Friday, 20 February 2015

Ehhh...Baru Nak Beli Cili, Takkan Najib Dah Tahu Pedasnya Makanan


Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang ketika ini ialah bilakah Sirul Azhar Umar, salah seorang pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang kini berada dalam tahanan di Australia, mahu mendedahkan cerita sebenar mengenai pembunuhan itu.

Sejak kelibatnya tidak muncul ketika hukuman dijatuhkan dan kemudian didapati sudah melarikan diri ke negara kangaroo itu untuk mengelak hukuman mati keatasnya,  ramai yang menjangkakan beliau pasti akan melakukan kejutan suatu hari nanti.

Beliau dipercayai memang sengaja melarikan diri kerana menganggap tiada keadilan dalam hukuman yang diterimanya dan memilih Australia sebagai tempat pelariannya ialah kerana negara itu tidak menguatkuasakan hukuman mati serta menolak ekstradisi pesalah yang disabitkan dengan hukuman tersebut.

Mendedahkan kebenaran dan siapa yang mengarahkannya dalam kes pembunuhan Altantuya dianggap pilihan terbaik baginya untuk membersihkan namanya.

Berada di pusat tahanan Imigresen Australia sekarang, Sirul melalui temubual telefon dengan Malaysiakini, padanya mulanya hanya mengatakan beliau sedang menimbang dengan serius mahu mendedahkan cerita sebenar mengenai pembunuhan yang dianggap misteri itu.

Tetapi secara perlahan-lahan juga melalui temubual dengan portal itu beliau mula mendedahkan bahawa ada seseorang yang masih bebas mengarahkan membunuh Altantuya itu. Ia sekaligus mengulangi keterangannya dalam mahkamah dulu bahawa beliau adalah "kambing hitam" semata-mata dalam kes tersebut.

Sirul juga cuba memutihkan namanya dengan mengatakan beliau tidak pernah mengaku melakukan pembunuhan itu serta tiada saksi yang dapat membuktikannya, namun sabitannya hanya berdasarkan keterangan mengikut keadaan semata-mata.

Walaupun Sirul bersama Azilah Hadri sudah dijatuhkan hukuman mati dan Razak Baginda, rakan karib kepada Perdana Menteri, Najib Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu sudah dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi dan kesnya tidak dirayu, motif pembunhan dan siapa yang memberi arahan masih  tidak diketahui sehingga kini.

Ini kerana dalam kes Azilah dan Sirul ini, barangkali buat pertama kalinya dalam sejarah perundangan, mahkamah memutuskan motif pembunuhan bukan satu faktor yang penting untuk diketahui.

Razak pula, dalam satu temubual dengan Malaysian Insider setelah kedua-dua anggota polis itu dijatuhkan hukuman mati menyatakan, polis yang jahat memang selalu membunuh orang sebagaimana yang berlaku kepada ramainya yang mati semasa berada dalam tahanan reman.

Yang paling ingin diketahui daripada Sirul melalui pendedahannya ialah siapakah yang mengarahkannya melakukan pembunuhan itu. Jika didedahkan siapa yang mengarahkannya, maka akan terungkailah motif pembunuhan itu.

Bila terdedah motif, maka keadilan pun akan tertegak dengan sendirinya.

Mungkin Sirul ketika ini, selain memikir tentang pendedahan, beliau juga sedang menimbang media antarabangsa yang difikirkan paling sesuai baginya untuk mendedahkan cerita itu. Sirul pasti mahu pendedahannya memberi impak paling besar, bukan saja dalam konteks menegakkan keadilan, membersihkan namanya dan membawa perancang utama pembunuhan Altantuya ke muka pengadilan, malah kalau boleh menggegarkan dunia sekali pun.

Dengan bergegarnya  dunia dengan pendedahan itu nanti, barangkali ia adalah penawar paling mujarab kepada semua derita dan sengsaranya selama ini.

Tetapi belum pun Sirul mendedahkan siapa yang mengarahkannya melakukan pembunuhan itu bersama beberapa pendedahan lain yang mungkin menggemparkan dunia, Najib Razak ketika ditanya pemberita, dengan pantas menyatakan ianya sebagai mengarut.

Perdana Menteri  kemudian menggeleng kepala beberapa kali, lantas berlalu pergi.

