Sunday, 1 February 2015

Menteri Kena Buat Kerjalah!!


Apabila harga minyak turun lagi, semakin ramai yang bersungut mengenai harga barang-barang keperluan yang tidak juga turun-turun. Malah ramai juga menyalahkan pembangkang berkaitan perkara ini.

Berikutan penurunan harga minyak dunia, harga terbaru minyak petrol RON95 dan diesel kini adalah RM1.70 seliter manakala RON97 pula adalah RM2.00 seliter. 

Ramai yang berkata, oleh kerana dulu pembangkang mengatakan harga barang tidak mungkin naik jika kerajaan tidak menaikkan harga minyak, tetapi kini semuanya seperti tidak bermakna apa-apa kerana penurunan harga minyak tidak pula menyebabkan harga barang turun sama.

Mereka yang pro kerajaan lantas menjadikan ini sebagai peluang menyerang pembangkang dengan alasan bahawa penurunan harga minyak yang diperjuangkan itu tidak memberi kesan langsung kepada harga barang-barang keperluan.

Seolah-olah mereka ini mahu kerajaan terus meletakkan harga minyak pada paras yang tinggi kerana harga yang yang rendah tidak pun menyebabkan penurunan harga barang.

Memang diakui ketika ini hampir tiada barang yang turun harganya. Harga minuman dan makanan di restoran atau warung juga tidak turun sedangkan ketika harga minyak naik dulu, merekalah yang paling awal menaikkan harga.

Kalau ada pun peniaga yang menurunkan harga barang, jumlahnya mungkin terlalu kecil. Selebihnya, lebih selesa dengan keuntungan yang mungkin lebih berganda.

Fenomena ini berlaku memang sebahagiannya disebabkan oleh pengeluar dan pengilang. Jika mereka ini tidak menurunkan harga barang, tentulah mustahil peniaga boleh bertindak menurunkan harga jualan mereka.

Di kedai, restoran atau pasar pula misalnya, meskipun kos pengangkutan sudah menurun berikutan harga minyak semakin murah sekarang, harganya juga tidak turun disebabkan karenah pembekal atau pengeluar ini.

Hakikatnya, jika mahu harga diturunkan, maka pengeluar dan pengilang ini mestilah disasarkan terlebih dahulu.

Dalam hal ini, ia sebenarnya bukanlah salah mana-mana pihak yang mendesak penurunan harga minyak tetapi kerajaan seharusnya lebih memainkan peranannya sebagai pihak yang ada kuasa dalam negara ini.

Jika ketika minyak naik dahulu, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dilaporkan turut aktif memantau harga barang agar tidak membebankan pengguna, seharusnya ketika ini mereka juga perlu aktif sama melakukan kerja-kerja turun padang.

Inilah masanya menteri berkenaan, Hasan Malek perlu memanggil pengeluar dan pengilang agar menurunkan harga hasil keluaran mereka. Kemudian, buatlah pula pemantauan di pasar-pasar atau di peringkat bawahan agar harganya yang sampai kepada pengguna juga turun.

Tetapi adakah kita dengar pengeluar dan pengilang dipanggil? Adakah juga kita dengar penguatkuasa kementerian turun padang? Adakah juga kita dengar Hasan Malek bersuara?

Hakikatnya, apabila harga minyak turun, walaupun akan menyebabkan rakyat lebih selesa menjalani kehidupan, penurunan harga barang hendaklah juga dipastikan berlaku.

Pembangkang sudah bersuara mendesak penurunan harga minyak dan kebetulan pula ia selaras dengan turunnya harga minyak dunia, kini sepatutnya giliran kerajaan pula menjalankan kerja-kerjanya untuk memastikan harga barang turun sama.

Menteri dan kementerian yang bertanggungjawab kenalah buat kerja dengan lebih cekap dan efisien lagi. Janganlah hanya buat kerja atau bising-bising bila harga minyak naik tetapi mendiamkan diri bila harga minyak turun. (SH 01/02/2015)

9 comments:

  1. Tuan Budin ni ketinggalan zaman ke?Kan si Rafizi tu dah dedahkan yang harga barang tak turun walaupun harga pam petrol turun sebab bagi syarikat-syarikat pula,,cukai bahan api masih di kenakan pada pembekal.yakni harga minyak pam diesel bagi lori-lori pengangkutan masih kekal pada harga yang tinggi.sebab tulah harga barang tak turun.takkanlah si hassan malik tu berani jerkah pembekal untuk turun harga barang jika mereka tetap dikenakan harga pam diesel seperti harga lama.Inilah puncanya.Sebenarnya kerajaan cuba nak tipu rakyat yang harga barang tak turun walaupun harga minyal pam telah turun.sebenarnya kerajaan cuba nak mengelirukan rakyat tetapi rahsia mereka sudah pun dibongkar.Sepatutnya harga barang boleh turun selari dengan turunnya harga minyak di pasaran jika kerajaan tidak mengenakan cukai bahan api pada pengeluar dan pembekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko percaya panda gemok tu?alamat jadi langkah kajang nnti..hahaha..pakar strategik konon

