Monday 21 December 2015

DUA-DUA POYO

Cuba kita amati dengan teliti kenyataan sepupu Najib Razak, Hishammuddin Hussein mengenai kerjasama UMNO dan Pas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini.

1 - Pas digesa berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan UMNO sekiranya mahu memartabatkan Islam.

2 - Menolak dakwaan parti Melayu itu (UMNO) terlalu inginkan kerjasama, sebaliknya berkata usaha tersebut adalah untuk kebaikan umat Islam negara ini.

3 - Hal berkaitan ummah tidak kira siapa yang mulakan perjumpaan tetapi siapa yang betul ikhlas dan tidak ada pertimbangan lain.

Agak menghairankan apabila Hishammuddin mahu Pas berfikir hanya tentang Islam dan bukan semata-mata pertimbangan politik mengenai kerjasama itu, tetapi sedarkah beliau Najib Razak memulakan langkah ke arah itu adalah semata-mata kerana pertimbangan politik, bukannya ada kena mengena dengan Islam pun?

Jika tiada tekanan dan gelora yang sedang dihadapinya dalam UMNO, apakah mungkin Najib mahu membuka ruang kerjasama dengan Pas?

Bolehkah sesuatu yang dimulakan dengan niat politik tetapi berselindung di sebalik Islam, tetapi kemudian mahukan Pas mengenepikan faktor politik dan hanya memikir tentang Islam saja?

Tahukah Hishammuddin bahawa Pas juga adalah parti politik dan tindakan parti itu menyambut salam kerjasama yang dihulurkan Najib juga adalah  kerana faktor politik, lantaran masalah yang dihadapi parti itu bersama lain-lain parti pembangkang dalam Pakatan Harapan serta kerana perpecahan sehingga wujudnya Amanah?

Ketika Pas tidak berpecah dan hubungannya dengan parti-parti lain tidak bermasalah, cuba selak kembali helaian sejarah lama, apakah jawapan parti itu bila diajak untuk bekerjasama?

Jika kedua-duanya, UMNO dan Pas tidak menghadapi masalah masing-masing, mungkinkah wujud keinginan untuk bekerjasama itu?

Semua orang sedar, termasuk makcik Felda, pakcik kedai kopi dan lebai surau sekali pun, bahawa kerjasama yang ingin dijalinkan itu tidak lain hanyalah semata-mata kerana faktor politik. 

Islam hanyalah semata-mata modal untuk diperdagangkan bagi menghalalkan kerjasama yang mahu dibina. Yang memulakan langkah menggunakan nama Islam, yang menyambut langkah juga menggunakan Islam.

Kalau benar kerana Islam dan bukan politik, kenapa baru sekarang ingin bekerjasama? Dulu kenapa UMNO menolak Pas manakala Pas pula lebih sanggup mendakap DAP berbanding UMNO?

Oleh kerana masing-masing ada niat politik dalam kerjasama itu, janganlah Hishammuddin, mentang-mentang sepupu dengan Najib, cuba berlagak suci dengan meminta Pas mengenepikan faktor politik dan hanya berfikir tentang Islam.

Hakikatnya, kedua-duanya berfikir tentang politik. Niat, tujuan, matlamat dan segala-galanya, baik kepada UMNO mahupun Pas, hanya kerana politik dalam kerjasama yang sedang mahu diwujudkan itu.

Terimalah hakikat bahawa UMNO dan PAS sama-sama sedang bermain politik sekarang ini. Kenyataan Hishammuddin yang meminta Pas tidak memikir soal politik dan seolah-olah UMNO saja boleh berpolitik turut menunjukkan tanda-tanda ada niat lain di sebaliknya.

Dalam Hishammuddin cuba menafikan dakwaan bahawa UMNO yang terlalu inginkan kerjasama itu sambil mengatakan ia adalah untuk kebaikan Islam, siapa sebenarnya yang beliau hendak "temberang"  dan kaburi dalam hal ini?

Sama ada Islam mendapat kebaikan atau tidak, ia masih subjektif sifatnya tetapi yang pasti objektifnya  ialah untuk kebaikan Najib demi mengekalkan kedudukannya.

Setelah dapat mengekalkan kuasanya nanti, belum tentu juga Islam akan lebih dimartabatkan di negara ini atau perlaksanaan hukum-hukum Islam menjadi bertambah baik daripada sekarang, namun keuntungan dari segi kedudukan peribadi Najib dan lain-lain pemimpin UMNO termasuk Hishammuddin, sudah pasti  terjamin.