Kenapa Najib begitu cepat mengatakan ianya mengarut sedangkan Sirul belum pun membuat pendedahan lagi? Kenapa begitu cepat terasa dan tercuit perasaan?

Dengarlah dulu apa yang mahu dikatakan Sirul sebelum mengatakan ianya mengarut atau sebaliknya? Tidak semestinya pendedahan Sirul menjurus ke arah mengaitkan Najib atau sesiapa yang dekat dengannya terlibat dalam pembunuhan itu, mungkin ia juga bertujuan membersihkan lagi nama Perdana Menteri yang ditohmah macam-macam sebelum ini?

Namun, mengapa Najib cepat sangat tersentuh hati? Belum pun membeli cili, takkan sudah terasa pedasnya makanan? Sebelum duduk, berlunjurlah dahulu.

Sebagaimana yang dibangkitkan oleh banyak pihak juga, bukankah Najib sebelum ini sudah bersumpah tidak mengenali Altantuya?

Kalau sumpah itu sesuatu yang benar,  tiada yang benar melainkan benar belaka dan bukan seperti sumpah-sumpah seperti keterangannya yang mudah berubah ketika menemui Saiful  Bukhari dengan mulanya mengatakan kerana masalah biasiswa tetapi kemudian menyatakan untuk mengadu dirinya diliwat, kenapa Najib rasa terganggu apabila Sirul mengatakan beliau diarahkan oleh seseorang untuk melakukan pembunuhan terhadap Altantuya itu?

Sirul hanya mengatakan beliau diarahkan saja tetapi belum pun menyebut lagi siapa yang mengarahkannya. Tidak pasti pun sama ada akan menyebut nama Najib, Razak Baginda atau sesiapa yang lain.

Sebagai pengamal kesederhanaan, tidak bolehkah didengar dulu apa pendedahan Sirul itu atau makanlah dulu sesuap dua sebelum mengatakan makanan itu pedas atau tidak?

Ehhh...Relakslah bro!!  ( SH 20/02/2015 )

55 comments:

  1. Ramai Melayu UMNO masuk PKR.. Kau ni Budin masuk DAP pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...apa masalah kau Labu?????

      Delete
    2. Labu@lembu ni tak der point. So jadiler gitu..

      Delete
  2. So whats da issue klau masuk DAP pun bro?

    ReplyDelete
  3. Hukum hakikat sedang berjalan, kebenaran akan muncul jua walau dibenam di lautan dalam. Penjenayah yg dimaksudkan oleh Sirul walaupun tidak/belum disebutkan namanya, siapa pun penjenayah itu ia tetap berlegar dikalangan mereka juga. Adalah mustahil hendak mengatakan jenayah itu dilakukan oleh Chin Peng atau Botak Chin atau P Kalimuthu atau Jaafar Patola atau Nordin Mat Top sekalipun. Hendak diletakkan tuduhan pada PI Bala pun mustahil juga. Ada beberapa ekor shj yg boleh menepati jawapan kpd teka teki mudah ini. As usual, clever clever squirrel jumping at last will fall to the ground.

    ReplyDelete
  4. Polis jahat sepert Sirul yang dah mengaku menembak dan meletupkan mangsa patut dibunuh sahaja. Tengok muka diapun macam sial, elok dia temankan Anwar elJuburi dalam lokap. Dua ekor hewan ni memang ahlul Jahannam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni nape bangang. orang tak caya pada mahkamah malaysia.mahkamah kartun.orang lain yang suroh bunoh orang lain pula nak ketali gantung.eloklah kau sendiri yang pergi terjun bangunan kerana percaya kepada mahkamah kartun.

      Delete
    2. ..daripada sibuk hal orang..baik jaga jubor emak atau isteri kau..tak di taler kat bangla....

      Delete
    3. Puki mak lu lah....macam mana kau samakan sirul jahat macam anwar. Kau tu yg sabenarnya seribu kali jahat. Sial punya manusia bangsat. Adek beradik .....

      Delete
    4. Sirul memang pengganas. Sirul tu macam pembunuh upahan. Boss suruh fdia bunuh saja.

      Siapa yang kata Sirul tak bersalah elok aku upah pembunuh upahan macam Sirul, bunuh anak bini korang. Lepas tu lu pikirlah sendiri ....

