Friday, 13 February 2015

Berita Gembira Untuk Perubahan


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak menunggu lama untuk membawa kegembiraan kepada mereka yang mahukan perubahan. Hanya setelah dua hari Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menghuni penjara Sungai Buloh atas kesalahan liwat yang dihadapinya, beliau hari ini menyatakan pendirian yang jelas dapat difahami sebagai terus menolak kepimpinan Najib Razak.

Mahathir berkata, jika menjadi Perdana Menteri ketika ini, beliau pasti akan meletakkan jawatan kerana gagal memberi pentadbiran yang baik, selain semakin meningkatnya kritikan daripada rakyat.

Kata bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu, seseorang Perdana Menteri sepatutnya memudahkan sesuatu perkara dan meletakkan jawatan sekiranya gagal mentadbir dengan baik.

Walaupun tidak menyebut secara khusus nama Najib, adalah jelas kenyataan terbaru Mahathir ini ditujukan dengan tepat kepada Najib yang sudah ditarik balik sokongan dan dikritiknya sejak beberapa bulan lepas.

Ia secara langsung memberi gambaran bahawa Mahathir kekal dengan pendirian tidak lagi menyokong serta tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib. Malah mengandaikan kesediaan meletakkan jawatah jika masih menjadi Perdana Menteri adalah sindiran yang boleh difahami dengan mudah oleh sesiapa saja bahawa Najib sepatutnya berundur segera ketika ini.

Selain itu, Mahathir juga terus mengkritik kewujudan 1MDB yang banyak bermasalah dengan pinjaman dan hutang, sambil mengatakan ia adalah "syarikat miskin"  yang tidak sepatutnya wujud.

Katanya lagi, 1MDB umpama seseorang yang meminjam wang daripada ceti dan perbuatan itu tidak boleh dianggap sebagai telah bertukar menjadi kaya.

Mahathir juga meneruskan kritikannya dengan mengatakan kerajaan yang ada sekarang semakin terpinggir daripada rakyat kerana tidak sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh orang awam.

Apabila Anwar Ibrahim dipenjara selama lima tahun sejak 10 Februari lalu, kemampuan rakyat melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang mulai disangsikan.

Walaupun ada keyakinan bahawa pemenjaraan itu akan meningkatkan rasa simpati serta menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, tetapi kemungkinan berlakunya perpecahan dalam PR berikutan ketiadaan Anwar tetap amat membimbangkan.

Dengan ketiadaan nakhoda yang berwibawa seperti Anwar, ditambah perpecahan dan bercakaran sesama sendiri, ia tentu saja memberi kelebihan kepada BN untuk terus mengekalkan kuasanya.

Selama ini juga, kritikan, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Mahathir kepada Najib, secara tidak langsung turut memberi kelebihan kepada PR kerana pengaruh Mahathir memang terbukti masih kukuh jika beliau bersuara.

Lihat saja pada pilihanraya 2004 di mana BN ketika itu menang paling bergaya dengan 198 kerusi Parlimen, tetapi apabila Mahathir kemudiannya mula mengkritik kepimpinan Pak Lah, kemenangaj BN pada pilihanraya 2008 merosot kepada 140 kerusi dan pertama kali hilang majoriti dua pertiga.

Dengan BN hanya berbekalkan 133 kerusi pada pilihanraya 2013 dan cengkaman undi popular sebanyak 47 peratus saja, ketiadaan sokongan Mahathir bersama Najib tentu saja boleh memberi makna yang besar kepada PR.

Tetapi pemenjaraan Anwar menimbulkan kebimbangan bahawa Mahathir mungkin kembali menyokong Najib. Ada yang berkata kritikan, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Mahathir itu hanyalah untuk memberi tekanan kepada Najib agar menghantar semula Anwar ke penjara sebagaimana yang dilakukannya dahulu.

Apabila Ketua Pembangkang itu sudah dipenjara, dikatakan tiada apa lagi yang dibimbangi oleh Mahathir sebagai seorang yang pernah memenjarakan Anwar sebelum ini dan pilihan yang terbaik baginya ialah kembali menyokong Najib serta memastikan BN menang dengan lebih baik pada pilihanraya akan datang.

Namun dengan Mahathir terus menolak dan mengasak Najib, malah menyindirnya dengan ungkapan "akan meletakkan jawatan jika masih sebagai Perdana Menteri", ini adalah berita gembira kepada rakyat yang mengimpikan perubahan.

Pendirian Mahathir ini memberi harapan sama ada Najib akan diturunkan daripada jawatannya melalui UMNO atau PR harus mengambilnya sebagai peluang keemasan dengan segera melupakan persengketaan sesama sendiri, merapatkan barisan dan mengukuhkan lagi kesepakatan. 

Oleh yang demikian,  penolakan berterusan Mahathir ini seharusnya disambut dengan sewajarnya dan jangan sesekali disia-siakan. (SH 13/02/2015)

14 comments:

  1. M threaten/hired N as assassin to rid of A to prevent M's past from resurface, and now M is ridding of N to cover all tracks.

    This is the plot you watch on spy movies, same here in real life politics.

    ReplyDelete
  2. Tuan shah,apa apa pun saya akan pastikan PKR menang besar di Pmtg Pauh.Pada pencacai umnongok teruslah berangan yang BN boleh memerintah lama.Hayat BN sudah nak masuk lubang kubor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalah menang di Permatang Pauh tidak memberi makna. Memang patut menang sbb kerusi tu milik PKR. Kalau kalah pun Penang tetap milik Pakatan.

      Delete
    2. Anon 11.18...ayat 'hayat BN sudah nak masuk lubang kubor' ni dah lama aku dengar...sejak PRU 1999..dan tukang cakapnya adalah lembu-lembu macam engkau.

