Friday, 25 April 2014
Biarkanlah Najib Penjarakan Anwar...
Menjelang rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan yang dijangka dalam tempoh terdekat ini, Anwar Ibrahim membayangkan bahawa beliau mungkin akan dipenjara sekali lagi kes liwat yang dihadapinya. Walaupun mengemukakan 35 hujah untuk menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelumnya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya, beliau tetap merasakan peluangnya untuk bebas adalah tipis.
Selain memberi alasan bahawa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil serta mahkamah yang didapatinya bersikap "bias", Anwar juga kelihatan mengeluh dengan proses mempercepatkan pendengaran kesnya dan tidak memberi pertimbangan budi bicara langsung atas kematian peguam utamanya, Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya minggu lalu.
Dengan mereka tetap diminta mengemukakan notis rayuan tidak lewat daripada jam 3 petang Rabu lalu, anak Karpal Singh, Ramkarpal terpaksa bertungkus-lumus dan berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan hujah-hujah rayuan di sebalik mereka sedang bersedih dan sibuk dengan upacara persemadian bapanya selang beberapa hari sebelum itu.
Walaupun bakal mendapat bantuan daripada terkenal, Sulaiman Abdullah tetapi berdasarkan perkembangan yang berlaku itu, Anwar tetap merasakan bahawa badan kehakiman bertindak semata-mata atas arahan pemimpin politik yang sedang menggenggam kuasa ketika ini.
Dalam usia 67 tahun dan terdengar juga ura-ura kemungkinan pihak pendakwa turut merayu untuk melanjutkan lagi tempoh hukuman selama 5 tahun yang diterimanya, tidak mustahil penjara adalah destinasi terakhir kehidupan Anwar yang selama ini penuh warna-warni.
Dan sifir politik mudah yang ada dalam pemikiran Perdana Menteri, Najib sendiri barangkali menyetujui bahawa perjalanan politiknya untuk kekal lebih lama di tampuk kuasa turut menjadi lebih selesa jika Anwar dapat dipenjarakan.
Di ketika yang sama, Anwar pula nampaknya lebih bersedia untuk ke penjara kali ini. Beliau yang sering mengungkatkan perkataan " lawan tetap lawan" dan "jangan bicara soal perjuangan jika takut dengan risiko" bukan ssja sudah meninggalkan pesanan kepada pengundinya di Permatang Pauh, minggu lalu dengan mengatakan "ini mungkin pidato saya yang terakhir", malah sempat membakar api perjuangan bahawa semangatnya sama-sekali tidak akan luntur walau ke mana sekalipun beliau dihumbankan.
Memenjara, menganiaya dah menzalimi musuh politik adalah resam di mana-mana jua sudut dunia yang ada pertelingkahan dan perebutan kuasa. Sudah banyak dicatatkan dalam sejarah dunia mereka yang menerima nasib malang itu. Mandela dipenjara, Khomeini dibuang negara dan Aquino malah ditembak mati serta ramai lagi yang sengsara.
Menjelang kemungkinan Anwar dipenjara sekali lagi, bukan saja Reformasi 2.0 dihidupkan kembali untuk mengajak rakyat, khususnya anak-anak muda agar bangkit melakukan perubahan, beberapa pemimpin pembangkang pula memberi bayangan bahawa Najib akan disingkirkan rakyat jika berani berbuat demikian.
Serentak dengan Anwar menuju penjara, laluan lebih sukar untuk masa depan Najib turut diwujudkan dengan mengajak rakyat agar lebih berani bersuara dan bertindak mewujudkan pembaharuan. Kalau pun tidak di jalan-jalanraya, sekurang-kurangnya lebih keberanian di peti undi nanti.
Jika dihalusi, sejak dua pilihanraya umum lalu, rakyat memang inginkan perubahan. Jika dalam pilihanraya 2008, BN hanya menang 140 kerusi Parlimen dan kehilangan majoriti dua pertiga, dalam pilihanraya 2013 pula, jumlah kerusi BN menurun lagi kepada 133. Undi popular BN pula hanya 47 peratus berbanding PR sebanyak 52 peratus.
Dengan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh Najib menjelang PRU 14 akan datang, laluan BN sebenarnya jauh lebih sukar. Memenjarakan Anwar mungkin hanya boleh mengelakkan Ketua Pembangkang itu daripada menjadi Perdana Menteri tetapi tidak sesekali menghalang kebangkitan rakyat yang menyokong perjuangan yang diasaskannya.
Ditambah dengan kritikan yang semakin lantang daripada dalam UMNO sendiri terhadap Najib, terutama daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, ia turut menghakis lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memang sudah sedia menipis.