      Delete
    5. Pengganas pulak! Weh hati2 sarjan misai.. Kang US tau ada pengganas kat malaysia, dah tu dlm PDRM pulak, takut diserangnya kita. Ingat BuSh ckp! Are u with us, or against us!

      Delete
    6. Elok la mangkuk ayun 6:59 ni di lotup an dgn c4.ni seko laie si bangang.byk bona mkn kangkung la ni

      Delete
  5. Sirul tu mmg pun dah pasti bersalah.Realiti nya apa motif dan siapa arah sirul tu utk membunuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sirul tu tak bersalah. Yg bersalah tu ialah manusia bangsat yg membuat arahan dan upah pada sirul.
      Tau kah,,,,,,!,,,,,,,

      Delete
  6. Cerita Altantuya belum sampai klimaks lagi rupanya. Tak sabar tunggu pengakhiran kisah tragis ni. Walaupun pd peringkat pertengahan cerita nampak mcm tak best ja sbb semua ikut skrip.

    ReplyDelete
  7. Dedah jgn tak dedah...

    ReplyDelete
  8. ..kalau ikut naluri dan tabiat semula jadi manusia...,sekiranya Najib tidak terlibat dlm pembunuhan Altantuya, beliau akan menjawab seperti ini;

    "...kalau betul Sirul terima arahan untuk membunuh...maka Sirul perlu memberi maklumat itu untuk polis menjalankan siasatan dan menangkap dan mendakwa orang yang mengarahkan pembunuhan itu'

    Kalau Najib cakap macam ni, aku confident 100% dia tidak terlibat dlm pembunuhan Altantuya.

    Tapi Najib tidak berkata demikian...dia memperlekehkan Sirul pula seolah2 dia tahu siapa yg mengarahkan pembunuhan itu dan jawapan dia adalah kerana hendak melindungi orang itu..

    Munkin ini lah bala akibat kes liwat Anwar. Sekarang dng jawapannya, semua orang yakin beliau tahu siapa yg beri arahan membunuh dan penglibatannya. Saya agak APCO tak bolih nak buat damage control lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn statement lu bro! Aku suka org yg rational bagi komen. Bukan spt mereka2 yg bahalol bagi komen!

      Delete
    2. memang steady la lu punya komen 09:43 , apa yang lu sebut tu mmg betul & logik.

      Delete
    3. Saya pun berpendapat begitu bro, kalu ikut sudut psychology nya.

      Delete
  9. Jeng jeng jeng.....episod Altantuya semakin mendebarkan.

    ReplyDelete
  10. Tak payah nak pusing cerita,tumpukan pada Anwar Ibrahim jgn sampai terlepas. Barua tu kalau terlepas keluar Negara pun dia jual.. Kalau Puak2 Anwar memerintah negara, banyaklah Penjenayah jadi bebas..kes bunuh, kes liwat, kes samun kes penipu semua bolih jadi pemimpin... Pembangkang memang sial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spot this comment from trully stupid & idiot machai! Try harder! Kalau boleh coherently anwar punya kes dgn kes sirul ini. Ko paham tak maksud aku ni? Tak paham tanya yer... Jgn jadi bodoh sombong walaupun ko memang bodoh!

      Delete
    2. bunuh dengan liwat pun tak tahu nak beza, pegedahhh!!
      kalau ada 10 org macam macai 11:07 kat dunia ni, lingkup dengan kebodohan dan kebahalolan beliau

      Delete
    3. Apalah macai2 ni orang discuss hal altantuya, DSAI juga yg mereka babitkan. Confirm mereka mmg kasihkan DSAI

      Delete
    4. Macai dah kehabisan idea dan hujjah. Patut abang jib pun kata bangang!

      Delete
  11. Mak pig tu siapa, cerita kes ini, ko dengar nanti pasti ngok kata annuar yg beri arahan bunuh, mereka ni boleh putar alam, sebab malasia mereka ngok punya,
    Makcik pakcik felda 100% percaya dgn muka2 babi yg byk dlm parti ngok.
    Muahahahahahaha....

    ReplyDelete
  12. Yg sedihnya kenapa mahkamah, mcm kelamkabut, xmcm kes juboq sexfuckinfool, lebih kenfiden
    Apakah skrip dah teratur kan, cuma siri drama d tygkan

    ReplyDelete
  13. Altantuya datang ke Malaysia untuk jumpa Razak Baginda. Secara fakta, telah dikenalpasti bahawa Altantuya kekasih gelap Razak Baginda. Malahan, mereka diberitakan telah pun berkahwin. Altantuya mahu Razak Baginda berikan USD500K untuk dirinya sebagai saraan nafkah.

