Sunday, 27 April 2014
Kedatangan Obama Turut Melonjakkan Nama KJ
Kedatangan Presiden Amerika, Barack Obama untuk lawatan selama tiga hari ke negara ini bukan saja menyebabkan Perdana Menteri, Najib Razak diselubungi kegembiraan kerana seolah-olah mendapat pengiktirafan daripada negara "super power" itu, tetapi juga menyebabkan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan turut menerima lonjakan daripadanya.
Jika Najib berbunga-bunga hatinya kerana kunjungan Obama ini dibuat selepas hampir 50 tahun seorang Presiden Amerika tidak mengunjungi negara ini, Khairy atau KJ pula tentunya berasa paling bertuah kerana dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama sepanjang lawatannya ini.
Kali terakhir seorang Presiden Amerika mengunjungi negara ini ialah pada tahun 1966 iaitu Lyndon b. Johnson. Sejak itu tidak pernah mana-mana pemimpin negara itu melawat negara ini. Berbeza dengan Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun tetapi Najib hanya setelah 5 tahun menjadi Perdana Menteri sudah berupaya meyakinkan pemimpin utama kuasa besar itu untuk melawat negara ini.
Kepada Najib yang seperti kata Ahli Parlimen Raub, Ariff Sabri Abdul Aziz atau Sakmongkol bahawa "Tuhan politiknya adalah Amerika", kedatangan Obama merupakan kegembiraan yang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata serta meletakkan namanya lebih tinggi berbanding pemimpin-pemimpin serantau yang lain.
Sepanjang Najib mentadbir negara ini pula, negara Amerika adalah antara kunjungannya yang paling kerap, bahkan di awal pemerintahannya juga, beliau juga melantik rakan karibnya, Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke negara itu dengan tujuan menjalin hubungan lebih erat antara Malaysia dengan Amerika.
Dalam Najib merasa gembira dan bangga dengan kedatangan Obama, KJ juga sebenarnya mengalami perasaan yang hampir sama.
Ini kerana walaupun KJ adalah menteri yang paling junior dalam kerajaan, tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Obama, pemimpin dunia paling berkuasa tentunya sesuatu yang menggembirakan bagi Ketua Pemuda UMNO itu.
Timbul cakap-cakap mengapa KJ yang dipilih sebagai menteri pengiring kepada Obama? Kenapa tidak dipilih menteri yang lebih senior seperti Ahmad Zahid Hamidi, Nazri Aziz, Hishammuddin atau lain-lainnya, sesuai dengan kedudukan Obama sebagai pemimpin sebuah negara paling berkuasa?
Adakah pemilihan ini menunjukkan usaha menonjolkan KJ ke peringkat yang lebih tinggi?
Jika kebolehan menguasai bahasa Inggeris sebagai alasan, Hishammuddin dan Nazri Aziz juga mempunyai penguasaan yang lebih kurang sama dengan KJ.
Sementara ada yang memperlekehkan kehadiran KJ bersama-sama dengan Obama berikutan sebelum ini beliau pernah mengetuai demonstasi menentang kehadiran Condoleeza Rise, bekas Setiausaha Negara Amerika pada tahun 2006 dulu tetapi pemilihannya sebagai menteri pengiring tentulah melonjakkan namanya untuk lebih dikenali di persada antarabangsa.
Ini kerana gambar dan wajahnya mengiringi Obama ini bakal tersebar dan ditonton oleh ramai orang di seluruh dunia dan juga di dalam negara. Dalam masa yang sama, Obama dan pemimpin-pemimpin Amerika juga secara langsung akan lebih mengenali KJ.
KJ pula pastilah tidak dapat mengelak daripada berasa bangga atas pemilihannya sebagai menteri pengiring kepada Presiden Amerika itu kerana ia secara tidak langsung menunjukkan suatu pengiktirafan besar daripada Najib dan kerajaan terhadapnya.
Adakah ini tanda-tanda awal masa depan politiknya lebih cerah selepas ini? (SH 27/04/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan Shahbudin,
ReplyDeleteBagi saya KJ jauh lebih layak dan berbakat dari kebanyakan "old timer" yang ada dalam UMNO BN hari ini. Bukan saja background pendidikannya yang baik malah dalam banyak perkara beliau lebih matang dari yang lain walau pun usianya lebih muda. Bila Tun Mahathir anti KJ, saya teringat kisah todak menyerang satu negeri dimana seorang budak cerdik dijadikan mangsa pembesar kerana kecerdikan dan potensinya. KJ dalam usia muda berani kehadapan dalam banyak perkara dan inilah antara yg perlu ada dalam diri seseorang pemimpin.
Tidak ada yang sempurna dalam diri seorang insan termasuklah KJ. Tapi peluang lebih banyak perlu diberi kepada anak anak muda berkelayakan dalam kepimpinan negara. Orang orang seperti KJ, Rafizi, Tony Phua dan NurulIzzah perlu diketengah dan dimenangkan dalam GE tanpa peduli parti mana mereka wakili kerana pemimpin berkualiti begini perlu ada dalam parlimen agar boleh mengimbangi pentadbiran negara supaya sentiasa berada dalam track yg dikehendaki.
Sampai masa pemimpin veteran yang mentaliti mereka semakin lembab prestasi selain kurang kreativiti perlu diundurkan dan diganti mereka yang lebih bertenaga dan berfikiran terbuka.
Menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar tidak bermakna kita perlu akur semua permintaan negara berkenaan, tidak terkecuali Amerika. Obama selaku tetamu harus dirai seadanya sekali pun dalam banyak hal kita tidak sependapat dengsn Amerika. Diharap KJ mampu berperanan sebaik baiknya.
Pada saya KJ berhadapan dengan cabaran yang lebih getir di dalam UMNO berbanding dengan rakan sebayanya, Tony Pua, Rafizi dan Nurul Izzah. Tony,Rafizi dan Nurul Izzah diberi peluang untuk mengembangkan bakat masing-masing oleh parti mereka.
DeleteSedangkan KJ tidak mempunyai peluang dan ruang yang selesa untuk mengembangkan bakat kepimpinannya seperti rakan sebayanya yang berada dalam barisan pembangkang. Budaya UMNO Baru yang dibentuk oleh TDM sejak penubuhannya menjadikan bakat-babak baru hampir tidak mempunyai peluang untuk naik dalam hiraki parti. Situasi didalam UMNO samalah dengan suasana di rimba dimana setiap masa adalah survival of the fittest. Yang kuat berada diatas dan yang lemah akan kecundang.
Jadi dengan budaya UMNO Baru ia itu k3dudukan dibarisan kepimpinan adalah hadiah yang paling berharga kerana ia bererti m3mpunyai pintu peribadi kepada sumber kekayaan diri,keluarga dan kroni - siapa peduli kepada perjuangan dan siapa yang sukarela nak melepaskan jawatan atas dasar parti dan perjuangan parti. Depa ni kalau bol3h nak mati dalam jawatan. Kalau ditakdir meninggal,kalau bol3h jawatan parti tu nak diwariskan kepada anak-anak dia.
D3ngan budaya begini, bukan sahaja p3luang KJ sukar tetapi kalau tersilap langkah atau tersilap jolok sarang t3buan orang, KJ boleh kojol!
Adakah DSNajib memilih KJ sebagai ''pukulan maut'' kepada TunM yang asyik mengkritiknya? Kerana semua orang tahu TunM tak berapa suka KJ.
ReplyDeleteNajib mendedahkan kj supaya terus dibenci, dibalun membolehkan sepupunya dilihat sebagai pilihan yg tepat.
ReplyDelete