Wednesday, 30 July 2014
Hadi Awang Tidak Relevan Lagi Pimpin Pas
Berikutan tindakan Presiden Pas, Haji Hadi Awang mengeluarkan kenyataan peribadi menyokong Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, ia kini melarat kepada pergolakan yang lebih besar kepada Pas dan juga PR. Di dalam Pas, ia telah menyerlahkan keinginan sesetengah pihak dalam parti itu yang ingin bekerjasama dengan UMNO dan mengkhianati rakan-rakan sepejuangannya melalui maklumat whatsapp yang bocor dan tersebar luas sekarang ini.
Di dalam PR pula, tindakan Haji Hadi itu telah meretakkan hubungan PR dan menungkinkan kerjasama antara Pas, PKR dan DAP bakal berkecai.
Secara langsung juga, ia menyerlahkan kelemahan Haji Hadi sebagai presiden parti. Beliau seharusnya sedar bahawa sebagai ketua parti, beliau tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mendahului keputusan mesyuarat, lebih-lebih lagi jika menyedari ia mungkin menimbulkan kontroversi.
Apakah perlunya Haji Hadi bercakap mempertahankan Khalid Ibrahim secara gopoh tanpa mahu menunggu mesyuarat pada 10 Ogos depan? Apakah kepentingan yang ingin dipertahankannya?
Di sinilah terserlahnya kelemahan utama Haji Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor ini, tambahan pula beliau juga tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 23 Julai lalu.
Melalui tindakan Haji Hadi itu juga, ramai yang kecewa dengan sikapnya itu. Ahli Pas yang mendokong perjuangan bersama PR dengan hasrat utama menumbangkan UMNO, mulai merasa mual dengan perkembangan terbaru ini. Haji Hadi bukan saja dilihat senada dengan UMNO dalam mempertahahkan Khalid, bahkan pembocoran adanya pimpinannya sendiri yang mahu bekerjasama dengan UMNO dengan membentuk kerajaan campuran tidak lebih menunjukkan bahawa menentang kemungkaran yang sering dilaung-laungkan selama ini bukanlah agenda utama sebenarnya.
Soal kedudukan Khalid yang akhir-akhir ini mesra dengan UMNO tetapi ingin dipertahankan oleh Haji Hadi dengan alasan beliau tidak pernah mengkhianati rakyat, jelas menunjukkan Presiden Pas itu tidak belajar daripada kesilapannya mempertahankan Azizan Razak di Kedah dahulu. Ketika itu ramai pimpinan Pas Kedah yang mahukannya menukar Azizan Razak tetapi kerana terus dikekalkan, akhirnya UMNO dapat merampas kembali negeri itu.
Begitu juta di Selangor, Khalid sejak akhir-akhir ini telah menampakkan wajahnya yang sebenar. Beliau lebih mesra UMNO dan Pusat daripada PKR dan PR yang meletakkannya ke jawatan Menteri Besar. Beliau bukan saja mentadbir Selangor secara solo, malah tidak mahu menemui jawatankuasa yang dipersetujui oleh PR mengenai isu air.
Mungkin benar, seperti pemahaman Haji Hadi bahawa Khalid tidak mengkhianati rakyat tetapi beliau sebenarnya telah mengkhianati perjuangan PR dan rakan-rakannya sendiri.
Tidak mustahil mengekalkan Khalid yang disokong oleh Haji Hadi akan menyebabkan sejarah Kedah berulang dengan jatuhnya juga PR di negeri itu.
Oleh itu, untuk memastikan PR terus relevan dan kekal dengan momentumnya, bukan saja Khalid perlu ditukar, bahkan Haji Hadi sebagai Presiden Pas juga perlu dipencenkan dengan segera. Untuk menjadikan Pas terus diterima rakyat dan dinamik dalam tindakannya, Pas perlu dipimpin oleh seorang yang lebih matang, tidak gopoh, bijaksana serta kukuh pendiriannya.
Haji Hadi sekarang bukan lagi Haji Hadi yang dulu. Jika semasa namanya memuncak, beliau terkenal sebagai pemidato yang hebat dan keras dengan perkataan kafir dan taghut jarang lekang daripada bibirnya, bahkan amanatnya yang menolak kerjasama dengan UMNO kerana tidak mengamalkan ciri-ciri Islam masih lagi menjadi rujukn dan diperkatakan. Namun kini, ciri-ciri Haji Hadi yang dulu semakin menipis dalam dirinya.
