Thursday, 31 July 2014
Sudah Sampai Masanya Ada Pemimpin Pas Perlu Sertai Perkasa atau Isma
Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan menolak perjuangan berasaskan bangsa. Bagi Pas, perjuangan bangsa adalah assabiyah dan ditolak oleh Islam. Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah berkata, di akhirat nanti, Allah tidak bertanya sama ada kita Melayu, Cina atau India tetapi akan bertanyakan keislaman seseorang itu.
Sebab itu, kata beliau, Islam adalah lebih penting berbanding bangsa.
Salah satu asas penolakan Pas terhadap UMNO ialah kerana UMNO berjuang semata-mata kerana Melayu. Kadang-kadang pula perjuangan UMNO mengenai Melayu melebihi Islam itu sendiri. Dan bagi Pas, apa yang dilakukan oleh UMNO itu tidak betul sama-sekali.
Apabila Pas meletakkan Islam, dalam konteks negara ini yang mana Melayu adalah majoriti, ruang lingkup perjuangan Pas nyata lebih meluas. Ini kerana hampir semua Melayu adalah Islam. Kaum Bumiputera dan bukan Melayu yang beragama Islam juga termasuk dalam perjuangan Pas.
Tidak diragui bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas adalah perjuangan yang menyeluruh, lebih-lebih lagi cita-cita menubuhkan sebuah negara Islam atau negara yang berlandaskan hukum Islam sentiasa bermain di bibir para pemimpin Pas setiap kali mereka berceramah di seluruh negara.
Tidak pernah tergambar di benak sesiapa pun ada di kalangan pimpinan Pas yang bercitra assabiyah, mempunyai sentimen perkauman dan bernaluri rasis, meskipun ahli dan pimpinannya mempunyai latarbelakang yang berbagai. Sama ada kalangan ulama, golongan agama atau profesional semuanya dianggap menerima Islam sebagai asas perjuangan serta menolak elemen berasaskan bangsa.
Sehinggalah bocornya tulisan di whatsapp oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikannya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung kemelut politik di Selangor, baru-baru ini, barulah disedari rupa-rupanya wujud juga di kalangan pimpinannya yang meletakkan bangsa dan kaum sebagai asas perjuangan, malah bersikap rasis, perkauman dan cuba bermusuh dengan kaum dan agama lain.
Hanya bermula dengan tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang yang mahukan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dikekalkan dan ianya kemudian menjadi polemik di kalangan rakan-rakan dalam PR serta perbezaan pendapat di dalam Pas sendiri, Dr Zuhdi yang ingin menyatakan sokongan kepada Haji Hadi, telah menelanjangkan citarasa politiknya yang sebenar selama ini.
Dalam tulisannya yang sudah tersebar luas itu, jelas beliau bukan saja ingin bekerjasama dengan UMNO yang mengamalkan assabiyah tetapi juga cuba membuat andaian dengan kekuatan Melayu melalui kerjasama antara Pas dengan UMNO itu, kerajaan baru di negeri Selangor nanti boleh "menjentik" dan "sergah" kaum dan agama lain dengan mudah.
Berikut adalah tulisannya itu, "Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataan mutakhirnya boleh terima TSKI sebagai MB.
"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana non muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini."
Membaca tulisan Dr Zuhdi, terlihat bahawa beliau lebih perkauman, rasis dan assabiyah daripada kebanyakan pemimpin UMNO sendiri. Mungkin juga di dalam Pas bukan Dr Zuhdi seorang yang mempunyai naluri politik sepertinya, malah ramai lagi sepertinya. Cuma, mereka tidak menyerlahkan warna diri yang sebenar.
Benar, seperti kata Naib Presiden Pas, Husam Musa bahawa apa yang telah ditulis oleh Dr Zuhdi telah menghancurkan apa yang dibina oleh Pas selama ini. Berpuluh tahun Pas menentang politik berasaskan kaum, rasis dan assabiyah, tiba-tiba ada pimpinannya sendiri bersikap bukan seperti pemimpin Pas, malah lebih dahsyat juga daripada sesetengah pemimpin UMNO sendiri.
