Tuesday 1 December 2015

KEHADIRAN TUN M DI PAU 2015 DAN KEBUDIMANAN ZAHID HAMIDI

Tidak dipastikan sama ada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sudah menghantar surat jemputan atau belum kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Kali terakhir Ku Nan bercakap mengenainya ialah pada 26 November lalu dengan mengatakan masih mempertimbangkannya.

Dalam masa yang sama, Ku Nan juga membuat andaian awal bahawa Tun Mahathir berkemungkinan besar tidak menghadirinya berikutan pendiriannya yang kerap menghentam parti kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengatakan UMNO tetap akan menjemput Tun Mahathir untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO kerana parti tetap menghormatinya.

Hari ini, tanpa mengira beliau dijemput secara rasmi atau tidak, Tun Mahathir memperakukan kehadirannya dengan mengatakan jemputan terbuka Zahid Hamidi itu sudah memadai untuk beliau menghadirinya.

"Saya tak terima lagi surat jemputan, tapi saya anggap kenyataan Zahid itu sebagai suatu jemputan dan tak hantar jemputan pun saya tetap akan pergi," kata bekas Perdana Menteri itu lagi.

Soalnya kenapa Ku Nan dan ibu pejabat UMNO terlalu perlahan dalam membuat kerja? Bukankah menjemput bekas Presiden UMNO seperti Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi ke majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO merupakan suatu tradisi yang perlu dihormati dan dikekalkan?

Apakah Ku Nan sengaja melengah-lengahkan surat jemputan itu dengan harapan Tun Mahathir tidak menghadirinya?

Mujurlah masih ada pemimpin budiman dalam kepimpinan UMNO seperti Zahid Hamidi yang pantas memberikan kenyataan dan melakukan jemputan terbuka terhadap Tun Mahathir.

Di ketika Ku Nan seolah-olah tidak mahu Tun Mahathir hadir, banyak pemimpin lain hanya berdiam diri, manakala Najib mungkin lebih berharap agar bekas Perdana Menteri itu tidak menghadirinya, Zahid sebaliknya perlu dihargai atas sikap budimannya itu. 

Jika semasa perhimpunan nanti, tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang memperdulikan Tun Mahathir atau seperti tidak meraikan kehadirannya, Zahid Hamidi seharusnya sekali lagi menunjukkan kebudimanan hatinya ketika itu nanti.

Sebagaimana beliau mengakui turut mengunjungi Tun Mahathir di kediamannya sebaik dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk meminta pedoman dan nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu, Zahid sememangnya layak dihargainya atas sikap budiman dan hormatnya yang tidak luntur itu. (SH 01/12/2015).

24 comments:

  1. Atas kapasiti apa zahid hamidi menjemput tun m? Sebagai timbalan pm atau naib presiden umno? Adakah naib presiden umno lebih tinggi pangkat dari timbalan presiden umno? Atau adakah kerana dia naib presiden umno merangkap timbalan pm jadi dia rasa layak buat jemputan?

    Sebaiknya presiden umno yang perlu menjemput, bukan elegant silence membiarkan s/u umno buat kenyataan berbelit2 dan naib presiden yang pipi tersorong2 perasan yang dia adalah timbalan presiden umno. Pahlawan bugis sepatutnya berani, bukan pengecut dan membiarkan polemik yang bukan sepatutnya jadi polemik pun.

    Anyway, zahid bukanlah pm material, timbalan pm pun tak layak, sorilah, hishamudin pun sama. Satu kapal layar dikembang dan sauh dilabuh dengan panglima bugis merangkap kapten kapal. Untuk penyokong kuat zahid yang membaca blog shahbudin juga, tak perlulah nak menulis untuk menjolok tekak kami dengan pemimpin kamu tu. Nak muntah dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkuk punya tengku adnan. Muka pun mcm muka pecah rumah.

      Delete
    2. Zaharin Sang Kelembai pernah tulis kecil2 dah pandai tipu IC Teuku jadi Tengku, kononnya susur galur kerabat Pahang.

      Delete
    3. Tengku tak layak langsung. Tapi kalau Tunggul Adnan bin Tunggul Mansor memang kena sangat2 dah tu. Kena betul dgn paras rupa dia

      Delete
  2. kita tengok siapa yang kena.....zh try to play safe....checking the life boat, kot2 ada bocor........pundikau taj raman mengasah golok ontok potong tali lifeboat

    gorr ajib.. main politik.....kawan boleh jadi musuh dan musuh kita boleh kawin

    ReplyDelete
  3. Elok juga ada pemimpin macam zahid hamidi ni. Sebagai naib presiden tentu dia ada hak untuk mengundang. Kalau dalam kad jemputan kahwin pun ditulis turut mengundang seisi keluarga, dalam umno pun samalah. Sebagai orang no 3 dalam parti, setaraf dengan ketua2 sayap, memang zahid ada kapasiti untuk menjemput. Dan dengan jemputan terbukanya itu ibu pejabat tidak perlu berdolak dalik dalam isu ini. Keluar surat ke tidak, tun m telah menyatakan pendirian untuk hadir. Tun m sebagai tetamu sahaja pun, bukan council of elders. Takkan tradisi dan adab memuliakan tetamu pun dah hilang dari sanubari umno. Kalau bukan zahid yang alu2kan tun m nanti, tsmy dan dssa ada untuk menyambutnya. Tun M kritik najib sebagai perdana menteri, bukan sebagai presiden umno. Walaupun zahid bukan material pm/tpm, jemputan terbukanya adalah baik dalam keadaan krisis sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut media malaysiakini, jemputan adalah dari kapasiti timbalan perdana menteri, oleh itu, memang takde kena mengena. PAU bukanlah kenduri kahwin, oleh itu, kaitan yang tak berasas.

