Wednesday 23 December 2015

MENGAPA KERJASAMA UMNO - PAS PERLU DITOLAK?


Dua tiga hari kebelakangan ini saya banyak ditanya mengenai kerjasama UMNO dengan Pas dan mengapa tulisan di blog ini seperti menjurus kepada menentang atau menolak perkara tersebut.

Sementara ramai yang setuju bahawa kerjasama itu lebih bersifat politik dan banyak kesukarannya, beberapa rakan serta kenalan bertanya, tidak bolehkah ianya sama-sama disokong demi kepentingan Melayu dan Islam di negara ini?

Seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian pula berkata kepada saya, kita sebagai orang Melayu dan Islam wajib menyokong usaha yang dipelopori Najib Razak itu kerana ia mampu meningkatkan maruah bangsa serta agama yang selama ini agak tercabar.

Ketika berada di sebuah lobi hotel sementara menunggu rakan, seseorang yang agak berusia dan mengaku pembaca blog saya menegur dan kemudian menyarankan agar saya turut menyumbang kepada jalinan kerjasama itu.

Katanya, lanskap politik negara akan berubah dan membawa banyak kebaikan jika kerjasama kedua-dua parti Melayu itu dapat dicantumkan.

Selalunya apabila dilontar pertanyaan dalam pertemuan secara spontan atau kebetulan itu, saya lebih banyak membiarkan saja mereka meluahkan pendapat tanpa terlalu ingin berhujah atau menegakkan pendirian saya.

Pertamanya, sebagai penulis kecil yang sekadar ingin berkongsi pandangan melalui blog ini, saya tidaklah terlalu menentang sebarang bentuk kerjasama yang boleh membawa kebaikan kepada negara.

Apa pun kebaikan kepada negara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, akhirnya saya, keluarga dan anak-anak yang sedang membesar akan dapat juga percikan daripadanya, baik pada waktu ini mahu pun di masa akan datang.

Makanya, tidak berbaloi jika saya hanya semberono saja menentang sesuatu perkara itu.

Tetapi, dalam soal kerjasama ini, bukan saja  saya, malah ramai yang lain mungkin turut tidak bersetuju dengannya. Asasnya tidak lain ialah kerana ia semata-mata ditimbulkan atas niat, faktor dan pertimbangan politik yang seratus-peratus untuk menyelamatkan kedudukan Najib.

Kalau ada pun kepentingan agama dan bangsa, dalam pertimbangan Najib ia barangkali terletak di nombor 12 atau 13. Keutamaan nombor satu Najib tidak lain ialah untuk memastikan  kuasanya kekal lebih lama lagi.

Bukan saja Najib tidak mungkin menimbulkan idea kerjasama itu jika kedudukannya tengah kukuh, malah mustahil beliau mahu "mengenyit mata"  kepada Pas kiranya tidak dibelenggu dengan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta melibatkan dirinya yang menyebabkan semua rakyat dan seluruh dunia mencebiknya.

Daripada kedua-dua isu itu, wang yang masuk ke akuan peribadi seorang pemimpin dan kemudian dikatakan sebagai derma adalah perkara yang tidak boleh diterima sama sekali oleh sesiapa pun jua. Bersetuju dengan kerjasama itu seolah-olah turut setuju dengan perbuatan dan cara menerima wang tersebut.

Najib barangkali beruntung kerana beliau menjadi pemimpin negara dunia ketiga di mana masih ramai rakyatnya yang tidak begitu terdedah dan boleh dilencongkan pemikirannya untuk menerima perkara itu sebagai suatu kewajaran atau menganggap seseorang pemimpin itu ada kelebihan untuk melakukan sesuatu yang di luar kenormalan.

Cuba perkara itu berlaku di negara maju di mana kesedaran mengenai wibawa, maruah dan intergriti seorang pemimpin begitu diambil berat?

Oleh kerana di sebalik mengaku menerima wang itu Najib masih juga disokong oleh UMNO untuk memimpin negara ini, bermakna menjadi tanggungjawab kita semua untuk menunjukkan penolakan terhadap apa juga kaedah untuk menyelamatkan dirinya, sekurang-kurangnya bagi membuktikan rakyat negara ini masih ada maruah, harga diri dan tahu menilai pemimpin yang baik.

