Saturday, 14 February 2015

Mana Lebih Wajar, Anwar Kemuka Petisyen Rayuan Atau Kekal 5 Tahun Dalam Penjara?


Di sebalik kedudukan Anwar Ibrahim yang kini sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan untuk menghuni Penjara Sungai Buloh untuk tempoh lima tahun akan datang, ruang untuk beliau bebas lebih awal sebenarnya tidaklah tertutup sama-sekali.

Satu-satunya jalan terakhir yang boleh dilakukan olehnya untuk memendekkan tempoh hukuman itu ialah dengan mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong.

Setelah dihukum pada 10 Februari lalu, Anwar sebenarnya mempunyai ruang selama 14 hari  iaitu sehingga 24 Februari depan untuk memikir sama ada mahu mengemukakan petisen rayuan atau sebaliknya.

Jika petisyen rayuan tidak dikemukakan sehingga 24 Februari itu, bermakna kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diisytiharkan kosong dan suatu pilihanraya kecil wajib diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.

Bagaimanapun jika Anwar memutuskan untuk mengemukakan rayuan, kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan terus kekal sehingga ada keputusan berhubung rayuan itu.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia, baru-baru in tampil dengan kenyataan bahawa kerusi Parlimen itu belum boleh diisytiharkan kosong lagi buat waktu ini.

Katanya, pengumuman rasmi sama ada kerusi itu kosong atau sebaliknya hanya boleh dibuat selepas 14 hari daripada tarikh hukuman dijatuhkan, tetapi tempohnya akan menjadi lebih panjang jika Anwar mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong.

Menurut beliau, petisyen rayuan mesti dikemukakan dalam tempoh 14 hari selepas hukuman dijatuhkan dan jika ia dikemukakan oleh Anwar, kekosongannya hanya dapat disahkan selepas rayuan diputuskan sama ada diterima atau ditolak oleh Yang Dipertuan Agong.

Dalam hal ini, apa yang perlu dilakukan oleh Anwar, mengemukakan rayuan atau tidak?

Bagi kalangan yang kental dengan perjuangan PR, lebih ramai yang mahukan beliau tidak mengemukakan petisyen rayuan kerana jika merayu bermakna Anwar mengakui kesalahan liwat yang dihadapkan kepadanya.

Mereka berhujah bahawa menolak rayuan lebih mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap PR serta memperteguh lagi pengakuan tidak bersalah yang sering dilaungkan oleh Anwar sebelum ini.

Kata mereka lagi, dengan simpati, kemarahan rakyat serta tekanan antarabangsa yang diterima Najib ketika ini, beradanya  Anwar terus berada dalam penjara dan memainkan peranannya daripada Sungai Buloh adalah lebih baik bagi PR.

Sebaliknya, jika bersetuju mengemukakan rayuan, imej dan kredebilitinya akan hancur dan musnah di mata rakyat.

Sebaliknya, ada pula yang berpendapat, jika yakin rayuan itu boleh mendapat pertimbangan, terutama kerana Anwar pernah berjasa kepada negara semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, di tambah dengan usianya sudah menjangkau 67 tahun, ini adalah peluang terbaik untuk meneruskan karier politiknya di samping menikmati kehidupan sebagai manusia yang bebas.

Soal ia bermakna mengakui bersalah atas perlakuan liwat jika mengemukakan rayuan, dianggap hanyalah tafsiran teknikal semata-mata.

Selain itu, dalam berhadapan dengan pendirian Mahathir yang terus menyerang dan mengasak Najib bahkan mula menyindirnya tentang perletakan jawatan walaupun setelah Anwar dipenjarakan, Perdana Menteri dinilai banyak pihak sudah tentu lebih suka jika ada rayuan dan berkemungkinan memberi lebih pertimbangan terhadapnya.

Dalam sistem Raja Berperkembagaan yang kita amalkan, walaupun rayuan dikemukakan kepada Yang Dipertuan Agong tetapi sudah tentulah sebarang keputusan yang dibuat seharusnya mendapat nasihat daripada Perdana Menteri juga.