Pemimpin UMNO yang menyedari perlunya kerjasama dengan MCA, MIC dan lain-lain tidaklah terlampau rasisnya kerana bimbang tidak mendapat sokongan dalam pilihanraya.
Di negara ini, hanya Perkasa dan Isma atau Ikatan Islam Malaysia yang sepenuhnya bersikap rasis dan perkauman. Bagi kedua NGO ini, semua perkara mestilah mendahulukan kepentingan Melayu dan Bumiputera dan tidak ada tolak ansur mengenainya.
Dr Zuhdi dan lain-lain pemimpin dalam Pas (jika ada) yang mahu berpolitik secara perkauman, adalah lebih baik turut menyertai Perkasa atau Isma yang memang dikenali sebagai NGO yang sarat dengan semangat Melayu, perkauman, anti Cina dan anti gereja itu.
Perkasa dan Isma tentu berbesar hati jika ada pemimpin Pas sedia menyerai NGO tersebut. Tentulah lebih berwarna-warni perjuangan atau demonstrasi Perkasa atau Isma selepas ini jika ia turut sama disertai oleh pemimpin Pas. ibrahim Ali tentulah juga amat berbangga jika Dr Zuhdi dan lain-lain pemimpin Pas yang sealiran pemikiran dapat bersama-sama dengan perjuangannya atau duduk di sebelahnya ketika beliau mengadakan sidang akhbar.
Sekurang-kurangnya dengan menyertai Perkasa atau Isma, Dr Zuhdi dan lain-lain pemimpin Pas yang bercitarasa perkauman itu tidak perlu lagi berpura-pura atau menyembunyikan diri mereka. Jika bersama Pas, pakailah kopiah dan bercakaplah mengenai Islam tetapi jika ingin bersikap rasis dan perkauman, tanggalkanlah kopiah dan menjerit atau berdemolah bersama Perkasa atau Isma.
Ibrahim Ali pasti paling gembira jika semua ini menjadi kenyataan. (SH 31/07/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau kita melarang ahli PAS bercakap soal perkauman kenapa kita tidak larang PAS bersekongkol dengan bapak segala bapak perkauman - DAP.
ReplyDeleteAlif tendang wau la you ni
DeleteAnon 14:12
DeleteNampak sangat pemikiran yang beku dan tidak dapat melihat realiti yang ada disekeliling.
Rasis pada mana-mana parti politik kita bol3h lihat dari 2 perkara. Pertama dari perjuangan semasa parti tersebut. Jika ia rasis ia akan bercakap siang malam dalam gerak kerja politik atas dasar rasis. Kedua kita lihat dari dasar penubuhan parti itu s3ndiri. Jika ia adalah parti rasis maka keahliannya hanya terbuka kepada satu kaum sahaja. Asas perjuangannya juga adalah untuk kepentingan kaumnya.
Kat Malaysia ni banyak parti-parti politik berasaskan kepentingan kaum masing-masing. Maknanya asas pe4juangannya adalah rasisme. MCA, MIC, UPKO( parti kadazan dusun di Sabah),PBDS. Sebahagian besarnya adalah komponen-komponen BN.
Manakala UMNO dan PBB ( parti persaka bumiputra bersatu sarawak) adalah parti yang berasaskan kaum bumiputra. Kita boleh kat3gorikan kedua parti ini juga berasaskan rasisme tetapi dalam kont3ks yang lebih luas dari parti-parti diatas kerana ia menerima keahlian semua kaum yang dikategorikan dibawah takrif bumiputra. UMNO misalnya mempunyai ahli bumiputra bukan melayu bukan Islam di Sabah dan orang siam di Kedah menjadi ahlinya. Selain itu kaum baba dan kaum portugis di melaka juga layak menjadi ahli UMNO. Manakala PBB menerima semua etnik bumiputra di sarawak sahaja menjadi ahli.
s3moga sedikit pencerahan ini dapat m3ncairkn minda agar berfikir berasakan fakta. Bukan pakai h3ntam keromo sahaja.
Tak kisah la nak kata apa pun, pencerahan ke analisis ke tak siapa kisah. Malah kalau betul PAS nak kembali
Deleteberpeluk bergomol dengan
UMNO pun tak apa. Apa yang jadi perhatian khalayak ialah
masih ada segelintir
kepimpinan PAS yang selalu
memperjuangkan PAS FOR
ALL berfikiran macam tu...