Kedua, kerjasama kedua-dua parti itu mungkin boleh diterima kewajarannya jika Najib tidak terlibat dengan isu berat berkaitan wang derma itu atau sekiranya setelah beliau bukan lagi mengetuai UMNO dan menjadi Perdana Menteri.

Kerjasama dengan Pas hanya sesuai ketika UMNO dipimpin oleh orang lain selain Najib yang tidak terkait dengan isu wang seberat RM2,600 juta. Ia lebih mudah diterima ketika itu dan bukan di ketika Najib yang cukup cukup tercemar mengetuai UMNO.

Bolehkah kita bayangkan apa akan jadi kepada rakyat dan negara, malah bentuk kepimpinan serta perlakuannya selepas ini jika kerjasama itu menjadi kenyataan dan Najib terus kekal lagi sebagai Perdana Menteri?

Dalam konteks yang lain iaitu faktor ketiga, jika kerjasama itu berjaya dan Najib mampu mempertahankan kuasanya, ia juga akan menyebabkan Pas bakal dihukum oleh sejarah kerana bersubahat dengan pemimpin yang mengikut hukum akal dan kewarasan manusia normal, tidak boleh dipertahankan sama sekali.

Dalam hal ini, baik juga masih ada pemimpin utama Pas seperti Tuan Ibrahim Tuan Man dan Idris Ahmad yang berani bersuara dan sekaligus memperlihatkan nilai tidak mudah bersekongkol dengan keburukan serta sesuatu yang dibenci oleh majoriti rakyat.

Bukan saja rakyat, malah ahli Pas juga seharusnya terus bersama-sama dengan pendirian Tuan Ibrahim dan Idris itu demi maruah dan kecintaan kepada negara.

Daripada menjalin kerjasama dengan UMNO yang dipimpin oleh Najib dan kemudian tujuannya juga untuk terus mengekalkan beliau di persada Seri Perdana, jauh lebih baik bagi Pas bersama-sama dengan pakatan pembangkang untuk membawa perubahan menyeluruh yang akhirnya mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat.

Lantaran itu, kepada yang bertanya mengenai kecenderungan tulisan dalam blog ini berkaitan kerjasama UMNO dan Pas, artikel kali ini barangkali dapat menjawabnya. (SH 23/12/2015).

22 comments:

  1. Dalam menuntut kernasama dengan PAS, Najib guna ayat Qur'an yang lazim kita dengar, "berpegang teguhlah dengan tali Allah....". Begitu juga dalam meraih sokongan ahli partinya, Najib juga ayat Qur"an berkenaan ketaatan kepada ulil amri.

    Dalam melaksanakan urusan sebagai ulil amri, apakah panduan Qur'an dijadikan keutamaan oleh Najib? Takkan muncul ungkapan cash is king jika demikian keadaannya. Maka Qur'an digunakan dalam keadaan tertentu dan ditinggalkan dalam keadaan lain. Itulah intipati amanat Hadi pada awal 1980-an dahulu yang dikatakan mengkafirkan Umno.

    Maka apakah Hadi telah turut serta dalam transformasi Najib?

    Keadaan PAS tidak serupa Umno, begitu juga Hadi tidak serupa Najib sekarang. Najib dapat sokongan hampir 90% MT dan 》95% KBU. Hanya TSMY dan DSSA yang tidak sehaluan. Kedudukan Hadi tidak segagah itu dalam PAS. Hadi mungkin senasib Asri Muda jika tersalah perkiraan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Guru Haji Hadi sebenarnya ingin belajar drpd Tuan Guru Haji Najib bagaimana caranya untuk mendapatkan derma beribu2 juta ringgit dr orang Arab dan boleh dimasukkan salam akaun peribadi.

      Delete
  2. salam tuan,

    tak paham dengan pemikiran orang kita yang kadang-kadang terlalu lurus bendul.

    sokongan umno kurang separuh, sokongan pas kurang separuh juga. kerjasama mereka tak bertambah kekuatan

    1/2 campur 1/2 sama dengan satu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TGHA rasa jiwa lebih ngam dgn DS Najib. Begitu juga dgn Mursyidul Am Pas skrg Dato Haron Din, lebih ngam dgn DS Najib. TGNA lebih ngam dgn DSAI. D Ibrahim Ali lebih ngam dgn Tun M. Soal jiwa ni tak boleh baca dgn kepala. Kena cermin hati.