    Apa yang berlaku ialah, ada "Polis Jahat / Bad Cop", yang bertindak lebih sudu dari kuah sehingga membunuh Altantuya. Sirul sendiri dah mengaku, membedil kepala Altantuya dengan 2 butir peluru, walaupun Altantuya merayu Sirul. Bukan itu sahaja, malah Sirul mengaku mengikat bom pada tubuh Altantuya dan meletupkannya.

    Sangat zalim perlakuan Sirul ni. Memang patut PM Najib membakulsampahkan sahaja soalan si wartawan tu ...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Spot another comment from the idiot machai! Weh! Cuba la kaitkan dgn razak baginda dgn polis UTK. Sape razak baginda yg boleh suruh polis UTK! Ulang polis UTK untuk arrest altantuya ni? Ko ingat polis UTK ni boleh senang2 bom minah ni tanpa tujuan? Igt.. Diorg ni polis UTK! Well trained! Ishk! Aku imagine muka bodoh ko tengah bagi komen!

      Delete
  14. Kau org Melayu ni tak habis habis nak cerita sensasi...Melayu suka drama kan...sbb tu la kau org merempat miskin je...dah buat dasar ekonomi baru 50 tahun dah...dok merempat je lagi...sama la tok Korok Budin ni...kasi cerita sensasi lagi Budin

    ReplyDelete
  15. Ishk! Ishk! Ishk! Ko kalo tak der idea nak bagi komen, jangan la komen! Dah la pulak salah melayu sukakan sensasi la, drama la, DEB pun masuk sekali! Tuan blog pun kena! Ha ha ha.. Kesian kat lu bro! Ada sebelum ni org cakap ko bodoh?

    ReplyDelete
  16. anoy 14.07 ...ini yg dikata org...tak komen, org tak tau kita bodo...bila komen...baru nmpk kebodohan anda...tu yg sebok komen gak tu..haduiii

    ReplyDelete
  17. 1611, 1725..Hehe...aku komen je bro...aku tak de giler politik bro...giler duet ye la...giler politik mcm ko org ape dapat nyer? Dapat lubang talk je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly spt yg aku pikir.. Lu makhluk yg tak der harga diri..ngaku giler duit lak tu..aku harap makhluk spt ko hanya hidup di sini.. Bukan di alam nyata. Sbb di alam nyata..ko tak layak jadi manusia..Heheh..

      Delete
  18. Fakta di sini kenapa di dalam mahkamah perkara ini (siapa yang memberi arahan) tidak dibangkitkan oleh Peguambela Sirul dan atau Pendakwaraya !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lu cerita ni bro? Dlm perbicaraan barisan peguam pendakwa dan peguambela bersekongkol melindungi individu tertentu. Tertuduh yg percaya kpd peguam untuk membelanya, telah kena main oleh peguam itu. Tertuduh tidak boleh suka2 cakap dlm mahkamah, melainkan menjawab apa yg disoal oleh peguam atau hakim SAHAJA. Sudah tentulah soalan untuk bertanyakan 'siapakah yg memberi arahan' atau 'apakah sebabnya kamu membunuh Altantuya' atau sebarang soalan lain yg boleh memerangkap atau mengaitkan individu yg dilindungi itu, tidak akan ditanya oleh semua peguam mahupun hakim. Ianya telah diatur dgn menyalahgunakan proses perbicaraan, nampak spt dibicarakan tapi ianya wayang saja.

      Delete
    2. Didalam mahkamah lain cerita...mereka menipu utk membebaskan diri...luar mahkamah sudah dihukum gantong mestilah nak cerita yg sebenar...

      ....yang tahu siapa yg mengarahkan mereka membunuh ialah Sirul dan Azilah sendiri....

      Tetapi dlm pembelaan mereka dlm Mahkamah dari awal hingga akhir..mereka kata, mereka tak bunuh Altantuya dan tidak ada ditempat kejadian....mereka menipu... Siap dgn alibi sekali...

