Seperti sedang mengadakan "genjatan senjata" dengan UMNO yang tidak pula dimusuhi sebagaimana peranan seharusnya, beliau sebaliknya lebih galak menyerang rakan sendiri dalam PR, terutama PKR dan DAP.
Malah, kelompok profesional atau Erdogan dalam Pas yang lebih cenderung untuk kekal bersama PKR dan DAP juga sering menjadi sasarannya. Jika tidak dikritik, pastilah mereka ini disindir dan diluahkan kata-kata sinis.
Dalam isu pilihanraya PBT, beliau yang merupakan anak bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, adalah antara yang paling aktif memberikan pandangan. Reaksinya yang kontroversi yang diluahkan melalui media sosial itu sudah tentu mudah menjadi bahan berita dan tajuk perbualan.
Daripada meminta DAP mengamalkan demokrasi dengan mengaitkan penolakan Pas terhadap pilihanraya PBT sama seperti DAP menolak hudud yang diperjuangkan oleh Pas, beliau kini mengorak lebih jauh dengan mengatakan, jika keadilan yang diperjuangkan melalui pilihanraya itu, apakah sistem beraja yang ada sekarang perlu ditukar juga?
"Anda perhatikan, adakah negara kita perlu menukar sistem beraja demi mencapai keadilan dengan alasan adanya raja, maka keadilan akan terbantut selamanya?" soalnya.
Beliau juga menyindir pihak tertentu dalam Pas yang menyokong pilihanraya PBT dengan mengatakan pendirian Haji Hadi Awang seharusnya difahami sebagai pendirian parti, bukannya bersifat peribadi.
Jika ada pimpinan Pas yang gagal memahaminya, ia adalah salah dan amat malang sekali, tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi.
Jika dilihat ketika ini perbalahan antara Pas dengan DAP bagai berada di kemuncaknya. Daripada isu hudud, pertukaran Menteri Besar Selangor dan hinggalah isu pilihanraya PBT yang mulanya dikritik keras oleh Haji Hadi Awang sebagai boleh mencetuskan peristiwa 13 Mei, semuanya menuju ke arah yang lebih parah.
Kenyataan Nik Abduh mengaitkan pula pilihanraya PBT dengan keadilan dan sistem beraja yang kita amalkan, bukan saja boleh melebarkan lagi persengketaan, malah seperti meneruskan provokasi yang tidak sewajarnya.
Pilihanraya PBT dan keadilan yang ingin dicapai tidak boleh sama-sekali disamakan dengan sistem beraja. Sistem beraja adalah sesuatu yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan tidak boleh diubah lagi.
Dalam masa yang sama, DAP yang mahu menerapkan keadilan dan menolak amalan kronisme dengan mengadakan pilihanraya PBT juga sama-sekali tidak pernah menolak sistem beraja yang diamalkan sekarang.
Jadi bagaimana pilihanraya PBT cuba mahu disamakan dengan sistem beraja? Jika mahu bercakap tentang keadilan, menjadikan sistem beraja sebagai hujah menolak pilihanraya PBT juga adalah sesuatu yang tidak adil sebenarnya.
Jika pun tidak bersetuju dan ingin mempertahankan pendiriannya, Nik Abduh tidak seharusnya merepek-meraban terlalu jauh dan mengaitkan dengan sistem beraja sebagai hujah sandarannya.
Ia bukan saja tidak kena, malah boleh dikata sudah tersasar hingga ke Ethopia.
Bukankah lebih baik, dalam situasi sekarang, meja perundingan digunakan untuk menyelesaikan semua masalah ini? Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan jika konsep demokrasi dan keadilan itu difahami dengan sebenar-benarnya oleh semua pihak.
Sekarang juga, seharusnya digunakan oleh parti-parti dalam PR mengukuhkan lagi hubungan sesama mereka. Ruang kesedaran rakyat yang kian memuncak dan keinginan mereka kepada perubahan serta tarikh 10 Februari yang bakal menentukan hidup mati Anwar Ibrahim, sebaiknya digunakan untuk saling memahami dan mencari persamaan daripada perbezaan.
Sekarang adalah masa untuk bersatu dan mengukuhkan lagi ikatan kerana itulah sebenarnya harapan rakyat secara umumnya. (SH 02/02/2015)
Pas sekarang adalah parti yg berasaskan hierarchy Ayatollah. Hadi sekarang sudah jadi macam Ayatollah, Mcamna nak jadi sekutu dlm pakatan yaa? Hadi berlagak macam Ayatollah....membuat keputusan sendiri dan bercanggah dengan PR.
