Beberapa blog dan akaun media sosial turut menyebarkan gambar tersebut dengan peringatan agar jangan lagi diadu-domba hubungan antara kedua-dua pemimpin itu kerana segala-galanya dikatakan sudah kembali seperti sediakala.
Ada juga yang menghebahkan khabar bahawa atas usaha pemimpin tertentu yang menjadi orang tengah, Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan selepas ini tidak lagi melakukan apa-apa kritikan, terutamanya berkaitan ekonomi, pengurusan kerajaan dan hutang 1MDB.
Dikatakan juga, atas kepentingan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang yang agak kritikal, Najib dan Mahathir akan saling bekerjasama erat selepas ini untuk memastikan kuasa yang selama ini digenggam tidak terlepas ke tangan pihak lain.
Bagaimanapun, hanya sekeping gambar bersalam itu saja yang dijadikan bukti mengenai hubungan yang dikatakan sudah pulih itu. Baik Najib atau Mahathir, kedua-duanya tidak ada bercakap apa-apa mengenainya.
Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya kepada Najib, Mahathir mula menjadi pengkritik paling lantang dengan antaranya menjadikan hutang 1MDB, kelemahan kepimpinan dan pemberian BR1M sebagai sasarannya.
Soalnya, benarkah hubungan mereka sudah pulih dan ok? Benarkan Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan ingin beliau terus menerajui negara ini?
Walaupun tersenyum ketika bersalam dengan Najib di tangga Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat dan bertahlil untuk mangsa MH370, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pada hari tersebut juga Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan sekumpulan bekas pemimpin UMNO dan pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di Muzium Kesenian Islam.
Dalam pertemuan tersebut selama hampir dua jam itu, Mahathir dikatakan terus melontarkan kritikannya terhadap Najib dan kerajaan, terutama berkaitan hutang 1MDB. Isu lain yang turut disentuh ialah masa depan UMNO, kedudukan Anwar Ibrahim dan keputusan mahkamah berkaitan pembunuhan Altantuya yang menyabitkan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dengan hukuman mati.
Mahathir tetap lantang meluahkan kebimbangannya dengan pengurusan ekonomi negara ketika ini, hutang yang kian meningkat serta apa yang berlaku dalam 1MDB yang sudah boleh dianggap sebagai suatu skandal kepada negara.
Secara keseluruhannya, dalam pertemuan itu, Mahathir bukan saja dilihat kekal dengan sifat mengkritik dan menegur terhadap kepimpinan Najib, malah nadanya yang keras juga boleh dikatakan sebagai bukti penolakannya yang tetap sama seperti sebelum ini.
Mahathir tidak berubah sama-sekali pendiriannya sejak beliau mengumumkan tidak lagi menyokong Najib, kata sumber yang mengetahui tentang pertemuan dan perbincangan yang diadakan di Muzium Kesenian Islam itu.
Kata sumber itu lagi, berjumpa, bersalam dan sama-sama tersenyum tidak boleh dijadikan logik bahawa Mahathir sudah berbaik dan menerima semula kepimpinan Najib kerana yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu ialah berkaitan masa depan negara.
Tidak mungkin dengan isu besar yang dibangkitkan Mahathir selama ini boleh selesai hanya dengan bersalam di tangga masjid saja, tambah sumber itu lagi. (SH 04/02/2015)
Gambar Najib bersalam dengan Mahathir inilah yang dijadikan bukti kononnya hubungan mereka sudah pulih...
Salam saja pun jadi isu. Simpleton Malays betoi... biasa tgk ramai biawak berpusu2 salam dlm kedua2 tongkol kayu ni, untuk apa pun aku tak tau. Tak pernah teringin bersalam pun hatta solat jadi makmum disebelah tongkoi2 ni.
ReplyDeleteAnwar kata dia akan pasrah dgn hukuman yg akan dijatuhkan 10hb ni..beliau berkata demikian semasa memberi tazkirah di sebuah masjid di bukit beruntung..patutnya dia bg tazkirah kat ahli pkr jgn dok buat demonstrasi kat jalan raya kalau keputusan tak memihak kpdnya..sudah sudah la tu anwar..rakyat tak tgk kamu hidup susah pun selama ni..jgn nk banding dgn mahatma ghandi atau nelson mandela la kalau suit broni pun boleh beli..
ReplyDelete...berdasar kepada keterangan, memang tak ade kes langsong. Mana ada mangsa rogol pi jumpa TPM dirumahnya dan jumpa pegawai polis diHotel sebelum menyerah diri dirogol.
Delete....tetapi dMsia ni, Hakim dlm kes politik selalu ckp Penguasa Negara spt Sodomy 1.
....jadi kalau didapati salah...orang ramai pi demonstrate akan tindakan dan sikap Hakim2 'melayu' Msia.
...yang hang gaduh ni, fasal apa? Hang mangsa liwat Anwar ke?
kau cakap besar sebab tak kena pada kepala kau sendiri.kau percaya pada sistem perundangan malaysia menunjukkan yang kau nilah manusia paling bangang.
DeleteOrang tua tak sedar diri tu bolih belah,.....najib bangang sumbat kan saja mahathir tu dalam jail biar dia rasa kan.....
ReplyDelete