Wednesday 2 December 2015

TUNGGUL PUN ADA BAHAYANYA

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin membayangkan dirinya hanya ibarat tunggul di atas pentas dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Disember ini berikutan sekatan berucap yang dikenakan terhadapnya.

Katanya, setelah tidak dibenarkan berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini, beliau juga dimaklumkan tidak akan terlibat dalam ucapan penggulungan nanti.

Saya jadi tunggul saja duduk di atas pentas, ujar bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi.

Dalam hal ini, dengan menjadikan Muhyiddin sebagai tunggul, bermakna Najib Razak  tidak cukup keberanian untuk memecat atau menyingkirkan terus Timbalan Presiden itu daripada UMNO.

Yang berani dilakukannya hanyalah setakat menanggalkan satu demi satu peranan Muhyiddin yang kemudian memperlihatkan seolah-olah beliau umpama tunggul saja di mata umum.

Muhyiddin tidak perlu gusar dengan keadaan dirinya yang menjadi umpama tunggul itu. Ini kerana tunggul biasanya berasal dari pokok atau kayu yang kuat dan kukuh saja, manakala yang rapuh dan tidak berapa kuat tidak mungkin berupaya menjadi tunggul.

Menjadi kebiasaan juga tunggul mempunyai hayat yang agak lama sebelum dapat dimusnahkan sama sekali.

Tetapi tidak sedikit, ketika menjadi tunggul, ia menyebabkan ramai orang tercucuk  lalu mengaduh kesakitan atau  berdarah kakinya.

Tidak kurang juga, disebabkan oleh tunggul, ramai yang tersepak dan akhirnya jatuh tertiarap ke tanah.

Oleh itu, jangan main-main dengan tunggul. (SH 02/11/2015)

12 comments:

  1. Inilah perbezaan antara Tun dengan najib. Sgt berbeza... Takut pada kekalahan, pada hal dh jd PM dh 6 tahun. Teruk btoi prangai...

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. si lembik mula hebahkan taring.. tak kemana Muhyiddin ooi.. hang jadi la selipar buruk UMNO.. selagi lemak melilit di kepala.. selagi tu la otak hang akan tetap lembik.. mana ada jati diri pun..

    Aqidah UMNO bukannya kebenaran.. mereka hanya sembah duit semata2.. siapa ada kuasa.. siapa ada duit.. maka dialah tuhan yg disembah.. sbb tu Najib suka disembah begini.. hilang kuasa.. tak dak sapa nak sembah lagi..

    tuhan pun UMNO x kenal.. memang perit nak terima hakikat ini.. pergi mereput la Muhyiddin tunggoi ooi.. hang mmg lembik.. sama lembik dgn ahli2 UMNO jugak.. cakap degar2.. habuk pun xde.. pantang dicabar?? Sembang boleh la..

    Time nak buat kerje.. mula suruh org sana sini.. mengkala duit...dia la yg kebas awal2 lagi.. dlm UMNO dan PAS.. dah xde org nak buat kerja.. sbb tu parti x jalan.. hanya gebang pong pang pong pang saja.. mujurla ada agensi kerajaan boleh dicucuk hidung mcm lembu sana sini.. kalo x.. mereput lama dah UMNO ni..

    ReplyDelete
    Replies

    1. Yang kamu ni 19.28 apa pulak?

      Tak gebang pang pung pang pung jugak?

      Langsung tak ada guna pun.

      Delete
  3. Anon 19.28.....lu punya cakap ata betui...itu budin manyak limbek.shekalang umno manyak busyuk oo

    ReplyDelete
  4. Jarang ada parti dapat kuasa memerintah lebih 50 tahun. Di India dan Jepun dan Indonesia sudah terbukti. Jadi, tidak perlu taksub sangat kekal UMNO sebab hampir maut. Tubuh parti baru, ada peluang pada PRU14 sertai Harapan ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  5. TSMY kena tumpu ke akar umbi.

    Cawangan2 dah mula bersuara, apa tunggu lagi, berilah semangat kpd mereka betul2.

    Hari ini kita buka gelanggang perjuangan, kita bakar semangat ahli2 di cawangan2.

    ReplyDelete
  6. Tunggul reput yg dimakan anai2 atau cendawan tumbuh hahahaha

    ReplyDelete
  7. 1928......kiranya pkrpan dap bole haraplaaa......pkr....ada tok gay.....pan ...ada mat sabu tin kosong......dap partt cina bukit ada lim guan eng yang lidah bercabang......lepas pilihanraya 14 pkrpan tutup kedai...tak laku sebab tolak hudud......kah3

    ReplyDelete
  8. Kalau tunggul, biar lah orang bawah-bawah yang jadi tunggul.

    Muhyiddin jadi lah Kayu Balak.

    ReplyDelete
  9. Orang pengecut dan bersalah saja yg tak benarkan TS berucap natijahya lebh ramai akan bersama TS dan lepas tu keluar Umno n tentang BN dlm PRU 14 nanti semoga kalah tahniah kpd ketua caw yg sokong Ts

    ReplyDelete
  10. Orang pengecut dan bersalah saja yg tak benarkan TS berucap natijahya lebh ramai akan bersama TS dan lepas tu keluar Umno n tentang BN dlm PRU 14 nanti semoga kalah tahniah kpd ketua caw yg sokong Ts

    ReplyDelete
  11. Mintak mintak ada yang terlanggar tunggul dan rebah robak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...