ReplyDeleteNik Abduh? hanya belaci jalanan. 'All talk and no brain'....standard lebai kampong yg hidup dlm teknologi sekarang.
mungkin bala dpd Tuhan kerana hadi amat mencintai syiah iran dan hezbosyaitan dan menolak perjuangan rakyat syria yg dizalimi syiah bashar.
Deletedikala darah umat islam ditumpah dgn zalim, hadi seolak anggap jihad umat islam syria sebagai jihad amerika.
mujahideen syria adalah berbaza dgn ISIS yg khawarij. jgn pukul rata semua.
Abu Marjan otak mcm belacan.
DeleteDaripada Admin asyik serang orang PAS kenapa tidak kritik juga pecacai dalam DAP yang selalu mengeluarkan kenyataan menjilat dan membenarkan apa sahaja yang Lim Guan Eng lakukan !!!
ReplyDeleteMacama tak pernah pun..
..betul tak tahu nak analisa langsung...
DeleteIni bukan masalah sokong pemimpin lahhhhh..ini masalah isu yg dibangkitkan.
Hadi cakap pilihan raya Local councils akan mengakibatkan terjadinya peristiwa 13 mei. Yg lebai anak Nik Aziz merapu tak tentu hala...
Puak pkr memang atau cuba meletakkan taraf otak mereka sama seperti bayi agar mudah dibelai dan diajak bermain dgn dap...faham apa maksud 'perumpamaan'....hairan
DeleteBukan tak tahu di mana kiblatnya.....Liberalisma taik kucing...
ReplyDeleteWell 2..his color is eventually revealed
ReplyDeletenik abduh..pru 14 aku nak tengok ko boleh menang ka kalo x da PR..bodoh politik...
ReplyDeleteNk buat mcmana...puak pkr ni jenis melayu penjilat....mana berani angkat kepala dgn dap...dibuang khalid...rupanya kidex masih berjalan...isu air masih berjalan...dibantah tol...kidex ada tol...terowong bwh tanah d penang pun ada tol...konon impian kelantan...satu surat jemputan kpd pntadbir negeri kelantan tk ada..hanya makluman shj...tk kurang ajar lagi?? Spt biasa melayu hanya pandai kurang ajar sesama melayu...depan cina menikus smbil berharap duit masuk kocek masing2
ReplyDelete..apa yang kau merepek ni Labu...?? merepek macam nik Abduh juga...orang cakap fasal pemilihan Local Councils, dia pi cakap tentent system beraja...yang sah sudah termaktub dlm Perlembagaan sebagai Raja Berpelembaggan.
DeleteLebai kampong..mana ada cerdiknya. Tentang bab agama mereka tahulah serba sedikit. Yg lain cakap macam mat rempit shj.
Faham istilah agree to disagree yg dicanang....hak nik abduh atau pas untuk tak setuju...sama dgn dap yg tak setuju dgn hudud smpai segala fakta dicanang...dan pkr hanya pndai menyerang pas...itu saja pandai...opportunist
DeleteNik Abduh tu betol sangat dah. Apa nak jilat pungkoq DAP tu. Padan la mulut Melayu yg jilat pungkoq DAP bau talk.
ReplyDeleteDunia jadi kecoh dengan puak fikiran Taliban, ISIS, Boko Haram dan lain-lain.
ReplyDeleteSepatutnya yang berkopiah putih buat sesuatu yang akan menjadikan orang bukan Islam tertarik dengan Islam, bukan buat sesuatu yang semacam meroyan tidak tentu pasal. Orang bukan Islam semakin confuse mana yang benarnya. Hasilnya orang Islam sering diburukkan. Nak salahkan sesiapa?
Dah berpuluh-puluh tahun pak lebai inginkan negara Islam, tapi sampai sekarang tak juga menjadi. Eloklah kalau PAS duduk semeja dengan UMNO dan lihat sejauh mana orang Melayu bersatu untuk menubuhkan kerajaan ala Islam.
Nik Abduh ni matematik SPM dia pun togel. Maknanya IQ kontot. Kalau korang jumpa dia, minta dia tunjuk sijil SPM dan tengokj sendiri. Sebab tu tukar aliran yang tak perlu akal pintar sangat. Dia ni anak Tn Guru Nik Aziz tapi tak sepandai bapa dia. Mathematik dia sama taraf jer dengan YB Temerloh sekarang ni yang cuma besar serban tapi akal kontot. Lagi ramai orang begini dalam PAS, bertambah haru birulah parti tu. PAS perlukan pemimpin seperti almarhum Fadhil Noor yang serba sederhana, tak perlu pun serban besar untuk jadi pemimpin hebat. Yang penting cerdik dan IQ geliga selain beriman.l Serban bukan lambang keimanan. Jangan keliru! Tapi serban juga ada dipergunakan kelompok tertentu untuk kelirukan orang.
