Sunday 15 February 2015

UMNO Jangan Cepat Mimpi Kerjasama, Pas Tak Mungkin Khianati Nik Aziz


UMNO nampaknya terdesak benar mahu berbaik dan bekerjasama dengan Pas. Perginya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghuni penjara untuk tempoh lima tahun dan meninggal dunianya Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat cuba dijadikan batu loncatan ke arah mencapai tujuan itu.

UMNO ketika ini sedar kedudukannya sedang merudum. Pemenjaraan Anwar menjadikan semakin meluas golongan yang menyimpan simpati dalam diam.

Oleh itu, UMNO merasakan hanya menjalinkan kerjasama dengan Pas saja dapat memberi harapan kepada masa depannya, sekaligus juga menjadikan PR terus tempang.

Bermula dengan pujian dan sanjungan sebahagian besar pemimpin UMNO sebaik tersebarnya berita kematian Nik Aziz sehinggalah pengkebumiannya sedangkan Tok Guru inilah yang dikata dan dicerca macam-macam semasa hidupnya, UMNO meneruskan lagi pengiktirafannya dengan kemungkinan tidak meletakkan calon dalam pilihanraya kecil DUN Cempaka pula.

DUN Cempaka sejak sekian lama diwakili oleh Nik Aziz dan berikutan kematiannya, pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempih 60 hari.

Selepas Pengerusi UMNO Kelantan, Mustapha Mohamad menyuarakan kemungkinan itu, beberapa pemimpin UMNO termasuk KJ, Shahrizat dan lain-lain turut berpandangan sama.

Selain banjir yang baru melanda Kelantan dijadikan alasan dan kini dikatakan tempoh untuk bekerja membantu mangsa-mangsa banjir, alasan lain ialah kononnya sebagai penghormatan kepada Nik Aziz yang baru meninggal dunia.

Hahaha...sejak bila UMNO berperangai sedemikian kepada pemimpin parti lain? Ikhlas dan dari hati yang jujur lagi suci kerana Allahkah semua perbuatan itu?

UMNO tidak perlu pura-pura bahawa mereka sebenarnya sangat terdesak ingin berpeluk cium dan "ya hanana" dengan Pas. Semua tindakan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ketika ini tidak lain ialah untuk menunjuk baik kepada Pas supaya lebih terbuka di ruang hati para pemimpinnya untuk menyambut kerjasama itu.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa    ada menyatakan kematian Nik Aziz mungkin membuka ruang semula kepada kerjasama itu yang tertangguh sejak 2008 lagi. Tetapi belum ada pemimpin Pas yang bercakap secara terus-terang mengenainya, cuma kerenggangan hubungan Pas dalam PR dan dengan DAP dilihat memungkinkan ke arah kerjasama dengan UMNO itu.

Tetapi yang kuat menentang kerjasama Pas dengan UMNO sebelum ini ialah Nik Aziz sendiri, malah pernah membuat kenyataan akan meludah sesiapa yang berani bercakap dengannya mengenai perkara itu.

Nik Aziz juga berulangkali menyatakan Pas hanya sedia bekerjasama jika UMNO bersedia membuang perjuangan assabiyah atau kebangsaan yang didokongnya dan menukar seratus peratus kepada Islam.

Pendirian kukuh Nik Aziz dalam menentang UMNO ini secara umumnya dikongsi oleh majoriti ahli di seluruh negara serta pelbagai peringkat kepimpinannya. Nik Aziz juga berulangkali kecewa dengan UMNO dan kerajaan Pusat yang menafikan royalti minyak untuk rakyat Kelantan.

Yang terpana dengan silau dan sinar yang sesekali kelihatan di wajah UMNO dan para pemimpinnya hanyalah segelintir pemimpin Pas saja.

Walaupun golongan ini yang dipanggil "kelompok UG atau "Unity Goverment"  cuba juga mengeluarkan kenyataan atau pendirian yang lebih condong kepada UMNO dan kerajaan Pusat, tetapi Nik Azizlah yang kuat membentengi usaha-usaha ke arah kerjasama itu.

