Tuesday 15 December 2015

SELEPAS PAU 2015, PEMIMPIN UMNO TERUS MENGELUH TENTANG NAJIB


Ramai kawan-kawan dalam UMNO, sebaik saja berakhirnya Perhimpunan Agung 2015  ini bertanya, apa penyudahnya isu derma RM2,600 juta yang melibatkan Najib Razak selepas ini?

Apakah ia akan berterusan menjadi beban dan bualan atau akan dilupakan serta berakhir begitu saja?

Mereka membangkitkan pertanyaan itu kerana merasakan UMNO melalui perhimpunannya baru-baru ini nampaknya sudah dapat menerima dengan baik dan menyetujui perbuatan Najib itu, malah turut memberikan sokongan padu kepadanya untuk terus menerajui parti dan kerajaan sehingga pilihanraya akan datang.

Tetapi, di sebalik itu mereka tetap bimbang tentang penerimaan rakyat kepada UMNO dan Najib berkaitan wang derma itu. Kata mereka, ahli UMNO mungkin boleh melupakan isu derma itu, tetapi rakyat biasa barangkali akan terus memendam rasa sehingga ke peti undi.

Tidak kurang pemimpin UMNO peringkat bahagian dan cawangan yang berterus-terang mengatakan peluang BN tetap sukar dengan adanya isu derma yang melibatkan Najib itu.

Mereka mengakui bahawa walaupun Najib dilihat dapat mengukuhkan kedudukannya dalam parti, sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 akan datang, hakikatnya UMNO menjadi semakin lemah dan dicemuh di mana-mana kerana wang derma itu.

Dalam keadaan ini, pihak yang paling terbeban ialah pemimpin UMNO di peringkat akar umbi kerana mereka sendiri kadangkala tidak dapat menjelaskan atau berhujah mengenai tafsiran wang derma tersebut dalam ertikata yang sebenarnya, lebih-lebih lagi bila wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Lebih sukar mereka berhujah kerana Najib sendiri menafikan pada peringkat awalnya dan mengancam untuk menyaman akhbar perniagaan The Wall Street Journal yang mendedahkannya, kemudian tiba-tiba diikuti dengan penyingkiran Peguam Negara dan tekanan kepada SPRM yang sedang menjalankan siasatan.

Maknanya, berakhirnya perhimpunan UMNO baru-baru ini hanya memberi kegembiraan kepada Najib kerana dapat mengukuhkan lagi kedudukannya, tetapi tidak kepada pemimpin parti di peringkat bawahan dan pertengahan yang akan terus bergelut kesukaran dalam mempertahankan parti.

Semua pemimpin UMNO kini tiada pilihan selain terus memberi sokongan dan mempertahankan Najib kerana itulah kehendak perhimpunan baru-baru ini, walaupun beliau ternyata seorang pemimpin yang makin merudum dan dipertikaikan secara peribadi oleh majoriti rakyat.

Tidak seperti Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebelum-sebelum ini yang hanya dipersoal kerana kepimpinannya, Najib sebaliknya dipertikai kerana kedua-duanya sekali - kepimpinan dan perbuatan peribadi yang sukar diterima dan kemudian parti diminta menanggung bebannya.

Dengan berlabuhnya perhimpunan tahun ini menambahkan banyak lagi persoalan mengenai harapan kemenangan dalam pilihanraya akan datang dan bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Semunya tergantung dengan tidak ada sesiapa yang dapat memberi jawapan yang tepat dan pasti.

Lebih ramai yang yakin dengan kekalnya Najib dan keputusan perhimpunan terus memberi sokongan, bermakna semakin tipis harapan UMNO dan BN untuk mengekalkan kuasanya. 

Keyakinan mereka ialah kalau bukan Najib ditampuk kuasa, separuh beban UMNO dan BN dalam berhadapan dengan rakyat sudah dapat dikurangkan.

Perdamaian Najib dengan Muhyiddin juga dilihat tidak mampu menyumbang apa-apa dari segi menambahkan sokongan rakyat. Ia hanya memberi lebih keuntungan kepada Najib saja, bahkan jika berdamai lebih merosakkan reputasi Muhyiddin di mata rakyat.

Jika majoriti rakyat sekarang ini lebih merasakan Najib adalah "malapetaka" kepada negara, pemimpin akar umbi UMNO secara diam-diam pula merasakan beliau adalah "beban" yang semakin berat untuk digalas.

Makin Najib disokong dan dipertahankan oleh pemimpin atasan yang berjawatan dan berkepentingan atau melalui perhimpunan agung yang hanya diwakili oleh 12 perwakilan daripada setiap bahagian, pemimpin peringkat pertengahan dan bawahan ini semakin merasakan rapuhnya kedudukan UMNO di  kalangan rakyat. (SH 15/12/2015).

20 comments:

  1. Apa la ko ni Budin.. kedudukan UMNO kini semakin kukuh dan kuat.macam PAS jugak.. apa lagi kluaq PR..makin hensem berserban..

    Yg bawah, kukuh membodek dan kekal menjilat jubo taik pemimpin. Yg atas kukuh dan kuar menipu. Menipu adalah rukun agama UMNO. Membodek pula tiang agama. Menjilat jubo taik pimpinan adalah karamah dalam UMNO.

    Semoga parti UMNO haramjadah ni terus kekal releven menipu sehingga kiamat. Aaaameeeeeen..