ReplyDeleteBro nnti ko mati mintak lim guan eng lim kit siang baca talkin ntuk ko....tk pyh mntak ustaz serban suma dtg....depa bukan berakal pun....
DeleteKo ingat yg pakai lebai dan serban selalu jer pandai agama dan boleh baca talkin?. Berlambak yg pakai kopiah putih dan serban tu, tajuid pun lintang pukang. Jgn ingat yg pakai kopiah hitam dan pakai lebai waktu ibadah jer tak tahu agama dan baca talkin. Tok sah la emosi sangat sampai tak tahu nak beza orang yg layak baca talkin. Ajarslan Islam tak suruh pun orang kafir baca talk8n. Yg bangang sangat suruh org minta org kafir baca talkin tu apa hal. Ini la akal sengkek + emotional. Berlambak org yg bukan taraf ulama atau anak tok imam atau ustaz yg boleh baca talkin, bukan tok lebai dan puak serban besar jer. Ada ka sampai suruh LGE baca talkin. Gila agaknya dia ni? Nak komen pun berpada pada la. Jgn tunjuk sangat bengong diri sendiri tu.
DeleteTau pulak marah mamat ni...kalo ko anon yg 1st di atas...mentaliti yg menganggap gol serban gol lekeh fail spm ni yg menyebabkan gol agama akan dipandang rendah...aku tk heran waktu ko mati esok kena tunggu berhari2 nk import tok imam dr luar...nk mengutuk org agama ada batasnya bodoh
DeleteOh satu lagi...serban itu sunnah...lain la kalo ko tolak hadis sama geng dgn kassim ahmad...
DeletePakai serban memang sunnah...tapi orang berserban tidak semestinya perangai dan sikap macam Rasulullah. BErguni guni yang berserban dan berkopiah putih tapi takut bila ditolak ke depan sebagai imam. Berlambah juga kawin 4 kerana sunah, tapi cara kendali isteri isteri hancur punah. Nikah kawin ikut Nabi tapi perangai sebenar mengalahkan babi. Bukan nak perlekeh agamawan dan ilmuan Islam yang sebenar. Tetapi hakikatnya negara yang bergolak dan miskin adalah negara negara bermajoriti Islam sendiri. Sebab apa...sebab sebahagian umat dan pemimpin Islam sendiri kurang toleransi, menyebabkan perbalahan sama sendiri. Orang agama bukan Nabi dan Rasul yang dijadikan lebih sempurna. Mengkritik tak boleh dianggap menghina. Jangan ingat bila pakai serba dan kopiah, seseorang tu tidak boleh langsung dikritik. Lainlah Allah dan para rasul. Dan kalau serban itu pula boleh mendatangkan fitnah atau tanggapan negatif lain, perlu lah fikir sesuatu dan cari alternatif lain kerana agama tidak pun meletakkan serban itu adalah segala2nya, sekadar sunnah.
DeleteApa maksud toleransi dr puak pkr pun aku tk pasti....lebih kepada menikus....pandangan terhadap kes transgender yg sibuk nk pakai pakaian wanita....pandangan moderate 25 yg sibuk mengaku islam sederhana....apa mksud sederhana...rambut terserlah...apa pandangan dgn tindakan eric paulsen...bukan satu dua tetapi byk yg secara terang menghina...Sudah2 lah menegak benang yg basah...ternyata segala isu yg sensitif kpd umat islam akan disambut dgn bunyi krik krik krik....buatlah segala strategi untuk menendang pas...tp secara tk langsung akan menjauhkan lg melayu dr pr...oh lupa dengar ceramah terakhir anwar tidak dpt smbutan....berapa kali terakhir daaaaaa
DeleteMelayu yg jilat pungkoq DAP la IQ simpan kat lutut
ReplyDeleteinilah perangai islam tanpa syari'at...
ReplyDeletehentam kromo..
Tuan...dap pukul keliling pas dari meraikan yb hasnul yb saari sungib, mempertikai tgha, mempertikai kerajaan kelantan, mempertikai jwtn timb speaker, memecat ahli mppp dr pas boleh kenapa nik abduh tak bole...bila nik abduh bersuara baru igt meja rundingan...gol dap tuan agungkan...sesama agama tuan sindirkan....hairan
ReplyDeleteTuan
ReplyDeleteAntara kenyataan Nik Abduh ialah penolakan pilihanraya PBT bukan penfirian peribadi Haji Hadi tetapi pendirian PAS.
