Tuesday 22 December 2015

JALAN GELAP "PERKAHWINAN" UMNO - PAS, TUAN IBRAHIM SENADA DENGAN MUHYIDDIN

Ini betul-betul potong stim - belum pun sampai seminggu selepas Najib Razak dan Hadi Awang duduk sepentas dengan masing-masing berbaju Melayu merah jambu yang kemudian diikuti dengan seriusnya mahu mewujudkan kerjasama atau "perkahwinan"  antara UMNO dengan Pas, segala-galanya kini bagaikan berubah menjadi "pelamin anganku" bakal musnah di pertengahan jalan.

Dalam reaksi terhadap kenyataan sepupu Najib, Hishammuddin Hussein yang meminta Pas lebih mengutamakan Islam dan martabat agama daripada politik sekiranya ingin bekerjasama dengan UMNO, Tuan Ibrahim Tuan Man membalasnya balik dengan menggariskan enam perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu oleh UMNO.

Kata Timbalan Presiden Pas itu, semua enam perkara itu perlu dilakukan sebagai langkah menunjukkan kepada rakyat, terutamanya yang beragama Islam, kesungguhan UMNO untuk mendaulatkan agama itu.

Enam perkara tersebut ialah:-

- Perdana Menteri, Najib Razak hendaklah bercuti sehingga siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Audit Negara melengkapkan siasatan dan laporan terhadap 1MDB.

- Menghapuskan cukai GST di mana ia bertentangan dengan Islam kerana mengenakan cukai kepada golongan miskin.

- Mengurangkan pembaziran dan salah guna dana kerajaan dengan mengambil tindakan tegas berdasarkan laporan audit terbaru.

- Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan hidup berjimat kementerian sesuai dengan kejatuhan harga minyak dan kenaikan kos hidup yang kian melambung.

- Menyiasat Yapeim dengan telus dan terbuka serta memastikan mereka yang didapati menyeleweng dibawa ke muka pengadilan.

- Berhenti menganiaya Kelantan dan memulangkan royalti minyak dengan kadar segera.

Aduhh...betul-betul syarat potong stim yang diberi oleh Tuan Ibrahim ini. Nak "kahwin" bagaimana dengan adanya syarat sebegini?
Bagi Najib keenam-enam perkara yang diminta oleh Tuan Ibrahim ini mungkin lebih berat daripada syarat meminang Puteri Gunung Ledang untuk dipenuhinya.

Daripada keenam-enam perkara itu, tentunya yang paling payah untuk Najib memenuhinya ialah saranan bercuti sehingga siasatan terhadapnya berkaitan 1MDB selesai.

Ini kerana Najib ingin menjalinkan kerjasama dengan Pas ialah untuk kelangsungan lebih lama dalam hayat politiknya, manakala cadangan bercuti yang disarankan oleh Tuan Ibrahim itu lebih bermaksud memendekkan nafas politiknya.

Kalau sudah bercuti, untuk apa Najib nak bekerjasama lagi? Jika bekerjasama dalam keadaan Najib setuju bercuti, mungkin orang lain yang akan dapat untungnya?

Kiranya Najib tidak sedia bercuti, maknanya Tuan Ibrahim sudah menunjukkan isyarat kemungkinan akan menjadi penentang paling utama kepada kerjasama UMNO dengan Pas itu. 

Belum dikira perkara-perkara lain, saranan bercuti yang dicadangkan itu saja sudah cukup memeningkan kepala Najib untuk memenuhinya.

Secara langsung pendirian Tuan Ibrahim ini menunjukkan jalan gelap lebih terbentang di hadapan sebelum gerbang "perkahwinan"  kedua-dua parti itu mahu didirikan dan dijadikan kenyataan.

Meskipun nampak berbeza pendirian dengan Hadi Awang, Tuan Ibrahim pula boleh dikatakan mewakili aspirasi pemimpin dan ahli Pas di peringkat akar umbi yang majoritinya boleh dikesan masih keberatan untuk menerima "perkahwinan"  tersebut.

