Sebelum ini beberapa pemimpin PKR, termasuk Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution juga menyatakan Anwar tidak bercadang untuk memohon pengampunan, sebaliknya kekal dengan pendirian tidak bersalah atas pemenjaraan yang dikenakan terhadapnya.
Sehubungan itu, menjelang berakhirnya tempoh akhir mengemukakan rayuan hari ini, PKR telah menyatakan kesediaan untuk menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan nanti.
UMNO juga mengharapkan Anwar tidak mengemukakan rayuan dengan menghebohkan bahawa ianya merupakan tindakan yang memalukan kerana ia dikatakan bermaksud beliau mengakui semua kesalahannya.
Lebih dari itu, UMNO yang mungkin tidak meletakkan calon di Dun Chempaka berikutan kematian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, ternampak lebih ghairah untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana bukan saja ramai pemimpinnya sudah bercakap mengenai pilihanraya itu, bahkan peguam Shafee Abdullah juga sudah pun "turun padang" berceramah ke kawasan itu.
Bagi UMNO, bertanding di Permatang Pauh adalah medan untuk menunjukkan keberanian manakala tidak bertanding di Chempaka adalah tanda berbuat baik dan ingin bercanda-candaan dengan Pas.
Tetapi dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha muncul di Istana Negara petang ini bagi mengemukakan rayuan, semuanya jadi tersangkut dan kelam-kabut.
Rayuan ini difahamkan dikemukakan atas nama keluarga dan bukannya atas nama parti berdasarkan tiga alasan iaitu prinsip keadilan diketepikan, Anwar dizalimi dengan fitnah dan ketiga kerana berpegang semua pertuduhan adalah konspirasi politik.
Dengan petisyen rayuan ini dikemukakan, bermakna kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh belum boleh diumumkan sehingga ada jawapan mengenainya. Jika setahun baru ada keputusan, bermakna dalam tempoh itu tiadalah pilihanraya kecil akan diadakan.
Ia juga bermaksud Anwar akan terus kekal sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga ada keputusan sebaliknya selepas itu.
Walaupun ramai yang beranggapan dengan mengemukakan petisyen rayuan ini bermakna Anwar mengaku bersalah atas perbuatan liwat yang dihadapkan kepadanya, tetapi ia tidak semestinya bermaksud demikian.
Mengemukakan petisyen kepada Yang Dipertuan Agong adalah sebahagian daripada proses menuntut pembebasan setelah semua proses mahkamah dilalui dan ia tidak bermakna suatu bentuk pengakuan bersalah. Adalah rugi jika peruntukan yang dibenarkan oleh Perlembagaan ini tidak dimanfaatkan.
Lagi pula, tiga alasan yang dikemukakan sebagai asas mengemukakan rayuan itu bukan saja boleh diterima, bahkan bertepatan dengan pendirian Anwar selama ini.
Setelah petisyen ini dikemuakan, kini terpulanglah kepada Yang Dipertuan Agong sama ada mahu menerima atau menolaknya. Begitu juga berapa lama keputusan mengenainya mahu dibuat.
Namun, semua ini akan terus menghangatkan percakapan politik kedua-dua belah pihak iaitu BN dan PR mengenainya. Berbanding jika tidak mengemukakan petisyen dan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen digantikan dengan orang lain yang mungkin menyebabkan dirinya tidak lagi penting selepas itu, sebaliknya sekarang ini Anwar kekal dianggap sebagai ketua yang boleh memberi pelbagai arahan dari dalam penjara.
Pertikaian mengenai siapa Ketua Pembangkang untuk menggantikan Anwar secara automatik tidak berbangkit lagi.
Sementara itu, dengan tertangguhnya pilihanraya kecil Permatang Pauh ini, apakah pula pendirian UMNO dalam pilihanraya kecil Dun Chempaka tidak lama lagi? Kekal tidak bertanding atau bakal berubah fikiran?
Jika tidak bertanding di Chempaka dan lagak mahu tunjuk berani di Permatang Pauh pula sudah tergendala, UMNO sudah pasti akan dilihat sebagai "parti betina" yang sudah hilang kejantanannya.
Apakah juga dengan adanya rayuan ini dan beserta dengan kemungkinan Anwar dibebaskan atas pertimbangan Yang Dipertuan Agong, ia turut berjaya meredakan banyak ketegangan dalam PR, terutama antara Pas dan DAP sekarang ini?
Di ketika yang sama, oleh kerana Najib terus ditekan daripada dalam UMNO dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus kritikal terhadap pentadbirannya, petisyen rayuan ini juga menimbulkan semula persepsi adanya "ehem ehem" antara Najib dengan Anwar sebagaimana yang banyak diperkatakan sebelum ini.
