Thursday 3 December 2015

KEPUTUSAN YANG SUDAH BOLEH DIJANGKA

Walaupun UMNO akan mengadakan mesyuarat khas pada 9 Disember  untuk menentukan sama ada Timbalan Presidennya, Muhyiddin dibenarkan berucap atau tidak pada majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini, keputusannya tentulah sudah boleh dijangka oleh sesiapa saja.

Keputusannya tidak lain ialah mustahil  Muhyiddin akan dibenarkan menyampaikan ucapan penggulungannya, kecualilah jika semua ahli MT  sudah "tidak waras" lagi pemikirannya pada malam mesyuarat itu diadakan.

Selagi ahli-ahli MT kekal waras dan dapat membezakan antara syiling 10 sen dengan wang kertas RM100, tidak masuk akal sama sekali untuk mereka memihak kepada Muhyiddin yang tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa berbanding Najib yang hampir mempunyai segala-galanya sebagai alat memenuhi nafsu, keinginan serta kehendak.

Lagi pula, jika  berucap merasmikan perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang kehadirannya hanya sekitar  2,000 perwakilan pun sudah dihalang, tentulah untuk ucapan penggulungan dalam majlis penutup yang kehadiran perwakilan melebihi 5,000 orang, lebih tinggi lagi keghairahan Najib Razak untuk menghalang suara Muhyiddin.

Oleh itu, Muhyiddin dan mereka yang masih rasional janganlah meletak harapan yang terlalu tinggi atau menjangkakan keputusan yang berbeza terhadap  MT UMNO pada mesyuaratnya 9 Disember itu. 

Keputusan buat pertama kali menjadikan sebagai agenda perbincangan dalam mesyuarat MT sama ada Muhyiddin perlu berucap atau tidak  saja pun sebenarnya sudah membuktikan UMNO telah hilang kerasionalannya.

Apatah lagi, Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sudah berulang kali menekankan pendiriannya bahawa hanya Presiden seorang saja yang seharusnya berucap di majlis penggulungan itu.

Dengan berbuat demikian, Ku Nan secara halusnya sedang memberitahu ahli-ahli MT UMNO supaya turut bersetuju dengan pendiriannya itu yang dipercayai dapat melindungi lagi kedudukan Najib daripada sebarang kemungkinan.

Pernahkah kita dengar sebelum ini sama ada Timbalan Presiden UMNO perlu berucap atau tidak dalam ucapan penggulungan menjadi agenda mana-mana mesyuarat MT?

Bukankah ia suatu tradisi dan konvensyen yang sudah diterima pakai dalam UMNO sejak sekian lama? 

Berbalah, berkelahi, berlawan dan berebut kuasa adalah perkara biasa dalam UMNO, tetapi pernahkah juga ada mana-mana Presiden UMNO sebelum ini yang begitu penakut sehingga mahu membakulsampahkan semua tradisi dan konvensyen itu?

Sejak sekian lama, ucapan  pemimpin mengikut hireaki di majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO telah  menjadi tradisi, tarikan serta juga kekuatan resepi perjuangannya untuk menambat hati rakyat.

Ramai yang menunggu-nunggu ucapan penggulungan setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, bukan saja untuk mendengar ucapan dan menilai kemampuan pemimpin menonjolkan bakat mereka, bahkan juga untuk mengetahui jika ada sebarang pengumuman penting yang melibatkan rakyat melaluinya.

Apabila tiada lagi ucapan daripada lain-lain pemimpin di majlis penggulungan, kecuali hanya Najib yang diketahui sarat dengan isu dan masalah saja yang dibenarkan berucap, keadaannya tidak lebih umpama peniaga yang terus juga mahu "menjual barang yang tidak berapa laku lagi untuk dipasarkan."

Akhirnya, jika Najib seorang saja yang dibenarkan berucap, UMNO lebih berpotensi menjadi semakin tidak bernilai di mata rakyat. (SH 03/12/2015).

18 comments:

  1. Dari sudut satu hati dan satu pasukan, kira Najib memang hebat.
    Bukan senang untuk mendapat sokongan padu bukan sahaja dari orang melayu tetapi juga dari orang India (1MDB). Cuma cina belum sampai ke tahap ini.

    Dengan tambang naik, tol naik, hutang negara meningkat, TPP dan dengan nilai mata wang teruk, pemimpin UMNO boleh selamba memberi sokongan pada Najib.

    Ditambah dengan sokongan Hj Hadi dan PAS, memudahkan Najib meyakinkan rakyat yang tindakan nya membawa kebaikan kepada negara dan kepada rakyat.

    Sepatutnya dengan sokongan yang kukuh seperti ini, hutang negara tidak seteruk sekarang. Mata wang menjadi lebih bernilai. Kenaikan tol dan tambang tidak menyusahkan rakyat.

    Jadi apakah penilaian yang digunakan oleh pemimpin tonggok ini memberi sokongan pada Najib ?

    ReplyDelete
  2. Jika PI Bala yang elok-elok sihat itu pun boleh ditidurkan terus, apakah kaedah yang sama tidak boleh digunakan kali ini? Nak dibuat macam Kevin Morrais tu, tentulah nampak nyata sangat. Nak buat ala-ala Hussein Najadi pula, dah tentu-tentu payah sebabnya la ni Azilah dah duduk dalam dan Sirul tak nampak jalan macam mana nak diimport. Set-set ini bukannya dipedulinya pun fasal dosa pahala, semua itu belakang cerita.