      Delete
    2. salam tuan,

      sebahagian ahli parti umno tidak ngam dengan presiden mereka. sebahagian ahli parti pas tidak ngam dengan presiden mereka.

      kerjasama ini tidak memberi apa-apa kekuatan.

      cermin hati? maksud setia pada parti?

      Delete
  3. As salam. Tahniah kerana milih fakta yang tepat. Umno yg bersuara utk mengajak pas berkerjasama. Saya percaya TGHH tentu terlebih dahulu berbincang dgn barisan kepimpinan pas samada utk menerima atau menolak kerjasama ini. Tentu kenyataan2 yg akan disuarakan juga perlu dinilai utk menggambarkan bentuk kerjasama ini. TGHH menunjukkan penerimaan positif manakala timbalan2nya mengeluarkan kenyataan yg sebaliknya. Adakah ini ada agenda lain yang cuba dimainkan oleh PAS? PAS menyedari pakatan pembangkang telah gagal menjatuhkan najib. Malah TM dan ahli2 umno yg menentang najib juga gagal. Undi dlm parlimen juga gagal (termasuk PAS yg menggagalkannya). Adakah PAS mempunyai agenda yg lain? Kalau agenda utk berkerjasama saya pasti akan berlaku kemelut dalaman dalam PAS. Tetapi sehingga sekarang PAS nampak tenang. Hanya kepimpinan tertinggi yg mengeluarkan kenyataan yg berbeza sementara di peringkat bawahan keadaan begitu tenang sekali. Kalau agenda utk 'memukul rapat' umno, saya percaya najib dan umno akan 'maut'. PAS akan muncul sebagai satu2nya penyelamat rakyat. Idea ini secara langsung akan menarik sebahagian besar ahli umno menyertai PAS. PKR, AMANAH, DAP akan menjadi parti gabungan membantuk 'barisan nasional' yang baharu dan tidak dinafikan MCA dan MIC akan menjadi pembangkang. UMNO akan tinggal nama sahaja. Kumpulan penjilat umno akan mencari lubang baru utk bernafas. Kumpulan ini pulalah yg akan menjadi duri dlm daging kepimpinan negara yang baharu. Hukum karma boleh berlaku. Hukuman ALLAH pasti berlaku. Setakat ini rakyat mahu penulis2 seperti tuan membuat penulisan yang 'bertanggungjawab' supaya menjadi rujukan utk masa depan negara. Penulis spt ZAM mmg tidak bertanggungjawab. Skrg masa yg paling tepat utk penulis spt tuan, akadirjasin dan bebrapa org lagi memainkan peranan sebagai sebahagian pencetus idea negara malaysia yg baharu. Penulis terdahulu telah memainkan peranan mereka dlm mencapai kemerdekaan negara. Skrg menjadi tanggujawab tuan utk menggantikan mereka. Kita cetus idea baharu, wajah baharu, dasar baharu, berlatarkan melayu dan islam sebagai paksi. Tanggungjawab kita bersama utk menentang kemungkaran. Tuan buktikan mata pena mmg tajam. Bawa pemikiran rakyat kearah kebenaran dan politik sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% aku amat yakin, PAS akan kembali ke pangkuan PR/PH utk menggasak Umno dan BN dlm PRU14.

      'Dendam'lama bro.
      Siapa tak kenal Hj.Hadi?
      Kenapa dia tak tarik Amanat Beracunnya dulu?.

      Kenapa Hj.Hadi pilih Najib bukan Pak Lah?
      Bukankah Pak Lah lebih nilai2 keIslamannya?

      Ini semua politik pijak memijak semata2!!!! .

      Delete
  4. Kepentingan dan maruah melayu perlu selari dan se iring.se jalan. Perlu di sukat supaya sama berat nya. Melayu hilang maruah sekiranya kepentingan yang sedia-ada tidak di jaga dengan Amanah.

    Maruah apakah yang ada pada melayu bila pemimpinnya berdolak-dalih dan melakukan kesalahan yang berulang-ulang.

