Tuesday 8 December 2015

SEKITAR PROGRAM BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI KELAB SULTAN SULAIMAN


Rasanya tidak perlu ditulis apa-apa lagi mengenai ucapan Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir Mohamad dalam perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi kerana barangkali ramai yang sudah membaca mengenainya dalam pelbagai portal  berita atau menontonnya secara live melalui Youtube.

Blog ini juga turut membawakan siaran secara langsung itu dan mereka yang ada kemudahan internet dapat menontonnya di mana-mana saja. Teks ucapan penuh Muhyiddin pula turut boleh dibaca di laman Facebook miliknya.

Untuk itu, sebelum ke mahkamah hari ini kerana bermulanya perbicaraan dalam kes saman ahli perniagaan, Deepak Jaikishan terhadap Sabbaruddin Chik dan saya berkenaan buku "Membongkar Skandal Deepak - Bank Rakyat Dari Isi Hati Sabbaruddin Chik", saya cuma ingin berkongsi dengan penjenguk blog ini sebahagian gambar-gambar dalam majlis tersebut yang sempat dirakamkan.

Dianggarkan tidak kurang 3 ribu orangramai hadir untuk memberi sokongan dan mendengar amanat Muhyiddin yang disekat daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini dan kehadiran sama Tun Mahathir memberi ucapan menambahmeriahkan lagi program malam tadi (SH 08/12/2015)

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu UMNO.

Muhyiddin ketika menyampaikan ucapannya.

Tun Mahathir juga turut berucap.

Abang Muhyiddin, Aziz Yassin dan Tamrin Ghafar.

Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq ditugaskan menjadi juruacara majlis.

Anina Saadudin juga hadir.

Khairuddin Abu Hassan yang pernah ditahan di bawah Sosma kerana 1MDB turut hadir sama.

Ayahanda Rani Kulop tidak ketinggalan hadir dan menjadi tarikan orangramai untuk bergambar dengannya.

Sebahagian suasana dalam dewan yang penuh sesak dengan orangramai.

Ramainya petugas media yang membuat liputan seolah-olah Perhimpunan Agung UMNO layaknya.

Pemandangah di kawasah luar dewan.

Skrin besar disediakan di luar dewan untuk kemudahan orangramai menontonnya.

19 comments:

  1. Umno yang ditubuhkan dlm tahun 1946 menjadi parti melayu yg mendapat sokongan majority melayu. Pada tahun 1988 Umno diharamkan dan tertubuh Umno(Baru), parti Mahathir. Dan sokong olih 46% melayu.

    Sekarang Umno(Baru) dh jadi Umno(Najib, sebuah parti yg dipimpin olih seorang yg rasuah dan disokong olih segala perasuah2 melayu..iaitu lebeh kurang 20-30% melayu termasuk yang tak sedar lagi iaity makcik dan pakcik Felda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cammana pakcik & makcik felda nak sokom hampa...

      hampa dok serang depa, tu yang depa pakat-pakat lari la...

      coba hampa dok terang ke depa, inasya Allah depa tak pakat-pakat lari...

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Assalam. Brape ramai yg menonton utiub Bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya 3.8% drp ahli UMNO dan 0.77% rakyat yang mengundi tidaklah memberi kesan kpd Lanun Bugis dan Pengampu dan Pembodek.

      Delete
    2. silap bro U kira untuk satu tiub ini saja sebenarnya ada banyak lagi blog blog yang buat live dan mereka ada penuntun tetap saya rasa kemunginan cecah 1 juta.

      Delete
    3. Sdr Roslan - Keseluruhan ada kemungkinan mencecah angka itu.

      Delete
  3. Jangan salahkan makcik & pakcik felda. Mereka rasa terhutang budi kepada Tun Razak. Sokong najib kerana ingat jasa Tun Razak. Macam Tun Mahathir juga. Cuma Tun Mahathir dan nampak dan sedar silap dia sokong najib. Makcik & pakcik felda pun akan nampak dan sedar juga nanti. Kena bagi tau depa, najib ni kes bapak borek anak togel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ini kes bapak borek anak kena control dek bini. Masa time Tun Razak, mana ada bini dia Toh Puan Rahah berkelakuan macam Rosmah.

      Najib nak resign, tapi Rosmah sekeh kepala dia dan suruh dia duk diam2. Tu lah beza Tun Razak ngan Najib.

      Delete
  4. Tapi ramai anak2 makcik2 Dan pakcik 2 felda dah tahu cerita sebenarnya dan penipuan2 yang dilakukan. Makcik 2 Dan pakcik2 pun ramai yang dah sedar.

