Nampaknya ketika ini bukan saja rating Tun Mahathir Mohamad dan sokongan rakyat kepada PH yang didapati sudah turun, bahkan pembelaan terhadap kerajaan di media sosial juga turut sama telah menurun.
Berbanding sebelum PRU14 dan ketika peringkat awal PH membentuk kerajaan di mana laskar maya pro PH dilihat begitu aktif dan menguasai media sosial, keadaannya kini tampak sudah jauh berubah.
Sekitar 80 peratus mereka yang sebelum ini pro PH dan aktif di media sosial didapati sudah mengurangkan keaktifan masing-masing dan hanya sekali memuatkan posting yang ringan atau santai saja.
Rata-ratanya didapati mula kecewa dengan prestasi kerajaan, karenah menteri dan pegawainya, janji kepada rakyat tidak ditunaikan serta pelbagai isu lain dalam PH yang tidak ditangani dengan baik.
Seiring dengannya yang menyebabkan rungutan rakyat semakin kedengaran di mana-mana, maka mengurangkan keaktifan sebagaimana mereka mempertahankan PH seperti sebelumnya tentu saja merupakan pilihan yang wajar dan munasabah.
Laskar maya pro kerajaan yang bergerak secara sukarela seolah-olah sudah letih dan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan berikutan prestasi yang ditunjukkan setakat lapan bulan memerintah negara ini begitu mengecewakan sekali.
Dalam beberapa whatsapp grup pula yang dahuluinya begitu aktif menyokong dan menyebarkan maklumat untuk mengukuhkan sokongan rakyat kepada PH, kini turut didapati seperti sudah hilang selera untuk berbuat demikian.
Ramai yang sekarang ini hanya menjadikan medium itu untuk berbual santai, usik-mengusik, malah sesekali menyebarkan serangan-serangan yang dilakukan oleh pembangkang pula terhadap kerajaan untuk dijadikan bahan perbincangan.
Dalam waktu yang sama, laskar maya pro pembangkang sebaliknya jelas semakin aktif dan agresif dengan serangan yang tidak putus-putus terhadap kerajaan dan menteri-menterinya.
Di ketuai oleh Najib Razak yang dikenali sebagai Raja Troll dan penggiat media sosial lainnya yang aktif dan agresif itu, mereka kini secara umumnya sedang menguasai pemikiran rakyat melalui posting-posting yang gagal ditangkis sama sekali oleh laskar maya pro kerajaan.
Kenapakah ini berlaku di sedangkan di PMO dan pejabat menteri-menteri sendiri difahamkan ada unit atau pasukan yang bertanggungjawab terhadap media sosial ini?
Apakah mereka terlalu sibuk dengan selfie sesama sendiri, mempromosi bos masing-masing atau masih terawang-awang dengan kedudukan serta jawatan yang baru dipegang dalam kerajaan?
Harus diakui bahawa salah satu yang menyumbang kepada kejayaan PH dalam PRU14 lalu ialah kerana peranan laskar-laskar maya ini yang bukan saja mampu melumpuhkan laskar maya pro UMNO dan BN, malah mereka juga tangkas menjawab sebarang perkara yang dilakukan oleh Najib.
Najib selaku Perdana Menteri ketika itu hampir menjadi tidak bernilai kerana semua perkataan atau ucapannya berjaya dipatahkan atau dijawab dengan pantas dan cepat.
Tetapi, apa jadi sekarang ini?
Mampukah PH ini mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang jika baru lapan bulan ini pun penguasaan di media sosial sudah hampir terkulai?
Apakah PH dan mereka yang berada di puncak kuasa Putrajaya sekarang menyedari hakikat ini atau mereka juga sama seperti perangai pemimpin era BN dahulu yang tidak berapa peduli dalam soal ini kerana kononnya sudah ada media arus perdana? (ShahbudinHusin 03/02/2019)
Mereka semua dok goyang tolor aje kot..macam si GMN tu????
ReplyDeleteFulus tak banyak masuk..kiranya macam huluq tu tak sepadan dengan keje yang dibuat lah kan.
DeleteApa kata kalau dicadangkan agar mereka semua pergi "berguru" dengan blogger2 UMNO/BN..baru lah meningkat prestasi mereka, kalau tak dok macam tu aje lah kan.
DeleteYang boleh diharap sikit hanya lah RBA..itu pun kerana mereka kuat memfitnah dan menyebarkan berita2 palsu..kalau tak takde sesapa pun nak membaca ulasan2 mereka tu.
DeleteTapi yang rakyat paling tabik ialah DS Najib tu. Ulasan2 bernas dan tepat "menyekolahkan" menteri2 Rejim, khususnya Ah Beng, menteri kasut hitam dan khalid Samad tu memang sangat2 dipuji mereka kerana fakta2 yang diberikan dalam menyanggah hujjah2 "mengarut lagi bodo" dari menteri2 tu.
DeleteTak caya..cuba korang bandingkan pengunjung2 yang melawat ke FB dan blog DS Najib...dan bandingkan dengan blog chedet...jauh lebih ramai ke blog DS Najib..umpama langit dengan bumi dengan blog Tun Madey.
Memang tepat lah saranan dari Ambiga yang mengatakan pemimipin2 Rejim, khususnya Tun Madey sendiri agar mengambil contoh dari cara DS Najib merapatkan dirinya dengan rakyat jelata..setiap masa dan ketika.
Macam tak caya pulak kan..walaupun dah tak menjadi PM lagi, aura dan keberadaannya sentiasa didambakan oleh rakyat berbilang kaum..di mana2 saja dia berada.
Tengok aje lah sambutan terhadapnya di Langkawi tu..sampai terpaksa pulak Bersatu buat report polis terhadapnya..takkan lah ketakutan mereka terhadap sosok tubuhnya kini dah sampai ke tahap macam tu pulak !!!!
Bandingkan pulak dengan sambutan rakyat jelata terhadap Tun di TBS tempoh hari..kesian pulak tengok..seolah2 keberadaannya kat situ langsung tak dilayan rakyat, takde sorang pun yang sudi nak bersalaman dan berselfie dengan dia...tak macam bila mereka bertemu DS Najib di CH dan Langkawi baru2 ni...tak menang tangan DS Najib beb!!!!