Dr. Zuhdi , tolonglah letak jawatan dan keluar dari PAS ....... jangan ikut sifat UNO . Masa terdesak sangat timbul bahasa perkaumannya , setelah berkuasa habis kaum sendirri ditaramnya ...... kemudian segala kepentingan dikaut oleh anak-beranak dan kroni serta diserah pada non-malay. Habis segala benda diperniaga sesuka hati ( air, elektrik , jalanraya ,minyak dlln. ) Kos hidup makin meningkat walau syarikat dah untung berbilion , masih tak cukup ..... aper lagi lepas ni , kita tunggu dan tadah jer ....!
ReplyDeleteZuhdi patut keluar PAS dan join DAP atau PKR sebagai tanda keikhlasan
ReplyDeleteInilah dikatakan kerana seorang yg kentut...semua org dpt aromanye
DeleteBagus zuhdi...tahniah zuhdi...kau terbaik...nak bina rumah bukan senang...nak runtuhkan..sat je...oh zuhdi....kau insan terpilih....teruskan langkahmu...
ReplyDeleteJgn salahkan dia sorang saja. ...seluruh group whatapps tu pun patut bertanggungjawab. ...Tangkap bapa Ayam tu
DeleteKalau sesama PR pon bertelagah samapi kiamat la Malaysia ni berkerajaankan BN
ReplyDeleteExcellent piece Tuan Shahbudin!
ReplyDeletePKR mabuk PAS sasau DAP bengong kenapa nak kenen dengan orang lain - Mengakulah sendiri bodoh.
ReplyDeleteKhalid seorang pun 3 parti tak boleh selesaikan, woiii malu le..
UMNO BN yg hebat dlm hal ni....Telan lah kenyataannya walaupun pahit...
DeletePR tak boleh settle,sebab PR bukan macam BN.BN ada PMnya yang macam Santa Claus.Cakap berapa RM saja,kes selesai.
DeleteJanji Terus Berkuasa
DeleteKecewa dgn Presiden Pas itu sendiri. Ilmu ugama tinggi tp ilmu politik masih tahap budak tadika. Ada jk tp over ride keputusan jk. Kalu x percaya pd jk hadir sendiri mesyuarat tersebut.
ReplyDeleteSebab sekor malaon tahap pemikiran umno,lebih baik suruh dia join umno,perkasa atau beras jati.Last kali dia akan merasakan nikmat seperti Hassan Ali.Dipinggirkan oleh semua orang akibat tindakan dan pemikiran mereka yang bodoh lagi hodoh.Pemikiran perkauman yang dilarang oleh islam atas apa pun alasannya. Di akhirat nanti,orang yang hampir dengan Tuhannya adalah orang yang mematuhi dan takwa, serta perilakunya terhadap ajaran itu sendiri,walaupun rupa mereka hitam legam macam negro.
ReplyDelete"Membaca tulisan Dr Zuhdi, terlihat bahawa beliau lebih perkauman, rasis dan assabiyah daripada kebanyakan pemimpin UMNO sendiri. Mungkin juga di dalam Pas bukan Dr Zuhdi seorang yang mempunyai naluri politik sepertinya, malah ramai lagi sepertinya. Cuma, mereka tidak menyerlahkan warna diri yang sebenar."
ReplyDeleteSepatut nya sebagai Melayu, semua mesti berfikiran sedemikian ! Jika dibanding bukan Islam, mereka lebih teruk dan sentiasa mendahulukan bangsa mereka ! Bukan sahaja di sini, buka mata dan lihat pergolakan di luar negara... Islam dan penganut nya musuh No 1 !
Masih tidak sedar ? Melayu memang suka mengagongkan kebodohan sendiri, jual maruah dan negara. Tiada platfom kesepaduan, seperti moyang kita lakukan, walaupun dalam satu kampung, memegang kepada yang WAJIB. Politik dan pengaruh persepsi menjadi melayu menjadi ekstrim terhadap bangsa sendiri yang sepatut nya di utamakan. Dalam soal pemerintahan untuk bangsa atau kaum berbilang, memang terdapat contoh
yang mesti di ikuti. Sesungguh nya Sunnah dan sumber nya Al Quran semesti nya di nobatkan. Bukan kronisma dan nepotisma dan fahaman dari manusia yang mesti di praktikkan. Lebih-lebih lagi demi anak, keluarga dan kepentingan kumpulan sendiri.