Naib Presiden UMNO itu juga mengatakan hal berkaitan ummah tidak kira siapa yang lebih dulu memulakan, tetapi siapa yang ikhlas dan tiada pertimbagan lain mengenainya.

Kahkahkah....sekali lagi, benarkah Najib dan UMNO yang memulakan langkah ke arah kerjasama dengan Pas itu kerana betul-betul ikhlas dan tidak ada pertimbangan lain dalam hati?

Walaupun sepupu, dalam keinginan mahu mempertahankan Najib, Hishammuddin tidak seharusnya lupa bahawa Tuhan mengetahui gerak hati dan niat semua umatnya, bahkan manusia juga boleh membuat tafsiran berdasarkan perlakuan, percakapan dan masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh seseorang itu.

Jangan terlalu bermain dengan kata-kata untuk melindungi sesuatu yang sebenarnya tidak sukar dibaca niat, tujuan dan matlamatnya. Budak-budak muda yang pertama kali mengundi akan melihat sikap begitu tidak lebih sebagai  "poyo", tambahan pula Hishammuddin berlatarbelakangkan pendidikan guaman yang tentunya lebih arif dari segi niat, pembuktian, hujah percakapan dan sebagainya.

Sama seperti Najib yang memulakan langkah kerjasama dengan Pas bersandarkan hujah-hujah yang dianggap "poyo" seolah-olah begitu memikirkan soal perpaduan Melayu dan Islam dengan antara lain memetik ayat-ayat terjemahan Al-Quran, Surah Ali-Imran yang meminta berpegang kepada tali Allah sedangkan tali dalam UMNO yang sedang dipimpinnya pun berselirat serta banyak yang putus, sang sepupu juga nampaknya sama "poyo" dalam mempertahankan abang sepupunya itu. (SH 21/12/2015).

22 comments:

  1. Kembali kpd alquran di mana allah berfirman bertolong mrnolong lah kamu orsng beriman dlm kebaikan dan jangan dalam perkara dosa dan permusuhan.

    ReplyDelete
  2. BARU-BARU ini, isu Pas sedia untuk melupakan dan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan Umno terhadap parti itu sebelum ini terus hangat diperkatakan.Sehubungan itu, Pas tampil memberikan jawapan kepada tiga persoalan mengenai isu berkenaan: Soalan 1: Pas setuju gabung Umno?Jawapan: TIDAK setuju Soalan 2: Pas setuju kerjasama dgn Umno?Jawapan:i - SETUJU jika atas dasar kebajikan rakyat dan takwa menegakkan Islamii - TIDAK SETUJU jika atas dasar dosa, menegakkan kemungkaran dan kezaliman.Soalan 3:  Kenapa Pas dilihat berlunak dengan Umno akhir-akhir ini?Jawapan:  Pas melihat Umno, sama ada pemimpin atau ahli-ahlinya adalah sebagai sasaran dakwah yang mesti didekati dan disampaikan kepada mereka Islam.Umno perlu dinasihati untuk meninggalkan kemungkaran dan kezaliman dan kembali kepada Islam. NASRUDIN HASSANKetua Penerangan Pas21 Disember 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan soalan no.3 paling poyo. Mcm la PAS baru lahir dan berdakwah start semalam.

      Delete
    2. Jawapan soalan no.3 paling poyo. Mcm la PAS baru lahir dan berdakwah start semalam.

      Delete
  3. Bila nak kalah mula guna Al Quran sebagai modal. Dulu tentera Muawiyyah angkat Quran di hujung pedang bila hampir tewas kepada tentera Saiddina Ali dalam perang Siffin. Sekarang baca petikan surah Ali-Imran bila dah tersepit.Saiddina Ali telah nampak tipu muslihat komader Muawiyah dan ingin teruskan perang, tetapi tenteranya enggan meneruskan perang apabila melihat Quran dijulang sebagai isyarat gencatan senjata. Kini Pemimpin 2 parti bersetuju guna Quran sebagai alat mengikat perpaduan antara mereka dgn pelbagai bentuk diksi seperti kerjasama, penyatuan dll. Sementara akar umbi parti masih saling curiga antara satu sama lain. Selain itu malu-malu alah pun ada di kedua-dua pihak. Sejarah merakam peristiwa dan berlaku dalam dimensi yg sama cuma pelakon sahaja berbeza. Pas dulu laung PGU- Pas Ganti UMNO, sekarang berrubah jd Pas Gabung UMNO. Dulu Tahalluf Siyasi sekarang dah jadi Tahaffut Siyasi. Siapa percaya lg kepada PAS selain ahlinya. Undi diterima calon PAS dlm PRU 13 dulu melebihi 30% dr jumlah ahli PAS sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini bila tahu dah nak kalah sanggup bekerjasama kembali.
      Masuk tong taik keluar semula. Dulu kononnya UMNO ni najis.Sekarang masuk tong taik sekali lagi. Apa alasannya?