    ReplyDelete
  5. Mendengar ucapan Tan Sri yang tidaklah begitu berkobar kobar,membuka cerita lama yang ramai telah mengetahui, tidak banyak pengharapan dari kami rakyat marhaen yang bukan ahli UMNO. Tan Sri tidak mencabar supaya Najib ditolak terus dan bukan untuk seketika saja sementara kes 1MDB dalan siasatan. Selagi dia PM selagi itulah tidak akan ada siasatan yang telus.Tan Sri sebut nanah dalam UMNO,masih tidak berani berkata yang benar,nama nama yang menjadi nanah dalam UMNO bukan berselindung disebalik perkataan dan body language saja. Pembodek dan pengampu dalam UMNO sepatutnya didedahkan.Lihat saja blok si keruak,belumpun berakhir majlis,Tan Sri telah mula dihentam.Tan Sri seharusnya lebih berani mengambil kepeimpinan UMNO yang telah nazak dimata rakyat Melayu yang bukan ahli dan juga ahli ahli akar umbi.Bagaimana nak mendapat sokongan anak muda yang mengharapkan Tan Sri sedangkan Tan Sri sendiri tidak berani atau mungkin tidak bersedia.Jikalau begitu biarlah UMNO/BN tidak lagi memerintah di PRU 14 nanti kerana mungkin ada orang yang lebih berani daripada Tan Sri sendiri.

    ReplyDelete
  6. Saya rasa TSMY seharusnya bersifat tegas dalam ucapan dan bukannya hanya bersifat defensif.

    Sebab gaya ucapan yang tegas, meyakinkan (bukan berapi-api) akan menarik minda pendengar dan hadirin. Lihat saja gaya ucapan Anwar Ibrahim, Nelson Mandela dan lain-lain politician dalam sejarah. Ucapan mereka boleh menarik ribuan penonton dan menaikkan bulu roma. Tapi TMSY semacam tidak ada ciri-ciri speaker tersebut. Selembut Mahatma Gandhi ada auranya menarik jutaan penduduk India.

    Bagi saya, sudah sampai sampai masanya minda sebahagian orang Melayu kena ubah dari bersifat defensif ke sifat kritikal walau pemimpin itu keturunan pejuang Melayu lama. Kata-kata "biar rasuah asal dia Melayu dan bukan Cina" adalah sangat merbahaya dan akhirnya menjatuhkan bangsa Melayu itu sendiri.

    Tidak guna bangga bangsa Melayu selagi ada virus diktator, virus rasuah, virus pengampu ada dalam saf kepimpinan Melayu.

    ReplyDelete

  7. Hidup Berkongsi...Hidup Yg INDAH
    Hidup Mem-BERI...Damai Di HATI
    Hidup Men CURI...Fitnah & RASUAH
    Tersiksa Merana...Mem BAKAR Diri

    ReplyDelete
  8. Tok Din....jangan takut jawatan hilang,maruah diri dan bangsa harus di perjuangkan.Nyawa umno pun dah x lama lagi hayat nya.Biar rakyat mengenang kamu sebagai pembela bukan sebagai perosak bangsa.Teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  9. Ternyata sangkaan saya awalnya meleset.. mcm En Budin harapkan.. jgn kurang 1000. Namun saya ke sana juga semalam.. walaupun skeptikal dgn kredibiliti Muhyiddin yg sudah jadi selipar buruk..rasanya lebih 3000.

    Yg mengecewakan ialah Muhyiddin ni mmg slow. Dan karisma pun kurang.. sbb lama dok bersenang lenang dlm UMNO 45 tahun bersama elaun berkepok2 jauh mengalahkan Presiden Yapeim dan Timbalannya itu ini..

    Setakat ucapan Muhyiddin tu.. boleh dikira terlalu awal.. seawal Presiden PKR Wan Azizah berucap awal pembabitan dlm politik 1998. Langsung saya x yakin.. Dgn mengambilkira masa, saya anggap Muhyiddin memerlukan 3 tahun juga utk tampil spt Wan Azizah sekarang.. bukan senang nak lari dr kepompong UMNO..

    ReplyDelete
  10. Shah tk kerana jutaan rakyat dpt menonton secara live ucapan TS n Tun jgn gundah walaupun yg datang tu sekitar 3000 org tetapi mereka ni datang dgn duit sendiri tidak di angkut dgn bas n di beri wang poket itulah dia pengorbanan yg tulin

    ReplyDelete
  11. Shah tk kerana jutaan rakyat dpt menonton secara live ucapan TS n Tun jgn gundah walaupun yg datang tu sekitar 3000 org tetapi mereka ni datang dgn duit sendiri tidak di angkut dgn bas n di beri wang poket itulah dia pengorbanan yg tulin

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...