Saturday, 21 February 2015

2A Bakal Memendekkan Hayat Politik Najib


Kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang diancam oleh dua isu besar iaitu Anwar Ibrahim dan juga Altantuya.  Kedua-dua isu ini yang sudah pun berakhir sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, tiba-tiba melibas dengan pukulan yang tidak disangka-sangka oleh Perdana Menteri.

Pemenjaraan Anwar yang diharapkan membawa sinar lebih cerah kepada UMNO dan BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang, di samping pergolakan dalam PR, akhirnya lebih membawa khabar buruk buat Najib.

Ini kerana melalui program jelajah ke seluruh negara yang dirancang oleh Pemuda UMNO bersama peguam Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan kes liwat melibatkan Anwar dengan Saiful, bukan saja memungkinkan simpati rakyat lebih memuncak, bahkan menyerlah lagi muslihat politik di sebaliknya.

Secara tidak langsung juga dengan program jelajah ke seluruh negara itu menyebabkan nama Anwar terus disebut dan diingati.

Dengan terus memburukkan dan menjaja cerita seks berkaitan Anwar ke seluruh negara sedangkan beliau sudah berada dalam penjara, sesiapa pun akan memahami bahawa akhirnya laba politiklah yang paling ingin dikaut sebanyak-banyaknya.

Dalam hal ini Pemuda UMNO, KJ dan Shafee, tanpa disedari, telah melakukan sesuatu yang lebih merugikan UMNO dan BN. Memenjarakan Anwar yang diharap menyebabkan Najib lebih selesa, sebaliknya mengundang lebih jalan sengsara.

Dalam isu Altantuya, sama seperti kes Anwar, ia juga sudah berakhir di Mahkamah Persekutuan dengan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan melakukan pembunuhan keatas model kelahiran Mongolia itu.

Tetapi dengan menghilangnya Sirul ke Australia dan kini merancang untuk mendedahkan siapa yang merancangnya melakukan pembunuhan itu, sekali lagi nama Najib terkait sama.

Najib pula gagal menyembunyikan rasa gabra dan gelabahnya dengan pendedahan yang bakal dibuat oleh Sirul itu dengan mengatakannya semuanya mengarut saja. Soalnya kenapa cepat sangat Najib rasa gabra dan gundah gulana dengan pendedahan yang bakal dibuat Sirul itu?

Tunggulah dulu apa biji butir yang didedahkan Sirul sebelum mahu mengatakan ia mengarut atau tidak.

Hari ini Isnin ini pula, Pas dijangka membuat telesidang dengan Sirul daripada Pusat Tahanan Imigresen, Australia selama 15 minit dengan wartawan dari Malaysia. Jika ini menjadi kenyataan dan ada pendedahan baru yang menggemparkan dibuat oleh Sirul, maka bergegar lagilah politik negara.

Tahniah kepada Pas dan Mahfuz Omar yang bertindak proaktif menghidangkan maklumat baru dan segar kepada rakyat.

Menjelang kira-kira tiga tahun sebelum pilihanraya akan datang, isu Anwar dah Altantuya ini pasti terus menghantui Najib. Ada yang berkata, Najib tidak mungkin dapat bertahan lebih lama dengan kedua-dua isu ini terus berlarutan sehingga pilihanraya akan datang.

Sokongan rakyat yang tidak meningkat di sebalik pemenjaraan Anwar dan tekanan yang dihadapinya, jika satu demi satu maklumat baru didedahkan oleh Sirul, pasti menjadikan Najib semakin tidak sesuai lagi duduk di kerusi Perdana Menteri untuk tempoh lebih lama lagi.

Semakin lama beliau kekal, semakin besar harapan BN akan kecundang. Ramai yang percaya Najib akan berundur atau akan dipaksa meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat ini.

Ada yang memberi tempohnya sehingga akhir Mac ini dan ada pula yang mengatakan sebelum akhir tahun ini.

Selain isu Anwar dan Altantuya yang juga dikenali sebagai 2A, Najib juga berhadapan dengan tekanan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang antara lain menjadikan isu 1MDB sebagai sasaran utamanya.

1MDB kini dianggap sebagai skandal terbesar dalam era Najib yang bukan saja kerana hutangnya yang banyak menjadi persoalan, tetapi juga berkaitan keraguan pelaburan dan simpanan wangnya di Pulau Cayman.

Apabila GST dilaksanakan pada April nanti, Najib juga dijangka menerima kesan penolakan yang lebih besar lagi apabila wang dari poket rakyat semakin banyak disedut untuk menyelamatkan kantung kewangan negara yang kian menipis.

Bersama isu-isu yang sedang berlegar membelenggu Najib ketika ini dan poket rakyat pula kian dirobek atas nama GST dan kepentingan negara, agak menakjubkan jika beliau mampu bertahan lebih lama lagi. (SH 21/02/2015)

Gambar Najib dengan Sirul ini mula tersebar di media sosial sejak beliau melarikan diri ke Australia untuk mengelak hukuman mati yang dijatuhkan keatasnya...