Ramai ahli dan pemimpin akar umbi Pas lebih selesa mengekalkan Pas sebagai musuh, bukan saja kerana melihat Najib dalam kelemasan dengan pelbagai isu dan tekanan, bahkan juga disebabkan mereka sudah diterapkan dengan doktrin permusuhan dengan UMNO sebagai suatu perjuangan yang berasaskan kebenaran sejak sekian lama.

Lebih menarik, cadangan bercuti yang dikemukakan oleh Tuan Ibrahim kepada Najib itu juga sama dengan saranan Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan amanat kepada ahli-ahli UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 7 Disember lalu.

Nampaknya bukan saja Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Presiden Pas juga sudah mula memeningkan kepala Najib. (SH 22/12/2015).

30 comments:

  1. Bibit2 perpecahan PAS yg seterusnya. Kali ini lg significant. Lg 2-3 step TGHH kedepan dgn hantaran perkahwinan, PAS akan melihat perpecahan ahli terutamanya di selangor. Amanah akan bertambah meriah......

    ReplyDelete
  2. Bibit2 perpecahan PAS yg seterusnya. Kali ini lg significant. Lg 2-3 step TGHH kedepan dgn hantaran perkahwinan, PAS akan melihat perpecahan ahli terutamanya di selangor. Amanah akan bertambah meriah......

    ReplyDelete
  3. Tidak syak lagi Tuan Ibrahim dengan 6 syarat tersebut sudah 100 kali lebih layak untuk di angkat menjadi PM bila bila masa.

    Inilah kualiti, inilah ketelusan dan inilah pemimpin yang berani menyatakan kebenaran, hanya takut pada Allah.

    Mungkin Tuan Ibrahim kekurangan dari segi lain tetapi kemantapan dan integritinya tersangat mahal dan sangat diperlukan ketika pemimpin lain bacul dan koro.

    Muhyiddin kena buka mata, jangan terkemut kemut macam siput, jangan takut sesama manusia..jangan berani di mulut kecut di hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TITM kaki temberang juga. Bapak kencing berdiri anak kencing berlari

      Delete
    2. macamana nak jadi pemimpin kalau tidak jujur. dalam isu berkait dgn kerjasama dgn UMNO, TITM banyak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kebenaran sebenar. Wallahuallam

      Delete
  4. Kemungkinan besar rukun yang diluahkan oleh TITM ini menjadi pertunjuk untuk rakyaat Malaysia menghafalnya,lebeh kurang sama saja susunan dengan rukun negara.Bravolah TITM bagi sikit syarat untuk mereka fikir.

    ReplyDelete
  5. Stuju sgt Tuan Ibrahim......Saya pun berfikiran mcm tu.......

    ReplyDelete
  6. Org pas harus berfikir inilah cara umno nak pecah belahkan parti pas mereka suka tengok pemimpin pas bergaduh sesama sendiri yg untung tetap umno itulah politik

    ReplyDelete
  7. Org pas harus berfikir inilah cara umno nak pecah belahkan parti pas mereka suka tengok pemimpin pas bergaduh sesama sendiri yg untung tetap umno itulah politik

    ReplyDelete
  8. Haji Hadi nak berUG dengan Umno, Timbalannya nampak macam nak kekal cara lama, kita tunggu apa kesudahan cerita ini atau ini sekadar penyambung hayat jawatan PM.

    ReplyDelete
  9. Tuan Ibrahim dari PAS mengenakan syarat kepada Najib.

    Hj Hadi dan Harun Din meminta syarat dari Najib.

    Yang syarat di kenakan kepada Najib cuma ada 6 sahaja.
    Apa dan berapa syarat yang di minta oleh Hj Hadi dan Harun Din dari Najib.

    Tidak ada sesiapa yang percaya sekiranya Hj Hadi dan Harun din tidak meminta apa-apa dari Najib sebagai syarat keikhlasan Najib.

    ReplyDelete
  10. Sepatutnya TITM lah yang selayaknya jadi PRESIDEN PAS.

