Thursday 31 December 2015

HADIAH AKHIR TAHUN UNTUK MALAYSIA

Tidak ada perkara yang lebih "membanggakan"  yang boleh dianggap sebagai "hadiah berharga" di hujung tahun kepada negara apabila Malaysia diumumkan memenangi tempat ketiga dalam kategori "skandal rasuah paling teruk"  di dunia bagi 2015.

Barangkali inilah pertama kali Malaysia berada di kedudukan "terbaik" itu dan sekaligus menjadikan tahun 2015 meninggalkan memori paling hitam bagi kita semua.

Ini juga membuatkan kedatangan tahun 2016 sebagai penuh cabaran sama ada kita mampu memulihkannya atau menjadikan tahun-tahun mendatang lebih teruk lagi keadaannya.

Dalam penilaian yang dilakukan oleh foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company, Malaysia dinilai berada di tempat ketiga di belakang FIFA, persatuan bolasepak dunia yang banyak terpalit dengan rasuah dan sebuah negara di benua Afrika iaitu Nigeria.

Seterusnya Honduras dan Guatemala berada di kedudukan keempat manakala hakim-hakim di Ghana dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB berada di kedudukan kelima dan keenam.

Menurut laporan itu, Presiden AS Barack Obama berada dalam kedudukan amat janggal apabila melawat Malaysia baru-baru ini berikutan laporan yang mengaitkan Najib dengan kemasukan wang berjumlah RM2,600 juta ke dalam akaun peribadinya.

Dengan itu, bolehlah  difahami bahawa meskipun wang tersebut ditakrifkan sebagai derma oleh SPRM, tetapi masyarakat antarabangsa tetap sukar menerimanya.

Mereka lebih cenderung melihatnya sebagai satu bentuk rasuah yang  akhirnya menyumbang kepada "markah yang lumayan"  sehingga Malaysia berjaya memperolehi tempat ketiga sebagai negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk"  di dunia.

Dalam persidangan anti rasuah antabangsa atau IACC di Kuala Lumpur, September lalu yang enggan dihadiri oleh Najib kerana takut berdepan dengan pertanyaan antarabangsa mengenai wang tersebut, beberapa wakil yang hadir secara terbuka mengatakan duit sebanyak RM2,600 juta itu mempunyai semua ciri-ciri yang boleh dikaitkan dengan rasuah.

Dengan kejayaan meraih tempat ketiga itu, ia bukan saja suatu sejarah kerana negara tidak pernah mendapat "tempat sebaik"  itu sebelum ini atau dalam mana-mana kepimpinan terdahulu, malah barangkali menjadikan Malaysia negara Islam pertama disenaraikan  sebagai antara "pemenang teratas"  yang mengaibkan itu.

Mujurlah foreignpolicy.com tidak membuat penilaian berdasarkan kategori individu, sekiranya ada, siapakah agaknya antara pemenangnya?

Apakah sekali lagi  Malaysia ada wakilnya juga? (SH 31/12/2015).

27 comments:

  1. Alhamdulillah.. syukurlah negara kita aman kerana semua nikmat ini hanya dapat diberi oleh UMNO hatta sebutir nasi sekalipun. Ini cakap2 Najib dan menteri2 UMNO sendiri yg sudah berlagak seperti tuhan sejak 10 tahun terakhir pemerintahan Tun Mahathir lagi.

    Saya sendiri pernah berdepan secara live dgn beberapa pemimpin UMNO dan pendokongnya bercakap demikian..

    Apa kita boleh buat. Rakyat kita jenis cincai2.. dapat pemimpin pun buat kerja dan cakap2 pun cincai2 jugak la. Kalo kita negara maju.. dpt pemimpin mcm ni.. rasanya kepala dia akan ganti bendera Malaysia di Tugu Negara atau tiang bendera Dataran Merdeka. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. We are the champion my friend.... We will be fighting till the end.... We are the Champion!!!!! We are the Champion.!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbilion-bilion tahniah diucapkan kepada PM kita kerana menjadikan Malaysia yang ketiga teratas di dunia.

      Delete
  3. Terima kasih najib

    Yang ikhlas
    Rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  4. But we - you know who I mean of course - shall continue to tell the world that "we are the model country" for the developing countries and the so called Islamic World! Shameful! Perasan! Syok Sendiri-Sendiri... I want to puke all over...