Apa pun, permohonan petisyen rayuan di saat-saat akhir tetap dilihat sebagai "strategi luar kotak" yang difikirkan oleh Anwar dari dalam penjara. Anwar nampaknya tetap berjuang dan tidak pernah mengaku kalah. ( SH 24/02/2015 )
Tindakan yang bijak memandangkan keadaan yang ada.
ReplyDeleteLulu cekap ,tatak salah lea aa ,tatak buat maa aa !, sikalang mau aku salah , Wa manyak syok lea aa .
DeleteLanchow lu laa.
Deletea a cuba bersilat . panjang jugak cerita a a ni nampaknya
ReplyDeleteapa pun hari tetap berganti sampai kita mati
Mcm cerita tamil..ingatkan ketua jahat dah mati kena tikam..tiba -tiba bgn capai pistol nak tembak hero.................
ReplyDeleteBetol, penjahat ingat hero dah mati, tiba-tiba hero muka mata balik...
DeleteBudin pun dah pening...
ReplyDeleteLuar kotak abah kau. Nyamuk gigit la dlm penjara. Takkan nak jadi namrud kot. Mati sebab nyamuk
ReplyDeleteMabok ketum kau ni?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehahaha cam hero tamil ingat dah mati tetiba tebeliak biji mata capai pistol terus nembak kahkahkah
ReplyDeleteYidin malikul sembab samseng kampung dusun mesti terkejut berok sebab hero usah idup sema
ReplyDeleteSemoga Yang Dipertuan Agong tidak terbuka hati untuk memberi Pengampunan kepada Individu yang bernama Anwar Ibrahim, dulu Puak dia yang memperlekehkan Pertabalan Yang Dipertuan Agong..
ReplyDeleteMacam umngok juga suruh siasat harta Raja-raja melayu.
DeleteM YDP Agong,janganlah diampunkan orang ini..Si Kitol keturunan Mandaliar yang sudah membuat onar di tanahair kita..Ampun Tuanku
ReplyDeleteKau apa pula?Si Barua jadian umngok.
DeleteHahaha barua jadian!
DeleteKenapalah kamu semuanya, sedikit pun tak rasa berdosa mengata orang senang-senang aja. Ye laa tak kena kat tengkok sendiri dan keluarga sendiri, tiada langsung nak bersdangka baik, asyik ikut kata hati yg hitam sesama islam. Kita janganlah jadi bangsa yang membunuh jiwa sesama bangsa dan sama agama. Keadaan skrg, kalau berkaitan dgn politik, mana ada pertimbangan keadilan lagi. Kecuali Allah saja yg bakal mengajar puak-puak berkenaan.
DeleteYa Allah , ada satu pendapat tu, kata semoga YDP Agong tidak mengampunkan si Kitol keturunan Mandaliar yg membuat onar, aku mohon kepada MU jua lah, agar jangan sekali-kali kau angkat doa manusia tu kerana berburuk sangka kepada Si Kitol (gelaran hina) kpd Hamba MU yang tlh KAU cipta dan menerima dugaan. Ku mohon kalau dia bukan Islam, berikanlah di Hidayah, tapi kalau dia Islam, kau saja yg Maha Mengetahui hukumannya. Amiin Ya Rabb.
DeleteSatu tindakan yang tepat.jangan kasi menang mudah pada parti gerombolan ketuanan melayu penyamun.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteSatu tindakan yang di luar jangkaan UMNO. Yong nak tengok apa terjadi kepada DUN Chempaka.
Adakah gula-gula itu masih terhidang?
mmg minta ampun dan ada peluang berbuat demikian... tak perlu buat macho tak bersalah dgn sistem2 politik di meleysia.. buang masa ja..
ReplyDeleteMahkamah dipergunakan cukup2 utk mengalahkan/memenangkan seseorang berpengaruh. Ini kerja negara dunia ketiga.
sedih.. badan kehakiman dipandang rendah oleh rakyat
ReplyDeleteinstitusi raja juga di pandang enteng oleh rakyat..
gara2 kepentingan diri kita sendiri, nafsu menguasai diri
ramai pemimpin yg rendah ilmu telah merosakkan fikiran rakyat, yg rendah ilmu kita mengenainya... lantas bangun melawan, biarpun kita tidak pasti apa sebenarnya..
hukuman telah dijatuhkan mengikut bukti2 dan segala telah di periksa, namun kita masih cuba menegakkan benang yg basah..
Orang yang tak bersalah dimasukkan dalam jel, mana orang nak percaya.
