Wednesday 16 December 2015

YANG MANA SATU 'GENTLEMAN' NAJIB?

Sehingga ini tidak ternampak tanda-tanda Tun Mahathir Mohamad mahu  mengendur atau ingin mengalah daripada terus mendesak pengunduran Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Dalam catatan terbarunya di blog chedet yang mengulas mengenai ucapan penggulungan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau sekali lagi mencadangkan Perdana Menteri hanya akan dilihat "gentleman" dan berjiwa besar jika sedia meletakkan jawatannya.

Daripada isu gagal mentadbir negara, 1MDB, derma RM2,600 juta, kejatuhan ringgit,  masa depan yang lebih baik untuk negara, kemungkinan kalah dalam PRU 14 dan berbagai lagi, solusinya bagi Tun Mahathir ialah hanya dengan perletakan jawatan Najib saja.

Barangkali sudah beratus kali gesaan dan desakan pengunduran Najib dilakukan oleh Tun Mahathir sejak beliau menarik balik sokongannya lebih setahun yang lalu. 

Berdasarkan kekentalan jiwa dan semangat melawannya pula, pasti Tun Mahathir akan terus menekan Najib dengan gesaan meletakkan jawatan itu, tidak kira apa pun tindakan yang akan dikenakan kepadanya.

Tetapi di ketika yang sama, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Abu Bakar juga mengumumkan siasatan terhadap Tun Mahathir berhubung kenyataannya yang mendakwa pemimpin UMNO mengambil rasuah daripada Najib, sedang dikemaskini dan akan disiapkan tidak lama lagi.

Kata beliau, pihaknya sekarang sedang berbincang dengan Peguam Negara dan siasatan dijangka siap dalam waktu yang terdekat ini.

Apakah nasib Tun Mahathir dalam kes ini?

Mungkinkah beliau akan didakwa di mahkamah atas tuduhan fitnah? Apakah apabila didakwa di mahkamah nanti, Tun Mahathir akan berhenti mendesak pengunduran Najib atau beliau menjadi semakin agresif lagi?

Makin selamat atau makin bergoyangkah kedudukan Najib selepas tindakan mengheret Tun Mahathir ke mahkamah itu?

Di sebalik banyak persoalan terus terapung tanpa jawapan jika kerajaan benar-benar nekad untuk mengambil tindakan terhadap Tun Mahathir, kepercayaan umum ialah ia sukar dipisahkan daripada kaitannya dengan gesaan serta desakan berterusan bekas Perdana Menteri itu yang mahukan Najib berundur daripada jawatannya.

Adakah Tun Mahathir akan diambil apa-apa tindakan jika dalam membuat dakwaan ada pemimpin UMNO mengambil rasuah itu, beliau dalam masa yang sama masih menyokong dan berdiri teguh mempertahankan Najib?

Daripada sekian ramai ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang meluahkan perasaan perlunya Najib meletakkan jawatan, kenapa hanya Tun Mahathir dijadikan sasaran?

Dalam tulisan terbaru di blognya, Tun Mahathir nyata amat menyedari perkara itu dengan menulis, "Sekarang Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri akan berusaha untuk saya disoal lagi oleh polis kerana ucapan-ucapan dan tulisan saya dalam blog. Di bawah undang-undang apakah yang saya hendak disoal?

"Menegur Presiden Parti atau Perdana Menteri bahkan mendesak supaya PM letak jawatan tidak salah dalam negara demokratik. Kenapa daripada ribuan rakyat yang meminta Najib undur (sepanduk oleh penonton bolasepak Kedah VS Selangor yang menyuruh Najib letak jawatan) saya sahaja yang hendak disoal oleh polis? Prinsip keadilan berkehendakan undang-undang dikuatkuasakan kepada semua orang tanpa diskriminasi."

Dalam semua keadaan itu, tidak dinafikan bahawa mengambil tindakan terharap Tun Mahathir akan membuakkan lagi sokongan dan simpati rakyat terhadapnya.

Namun, jika didapati tiada kes pula, ia bukan saja suatu kemenangan kepada Tun Mahathir, bahkan mungkin lebih bertali arus dan sesiapa saja jadi tambah berani meminta Najib meletakkan jawatan.

Meletakkan jawatan demi menyelamatkan parti adalah "gentleman", tetapi di sisi kelompok yang lain berani bertindak terhadap Tun Mahathir juga adalah sikap "gentleman".

Yang selebihnya mungkin mengatakan tidak menggunakan undang-undang dan berlawan secara politik dengan Tun Mahathir turut memperlihatkan sikap "gentleman" Najib.

