Monday, 23 February 2015

Pengampunan Azilah & Sirul Sedang Diusahakan?


Sekumpulan tokoh-tokoh berpengaruh dalam negara ketika ini sedang berusaha mengadap Sultan Selangor untuk memohon pengampunan bagi Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar yang telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh Altantuya Sharibuu.

Mereka dikatakan berbuat demikian atas dasar tanggungjawab serta perikemanusiaan kerana berasakan Azilah dan Sirul tidak seharusnya dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut.

Selain tiada motif yang jelas dikenalpasti mengapa mereka melakukan tindakan itu, pembunuhan itu juga dipercayai dilakukan kerana mengikut arahan semata-mata.

Sehubungan itu, tokoh-tokoh berpengaruh itu ingin memohon jasa baik Sultan Selangor agar mempertimbangkan pengampunan kedua-dua anggota polis itu daripada hukuman mati kepada penjara seumur hidup saja.

Sekiranya pengampunan kepada hukuman penjara seumur hidup itu diperkenankan oleh Sultan Selangor, bermakna Azilah dan Sirul hanya perlu menjadi hukuman penjara sehingga mereka berusia 55 tahun tahun saja.

Jika ditolak lagi dengan faktor berkelakuan baik dalam penjara, hukuman yang dijalani mungkin lebih singkat daripada itu. Selepas itu mereka menjadi manusia biasa yang bebas sebagaimana orang lain juga.

Ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-dua anggota polis yang bertugas sebagai polis pengiring kepada Najib Razak semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan membunuh Altantuya, hanya Azilah yang hadir manakala Sirul didapati sudah melarikan diri ke Australia sejak dua bulan sebelumnya.

Sirul kini sedang ditahan di pusat tahanan Imigresen Australia tetapi sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan secara terbuka kepada media antarabangsa mengenai pembunuhan itu, terutama siapa yang memberi arahan kepadanya.

Kepada portal Malaysiakini, Sirul sudah pun memberikan temubualnya melalui telefon tetapi belum betul-betul terperinci dan jika tiada aral melintang, pada 11.30 pagi Isnin ini pula, beliau juga akan memberikan temubual melalui telesidang kepada wartawan Malaysia yang diusahakan oleh Pas dan Mahfuz Omar.

Berikutan tindakan Sirul melarikan diri itu, hukuman mati keatas Azilah tidak dapat dilaksanakan buat masa ini kerana mereka disabitkan kesalahan itu secara bersama. 

Dalam masa yang sama, Australia juga menolak untuk melakukan ekstradisi terhadap Sirul kerana negara itu tidak menguatkuasakan hukuman mati dan akan menolak untuk menghantar pulang mana-mana pesalah yang dijatuhi hukuman tersebut.

Ini menjadikan selagi Sirul berada di Australia, hukuman terhadap Azilah tidak dapat dilaksanakan. Selagi Sirul kekal dengan hukuman mati pula, Australia tidak akan menghantarnya  pulang ke negara ini.

Lantaran itu, sebagai jalan tengah dan atas nama perikemanusiaan, tokoh-tokoh berpengaruh ini difahamkan sedang berusaha mengadap Sultan Selangor untuk memohon pertimbangan pengampunan bagi kedua-dua anggota polis itu.

Setelah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, satu-satunya jalan untuk Azilah dan Sirul mengelak daripada hukuman itu ialah dengan cara memohon pengampunan daripada Sultan Selangor kerana  kejadian pembunuhan itu berlaku di negeri tersebut.

Jika pengampunan diberikan, Australia dijangka tidak mempunyai masalah lagi untuk mengektradisi Sirul ke Malaysia bagi menjalani hukuman bersama-sama dengan Azilah yang sudah pun berada dalam penjara ketika ini. ( SH 23/02/2015 ).

14 comments:

  1. Tuan, mudahlah 'rambo-rambo' regim melapah daging Sirul jika dia dibawa pulang ke tanahair. Tokoh berpengaruh ini sebenarnya bukanlah mahu menyelamatkan Sirul dari tali gantung sebaliknya menyelamatkan pembunuh sebenar Altantunya (satu dunia sudah tahu siapa). Hanya dengan meringankan hukuman gantung kepada penjara seumur hidup Australia tidak boleh berdalih lagi mengesktradisi Sirul. Nasib Sirul lebih terjamin di bumi kangaro dari berada di bumi mahkamah kangaro

    ReplyDelete
  2. ...nak tanya je, ini bermakna klu Sultan Selangor perkenan keampunan nampak macam Sultan tiadak berminat mencari kebenaran atau macamana ?

    ReplyDelete
  3. Tuan Shah,

    Rasanya tidak perlulah tokoh2 berpengaruh berkenaan mengusahakan pengampunan untuk Sirul dan Hazilah dulu melainkan hanya setelah Sirul dan Hazilah membuat pendedahan dan membuktikan bahawa ada pihak lain yang mengarahkan mereka berbuat demikian. Jangan hanya kerana cerita yang belum pun dibuktikan, kita pula bertindak mendahului. Bimbang apa yang diusahakan itu menjadi sia sia.