DS Najib tak perlu mendapatkan simpati rakyat sampi terpaksa menaiki bas untuk bertemu rakyat ..macam yang terpaksa dilakukan oleh Tun di TBS tu.
Kalau signal yang terang lagi nyata macam ni telah diberikan oleh rakyat ...takkan lah Tun sebagai negarawan terulung tak sedar dan perasan lagi kot????
Wah, aku dapat mention.
DeleteMesti aku punya sekel kepala dia kena tepat. Dia otak kosong, pahal pun.
2-3 komen GENG NAJIB YANG SENTIASA MENJILAT NAJIB IU MENGARUT AJER.
DeleteKalu dia tak "tabik .. Najib tu .." takkan dia di gelar sentiasa menjlat Najib.
Medngarut menuntut (claiming) "jauh lebih ramai (orang) ke blog Najib dari Chedet..
Hah, sekarang GENG NAJIB mengagongkan Ambiga, dulu masa Najib merintah, di aturkan nya demo tunjuk bontot depan rumah Ambiga. Ini lah yang di gelar "gullible type" - campak bangkai busuk pun di seludup nya mcm buaya atau babi hutan.
Membohong, menipu, twist n spin - sambutan terhadap Najib di Langkawi membawa kpd beberapa laporan Polis, mahukan pihak berkuasa tentukan dia tak akan menjejas ketenteraman awam .. kalo nak bercakap di khalayak, mesti ada permit dsb nya.
Nak bannding sambutan Najib di PRK CH, kawasan Parlimen BN sebelom nya, dengan sambutan di Langkawi yang sebenar nya kawasan Parlimen Tun Mahathir. Sudah tentulah mereka tak suka dia membuat ucapan
yang tak berpermit.
Balik lah kamu Najib. Kalau nak berasmara dgn Mak Badak bulan madu ke 38 ker, dok diam ajer ler, gentel dia ajer.
Rilekkk..walaupun dah 9 bulan, mood raya peralihan kuasa masih terasa lg..penting, sepenggal dalam tangan, dekat2 nak nak pru15 nanti pandai2 lah laskar2 maya ni nak bangkit...BIASA LA TU
DeleteGeng najib kaki pwnyamun tu..tak payah dok syok lebih sangat...shabudin ni pun bukanlah bolih dipercayai..sbb tk dpt dedak yg meroyan gila
DeletePada anggapan Gwa, memang selayaknya para soldadu the great PH bersantai dan pelan pelan kayuh! Kes 1MDB telah membuka ruang untuk itu. Sebabnya? Berdasarkan undang undang donia Malaya, barang mana jika terdapat partai jahat yang metekedarah duit dari sumber yang meragukan maka partai tersebut perlu dihapuskan! Sepatutnya proses menghapuskan partai jahat ini perlu jadi keutamaan. Dengan membenarkan ianya masih ujud maka saja nak mencari letih, buang bateri dan mengabihkan beras aje....! kah kah kah.
DeleteAnon 16:09, Jana 16:22, Abg din 16:55...
DeleteKamu bertiga saja ka hari ini?
Mr J balik kampung ka...?
Lasykar digunakan untuk peperangan. Sekarang perang telah tamat. Kerajaan kleptokrasi Najib telah tumbang...ramai pahlawan-pahlawan musuh sedang menunggu masa untuk menjalani hukuman. Lasykar dan orang awam harus kembali bekerja, melakukan sesuatu yang berfaedah kepada diri sendiri, turut menyumbang kepada ekonomi negara, bukannya menyalak di sana sini untuk menaikkan pemimpin-pemimpin yang dipuja.
DeleteMasalahnya rakyat Malaysia ni lebih banyak bermain politik dari bekerja. Sepatutnya sementara menunggu PRU yang akan datang semua orang perlu bekerja keras.
Sobat2 sekelian...kau tau tak, ramai kawan-kawan aku yang taksub menyokong parti lawan..khususnya macam Wak Suman dan GMN... memang mereka berharap sangat agar calon PH menang di Cameron Highland tempoh hari kerana ia sepatutnya pertama kali rampas kerusi dari BN.
ReplyDeleteIni kerana... setelah beberapa PRK pasca PRU14, dari Sg Kandis hingga Port Dickson, semuanya berstatus quo saja.
Tapi tak kesampaian hajat mereka.
Itu yang macam-macam “kerasukan” kedengaran. Dari menuduh BN main isu perkauman sehinggalah terbaru tentang kononnya rakyat akan lebih sukakan PH kalau Datuk Seri Najib ke penjara.
Macam-macam hal, dah kalah tu buat cara kalah sajalah, move on. Apa takde modal lain ke, nak tutup lemah sendiri, Najib #bossku juga yang kena petik?
Bercakap pasal itu, semua orang tahu Datuk Seri Najib Tun Razak all out dalam kempen PRK Cameron Highland yang baru lepas.
Semua orang juga tau, dalam nak memastikan kemenangan calon dari partinya, dikatakan ada veteran DAP kata Najib akan jadi PM ke 8 kalau BN menang PRK itu.
Dan setelah BN menang, langsung kutu yang berkenaan terdiam...macam ayam berak kapur pulak!!!!
Walaupun PRK itu diadakan di Cameron Highland, Najib hanya turun membantu kempen tapi kalau diamati betul-betul, “pertarungan sengit” yang sebenarnya bukanlah berlaku antara dua calon tu, tapi antara Najib dan pemimpin-pemimpin parti lawan...khususnya Atoq tu...
Sebab itulah walaupun yang bertanding dan menang ialah YB Ramli Mohd Nor namanya dari BN tapi... yang nak kena lempang ialah Najib (kemudian dakwa kena rasuk setan), yang disamakan dengan Israel, Najib, yang pakai baju peach tapi dikatakan oren (buta warna agaknya), Najib.
Populariti Najib diakui turut meningkat sepanjang kempen PRK tersebut sehingga #maluapabosku yang dipopularkan beliau, menjadi begitu viral sekali, bukan saja dalam media sosial tapi di luar juga.
Datang sembahyang di Masjid pun, yang dikerumuni orang adalah Najib. Menteri yang ada sekali dalam tu, macam tak wujud saja. Menambah sakit jiwa puak-puak tu, ada peneroka Felda kata, pada mereka, Najib masih “pemimpin” mereka. Najib lagi.
Itu yang rasa terpukul agaknya sehingga perkara yang menjadi urusan Mahkamah pun diulas mereka.