Ini menjadikan jika pengampunan diberi, Anwar akan terhutang budi bak "segunung intan" kepada Najib kerana dapat bebas lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya. Dalam masa yang sama, bukan saja pilihanraya kecil dapat dielakkan, malah kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen juga tidak terjejas.

Dikatakan juga melalui pengampunan itu Najib seterusnya mampu meredakan kemarahan dalam negara dan mematikan segala kritikan dari beberapa negara luar yang kecewa dengan hukuman penjara keatas Anwar sebelum ini.

Sekiranya terus menerima kritikan daripada Mahathir pula, tidak mustahil selepas itu Najib akan menawarkan kerjasama dengan Anwar yang sudah terhutang budi dengannya. Seiring dengan tindakan Najib yang lebih lunak dengan Pas sejak kebelakangan ini, lebih mungkin juga kerjasama itu turut melibatkan BN dengan PR atas nama rekonsilasi nasional yang sering disebut sebelum ini.

Mungkinkah ini penutup tirainya kes Anwar ini? (SH 14/02/2015)

26 comments:

  1. Jadi mcm nik aziz senang..hidup x menyusahkan org..mati penuh penghormatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik diri kau sendiri, anak2 dan isteri kau ikut contoh Nik Aziz daripada cuba menasihati orang lain..kan..kan...kan...

      Biarlah orang lain berjuang untuk menyusahkan gerombolan Umno yg merompak harta rakyat.....mana tahu mati pun penuh penghormatan...ini semua kerja Allah SWT.

      Delete
    2. Buang masa raja bomoh dok p tangkap hantu raya kat penjara..hantu raya tgk anwar pun lari..nak mampus..

      Delete
    3. Anoymous..ko sebenonya hantu raya.. tp bukan setakat hantu raya jenbalang, jin mata satu dajal pontianak..langsuir dan segal makhluk yg menyerupai setan dan iblis...kalau bapak ko dituduh mcm tu sdgkan yg menuduh jauh lebih muda dan mengaku x mandi x solat x melawan..dapat ke ko terima aduan bodo mcm tu? dan ko tanya diri ko kalau ko nak kena liwat dgn org yg dah 60 an ko lawan ke menyerah? oh ya.. sbb ko ni jembalang dan hantu segala hantu.. mana fikir semuanya tu

      Delete
    4. ada yg komen tetapi buta sejarah. Anwar pernah dipenjara zaman mahathir, tapi dibebas zaman Pak lah. Sebab apa dibebas? sebab didapati tak bersalah! Dah kena jail , baru kata tak bersalah!. Ertinya Hakim ada buat silap tak, dulu tu? Ertinya ada orang masuk jel bukan kerana bersalah tetapi kerana silap dihukum!
      Kes Anwar...hanya yg ikut emosi saja akan berkata dia bersalah...Tetapi penyokong pakatan rakyat dan suara hati kawan kawan Anwar dlm UMNO kata ,,kes ,ini temberang politik dan dia dianiaya! sebab dia musuh politik yg tak boleh dikalahkan melalui pilihanraya bebas ! Pergi jahanam kpd mana mana pemfirtnah Anwar.

      Delete
    5. Nanti ada pula banduan yg kena liwat dgn Anwar. Jangan lama2, nanti lama2 dia meliwat orang. Dah sah kaki jamban, pi mana pon dia tak boleh tinggal. Old lubang kunyit habits die hard.

      Delete
  2. Pandangan saya DSAI xperlu ambil peningkatan memohon pengampunan lima tahun pada realitinya memang agak lama juga tapi mesti ingat kredibiliti sebagai seorang pejuang keadilan akan hancur luhur dan juga marwah diri....tak setimpal dengan slogan "lawan tetap lawan" ...biar lah orang yang memenjarakan DSAI mengorak langkah membebaskan nya jika mereka benar2 berprinsip DEMOKRASI...