32 comments:

  1. What issue you are talking about,Anwar is in jailed...demo elek,no support.foreign support elek.Yang menyalak Pakatoons termasu sdr.Mak Cik kat Kg pun suka Mantan KETUM kena jail.
    Sirul.orang bangang aja yang percaya,sekejap mengaku tak bunuh Alantuya,sekejap nak beritahu siapa yang suruh dia buat kerja terkutuk itu....another PI Bala.
    Hayat politik Najib tak tergugat pun selagi ahli UMNO ,terutama MT sokong beliau.Kalau Pakatoons berhajat tunggu lah lagi 3 tahun,itu kalau mampu.
    Sekarang barulah saya tahu kenapa sdr dipinggirkan olih UMNO.iNI rahasia saya la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. After reading the above comment, obviously seemed that it came from a stupid idiot mentality.

      Delete
    2. CONFINE TO MENTAL INSTITUTION TANJONG RAMBUTAN

      Delete
    3. Agreed with the replies.It seems this guy does not understand the moral of the story. Lulusan darjah 6 kot.

      Delete
    4. Anon 21:01 ada hati nak tulis dlm english tapi beterabur hehehe. Idea pun dangkal

      Delete
    5. Anon 21.01 ini salah seorang Blogger Bangang regim bergaji lumayan. Makan gaji menulis fitnah dan tipu daya mana perlu kelulusan pendidikan dan ilmu di dada. Yang penting hati mesti hitam - sanggup makan hasil haram bekerja mempertahan majikan yang suka buat pekerjaan haram

      Delete
    6. Aku suka sekarang byk bloggers dah react dgn macai bodoh UmNo. Keep it up guys.. Make them fool abd stupid!

      Delete
  2. Rykt boleh menghakimi dua ekor berok, suara rykt suara keramat, bkn mcm amnongok keramat kurupcy..
    Duit rykt duit kita, juboq sexfol boleh buat tugu penanda aras kecermerlangan politik ngok, buatla depan pwtc, supaya senang di cium sedut setiap ahli2 time PAU nanti
    kankah senang seluruh media, hidup amno...

    ReplyDelete
  3. Najib telah silap kerana menggunakan mahkamah persekutuan untuk menyelamatkan diri.walhal rakyat sudah tahu yang kelima-lima hakim mahkamah persekutuan adalah berok-berok belaan umno.sekarang dia dan partinyasedang menerima musibahnya yang akan menenggelamkan najib dan partinya.manusia boleh merancang tetapi yang maha kuasa ada perancangan yang lebih baik dari itu.jelas najib akan tersungkur akibat perbuatannya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... you are the best bro...

      Delete
  4. Sebenarnya takde apa isu pun.. Isu Sengaja direka cerita olih penulis Karangan yang bergantung kepada Batang Bengkok Anwar Ibrahim, bila Anwar Ibrahim masuk kedalam, Penulis Karangan yang BODOH dah tak dapat nk bergayut kat Batang Anwar lagi terus buat Isu.. Aku ingatkan 2A tu yang dimaksudkan ialah Azmin dan Azizah.. Cerita Altantuya tak habis2 lagi rupanya..untuk pengetahuan Puak2 Pembangkang, kemasukan Anwar kedalam Penjara adalah pilihan dia sendiri, takde kena mengena dengan Najib.. Kenapa Kamu Puak2 Pembangkang tak faham2..nak suruh Guan Eng bawa 7 ekor Babi mempersembahkan pada Puak2 Pembangkang macam Awak, baru awak faham ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pun cerita liwat tak habis-habis.nampaknya orang malaysia macam kau suka main jubo kot?

      Delete
    2. Anon 00.55 ini adalah sebahagian dari hasil 'world class' sistem pendidikan Malaysia. Berkelulusan 'world class', dibayar untuk menulis ulasan 'world class' dengan perkataan-perkataan 'world class'. Lidah dan jari-jarinya yang 'world class' itu paling hebat melalut demi RM. Kita tidak mampu tongkat langit, tidak juga mampu mengupah peguam berhujah hadapan Hakim Yang Agong nanti. Bawa beringatlah sebelum mengisi perut sendiri dan anak isteri dari hasil fitnah dan melaga-laga

      Delete
    3. Keep it up guys! Mari bangangkan macai2 yg bangang ni!

      Delete
  5. Menyalak la mcm anjing giler...Keramat apa nya? Ptuuuuih keramat konon... Mcm anjing giler demo tak habis habis! Sape Budin? ....mane la Budin boleh nak jangka hayat Najib...Budin macai Pakatoon je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I want to listen Another fact from your comment..opps! U just a macai, u don't really understand me..so pity..

      Delete
  6. Rakyat akan ingat bagaimana Anwar Liwat Saiful.