Beliau juga begitu mudah dipengaruhi oleh maklumat tidak sahih, terutama dalam isu pil kuda dan calon bertindih di beberapa kawasan dalam pilihanraya lalu sedangkan kesepatatan telah dicapai sebelum itu. Ada juga maklumat menyebut beliau turut mengadakan pertemuan dengan kelompok tertentu dalam UMNO mengenai pembentukan kerajaan perpaduan sebelum pilihanraya lalu.
Semua ini menunjukkan ketidakyakinan terhadap perjuangan sendiri dan mudah terbuai dengan tawaran-tawaran lain daripada pihak luar.
Beliau juga ditakrif gagal kerana hanya berjaya mempertahankan kerajaan Terengganu selama sepenggal sahaja. Selepas menang di Terengganu pada 1999, tidak lama selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, Pas kemudiannya dalam pilihanraya 2004, 2008 dan 2013 seolah-olah tidak mampu lagi menumbangkan UMNO di Terengganu walaupun ketika UMNO Terengganu dipimpin oleh Ahmad Said yang paling gedebe dan kononnya paling tidak berkualiti serta dibenci.
Moralnya ialah rakyat Terengganu dapat melihat sendiri selama sepenggal kepimpinan Haji Hadi sebagai Menteri Besar lebih banyak diselubungi ketidakmampuan dan kelemahan. Haji Hadi nyata berbeza dari segi aura dan karismatiknya jika dibandingkan dengan Nik Aziz yang bukan saja lebih diterima oleh rakyat Kelantan, bahkan lebih kontemporari dalam membicarakan isu-isu semasa. Pengundi muda lebih menerima Nik Aziz berbanding Haji Hadi.
Kiranya Pas ingin terus maju ke depan dan dinamik dalam gerak kerja politiknya bersama PR, dalam pemilihan akan datang dan sebelum pilihanraya 2018, Haji Hadi perlu ditukar segera. Pilihlah yang terbaik di antara barisan kepimpinan Pas sedia ada untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti itu.
Pas perlu segera diselamatkan jika ingin terus mendapat sokongan yang baik daripada rakyat. Tindakan Haji Hadi "kacau daun" dalam isu Menteri Besar Selangor sudah mula menunjukkan adanya penolakan rakyat biasa terhadap parti itu. Ada juga ahli Pas yang mahu meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan kelemahan yang ditunjukkan oleh Haji Hadi, lebih-lebih lagi hasrat untuk bergabung dengan UMNO yang jelas ditunjukkan oleh salah seorang pimpinannya.
Jika Haji Hadi terus kekal memimpin Pas bersama gerombolannya yang pro UMNO, parti itu bukan saja akan terus menjadi pembangkang, malahan tidak mampu menyumbang kekuatan kepada PR mencapai cita-cita menumbangkan UMNO dan BN. Lainlah jika Pas hanya ingin pahala di akhirat dan lebih merelakan negara ini digenggam oleh UMNO dan BN selama-lamanya. (SH 30/07/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Di dalam berpartian...Hadi Awang satu-satunya Ketua Parti Politik yang paling kurang membuat kenyataan kontroversi atau menyusahkan banyak pihak dan rakyat berbanding dengan Anwar, Lim Kit Siang dan Najib.
ReplyDeleteSebelum dinyatakan Hadi tidak relevan lagi memimpin PAS, elok minta Najib, Anwar dan Lim Kit siang berambus dari kedudukan mereka sekarang !!! Mereka inilah lubuk segala masalah rakyat.
Hadi dikatakan tidak relevan sekadar bersetuju untuk tidak bersetuju dengan Anwar - admin pariah !!!
Anonymous 11:30 perbuatan berbohong, khianat, "subtle", bermuka-muka, jari telunjuk kelengking berkait lebih kontroversi dan menyusahkan kami pengundi. Nasib baik perangai dan warnanya timbul kini kalau tak masuklah kami ke lubuk hantu dikencing berdiri.
Deleteanon 11:31,
Deletesape kata takle tak setuju dgn anwar.. suka hatilah tak setuju tapi masuk meetinglah, pi balunlah dlm meeting, balun je anwar.... ini meeting tak masuk, hantar wakil pastu tak mau dgr amanat darimwakil, last2 pi buat kenyataan pribadi sebelum bermesyuarat semula... karut-marut..
sekarang pahamlah pasal ape org ganu bagi satu penggal je, takleh renew... dlm pru13 sibuk hal2 lain, kata ganu boleh menang balik... ape jadi?
hentamlah anwar, tegurlah anwar, kritiklah anwar, balun jea sebab die bukan maksum... tapi dgn hadi camne? org pulun anwar baik pr, Bn, ngo kiri kanan - ade betul, ade salah... hadi?
