Friday 4 December 2015

PERMINTAAN MUHYIDDIN

Ini adalah tulisan yang dipetik daripada laman Facebook Muhyiddin Yassin yang secara terbuka meminta sesiapa saja yang mempunyai pandangan atau pendapat agar dapat menyalurkannya secara jujur dan ikhlas kepada beliau demi kebaikan bersama. (SH 04/12/2015)


Gambar di belakang saya ini diambil ketika Harold McMichael dipanggil untuk mengadap DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Sultan Sir Abu Bakar di Johor Bahru pada tahun 1946. 

Dapat dilihat di dalam gambar ini anak Melayu Johor yang menentang penubuhan Malayan Union kerana percaya bahawa masa depan negara ini harus bebas daripada kongkongan dan campurtangan asing. 

Sejarah menbuktikan anak Johor pantang berundur mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah mereka. 

Sebagaimana yang tertulis dalam sejarah, UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Baharu. Saya telah menjadi ahli UMNO sejak 45 tahun yang lalu.

Saya menerima banyak permintaan daripada akar umbi supaya saya menyampaikan sedikit amanat sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 yang merupakan satu perhimpunan penting bagi Umno.

Seandainya saya berpeluang untuk berucap, apakah perkara-perkara penting yang anda fikirkan wajar saya sampaikan kepada para perwakilan dan pemimpin UMNO?

Mohon anda berikan pandangan dengan sejujur dan seikhlas hati.

#adaberani?
Muhyiddin Yassin.

23 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Nak bagi pendapat tak ada masalah. Tapi apakah akan terhasil daripada pendapat kami apabila beliau tidak mempunyai jawatan tinggi dalam kerajaan sekarang ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... betul... betul.
      Inilah orang politik. Bila dah jatuh barulah nak jumpa rakyat, mintak kasihan dari rakyat, mintak pendapat dari rakyat.
      Masa tinggi di langit, nampak rakyat macam semut, dipijak2, di buli...

      Delete
    2. Apa punya manusialah kau ni muhyiddin. Dulu masa di atas masa ada kuasa muka pun tak pernah senyum kat orang. Bila dah susah baru nak minta tolong orang di bawah.
      Ingat muhyiddin. Tuhan sedang bagi pertunjuk kat hang agar hang jgn lupa diri lagi. Hang pun asalnya orang kampung mcm kami jugalah.
      Sebagai ahli UMNO seumur hidup aku akan bagi sokongan kat hang. Apa yg hang nak bercakap tu nanti hang tau sendirilah apa yg berlaku hari ini. Apa yg rakyat cukup tidak puas hati sehinggakan aku sendiri tidak akan undi UMNO selagi najib masih jadi PM.
      Biar UMNO kalah dlm pru 14 nanti. Biar pembangkang berkuasa. Selepas najib berambus. UMNO dah kena samak sehinggakan kesemua kerbau kerbau pilihan najib dipecat. Baru aku undi UMNO semula.
      Undi hak aku. Aku berbaris dan menunggu tengah2 panas untuk mengundi.Jadi aku punya suka nak undi siapa pun

      Delete
    3. TSMY perlukan sokongan kita,...mungkin peluang masih ade untuk TSMY menebus kembali maruah Melayu dalam UMNO,...luahkan apa saja,...Insya'Allah jika pandangan yang kita beri untuk TSMY cukup 'berbisa', mungkin ia akan api semangat Melayu seluruh negara untuk turut berjuang,...terus terang,..kita disini mmg bijak berfikir dari sudut menyalahkan orang lain,...(waa respek sama lu orang),...tapi kenapa kita tidak gunakan daya fikir untuk melontarkan idea-idea,pandangan yang mungkin akan membantu kita,..khususnya org melayu sendiri,...sejarah tertulis,..ramai arwah pahlawan-pahlawan Melayu sebelum ini sanggup berjuang mempertahankan Melayu dari cengkaman penjajah sampai hilang nyawa,...(nyawa beb nyawa), demi menyelamatkan orang-melayu,....perjuangan zaman sekarang mungkin berbeza,...tapi,..tak salah untuk kita terus berjuang guna akal dan daya fikir masing-masing,...-masa depan Negara terletak di benak kepala otak anda-,...

      Delete
    4. apahal plak lebelkan tsmy tu lembikla., slow la ...siapa yang korang harap nak ganti najib ...anwar,,kahkah....sory le ...mat sabu kahkah ,,,,,duadua taraf lemau...atau lim guan eng cina bukit tu....lagi jahanam la,,,,,takpa korang relaxrelax je tak payah nk sibuk sibuk pasal umno....gi tengok anwar kt sungai buluh lagi baik ...dia katanya sakitlah sanggat...tapi ada siapa kisah.....

