Sunday 20 December 2015

SABARLAH TOK HIM, UMNO TENGAH SYOK MENGGODA PASANGAN BARU....

Kesian Ibrahim Ali dan Perkasa, mereka nampaknya semakin dipinggirkan oleh UMNO sekarang ini.

Walaupun seringkali menyatakan tidak memihak kepada mana-mana parti, tetapi umum mengetahui kecondongan aliran NGO itu, malah majoriti ahlinya adalah anggota UMNO. 

Dalam pilihanraya lalu pula, Perkasa secara terbuka menyokong UMNO dan Ibrahim Ali sendiri diberi laluan bertanding sebagai calon Bebas yang disokong parti itu di Pasir Mas.

Sebab itu, Ibrahim Ali atau Tok Him nampak begitu kecewa dengan ketidakhadiran pemimpin UMNO dalam persidangan tahunannya kali ini yang diadakan di Pusat Islam dan dirasmikan oleh bekas menteri, Sanusi Junid.

Kekecewaan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu dapat dirasakan apabila beliau menyindir kegagalan wakil  UMNO hadir ke persidangan tahunan Perkasa ini, meskipun dijemput melalui undangan secara pos dan "by hand", mungkin disebabkan pemimpinnya sibuk dengan persiapan menyambut Krismas.

Aduhh...makan dalam sindiran Tok Him kali ini!!

Mengaitkan sebuah parti politik Melayu dan Islam yang sarat dengan ungkapan wassatiyah dan maqasid syariah dengan sambutan Krismas barangkali agak keterlaluan, tetapi ia sebenarnya lebih menggambarkan kesal hati dan kekecewaan Tok Him yang amat dalam terhadap UMNO.

Tetapi Tok Him, bersabarlah  dan jangan kecil hati dengan ketidakhadiran pemimpin UMNO itu.

UMNO mungkin tidak lagi memandang atau memberi banyak perhatian kepada Perkasa sekarang ini kerana sedang sibuk dengan urusan "menggoda"  Pas untuk dijadikan rakan kerjasamanya yang baru.

Bak orang sedang "jatuh cinta" dan "gila menggoda" pasangan baru, tentulah buah hati  lama sudah tidak diberi perhatian lagi.

Ia adalah perkara normal serta lumrah dan Tok Him tidak sepatutnya terlalu kecewa.

UMNO juga mungkin tidak hadir kerana tahu pemimpin Pas sudah menghadiri persidangan Perkasa itu dan merasakan tidak perlu untuk turut sama hadir. 

Lagi pula, agak belum sesuai lagi UMNO dan Pas untuk tampil bersama di khalayak umum - maklumlah bertunang belum, nikah juga belum.

Di waktu yang sama, tidak mustahil UMNO beranggapan kehadiran Pas, yang sedang "digoda"  untuk menjadi pasangannya, boleh disekalikan sebagai mewakili kehadirannya juga.

Maknanya, Pas hadir macam UMNO hadir, di lain kali mungkin UMNO hadir mewakili Pas pula.

Apa pun, sabar dan janganlah kecil hati Tok Him...kalau orang dah tak suka, macam tak biasa....intai-intailah mencari pasangan baru juga. (SH 20/12/2015).

15 comments:

  1. Tak perlu berkecil hati,PERKASA lebih dihormati jika tidak bersama dengan pemimpin UMNO yang semakin hari semakin dipinggirkan oleh rakyat. Pendek kata PERKASA tak berkudis pun jika mereka tidak hadir

    ReplyDelete
  2. Tok Him... padan muka kau, da lepas digunakan... Apa lagi da takde nilai di mana orang..Tok him pun sama, takde pendirian, kejap sini kejap sana....the day has come....

    ReplyDelete
  3. sudah sampai masa Tok Him umumkan PERKASA sebuah parti politik Melayu. Ada berani ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tok heng orang banyak experience politik
      sejak muda hingga kini jadi barua orang jaa
      betol kata anon 1900...be the boss
      biau orang jilat tok heng pulok....rani kulob jd no. 2.. baru ada ummmmpph..nangis ungok

      Delete
  4. Tok Him (perkasa), harap janganlah kacau mereka yg sedang dilamun mabuk asmara dana. Tak baik kacau org nak kahwin.

    Najib (Umno) tahu Tok Him (Perkasa) tak mampu tolong selesaikan segala masalah yg sedang dihadapinya, Hadi (Pas) boleh kerana ada banyak pengikut setia yg boleh tolong Umno pd PRU14 nanti.

    "Ya baik, baik ada makna tu..." Dailog dr filem Madu Tiga.

    ReplyDelete
  5. Tok Him (perkasa), harap janganlah kacau mereka yg sedang dilamun mabuk asmara dana. Tak baik kacau org nak kahwin.

    Najib (Umno) tahu Tok Him (Perkasa) tak mampu tolong selesaikan segala masalah yg sedang dihadapinya, Hadi (Pas) boleh kerana ada banyak pengikut setia yg boleh tolong Umno pd PRU14 nanti.

    "Ya baik, baik ada makna tu..." Dailog dr filem Madu Tiga.

    ReplyDelete
  6. Tok Heng..Tok Heng..ambo ghoyak doh..demo segha ngenak gemullah Tok Guru..ari neh oghe ngenak demo pulok..dudok atah dunio neh dok kemano..hungga pangkat reto dok buleh bawok kemati..behen ditanoh jugok..tobak je la nok mujor ampung di tuhe.

    ReplyDelete
  7. Perkasa ni pun tak ada beza dgn Umno sama je yg ramai jadi ahlinya pun org2 umno apa nak heran jangan jadi hidung tak mancung pipi tersorog sorong

    ReplyDelete
  8. Perkasa ni pun tak ada beza dgn Umno sama je yg ramai jadi ahlinya pun org2 umno apa nak heran jangan jadi hidung tak mancung pipi tersorog sorong

    ReplyDelete

  9. Bukan kah Sanusi Joned orang Mahathir ?

    Dari mengharap kan pemimpin UMNO lebih jantan lagi jika Perkasa menjemput Muhyiddin sebagai tetamu khas?

    ReplyDelete

  10. Kalau Perkasa yang selalu ke depan dalam mempertahankan UMNO dan lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu melayu-cina di pinggirkan begitu sahaja oleh pemimpin UMNO, maka tunggulah hari nya yang akan menimpa PAS.

    ReplyDelete
  11. Nobody question what's left of the 2.6 Billion with a good amount transferred back out from the country...bodoh sangat ke orang orang UMNO nih???

    And, since CASH IS KING, between the 2 presidents agak berapa banyak baki kumlah lagi boleh di "...satu untuk kau satu untk aku..."?

    Politic Melayu-Malaysia dah kena LELONG...

    ReplyDelete
  12. Legenda lagu katak sikatak lompat...

    ReplyDelete
  13. Sepatutnya tok heng dah bersedia apabila manis nya dah habis....

    ReplyDelete
  14. Sepatutnya tok heng dah bersedia apabila manis nya dah habis....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...