Nape nak "paria"kan admin...dia cuma buat analisis dia...klu x setuju...komen lah secara elok...telunjuk lurus kelingking berkait....
DeleteKenapa terhegeh-hegeh DAP dan PKR nak minta tolong dengan PAS - kata dulu PAS tidak penting dalam PR
ReplyDeleteape punya mangkuk, balik belajarlah dulu..
Deletehaha anon 11:30
ReplyDeletehadilah ketua yg paling bikin kontravesi @ buat ape2 yg menyusahkan rakyat.. sambung gelak balik, hahaha
kalau itu jadi hujah geng2 perpaduang.. elok korang jea yg bungkus... ni nak bagi tau, nak jadikan Islam tonggak bukan takat nak Hudud saje tau... ingat khinat bukan diterima dlm Islam... Selagi PAS masih dlm PR, terma dan syarat masih laku tau.. lainlah PAS keluar PR, hadi buat ape negatif org tak kisah udah geng lain...
ingat org kafir tgk camne ke tokoh Islam.. langsung takde hormat ke atas sebrg perjanjian, buat malu - camne nak berdakwah?
Tiba Masanya PAS Perlukan Presiden Baru Perkembangan politik PAS sebelum dan selepas PRU 13 menunjukkan bahawa parti Islam ini memerlukan Presiden baru.
ReplyDeleteJika Pas mahu terus releven di arena politik tanahair, Pas mesti dipimpin oleh pemimpin yang berkarisma dan bergeliga setanding dengan almarhum Ustaz Fadhil Noor.
Pas tidak boleh menyimpan lama ketua yang gaya pimpinan seperti Abdullah Badawi. Jika tidak, Pas terpaksa menerima akibatnya pada PRU14 kelak.
Menukar Presiden bukan bermakna menolak ulamak, tetapi merupakan satu usaha meletakkan sesuatu ditempatnya.
Bukan menidakkan ketokohan TGHA. Bahkan tiada siapa pun nafikan kejituan beliau yang sentiasa istiqomah dalam perjuangan. Tetapi Pas perlu meletakkan sesuatu di tempatnya. Menerajui kepimpinan politik kepartian tak sama dengan politik siasah kenegaraan. Politik kepartian hanya alat untuk capai maksud perjuangan. Apabila nilainya hanya 'alat' maka ianya mudah diperalatkan oleh karenah manusia. Sebuah parti yang mengurus karenah manusia memerlukan Presiden yang tajam akal dan sentiasa segar dengan idea kreatif.
Pas pernah dipimpin beberapa Presiden. Paling menyuburkan Pas adalah ketika berpresidenkan almarhum Dato Fadzil Noor. Selepas itu Pas hanya hidup atas momentum peninggalan almarhum sahaja. Tiada lonjakkan politik baru sepajang tempoh almarhum meninggalkan Pas. TGHA sangat amanah menjaga 'pusaka' momentum itu. Tetapi Pas perlukan momemtum baru untuk terus hidup atas alat politik kepartian ini. Sudah tiba masanya Pas dapatkan Presiden baru untuk melonjakkan momentum parti demi menghadapi tribulasi dan mehnah politik masa depan. Sesungguhnya sejarah dunia politik kepartian telah membuktikan bahawa parti yang dipimpin oleh banyak Presiden lebih maju kehadapan berbanding parti yang banyak lama dipimpin oleh satu dua kerat Presiden.
- Lan Jeniang
perjanjian hudaibiyah antara Rasullah saw dengan orang kafir musyrik,syarat-syarat yang memihak kepada orang kafir.Rasullah saw tak pernah berlaku khianat pada perjanjiian itu.
ReplyDeletekes calun bertindih pada PRU 2013 supaya pkr jangan menang banyak kerusi sebab itulah UG sanggup buat fitnah.cakap saja nak hudud tapi buat tuduhan tanpa bukti.
TERIMA KASIH PAS kerana menipu dan mengkhianati kami.
Sejak masuk suku, Presiden PAS sudah cepat habis stim dan cepat melalut, hi hi hi......
ReplyDeleteTu la banyak sangat bini kepala pusing modal tak cukup....ish...berenti je la....ajak khalid ibrahim buat party baru.
ReplyDeletePas nama jer kepimpinan ulama..tp cara xikutpun nabi dan para ulama
ReplyDeleteNampak gaya hj hadi memang pemimpin lemah dan tiada karisma.