    ReplyDelete
  3. Orang yang membuat petisyen rayuan pengampunan kepada YDPA adalah orang yg telah melakukan kesalahan. Yang salah dalam hal ini adalah Hakim2 Mahkamah Rayuan dan Persekutuan, yang membuat keputusan yang salah. Mereka perlu mengemukakan petisyen rayuan bukan sahaja kepada YDPA tetapi kepada Allah SWT.

    Saya tidak bolih terima keputusan Mahkamah itu atas sebab, ' 3 Doktor dari Hospital Besar KL telah memberi keterangan untuk pendakwaan bahawa tiada kesan tusukan ( no evidence of penile penetration) was found.

    Mengikut kes2 precedent, kes pendakwaan lingkup...tak kiralah didapati samada dlm jubor Siful terdapa air mani Anwar. Keraguan yang munasabah telah ujud samada terdapat perbuatan meliwat.

    Ini adalah mengikut undang2 dibawah mana Anwar didakwa iaitu s.377B. Seksyen 377A menyebut, 'carnal intercourse against the order of nature is when there is introduction of penis into the anus'.

    Kes pendakwaan terburai...hancur lebur....jatuh melepap...dengan keterangan saksi sendiri...' there is no evidence of penile penetration'.

    Hakim2 melayu 8 ekor tu sold their soul to the devil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasihan...amat kasihan kpd org yg tak boleh terima kenyataan. Kenyataan penghakiman yg setebal lebih 50 mukasurat telah membuktikan perlakuan ds anwar. Ini proses keadilan dunia di bumi malaysia. Jika alasan penghakiman meletakkan ds anwar bersalah, maka para hakim tak perlu bertanya kamu sama ada ds anwar betul2 bersalah atau tidak! Peluang bukan sahaja diberi kpd pasukan pendakwaan tetapi juga kepada pasukan pembelaan yg jumlahnya berbelas orang. Dalam menentukan keputusan mestilah berlandaskan kredibel bukti dan pembuktian. Maka, tak perlu menghukum hakim itu dan ini, mereka lebih arif. Jika mereka gagal berlaku adil, mereka juga tahu apa hukum Allah nanti. Anggap sahaja begitulah nasib seorang bernama anwar bin ibrahim. Istighfar bnyk2 sebab manusia sentiasa tidak sempurna.

      Delete
    2. Anon 18:02

      Kalau diberi peluang aku ingin rasa jubur mak kamu pula....

      Delete
    3. Anon 18:02

      Aku terima penghakiman yang dibuat olih Mahkamah dibawah system Kehakiman jenayah. Tapi suka hati aku lah samada aku bersetuju dengan keputusan itu atau tidak. Yang kau sibut apa hal.

      Hanya orang bangang saja tak berupaya mengupas samada keputusan mahkamah itu betul atau tidak. Kalau apa yang aku cakap itu salah, sila lah berhujah mengikut undang2. Pi kedai beli buku 'Penal Code' atau 'Kanun Keseksaan'. Lepas tu duduk rumah diam2, pi baca seksyen 377A dan balas komen aku berdasarkan undang2.

      Komen kau macam tahap mat rempit Ukno shj.

      Delete
    4. Hujah hakim ada di sini > www.tiny.cc/sodomy

      Delete
  4. Jangan merayu! Aku tidak pernah meng'amin'kan doa untuk agong d dalam Khutbah pada hari Jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lantak ko la nak amin ke tak nak..ingat doa ko tuhan terima ka..

      Delete
    2. Aku doakan semoga Yang Dipertuan Agong tidak terbuka hati untuk memberi Pengampunan kepada Individu Sakai yg bernama Anwar Ibrahim.. Ingat tak dulu Konco2 Anwar Ibrahim terutama Azmin Ali memperlekehkan pertabalan Yang Dipertuan Agong.. Ingat tak? tak payalah nak mohon Pengampunan, nak termuntah rakyat dengar..