      Delete
  4. Kenapa UMNO tidak terus tukar corak menggunakan Islam? Kan banyak Ulama dari kalangan mereka yang boleh kendalikan penghijrahan tersebut. Tak payah gunakan PAS yang sendirian sedang mengalami masaalah dalaman.

    ReplyDelete
  5. PAS atau UMNO Baru nak bergabong atau pun nak berkerjasama diantara mereka berdua, tiada siapa yang boleh halang.

    Tapi bila mereka mahu berpelokan sesama sendiri guna alquran bagi menghalalkan matlamat mereka maka ada satu soalan yang perlu ditanyakan.....

    Bab perpaduan pandai pulak guna ayat alquran agar rakyat tidak sangsi menerimanya.... Tapi kenapa bab mengubah duit haram jadi duit derma tidak dibacakan ayat alquran dan hadis nabi supaya rakyat boleh menerima perbuatan itu sebagai halal dan dizinkan oleh tuhan....?

    Kokoknya panjang berderai.....kaki dan ekornya bergelumang dengan tahi.

    Peringatan orang tua..... Berkawan dengan pencuri jadi pencuri, berkawan dengan penjual agama, jadi pendakwah songsang. Berkawan dengan perasuah jadi baruah.....

    Pemimpin PAS patut memberi penjelasan kepada ahlinya tentang hukum menerima duit rasuah sebagai dana politik disamping menjadi kan sebagai sumber pendapatan untuk memberi makan anak dan bini di rumah ?

    ReplyDelete
  6. PAS hidup dengan pungut duit derma dalam tong setiap kali berceramah...

    Tanpa odit, entah ke mana duit itu dibawa?

    Oleh itu agak pelik, mati hidup semula untuk minta PAS bertanya mana duit derma yang Najib dapat..

    2x5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kan tak leh tanya bro RM 2.6 billion tu terlalu banyak tu .PAS rasanya sampai kiamat susah nak dapat duit banyak tu ,beza tu...

      Delete
  7. Gila..gila..gila.
    Hadi dah tarik ke belum amanat yang buat dulu dgn mengkafirkan dan menghalalkan darah orang orang UMNO???sehinggakan sembahyang pun dua imam. Sembelihan orang orang UMNO pun haram dimakan.Jadi hari ini peristiwa di Memali tu mati syahid ker atau mati katak? Apakah maknanya perjuangan mereka tu dulu?
    Semua orang tahu kenapa dgn tiba tiba pada hari ini PAS sanggup bercium mulut semula dgn UMNO selepas puas bercium mulut dgn DAP.
    Hadi.... Hadi besar sungguh dosa kau di disisi tuhan.Tak tertanggung kau di akhirat nanti.

    ReplyDelete
  8. Hishamuddin baru sedar kot bahawa kepentingan Islam dan ummah lebih penting dari parti politik atau sekadar menekan pas agar menjalin kerjasama demi menyelamatkan umno dan dirinya yg diwarwarkan bakal menjadi perdana menteri ke 7 selepas najib.
    sebenarnya apa pun bentuk hubungan pas dgn umno pas perlu kembali keakar umbinya yg sekarang berada dlm persimpangan antara pas dan harapan bar dan jika pas sedia berada di sisi umno sebagai rakan sebantal maka mudahlah gerakan parti pimpinan mat sabu untuk menarik sebahagian besar ahli pas menyertai partinya.
    Akar umbi pas pada ketika ini sedang memerhati kearah mana pimpinan pas untuk mengemudi pas samada menyokong kepimpinan umno atau kekal di kalangan pembangkang.
    memetik perbualan dgn seorang pemimpin pas akar umbi yg telah meletakan jawatan dlm saf kepimpinan tetapi maseh kekal sebagai ahli pas beliau berkata " tunggu dan lihat kemana arah pas tetapi yg penting asal bukan umno.

    ReplyDelete
  9. Hudud mana? Temberang najib......najib dah x kira.Batang mancis pun di paut nya takut lemas....

    ReplyDelete
  10. Anon 23.01 Tak boleh pakai langsunglah budak Bangla sepupu najib ni.Bekas Menteri Amaran Malaysia dulu ni.
    Kokok punyalah berderai derai ekor penuh bergelumangan taik ayam candu.
    Boleh blahhhhhhhh ler mat bangla.Hidup segan mati tak mahu punya manusia.