      ..Kalau pembelaan mereka seperti diatas...tak kan mereka akan memberi keterangan mengatakan mereka membunuh atas arahan seseorang..punah ranahlah pembelaan mereka,,,, bodohlah mereka...

      Ada faham Kluangman mengapa dlm mahkamah, mereka tidak bolih cerita benar...dan terpaksa menipu... Dlm mahkamah, mereka menipu untuk melepaskan diri dari pertuduhan..

      Dah dithabitkan baru nak cerita yg sebenarnya...sebab Sirul punya fikiran sekarang...banyak orang yg terlibat dlm kes ini..sebab apa aku dan Azilah shj kena gantung....

      Delete
  19. Jln2 kat bkt bintang td..tgk amoi seksi terbayang kote bengkok..celaka tul

    ReplyDelete
  20. ini sebenarnya teknik najib ... semua dah di rancang .... sengaja lepaskan sirul ke australia .. lepas bongkarkan rahsia sorang mangsa yg akan dikambing hitam kan oleh sirul najib & the gang ....jeng jeng jeng !!!

    siapa orgnya yg memberi arahan ?? dah tentu bukan najib & the geng ... percayalah !! hahaha ...

    This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !!


    http://scalar2u.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. Aku nk tanya Puak2 Pembangkang terutama Penulis Blogger Shahbudin yang BODOH yg sentiasa buat Fitnah, sering buat Karangan untuk tujuan Kontroversi..adakah kamu pernah hidup aman damai dibawah pemerintahan Pembangkang??? sehingga kamu amat merindui dan mengajak org lain supaya bersetuju dgn kamu untuk menukar kerajaan yg ada sekarang kepada kerajaan Pembangkang yang dipimpin oleh seorang Banduan kaki Liwat iaitu Anwar Ibrahim.. Apakah teruk sangat kerajaan yg ada skg sehingga membiarkan rakyat menderita, merempat, kebuluran sehingga mati tak makan.. atau Awak akan mendapat habuan bila Pembangkang memerintah jadi kerajaan.. Renungkanlah sejenak kalau Awak mempunyai Akal yg Waras . Awak dilahirkan di Malaysia dalam pemerintahan kerajaan yg ada skg.. Awak pernah mendapat kedudukan dalam kerajaan skg.. Awak pernah dapat habuan dari Mara hasil usaha pemimpin Melayu.. Apa lagi yg Awak mahukan.. INGAT kalau berlaku kehancuran hasil daripada Awak menabur Fitnah, Awak pun akan terima Padah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 08:52
      Orang yang menentang UMNO Baru dan BN mesti bersiap sedia dengan fakta dan bukti sebelum bersuara. Kau buta ke PDRM sekarang sentiasa sibuk mengejar rakyat pro pembangkang dengan akta hasutan?

      Tapi bila Sirul buat pendedahan PDRM kata tidak boleh buat siasatan kerana tidak cukup bukti sedangkan sebelum itu PDRM bertindak hanya atas laporan polis saja kepada sesiapa saja tanpa perlu cukup bukti. Dari perbuatan itu siapa yang buat fitnah kalau bukan PDRM sendiri ?

      Orang yang menentang kerajaan BN bercakap diatas kelemahan dan kebodohan kerajaan itu sendiri. Itu sebabnya pemimpin pro pembangkang begitu lantang mengkritik kerajaan dalam banyak pekara kerana fakta dan bukti ada pada tubuh si pemerintah. Macam mana kau boleh belit kata empunya blog ini buat fitnah ?

      1MDB nak berniaga tapi tak ada modal. Kerajaan BN guna duit rakyat bagi 1MDB buat modal. Orang berniaga berasaskan nilai produk yang mereka cipta dan jual tapi 1MDB beli produk melebihi harga pasaran dengan cara berhutang. Tak mampu bayar hutang mereka berhutang untuk bayar hutang. Kelakuan dan perbuatan mereka itu menjadi fakta dan bukti bahawa syarikat 1 MDB gagal dalam perniagaaannya. Siapa yang buat fitnah sedangkan kelemahan itu ada pada dalam syarikat itu sendiri.

      Semua orang tahu kerajaan BN gagal merealisasikan kehidupan rakyat lebih selesa dan mampu berbelanja. Ada banyak fakta dan bukti menunjukkan kerajaan BN memang bodoh dan hipokrit dalam menguruskan ekonomi rakyat.