Kadang-kadang disebabkan Nik Aziz yang begitu dihormati dan kukuh pendiriannya itu, kelompok dalam Pas yang terhegeh-hegeh mahu berbaik dengan UMNO turut malu sendiri untuk lebih kerap bercakap soal kerjasama dengan UMNO itu.

Begitulah kuatnya pengaruh Nik Aziz dalam Pas. Beliau bukan saja kukuh dengan pendirian Pas bersama PR, malah tidak pernah goyang keyakinan dengan Anwar Ibrahim sejak daripada awal lagi.

Kini Nik Aziz sudah meninggal dunia dan Anwar pula di dalam penjara. Apakah semudah itu Pas mahu bekerjasama dengan UMNO dan melupakan pendirian yang dipegang Nik Aziz semasa hayatnya?

Tidakkah jika Pas sedia bekerjasama dengan UMNO bererti parti Islam itu mengkhianati perjuangan Nik Aziz selama ini?

Memang UMNO terdesak untuk bekerjasama dengan Pas ketika ini, sebutlah atas nama Islam atau Melayu sekali pun, tetapi hakikatnya kerjasama itu tidak lain ialah menyelamatkan kuasanya yang semakin rapuh.

Pemenjaraan Anwar, selain pengundi muda semakin menjauhkan diri, pengundi bandar, separa bandar dan bukan Melayu juga menjadi semakin kukuh dengan PR atas nama perubahan.

Harapan UMNO yang tinggal hanyalah pengundi Melayu dan luar bandar yang boleh diperkukuhkan lagi jika kerjasama dengan Pas dapat dijadikan kenyataan.

Namun, UMNO janganlah terlalu cepat bermimpi. Walaupun Nik Aziz sudah tiada, pengaruh dan ajarannya tetap kukuh di hati majoriti ahli dan pimpinan Pas sendiri. Tidak semudah menukar baju bagi Pas untuk bercerai dengan PR dan bercanda-candaan dengan UMNO.

Memuji-memuji dan menyanjung pemergian Nik Aziz, termasuk tidak bertanding di DUN Cempaka tidak mungkin menjadikan kerjasama sebagai kenyataan. Lainlah jika UMNO serta-merta menukar perjuangannya kepada Islam dan sepantasnya juga melunaskan royalti minyak untuk Kelantan. (SH  15/02/2015)

19 comments:

  1. Good article Tuan Shah,

    Satu peringatan kpd geng2 UG dan penyokong tolol dlm Pas yg nak berpaduk2 dgn UMNO. Korang tgk apa yg dah diusahakan oleh TGNA. Jgn cuba rosakkan kekuatan PR. Biar UMNO hanyut dan luput.. Kita perlukan Malaysia yg baru, lebih dinamik n progressive, dgn panduan ajaran islam yg syumul. Bukan mengambil sebahagian. Tinggal sebahagian. UMNO dah gagal! Tgklah semakin byk spesis2 pro duk UMNO yg lahir kini..menjadikan islam dan Melayu semakin terkebelakang.. Akhlsk usah cakap. Semakin teruk..semakin kejam.. Tidak sensitive.. Dan makin tidak berilmu pengetahuan dan hanya mahu ganjaran semata..mcm pendakyah cyber UMNO. Surely, pasni adala depa komen ni.. Tp. I bet komen mcm sampah jer.. Kasi panas blog tuan shah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa untung pas jd hamba pkr?

      Delete
    2. Apa untungnya percaya pada parti penipu orang melayu, umno?

      Delete
    3. apa untunbgnya dgn umporno..parti keris telanjang tu? xd untungnya...bagai melapskan anjing tersepit...x perlualh masuk ke dalam lubang ular dua kali..di tipunya nnti..pemimpin , ahli dan macai parti keris telanjang tu mmg sejak dulu, kini dan selamanya adalah kaki pnipu nombor wahid dah!!!