ReplyDeleteDengar dari sumber intergriti rendah. Penghujahannya juga daif dan memalukan.
Mcm ne hj hadi blh cakap klu nak turunkan tski kena buktikan kes jenayah tski? Selama ne yg hj hadi nak tukar najib, apa kesslahan jenayah najib? Mahkamah mana sabitkan najib?
Mvm ne pemikiran mcm ne blh jd presiden.
Kepada sesiapa yang mengidap sakit jantung, bergelumang aktif dalam pati politik, adalah lebih afdal jaga kesihatan daripada aktif berpolitik. Setidak tidaknya dapat kurangkan stress. Kalau tidak tunggulah kedatangan kereta ambulan.
ReplyDeleteSokongan Haji Hadi, Ahmad Yakob terhadap Khalid Ibrahim atas kapasiti individu. Namun antara tujuan Haji Hadi ialah mempengaruhi keputusan mesyuarat Ajk Pusat pd 10 Ogos nanti.
ReplyDeleteNamun tidak difahami ialah sebab sebenar dan kepentingan apa yg dipertahan Khalid sehingga beliau sanggup menentang Anwar ketua partinya dan sahabatnya sendiri. Adakah berkaitan dengan penyelesaian hutangnya RM70 juta dengsn bank islam?
UG la...
DeleteBerketuakan kaki juboq memang relevan buat puak ni... Hujah semua mcm taik kucing.
ReplyDeleteDalam pkr masih ramai pemimpin lelaki termasuk yg muka pecah pintu layak untuk jadi MB...kenapa pilih bini sendiri, ikut sunnah mai kot mana...
Strategi nak menyelamatkan diri dan keluarga, anwar kali ni berlaga tiang...
Syabas hadi awang...say no pada puak pakatan haram, biaq depa menggelupoqqqq
Tengok siapa perlu siapa sekarang...
Umno pun apa bezanya.kaki liwat harta rakyat.Hadi awang hanya layak jadi nelayan,dan presiden umno hanya layak jadi surirumah saja.Suwey,takut pada bini.
DeletePAS ni sgt perasan, ilmu kena tambah lagi.. pas ingat depa menang byk kerusi sbb dpt sokongan dgn setujuan rakyat jelate... sampai ketua strategi kata pas bole pi tanpa pakatan....
ReplyDeleteni nak khabaq mai lah.. hangpa toksah dok perasan sgt. kalau takde pakatsn, takde anwar 99, takde arwah fadzil noor... hangpa tu kucing kurap
awat, tak ingat? ape ade pas sblm 99... kedah ade ke, ganu ade tak? usah dok mimpilah... brp kerusi adun selangor pas pernah menang kat sgor ni.. boleh kire dgn jari dlm sedekad. ape pas ingat org islam kat sgor ni paham Islam=pas? tak semestinya. ape ko ingat org kapir caya kat pas... ni selangorlah, pas takde dkm pakatan, jadi baliklah kucing kurap. hadi contoh pemimpin yg org Islam malu nak jadi sbg contoh, kena cari cam arwah fadzil.
Dalam perjuangan politik harus ada pelan stratejik yang moden. Sekarang bukan masa pakai pedang dan unta. Bukan hanya ceramah berapi-api.
ReplyDeleteUstaz ceramah dengan berdegar-degar, paderi Krisitan ceramah cara lembut dan senyap berjaya menarik kaum etnik di hujung kampung. Masalah kriteria ini haram itu haram secara tidak tepat menyebabkan peranan ustaz banyak gagal.
Setuju 1000% dengan kenyataan Presiden PAS sudah tidak releven berbanding Presiden PKR/Ketua Umumnya..PKR lebih relevan.
ReplyDelete1. Sepanjang TGHA jadi Presiden, hampir setiap 3 bulan ada sahaja ahli keluar parti... PKR mana ada ahli keluar parti
2. Sepanjang TGHA jadi Presiden, ramai Adun/MP yang lompat..sampai Perak jatuhpun sebab ADUN PAS lompat.. PKR mana ada yg lompat bro..
3. Sepanjang TGHA jadi Presiden, pemilihan PAS bercelaru, baling kerusi, kroni, undian semula dsb... pemilihan PKR mana ada mcm tu...
Sebab tu Presiden PAS dah tak relevan..
Kepada mereka yang ada rupa nak mengajar Hadi dan PAS dalam soal hukum dan politik eloklah mulakan dengan jemaah sendiri. PKR baru setahun jagung dan Anwar sendiri didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes liwat.