      Berkaitan dengan Anwar, beliau adalah rakyat berbangsa melayu beragama islam yang mempunyai idea yang lebih bagus untuk meningkatkan taraf hidup bangsanya, agamanya dan rajanya ketempat lebih mulia dan dihormati oleh warganegara Malaysia dan antarabangsa.

      Sesiapa boleh saja membenci Anwar Ibrahim tapi saya menyukainya dan saya juga tidak percaya Anwar meliwat Saiful biarpun mahkamah telah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Tiada siapa yang boleh menghalang saya untuk mengatakan Anwar tidak bersalah.

      Anwar kaki liwat
      Najib penipu dan boros
      Mahathir pengkhianat
      Daim hipokrit

      Kamu sokong siapa ?

      Delete
    2. Firaun pun tak meliwat

      Delete
  22. Setuju 100% sama 0852. Budin ni org yg kecewa dlm politik. Bila kecewa mau bikin kecoh. Mau kecewakan semua org. Mau runtuhkan sistem yg membantu dia...

    ReplyDelete
  23. Jgn biarkan islam mendominasi keganasan didunia ini.Dimana saja islam minoriti disitulah islam membunuh dan mengebom manusia lain.cuba tengok dimana kristian minoriti disitulah mereka patuh dan setia kepada pemerintah walau pun dilayan dengan teruk.apakah 21 umat kristian disembelih isis terlibat dengan permusuhan sunni dan syiah.apakah kita tidak pernah terfikir dari sudut ini.

    ReplyDelete
  24. Raja petra kata anwar nk buat unity goverment umno-pkr? Pak budin tak mau ulas ka. Hari tu masa pas-umno bukan main lagi berdegar-degar marahkan pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja petra tu apa ? Manusia atau binatang ? Dia ada dimana sekarang, kenapa perlu merujuk apa saja kenyataan yang dikeluarkan nya ?

      Delete
    2. Oiii....Bangang, kamu kenal tak Raja Petra Kamaruddin tu? Baru 2 ke 3 hari baca blog politik nak suruh rujuk kat RPK? Pergi sondol puki mak kamu lagi baik dari sondol RPK tu....

      Delete
    3. Dulu raja petra ni la kiblat pakatan..

      Delete
  25. Semua rakyat Malaysia pastinya mahukan keadilan ditegakkan tanpa wujud apa apa unsur keraguan. Menjadi tanggunhjawab pemerintah memastikan sistem perundangan dan kehakiman diuruskan secara yang wajar. Kita bimbang kerana perasaan ragu dan ketidakkepercayaan orang ramai terhadap sistem perundangan negara kian bertambah dekad ini. Jadi kepercyaaan orang ramai terhadap sistem sedia ada perlu dikembalikan dan pemerintah perlu melihat dan peka serta mengambil tindakan tertentu untuk memperbaiki situasi yang kian genting ini. Kita percaya selaku rakyat yang waras dan bebas tanpa mengira fahaman politik, mereka tentu mengutamakan kebenaran dan keadilan tanpa perlu ada rasa memihak melainkan kerana kebenaran dan hak semata mata.

    ReplyDelete
  26. Bila perundangan memihak kpd pembakang tak de pun kau org melalak mcm anjing giler..kau org nak satu dunia sokong kau org...pegi mampos la...

    ReplyDelete
  27. Pak budin...kabarnya dah tesebar gambar sirul ngan pm. Ulas la ape hubungan disebalik gambo tu..tentu menarik...sedang pm kata x kenal sirul...bes ne..

    ReplyDelete
  28. Anwar byk penyakit..keluarganya kata anwar sakit belakang, sakit tengkuk dan telah diracun. Yang terbaru mungkin denggi dek serangan nyamuk di dalam penjara. Keluarganya lupa untuk sebutkan satu penyakit anwar yg telah merosakkan kareer politik dan menjadikannya seperti hilang maruah kemanusiaan..penyakit tersebut ialah masalah ketagihan seks yg kronik.

    ReplyDelete
  29. Jgn terkejut yg Anwar Ibrahim yg memplotkan semua ini. Peguam Shafee kan berkaliber.

    ReplyDelete
  30. Tggu kt pdg mahsyar..smua kesalahan dan dosa akan diadili seadil adilnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...