      Delete
  3. TSMY.apa nk susah pening kepala.duit harta bertimbun pi mampus lah umno.kalau kau jadi pm aku dan rakyat papa kedana macam ni jugak.bukan kau boleh kasi duit kat aku beras kopi gula kena beli sendiri dh tu mahal.rakyat tenguk kau pun lembik.cakap belakang belakang.dah lah najib cang ngok kau pula lembik penakut.malu lah aku tenguk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan sri yg dah tak berseri lagi dan kini ingin berseri semula. Ingatlah apa yg berlaku ke atas diri tan sri hari ini ada permainan kawan2 tan sri sendiri yg sama2 cari makan dengan politik.
      Kami ahli2 UMNO tak pernah pun cari makan dengan politik.
      Buatlah pendoman dan jgn lupa diri lagi. Dgn apa yg dah berlaku hari ini semuanya adalah permainan kawan2 rapat tan sri sendiri.Kawan makan kawan. Tan sri lebih mengenali mereka semua daripada tan sri mengenali kami. Jgn buat silap lagi tan sri. Jgn buat rakyat benci tan sri sebagaimana rakyat cukup bencikan najib dan kerbau kerbau dalam MT dan kabinet UMNO hari ini.
      Tan sri masih ada peluang. Kami akan bantu dan sokong tan sri untuk singkirkan pahlawan bugis tu.Dah cukup banyak kerosakan yg dia buat entah apa lagi mala petaka yg dia akan bawa. Yg kena tanggung semua musibah ini nanti adalah kami rakyat marhaen.
      Biar pun PRU 14 masih jauh lagi tapi kami dah tahu siapa yg kami akan undi nanti.
      Kalau najib dan kerbau kerbaunya dlm kabinet 1MDB serta penjilat2 jubur dia di bahagian jauh panggang dari apilah. Tunggulah PRU 14 nanti kita tengok mereka ni mampus ke tidak.

      Delete
  4. Oi Muhyiddin.. hang ni lembik la.. nak cakap pun tak tau.. tak guna 45 tahun dok dlm UMNO.. phui.. memang sembab wal bodohi..

    Sya mencadangkan, membunuh diri adalah terbaik. Inilah yang patut para pemimpin UMNO buatkan sejak 50 tahun dahulu.

    Riba, menipu secara industri dan rasuah berleluasa. Apa lagi kami nak harapkan UMNO buat kerja. Jangankan untuk ekonomi.. agama jauh sekali. Dibuat main2 saja.

    45 tahun duduk dlm kerajaan, hanya membuncitkan perut dan enjoy de menjoy semata2 yg kami nampak.

    Jika tak nak bunuh diri, mengucap 2 kalimah syahadah semula. Buat saja apa tuntutan Islam sepertimana yg kita dok kecoh sayang rasulullah.. tapi satu habuk pun tak betul di landasan agama. Baik pemimpin, baik rakyat.. nak suruh rakyat, mmg payah la.. 30 juta.. bukan semua nak ikut.. pemimpin cuma 100 orang.. jika 80 pemimpin setuju dan ikut.. macam buat undang2 GST, suka tak suka, rakyat kene bayar. Jika masih ada soal lagi, pilih option no 1. Khalas.

    Dah la mat sembab ooi.. malas aku nak merepek banyak2 kat nko.. nanti ko makin biol dan lembab bertambah lembab lagi pulak.

    ReplyDelete
  5. Tsmy kita bkn sempurna.saya tak nak letak garam atas luka tuan tpi sokong tuan utk ubah keadaan yg makin parah.semoga semua rakyat bangkit bersama tsmy demi malaysia tanah tumpah darah ku...

    ReplyDelete
  6. Toksah dimaki TSMY tuh..kalo dia anak jantan Johor..bawak jer Umno satu Johor kuar dari Umno..dah ade teladan..Dato Onn kuar..Dr Mahathir kuar..kalo tak boleh bawak Umno Johor..kuar sorang-sorang..lebih baik dari jadi melukut tepi gantang..syabas kpd TS Mat Taib, Saifuddin Abdullah dan lain-lain yg ada maruah dan harga diri..itulah pemimpin!

    ReplyDelete
  7. Ada hikmah disebalik kehilangan jwtn..skrg2nya sdara masih boleh mgukir senyuman. Unlike smsa bkuasa..muka sdara masam mencuka. Sdara kena ingat, kekuasaan tu milik Allah..diberiNya pd sapa2 yg Dia nk hatta pd org yg zalim skalipun. Ambiklah pgajaran dr zaman sdara sbg menteri pendidikan..jgn diulang dasar2 yg myusahkan rkyat klu ditakdirkn kmbali bkuasa.

    ReplyDelete
  8. Aku pun kadang kadang meluat juga dgn pok din ni....kejap kejap pi luar negara,makan angin ke ape aku pun tahu.Kami ni dok tunggu nak tengok silat hang,hang hanya bersilat kat belakang pentas....tu yg kuncu kuncu najib lanyak.Dulu ada kuasa hang x peduli pun rakyat....la ni hang minta simpati kat kami juga.hang kena keras sikit,keras yg bawah nak buat apa.Kami ni dok doa umno telungkop cepat sikit.Kami ni dah teruk dah ni...belanja la ni mcm air terjun...laju. Dah kopak poket kami mcm mana nok sokong parti umno.....hancur umno hancur umno

    ReplyDelete
  9. Tan Sri very slow that why you lose.

