Meskipun kes Anwar ini melibatkan undang-undang dan bermula dengan aduan yang dibuat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat, tetapi majoriti rakyat lebih percaya ia mempunyai kaitan yang dekat dengan politik dan percaturan kuasa.
Tanggapan demikian bukan saja kerana nama Najib terkait sejak awal kes ini lagi iaitu bila mana Saiful didapati turut mengadu dan berkunjung ke kediamannya untuk mengadu diliwat oleh Anwar, bahkan tindakan kerajaan meletakkan peguam terkenal yang rapat dengan UMNO, Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaraya dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan ini juga menimbulkan tanda-tanya.
Bagi kebanyakan rakyat, jika benar kes liwat ini hanya semata-mata berkaitan undang-undang antara Anwar dengan Saiful, kenapakah tidak dibiarkan saja pasukan daripada Jabatan Peguam Negara mengetuai pendakwaan?
Apa perlunya dijemput Shafee Abdullah mengetuai pendakwaan sedangkan Jabatan Peguam Negara bukanlah kekurangan kakitangan yang menguruskannya?
Peguam Negara, Gani Patail sendiri pun boleh mengetuai pasukan pendakwaan bagi pihak kerajaan. Bukanlah asing Peguam Negara mengetuai pendakwaan kerana dalam kes jenayah seksual melibatkan Rahim Tamby Chik, bekas Ketua Menteri Melaka suatu ketika dahulu, Allahyarham Mokhtar Abdullah pernah mengetuainya.
Sebelum itu pula, tarikh keputusan Mahkamah Rayuan turut dipercepatkan sebelum pilihanraya kecil Kajang bagi mengelakkan Anwar bertanding dalam pilihanraya itu dan seterusnya dijadikan Menteri Besar Selangor.
Oleh itu, menjelang keputusan esok, perbualan ketika ini lebih tertumpu kepada sama ada Najib berani atau tidak menghukum Anwar? Rakyat lebih melihat dan berminat menyudutinya dari segi politik berbanding undang-undang kerana sejak awal unsur-unsur politik begitu ketara sekali kaitannya.
Bersalah atau tidak Anwar pada hari esok, ia lebih dikaitkan dengan keberanian Najib menangani dan menghadapi cabaran yang bakal dilaluinya.
Jika Najib berani, kepercayaan rakyat ialah Anwar pasti akan didapati bersalah, namun jika keberanian itu tiada, pembebasanlah yang menunggunya esok.
Tetapi dengan menjadi berani dan meletakkan Anwar bersalah, Najib bukan saja bakal berhadapan dengan kebangkitan dan penolakan rakyat yang lebih meluas, malah tekanan antarabangsa, terutamanya daripada Amerika dan Barack Obama, pastilah juga tidak dapat dielakkan.
Oleh itu, bukan calang-calang Najib yang boleh menjadi berani menghadapi semua cabaran itu, lebih-lebih lagi beliau juga seorang pemimpin yang sering meletakkan Amerika dan Obama sebagai kiblat politiknya.
Lebih dari itu, memenjarakan Anwar juga belum pasti menjadikan UMNO dan BN bertambah kukuh dalam menghadapi pilihanraya akan datang, sebaliknya lebih mungkin menjadikan penolakan rakyat lebih jitu dan padu.
Meletakkan Anwar tidak bersalah, walaupun mungkin dituduh penakut, dianggap lebih mudah bagi Najib menghadapi hari-hari mendatangnya kerana yang mungkin menjadi lebih kental sebagai musuhnya dengan keputusan itu hanyalah Mahathir Mohamad saja.
Tambahan pula, bagi kebanyakan orang juga, jika berdasarkan bukti dan fakta undang-undang yang secara meluas didedahkan dalam mahkamah dan disiarkan di media-media bebas, Anwar sepatutnya sudah lama dibebaskan.
Dalam masa yang sama, memilih antara bermusuh dengan Amerika dan Obama atau dengan Mahathir, barangkali semua orang tahu siapa pilihan Najib.
Mahathir sendiri dalam responnya hari ini meminta rakyat menerima hakikat jika Anwar didapati tidak bersalah oleh Mahkamah Persekutuan esok.