Statement ini yang menarik. Nik Abduh gagal memberitahu pihak mana yang membuat keputusan pendirian rasmi itu. ADAKAH MUKTAMAR PAS? ATAU MESYUARAT JKPP YANG DIA JUGA AHLI? ATAU MSU?....jika ada dalam mesyuarat bila?
Jika kita perhati stail Nik Abduh ni, dia buat macam-macam tuduhan tetapi fakta backup takde. Sama juga dengan Haji Hadi. In fact semua satu geng pun guna stail sama. May be sebab mereka merasakan mereka begitu tinggi martabat, mereka boleh cakap apa sahaja walaupun berbohong....
l am calling Nik Abduh a liar.....pembohong. So far xde sesiapa boleh bagi pihak mana yang buat pendirian rasmi seoerti Nik Abduh dakwa.
Penyokong PAS tidak ada pilihan. Samada pilih Hj Hadi atau kekal dalam Pakatan. Masa depan PAS bersama Pakatan akan mati sekiranya Hj Hadi masih menongkat jawatan President PAS. Sekiranya PAS masih berminat untuk berjuang bersama Pakatan, kumpulan Hj Hadi termasuk Nik Abduh perlu dipinggirkan. Golongan ini sebenarnya mempunyai analisa politik yang sangat dhaif sehingga mengangap UMNO sebagai penyelamat Islam dari DAP. Sejarah dan fakta politik tidak pernah menjadi iktibar kepada golongan ini. Nik Abduh sesungguhnya hanya berlindung dari nama ayahnya kerana dari segi kepimpinan dan karisma sebagai pemimpin hanya layak dibandingkan dengan Ibrahim Ali saja. Malang sungguh nasib penduduk Pasir Mas
ReplyDeleteNak harap mat sabu jd presiden....yg tk ada prinsip...pak turut?nak harap dyana sofea , rara , melati jd pendokong islam...oh haritu baru nmpak dyana sofea berjalan d midvalley pakai skirt atas peha...sikap yg tidak vokal pr dalam isu liberal, transgender yg masih bermain d mahkamah akan menjauhkan lagi muslim dr pr walauapapu strategi untuk menendang hadi...dan yg dilihat mutakhir ini akhbar tmi, mkini, malaimail online menjuarai isu ini....ataupun anak2 ahli pr semua pondan2 belaka?...jgn korbankan prinsip agama demi menjaga survival politik dan hati bukan muslim...itu dayus tuan
DeleteNak harap mat sabu jd presiden....yg tk ada prinsip...pak turut?nak harap dyana sofea , rara , melati jd pendokong islam...oh haritu baru nmpak dyana sofea berjalan d midvalley pakai skirt atas peha...sikap yg tidak vokal pr dalam isu liberal, transgender yg masih bermain d mahkamah akan menjauhkan lagi muslim dr pr walauapapu strategi untuk menendang hadi...dan yg dilihat mutakhir ini akhbar tmi, mkini, malaimail online menjuarai isu ini....ataupun anak2 ahli pr semua pondan2 belaka?...jgn korbankan prinsip agama demi menjaga survival politik dan hati bukan muslim...itu dayus tuan
DeleteYa btul... Muktamad.... Pemilihan PAS 2015 kena decide... PAS kekal dlm PR or alone
ReplyDeleteCantiknya bulu dada...
DeleteApa la bahalol nya PAS... Perlu menyembah memohon restu kafir utk melaksanakan hukum Islam... Islam bukan PAS dikafirkan...Sebab politik perlu menyembah Tokong ke?
ReplyDeleteYB sepatutnya melihat kawasan sendirj dahulu di Pasir Mas.
ReplyDeleteApa yang YB buat, mesyuarat pembagunan pun tak masuk.. tunaikan amanah untuk membela rakyat dikawasan YB dulu.. ini juga sebahagian dari ajaran agama Islam
Betol..mana kawasan yg dipegang geng lagak alim aka ug ne hancus...goreng lbh amanah x tunai..kaki gelimbong...
ReplyDeleteNik Abduh ni bahasanya tinggi. Sapa pun tak paham. Menang dlm pilihanraya sbbnya berbagai. Kekuatan diri x adak. Next PRU, sodakollahulazeeeemmm.
ReplyDeleteSAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
ReplyDelete