    ReplyDelete
  10. YB Tan Sri Muhyiddin,
    Teringat saya kembali pada Team A dan Team B pada tahun 1987 / 88 dimana terjadi pergolakan di dalam UMNO yang mana akhirnya terbentuk UMNO Baru. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan dan kemenangan Team A amat tipis sekali.Kempen yang dijalankan tidak disekat oleh Team A dan betapa demokrasi didalam UMNO jelas dipraktikkan. YB TSMY bersama Team A masa itu walaupun ramai pemimpin-pemimpin UMNO Johor bersama Team B.
    Kali ini keadaan amat berbeza. Kritikan dijadikan sebab penangkapan dan tindakan undang-undang dan disiplin. Segala jentera dan kuasa yang ada, kerajaan mahupun parti, diguna untuk membunuh apa jua jenis kritikan terutama sekali yang melibatkan 'powers that be'. Akhirnya 'check and balance' tidak ujud langsung.
    Kepada YB TSMY, semangat perjuangan UMNO kini tidak lagi jelas. Penubuhan UMNO atas semangat melawan Malayan Union; diikuti semangat untuk Merdeka, Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru. Namun kini apakah sebenarnya semangat perjuangan UMNO?
    Untuk Negara, Bangsa dan Ugama cuma kata-kata dibibir.UMNO tidak ada nampak satu perancangan yang objektif. UMNO 'gagal merancang', jadi pendek kata UMNO "merancang kegagalan". Tidak ada pelapis, tidak ada kesinambungan daripada peringkat cawangan, bahagian hingga ke pusat.
    Kegawatan yang dihadapi UMNO lebih menjurus kepada tiadanya perancangan awalan dan kesinambungan. Minta YB TSMY olahkan dan sampaikan untuk penambahbaikan parti UMNO.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Senang cerita minta najib turun.. Menteri2 bodo pun minta turun juga..

    ReplyDelete
  12. TS satu tanya Najib mana duit 1MDB dua duit RM2.6b mana perginya ketiga kenapa kacau SPRM ,Bank Negara ,Hakim dibuang keempat kenapa lantik hasan dari pekan jadi pengerusi PAC org lain tak ada ke kelima org dah tak minat najb malu malaysia maka letak jawatan je beri org lain jadi PM

    ReplyDelete
  13. TS satu tanya Najib mana duit 1MDB dua duit RM2.6b mana perginya ketiga kenapa kacau SPRM ,Bank Negara ,Hakim dibuang keempat kenapa lantik hasan dari pekan jadi pengerusi PAC org lain tak ada ke kelima org dah tak minat najb malu malaysia maka letak jawatan je beri org lain jadi PM

    ReplyDelete
  14. Selagi nama nya umno,, itu lah padah nya kita,

    ReplyDelete
  15. Umno tak banyak berubah, zaman Anwar dulu gay bisex jadi TPM. Zaman sekarang pondan dgn bisex jugak yg memimpin.
    Same old story.

    ReplyDelete
  16. Setelah lama menyepi, disebabkan isu-isu yang tidak dapat ditepis, blogar prepaid kembali. Syabas, mungkin sebab "credit" dah kena topup, barulah syok sikit nak masuk balik buat komen komen kampung..

    ReplyDelete
  17. Lau hingus maseh meleleh,lau kahak pun belum ada....usah la berani tak bertempat, bagaikan paku terserpeh.....
    hidung tak mancung pun.....kemek je!........lu orang tahu tak!....siapa disekeling Jeneral U...M.....NO.?...
    Pemandu berani mati.....pengipas, pembodek yang hanya tau menbedal je! ........ penuh naluri kebinatanggan
    yang amat ganas didunia.....................nak melawan cam mana!........yang berkuasa siapa?........
    yang jatuhkan hukuman Gantong tampa timbang tara siapa?.........
    tu la! mak babak kau suruh Sekolah tak mau!.......bergolek beguling kat jalan raya, tak payah diajar pun....
    dah keras cam buluh.......ditegur, diajar sikit, melenteng!......jangan perasaan diri tu gagah, mempunyai
    segalanya.............lambat laun dijemput jugak Ma'alaikat Maut!........ingat Dosa sesama Manusia tak berampun
    tau!!!............itu pun bukan aku yang cakap, Dato' Nenek kau jugak yang cakap!................

    ReplyDelete
  18. Tak yah le nak meminta minta bila terngadah, uruskan saja diri yang berbisa, carilah jalan untuk melumpuhkan pelaku yang durjana, tembak, racun, lembing terpulang pada diri, yang penting malapetaka bolih di hindarkan dari berluasa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...