Dengan yang demikian, sementara Anwar sedang diadili oleh mahkamah dan mungkin berdebar menanti keputusan, rakyat pula sedang mengadili sama ada Najib seorang pemimpin yang berani atau sebaliknya pada esok pagi. (SH 09/02/2015)
Hah.. confirm penjara. Kali ni 7 tahun. Najib apa pedulik semua ni?? Sbb dia ada bini. Bini dia kuat untuk hadapi semua ini. Takat pakai Jet, dia buat tuli jer. Sapa pun xleh buat apa. Komen pun buat abih air liur jer. Tak mendatangkan apa2 kesan.
ReplyDeleteRealpolitik is realpolitik. Bukan andaian takut berani. Ia adalah survival. Kalo nak lagi hebat, buat kes, penjarakan Mahathir sama. Mahathir x bahaya. Kenapa dipenjara. Jawabnya sbb syok2 jer penjara. Nak tgk camana.
Kesian? Sapa tak kesian. Tapi itulah politik dunia ketiga. Lubang jubur jadi penyelamat.
Nada komen Mahathir yang meminta rakyat menerima keputusan dengan hati terbuka andainya Anwar didapati tidak bersalah berkemungkinan mempunyai maksud sebaliknya. Mahathir menyuarakan itu dalam situasi yang santai. Apakah Mahathir sudah tahu apa keputusan mahkamah esok?. Barangkali Najib yang sedang stress kerana serangan dan himpitan team Mahathir terpaksa lakukan sesuatu untuk meredakan tekanan tersebut?. Meneliti cara dan isi komen Mahathir ini yang menggambarkan seolah olah beliau seakan simpati dengan nasib Anwar, adalah diyakini Anwar akan tetap disabitkan bersalah walau pun analisa berdasarkan fakta hujahan mewajarkan Anwar memenangi kes liwat II ini.
ReplyDeleteBila tiba tiba Saiful dan isteri beliau yang bertugas di tv3 sanggup meletakkan jawatan kerana protes mempertahankan Daim yang diasak tv berkenaan ( sedangkan Saiful tanpa profesi dan pekerjaan tetap), pasti ada kecurigaan besar akan hubungan Saiful dengan Daim Zainudin bila pasangan suami isteri itu sanggup bertindak demikian. Komen santai tanpa terserlah wajah stress Mahathir tentang keputusan liwat II Anwar yang akan diumum hari ini membayangkan bekas PM ini besar kemungkinan sudah tahu nasib Anwar. Anwar dipercayai akan tetap dihumban ke dalam jerejak besi. Hari ini akan menjadi saksi kebenaran ini.
Semalam ada 30000 rakyat membanjiri ceramah terakhir anwar di padang timur petaling jaya..tanpa pas pkr mampu menghimpunkan puluhan ribu penyokong..tahniah pkr..
ReplyDeleteLokman Nor Adam kata 300 jer yang hadir di Tv 1 tadi
DeleteAdalah pelik jika para penyamun akan membiar polis digeruni yang diberkas mereka lepas bebas begitu saja dalam keadaan mereka yang tersepit. Apa cara sekali pun Anwar pasti disabitkan bersalah. Pandangan Anon 01:23 ada kebenarannya. Anwar tetap dihumban ke penjara oleh regim penyamun.
ReplyDeleteApakah selepas ini Saiful bakal menjadi orang kaya baru dan menjadi Board Director company sebagaimana Azizan dan Umi Hafilda dulu?. Dalam keadaan tiada kerja tetap pun mampu buat majlis kenduri grand dan ke tanah suci. Mereka yang bersungguh sungguh berusaha memastikan tuan mereka "happy" pasti akan mendapat habuan masing2, kenaikan pangkat, projek dan sebagainya. Sejarah lepas akan berulang lagi. Cuma sayangnya segelintir Melayu kekal bodoh dan bangang mempertahankan samseng politik Malaysia.
ReplyDeleteTuan..Melayu kekal bodoh sbb malas membaca. Tamadun Melayu tidak wujud. Yg ada cuma cerita2 tahyul dan merapu pasal kehebatan Melayu.
DeleteRuntuh atau tak wujud disebabkan bangsanya jenis biol dan malas membaca. Dengan budaya melangut tv dan mengaji di masjid bawa telinga utk dengar, camana nak bangunkan bangsa jadi kuat dan bertamadun?
Masakan nak bangun melaean samseng politik Malaysia? Allah Taala pun tak nak tolong org bodoh. Hanya akhirnya menyakitkan hati saja.
Tak payah nak komen lagi, Anwar dah kt dalam.
ReplyDeletepas..... tunggu dan lihat perkmebangan lepas ni bila annwar takde
ReplyDelete