Wednesday 1 May 2013

Bukankah Daim Mula Berjaya Dengan Menipu?


Selepas Mahathir, Daim Zainudin kini menjadi orang pencen terbaru yang paling takut jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya pada 5 Mei depan. Beliau sekarang menjadi sama sibuk dengan Mahathir. Di Putrajaya, beliau bukan saja berkempen untuk memastikan kemenangan Tengku Adnan tetapi juga mengambil kesempatan menyerang Anwar dan menasihatkan rakyat jangan mudah menukar kerajaan.

Hujah-hujahnya mengenai Ku Nan perlu dikekalkan di Putrajaya dan juga mengenai pertukaran kerajaan adalah pandangan biasa yang tidak ada luar biasanya. Sudah banyak tahap pencacai UMNO yang turut memberikan hujah yang sama.

Dari segi memberi pandangan dan meyakinkan rakyat, Daim tidaklah sehebat mana. Hebatnya beliau ialah kerana mempunyai banyak wang.  Pesona wang yang dimilikinya jauh melebihi pesona hujah yang dilontarnya. BN pun mengharapkan pandangan Daim dapat meyakinkan rakyat bukan kerana hebatnya hujah beliau tetapi kekayaan yang dimilikinya.

Sebelum ini, beberapa ramalan Daim terbukti benar seperti jatuhnya Perak dan Selangor dalam pilihanraya 2008 lalu. Tetapi ia tidak dibuktikan merupakan kajian atau kerja turun padang yang dilakukannya. Boleh jadi maklumat itu daripada orang lain yang dibeli oleh Daim. Kerana dia mempunyai wang, bukan saja maklumat boleh dibelinya, manusia sanggup jadi bahan jualan kepadanya.

Cuma yang menarik ialah mengenai serangannya tentang keupayaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Beliau menyifatkan Anwar tidak berkemampuan dan hampir setiap hari merujuk kepadanya untuk mendapat bantuan.

Soalnya bolehkah cakap Daim dipercayai. Apakah beliau tidak menipu?

Tidak semua orang berpeluang mengenali Daim dan orang hanya mengetahui mengenai kejayaannya yang digembar-gemburkan semasa menjadi Menteri Kewangan. Tetapi jika diperhatian iklim ekonomi negara dan dunia yang berkembang baik ketika beliau menjadi Menteri Kewangan itu, sumbangan pemikirannya tidaklah sehebat mana. Sesiapa pun menjadi Menteri Kewangan ketika itu, cerita kejayaannya tidak jauh berbeza.

Untuk mengenali dan memahami dengan mendalam, bacalah buku Daim Yang Diam. Buku itu menceritakan pelbagai perkara mengenai dirinya, termasuk bagaimana beliau mula berjaya sebagai ahli perniagaan sedangkan sebelum itu beberapa peniagaan yang diceburinya mengalami kegagalan termasuk perniagaan garam.

Dalam buku itu ditulis bahawa kejayaannya bermula dengan membangunkan Taman Maluri di Kuala Lumpur atau Selangor ketika itu. Bagaimana ia bermula? Ia bermula apabila seseorang datang kepadanya dengan membawa pelan tanah dan mengajaknya menjadi rakan kongsi membangunkan kawasan perumahan Taman Maluri dengan memohon kelulusan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Semasa perbincangan itu, secara senyap dan sembunyi-sembunyi, beliau telah meminta setiausahanya membuat fotostat pelan tanah tersebut tanpa pengetahuan orang yang memiliki pelan itu. Dengan adanya pelan tanah itulah kemudiannya Daim berjumpa dengan Datuk Harun dan membuat permohonan tanah Taman Maluri itu untuk syarikat miliknya.

Beliau telah meninggalkan atau dalam bahasa bisnesnya "mengencing"  orang yang memiliki pelan tanah dan mempunyai idea asal membangunkan Taman Maluri itu.

Itulah permulaan kejayaan Daim yang ditulis oleh Fatini Yaakob dalam bukunya Daim Yang Diam itu. Fatini adalah isteri kepada Elis Nor Abdul, bekas Setaiusaha Politik Najib yang kini mengetuai War Room BN untuk pilihanraya ke 13 ini.