      Delete
  2. Tak payah tunggu esok atau lusa dah.......Sekarang ini pun Nik Beduh dah masuk gear satu dan akan diikuti oleh 2 dan 3. Bila kita cakap dikatakan fitnah.....Lu tengok sikit hari lagi (pengalaman adalah guru yang terbaik).

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu pantang bunyi kemungkaran pas la yg ke depan..buat konsert pas marah..ada pesta pas buat demonstrasi hari jumaat.. Mat sabu pun melompat marah marah..sekarang ni diam membisu..org bukan islam x faham islam alasannya. Silap silap jual arak dlm kawasan masjid pun halal main dgn puak puak ni..

    ReplyDelete
  4. Kalau puak UG nak bergabung dengan UBN buat sekarang. Boleh juga pimpinan jadi menteri. Kalau tunggu PRU14, UBN kalah PAS pun turut kalah.

    ReplyDelete
  5. Gi jilat bontot tak basuh je...

    ReplyDelete
  6. Sudah bwrtahun2 umno berlagu dgn lagunya yang bernama muzakarah...
    Namun seperti buah kelapa tak berisi...Yang hanyut diarus deras..
    Mereka akan berlagu lagi ...bila tiba masanya...

    ReplyDelete
  7. Ahli PAS nanti berbondong-bondong menyokong PASMA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko yakin ka bro...aku tgk muka pahrolrazi pun dh tau muka kaki bodek minta penerajang....

      Delete
    2. kau nampak macam bodek tapi orang nampak kau macam barua.

      Delete
  8. Jika pemimpin PAS memilih untuk berkerjasama dengan UMNO Baru, apakah ahli akan bersetuju ?

    Andaikata ahli bersetuju adakah majoriti ahli akan bersetuju bersekongkolan dengan UMNO Baru ?

    Samalah juga dengan hajat pemimpin PAS nak melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Persoalannya apakah semua rakyat kelantan bersetuju mengutamakan hudud dari menyelesaikan masaalah kehidupan mereka yang telah dirosakkan oleh banjir ?

    Sebenarnya berkerjasama dengan UMNO Baru dan bercita-cita untuk melaksanakan hukum hudud adalah dua pekara yang akan menjahanamkan kewibawaan parti PAS jika tidak diperhalusi dan diselesaikan dalam segala masaalah yang dibangkitkan.

    Pemimpin PAS seharusnya memikirkan kuasa yang mereka pegang di Kelantan ketika ini perlu dikekalkan untuk penggal yang akan datang.

    Oleh kerana itu ahli fikir PAS perlu mencari kaedah yang memberi kebaikan dan keselesaan para pengundinya.

    Terengganu dan Kedah adalah lambang kegagalan PAS dalam mengurus tadbirkan ekonomi negeri dan rakyat. Apakah pemimpin PAS akan mengatakan tuhan punya kuasa diatas kebodohan mereka menguruskan tanggongjawab ?

    Islam adalah milik individu bukan milik parti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya berpunca dari sejarah Pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Beliau membawa era Politik Perpecahan terutama kepada Politik Umno atau Politik Pembangkang. Dipehak Umno sudah tentu meninggalkan kesan yg mendalam tetapi Pemimpin Umno serta Penyokong pasrah dengan apa yg berlaku, tetapi dipehak Pembangkang, mereka melihat ini adalah peluang terbaik kerana dapat menggunakan Anwar Ibrahim untuk menyerang Umno dn Kerajaan BN.. Pas menadah tangan menatang Individu yg bernama Anwar Ibrahim supaya dapat Join Semangkok dalam Pas, tapi hakikatnya tidak.. Anwar Ibrahim menubuhkan Parti baru berlambangkan Mata Lebam semasa Anwar didalam Penjara. Anwar bijak memujuk DAP dan Pas bergabung untuk menjatuhkan Kerajaan BN. Ramai Pemimpin Pas menjadi Kurban kerana tidak bersetuju dgn Ideologi Pakatan yg tidak sehaluan terutama Pemimpin Pas, seperti Ustaz Nazaruddin Naib Presiden Pas serta Datok Dr Hasan Ali.. Dalam PKR lambang Mata Satu lagi ramai yg terkurban dan tidaksehaluan seperti Sh Muzaffar, Zulkifli Nordin Izam Mat Nor dan ramai lagi.. Ini semua kerana tembelang Anwar Ibrahim.. Beliau membawa Ideologi Politik Perpecahan, mementingkan Agenda Peribadi serta Keluarga sendiri, bukan untuk kepentingan Rakyat . kalau ini berterusan dinegara Malaysia yg kita sayangi ini, tunggulah keadaan ini akan menjadi lebih parah, yang rugi Bangsa Melayu.