Dalam teguran terbaru Mahathir yang menyasarkan tingkah-laku pembodek dan penasihat yang sedang mengelilingi Najib, beliau juga mengingatkan bahawa walaupun biasanya kebencian rakyat terhadap tingkah laku pemimpin yang melampau dihukum melalui pilihanraya tetapi janganlah mengambil mudah tentang tindakan ganas yang mungkin dilakukan mereka.
Dalam hal ini beliau memberi contoh bagaimana di ketika orang Melayu begitu menyanjung Raja, mereka juga sebenarnya boleh bertindak ganas sehingga kepada membunuh sepertimana yang dialami oleh Sultan Mahmud dahulu yang lebih popular dengan peristiwa "Sultan Mahmud Mangkat Dijulang".
Malah mungkin dengan memenjarakan Anwar, keberanian rakyat lebih meningkat dan perubahan lebih disambut mudah. Perjuangan memang selalu menuntut pengorbanan dan Anwar sendiri selalu memaklumkan bahawa beliau sedia menjadi korban kepada rakyat yang dahagakan perubahan.
Jika penjara sebagai korban untuk perubahan dan imbalan kepada tumbangnya BN, Anwar seharusnya berbangga dengan hakikat itu. Redha dan berlapang dadalah dengan segala helah dan taktik Najib untuk memenjarakannya. Walaupun beliau mungkin kempunan untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi pengorbanan dan namanya sebagai inspirasi perubahan di negara ini akan dikenang sepanjang zaman.
Mandela dipenjara tetapi sempat seketika menjadi pemimpin Afrika Selatan dan namanya harum sebagai pejuang pembebasan apartheid. Aquino menentang Marcos, kemudian ditembak mati dan tidak sempat menjamah kuasa. Tetapi isterinya, Corazon Aaquino kemudian diangkat menjadi Presiden Filipina dan kini anak lelakinya, Benigno Aquino Jr pula meneruskan perjuangan.
Begitulah perjuangan. Ada pemegang obor yang sempat merasa berkuasa, tetapi ramai juga yang tidak kesampaian cita-citanya. Nasib Anwar belum tahu yang mana lagi, mungkin seperti Mandela dan mungkin juga senasib Aquino, tetapi jawapannya akan lebih cepat diketahui jika lagi cepat Najib memenjarakannya.
Najib, cepatlah penjarakan Anwar dan jangan berlengah lagi!!(SH 25/04/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yb dsai biarkanlah dipenjara didunia , puak najib dah puak umno bn bakal dipenjarakan di dalam api neraka biar mereka rasai nanti masa itu mereka akan mencari yb dsai utk minta ampun dan maaf ,tapi dah terlambat alam akhirat adalah alam penyeksaan bagi orang orang yg buat salah anyaye orang lain
ReplyDeleteBerani buat berani tangong , bagitulah bunyi perpatah Melayu zaman berzaman, yang tak lapok dik hujan ,tak lekang dik panas.
DeletePejuang yang sejati ,tidak akan menyalahkan orang lain ,akan kesilafan dirinya.
Kita jangan teruja sangat dengan apa sikap sebenar Najib atau UMNO tentang keperluan anwar di penjara atau tidak. Dan sangat tipis untuk mempercayai Najib memberi arahan atau campurtangan dalam sistem penghakiman.
ReplyDeleteTidak memeranjatkan jika sebahagian dari pemimpin umno simpati atau tidak menyokong anwar dipenjarakan sekadar perbezaan pendapat dan politik tetapi jika itu satu kesalahan jenayah sebenar yg dilakukannya keadilan mesti dijalankan untuk mangsa anwar.
Jika jenayah anwar tidak melibatkan orang lain sekadar terlanggar tiang letrik di jalanraya sudah sewajar hukuman penjara bukan penyelesaiannya.
Yang penting kita tanya pemimpin PKR - jangan terkejut kerana sebahagian mereka mengalu-ngalukan anwar di penjara, lagi cepat lagi bagus !!!!
Anwar sudah membina musuhnya sendiri dari dalam, itulah harga yang perlu dibayarnya.
Walau apapun aĺasan yang sdra cuba tegakkan untuk mempertahankan tindakan pemimpin pari sokongan sdra, keputusan pihak mahkamah persekutuan untuk memberi kepada pihak anwar masa tambahan untuk menyediakan dokumen2 rayuan ekoran dari kematian peguam utama beliau, mendiang karpal singh, agak tidak munasabah dan mengundang tanda tanya dikalangan rakyat yang tidak taksub totok kepada mana mana parti politik.