    I want to fuck you today....

    Macam mana nak simpati pada Peliwat, Anwar Ibrahim Laknatullah nieh? Betul2 mengarut.

    Anwar....isu yg dah mati, basi, berlendir 10 Feb 2015.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ajer yg ko boleh komen? Pergi cari facts lain bro nak bg komen..syoh!

      Delete
  7. Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh sendiri dah komen bahawa road show KJ tu tak perlu dan tidak memberikan impak positif pada UMNO..(UTUSAN MALAYSIA)

    So nak buat apa lagi? Kos hidup meningkat,rumah mahal,bla bla bla mcm mana nak perjuangkan KJ NAIB (Next Anwar Ibrahim) bukan Naib Presiden UMNO..

    ReplyDelete
  8. Watchaaa.. Selepas pendedahan srul .. Kita semua akn pg stadium pekan dgr roadshow mcmna pepet atatuya di robek vvvip...? Ooolaalaa .. Byr rm5 sorang.. But then vvip said mengarutlah... Lagi kta pg roadshow jgn lupa derma utk pas

    ReplyDelete
  9. Akui lah caix PKR....Masa depan parti dah luncai.Mna ada grassroot support.Bila ada party election ...tup..tup.Keling yang ramai,itu sebab kerusi yang melayang.
    PR ini kalau ceramah,SOP dia orang
    DAP....siap tempat,log,dan duit
    PKR....Bawa Tukang karut,Artis
    PAS....Penonton yang pekek ALLAH HUAKBAR, gulingx atas jalan
    Sekarang PAS tak support.menggelupor lah PKR
    tapi jangan risau ada beberapa orang baru nak jadi ahli,nak cuba nasib kalau bolih nak jadi calon sebab parti lama dia pinggir beliau.Selamat berjuang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opss! Sape yg lunyai bro? Umno atau PKR? Hehehe! Undi 52% tu apenye? BN dpt 47% tu hebat ke? Menang pun sbb sistem.. Cehhh.. Talk is cheap.. Talk with fact?

      Delete
  10. Penyokong BN/UMNO bangga, kerana mempunyai seorang pemimpin negara yang :

    1. pandai elak wartawan
    2. tidak banyak komen
    3. kalau komen pun hanya cakap "no komen", "rubbish"...
    4. apa badut-badut buat bising di jalan sana, Najib buat dek je...

    Apalah nasib rakyat punya pemimpin yang tak berapa pandai nak cakap...atau berhujah...

    "Debat bukan budaya kita"...kah kah kah..


    ReplyDelete
  11. At least Najib taak kena jail kerana meliwat.



    Terlalu banyai minum kecing KETUM cai atas ini
    1.At least Najib tidak kena jail kerana meliwat
    2.Komen banyakx merapu tidak ada substance buat apa.....komenx banyakx macam orangx kuat PKR ,menipu aja
    3.Apa tidak ditongsampahkan kerana kerana komen tidak benar,low class,bila kounter kantoi...tanyalah Rafizi Pondan..expert tu tentang ini.
    4.Badutx PKR ,Adam Adli and tge Gang....orang tak ambil pot pun,inikan Najib
    5.Tay payah nak berdebat dan berhujah denan Najib.dengan cucu dia pun kau kantoi
    Katawa lah sorangx macam KETUM sekarang ,semua buat bersendirian malain dah dapat teman di penjara
    6.I think this is the best way to counter caix yang masih enggan menerima kenyataan.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahhh.. Beriya tulis sampai 6 key points. Aku nak tau la jugak facts yg boleh aku digest! Tp. Itulah..standard diorg..mcm budak sekolah bg analisa.. Tp. Aku rasa budak sekolah lagi bagus kot. Well, try harder yer..

      Delete
  12. Din
    Sdr jangan syok sendiri,komen komen yang sokong sdr bukan datangnya dari ramai seorang dua aja,sebab lenggok bahasanya sama saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eheh! Sorang lagi bingai nak tunjuk pandai.. Ha ha ha.. Baik tgk komen yg macai umno tulis kat sini. Korang ler yg sorang dua tu..bukan tgk lenggok bahasa.. Tgk caci maki cukup.. Tau dah org yg sama..

      Delete
  13. Hahaha...Budin Budin Budin...berapa kau dapat jadi macai cina DAP tu...jual bangsa kau je...

    ReplyDelete
  14. Teringat peristiwa kuda humban penunggangnya sampai berbalut leher dulu. Sekarang boleh faham kenapa kuda tu buat macam tu.

    ReplyDelete
  15. When paid cybertroopers are spewing vomit on your blog, you know their masters fear the might of your pen (keyboard). Congrats on getting recognised and fear by your opponents!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. Keep up good job Tuan Shah. The Regime had hired more bangangss using rakyat monies to boom blogs that go against them. Don't stop Tuan, may Allah bless you always

      Delete
  16. Kahkahkah macai vs macai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...