    Kepentingan apa yang tidak cukup lagi untuk orang melayu yang ada MARA guna nya membeli harta di luar negara, yang mempunyai pelaburan seperti Tabung Haji untuk menanggung kerugian yang di buat oleh pemimpin, yang memiliki Yapiem untuk di gunakan wang nya membayar gaji dan untuk keluar negara.

    Persamaan PAS dengan UMNO ialah PAS dengan Hj Hadi nya dan UMNO dengan Najib nya. Kedua-dua nya mempunyai sediikit kebaikan jika di bandingkan kelemahan-kelemahan yang mereka ada.

    Jika kita perkatakan tentang maruah, mereka tidak layak jadi ketua.
    Jika kita perkatakan tentang kepentingan, baik kepentingan agama atau kepentingan ekonomi, mereka telah lacurkan seteruk-teruk nya.

    Keadaan orang melayu lagi teruk dari orang jepun yang jadi mangsa bom atom Hiroshima. Mereka kena satu bom atom, orang melayu kena dua bom atom !

    ReplyDelete
  5. Najib mengamalkan islam rasuah. Tk faham aku Hadi ni. Label2 islam liberalist atau islam secularist dia tentang. Islam rasuah yg dibawa Najib Hadi tak tentang.

    Islam rasuah adalah satu fahaman yg mana dia mengaku islam tetapi mengamalkan rasuah. Bapa islam rasuah ialah Najib dan pengikut2nya adalah ahli2 Umno yg menyokong dia dan juga Hadi & the geng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo tidak, perut x boyot la bro. Disiplin Islam dilihat di perut. Jangan salah baca. Ulamak2 berperut boyot anak menantu.. lemak2 melilit di pipi dan seluruh kepala juga tengkuk dan leher..

      Ibarat Panglima dan pegawai2 ATM yg berperut boyot...apakah harapan kita kepada mereka untuk menjaga keselamatan negara??

      Jika dilantik si berperut boyot untuk menjaga negara dan menggalas harapan rakyat kepada kehidupan yang lebih baik.. saya rasa adalah lebih mulia kita mati atau bunuh diri saja..

      Disiplin orang yg berperut boyot ini ialah terus makan dan makan serta merembat apa saja selagi boleh... belum pernah wujud manusia berperut boyot yang baik hati dan rajin bersedekah sehingga beliau menjadi kurus tawaddhuk.. belum pernah.. tidak ada.. ini hukum alam dan sunnah kehidupan.. jika rajin bersedekah pun.. mesti ada makna.. cuba tunjukkan contoh si boroi dan boyot alim kaki shadokoh demi agama... inilah masalah umat islam yang saja je ramai tetapi gagal menilai..

      Sensitif?? Tak perlulah semuanya kita kelaskan sebagai sensitif lagi...skrg langit terbuka.. berbincanglah apa saja selagi sihat untuk rungkaikan simpul segala bagai..

      Delete
  6. UMNO macam PAS akan kehilangan lebih ramai ahli atas sebab perlakuan Ketua mereka. UMNO perlukan sokongan orang Melayu, manakala PAS pula sudah kehilangan ramai kawan dan kini berseorangan. Tulah suka cakap ikut sedap mulut...tak perlu kawan lain, sendiri boleh hidup dan bermacam lagi.

    Ini bukan soal bangsa atau agama...ini soal kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya yg cetek ni sama ada Umno dan Pas bekerjadama atau tidak tak penting nasib orh Melsyu tetap sama yg miskin tetap midkin yg kaya tetsp ksya jangan kita tertipu dgn drama ini yg kaua raya ialah pemimpin politik ini peluang mereka utk mengumpul harta aku nak tanya mana pemimpin umno yg sanggup bersumpah tak buat begitu kalau ada aku tabik mereka rayuan2 sbegini gunakan agama bangsa dan negara adalah utk menagih simpati percayalah siapa pun yg memerintah org melayu akan tetap sama terhina dan dipinggirkan oleh umno sendiri fikir2kanlah tentukan bn kalah dlm pru14 nanti

