Saturday, 25 August 2012
Sanggupkah Kita Melihat Anwar Bersara Begitu Saja?
Sudah dua kali Anwar Ibrahim mengulangi hasratnya untuk bersara selepas pilihanraya umum ke 13 ini sekiranya PR gagal menawan Putrajaya. Tetapi hasrat untuk bersara itu hukan kerana kecewa, sebaliknya untuk memberi ruang kepada pemimpin muda pula mengambil alih peranan meneruskan perubahan yang telah dicetuskannya sejak 1998 lagi.
Anwar menegaskan bahawa beliau akan kembali ke dunia akademik selepas itu. Sebelum menyertai UMNO, Anwar pernah menubuhkan Yayasan Anda dan selepas dibebaskan dari penjara, beliau menjadi pensyarah di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.
Jika PR gagal dalam PRU 13 ini, Anwar akan menyerahkan kepada generasi pelapis mengambil alih peranannya dan beliau ingin kembali menjadi pensyarah semula. Selain faktor usia, hasratnya menyerahkan baton kepada pemimpin muda adalah sesuatu yang harus dipuji.
Soalnya adakah kita rakyat Malaysia sanggup melihat Anwar bersara dan membiarkan Najib Rosmah terus kekal sebagai Perdana Menteri?
Sejak berbalah dengan Mahathir dan kemudian dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada 1998 serta diaibkan dengan pelbagai tuduhan, hakikatnya Anwar telah berjaya mencetuskan gelombang kesedaran dan perubahan di kalangan rakyat. Sejak pemecatannya, pelbagai kesedaran baru muncul dalam politik rakyat di negara ini dan ia dikaitkan pula dengan kesedaran dalam sistem ekonomi, sosial dan sebagainya.
Jika tidak kerana Anwar dipecat, kesedaran rakyat mungkin tidak berlaku seperti sekarang. Sebagaimana besarnya perubahan yang dicetuskannya Anwar, sengsara yang diterimanya juga bukan kepalang.
Mahathir yang memecatnya sehingga ini masih tidak dapat tidur lena kerana perubahan yang dicetuskan sejak 1998 itu mungkin pula memusnahkan legasi dan kemewahan anak-anaknya yang dibina sejak 22 tahun dahulu.
Oleh kerana Anwar yang telah mencetuskan perubahan dan menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat, beliau tidak seharusnya dibiarkan bersara begitu sahaja. Anwar harus diberi peluang menjejakkan kaki menghuni Putrajaya supaya agenda perubahan dan reformasi yang dimulakannya itu dapat diatur perjalanannya dengan sempurna pula.
Anwar juga seharusnya diberi peluang mengotakan segala kata-kata dan janjinya selama ini. Hanya dengan menjadi PM kemampuan sebenar Anwar akan teruji.
Lebih dari itu, dengan memberi peluang PR memenangi pilihanraya akan datang dan menjadikan Anwar sebagai PM juga akan menjadikan sistem politik kita menjadi lebih matang. Ia akan memberi ruang kepada permulaan sistem dua parti yang sudah diamalkan di kebanyakan negara sekarang ini.
Hanya dengan kemenangan PR saja sistem dua parti ini dapat dimulakan, sebaliknya jika BN terus berkuasa selepas PRU 13 ini, ia akan terus berkuasa selama-lamanya. PRU 13 adalah peluang terbaik untuk rakyat membuat perubahan dan memulakan suatu sistem yang terbukti menguntungkan rakyat seluruhnya.
Melalui sistem dua parti, sekiranya selepas PR memerintah dan mereka gagal menunaikan janji-janji serta tidak berupaya menjaga rakyat dengan lebih baik, dalam pilihanraya seterusnya kuasa boleh dikembalikan semula kepada BN. Tetapi jika PR terbukti lebih bagus, mereka wajar dikekalkan.
Proses yang berterusan sebegitu akan menjadikan PR dan BN berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik di hati sanubari rakyat. Akhirnya semua parti dan pemimpin akan mengutamakan rakyat dan tidak lagi menjadikan kuasa yang dimiliki sebagai tiket untuk mengaut kekayaan peribadi serta keluarga sepertimana yang berlaku dalam BN sekarang ini.
Sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu, oleh kerana tiada penggiliran kuasa atau sistem dua parti, mereka yang menjadi pemimpin lebih sibuk mengaut kekayaan peribadi berbanding menjaga rakyat. Rakyat masih ramai yang miskin dan tiada bekalan api serta air yang sempurna walaupun setelah 55 tahun merdeka.
Kepimpinan hari ini lebih teruk jadinya. Najib bukan saja terus gagal membela rakyat, malah seperti berkongsi jawatan Perdana Menteri dengan isterinya, Rosmah Mansor. Isterinya sama sibuk dengan pelbagai agenda dan telah memecah tradisi dengan turut sama memberi perutusan sempena Hari Raya di televisyen, sedangkan sewajarnya hanya PM yang berbuat demikian.