ReplyDeleteRayuan di peringkat mahkamah federal adalah proses rayuan terakhir dan peluang terakhir kepada mana-mana pihak yang telah disabit oleh mahkamah2 yang lebih rendah. Apatah lagi kes rayuan anwar ini melibatkan tokoh politik utama tanah air yang boleh memberi implikasi politik yang agak besar kepada kerajaan BN. Akal yang waras juga akan berfikir bahawa anwar perlu diberi s3dikit masa untuk menyediakan dokumen. Alasan yang diberi oleh mahkamah agak remeh dan boleh dipersoalkan atas asas keadilan. Apatah lagi jika keputusan ini dibaca dengan keputusan mahkamah yang sama yang melibatkan Khir Toyo - juga melibatkan aspek politik tetapi pihak UMNO.
Kita harus sedar bahawa rakyat yang tidak menjadi ahli mana2 parti politik jauh l3bih ramai. Juga rakyat kita sudah ramai yang berpendidikan. Mereka melihat isu ini dari sudut non partisan dan menilai diatas persepsi yang dihidangkan. Mereka tidak melihat dari kacamata ketaksuban t3gar mana-mana parti politik. Ini yang UMNO selalu lupa. Saban tahun golongan ini semakin bertambah sementara p3nyokong tegar UMNO/BN semakin mengurang. Fenomena inilah yang menyebabkan UMNO khususnya hanya m3nang dikawasan luar bandar.
Satu lagi sudut yang UMNO dan penyokong tegar lagi totok UMNO seperti sdra buta, mungkin d3 gan Anwar berada didalam penjara, pulangan politik dan kem3nangan yang lebih cerah kepada pihak p3mbangkang dalam PRU 14 nanti. Geng sdra buta untuk melihat bahawa memenjarakan anwar adalah satu perangkap anwar untuk menumbangkan BN dalam PRU 14 nanti.
Umno tidak mengambil iktibar dari usaha memenjarakan anwar dulu. Letusan dari tindakan itu dapat kita lihat k3pada pengaruh Pakatan hari ini dan bagaimana UMNO tercunggap2 untuk menghadapi kemerosotan p3ngaruh hari ini.
Umno berfikiran p3ndek dan dangkal. Kerana tak mampu nak hadapi serangan p3ngaruh anwar dan Pakatan Rakyatnya yang menyemputkan nafas Umno dan kerajaan, UMNO memilih untuk mendiamkan anwar didalam s3nario politik hari dengan memenjarakan Anwar DAN TERLUPA UMNO AKAN MASUK KEDALAM PERANGKAP ANWAR DAN PAKATAN RAKYAT!
Sdra fikir anwar dan Pakatan rakyatnya akan lemah? Tidak....PKR s3ndiri sudah ada s3bilangan " Anwar" dikalangan p3mimpinnya untuk terus hidup dan bersama Pakatan rakyatnya terutama di kalangan pemimpin2 mudanya. Dengan bantuan DAP sebagai rakan politiknya, saya percaya Pakatan Rakyat akan tetap kukuh dan makin berbisa dengan persepsi modal " Umno bertindak kejam dan jahat terhadap anwar".
Persoalan yang akan timbul nanti - takkan UMNO nak guna kekerasan dengan menggunakan aparatus kerajaan untuk mengekang kebangkitan rakyat nanti apabila anwar dipenjara nanti.
Kom3n saya diatas adalah respon kepada komen sahabat lam saya,,kluangman.
DeleteKuat betul anda berangan dan bermimpi untuk rakyat bangkit 'bereformasi' menentang kerajaan demi anwar. Rakyat yg mana? PKR sendiri sudah terpecah kpd 3 kumpulan, Penyokong PAS sendiri sudah jelas melihat anwar menolak hudud dan sejarah menunjukkan berapa ekor cina sahaja yg akan berada di jalanraya pada demo2 yg lepas dan majoriti sudah 'jemu dan malas' melayan agenda peribafi pemimpin.
DeleteDAP juga berlagak mahu menendang PAS keluar dari pakatan selepas hajat mereka menawan PP tercapai.
Jika pun mahu melihat umno faktor yg memenjarakan anwar, itu suatu persepsi yg normal.
Persaolan yg perlu dijawab yg telah saya lontarkan ialah sekarang sudahpun ujud di dalam PKR sendiri mahu anwar segera dipenjarakan. Sudah tentu jawapa yg paling senang ialah 'konspirai umno'. Itu je lah modal yg ada.
Di mana bukti najib campurtangan?
DeleteMempercepatkan rayuan pendakwaraya?
Menolak penangguhan rayuan anwar atas alasan karpal mati? Berbelas loyar bersama karpal dalam kes ini, di mana mereka? Semuanya dungu?
Berpuluh penangguhan, berpuluh rayuan dan kes sudah pun mengambil masa 3 tahun - semuanya itu datang dari tubuh badan anwar sendiri membuli mahkamah atas nama keadilan, tak cukup lagi ke?