 "Gentleman"  manakah jadi pilihan Najib? (SH 16/12/2015).

14 comments:

  1. gentelmen je la yg dia brani...berpuluh selasa dh lepas...habuk pun tarak

    ReplyDelete
  2. Kalau Najib tangkap Tun Det, bukan je 1 Malaysia, satu dunia akan mengutuk dia. Dia akan jadi lebih zalim daripada Edi Amin Uganda yang makan mayat rakyatnya.

    ReplyDelete
  3. Kalau Msia porak peranda dan jatuh muflis kerana Najib, hanya 2 orang yg patut dipersalahkan. 1. Khalid Twitter dan 2. Apandi Dhoby. Mereka berdua ni yg ada kuasa sekarang tetapi melindungi Najib..dan dilihat giat mengambil tindakan terhadap pengkritik2 Najib.

    Najib?? Zahid?? Apa kuasa mereka ada??? Mereka hanya membaruahkan Khalid dan Apandi shj.

    Kalau Khalid tidak dibaruahkan, tentu dia akan tanya Zahid. Suruh Najib berhenti..bukan satu kesalahan jenayah tambahan pula jelas Najib mempergunakan jawatannya utk kepentingan peribadi dan anak isteri.

    ReplyDelete
  4. Tuan

    Najib hendak dakwa pemilik parti UMNO Baru?....kelakar la tuan!

    ReplyDelete
  5. rasanya saya setuju dengan kenyataan ahjib gor yang dia dah jadi "gentlemen" mungkin disebabkan "genital" dia dah tak berfungsi atau teluq dah tak ada....jangan marah ya kerbau2 yang kena cucuk hidung...gurau jenaka ja.
    Joke aside, not only Najib must go, the whole UMNO also must go in order for all Malaysian (minus UMNO & some religion crazy people) to progress and prosper.

    ReplyDelete
  6. Penyamun vs penyangak vs perompak.. inilah yg berlaku dlm UMNO sekarang.. masing2 berlagak suci mcm ostat2 dalam PAS jugak yg mana semuanya sebok menjadi wakil tuhan..

    Meteka apa peduli rakyat terus hidup dgn segala mcm celaka.. janji elaun MP.elaun ADUN dan segala mcm elaun buta ciptaan sendiri dan kroni..masyukkk setiap bulan.. kalau 2 ekor CEO YAPEIM yg cikai mikai pun boleh pow duit derma orang ramai setiap bulan sehingga RM140,000 gaji setiap bulan.. inikan pula menteri2 UMNO..patut la kuat menjilatttt..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Pak Ya...ooo..Pak Ya Ali..mike kat mane? Ishh..lame idak nyembang yek! Teman ndak jugek ndengor labon mike..budak najib ni udah ngaloh budak dadah..lalok 25 jam..mane ade mat pet ngaku dia ngisap..urine test positip pon mampuih tak ngaku..ini pulak nuduh dia mencuri..hantor ke pusat jer..takyah buang mase nak bersoal jawab..ntah le mike..kesian gamaknye kot??

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Wahai najib pemerintah yg zoolim...aku rayu dan pohon pada Allah yg Esa....selagi kau masih laksanakan gst secara total ini...moga Allah melaknati kamu n keluarga kamu di dunia n akhirat...tukar tayar motor pun kena gst...motor aku guna utk pi kerja dll...smpi hati kau melihat rakyat menanggung beban...smpi hati kau najib....

    ReplyDelete
  10. Sokong jika PERKASA jadi parti politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mau la...2x5 saja dengan parti2 BN sekarang. Saya mau wakil rakyat yang independent, amanah, jujur, telus, berkerja keras untuk kawasan yg diwakili. Kalau MP2 ini dari parti, mereka jadi arogant macam Umno sekarang, senang dicucuk hidung macam kerbau. Saya mau semua MP tak ada parti.

      Delete
  11. Takde wakil ke dari bahagian tuan

    ReplyDelete
  12. kena paham maksud sebenar,..kalo di pisahkan GENTLEMAN:-

    GENTLE = LEMBUT
    MAN = LELAKI

    kesimpulan nye = GENTLE + MAN = LELAKI LEMBUT,...Najib kan mmg ade ciri-ciri lelaki lembut,..

    ReplyDelete
  13. Berita gempar !!
    Rahsia Besar Najib Akhirnya Terbongkar !!
    >>> KLIK HERE !! <<<

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...