      Tun M kritik najib sbg PM, tetapi pada masa juga kritik presiden umno, kerana menjadikan masalah 1mdb sebagai masalah kesetiaan kepada presiden umno, juga masalah derma dalam akaun peribadi sebagai masalah umno. Oleh itu, apa kena mengena?

      Delete
    2. Umno bukan presidenya yang punya hingga presiden sahaja yang boleh jemput siapa yang patut hadir sebarang aktiviti parti. Sikap yang demikian adalah gambaran pembodek presiden. 1mdb dan skandal lain adalah urusan kerajaan, tidak ada kena mengena dengan umno. RM2.6b itu hanya disebut untuk umno tapi terbukti tidak masuk ke akaun umno pun.

      Ada yang terasa terkena?

      Delete
  4. Rasanya Najib dah terkencing dalam seluar bila Mahathir kata dia akan hadir. Mungkin ucapan Presiden akan dibatalkan dan PAU kali ini akan jadi perjumpaan makan makan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun nak tengok kehebatan pahlawan bugis ni yang boleh buat bumi berkeping menjadi dua.
      Nabi pun tak pernah berkata begitu.

      Delete
  5. Inilah masa yang paling sesuai Ros menasihatkan Najib suruh pecat Si Zahid jawa belut licik tu dan lantik pula Hisham pond menggantikannya sebagai TPM.

    ReplyDelete
  6. Paling best...sumua ahli UMNO buat demo luar dewan PAU.. happening siot.

    Tapi.. dah nama pun UMNO..spesis menjilat nak mampos.. tobat x berani demo bila berdepan dgn pemimpin sendiri.. almaklomlah.. pemimpin mereka yg menentukan rezeki ahli2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buruk sungguh budi pekerti budak adnan mansor ni.Tapi dia pandai pula bercakap tentang displin. Dia mahu semua ahli2 parti berdisplin. Dalam soal menjemput Tun Dr. Mahathir ke PAU mana dia displin budak adnan mansor ni.

      Jawatan Setia usaha agung UMNO. Displin mengalahkan mat rempit.

      Akai ada ka?

      Delete
  7. Mungkin.media salah petik atau salah faham dengan Zahid.

    Zahid mungkin tidak bermaksud telah membuat jemputan tetbuka kepada Tun Dr Mahathir kerana bukan bidangkuasanya...mungkin itu hanya persepsi Zahid bahawa Tun "akan" dijemput.

    Nan mesti say yes or no !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun bijak. Bukan Tun tidak tahu.

      Silap lah Zahid, ajak-ajak ayam ..Ini bukan ayam daging boleh ajak-ajak. Ini ayam yang suka masuk gelanggang !

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Belum buat kenduri dah kecoh pong pang pong pang.x kan x jemput kot...kalaulah cedet dtg tentu daeng nak berucap berapi rapi rasa malu .. itu yg problem nak kelentong x bolih....waduh camna tukui nan nak jawap kat daeng

    ReplyDelete
  11. Tuan Shah buat lawak, Zahid kepala gangsters dikatakan budiman. Lawak-lawak.Kan Zahid komedi selalu baling bom asap. Mana janji zahid dalang lahad datu Dan bukti Syiah gred A?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan dok percayalah cakap dan janji orang politik ni.
      Depa ni hanya manis mulut. Orang politik ni kerjanya tabur janji saja.
      Tabur janji sampai berselerak sana sini. Nak harap tunaikan janji llangsung tidak pernah.
      Kerja depa saja nak bagi orang syok saja. Habis tu habislah. Esok janji lain lagi. Lusa janji lain. Tulat janji lagi. Sampai berkulat tahi anjing janji tidak pernah di tepati. Semuanya wayang.

      Delete
  12. Zahid sebenar-benarnya se orang yang budiman sekiranya Zahid bebaskan Anwar atau sekurang-kurangnya memberi rawatan yang terbaik dan sempurna kepada Anwar.

    Sekarang ahli UMNO memikirkan samada Tun di jemput atau tidak dari mengambil tahu dan bercakap mengenai 1MDB. Senang je nak alih perhatian orang UMNO. Dan kalau Tun datang atau tidak pada hari tersebut, tidak ada apa-apa makna pada ahli-ahli UMNO. Hari ini dan semalam adalah sama sahaja bagi mereka.

    ReplyDelete
  13. Kali ini majlis PAU 2015 paling populor dan paling dinantikan oleh rakyat Malaysia. Nampaknya organizer kali ini pasti berhadapan dengan situasi yang berbeza akibat dari pelbagai ramalan dan andaian. Yang penting pihak pengurusan seharusnya menitik berat semua perkara supaya dilihat profesional, telus dan berjaya memutuskan keputusan menang-menang.UMNO agak terbelit dan perlu dirungkai dan dilurut lurus. Tun M andaikata semakin dilupakan para menteri tapi kehadiran Tun M di Majlis PAU adalah dinanti oleh rakyat.

    ReplyDelete
  14. Mahathir akan datang. Semasa berjalan di dewan, Mahathir akan berpatah-baik, apabila di tegur bahawa Mahathir tidak di jemput. Maka itu seeluk-eluk nya semua gambar Mahathir di dalam Dewan dan di dalam PWTC di turun kan sekali dan yang di lukis di dinding di padamkan. .

    Zahid menyebut dengan jelas UMNO masih menghormati Mahathir. Zahid bukan kata BN , tapi parti.

    Sokong Mahathir pergi walaupun tidak di jemput.

    Sedangkan Bersih pun Mahathir hadirkan diri ini kan pulak perhimpunan UMNO dalam dewan berhawa dingin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...