Benda ni mudah saja, kalau nak rakyat sukakan awak, laksanakanlah semua janji pilihanraya tu.
Bukannya ambik apa kebaikan yang Najib dah buat dan tukar kepada nama yang lain sedangkan janji-janji sendiri hampir kesemuanya tak dilaksanakan.
Itu pun tak faham lagi ke haaah...bengong betul lah!!!!!
Selesai luar mahkamah: Adakah PAS akui artikel Sarawak Report, soal MP
DeleteNews | Diterbitkan Hari ini 9:09 pagi | Dikemaskini Hari ini 9:09 pagi
Item 1
Item 2
A+ A-
Anggota Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada tindakan PAS tidak meneruskan saman terhadap Sarawak Report menunjukkan dakwaan laman itu - bahawa ada pemimpinnya menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno - sememangnya benar.
Apatah lagi penarikan balik rencana Sarawak Report yang mencetuskan saman itu tidak termasuk dalam penyelesaian luar mahkamah kedua-dua pihak, katanya.
"Selepas menghabiskan lebih RM2.5 juta untuk bayaran guaman dan tarikh mahkamah ditetapkan April ini, hanya tiga bulan lagi, tidak masuk akal untuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang putus asa dengan begitu mudah.
"Terutama dakwaan partinya menerima RM90 juta daripada bekas perdana menteri Najib Razak yang memang mengejutkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca: Clare puas hati, rencana SR dipertikai PAS tidak terusik
Terdahulu, Setiausaha Politik kepada presiden PAS, Syahir Sulaiman yang memaklumkan perkembangan saman fitnah itu berkata, antara penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah Hadi menarik balik tuntutan terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Clare pula sebagai defendan menarik balik tuntutan balas terhadap Abdul Hadi.
Semalam Clare memberitahu Malaysiakini bahawa dengan penyelesaian luar mahkamah itu, rencana yang menjadi pertikaian dalam kes saman itu tidak akan ditarik balik.
Lim berkata perkembangan itu membangkitkan persoalan - apakah dakwaan artikel itu memang benar.
"Adakah Hadi dan pemimpin PAS lain berani memberi jawapan ringkas 'ya' atau 'tidak' berkenaan dakwaan itu?.
"Rakyat, pengundi di Kelantan dan Terengganu, anggota PAS, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tahu (berhubung persoalan itu)," katanya.
Selain itu, Lim yang juga setiausaha DAP Wilayah Persekutuan membangkitkan rayuan beberapa pemimpin PAS bulan lalu untuk sumbangan orang ramai bagi membiayai kos guaman saman itu.
"Adakah Hadi akan menyumbangkan wang itu, jika masih berbaki, kepada mereka yang memerlukan di dua negeri yang ditadbirnya, Kelantan dan Terengganu? Dari segi moral, tidak betul untuk parti itu menyimpan wang itu untuk mereka sendiri," katanya lagi.
Hadi dah takut pada kekalahan
DeleteKamu sibuk dg Hadi apa hal?
DeleteAda derma duit ka..?
Mohon agar korang semua hadamkan artikel ni dengan berlapang daad dan berminda terbuka..only then will you see the big picture!!!!
ReplyDeletePAKATAN Harapan (PH) sebenarnya sedang menghadapi krisis yang amat besar, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap PH sebagai Kerajaan walaupun baharu 9 bulan memerintah. Boleh kita lihat secara terang sekarang rakyat sudah mula menolak PH terutamanya selepas kekalahan dalam PRK Cameron Highland.
Rakyat mula mempersoalkan kewibawaan PH sebagai Kerajaan. Ada beberapa contoh jelas yang menggusarkan rakyat seperti pelantikan Ahli Lembaga Pengarah YADIM, isu ICERD, kes yang membabitkan kematian Almarhum Muhammad Adib dan lain-lain lagi yang membabitkan isu agama dan pengurusan sosial.
Isu Tabung Haji, janji manifesto untuk menangani masalah ekonomi, rakyat dan negara tidak ditunaikan, tiada pelan penambahbaikan ekonomi negara serta amalan Federelisma yang tidak adil seperti berdolak-dalik berkaitan agihan royalti terhadap Kelantan dan Terengganu adalah di antara isu ekonomi dan Federalism yang menghakis keyakinan rakyat.
Kepercayaan rakyat juga mula terhakis terhadap integriti PH sebagai Kerajaan dan institusi badan Kehakiman Negara.
Kes rasuah terhadap Lim Guan Eng tiba-tiba digugurkan, isu pelantikan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara serta isu menari Menteri Kehakiman, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara yang jelas mengecewakan rakyat.
Krisis tersebut berlaku akibat dominasi DAP dalam PH.
Rakyat melihat DAP seperti tangan ghaib di belakang tabir yang mencatur pentadbiran negara walau bukan Lim Kit Siang yang menjadi Perdana Menteri.
Mampukah Kerajaan PH bertahan akibat krisis keyakinan rakyat ini atau nasib PH seperti telur di hujung tanduk?
MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia
Maruah PAS yang kian terserlah
DeleteRaja Bahrin Shah
Saya hadir banyak kenduri kahwin di Terengganu semalam. Di sana saya mendengar perbualan hangat dan ditanya bertubi-tubi berkenaan berita hangat penarikan balik saman PAS ke atas Sarawak Report.
Ramai yang bertanya itu terdiri daripada anggota dan penyokong setia PAS yang menanti ketibaan April 2019. Mereka telah pun dimaklumkan oleh pimpinan mereka bahawa Sarawak Report akan didakwa kerana memfitnah PAS. Sebelum PRU ke14 pula penyokong PAS telah diberitahu mereka telah menang kes tersebut walaupun ia belum lagi bermula.
Pekara yang menggemparkan orang ramai ialah penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah tanpa Sarawak Report perlu menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepada PAS.
Lebih menggemparkan lagi adalah Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dengan megah menyatakan beliau berpuas hati dengan penyelesaian yang dicapai dan Sarawak Report tidak perlu menarik balik atau memadamkan artikel tersebut - yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno - di lamannya. Artikel tersebut masih tersiar di laman untuk bacaan umum seluruh dunia.
Tambah menakjubkan lagi ini bermakna kandungan artikel tersebut bukanlah fitnah dan adalah benar. Di mana letaknya maruah PAS dalam isu ini?