      Apa yang jadi? Selepas satu demi satu election berlalu, BN masih di situ dan lembu-lembu macam tu pula kembali meragut rumput sambil sesekali bagi orang tunggang belakang.

      Bodoh tu nak bawa sampai ke kubur ke?

      Delete
  3. Salam,

    Pada pendapat saya dalam hal kes Anwar ini ada 3 puak :

    1. Yang memang sokong Anwar dari mula perjuangan sampai sekarang
    2. Yang memang anti-Anwar, terutama golongan yang suka buat rasuah dan hidup kaya raya.
    3. Yang sudah putus asa berjuang bersama Anwar semacam sudah meluat, mungkin terpengaruh dengan video unsur fitnah.

    Cuma lagi RAKYAT kena bijak mentafsir luar-dalam intipati politik negara.

    Sekiranya pimpinan sekarang masih lagi takuk lama, ekonomi RAKYAT masih susah walau harga minyak turun, pimpinan bersifat boros, ..... adakah RAKYAT bersedia untuk menukar pimpinan dan parti politik?

    Yang menjadi masalah ialah segelintir RAKYAT yang semacam di hipnotis dlaam minda bahawa BN membawa pembangunan. Tapi RAKYAT kena faham, bahawa negara maju seperti Jepun dan Korea juga bertukar parti. Negara jiran Indonesia sudah bijak mentafsir politik.

    Bila lagi Malaysia, yang masih dengan dinosaur bernama UMNO/BN?

    Mau lagikah dengan fossil yang masih dihidup?

    Yang sangat pelik ada segelintir RAKYAT, sanggup susah demi kemewahan pimpinan UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya BN sudah kalah pada pru13 dengan hanya dapat 47% undi popular.PR dapat 51% undi popular.Yang memenangkan BN adalah SPR. SPR ni memang barua BN.Di Sri Lanka,pembangkang dapat 51%, kerajaan memerintah sudah tumbang, tapi di Malaysia BN tetap menang. Itulah namanya kerajaan tipu atau dinamakan kerajaan Haramjadah.

      Delete
    2. Rakyat susah? Yang pemalas, yang melangut depan keyboard macam kau kut la. Indon, Bangla yang datang sini pun senang lenang. Sebab apa? Sebab dia orang bekerja, sungguh-sungguh dan tak buang masa mencari salah orang.

      Hidup tak reti bersyukur, diri sendiri malas usaha kemudian salahkan keadaan sekeliling, dah tu makin susah la jadinya. Sebab apa? Sebab hidup tu tak berkat....

      Delete
  4. Kalaulah tidak ada langkah kajang yg kejang...adakah kemungkinan bantahan kepada pemenjaraan anwar lebih besar??....

    ReplyDelete
  5. isu 1 MDB mungkin akan menjadi 'waterloo' pm najib. jikalau beliau gagal memberi penjelasan atau mengatasi kemelut yg sedang d hadapi nya sekarang maka penghujung hayat politik nya pasti akan tiba dlm masa terdekat.

    banyak juga telah d perkatakan mengenai kekayaan keluarga pm najib tapi banyak yg sangsi dgn pengakuan tersebut. saya tahu tun razak datang dari keluaga yg amat sederhana. tak mungkin ia nya bernilai ratusan juta ringgit.

    saya perhatikan d anatra anak2 pm najib, hanya anak tiri nya sahaja yg mempunyai gaya hidup n kekayaan yg luar biasa. amat menarik jika kita bolih mengkaji kedudukan kewangan anak2 nya yg lain. saya amat yakin mereka tidak lah sehebat anak rosmah.(anak tiri nya)

    saya juga yakin jika kes 1MDB ini terbongkar luas n ia nya d dapati tlh d manipulasikan hingga mengalami kerugian yg amat teruk, maka pm najib mungkin perlu membuat pilihan sama ada mahu terus melindungi keluarga rosmah atau sebalik nya memikir kan kelangsungan career politiknya serta mengekalkan legasi positif tun razak.

    mari lah kita berdoa agar pm najib tidak perlu membuat pilihan2 d atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahman jpc adalah salah seorang yang najib katakan 'bangang' sebagaimana yang juga dikatakan anon 13:13.

      Delete
  6. Kami majoriti Rakyat tetap menyokong kepimpinan Najib, kelebihan Najib jauh antara Langit dgn Bumi, kalau nak bandingkan dgn Anwar Ibrahim..semua tuduhan kepada Najib hanyalah Fitnah Puak2 Pakatan Syaitan. Kami tak rela kalau Anwar Ibrahim jadi PM.. Pemimpin yg rosak Akhlak dan Moral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu semasa Anwar Ibrahim dalam UMNO pun jadi mangsa Fitnah Puak2 Pembangkang terutama Mat Sabu pernah kata Anwar Al Juburi(kaki main Bontot) Anwar Ibrahim pernah kata pada Allahyarhan Nik Aziz sebagai Ulama Terompah..

      Delete
    2. kau ingat pemimpin-pemimpin umno tu bersih sangat ke?janganlah jadi bangang sampai terpaksa tipu diri sendiri.yang bunoh orang,meliwat, penyamun,penipu, curi duit negara, malah banyak lagi.tapi semua tak boleh didakwa sebab mereka ada kuasa.kalau sesiapa jadi PM dia ada kuasa mutlak untuk nak hukum sesiapa pun.janganlah nak tunjuk bagus,orang bangagn macam kau saja yang bangang kena tipu dengan pemimpin kau sendiri.Tunggu bila bn jatuh, kau akan lihat sesiapa yang buat celaka takkan lepas dari undang2.masanya akan tiba walaupun cepat atau lambat,

      Delete
  7. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami dan keadaan. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (saintloans@hotmail.com)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...