ReplyDeleteDi dalam PAS ada puluhan kalau tak ratusan ribu pun lapisan ustaz dan yang pandai ugama, malah mereka ada veteran politik yang mampu memberi pandangan dan teguran pada Hadi samada secara peribadi mahupun dalam Mesyuarat Tertinggi Parti.
Tak perlulah yang bertaraf kambing gurun nak ajar unta berjalan di padang pasir.
Kluang bila berhujah.....dah jatuh tahap Sinchan. ..
Deletekluangman13:56
DeletePKR memang baru setahun jagung dan Anwar sendiri didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes liwat. Tapi tak bermakna PAS boleh buat sesuka hati melanggar perjanjian setiakawan dalam Pakatan Rakyat.
Langkah Kajang yang tidak diterangkan secara khusus adalah untuk mengenal pasti siapa kawan dan siapa lawan dalam Pakatan Rakyat khasnya dalam parti PAS.
Dalam krisis Khalid Ibrahim, tidak timbul isu melayu, islam, Anwar Ibrahim nak masuk penjara, Wan Azizah tak layak jadi MB Selangor, PKR tak pandai urus parti..... PKR tak cukup kerusi. Itu semua pekara remah yang boleh diselesaikan kemudian.
Isu yang berbangkit adalah Khalid didapat telah mengkhianati rakyat Selangor dalam perjanjian air dengan kerajaan pusat. Perbuatan Khalidmembuatkan rakyat Selangor akan membayar harga air yang mahal bagi membayar beban hutang dalam perjanjian air dalam masa yang lama.
Kalau saudara duduk di Terengganu seperti Hadi Awang dan Nik Aziz, di Kelantan boleh minum air laut jika harga jadi mahal tapi rakyat Selangor perlukan air bersih dan murah. Itu sebabnya rakyat Selangor memilih Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan negeri Selangor bukan Barisan Nasional.
Khalid tidak mematuhi arahan parti PKR supaya berundur dari jawatan itu kerana dia cuba menutup skandal yang dibuat secara rahsia dengan kerajaan pusat. Dan Khalid juga tidak mengendahkan pandangan, cadangan dan kritikan dari pemimpin Pakatan Rakyat malah mencari pelindungan dari pengaruh Hadi Awang dan Nik Aziz.
Apabila Hadi Awang pertahankan kewibawaan Khalid Ibrahim dan meminta bukti jika Khalid khianat pada rakyat...... menunjukkan bahawa Hadi Awang adalah presiden PAS mentadbir parti itu hanya guna telinga saja. Bukti depan mata tapi matanya buta, dan sepatutnya akalnya boleh menilai diatas perubahan yang berlaku dalam diri Khalid tapi akal nya bebal tidak mampu berfikir.
Ditambah pula dengan kebocorran WhatsAPP dari Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Mohd Zuhdi Marzuki
Bila kita baca ayat seumpama ini....."Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi + TSKI + seorang lagi Adun PKR + 12 Umno, dah bentuk simple majoriti. Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB"
Perancangan seumpama itu amat merbahaya pada Pakatan Rakyat khasnya pada PKR dan DAP...Rakyat melihat PAS tidak boleh dihormati sebagai parti islam kerana akidahnya telah rosak . Sifat munafiknya amat terserla sebagai musang berbulu ayam, kawan makan katwan, musuh dalam selimut. Agen UMNO Baru.
Umpama permainan catur, 'Langkah Kajang' checkmated Hadi dan PAS bukan Hadi checkmated Anwar seperti yang dicanang oleh Awang Selamat dari Utusan Malaysia.
Kluangman..... pengundi di Selangor mengundi PAS atas nama Pakatan Rakyat bukan atas nama PAS. Dan pengundi Selangor juga tahu parti Barisan Nasional itu ada UMNO Baru.
Dalam UMNO Baru ada pengayak, penipu, pencuri, perompak, penjenayah, perasuah, melayu celup, islam kapal selam....dan cukai GST.
Kami dari kelompok sekular amat alu-alukan pilihanraya mengejut..... nak juga dengar janji dalam capati UMNO Baru untuk rakyat Selangor...
Kesian....
DeleteMasih ada yg percaya Anwar di hukum 5th penjara kerana jenayah liwat bukan kerana campur tangan politik....
-sangharimaukumbang-
Ulamak kalo perut boroi tolak ke tepi la... badan x fit otak confirm x cerdas... kalo perintah confirm lingkup negeri
ReplyDelete