      Delete
  2. Ooooh..... gitu ye?
    Politik sana.... politik sini....
    Abih rakyat tengok sajalah ye.!
    Sambil sambil tu boleh gigit jari..... kan?
    Tak boleh ka buat satu perkara di Malaysia ni yg tanpa dipolitik kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tua pun masih tak tahu bagaimana sistem sosial politik dan ekonomi bergerak. Lebih baik anda membunuh diri secara terhormat atau pergi hantuk kepala di dinding saja. Sesungguhnya anda hidup hanya memalukan anak cucu anda sendiri. Lebih baik bunuh diri kerana bodoh. Ada juga maruahnya.

      Delete
  3. Nampaknya Tuan Budin belum jumpa ayat2 maut utk bincangkan hal ekonomi dgn serius. Berniaga ni asas sistem kapitalis yg kita anuti sekarang ini.

    Keuntungan maksimum adalah asas perniagaan. Baik ianya kontrektor dari PAS, DAP, UMNO mahupun mana2 kepala bapak parti sekalipun. Untuk untung maksimum, modal mestilah paling minimum. Untuk memaksimumkan untung, individu atau kumpulan hendaklah memonopoli perniagaan dengan menjadi orang tengah.

    Percayakah Tuan Budin, harga modal sebuah kereta baru keluaran mana2 kilang adalah sekitar RM3000 -RM5000? Kemudian orang2 tengah si lintah darat inilah yg menyebabkan harga jereta naik menjadi 40000 hingga 100000!. Malah kereta2 keluaran Jepun dgn keluar kilang dgn rege 5000, sampai di Malaysia, dijual dgn harga 120,000 - 200,000!!!..

    Begitu juga tapak perniagaan DBKL yg bermula dgn 300, kini mencecah RM15000-25000!!!! Siapa punye kerja semua ini kalo bukan lintah2 darat yg bercop parti "Malaysia" di dahi masing2. Ada yg menjual bangsa, ada yg menjual agama untuk menambah nilai barangan masing2. Atau kene tawarkan isteri mahupun China Doll bagi melincirkan business. Ini hal kecil Tuan Budin. Tuan2 Mufti dan Imam2 serta lulusan Mesir serta Asia Barat sediakan leher mereka untuk dijerut dan buku2 agama sudah ready utk melapik punggung2 mereka. InsyaAllah makcik2 kampong akan angguk mcm burung belatok.

    Apa yg Tuan Budin bincangkan hampir sama dgn apa lulusan ACCA dan CIMA bincangkan. Perasaan ihsan dalam perniagaan adalah kosong dalam jiwa lulusan2 ini kerana zahirnya mereka2 ini hanya cekap atas kertas, tapi ditipu oleh ilmu anutan masing2 hanya kerna lulus paper ACCA dan CIMA.. tapi tiada nampak cerdik dlm ilmu ekonomi.. Kahkahkah.. mujur Tuan Budin tak amik paper2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Malah kereta2 keluaran Jepun dgn keluar kilang dgn rege 5000, sampai di Malaysia, dijual dgn harga 120,000 - 200,000!!!.. "

      kereta2 tu sampai malaysia tanpa sebarang kos ke?? akal ada ke?

      Delete
  4. Jangan la begitu tuan SH, kami ( pengundi dan penyokong bangang) telah memilih mereka untuk duduk rehat2 kecil (hari biasa) dan reha2 besar (hujung tahun)...........

    page Air Mata Buaya

    ReplyDelete
  5. tuan shahbudin,
    buat lah rencana mengapa TNB x turunkan tariff elektrik walaupun harga bahan bakar telah turun, tq

    ReplyDelete
  6. saya pak junaidih. posisi sekarang di taiwan
    bekerja sebagai buruh bangunan dan
    gaji saya pun cuma pas-pasan
    setiap gajian selalu mengirimkan
    orang tua di kampung
    sebenarnya pengen pulang tapi
    uang saya tidak cukup.
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka2 internet ada seseorng berkomentar
    tentang MBAH jonoseuh. katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di taiwan ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun mau berbuat apa lagi.
    saya minta angka sama MBAH jonoseuh
    angka yang di berikan 4d untuk pemasangan taiawan tembus 100%
    dan saya menang 250 jt terima kasih banyak MBAH jonoseuh
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    dan rencana mau pulang ke indon untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI mbah jonoseuh DI NO: 0823 4444 5588
    tak ada salahnya anda coba
    karna angka ritual MBAH jonoseuh tidak perna meleset
    daningat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya..!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...