Ramai bertanya di mana maruah PAS yang menarik balik kes ini dan membenarkan artikel tersebut terus disiarkan. Anggota dan penyokong PAS pula bertanya di mana RM3 juta yang dikutip daripada mereka, kononnya untuk kes saman malu itu?
Saman pun tidak, malu masih ditanggung apabila tuduhan PAS menerima RM90 juta dari Umno terus disiarkan.
Baru saja minta sumbangan
Di waktu rakyat mengalami masalah tekanan kos sara hidup, pengorbanan besar telah di lakukan oleh mereka yang memberi sumbangan sehingga mengumpul jumlah RM3 juta.
Hanya beberapa minggu lalu seorang naib presiden PAS telah merayu daripada ahlinya untuk RM400,000 lagi bagi membiayai kes saman tersebut. Ketika itu musim permulaan sekolah dan pengorbanan besar telah mereka lakukan untuk mencukupkan permintaan sumbangan.
Sekarang mereka rasa diperdaya dan ingin penjelasan daripada pemimpin mereka. Mengapa minta sumbangan RM3 juta kalau saman itu tidak akan diteruskan?
(Bersambung)
aku rasa Hj Hadi mungkin tak ambil duit 1MDB tu...tapi selain dari Nasruddin Mat Isa ada beberapa pemimpin yg amik duit 90juta tu...mungkin kalian bole agak sape yg bedal....pokoknya Hj Hadi pun kena game dgn ank buahnya...duit punya pasal agama letak tepi...
DeleteAnon 14:46
DeleteAjing gila ni masih guna nama aku yer...
Anak haram.
Aku ..HBM
Anon 14:46...
DeleteKamu ni memang anak luar nikah.
Anon 14:46...
DeleteKamu ni beranak bawah pokok kah?
Kampung mana?
He...he...
Anon 14:46.....
DeleteAnjing Gila.
Kpd Anon yang mengguna nama HBM.
DeleteSaya masuk blog budin ini sudah 3 tahun. Anon baru yg guna nama HBM ini saya anggap sebagai berniat jahat terhadap saya dan bukan sebagai kebetulan nama.
Jadi saya ada hak untuk melawan yg saya anggap sebagai musuh walau apa cara.
Kpd kawan disini jangan anggap saya bersikap melampau.
TQ.
Saya dah perhatikan sejak dulu ada manusia disini mengguna nama berlainan dengan karektor diri mungkin orang yg sama.
DeleteSaya tak pasti samada orang ini cyber umno atau orang sakit jiwa sekadar menghabis masa harian.
HBM
Din
ReplyDeleteBerbanding cyber trooper UMNO-PAS yang kebanyakannya terbukti kurang keupayaan berfikir, mengkaji & kritis, yg menulis bersandarkan kehendak majikan yg menetapkan agenda perkauman & agama sebagai inti, yg mengabaikan tanggungjawab terhadap kesan penulisan mereka, cyber trooper PH kebanyakannya cerdik pandai, yg menulis berlandaskan fakta yg diperolehi dari sumber2 sahih dalam & luar negara.
Pra PRU14 cyber trooper PH mempunyai banyak input untuk menyerang BN, khususnya Mohd Najib Abd Razak & geng jahanamnya. Modal 1MDB, SRC, KWAP, Tabung Haji, LTAT digunakan sepenuhnya. Fakta2 kecurangan kerajaan di entiti2 tersebut tersebar luas, dipercayai dilakukan sendiri orang dalam yg sudah muak dengan kebobrokan. Dan maklumat yg disebarkan adalah SAHIH.
Media luar negara khususnya negara barat tidak akan berani menyiarkan cerita mengenai 1MDB sekiranya tiada ketulenan maklumat. Cyber trooper PH hanya mengkongsikannya, dengan menterjemah ke bahasa ibunda mereka, memadankan turutan & kaitan kes serta menviralkan di jaringan media. Mereka berani berbuat demikian kerana ilmu yg mereka ada meyakinkan mereka pengkongsian mereka adalah fakta benar.
Selepas menang PRU14, cyber trooper PH sudah kehilangan modal untuk menulis. Isu-isu kecurangan kerajaan terdahulu sudah berat dimainkan & mula memutik kebosanan di kalangan rakyat & cyber trooper sendiri. Mereka merasakan tidak beretika untuk terus menyerang BN kerana ia bukan lagi pengubal & pelaksana polisi serta bukan lagi pengurus kewangan & harta negara. Isu-isu jenayah & sivil pemimpin & penyokong BN kini adalah urusan mahkamah & masyarakat. Biar mereka diadili.
Jadi fakta apa lagi yg cyber trooper PH ada untuk menulis? 9 bulan mentadbir tidak banyak pembaharuan dilakukan. Tiada juga angka positif yg boleh dibangga. Banyak rundingan dgn pihak luar terus berada di bawah terma kerahsiaan. Malah maklumat & angka yg disebarkan kerajaan berbeda dgn yg dilaporkan pihak berkepentingan & media asing. Tindakan2 kerajaan bukan saja membangkitkan keresahan malah skeptik cyber trooper PH. Bukan namanya cyber trooper jika menyerang dokongan sendiri.
Maka sebahagian besar cyber trooper PH memilih menjadi idle, melainkan sekerat dua yg bersifat penjilat & penyembah, yg memuji-muji ke atas perkara2 asas & usaha2 kecil Menteri2. Spesis ini cerdik tetapi bernafsu tinggi.
Ada sebahagian kecil, yg merasakan apa yg mereka lakukan pra PRU sesuatu yg mensia-siakan, mula mengkritik keras kerajaan. Dan momentum cyber trooper PH mengkritik PH makin hari makin meningkat. Tidak menampakkan tanda2 ia akan perlahan.
Cyber troooer ini akan seghairah Raja Troll & cyber trooper pembangkang seandainya kerajaan terus berlagak seperti BN era 90an & awal milenium. Boleh bayangkan kesan jika dua kumpulan cyber trooper bergabung. KEBINASAAN
DeleteKamu bunyi pandai, tapi bodoh. Ha nya mengeluarkan pendapat kamu, menuduh, tarak fakta, bukti atau link, seperti dilakukan cyber troopers Najib yang dimaki nya "bangang hamjadah" di kempen Pru13 dan "KEPALA BAPAK KORANG" di kempen Pru14.