    ReplyDelete
  11. Maaf cakap sekarang ini memang susah nak cakap yang mana satu agama dan mana satu politik. Yang mana PAS dan yang mana UMNO.

    Cakap Guan Eng mengenai PAS UMNO, terpulang pada rakyat dengan muka yang tersirat seribu makna. Kerana Islam yamg Guan Eng kenal lain dari Islam yang PAS dan UMNO tunjukkan.

    Boleh di fahamkan dari kata-kata Guan Eng apabila di minta pendapatnya mengenai perpaduan PAS UMNO memberi maksud Islam adalah agama yang mulia. Dan yang menjaga kemulian agama Islam bukan dia (Guan Eng) tapi umat Islam itu sendiri. Walaupun Guan Eng tidak bercakap tapi maksudnya lebih kurang begini 'Sayang kamu telah di beri sesuatu yang sangat berharga tetapi kamu tidak mahu menjaganya dengan baik'

    Sesungguh Allah Maha Bijaksana.

    ReplyDelete
  12. Kenapa dua orang saja yang poyo? Hj Hadi pun poyo. Nasha pun poyo.

    Takiyuddin lagi poyo.

    Jika berjaya UMNO bersatu dengan PAS, maka lahir lah Melayu Bani Poyo.

    ReplyDelete
  13. Si Hisam nih takde bezanye dengan Asan Malek, Mat Maslan, Mail Sabri dan yang sewaktu denganye dalam kabinet dapor najik tuh..amat-amat..diulangi..amat-amat diragui dia nih ade izajah loyer L.L.B..yang wajib ade izajah L.E.M.B.U..same cam Mat Maslan..izajah masak-memasak nasi goreng..piiirahh!

    ReplyDelete
  14. Dialog aku dgn wife n anak sulung...

    jgn nak mengada ngada undi pas lg pd ge14 nnt...cukuplah ge13 dulu kita dah undi...depa khianat undi kita...
    kami pengundi atas pagar...tp dr dulu pangkah pas shj...

    tak sabar nak tunggu ge14 ni...kasi ajar sikit depa...biaq bungkuih n deposit hilang mcm dulu...

    x boleh ke maintain n perjuangkan isu rakyat dulu...hang nak gabung ke apa ke...lantaklah...

    kita undi yg perjuangkan hak rakyat saja lepas ni...tepuk dada tanya tangan yg pangkah undi nnt...

    ReplyDelete
  15. Hebat sungguh org umno sekarang ni dah padai guna ayat alquran utk perpaduan tapi kalau salah guna wang tak pakailah pulak ayat alquran alah bisa tegal biasa kata pepatah melayu

    ReplyDelete
  16. Hebat sungguh org umno sekarang ni dah padai guna ayat alquran utk perpaduan tapi kalau salah guna wang tak pakailah pulak ayat alquran alah bisa tegal biasa kata pepatah melayu

    ReplyDelete
  17. Semua manusia akhir zaman tahu yg agama adalah satu alat paling ampuh untuk membodohkan manusia lain. Bagi penguasa dan golongan bangsawan, mereka boleh saja berlagak seperti tuhan. Berbuat undang2 mengikut selera yg diingini kerana ada kuasa mutlak.

    Banyak orang tahu, dunia akhir2 ini.. umat Islamlah yg paling senang dibodohkan dan biol entahapa2. Di peringkat global, umat islam dibuli semahunya oleh kuasa2 besar dan juga kuasa2 kecil. Di peringkal lokal, umat islam memang menjadi lauk pauk dan ulam2 untuk dicicah sambal belacan.

    Semua ini untuk apa?? Untuk terus berkuasa dan wang masuk poket berjuta2 setiap bulan.

    Umum tahu yg rahsia UMNO dan bisnes arak adalah sesuatu yg tak boleh dipisahkan. Juga projek judi dan riba sudah mangli membarah dalam rezeki raja2, UMNO malah rezeki rakyat sendiri. Tak ada siapa ambil peduli pun. Nafsi2.. Kini bisnes gharar dan cukai adalah lubuk bisnes. Agama digunakan sebagai penyedap dan pelapik punggung untuk terus sedap duduk di kerusi kuasa dan hidup bersenang lenang.

    Rakyat juga masih lena dan nyenyak tidoooo.. Mcm Pak Bodolah Bodowi jugak. Tidur beribu2 tahun.. entah bila nak terjaga. Sekali sekala Pak Bodolah Bodowi mengigau sambil tercirit birit. Gitulah sedapnya tidoooor lena..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...