    Husam dah nampak dari dulu lagi, tetapi oleh sebab yg TAMAK terima saja lah akibatnya

    ReplyDelete
  11. TITM akan jadi macam TSMY jugak....ada jawatan tapi jadi tunggul.

    ReplyDelete
  12. Komen budin yg ni ttg pas baru nampak ok sikit

    ReplyDelete
  13. Hadi memang low class punya orang. Mentality dia macm perwakilan Umno diPAU yg diberi makan dedak. Bolih duduk satu pentas dgn penjenayah rasuah yg sedang disiasat olih SPRM menunjukkan integriti sesaorang. Kertas pertuduhan pun sudah disediakan olih mendiang DPP Kevin Morais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan ungkapan low classs mentality untuk tghh

      mental hadi dah haru biru
      akibat nasihat menantu hantu
      wang ringgit gila diburu
      kekuata ummah tidak menentu

      Delete
  14. Tak payah ug ug lah.. keluar pas masuk umno.. borang ada dkt pejabat2 umno setiap dun.. menyibukkan tv1 tv2 tv3 tvumno jer buat berita... kalau haji hadi segan nak ambil borang.. sy tolong pos kan.. dgn pos laju boleh.. express boleh..

    ReplyDelete
  15. Tuan Ibrahim....terus terang saya sudah tak boleh percayakan PAS atas pelbagai kenyataan yang tidak tentu arahnya. Saya tidak setuju 'perkahwinan' yang dianjurkan oleh UMNO dan cara TGHH 'bermuka-muka' seolah-olah DIA bersedia menerima lamaran.
    Allahyarham TGNA sungguh tegas, atas sebab nyata, UMNO tidak boleh dipercaya selagi mereka sendiri tidak berubah.
    Dengan kenyataan Tuan, nampaknya api (yang hampir padam, kepercayaan saya mungkin menyemarak semula.
    Jangan lupa teman bersama PKR yang sanggup 'bergadai' pendirian mahu terus kekal dengan PAS.

    ReplyDelete
  16. Tuan Ibrahim ni sempoi orangnya. Beranu dan nampak tegas. Hadi sangka buang Sabu dah selamat. Tuan Ibrahim jadi timbalan bisa rupanya.

    Biasalah orang no 2 kena jadi kaki pukul. Sebenarnya melindungi orang no 1. Hadi boleh pilih terima atau tolak. Dia ada cukup alasan yang kukuh untuk buat untuk putuskan. Semua ada risiko. Itulah yang kena pertimbangkan.

    Memang nampak Hadi lemah dan berserah. Dengan adanya Tuan Ibrahim, dia boleh jadi kuat. Jika setuju kerjasama, Hadi kuat kerana sanggup ketepikan suara timbalan. Jika tolak kerjasama, Hadi kuat kerana tolak Najib. Risiko tetap ada dalam dua2 keputusan itu.

    Tapi kalau Hadi tolak kerjasama kerana tolak mungkar, pengaruh PAS pasti melonjak. Kalau dekat2 pru nanti tolak kerjasama, mungkin momentumnya mampu meranapkan dominasi Umno.

    Apapun, polemik ciptaan Najib kali ini nampak berjaya melunturkan iau 1msb, 2.6 bilion ringgit dan 42 juta ringgit dalam akaun peribadinya. Naik saham anak Dasuki.

    ReplyDelete
  17. Ha ha ha kedua-dua nakhoda tidak lagi sehaluan dengan orang no 2 dalam mengamudi kapal masing2.Ini isyarat nyata 2 kapal mi nak pecah. Anak2 kapal tak man nak diam je?

    ReplyDelete
  18. Kesian Najib, dalam pandai-pandai menipu kena jugak kelentong dengan Hj Hadi dan Harun Din.

    Apa tak nya? Semua dalam ahli dalam PAS sudah di tunduk oleh Hj Hadi dan Harun Din. Tidak akan ada sebarang masalah lagi.

    Tak jadi malu besar lah Najib. Hj Hadi dan Harin Din dah berjanji semua ok.

    Maka kita akan saksikan bagaimana Muhyiddin di bela oleh ahli UMNO dan bagaimana ahli PAS membela Tuan Ibrahim ...