    Now, are we going to see in a few days as a result of investigations done by authorities inside Malaysia that there is nothing wrong with anyone associated with the 1MDB? In short, no one is guilty of anything and the 1MDB is all kosher from day one? And yet soon the investigating authorities from countries overseas shall find the opposite - and warrant of arrests will be issued for some individuals which would mean that once they step into the concerned countries they will surely get what they deserve...

    So, let the show begins... with the new year of 2016.

    ReplyDelete
  5. Najib dan Rosmah berada di luar negara.

    Batalkan paspot mereka berdua dan di tarik kerakyatan mereka.

    Insya allah Malaysia selamat.

    ReplyDelete
  6. SYABAS PM MALAYSIA! HIDUP NAJIB! HIDUP RASUAH! HIDUP "CASH IS KING"! U ARE THE BEST. MUGA PENJAWAT AWAM MELADANI U! DAPAT DUIT DAN DERMA, MASUK AKAUN SENDIRI! KEPIMPINAN MELALUI TELADAN!

    UEKKK...NAK MUNTAH AKU PUNYA PM BERNAMA NAJIB NI!!!

    ReplyDelete
  7. MALAYSIA negara ISLAM.
    RASUAH tempat ketiga tertinggi.
    MENTERI AGAMA MENTERI ISLAM, MUFTI NEGERI TAK RASA BERSALAHKAH.
    UGAMA DIKETEPIKAN.... DAN KITA KELIHATAN AMALKAN BUDAYA SYAITAN "CASH IS KING"
    Perasaan MALU yang dituntut olih ISLAM diketepikan.
    PANGKAT DAN HARTA JADI BURUAN.....
    .

    ReplyDelete
  8. Foreignpolicy.com - sebuah bahagian di bawah Washington Post Company mengaitkan FIFA lebih rasuah dari Malaysia.Patut le Sepp Blatter dan Michel Platini letak jawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pa la, Step Blatter & M.Paltini (yg kafir tu) reti-reti juga letak jawatan.

      Yang sorang tu macam mana ? Yang lebih jijiknya lebih ramai penjilat yang mucul....

      Delete
  9. Woww!!!!!
    Hebatnya pencapaian 1Malaysia di bawah pimpinan Amirul Mukminin Daeng Mappudulung Kerewang Sonrobone dan Tuanku Puti Rhino kita. Berjaya juga naik podium tempat ke-tiga. Tahun depan kalau naik podium no. 1, lagi hebat tu...
    Harap kerajaan calonkan khalifah kita atau pembesarnya untuk Hadiah Nobel supaya kita 1Malaysia lebih dikenali, dihormati dan digeruni oleh negara lain. Wowww!!!!!

    ReplyDelete
  10. Tahniah tahniah kpd Pm akhirnya Malaysia mendapat temnpat ke3 peringkat dunia kerana juara rasuah aku bersyukur dan bangga menjadi rakyat malaysia kalau ada menteri bangang tentu berkata PM dahulu tak pandai mencipta nama diperingkat dunia maaf Tun kenapa 22thn jadi PM tak buat apa2 untuk Malaysia akhirnya alangkah malunya kita nak mengaku rakyat Malaysia dgn title baru ni kesian ya allah ampunilah kami

    ReplyDelete
  11. Tahniah tahniah kpd Pm akhirnya Malaysia mendapat temnpat ke3 peringkat dunia kerana juara rasuah aku bersyukur dan bangga menjadi rakyat malaysia kalau ada menteri bangang tentu berkata PM dahulu tak pandai mencipta nama diperingkat dunia maaf Tun kenapa 22thn jadi PM tak buat apa2 untuk Malaysia akhirnya alangkah malunya kita nak mengaku rakyat Malaysia dgn title baru ni kesian ya allah ampunilah kami

    ReplyDelete
  12. Kalau "Mahathir" tak bising dan kacau hari tu, dah tentu Malaysia ranking no. 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Tepat sekali bro. Sbab tu lh kita dgr pembodek2 marah. Tungkus lumus mereka songlap kiri kanan atas bawah, tungang terbalik rule of law jadi rule of hutan. Kecewa kesemua ahli komponem BN cuma mendapat tempat ketiga. Kepada yg mengundi BN jgn lupa kita anugerahkan tempat pertama yg paling bodoh di Malaysia. Munkin ada yg makan nasi putih sja sekarang.hemm