Sapa bunuh tuya ngok
DeleteKeluangman,
DeleteBukan kuat nerangan-angan. Politik hari ini bukan politik stail kampong tahun 80an dulu. Malah s3ni politik UMNO era itu jauh l3bih canggih dari politik UMNO yang diamalkan hari ini. Sdra masih terj3bak didalam perangkap kekunoon politik UMNO hari ini walaupun ketaksuban sdra kepada UMNO sudah masuk puluhan tahun.
Politik hari ini sudah banyak berubah. Saya hanya melontar pandangan saya d3ngan cuba melihat dalam konteks yang l3bih luas dan kontemporari sebagai seorang yang t3lah m3lalui zaman politik Mahathir,paklah dan najib. Saya sebagai seorang melayu yang sayangkan melayu t3tapi memilih untuk berada diluar kongkongan politik kepartian kerana saya mahu kebebasan berfikir dan bertindak tanpa terikat dengn kongkongan politik sempit mana-mana parti politik. Golongan seperti saya ini ramai dan semakin ramai.
Sdra masih lagi dengan sikap lama sdra yang ditonjolkan 10-15 tahun lalu semasa kita berkampong di blog screenshot jeff ooi dulu. Itu hak sdra. Dan hak itu saya hormati.
Kluangman
Delete"Persaolan yg perlu dijawab yg telah saya lontarkan ialah sekarang sudahpun ujud di dalam PKR sendiri mahu anwar segera dipenjarakan. Sudah tentu jawapa yg paling senang ialah 'konspirai umno'. Itu je lah modal yg ada."
Apa yang p3liknya f3nomena dimana ada ahli parti yang mahu menyingkirkan p3mimpin utamanya? Ini satu f3nomena biasa. Dalam Umno juga wujud kumpulan yang mahu Najib digantikan kerana Najib dilihat l3mah dalam memimpin parti dan n3gara. TDM tu asyik mengkritik Najib dengan m3ndedahkan p3lbagai kelemahan Najib. Begitu juga dalam PAS. Ada golongan yang melihat Haji Hadi s3bagai p3mimpin yang l3mah dan patut diganti.
Pandangan sdra yang hanya nampak disebelah pihak lawan sahaja - adalah pandangan yang biasa kita lihat apabila seseorang itu m3lihat dari pandangan kacamata ketaksuban totok yang membuta tuli kepada parti sehingga realiti k3liling juga menjadi kabur dan bersalahan d3ngan realiti sek3liling. Semua deny je jika realiti m3njejaskan parti yang disokong.
F3nomena ini bukan sahaja wujud dikalangan p3nyokong t3gar dan totok UMNO. PAS juga m3mpunyai p3nyakit yang sama dikalangan segelintir p3nyokongnyam
Saa rela sokong parti dan pemimpin yg kuno seperti umno dari sokong pemimpin yg sesat, tidak berakhlak dan kaki jubor.
DeleteKasi la jubor awak kat anwar... mau ke dsai. Kasi anjing mungkin mau. Tau ke awak ni
DeleteSebagai sorang yang jahil sepak terajang politik agar sukar bagi aku dan orang2 lain untuk mempercayai yang tangan naib berasa di belakang keputusan kehakiman.
ReplyDeleteAku kira para hakim adalah orang yang berilmu dan adalah mustahil mereka sanggup menjatuhkan maruah mereka dengan membuat keputusan yang hanya perlu membaca apa yang orang politik sudah putuskan.
Ini adalah satu penghinaan kepada para hakim. Mereka tak punya integriti dan tidak membuat keputusan mengikut perundangan. Adakah seorang yang waras boleh menerima tohmahan sebegini?
Bagi orang yang berpentingan, janganlah menghina pemikiran kami. Berikan kami fakta untuk menyokong auta anda.
bekas hakim dan bekas ketua hakim dapat kontrek miliun2 hatta biliun2..mungkin itu lah pemikiran WARAS rkyt mrhaein yg jahil sepak terajang politik!?
DeletePencacai percaya bahawa Najib tidak campur tangan dalam keputusan hakim dalam mahkamah yang berkait dengan kes Anwar Ibrahim. Minta bukti lagi....
ReplyDeleteKata penafian itu sama seperti menidakkan Najib terlibat dalam pembunuhan rakyat Monggolia, Altantuya.....tap kenapa pembunuh wanita malang itu pula dibebaskan oleh mahkamah rayuan. Tolong jawab siapa arah polis bunuh Altantuya ?
