak cik tu byk makan kas-kas tu,..sbb tu otak dia x jalan,...dia bangga la anak cucu dia hidup susah,..janji maruah presiden terjaga,...kena tipu ka,..kena gadai ka,..apa dia kesah,...kalo dia kena jual jadi hamba pun dia dok bangga lagi,...-kita bagi dia harga 6 setengah darham,...mari2,...mari2,...6 setengah,...6 setengah,..

      Delete
    3. Betul tu bah.. Orang kedah kata bodoh piang menteri ni.

      Delete
  5. Pencuri dtg sekali dgn penipu selalunya...najib dgn zahid takde beza.

    ReplyDelete
  6. Shah najib boleh bodohkan rakyat dgn macam2 alasan tapi dia tak boleh tipu dirinya sendiri dan tak boleh menipu allah balasan akan sampai

    ReplyDelete
  7. Shah najib boleh bodohkan rakyat dgn macam2 alasan tapi dia tak boleh tipu dirinya sendiri dan tak boleh menipu allah balasan akan sampai

    ReplyDelete
  8. Please conduct a Vote. How many think that Najib is lying and how many think he is telling the truth.
    No need to go back to: Port Dickson, Paris, Anwar, ALtantuya...just focus on 2.6 billion.
    A serial liar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. don't waste time maa....
      there are two kind of people in ungok
      ego; shame to admit they are wrong
      stupid; unable to differentiate between right and wrong

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Sayang tak dpt tgk sorang demi sorang naik pentas memuji dan mengampu najib. Apa dah jadi manusia atau lebih tepat lembu2 dalam umno ni?
    Tiap hari dgr brg itu dan ini naik....tapi masih dok puji najib dan kepimpinan nya....sama ada tiada otak atau tiada hati atau kedua dua sekali!

    ReplyDelete
  11. 15.40
    LAMAN BERBICARA MENGENAI NAJIB DAN ZAHID. MENGAAPA CERITA PASAL MENANG LOTERI?

    ReplyDelete
  12. Ada sapa2 boleh compile dak video depa dok bohong ni. Post dalam blog, YouTube Facebook dsbnya. Viralkan. So rakyat boleh tengok putaq belit depa.

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya PM langsung tidak menyangka yg rakyat M'sia akan dapat tahu RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya. Jika WSJ tidak buat pendedahan mengenainya rasanya memang kita, termasuklah Timb PM, Menteri2 Kabinet dan MT UMNO, tidak akan mengetahuinya.

    Semua pendedahan adalah takdir dan atas kehendak Allah SWT. Akhirnya, Kemungkaran takkan dapat mengatasi kebenaran. Penjenayah dan penyokong2nya tetap akan menerima pembalasan sewajarnya, kerana ada kuasa di dunia mungkin terlepas, tetapi di akhirat.....!

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya PM langsung tidak menyangka yg rakyat M'sia akan dapat tahu RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya. Jika WSJ tidak buat pendedahan mengenainya rasanya memang kita, termasuklah Timb PM, Menteri2 Kabinet dan MT UMNO, tidak akan mengetahuinya.

    Semua pendedahan adalah takdir dan atas kehendak Allah SWT. Akhirnya, Kemungkaran takkan dapat mengatasi kebenaran. Penjenayah dan penyokong2nya tetap akan menerima pembalasan sewajarnya, kerana ada kuasa di dunia mungkin terlepas, tetapi di akhirat.....!

    ReplyDelete
  15. Tanya Ahmad Maslan, ada berapa orang penderma sebenarnya? Tentu Si Ahmad ni boleh memberi jawapan yang lebih menarik.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...