      Delete
    2. Yes. Tepat sekali bro. Sbab tu lh kita dgr pembodek2 marah. Tungkus lumus mereka songlap kiri kanan atas bawah, tungang terbalik rule of law jadi rule of hutan. Kecewa kesemua ahli komponem BN cuma mendapat tempat ketiga. Kepada yg mengundi BN jgn lupa kita anugerahkan tempat pertama yg paling bodoh di Malaysia. Munkin ada yg makan nasi putih sja sekarang.hemm

      Delete
  13. Saya bangga, setinggi-tinggi tahniah dan ber"billion" terima kasih buat ahli Kabinet, Ketua-Ketua Bahagian, KEBAB, AtG, Pe eM Oh dan rakan-rakan.

    Tanpa sokongan anda, pasti kita tidak akan dapat mencapai ranking yang begitu membanggakan ini!!

    Anda adalah yang terbaik, peranan dan sumbangan anda semua pasti dikenang hingga ke anak cucu!

    I LOVE PM

    ReplyDelete
  14. Kejayaan ini tidak mungkin di kecapi tanpa kehebatan Najib kerana di bandingkan dengan FIFA ia nya melibatkan dua individu dan
    negara seperti Nigeria, Honduras dan Guatemala, rasuah nya melibatkan ramai pihak berkuasa. Rasuah negara kita hanya melibatkan orang nombor satu dan ianya terus ke akaun sendiri dengan sekali kaut berbillion-billion.

    Teruskan usaha di tahun 2016 untuk mendapatkan lebih 'derma' dan juga terus pertahankan menjadi satu-satu nya individu di dunia yang mempunyai rekod paling mengkagumkan.

    SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MALAYSIA TERCINTA.

    ReplyDelete
  15. Moga moga perintis Cash is King di Malaysia mampos cepat. Kalau tak negara yang mampos. Jom ramai ramai doa agar Mr Cash is King kojol secepatnya. Lagi cepat dia mampos lagi baik untuk Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 02.17,
      Jgn doakan orang cepat mampos,marilah kita doa kan beliau bertaubat akan kesilapan beliau dan berundur dgn segera pada tahun baru ini.

      Delete
    2. Anon 02.17,
      Jgn doakan orang cepat mampos,marilah kita doa kan beliau bertaubat akan kesilapan beliau dan berundur dgn segera pada tahun baru ini.

      Delete
  16. Insya Allah PM akan mendapat penasihat yg terdiri dari pemimpin2 Parti Ulama bermula 1.1.2016.

    Stay tune....::}}

    ReplyDelete
  17. Sya tdk tahu samada mau ketawa atau menangis atau muntah atau marah atau kesian atau ikut caci kepada pada orang orang yang di caci dan dihina setiap hari oleh rakyat.. Macam manakah mereka mahu mengharungi hidup setiap hari, beranikah sembahyang setiap hari kecuali mereka tdk mempunyai perasaan. Ada duit pun susah kalau duit tu tdk sah. Adakah pernah terlintas di kepala hotak mereka semasa mereka kecil yg mereka akan di kutuk rakyat marhaen bila mereka dewasa nanti. Ai ai ai.berdiri bulu romah ni.yi geli geli.

    ReplyDelete
  18. Sya tdk tahu samada mau ketawa atau menangis atau muntah atau marah atau kesian atau ikut caci kepada pada orang orang yang di caci dan dihina setiap hari oleh rakyat.. Macam manakah mereka mahu mengharungi hidup setiap hari, beranikah sembahyang setiap hari kecuali mereka tdk mempunyai perasaan. Ada duit pun susah kalau duit tu tdk sah. Adakah pernah terlintas di kepala hotak mereka semasa mereka kecil yg mereka akan di kutuk rakyat marhaen bila mereka dewasa nanti. Ai ai ai.berdiri bulu romah ni.yi geli geli.

    ReplyDelete
  19. Can someone tell me bodek minister and bodek blogger of the year 2015 goes to whom. There are so many of them.

    ReplyDelete
  20. Can someone tell me bodek minister and bodek blogger of the year 2015 goes to whom. There are so many of them.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...