Anwar lagilah banyak guna ayat penafian..nafi balun cinadoll, nafi omega hilang, nafi membontot dan penafian semata-semata itulah akhirnya dia akan disumbat ke penjara, rakyat dari semua parti termasuk dari pkr sendiri menantikan saat bahagia itu utk keamanan rakyat malaysia.
DeleteJika najib juga boleh disabitkan atas mana2 kesalahan - ada aku kesah.
Siapa yg akan dapat milliun atau billun projek - itu rezeki dia, pandai dia - kalau haram dia tidak terlepas dari hukum karma. Yang penting kita bersukur apa yg kita dapat, jangan jeles, jangan fitnah semborono - jangan daftar jadi penghuni neraka.
Anon 11:58
DeleteKamu masih terkial-kial membetulkan auta yang tidak jadi fakta.
Rakyat Malaysia khasnya anak semua bangsa tidak mempedulikan Anwar Ibrahim dipenjarakan jika dia benar-benar bersalah berpaksikan pada fakta dan bukti kes bukan pada persepsi atau spekulasi dan rekacerita mencipta fitnah.
Tapi apakah kamu nampak bagaimana peguam negara memainkan peranan nya sebagai tuhan dalam Malaysia ?
Kesian.... Nak mempengaruhi orang lain supaya sokong UMNO Baru hanya menggunakan auta saja....?
Samada anda percaya atau tidak, kadar 52% rakyat yang tidak memilih BN dalam GE13 lalu pasti akan bertambah dan berganda dalam GE14 nanti tidak peduli samada Anwar dipenjarakan atau tidak.
ReplyDeleteApa yang telah rakyat lihat, perhatikan berdasarkan mata hati dan fikiran waras mereka selama puluhan tahun lepas, mereka yang cerdik, berakal dan tidak mempunyai kepentingan peribadi sudah pun membuat keputusan parti mana yang perlu mereka pilih. Adakah angka 52% ini melambangkan Malaysia ini hanya ramai dengan orang yang rendah pendidikannya? Tentunya tidak kerana majoriti dari mereka ini adalah dari bandar bandar atau penempatan yang jelas lebih baik infrastuktur selain mempunyai jangkauan maklumat yang lebih luas.
Soalnya kenapa BN cuma berupaya memperolehi kepercayaan golongan luar bandar dan kampung pendalaman yang taraf pendidikan dan infrastukturnya dalam hampir semua aspek jauh ketinggalan berbanding bandar?. Apakah survival BN amat bergantung kuat kepada golongan "kurang cerdik atau rendah taraf sosio ekonomi ini". Jika merujuk kepada kata kata Tun Mahathir satu ketika dulu, darjah kebergantungan BN yang kuat pada kumpulan warga Malaysia dalam kelompok ini adalah benar.
Jika dibuat tinjauan di bandar dan kota kota tentang isu Liwat I dan II, pasti majoriti warga sama sekali tidak mempercayai Anwar benar benar terlibat dalam perbuatan hina sedemikian. Malah disebabkan cara keterlaluan untuk membunuh karektor musuh politik, undi simpati telah turut berpindah ke PR malah proses ini akan terus berlaku dengan lebih drastik jika Anwar dipenjarakan.
Benarkah BN atau UMNO lebih berpengaruh dan mudah diterima di daerah pendalaman yang taraf pendidikan di kawasan kawasan berkenaan jauh lebih rendah berbanding kawasan bandar?. Jika dilihat kepada fakta keputusan GE lepas, ini satu kebenaran yang tidak boleh dinafi.
Nampaknya BN dan UMNO perlu kekalkan lebih ramai rakyat Malaysia agar terus ketinggalan dan rendah taraf pendidikan demi kesinambungan hayat parti mereka. Ini kerana hanya warga yang kurang cerdik (kalau pun tidak bodoh) yang mati mati boleh percaya kes liwat I dan II itu.
Sekelompok yang cerdik dalam UMNO BN telah memperkuda kumpulan bodoh dan kurang cerdik dalam parti berkenaan untuk kepentingan peribadi masing masing.
Dalam kes pembunuhan eksekutif Norita, telah dibuktikan mani yang dituduh Hanif ada di dalam kemaluan wanita malang itu bersama spesinen mani lelaki lain yang tidak dikenal pasti. Tapi Hanif terlepas dari hukuman. Tapi dalam kes Anwar, walau pun spesimen mani yang dikatakan milik Anwar berserta spesimen mani lain ( malah ditamvah dengan bukti bukto pendakwa yang meragukan), tapi Anwar tetap didapati bersalah.