DeleteSemua pejuang-pejuang agama sebelum merdeka dikatakan pengganas, pengkhianat bangsa, komunis dan bermacam-macam lagi tuduhan pihak Penjajah (Sistem). Ada yang dibuang Negeri, ada yang dipenjara dan ada yang dihukum gantung sampai mati kerana berpegang kepada kebenaran perjuangan mereka. Sistem itu ada sekarang ni, tapi dianuti dan dilaksanakan oleh pelaku berbeza , iaitu orangmelayu islam pula. Ingat kita semua Hukum Qazaf tak perlu, Hudud tak releven, 4 saksi yang Allah suruh adalah hukum rimba dan kena percaya pd sistem yg ada. Astaghfirullahal A'zim, tapi kesombongan kita, tak malu langsung nak duduk kat Bumi Allah ni yek, bila Allah hantar banjir sikit, cuaca panas sikit, ekonomi tergugat sikit... pi pakat ramai buat Solat hajat,,,, tak dan nak cuba buat Solat Taubat.... betullah kita semua ni.... ibarat bueh-bueh di Lautan.
DeleteMemohon pengampunan kepada Yang diPertuan Agong adalah satu saluran yang diperuntukkan untuk dapat pembebasan.
ReplyDeleteMohon pengampunan itu adalah dari inisiatif keluarga Wan Azizah.
Apa masaalah Pemuda UMNO Baru Jamawi Jaafar mengatakan membuat permohonan itu sebagai menjilat ludah sendiri kononnya sebelum ini Anwar bertegas tidak akan sekali-kali memohon pengampunan dari Yang di Pertuan Agong untuk menunjukkan beliau tidak bersalah.
Sebenarnya tidak timbul soal bersalah atau tidak bersalah kerana Anwar sudah dijatuh hukum penjara 5 tahun dan dia sedang menjalani hukaman tersebut. Rakyat Malaysia sudah mengetahui bagaimana corak perbicaraan yang dilakonkan oleh 5 hakim dalam mahkamah.
Sebenarnya mohon pengampunan itu hanya sebagai memenuhi syarat saja kerana harapan untuk pembebasan 50-50.
Walau apa pun keputusan itu nanti...aura Anwar Ibrahim tidak boleh dipadam dengan menjaja jubor Saiful keliling Malaysia.
Selepas ini "Shafiee keling" boleh jadi mangsa liwat Anwar yang ketiga....
Anwar dah terdesak tak tahan sangat nak Berjubor sbb tu dia minta Wan Azizah pergi menghadap Yang Dipertuan Agong mohon Pengampunan.. Disini aku cadangkan supaya Wan Azizah bawa sekali anak beranak dia duduk je kat dalam Penjara, habis cerita.
ReplyDeleteYa Allah, ni lagi manusia yg suka menghina hambaMu, Pelucah yg tak takut langsung dengan hukuman MU Ya Rabb, sampai suruh keluarga tertuduh duduk sekali dlm penjara, maafkan aku kalau penulis tu bukan Islam, sbb orang bukan Islam tak Solat, tak mengaji, tak faham hukum Islam dan peduli apa dengan masalah orang. Kau berilah dia hidayah supaya masuk islam Ya Rabb.
DeleteMahfuz Keling Paria Pas, buat lawak bodoh kononnya dapat bercakap dengan Sirul di Australia untuk mendedahkan siap org yg membunuh Altantuya..kalau Mahfuz Keling tu Keling juga lah . jgn nk memperbodohkan rakyat.
ReplyDeletehang tu yang bodo....hehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteStrategi politik dan perundangan...minta pengampunan bukanlah tujuan utama...memfailkan permohonan pengampunan tu nak mengelakkan kerusi Permatang Pauh diistihar kosong olih Speaker supaya Umno dpt bertanding.....
ReplyDeleteTujuan utama..ialah untuk memfailkan SEMAKAN KEHAKIMAN...terhadap keputusan kehakiman yg berat sebelah dan yg tak diterima olih majority masyarakat Msia( kecuali macai2 Umno) dan juga antarabangsa..berrdasarkan keterangan pendkawaan yg kilang kabut.....Itulah strategi nya...
UMNO memang tidak mahu bertanding di Chempaka sebab banyak kos PRK yang perlu dikeluarkan tambahan pula selepas banjir besar melanda. Menang belum tentu tetapi kalah dalam tangan. Daripada membazir wang dan masa nak berebut kerusi DUN yang amat sukar tersebut, lebih baik beri sahaja PAS menanggung segala beban dan permasalahan rakyat setempat (memang UMNO parti bijak sejak dari dahulu lagi itu sebablah PAS selalu berada di bawah telapak kaki UMNO sahaja walaupun dah melebihi 53 tahun) Oh ye...Terlupa pula ye, PAS bukannya mahu menang PRU, mereka hanya mahu keredhaan Allah SWT sahaja kan? Tapi kalau dah bodoh dah lebih 50 tahun, macam mana Allah nak redha kan?
ReplyDeleteBertenang! Bertenang! Bertenang! Harap semua dapat bertenang. Biarlah masa menentukannya. Serahkan kepada yang Maha Bijaksana dan yang Maha Mengetahui. Allah SWT dengan segala sifat MAHA-Nya akan menyerlahkan segala jawabannya.
ReplyDelete