    ReplyDelete
  3. Ya ke ? UMNO akan ada kan mesyuarat khas MT?

    Tak payah lah. Tidak ada se ekur pun MT yang akan bantah sekali pun tidak ada mesyuarat khas.

    Semua nya termasuk KJ senyap apabila Ku Nan kata keputusan tidak membenarkan Muhyiddin berucap sekali puntanpa mesyuarat khas tersebut!

    Habis handal pun mereka minta dibenarkan dengan bersyarat!
    Syarat nya ialah dibenarkan berucap selama 3 minit !!!!


    Tak masuk akal apabila Muhyiddin dibenarkan berucap semasa majlis penggulungan Perhimpunan Agung UMNO tahun ini sedang Muhyiddin tidak dibenarkan berucap semasa perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

    Jika Muhyiddin dibenarkan berucap semasa perhimpunan sayap Wanita dan puteri tetapi tidak dibenarkan berucap semasa sayap Pemuda pun kerja tidak masuk akal.

    Makna nya jika Muhyiddin tidak boleh berucap semasa perhimpunan puteri sekali pun maka Muhyiddin tidak boleh berucap di kesemua perhimpunan PAU kali ini.

    Pilih lah antara Najib atau Muhyiddin. Siapa kah yang buat salah dan siapakah yang bertindak betul?

    ReplyDelete
  4. Skrng ni, siapakah yang merosakkan umno Dan siapakah yang memecahbelahkan umno? Mana itu democrasi yang dilaung-laungkan? Yang skrng yang dah jadi bangsat Dan siapakah yang membangsatkan orang melayu Dan dah jadi haramjadah. Mana pegi nilai2 agama Dan nilainya bud aha melayu? Sejarah Akan menilai manusia2 mana dalam umno yang khianat pada bangsa. Tunggulah masa Akan menentukan, takkan selamat Dan senang hidup orang yang khianat. Mereka Akan dihina sehina-hinanya oleh manusia Dan Allah swt. Mereka tahu pengkhianatan ini dikutuk tuhan tetapi mereka sengaja melanggarnya maka tunggulah datang balasan Allah swt.

    ReplyDelete
  5. Habislah parti UMNO dah kena mandrum,semua ahli MT bergerak seperti robot.Siapakah tok sami ini yang membuat onak?.Sekiranya tak nak berubah, maka nantilah saat-saat terakir UMNO dilucut tauliahnya.

    ReplyDelete
  6. Ini Bukan Perhimpunan Agong UMNO...Ini Perhimpunan Agung Najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..yang akan dihadhiri olih 'lembu2 dan kambing2' Umno.....

      Delete
    2. United Mohd Najib Organisation (UMNO)

      Delete
  7. Kalau ikut apa yg Tuan Budin cakap, maka ahli2 MT Umno terdiri dari 'lembu'2 yang kurang waras. PAU ini adalah perhimpunan 'lembu'2 ( ahli MT) dan 'kambing'2( perwakilan) yg hanya mendengar apa tuannya Najib bercakap.

    Umno sudah jadi macam parti 'komunis' Korea Utara.

    ReplyDelete
  8. Kalau TSMY mahu suara beliau didengar, jangan harap kepada Media Arus Perdana, kecuali The Star. Itupun kena tapis sebelum disiar.

    Walaupun tidak setuju dan mungkin tidak mahu, tetapi kalau mahu didengar, Malaysiakini yang paling layak. Sebabnya lebih kurang 1 juta yang boleh dengar dan baca dalam BM dan BI, dan kalau ia diberi akses secara percuma untuk video atau artikel, maka 10 juta boleh dengar atau baca.

    Tambah pula, pengikut mat boogies pon turut ada akaun dalam Malaysiakini. Sampai ada yang kena "ban" sebab buat komen yang berbentuk "spamming".

    Jadi, nak mesej disampaikan ke seluruh pelusuk, Malaysiakinilah. Ini bukan sebarang promosi tetapi kenyataan.

    ReplyDelete
  9. Dalam lagu UMNO ada sebut 'demokrasi' ke?

    Kalau ada, eluk lah tukar ke 'Najibkasi' !

    ReplyDelete

  10. Walaupun keputusan nya sudah boleh di jangkakan tetapi alasan yang di pakai yang tidak boleh di jangkakan langsung!

    Apakah alasan yang rasional yang akan diberi oleh SUA ?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. Biarkan saja Najib seorang saja yang dibenarkan berucap, di awal perasmian di akhir penggulungan ke.. Yang afdal adalah para perwakilan nanti buat dek je ucapan presiden tu tak yah nak fokus. Lagi elok kalau time dia berucap tu perwakilan bercakap/berbual sesama sendiri untuk menunjukkkan takda siapa nak mendengar ucapan presiden. Kalau lagi ada berani, booo kan aje. Ada lagi berani, baling kertas (jangan benda keras) atau botol plastik bekas air mineral tu ke arah dia berucap.

    ReplyDelete
  13. Biarlah najib seorang je becakap kpd ahli umno dengar dan lepas tu seluruh rakyat n pengundi sokong najib dgn penuh hormat pahlawan bugis ni

    ReplyDelete
  14. Biarlah najib seorang je becakap kpd ahli umno dengar dan lepas tu seluruh rakyat n pengundi sokong najib dgn penuh hormat pahlawan bugis ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...