Contoh nya kamu menuduh "9 bulan mentadbir tidak banyak pembaharuan dilakukan." Jangan mintak penyokong PH memberi fakta atau bukti atau contoh. Sebab kau yang mahu pembaca percaya, tugas kau memberi nya. Ada faham? Wakaru? Comprende? Maronong? Goobladigook?
Kau tau ke apa "angka positif yg boleh dibangga" itu? Kalau tau, mengapa kau tak sebut atau beri penerangan?
Mana kau ada dengar "rundingan dgn pihak luar" terma nya tidak di rahsiakan, sehingga sampai masa nya. Kau pernah berunding begitu ker? Kau muntahkan semua yang di runding kpd media ker? Mana tak kau bodoh, cakap begitu.
Pulak nya kau marahkan Kerajaan menyebarkan maklumat & angka yg disebarkan kerajaan sebab, kepada kau, "berbeda dgn yg dilaporkan pihak berkepentingan & media asing." Tapi KEPALA BAPAK KAU (jangan marah aku hanya ikut kata2 Najib) tak keluarkan contoh pun.
Sekarang kau nak coba memikir sebagai cyber troopers PH pula bila mengata "Tindakan2 kerajaan bukan saja membangkitkan keresahan malah skeptik cyber trooper PH." Nanti kau di carut, jangan marah.
Itu pasal aku kata kau bodoh. Kau cyber trooper Umno tapi coba beri pemikiran atau perasaan PH pulak. Hamjadah kau - jangan marah, aku gunakan perkataan Najib jugak.
Nampak nya kau perlu di carut sebab asyik menuduh tanpa bukti, hingga mengnebalikkan tabiat cyber trooper Najib di sini, mengata mereka "bersifat penjilat & penyembah". Sebab yg sebodoh bodoh mana pun pembaca tahu bahawa itu ada lah sifat GENG NAJIB yang selalu dikatakan menjilat Najib disini.
Aku akan terus mentahikan kau bila kau keluar tuduhan2 atau tuntutan secara liar, tanpa fakta dan data, tanpa bukti atau contoh.
PH tubuh badan selaras gerak kerja berkaitan kerajaan
DeleteJumaat, 1 Februari 2019 8:53 PM
image: https://www.mstar.com.my/~/media/upload/2019/02/01/20/57/phtunm.ashx?w=830&h=553&crop=1
PAKATAN Harapan (PH) akan menubuhkan satu badan khas yang bertindak menyelaras semua gerak kerja berkaitan kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata kewujudan badan itu penting bagi memastikan setiap tindakan yang dilakukan kerajaan adalah tersusun dan dilihat ada ‘kebersamaan' di mata rakyat.
“Setakat ini kita dapati rakyat tidak mengetahui secukupnya apa yang dilakukan kerajaan kerana tiada penjelasan secara bersepadu dan bersama sesama kita.
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/in-art-close-icon-128x128-16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png
–– ADVERTISEMENT ––
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/unmiss-sound-button-muted-e74d67a0c85c3548f07d7564782a269c.svg
“Sebab itu, mesyuarat hari ini memutuskan satu badan khusus perlu ditubuhkan bagi menjawab segala tuduhan berkaitan PH sejak membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Jumaat.
Dr Mahathir berkata antara perkara perlu dijelaskan ialah PH dapat melaksanakan pelbagai dasar yang memberi manfaat kepada rakyat walaupun pada awalnya perkara tersebut diragui banyak pihak.
"Sebenarnya banyak kejayaan yang kita capai dan semua itu akan disenaraikan oleh badan yang akan ditubuhkan ini kelak," katanya dan menjelaskan bahawa pelbagai perkara baharu berkaitan ekonomi, politik dan sosial yang diperkenal kerajaan sebenarnya amat berjaya, namun ia tidak dapat dilihat secara mata kasar.
Berhubung Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Dr Mahathir berkata PH yakin dapat mengekalkan kerusi itu walaupun ada pihak meramalkan sokongan orang Melayu terhadap kerajaan berkurangan.
Perdana Menteri berkata isu berkaitan kegagalan menunaikan manifesto tidak memberi kesan besar, malah rakyat sedar kekangan yang ada untuk melaksanakan semua perkara yang dijanjikan.
“Sebenarnya banyak perkara dalam manifesto ditunaikan kecuali perkara yang memerlukan pindaan perlembagaan seperti mengadakan tempoh jawatan Perdana Menteri dan had umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun.
“Kita percaya rakyat tidak merasai tertekan dengan kerajaan kerana kita tidak melakukan perkara yang salah seperti terlibat rasuah, malah di mana-mana sahaja saya pergi ramai rakyat yang hadir untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan,” katanya.
Mengenai dapatan kononnya 60 peratus orang Melayu menolak PH dan Putrajaya ditadbir bukan Melayu dan beliau hanyalah boneka, Dr Mahathir berkata ia tidak benar dan menyimpang dari realiti.
“Mereka mereka-reka cerita kononnya PH ditadbir oleh DAP dan saya hanya boneka... tapi saya bukan boneka. Itulah yang dimainkan dalam kempen,” katanya.
Ditanya mengenai populariti yang kini diraih bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Mahathir berkata hal itu antara lain disebabkan dasar kerajaan yang memberikan kebebasan kepada bekas presiden Umno itu untuk bersuara.
Perdana Menteri berkata keadaan itu tidak berlaku semasa Najib berkuasa di mana individu yang ditahan pihak berkuasa dipakaikan dengan baju lokap serta dimasukkan ke penjara seperti kes Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Maria Chin.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir turut mengumumkan pelantikan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan. - BERNAMA
Zaman Pak Lah ada geng budak tingkat 4, zaman Ah Gib Gor ada geng Ahmad Mazlan, zaman Mahathir ada Tanpa Nama. Persamaan - banggangnya tahap dewa.
DeleteSudah lah tidak mahu (mampu) berfikir, mengkaji & kritis, tiada pula kemaluan meminta bukti-bukti dihadap terus ke biji matanya. Dan apabila bukti2 terang lagi nyata disumbat ke mata & telinganya, barangkali tercekik dek kebenaran, dihujah itu semuanya fitnah & auta.