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya yg cetek ni sama ada Umno dan Pas bekerjadama atau tidak tak penting nasib orh Melsyu tetap sama yg miskin tetap midkin yg kaya tetsp ksya jangan kita tertipu dgn drama ini yg kaua raya ialah pemimpin politik ini peluang mereka utk mengumpul harta aku nak tanya mana pemimpin umno yg sanggup bersumpah tak buat begitu kalau ada aku tabik mereka rayuan2 sbegini gunakan agama bangsa dan negara adalah utk menagih simpati percayalah siapa pun yg memerintah org melayu akan tetap sama terhina dan dipinggirkan oleh umno sendiri fikir2kanlah tentukan bn kalah dlm pru14 nanti

    ReplyDelete
  9. Kalau betul cinta pada Islam, pertama-tama, Najib kena turun dulu. Bagaimana seseorang yang makan rasuah dan suka menindas orang lain boleh bercakap tentang Islam.
    Hadi pun begitu juga. Bukan kah kalau di takdirkan PR menang PRU lalu, PM nya ada Anwar Ibrahim. AI tak cukup Melayukah?
    Both Najib n Hadi are jokers lah. Pendapat mereka, dengar boleh, nak laksanakan kena fikir masak2.

    ReplyDelete
  10. Patutkah PAS UMNO Baru bergabong menjadi satu parti atau berkerjasama dan kekal sebagai dua parti demi memertabatkan kepentingan peribadi masing-masing ?

    Jika dilihat dari kepentingan peribadi pemimpin, ianya memang perlu berkerjasama kerana pemimpin UMNO Baru ada duit tapi maruahnya termasuk dalam gulungan 'haramjadah'. Pemimpin PAS pula masih dihormati tapi terpaksa guna tin milo cari dana politik.

    Mereka berdua mempunyai masaalah yang berkaitan antara duit dan sokongan.

    Bab ingin menjaga kepentingan bangsa melayu, agama islam yang sering diheboh kan dalam majlis tertentu hanya retotik yang disifat kan sebagai cakap tak serupa bikin.

    Selama Najib jadi perdana menteri berapa kali dia bercakap benar......dan selama Hadi jadi presiden PAS berapa banyak kali dia berdulak dalik, u-turn dalam isu berbangkit sehingga rakyat melihat beliau seperti mabuk pil kuda ?

    Oleh kerana itu, perpaduan yang dirancang itu motifnya adalah menjaga kepentingan peribadi saja.

    Jika perpaduan itu tetap dilaksanakan juga....orang yang memikul biawak hidup adalah ahli PAS kerana mereka dilihat bersekongkol dan bersubahat dengan kerja jahat dan zalim yang dilaku kan oleh pemimpin UMNO Baru Barisan Nasional terhadap rakyat keseluruhannya.

    Pengundi yang anti BN tidak akan memberi undi pada calon PAS, kerana sokong PAS bermakna sokong UMNO Baru dan pengundi yang anti PAS tidak akan memberi undi pada calon BN kerana mereka 2 x 5.

    Siapa yang untung dalam agenda perpaduan itu kalau bukan Hadi dan berapa orang pencacai nya kerana agenda itu mesti ada penaja dan dana tersembunyi sebagai upah bersandiwara.

    Ahli PAS patut lebih peka terhadap perangai presiden mereka kerana Hadi pernah berkata PAS berpolitik bukan untuk ke Putrajaya..... tapi untuk menegak agama islam dalam Malaysia. PAS berpolitik bukan untuk kuasa tapi mahu jadi penasihat kepada BN.

    Makna nya apa ? Dalam masa yang sama mereka sibuk nak bertanding 11 kerusi DUN Sarawak.....

    Alahai parti lebai...... Macam macam gila ada........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti lebai malang. Buat bai'ah pun orang tak ikut orang dah tak peduli.
      Tapi mereka ni lebih bijak daripada MT dan ketua bahagian UMNO yg ada skrng ni.
      MT dan ketua bahagian UMNO skrng ni ikut najib membabi buta saja sebab cash is king. Tuhan,dosa dan pahala mereka sanggup tolak tepi.Dalam kotak kepala mereka hanya cash.Dalam ke dua biji mata mereka hanya nampak..$j$..sahaja.
      Ahli ahli UMNO mereka dah tak nampak langsung.
      Harga barang naik mereka peduli apa sebab mereka terlebih mampu.
      Celaka betul.