Bayangkan apa akan berlaku jika BN terus berkuasa dan Najib pula kekal lagi sebagai PM. Jawabnya tiada akan ada apa-apa perubahan. Golongan kaya akan bertambah kaya manakala rakyat miskin akan terus miskin. Taburan janji-janji hanya akan muncul lima tahun sekali. Cerita skandal, penyelewengan, rasuah dan sebagainya mungkin berganda-ganda jadinya.
Memberikan kemenangan kepada PR dalam pilihanraya akan datang ini bukan semata-mata untuk menjadikan Anwar sebagai PM. Ia harus dilihat dalam konteks yang lebih luas daripada itu. Melalui perubahan yang bermula sejak 1998 dan jika berjaya diteruskan lagi dalam pilihanraya ini, percayalah rahmatnya lebih luas dan dapat dinikmati secara saksama oleh rakyat jelata. Hak rakyat juga akan lebih terpelihara dan boleh menentukan sesebuah kerajaan itu sentiasa menjalankan perkhidmatan terbaiknya.
Jika kita sayang negara ini dan mahu diri kita sentiasa dihargai, teruskanlah perubahan dalam PRU 13 dan jangan biarkan Anwar bersara begitu saja. Dan lebih penting jangan biarkan Najib Rosmah terus kekal sebagai Perdana Menteri lagi. (SH 25/08/2012)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam ziarah tuan blog... Cetusan idea dan nukilan rasa yang amat bernas.. Saya sokong pendapat tuan 100%..
ReplyDeleteYa Tuan Shahbudin,
ReplyDeleteSaya bersetuju 100% kandungan posting tuan itu. Anwar telah banyak kunbankan diri sendiri kerana mendahulukan rakyat kebanyakan. Anwar boleh saja memilih jalan lurus dengan menyokong da mengiayakan saja apa yang Mamak Kutty dan UMNO BN buat sewaktu beliau dalam kerajaan tetapi beliau memilih jalan sukar kerana mempertahankan hak rakyat.
Mudah untuk kita fahami kenapa Anwar berani melawan sekali pun dia sebenarnya seolah2 melawan semua orang yang memegang kuasa ketika itu. Sebabnya adalah " berani kerana benar ". Semua tuduhan yang disabitkan terhadap beliau akhirnya tertolak dengan sendirinya. UMNO BN terkial kial cuba memcipta bukti yang sebenarnya tidak ada menyebabkan rakyat Malaysia dapat melihat betapa tunggang langgangnya perancangan mereka. Allah melihat apa yang sedang berlaku dan perancangan NYA tidak siapa dapat menyanggahnya.
Mamak Kutty dan semua kuncu kuncu yang terlibat dalam perancangan jijik ini serta pemimpin yang mewarisi UMNO BN yang korup dan najis ini tidak harus dibiarkan terus berkuasa. Keadilan perlu ditegakkan kembali dan hak Anwar kerana dianiayai harus dinilai kembali dan langkah wajatr harus diambil. Ini cuma boleh dilakukan dengan tumbangnya UMNO BN dan pimpinannya.
Ingatlah...kesedaran di hati ramai rakyat MAlaysia tentang betapa kronik dan kotornya pemerintahan UMNO BN mula bertunas dan bercambah subur atas usaha dan keberanian Anwar melawan puak yang gila kuasa ini. Kalaulah Anwar setaraf dan sama dengan ramai pimpinan UMNO sebelumnya yang banyak bermasalah, sudah pasti beliau tidak akan bangkit melawan. Hanya kerana benar membuatkan Anwar mempunyai kekuatan untuk terus berjuang dan menongkah arus kekuasaan ketika itu.
Benar Tuan Shahbudin...kita telah melihat kekentalan dan kekuatan semangat juang Anwar melawan kebobrokan pemerintah UMNO BN...dan kita perlu lanjutkan ini dengan memberi peluang Anwar berada di puncak Putrajaya agar beliau dapat membuktikan serta mengkotakan segala janji dan perancangannya untuk MAlaysia yang lebih cemerlang. Dan ketika itu kita sebagai rakyat akan menilainya.
Dengan rendah hati saya merayu semua warga Malaysia yang layak mengundi agar bersedia beri kesempatan walau hanya sekali untuk Anwar dan Pakatan Rakyat buktikan samada mereka lebih baik dari UMNO BN atau sebaliknya. Gunakan kuasa undi kita secara bijak untuk menentukan cuma parti terbaik menguasai Putrajaya.
Saya sokong! UMNO BN WAJIB ditumbangkan. Pemimpin pemimpin yang terbukti telah menodai kepercayaan dan amanah rakyat selama ini wajar menerima balasan setimpal.
ReplyDeleteSistem perundangan dan kehakiman yang adil dan berintegriti perlu dikembalikan semula setelah sekian lama ranap, punah ranah diinjak oleh "syaitan" kelahiran Kerala. Jangan sampai anak anak "syaitan" ini menyambung legasi bapak mereka.
Tidak ada jalan keluar lain melainkan tumbangkan UMNO BN melalui pilihanraya. Dan jika proses demokrasi ini jelas gagal diuruskan secara adil dan saksama..kita selaku rakyat Malaysia harus bangkit dengan tindakan yang lebih aggresif demi Malaysia tercinta.