Sebab itu cuma yang bodoh atau yang berkepentingan saja boleh terima kes liwat I dan II Anwar ini. Yang cerdik , berakal dan tidak berkepentingan sama sekali tidak percaya segala tuduhan ke atas Anwar ini. Samada Anwar dihumban ke penjara atau tidak, rakyat yang berfikiran waras dan berpendidikan serta memahami logik akal akan tetap dan terus menolak BN. Menyumbat Anwar ke penjara adalah jalan cepat untuk melingkupkan UMNO BN itu sendiri. Lihat saja nanti.
Liwat 1 mahkamah sahkan liwat berlaku - secara teknikal anwar dibebaskan
DeleteLiwat 2 mahkamah sahkan liwat berlaku - anwar hanya nafi tanpa bukti, tanpa alibi - masih dlm proses rayuan.
Itulah fakta itulah logik akal - dibuktikan dalam mahkamah melibatkan ratusan orang, pakar dan material.
Yang tidak mahu mempercayai sekadar percaya atas ketaksuban dan fanatik. Jika meteka ini sakit otak dan jiwa terganggu kami hanya mampu simpati.
Kenapa perlu berlaku keputusan berbeza dalam kes yang hampir serupa? Kenapa Hanif dibebaskan tetapi tidak Anwar?. Kenapa Sirul yang telah mengaku membunuh Altantuya malah mampu menceritakan detik urutan pembunuhan wanita malang itu boleh bebas dari hukum dan undang undang mahkamah?. Mengapa pembela menangguhkan untuk rayuan semula bagi pihak Sirul?. Mengapa Sirul mahu pun Hazilah yang hakikatnya tidak mengenali Altantuya sebelumnya perlu bunuh wanita itu? Kenapa pegawai Najib yang perlu terlibat dengan Aktantuya? Boleh Anon 19:04 yang bistari lagi bijaksana beri pencerahan perkara ini? Yang membunuh dilepaskan, yang dituduh liwat (kalau pun benar berlaku) tanpa melibatkan nyawa melayang disumbat ke penjara?.
DeleteKalau Altantuya itu ditakdirkan kakak atau adik atau ibu Anon 19:04, apakah Anon ini gembira dengan keputusan mahkamah itu.
Jawablah secara jujur. Kalau berlaku jujur pada diri sendiri pun tak mampu...elok mampus lagi baik daripada hidup dengan sifat perikebinatangan...tanpa perikemanusiaan.
Kalau nak bercakap pasal mahkamah dan undang2 elok masuklah kelas kalaupun tidak ada diploma atau ijazah.
DeleteSekurang.kurangnya faham apa yg dicakapkan dari segi procedure dan proses perjalanan sesuatu perbicaraan.
Jika tidak mereka hanya menggunakan media, cakap2 kedai kopi, ucapan2 di pentas ceramah sebagai bahan kepercayaan, sebab itulah kita dapati ada yg benar2 percaya altantuya dibunuh najib. Benarkah? Apapun jawapannya buktikanlah di mahkamah.
Anon 22:30
DeleteAnda cuba merendahkan keupayaan berfikir menggunakan akal - satu anugerah Allah yang begitu menakjubkan kepada manusia yang tidak diberi kepada makhlukNya yang lain. Kecanggihan dunia yang ada didepan mata kita hari ini adalah hasil dari usaha-usaha manusia yang menggunakan anugerah akal ini.
Islam amat mengalakkan manusia berfikir menggunakan akal. Allah tidak suruh manusia menggunakan anggota2 lain selain akal seperti tapak kaki,kepala lutut atau telinga dsbnya untuk berfikir.
Dalam kes Altantuya ini samada dari maklumat yqng disebarkan ol3h media massa ( termasuk Utusan,bh dll) secara independent atau dari perbicaraan mahkamah di tahu beberapa perkara:
1. Altantuya te4libat sebagai jurubahasa bagi pihak-pihak dari Malaysia semasa proses pembelian kapalselam scop3ne dan jet pejuang sukhoi. Kita diberitahu bahawa beliau mempunyai satu hubungan dengan Razak Baginda.
2. Razak Baginda adalah pengarah syarikat yang dilantik ol3h lerajaan malaysia dalam urusan pembelian kapalselam scop3ne untuk pe4khidmatan tertentu bagi pihak kerajaan Malaysia.
3. Semua orang tahu bahawa Razak Baginda mempunyai hubungan rapat dengan Najib kerana pernah mengetuai satu think tank aka badan penasihat politik Najib. (Kalau sdra tak tahu- itu salah sdra lah sebab bagi sesiapa yang m3ngikuti perkembangan politik tanahair).
4. Kedua pembunuh Altantuya adalah pengawai keselamatan Najib yang masa itu memang bertugas dalam pasukan yang mengawal keselamatan Najib.
5. Keduanya tidak pernah mengenali Altantuya sehingga diarah oleh seseorang ke rumah Razak Baginda dan membawa Altantuya pergi.