Ayat2 penerangan mudah lagi kan tidak boleh hadam, apatah lagi formula2 & angka2 spesifik. Hujah & bukti asing yg lebih complicated langsung memitamkan agaknya.
Manusia sebegini berani mencabar kerana mereka bergayut halangan2 Akta Rahsia Rasmi. Samada spesis ini bodoh, bebal atau banggang, Allah lebih tahu. Rest my case.
How can u rest yr case, u haven't even made a case, stupik.
DeleteKerana kamu bodoh sangat, aku ulang, kot kamu makan berjam nak faham:
Kamu hanya keluarkan pendapat (opinions) kamu. Dalam bentuk tuduhan2. Kamu di chalen. Kalau kamu mahukan pembaca percaya, maka kamu punya keroje ler memberi bukti, fakta dsb nya kpd pendapat kamu yang aku pertikaikan itu.
Kamu ingat pembaca di sini semua nya sanggup terima tuduhan2 kamu yang takda bukti dan fakta itu bulat2 yer? Well, I've got news for you: you are damn stupid thinking so.
And damn arrogant, too. Kamu kata, "maklumat & angka yg disebarkan kerajaan berbeda dgn yg dilaporkan pihak berkepentingan & media asing." Puccimak kamu, contoh pun kamu tak kasi.
Tadi aku dah kasi warning kamu akian di carut kalau berterusan mengarut. Maka kena lah kamu apa yang dikatakan carutan bahasa Latin.
Apekenamanye tu kata, "Zaman Pak Lah ada .. budak tingkat 4".
DeleteItu Kerry Okkspod, KJ. Dia dah kata, "Najib bukan Bossku".
Nasib kamu lah yang menjilat Najib. Porak peranda pimpinan Umno sekarang.
Waah, aku disamakan dengan Kerry Okspod KJ, yang lulus Unibasiti Okspod, Englaaaand.
DeleteAku luklus hanya sekolah pondok.
Reti Bahasa Arab -
Wala takrabun Najib. Makna nya:
Dan jangan lah mendekati Najib
Di tahikan selalu, CH E AH apekenamenye yang selalu menuduh liar tanpa fakta dan bukti tosonyap.
DeleteItu ler cara nya untuk menyonyapkan dio, gamak nya.
Aku tak ahli mana2 parti tapi sokong PPBM dan PH.
Klo lah PH ada Dirty Tricks Department khas bagi membalun dan mentahikan irresponsible cyber troopers mcm Ch E AH itu, aku nak join.
Bro tanpa nama.....
DeleteMulai hari ini saya guna nama HBM bersama logo untuk identiti saya. Kpd Othaman dan bro John Doe....ini ada lah identiti saya yg baru.
Jika puak kurang ajar ini copy logo saya kpd Jenama HBM mereka....saya boleh ANGGAP PUAK INI ISTIHAR PERANG DGN SAYA.
dan MUNGKIN SAYA URUSKAN MRREKA.
SALAM BRO SEMUA.
Kengkawan semua..diharapkan agar korang dengar baik2 yeer..kalau tak sampai mati lah korang akan terus diperdayakan oleh Rejim dalam isu Serawak Report ni beb !!!!!
ReplyDeleteSarawak Report. Ini Jawapan Kepada Mereka Yang Masih Bahlol..
Kes Sarawak Report Settle Luar Mahkamah: Malu Apa Bossku!!!
Bukan sikit tu...Dua round, SR kecundang dalam kes saman di London, masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight?
SR lost Interlocutory tanpa sebarang basis yang diterima mahkamah 5-0, which means asas tuduhannya tidak berasas. Masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight?
Rafizi, King segala bukti yang konon sembang ada bukti bertahun2 pemimpin PAS terima duit 1mdb, akhirnya dedah Nasharudin Mat Isa pemimpin PAS tu.
What? Wak Nasha pemimpin PAS? Masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight?
Husam, yang konon pernah lihat dengan kedua bijik matanya bukti PAS terima duit UMNO, tak nampak kelibatnya dalam pembuktian di London. Jangan kata dia, Jin dia pun kita tak nampak. Masih ada yang kurang malu claim PAS lost the fight?
Almost 3 juta dah dibelanjakan sehingga ke tahap ini, 6 juta kos menanti, dan berjuta lagi bakal bertambah kalau mereka (SR) drag the case, dengan gantirugi yang sangat rendah buat masa ini, bakal menarik PAS kepada bebanan kewangan yang lebih tinggi.
Malah kalau berlarutan hingga PRU15, adakah kita dapat menyediakan kewangan kelak? Any other option that's better dari settle luar mahkamah?
Masih buta atau tidur untuk lihat walaupun 2 negeri diperintah oleh PAS, satu sen kos saman ini tidak dijarah dari kantung negeri. Semuanya dari usaha ahli sendiri? Kenapa pening sembang orang sana? Ada mereka derma untuk cari kebenaran?
CUBA BERTANYA KEPADA MEREKA DI SANA. Kalau disini anda tuduh terima 90 juta TANPA SEBARANG BUKTI sehingga kini, bagaimana dengan dana yang diperolehi PH dari International Republican Institute dalam PRU14?
Tidak perlu bersusah pembuktian kerana Presiden IRI Daniel Twining sendiri mengaku bekerjasama dengan PH selama 15 tahun dengan dana dari National Endowment for Democracy (NED) yang berkait dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Ni tak payah siasat, dia mengaku sendiri. Masih ada yang kurang malu claim PAS terima dedak?
Tanya DAP mengapa mereka tak berani saman Razali Abdul Rahman, bekas orang kanan Lim Guan Eng bila dituduh mendapat dana dari CIA dan Israel?
Bertahun dah kita menunggu. Masih ada yang kurang malu claim PAS terima dedak...haaah..jawab lah kalau korang handal sangat bhai!!!!
(Sambungan)
DeleteSoalan yang berlegar adalah sama ada PAS memulakan saman ke atas Sarawak Report sebelum PRU ke-14 dahulu kerana cuba menutup cerita sebenar untuk membantu PAS dan Umno menghadapi PRU.
Adakah rayuan terbaru RM400,000 sebelum PRU Camerons Highlands juga untuk meraih simpati terhadap PAS dan rakannya dari Umno BN yang kononnya di fitnah oleh pihak asing dan kafir ?