    ReplyDelete
  2. Ini menunjukkan melayu umno yg hadiri PAU tu melayu haramjadah. Menyokong Nsjib yg jelas mengamalkan rasuah hanya dlaku olih setan n pengikut mereka. Jln ke neraka terbentang luas utk kaum ni.

    ReplyDelete
  3. Baguslah najib kekal dlm umno supaya mudah utk membuat pilihan dimasa hadapan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudahlah, bn/umno akan menang besar
      kerana melayu mudah digula-gulakan
      dan pengundi hantu bermaharajalela.
      kan najib kata "wang itu raja".
      kan mahathir kata "melayu mudah lupa".

      Delete
    2. Melayu tu dh tentu mak cik2 n pak cik2 dri felda, Banglasia..betul tu.. melayu mudah lupa. nnti dkat2 PRU adlah tu BR1M, sumbangn skotak biskut & milo serta angpau RM50 stiap seorg. Apa lagi yg mampu/patut kita buat? I'm tired of complaining I want changes.

      Delete
  4. UMNO skrg nie kalau lwn bolasepak bole jadi defender je la, foward x bole, kena attack je la...bila PR tanya isu RM2.67 billion trus UMNO jadi kayu, x bole jwb.

    ReplyDelete
  5. Firaun lagi kuat, akhirnya tersungkur juga.
    Kita tunggu, sejauh mana Najib boleh pergi.

    ReplyDelete
  6. Dalam umno pemimpin seperti najib yang dikendaki.maka bermatian pertahankannya.

    ReplyDelete
  7. Dalam umno pemimpin seperti najib yang dikendaki.maka bermatian pertahankannya.

    ReplyDelete
  8. Mcm malaysia main dengan arab 10-0....kita tunggu pru 14 .. bolih sumbat banyak gool.biar lah umno lemah dan layu dlm pelukan najib/rosmah.

    ReplyDelete
  9. Njib Akan Mati cpat mcm Bapak dia.. Strok or heart attack

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn bagi najib mati dulu. Nak tengok najib masuk mahkamah Dan penjara dulu. Baru best.

      Delete
  10. Mengimbas kembali sejarah dimana dalam pemerintahan najib bagitu banyak malapetaka dan bala yang terjadi.Tetapi masih tidak dipelajari olih ahli-ahli umno untuk menjadi benteng bagi membetulkan keaadan,sayang seribu kali sayang banyak yang telah dimandrumkan oleh yang berkuasa.Lihat/menkaji dari paparan SH yang lepas dimana singboard umno besar tumbang dan tersangkut diatas singboard pas yang kecil bolehlan kita umpamakan kedua-dua parti yang mewakili bangsa Melayu ini menuju jalan kehancuran disebsbkan oleh gelagat pemimpinya.Mula problem sendiri dikaitkan dengan umno dan sekarang ingin mengkaitkan dengan pas untuk menegekan benang basah.Berhati-hatilah dengan perancangan ini.

    ReplyDelete
  11. Shah kenapa nak pertahankan najib n umno sebagai ahli umno dan org melayu kita dapat apa masuk angin keluar asap ne yg kayaraya pemimpin umno jadi apa nak susah hati biarkan umno itu berkubur dan terkubur kita pun tak rugi apa2

    ReplyDelete
  12. Shah kenapa nak pertahankan najib n umno sebagai ahli umno dan org melayu kita dapat apa masuk angin keluar asap ne yg kayaraya pemimpin umno jadi apa nak susah hati biarkan umno itu berkubur dan terkubur kita pun tak rugi apa2

    ReplyDelete
  13. Mengeluh mana, depan atau belakang ? Kalau nak main belakang, sendiri main lagi baik. Inikah orang Umno ? Depan Presiden macam tikus. Belakang berwatak Lion King. Ataupon Mouse King ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut hari (masa PAU) tu balun la presiden cukup..ni dah abis PAU baru nak berbunyi risaukan masa depan parti dan rakyat konon..dasar pemimpin bapoook...akhirkata..melayu dibinasa melayu..kerana pemimpin dari akar umbi ke pucuk muda semuanya bapookk

      Delete
    2. Dalam UMNO tidak ada orang yang jadi api pemercik untuk nyalakan obor perjuangan demi kebenaran dan keadilan !

      Laungan Hidup Muhyiddin sekadar menguna batu basah untuk menghidupkan api. Laungan Hidup Mahathir sekadar menguna batu yang telah semakin nipis.

      Hidup Anwar ! obor perjuangan terus menyala sehingga ke hari ini .

      Delete
  14. Najib telah berjaya membuktikan dia seorang yang sangat-sangat jujur dan se orang pemimpin yang amanah. Najib telah menjadikan kata-kata Mahathir 'Kepimpinan Melalui Teladan' sebagai contoh kepada ahli UMNO dan penjawat awam.

    Sehebat-sehebat Mahathir yang jadi PM selama 22 tahun dan se kental-kental perjuangan Anwar Bin Ibrahin yang dua kali di penjara, di hina dan di zalimi, mereka berdua mebangkitkan isu derma ini bukan semata-mata kerana kesalahan Najib memasukkan duit tersebut ke dalam akaun nya tetapi kerana Mahathir dan Anwar Bin Ibrahin sendiri kurang yakin yang mereka mampu menjaga dan menguna duit tersebut seperti mana yang mampu di lakukan oleh Najib !

    Pemimpin seperti Najib hanya ada semasa zaman para sahabat !

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...