Jika di sindir Melayu sokong ISMA dan PERKASA, saya sebagai Melayu, memohon ia bukan lagi sindiran. Ia mesti di realitikan kerana rencana dunia
dari musuh no 1 Allah SWT kini sudah menjelmakan lembaga nya... di sabitkan Malaysia melatih pejuang-pejuang Islam di Palestin yang mereka namakan 'pengganas' !
Ada kah mempertahankan Tanahair, Keluarga, saudara seIslam dan Agama Islam di panggil 'ekstremis' atau 'pengganas' ???
Jangan lah Melayu tergolong dalam fahaman 'lencongan akidah' yang di rencanakan pihak zionis dan Amerika secara halus, menyembah dan menyokong kekafiran pencatur dunia. Ia tidak lain, kuasa yang menguasai.
Sdra,
DeleteTak payah nak jual minyak urat pasal perpqduan melayu le. Perpaduan melayu tu bermakna royalti minyak kelantan kena bagi kepada rakyat kelantan lah sebab 98% rakyat kelantan adalah melayu. Lebuhraya pantai timur sepatutnya dibuat sampai ke kota bharu. Duit royalti minyak terengganu tidak patut ditukar kepada wang ehsan apa UMNO kalah di terengganu tahun 1999 dulu.
Ini belum dikira bantuan-bantuan lain yang dianaktiri sesama melayu hanya kerana pe4bezaan parti politik je......tak payah nak jual minyak uratlah. Orang cerdik dah ramai. Sifir seseorang tu cerdik jika sokong UMNO tetapi bodoh walaupun mempunyai p3ndidkan jika tak m3nyokong UMNO.....dah lapok dah.
Tak pqyah lq nak bodohkan orang melayu.
Keh keh keh.... kesiann pemikiran org mlayu hari ni begitu mudah kene klon dgn red bean yg menyamo jd melayu...
ReplyDeleteHidup dr zuhdi..... sebut nak lanyak dap bukan rasis tapi mmg dituntut oleh agama islam...
Umat islam lupa.... dap lah satu2nya penghalang hukum hudud setelah umno sedia berkerjasama...
Musnahkan dap adalah agenda utama bg umat islam di msia hari ini...
Suka2 tuduh orang tak sembahyang lah tuduh orang jual pil kuda lah.macam tu nak laksana hudud.bersihkan lidah dulu baru buat hudud..
DeleteAnon 21:28
DeleteBanyaklah cakadak UMNO sokong PAS hendak laksanak hudud. Budak tadika pun tahu itu adalah sokongan untuk menjahanamkan PAS.
Apasal sokongan pihak lawan buat hudud di negeri yang dikuasai lawan je. Kat negeri yang dikuasai UMNO langsung takde niat sebesar kuman nak buat sama. Kalau ikhlas buat bersekali dengan Kelantan....
UMNO ada berani ke? Pirahhh....mana berani, MCA,MIC dan komponen-komponen lain dah bagi warning sakan hari tu....
Tulisan yg penuh dgn sindiran dan pengajaran. Perlu dijadikan iktibar. Percayalah kemelut ini akan berakhir. TSKI akan letak jawatan mengikut kehendak partinya sebagai seorang yg bermaruah. Dr Zuhdi sama ada diampunkan keceluparannya atau dipecat dari PAS. Itulah kesepakatan dlm PR. BN akan kecewa kerana sandiwara berakhir dengan 'happy ending'. Kalau sebaliknya...faham-faham je la...
ReplyDeleteBerilah peluang kpd Kak Wan mentadbir Selangor setelah pengalaman/kejayaan beliau mentadbir parti PKR menjadi parti terbaik dlm negara dr segi demokrasi, kesetiaan ahli, pemilihan parti yg telus & bersih tanpa masalah...wakaka..jgn dipeduli lah apa dr zuhdi n PAS nk kata apapun.
ReplyDelete