      Delete
    3. Aku percaya kalau Mangkok tu mengadap Yang Dipertuan Agong, Agong akan tambah lagi 10 tahun baru baru adil sbb buat Fitnah kepada lima org Hakim.. Hakim telah dilantik olih Agong.

      Delete
    4. Agong pun manusia biasa,bila mati pun bangkai dia pun dimakan ulat macam kau juga bila mati.

      Delete
  5. tak perlu rayu jalan terus jalan selagi nyawa dibadan
    masa kata kena liwat dulu dahi ada nampak lebam (macam orang kuat solat konon)
    sekarang mana pigi itu lebam sudah hilang ka

    ReplyDelete
  6. Mamat anwar yg biadap waktu langkah kejang sampai kena sound dgn sultan selangor....agak2 Agong ada belas kasihan ka nk ampunkan...eloklah duduk dlm tu muhasabah balik...duduk abim elok2 masuk kandang taik umno...mmg jd taik le....nxt election...no pkr no pas no dap...psm ambil alih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ingat sultan tu nabi ka?kau ingat semua orang hormat pada sultan?kau jangan jadi bangang macam najib.

      Delete
    2. Bodoh...mmg la sultan tu bukan nabi...tp pengampunan tu sapa yg beri...ko ni mmg bangang 7 keturunan...pijak kt bumi yg nyata la...

      Delete
  7. Anwar dah tak boleh lari hakikat yang dia dan liwat sudah tidak dapat di pisahkan. Dia dah lalui 3 badan kehakiman (mahkamah tinggi, rayuan dan persekutuan). Skarang ni nak cantas saki baki puak anwar dalam PAS. PKR pula akan bergolak. berapa lama sangat kak wan boleh bertahan tanpa 'backup' besar dia. UMNO pula kalah atau menang tak jadi hal dah. Kalau menang next PRU, Najib jadi PM. kalau kalah, PM adalah Hadi awang (dengan sokongan UMNO). yang gigit jari, anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau jangan jadi bangang.kalu aku jadi pm, aku pun boleh dakwa yang najib liwat shitfool.

      Delete
  8. Ini malaysia negara bolehland.semua hakim-hakimnya macam kartun.atau nama lain hanyalah jadi barua umnongok.

    ReplyDelete
  9. Kepada penyokong UMNO/BN..... teruskanlah kehidupan dengan seadanya.... biarlah negara banyak hutang, biarlah pimpinan BN seronok sakan ke luar negeri pergi shopping, biarlah harga barang naik walau minyak turun....biarlah syarikat gergasi monopoli sistem asas kehidupan RAKYAT, biarlah harga bil tinggi-tinggi...

    selamat maju jaya wahai penyokong totok UMNO/BN...

    ReplyDelete
  10. Kredibiliti? Kalo dah nama pun dunia ketiga, tak payah sibuk la pasal kredibiliti. Aku amik degree pun ket universiti xdak kredibiliti, kerja ok saja dgn gaji cecah 25k sebulan. Ini Malaysia ma. Tak perlu kredibiliti. Siap ada 2 degree lagi dlm berlainan ursus sbb ini Malaysia, tak perlu sambung PHD. Aku nak amik degree ketiga dgn Uni xdak kredibiliti jugak. Sbb untuk cari rezeki je. Bukan aku nak cari kredibiliti. Bercakap sajalah dlm apa jua hal pun, Malaysia sudah hancur dlm segala bidang. Jika nak selamat, jaga agama dan diri sendiri.

    Jika nak kembalikan maruah negara, ini bukan kerja senang. Jadi sebaik TGNA pun masih kena kutuk. Malah sebaik Rasulullah pun, berbillion manusia tetap benci dan x suka. Jadi apa pilihan kita? Bunuh diri?

    Berbalik kpd kes Anwar. Tak usah sibuk2 hal kredibiliti. Buat saja rayuan. Mana tahu PM akan berubah fikiran slps Agong bagi ampun. Ini semua Allah punye control. Soal kredibiliti semua sudah hancur.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...