    Sirul sendiri mengakui beliau membunuh keran diarah dan ganjaran upah diberikan. Walhal Sirul dan Hazilah boleh memilih untuk menolak dan meminta "dalang" tersebut mencari pilihan lain. Upah yang diterima Sirul dan Hazilah adalah bukti kerjasama dan persekongkolan mereka dengan dalang yang mengarahkan pembunuhan itu. Seorang yang baik dan berfikiran waras pasti tidak mahu ikut terbabit dalam perbuatan yang melibatkan dosa besar itu walau atas apa alasan juga.

    Pengampunan Sultan cuma lebih baik disusulkan setelah segalanya terang dan nyata dan setelah banyak pihak merasa mereka wajar diberi pengampunan tersebut. Adalah satu tindakan yang terburu buru dan bodoh jika pihak berkenaan menjalankan usaha pengampunan bagi pihak kedua mereka dalam situasi segalanya masih samar samar dan kelam. Bimbang nanti sendiri yang berlanggar dan jatuh dalam kesamaran tersebut.

    Kalau betul Sirul dan Hazilah merasa mereka teraniaya, maka mereka tidak harus lagi bertangguh dan berkiasan lagi. Dedahkan segera tanpa berlengah kerana kelambatan tidak mustahil akan memakan diri mereka sendiri akhirnya kerana pihak satu lagi yang terdesak besar kemungkinan tidak akan hanya berdiam diri.

    ReplyDelete
  4. Kes Sirul ini telah capai ke peringkat bukan mengarut lagi.

    Apa tidaknya kalau Shahbudin melaporkan sekumpulan tokoh-tokoh negara menerajui ikhtiar memohon pengampunan bagi Sairul/Azilah dari Sultan, walaupun kita tidak punyai kesahihan tentang siapa dan rasionale tindakan tokoh-tokoh tersebut.

    Adakah mereka telah fikir masak-masak apakah dalil yang mereka guna untuk mengiakan pengampunan Sirul/Azilah itu? Adakah wajar mereka menyelesaikan masalah Sairul/Azilah apabila masalah pokok iaitu pedimangsa Altantuya belum lagi jelas, jauh sekali selesai?

    Ini bukan masalah balance sheet: humban saja kerugian ke dalam pnl, habis cerita. Yang dibunuh bukan hanya Altantuya, tapi anaknya dalam kandungan jua. Saya bercerita mengenai dunia, akhirat, keadilan, roh dan nyawa.

    Jangan kita buat keputusan bagi seluruh negara apabila yang bersalah hanyalah segelintir. Kita wajib pergi balik kepada punca masalah, dan selesaikannya dengan berkesan. Kita tidak akan ke mana-mana kerana ketidakseimbangan balance sheet itulah yang menyebabkan negara kita ini sekarang dalam keadaan kucar-kacir.

    Seolah-olah macam tabiat, kita menyelesaikan masalah bukan pada punca, tetapi mengikut kepentingan masing-masing. Sampai bila negara kita boleh menampung?

    Pada amatan saya sekarang negara sudah "unsustainable" - tak mampu lagi menanggung pelbagai dosa. Jangalah kita asyik memperbodohi diri sendiri. Lambat-laun kita akan menerima padah, kalau tidak sekarang, nun di sana.

    ReplyDelete
  5. Buat Karangan sendiri, lepas tu komen sendiri syok sendiri.. Lepas ni buat lagi karangan sbb ada pehak2 yg berpengaruh nak bebaskan Anwar Ibrahim, lepas tu komen sendiri.. Nampaknya dah gila sasau..

    ReplyDelete
  6. Anwar Ibrahim lagi yang timbul!! Ceritalah apa pun, penyudahnya AI jugak

    ReplyDelete
  7. Anwar Ibrahim lagi yang timbul!! Ceritalah apa pun, penyudahnya AI jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar Ibrahim lagi yang timbul!! Ceritalah apa pun, penyudahnya AI jugak

      Delete
  8. Anwar Ibrahim lagi yang timbul!! Ceritalah apa pun, penyudahnya AI jugak

    ReplyDelete
  9. a a banyak buat sakit itu puak
    kesian

    ReplyDelete
  10. Fitnah ni atas anwar ja. Org lain bukan fitnah melainkan benar belaka.

    ReplyDelete
  11. budin ni nampak taksub sungguh dgn PKR dan anwar. Semua salah org lain walaupun dlm sesetengah isu yg salah terang2 parti dan tokoh pujaan beliau. Abih kona baring lipat gulung tekong kuda spin isu bg jd salah org lain. Tak pa la janji nampak sikit buat kerja. Tak gitu budin. Org bayar takkan tak amik. Tapi aku respect kat budin sebab blog dia open untuk sapa2 komen walaupun kadang2 komen ikut emosi dan menunjukkan tahap otak masing masing. Tidak seperti blogger pr yg lain seperti sayuti omar yg sama sekali tidak akan menyiarkan komen yg negatif. Biasa la org tua mmg marah apabila org membalas hujahnya. Harap budin terus gigih berkarya.

    ReplyDelete
  12. ingatkan waris mangsa bunuh boleh bagi maaf

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya berok lima ekor yang jadi hakim tu kena hukum gantung.tengok bagaimana berok-berok ni menjatuhkan hukuman semata-mata nak selamatkan Ah JIB gor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...