    ReplyDelete
  19. Whatever the reality is...ini memang cerita potong stim. Hadi dah siap berpakaian sedondong dan bermimpi basah, Din Ayam dah terpancut premature ejaculation, Takiyuddin dah tegang sejak pagi membawa ke malam. Najib pula dah dapat tidor lena sikit mengenangkan Tok Tok Lebai dah termakan umpan yang ditabor....dalam hati selamatlah dia sepenggal lagi. Tut-tut Si pendek Tuan Ibrahim buat kenyataan POTONG STIM. bagi syarat yang mustahil Najib dan HAMNO boleh terima. kalau minta nak jadi minteri ka dalam kerajaan perpaduang, minta nak jadi Chairman mana-mana GLC atau nak konsesi balak memang mudah najib hamno beri. Ni minta martabatkan Islam...dah buang tebiat nak mampos baru Pok Jib setuju agaknya...

    Kawan rasa dah tak lama dah hayat Timbalan Presiden ni.... akan senasib dengan bang mat sabu lah nantinya...

    ReplyDelete
  20. Ha ha ha kedua-dua nakhoda tidak lagi sehaluan dengan orang no 2 dalam mengamudi kapal masing2.Ini isyarat nyata 2 kapal mi nak pecah. Anak2 kapal tak man nak diam je?

    ReplyDelete
  21. Saya lebih percaya Tuan Ibrahim dari Hj Hadi. Period.

    ReplyDelete
  22. Okay ke kalau PAS jadikan kumpulan munafiq ni abang besar...

    ReplyDelete
  23. Bro Budin,
    Lihat rencana terbaik hari ini berkenaan 1MDB..

    http://donplaypuks.blogspot.my/2015/12/1gdbs-debts-exceed-50-billion-plus-4.html

    ReplyDelete
  24. Tuan Ibrahim nampaknya lebih waras dan berpijak di bumi nyata. Hj. Hadi bukan saja dah hilang kewarasan malah bagai dah kelihatan kemaruknya nak jadi beliyunaire segera dengan menjadikan dirinya 'gundik' pok Jib. Aduhhh apa nak jadi dengan Hj.Hadi yasser arafat ni.

    ReplyDelete
  25. Ramalan...
    1. Jan to mac 16...proses pas love umno berjaya dilaksanakan.
    2. TITM akan disenyapkan lepas ini dgn pelbagai proses tekanan n pujukan.
    3. Gst dikekalkan lg.
    4. Bhgn pinjaman perumahan kerajaan dah pun diswastakan.
    5. Harga minyak mentah makin jatuh.
    6. Nilai RM makin merosot.
    7. Tppa akan jadi kenyataan.
    8. Harga brg2 makin naik.
    9. Kfc..mcd...anw...7e...genting highland...hotel2...makin penuh dgn rakyat mlaysia yg bercuti n berseronok...
    10. Aksi2 hiburan di tv n astro makin rancak.
    11. Penipu2 yg guna line agama makin bercambah...contoh yg belanja duit anak yatim d paris...buat simulator golf dll...tahun depan mrk guna cara lain pulak yg mana smua belanja duit dihidingkan...

    ReplyDelete
  26. Tapi.....aku percaya pas dah kena tipu dgn najib. Najib bukan seorang yg jujur.Umno dah berjaya kucar kacirkan pas. ......TSMY pun dok diam main telor kot,kalau dok asyik garu telor alamat tutup kedai lah pok din....

    ReplyDelete
  27. Pak Ya Ali ooii..kene la tu..si penipu kojenye nipu sipembohong..berbaik dgn tujuan nak kucar-kacirkan sipembohong..sipembohong pulak bohongkan sipenipu..janji nak menikah..tapi kenekan syarat yg berat-berat.. 2 x 5..5 x 2..due-due takleh paka..Setakat bagi syarat atas kapasiti peribadi..tu terai nak berbohong kat rakyat la tu..tapi dalam diam dia buat kire..same hampeh jer deme tu!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...