Macamana orang membunuh orang yang tak pernah dikenali tanpa motif?
6. Rekod kemasukan altantuya ke malaysia telah dipadamkan dari sistem maklumat jabatan imigresen.
Sekarang, tidak ada sesiapapun yang berfikiran waras menuduh Najib membunuh altantuya. Tetapi bagi yang berfikiran waras, berdasar catitan ringkas diatas akan m3mpunyai beberapa kemusykilan difikiran mereka tentang kaitan dengan Najib. Sehingga hari ini persoalan-persoalan ini gagal dijawab dan p3rjalanan perbicaraan serta keputusan mahkamah juga gagal menjawab kemusykilan2 ini.
L3bih p3lik apabila sehingga hari ini AG gagal m3ng3mukan rayuan apabila kedua2 p3mbunuh altantuya itu dibebaskan walaupun tarikh untuk mengemukakan rayuan telah tamat - setakat yang diketahui sehingga hari ini.
jadi melainkan sdra boleh menjelaskan kemusykilan2 ini yang bermain difikiran ramai rakyat malaysia- komen satu dua ayat umum sdra m3ngenai isu altantuya tidak membawa makna apa-apa. Hanya alasan kosong je.
sebenarnya p3ncerahan dari saudara pasal pengetahuan mahkamah,undang2 amat dialu-alukan kerana saya merasakan sdra mempunyai p3ngetahuan yang agak baik dalam kedua bidang. Saya juga yakin sdra dapat memberi penerangan yang paling mudah difahami oleh orang biasa.
Inilah contoh manusia yg berfikir, berakal, bercakap berdasarkan catitan, tekod, andaian dan semua ini 'rubbish' dalam mahkamah jika tidak dibuktikan.
DeleteContoh: rekod kemasukan altantuya dipadamkan.. itu hanya satu kenyataan...siapa yg padam? Siapa yg nampak dipadamkan? Bila dipadamkan? Fakta itu kena ada dalam mahkamah untuk menyokong... Begitu juga dalam membuat rayuan, bukanlah semudah perkataan tersebut, bukan bermaksud " tuan hakim saya ingin membuat rayuan ke atas hukuman tersebut"...tetapi rayuan kena dibuat dengan memuatkan fakta baru yg belum dimaklumkan dalam perbicaraan lepas termasuk bolehlah juga menunjukkan kekhilafan2 yang mungkin ada. Kekuatan isu rayuan adalah penting untuk diterima atau ditolak.
Hakim pula hanya membuat keputusan atas apa juga maklumat yg disogok di hadapannya oleh kedua-dua pihak dan cakap2 luar seperti di media dan sebagainya tidak pernah laku untuk mempengaruhi hakim.
Adalah dinasihatkan untuk kita mengikuti keseluruhan perbicaraan dan membaca keputusan hakim dan bukannya kita mudah terpengaruh selain dari itu..ulasan "surendran" umpamanya adalah ulasan berbaur politik dan tidak pro.. adakah pernah kita mendengar pihak pendakwaraya atau kerajaan membebel berjela-jela apabila kalah kes..pernahkan pihak pendakwa menuduh hakim dan pembangkang bias atau bermuafakat, berkonspirasi walaupun mereka kalah kes?...
Cukup kot setakat tu...
Untuk pengetahuan semua, dalam proses perbicaraan untuk membuktikan seseorang itu bersalah bukanlah suatu kerja yg mudah kerana sedikit sahaja keraguan yg timbul ia boleh menjejaskan bukti pendakwaan...contoh dalam kes khalwat mat sabu...bila ada pertentangan fakta saksi antara bilik 208 atau 280, antara jam 8.00 malam dan jam 9.00 malam...antara baju merah atau baju hijau, maka percanggahan fakta itu akan membolehkan yang kena tuduh dibebaskan.
Lazimnya yg disabitkan kesalahan adalah kerana semua fakta selari dan menjurus kepadanya dan atau pihak pembela gagal menafikannya dengan bukti atau fakta...penafian semata-mata sepeti 'saya tidak buat' atau 'saya tidak bunuh' tidak laku di mahkamah.
Bagaimana kita nak ikuti perbicaraan mahkamah kalau tidak membaca laporan media. Pihak media menghantar wartawan untuk m3ngikuti perbicaraan dan melaporkan melalui media masing-masing. Itulah amalan diseluruh dunia. Jadi apa masaalah sdra dengan laporan media? Apakah wartawan-wartawan yang dihantar oleh syarikat media untuk menghadiri perbicaraan supaya apabila balik nanti dapat melaporkan fakta yang tepat dan benar itu semuanya orang gila dan bodoh? Abis buat apa syarikat media ambil orang gila dan bodoh jadi wartawan.