      Delete
  9. Aku mmg sedih melihat keadaan Haji Hadi sekarang. Berjumpa juga dgn anak2 muridnya yg menangguk ilmu saban Jumaat di Rusila. Mmg diakui kudratnya kian lemah sejak 2009 lagi. Setiap apa keputusan dibuat, segalanya tak menjadi. Diburukkan lagi dgn penyakit2 fizikal yg sedia ada dibawa untuk berjuang. Ironinya umur TGHH sama dgn Anwar tetapi tenaganya dan mutiara katanya sudah mulai kendur. Tidak seperti TGNA, walaupun cecah umur 83 pada 2014, kata2 hikmahnya rencam hinggakan satu makhluk dlm PAS pun tak berani melawan malah UG terus menikus.

    Puak2 UG ni tak lebih sbg Yakjuj dan Makjuj. Lihat anak didiknya Husam.. dipersiakan begitu saja sebaik saja UG mula meguasai PAS..hanya tunggu ketiadaan TGNA utk bertindak. Lebih2 lagi PAS Trengganu. Semua nak TGHH pegang jawatan walaupun tahu TGHH dah tak larat dan berdaya berpolitik lagi. Entah apa mantra yg dibaca, masih tiada lagi kemampuan memilih selain taksub terhadap TGHH. Lagi menyedihkan, ada (ramai) yg sampai menganggap TGHH ini laksana Rasulullah. Tak kira apa jua keadaan, perlu dipertahankan. WTF??? Selain TGHH, layak ditembak mati saja.

    Yg masih bertahan, hanya beberapa pemimpin bukan UG. Tapi semuanya bukan UG ni betul2 hilang taring dan jadi pelakon tambahan dlm PAS saja. Tak mampu kedepan selagi ulamak2 PAS bersekongkol dgn geng UG.

    Jgn bodohkan kami dgn kisah pendeta yahudi berdebat dgn bahasa isyarat dgn pengembala kambing. Tolong sedar yg musuh utama kita ialah UMNO BN yg sedang nazak dan perlu diterajang sesegera mungkin. Bukan senang nak bunuh ular sekalipun sedang nazak. Silap haribulan, korban menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la..geng haji hadi ko nampak mcm yakjuk makjuk geng dap ko nampak mcm sahabat rasululullah.. Jgn sampai mak bapak ko pun ko nampak mcm abu lahab dan hindun

      Delete
    2. Jangan fikir bila Umno dan Kerajaan skg Jatuh, Pakatan akan hidup selesa..

      Delete
    3. Anon 08:40
      Memang benar Umno dan Kerajaan skg Jatuh, Pakatan tidak akan hidup selesa..kerana Pakatan terpaksa pikul beban hutang yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional. Itu yang Najib kata macam HARAMJADAH !

      Delete
  10. Seeloknya buat lah referendum di kalangan ahli-ahli PAS agar mereka dapat memilih samada mahu berzina dengan HAMNO atau berjuang bersama-sama PR....apa kata majoriti kita ikut....itu baru demokratik. Buatlah referendum sekarang...bercakap lama-lama pun tiada kata putusnya....terlanjur buat referendum, adakan pemilihan Presiden Parti sendiri oleh akar umbi....undian secara sulit lagi baik.....letakkan 4-5 calun Presiden biar ahli yang pilih....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...