Dalam bahasa yang mudah, kejayaan Daim  sebenarnya bermula dengan menipu orang lain. Beliau tidak menunjukkan kejujuran, keikhlasan dalam berkawan dan menjalankan perniagaan. Tetapi orang inilah yang dijadikan kawan rapat dan Menteri Kewangan oleh Mahathir.

Oleh itu, apabila sekarang ini beliau menyerang dan mempertikai Anwar dengan mengatakan sepanjang lapan tahun Anwar menjadi Menteri Kewangan, hampir setiap hari bantuannya diminta, apakah beliau seorang yang jujur dan tidak menipu?

Bolehkah kata-katanya dipercayai sedangkan sejarah hidup dan kejayaannya sendiri terakam  sebagai  seorang yang tidak jujur dan ada unsur-unsur menipu? (SH 01/05/2013)

5 comments:

  1. Dapat project Rm 3 billion tambatan bajir K.Lumpur separuh jalan terbengkalai ini lah cara pencuri pencuri ini kaya.

    ReplyDelete
  2. Hakikatnya Daim adalah bekas peniaga garam yang gagal, tak cerdik dan taik penipu, nak tunjuk pandai dalam ekonomi tapi mana mungkin seorang lawyer pandai ekonomi? yang dia tahu hanyalah putar belit untuk lepaskan diri!

    ReplyDelete
  3. Sapa saja jadi kroni PM dan UMNO BN, boleh jadi kaya melalui jalan belakang. Apa nak heran. Di era BN ni syarikat RM2 pun boleh dapat projek juta juta RM. Kabel kuat dgn PM semuanya jadi.

    Daim kata Anwar tak pandai ekonomi.Mahathir pun sebut perkara yang sama. Maknanya Daim dan Mahathir ni manusia bodoh dan bengong sebab melantik seorang yang tak pandai ekonomi menjadi Menteri Kewangan . Tak ke begitu?. Namun realitinya di era Anwar sebagai PM pertumbuhan ekonomi Malaysia paling steady dan defisit kewangan pun kecil.

    Benar..Anwar bukan " economic background " semasa study dulu. Daim sendiri pun bukan background kewangan. Tapi kenapa Daim dijadikan Menteri Kewangan oleh Mahathir. Dan benar juga Najib ini berlatarbelakang finasial semasa study. Tapi itu bukan satu jaminan dia sesuai sebagai MEnteri Kewangan. Bukankah di era Najib sebagai PM tanpa mandat selama 4 tahun lebih, hutang negara mencanak naik luar biasa malah deficit budget semakin galak diamalkan.

    Jelas sudah...Daim cuma sesuai digelar " raja kelentong ", satu gelaran setaraf memanda menteri kepada Mahathir Mohamad. Semua orang tahu bagaimana Daim mendapat kekayaan luar biasa. Kenapa pada GE12 Daim tidak menyerang Anwar dan menuduh sedemikian?. Sebabnya kerana Daim sendiri sangta pasti BN ketika itu akan terus berkuasa. Tapi pada GE13 ini Daim sendiri cukup yakin UMNO BN bakal bungkus digulung Pakatan Rakyat. Anwar tidak dapat tidak sudah diambang menjadi PM MAlaysia ke tujuh. Kenaikan Anwar Ibrahim sebagai PM adalah ancaman besar kepada aset aset yang Daim kumpulkan cara haram selama ini. Kata orang...berani kerana benar, takut kerana salah. Maka rakyat faham sangat kenapa Daim tiba tiba mulai takut dengan GE13 ini. Dan rakyat arif sangat kenapa Daim perlu bertungkus lumus menjual " auta " tentang Anwar.

    Hello Daim! Aku orang Merbok. Hang tak payahlah nak kelentong orang orang kampung hang!. Kami tau sangat hang ni sapa!

    ReplyDelete
  4. Tuan,
    Saya perlu menambah sedikit kenyataan Tuan" Hebatnya beliau kerana mempunyai banyak wang". Wang hasil menipu dan merompak rakyat Malaysia. Dia juga menipu UMNO dengan mencuri harta UMNO yang telah diharamkan.


    Ahli UMNO Tulin

    ReplyDelete
  5. umnu terlungkup nanti tau la ..mana pergi harta2 umnu sebelum di haramkan . .kita tunggu ..biar rakyat dan PR bongkar . .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...