Bukankah isu utama yang ditimbulkan PAS dan Umno di Cameron Highlands adalah isu Islam-Melayu bertembung dengan kafir-bukan Melayu?
Sekarang dengan menjelangnya tarikh 1 April 2019 - tarikh sepatutnya perbicaraan kes - yang terlalu dekat, ini mungkin peluang terakhir PAS menarik balek 'gertak' saman mereka.
Kalau kes diteruskan, segala rahsia dan tembelang wang dan hubungan PAS-Umno akan terbongkar. Adakah dengan menyelesaikannya di luar mahkamah, PAS cuba menutup isu sulit tersebut daripada didedah ke seluruh dunia di mahkamah luar negara?
Bagi Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown pula, mereka masih boleh terus menyiarkan cerita mereka di laman tanpa perlu memohon maaf apa-apa pun. Pada masa sama mereka tidak perlu belanja besar lagi untuk membayar peguam.
Yang untung dan rugi
Mereka untung dan menang besar apabila boleh mengekalkan tuduhan tanpa perlu memohon maaf.
PAS pula rugi dan tercalar maruahnya kerana apa yang mereka tuduh sebagai fitnah masih tersiar untuk dibaca seluruh dunia.
Tetapi yang paling rugi dan rasa diperdaya adalah anggota dan penyokong PAS yang berkorban harta membiayai RM3 juta kos guaman untuk kes yang mungkin sudah dirancang untuk ditarik balik, kerana risiko terbongkarnya kewangan PAS dan Umno terlalu tinggi.
Dengan rakaman suara didakwa berkaitan Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengakui PAS menerima wang Umno diakui tulen, peluang untuk parti itu menang sangat tipis.
Baca: Husam: Pakar London siasat suara 'ambil duit Umno'
Baca: Nik Abduh: Fitnah, karut, mengarut
Umno pula menjadi pihak paling gembira dan untung kerana telah berjaya memerangkap PAS dalam isu itu. Mereka juga untung kerana PAS telah membantu BN untuk menang di PRK Cameron Highlands baru-baru ini.
Anggota dan penyokong PAS pula terus rugi diperkudakan Umno. Mereka mengorbankan harta dan tenaga di Cameron Highlands dan nampaknya sekali lagi di Semenyih.
Adakah tindakan PAS memfailkan saman ke atas Sarawak Report dulu benar-benar kerana maruah, atau strategi sebelum PRU ke-14?
Kenapa PAS tidak benarkan isu itu ditentukan melalui perbicaraan di mahkamah?
Geng Najib..
DeleteAku rasa kamu mempunyai nama berbeza tapi watak yang sama.
Ada kamu nak komen aku?
Wahai sobat ku dunia akhirat...aku tak nak komen apa2..cuma aku mohon kat aku agar hadamkan benda ni betul2 dalam kapla otak kau yang dah berkeladak dan berkarat tu beb...boleeeeh???
Deletekau pun tau kan....Menurut kajian Ilham Centre hanya 17 peratus orang Melayu menganggap PKR boleh bela nasib mereka, berbanding Bersatu cuma 4 peratus dan PAN 3 peratus”.
Kesimpulannya...kekalahan calon PH dari DAPigs di PRK Cameron Highlands mendedahkan kelemahan dan kegagalan Kerajaan PH yang berusia 9 bulan itu.
Kata pakar DAP Dr Ong Kian Meng, PH cuma memperolehi 9.6 peratus undi Melayu dalam PRK berkenaan.
Walaupun pimpinan PAN contohnya tidak putus-putus berhempas pulas turun berkempen untuk calon DAP, memaki hamun PAS dan Umno, tetapi ternyata mereka tidak mewakili suara Melayu Islam sebagaimana PAS dan Umno. Dan kempen mereka lebih merugikan PH.
Keupayaan jentera PAS dan Umno berkerjasama diakui ramai sebagai faktor besar kemenangan BN dan kerana itu PH perlu bimbang.
Mat Syabu umpamanya tidak perlu menyerang dan memperlekeh hubungan itu kerana terbukti dari PRK ini orang Melayu sangat menyenangi dan malah menanti-nantikan hubungan dan penyatuan dua parti politik Melayu Islam terbesar dalam negara. Siapalah PAN?
Kau tau tak..PAS mendapat 30 peratus dan Umno 27 peratus dalam penilaian orang2 melayu sebagai parti yang boleh membela dan memperjuangkan nasib melayu dan agama Islam di negara tercinta ni.
Sementara 62 peratus rakyat, khususnya kaum melayu pula percaya Kerajaan Persekutuan hari ini memang dalam cengkaman dan penguasaan DAP.
Ini menunjukkan dengan kegagalan PH menepati janji pilihan raya mereka, kegagalan menyelesaikan masalah rakyat, berterusan berbalah sesama mereka, rakyat khasnya orang Melayu semakin terhakis dan hilang keyakinan pada mereka.
Di PRK CH rakyat khususnya orang Melayu dan Asli telah bangkit bersuara.
Dengan kerjasama yang lebih mantap dan erat antara PAS dan Umno di PRK Semenyih nanti tidak mustahil PH akan terus kecundang dan tidak mustahil juga mereka akan roboh dan ranap.
Jika umat Melayu Islam mampu bersatu atas nama kesatuan ummah demi agama, bangsa dan negara tidak mustahil malapetaka pasca PRU14 yang menimpa bangsa melayu Islam akibat dari kedurjanaan DAPigs dapat padamkan dan kuasa kembali ke tangan kita.
Oleh yang demikian...hapuskan lah benci mu terhadap DS Najib , BN dan PAS kerana ..dah tentu terang2 musuh di depan mata kita ialah DAPigs, khususnya Tokong Kit Sial tu!!!!
ReplyDeleteApa yang Budin kata tak sedap pasai PH tu ha nya lah pendapat (opinion) dia. Tarak fakta, bukti atau apa.
Apa yang dia kata menghentam Umno/BN, mengetuk kepala Najib "King of Troll" itu betul belaka.
Aku dah buat kajian. Bersama Ilham Centre, Merdeka Centre, Pizi Invoke Tak Centre. Tapi depa tak mahu keluarkan fakta dan data yang aku dah dapati dari kajian aku tuh. Depa takut. Nanti meletop kemarahan Najib dan Umno BN.