      Delete
  11. Dear Shah,

    The merger/cooperation of Umno and Pas is to be supported wholeheartedly! Why? Simply because we all want the resultant cooperation to lead to the rejection of both by those who support one political party but not the other. That is, those who earlier give support to Pas shall now stop to support it. And those who earlier give support to Umno will now stop to support it. All because of their supposed cooperation which if you were to ask me has informally gone on for some time now. Their recent moves of being together in a gathering, etc. are mainly to make the support (that they have given each other for some time now) official.

    At the end of the day, during the general election time, whether or not there is merger/cooperation between the two political parties should not be material to voters who may or may not be members or supporters of the two political parties. Why? Simply because the voters need only to look at themselves and ask the following question: would their condition be better or worse by continuing to give their votes to those who have been in power for sometime ? Truly they should know the answer already looking at what has happened to Malaysia and they themselves in recent time.

    Hence, it really does not matter whether or not there is merger/cooperation between Pas and Umno. Voters have no one to blame if they continue to vote or fail to vote the right way. And the right way is to make sure that their conditions shall improve which for sure shall not be the case if they continue to maintain the status quo by voting the same way as before or by failing to vote.

    Most of the time most of us get what we deserve. And Allah swt shall not be helping us when we fail to make the change ourselves. Wallahualam.

    ReplyDelete
  12. Kalau bergabung pun sure ke rakyat sokong..?? kami tak nak dengar apa yg anda cakap untuk future sebab kami dah lihat apa yg anda buat sekarang

    ReplyDelete
  13. Dgn pas turun ke parit dan longkang umno, maka terpalitlah pas dgn pelbagai kotoran yg meloyakan oleh presiden umno. Sepatutnya tunggulah presiden umno yg baru atau tgu pru14. Dlm pru 14 at least ada ruang kpd bekas penyokong umno membelasah najib dgn menyokong pas sebagai alternatif. Bekas penyokong umno amat perlu parti alternatif yg bebas SYIAH seperti pas baru sekarang. Amanah dan pkr bukan alternatif yg baik kerana penyokong dan friendly kepada musuh ahli sunnah...

    ReplyDelete
  14. Setuju dgn pandangan Penulis!! kerjasama ni nawaitu nya 100% kerana nak menyelamatkan tengkok Najib,bukan demi perpaduan umat islam.Yang PAS pulak tak sudah sudah jadi merelakan diri jadi lebai malang demi nak membela kemungkaran seseorang pemimpin.Kalau sebelum ni pas bersekongkol memebela kemungkaran Anwar Ibrahim,hungga mengakibatakan Pas hampir lebur dikerjakan geng geng pak sheikh Al jub.La ni PAS tak serik serik menawarkan pula"servis nya" membela kemungkaran Najib! Percayalah kalau PAS teruskan hasrat nya membela Najib PAS dan UMNO akan sama sama masuk "gaung" dalam PRU akan datang

    ReplyDelete
  15. Setuju dgn pandangan Penulis!! kerjasama ni nawaitu nya 100% kerana nak menyelamatkan tengkok Najib,bukan demi perpaduan umat islam.Yang PAS pulak tak sudah sudah jadi merelakan diri jadi lebai malang demi nak membela kemungkaran seseorang pemimpin.Kalau sebelum ni pas bersekongkol memebela kemungkaran Anwar Ibrahim,hungga mengakibatakan Pas hampir lebur dikerjakan geng geng pak sheikh Al jub.La ni PAS tak serik serik menawarkan pula"servis nya" membela kemungkaran Najib! Percayalah kalau PAS teruskan hasrat nya membela Najib PAS dan UMNO akan sama sama masuk "gaung" dalam PRU akan datang

    ReplyDelete
  16. Saya ulangi sekali lagi punca segala kekeliruan dan haru biru dlm politik umat islam di Malaysia...
    Kedua dua Presiden telah masuk suku dan terkena nasi kangkang, jadi celaru dan haru biru pemikiran mereka, tak mampu membezakan yg mana haram, yg mana halal. Segala wang/harta rakyat dibuat mcm harta pesaka mak bapak dia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...