DeleteSdra tidak boleh m3nyamakan tahap pemikiran orang lain dengan pemikiran kita. Katakan, jika tahap p3mikiran kita cetek dan lemah,apakah ini bermakna pemikiran orang lain juga cetek dan lemah seperti kita? Tu orang bodoh sombong orang kata.
Setakat ini sdra tidak menjawab apa-apa pun point2 penting yang spesifik yang menjadi k3musykilan ramai orang. Jauh sekali mengemukakan alasan2 yang logik bagi menyanggah andaian dan kemusykilan2 itu.
Yang sdra terangkan hanya kenyataan k3nyataan umum yang paling basic yang jika kita rajin sikit mencari maklumat ķita semua tahu ( bukan maklumat yang hebatpun) dan mungkin tahu lebih mendalam skit dari apa yang basic yang sdra cuba mengajar kat sini tu. Bak kata orang tua2 yang selalu berpesan kepada kita - kalau kail sej3ngkal jangan cuba menduga laut dalam.
Nak kemuka bukti dan fakta kepala tengkorak ke jadah apa kalau hakim asyik kata not relevan, not relevan spt dalam isu liwat 1 dulu?.
ReplyDeleteMadet Kutty secara terbuka menyatakan di media Azizan dan Umi Hafilda jumpa dia sendiri bercerita ttg perangai buruk Anwar tu. Bila Madet Kutty disapina ke mahkamah, knp undang2 diguna utk menghalang beliau hadir ke mahkamah? Begitu juga Najib dalam kes liwat 2, secara terbuka beliau telah akui Saiful telah berjumpa dia serta pegawai Najib, Anas bbrp hari sebelum Saiful membuat laporan diliwat. Kenapa undang2 dipergunakan utk menghalang Najib hadir ke mahkamah? Tidak kah ini menunjukkan undang2 dipergunakan utk memastikan Anwar tidak mendapat keadilan sewajarnya. Apa perlu Madet dan Najib takut untuk ke mahkamah?.
Kerana kes liwat ini merupakan pendakwaan terpilih, undang undang dipergunakan sesuka hati. Untuk berlaku adil, semua saksi perlu dipastikan hadir ke mahkamah tapi ini tidak berlaku dalam kedua dua kes liwat Anwar. Tak perlu belajar undang undang tinggi menggunung untuk memahami kes mudah seperti ini. Cukup dengan akal waras dan hukum logika untuk menilainya ditambah dengan hati tulus ikhlas tanpa kepentingan peribadi.
Aku sendiri msh ahli UMNO dan tak join mana mana parti lain. Malah aku.pernah berbaik dengan MP MP UMNO dan berbincang ttg pandangan mrk terhadap kes liwat ini, 4 org MP UMNO ini secara jujur akui mrk tidak percaya dan yakin Anwar lakukan perkara terkutuk tu, tapi kata mereka, disebabkan byk komitmen selain takut, mereka terpaksa berpura pura. Aku faham situasi mrk tu. Tapi yang pencacai kat bwh yg cuma dpt BR1M baru baru ni jer percaya bagai nak mampos apa ke untungnya?. VIP VIP angguk belatuk kita faham ada sebab, yang tukang angguk taraf bawahan ni bagai nak rak percaya apa ke untungnya. Dah menjadi resam...sibodoh jadi makanan sicerdik. Sicerdik telan juta juta sibodoh berebut dapat seratus dua.
Terlalu ramai di sini yg menjadi peguambela bercakap guna kepala lutut dan mahu hakim ikut lutut bengkek mereka.
ReplyDeleteAku cadangkan pembangang tubuh mahkamah dan lantik hakim sendiri.
Nampaknya sdra tidak faham asas negara ini: legislatif,kehakiman dan eksekutif, ibarat tiang seri kepada sebuah rumah.Ketiga-tiga ini berfungsi secara berasingan untuk memastikan keutuhan perlembagaan yang diatasnya wujud Malaysia.
DeleteMahkamah adalah cabang dari kehakiman. Ia component negara bukan komen parti. Nampak sangat sdra tak faham perkara ini dan banyak perkara lain. Bagi sdra semua benda dalam negara ni milek parti UMNO...itu tak betul.
Gunalah manafaat internet yang ada untuk mencari maklumat yang kita tak tahu. Tanya pakcik google. Saya percaya sdra banyak bertanya pakcik google tentang benda lain. Apasalahnya jika tanya dia tentang perkara yang sdr nak komen.
Jika boleh guna internet dan boleh sampai kat blog ini, tak ada alasan lagi untuk komen pakai punggung bukan akal sebab tak tahu apa-apa tentang subjek yang hendak dikomen.