Sapa lah nak ambik port dan peduli kajian syok sendiri,merapu meraban ko tu..takde klass langsung. Kalau budak2 Tadika punya kajian pun berganda2 lebih baik dan boleh dipercayai beb...
DeleteAku pun ada buat kajian pasal tahap ketidakpuasan hati orang2 kat tempat ku terhadap Tun dan Rejim haprakan...yang telah dibentangkan dalam sebuah perjumpaan khas tertutup..dan dapatan aku sebiji sama dan saling tak tumpah dengan dapatan oleh Ilham Centre, Penang Centre dan invoke.
Kini..dapatan aku tu menjadi perbualan dan perbincangan hangat di tempat aku. Senang2 nanti, aku akan upload kat blog ni.
Kesimpulan yang aku boleh kongsikan kat sini dengan kau ialah..kemarahan dan ketak puasan hati rakyat, khususnya bani melayu dari Perlis hingga ke Sabah dah hampir sampai ke kemuncaknya..kurang 5% aje lagi nak sampai maksima.
Kalau masih tak peka...dan masih "pekak" lagi kepada rasa hati rakyat ni..memang nak menempah maut dan menggali lubang kubur politik sendiri lah Tun dan Rejim haprakan ni..setuju tak sobat ku???
Salam. Lame tak join borak... Sebok skit la... Ayat klise. Tempat saya setakat ni takde ape perubahan dlm isu politik... Baik melayu, india cina sama aje. Kalau ajak borak politik, dah tak panas mcm sebelum pru. Mcm tak minat. Bila ditanya, jawapan hampir sama. Kerajaan sudah tukar, rakyat sudah menang, dari dulu tau semua janji tu cuma halwa telinga saja. Memang ade yg tak puas hati, memang ade Yg marah kerana janji, tapi satu jawapan yg konsisten. Utk beri kerajaan lama kembali berkuasa. Tidak sama sekali. Ape guna dpt brim yg 3 4 hari habis, tapi masa depan yang suka berhutang, mcm org kerja gaji bawah 3k. Tapi rumah, kereta, moto, tv semua hutang. Ambik plak pinjaman peribadi utk meniaga. Dpt duit, bisnes tah mane, hutang melambak... Rasanya baik hidup mcn org kg. Walaupun getah murah, sawit myrah, hidup kekadang tak cukup makan. Yg penting, cukup bulan takde yg kejar, bank ke, along ke. Tenang walaupun serba kekurangan... Senang cakap. Tunggu prk yg akan dtg. Tgk hasil dari pati yg dikata kencing rakyat dan juga pati pengantin baru.. Semalam bertalu talu whatup masuk pasal isu saman SR... Mcm biase. Cuma baca. Tapi tak komen ape pun.. Tak berminat dan cuma..... Pada semua kawan atau lawan. Minta maaf sekira selama ini ada Kata2 yg menyakitkan hati atau bergurau kasar. Segala silap dan salah mohon maaf dari dulu hingga kini... Termasuk menggelarkan nama2 yg tak sepatutnya, itu lah saya. Sekali lagi mohon ampun dan maaf... Sekian semekom...
ReplyDeleteBudin kata, "Di ketuai oleh Najib Razak yang dikenali sebagai Raja Troll dan penggiat media sosial lainnya yang aktif dan agresif itu, mereka kini secara umumnya sedang menguasai pemikiran rakyat .."
ReplyDeleteIni juga ha nya pendapat (personal opinion) si Budin. Tapi aku tidak akan mencarut nya sebab dia memberi penerangan panjang lebar.
Raja Troll dan pengikut2nya "aktif dan agresif" di media troll tidak bermakna mereka "sedang menguasai pemikiran rakyat". Itu hanya persepsi Budin.
Aku sebenarnya tak payah panjang lebar menyangkal persepsi itu. Persepsi manusia selalu nya berbeza.
Najib Raja Troll.
ReplyDeleteAku Maharaja Troll.
One up.
Namanyapun baru 8 bln perintah inche budin hoi...apa yg dpt bnyk dilakukan oleh kerajaan..sedangkan 60 thn beend perintahpun bnyk kelemahannya dn seringkali pula buat u turn. apalagi ph
ReplyDeleteyg tiada langsung pwngalaman mentadbir negara.
Lebih baik menteri serta pegawai2nya menumpukann usaha dn pemikiran mrk menambah baik urusan pentadbiran negara. Saya percaya sepanjang thn ini akn ada pengumuman2 penting yg berkaitan dgn janji2 manifesto yg akn menggembirakan rakyat terutama Malayu . Ingat mentadbirnegara ni bkn mcm mentadbir sekolah pondok bossku..perlu perancangan teliti dn jitu utk dptkan hasil yg lumayan jangkamasa pnjng.
Menteri tak masuk duit rasuah tender tidak diberi kepada parti harapan fitnah isu perkauman dan banyak lagi tapi Allah amat mengetahui sebab itu dia pilih tun m jadi perdana menteri percayalah kepada Allah. Allah bukan manusia.
ReplyDeletesetuju, nampak laskar maya PH lemau dalam menangkis serangan..ikut gaya gini, rakyat akan mudah termakan cerita pembangkang dan menang pru15
ReplyDeletePromo www.Fanspoker.com :
ReplyDelete- Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
- Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
- Bonus Referal 20% Seumur Hidup
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
WOW Keren nie artikelnya
ReplyDeleteSambil baca artikel ini, Aku numpang promosi deh !
HANYA DI KENARI POKER BANYAK BONUSNYA BOSSKU
Bonus Welcome Untuk New Member:
- Bagi deposit Rp.10,000 - Rp.14,999 Bonus Rp.5.000
- Bagi deposit Rp.15,000 - Rp.24,999 Bonus Rp.10.000
- Bagi deposit Rp.25,000 - Rp.49,999 Bonus Rp.15.000
- Bagi deposit Rp.50,000 - Rp.99,999 Bonus Rp.20.000
- Bagi deposit Rp.100,000 ke atas Bonus Rp.25.000
- Bonus next deposit 5% untuk deposit Rp.50.000
REAL PLAYER VS PLAYER !!!
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
ReplyDeletedicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :)
that’s awesome.
ReplyDeleteทางเข้าballstep2
ทางเข้าballstep2
ทางเข้าballstep2
Thank you for sharing such a brilliant article.
ReplyDeleteทางเข้าballstep2
ทางเข้าballstep2
ทางเข้าballstep2