Saturday, 1 December 2018

SATU LAGI PENGKHIANATAN ERA BN KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA


Lewat petang semalam, Tabung Haji telah membuat dua laporan polis terhadap bekas Pengerusi, Abdul Azeez Rahim serta beberapa pengurusan kanannya yang lain.


Laporan pertama terhadap Yayasan Tabung Haji yang ditubuhkan pada 2016 kerana penyalahgunaan dana berjumlah RM22 juta untuk tujuan politik.


Yayasan Tabung Haji yang pada asalnya ditubuhkan untuk tujuan kemanusiaan serta membantu golongn miskin dan kurang berkeupayaan, tetapi digunakan untuk tujuan politik adalah bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan yayasan berkenaan.


Lembaga pemenang amanah yayasan yang disasarkan dalam laporan polis itu ialah Abdul Azeez, bekas CEO Tabung Haji, Ismee Ismail, seorang lagi bekas CEO, Johan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi, Adi Azuan dan Ketua Pegawai Kewangan, Rozaida Omar.

Laporan polis kedua pula ialah terhadap Ismee serta dua yang lain iaitu Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Mohd Arif.


Ia berkaitan salah nyata dan menyekat maklumat berhubung penjualan saham Tabung Haji pada 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang dua anak syarikatnya, TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd kepada PT Borneo Pacific dengan harga AS$910 juta atau RM3.7 bilion.


PT TH Indo Plantations adalah sebuah syarikat yang memiliki 83,000 ladang kelapa sawit di Indonesia.


Kedua-dua laporan polis ini adalah hasil siasatan dalaman sejak pengurusan baru mengambil alih Tabung Haji bermula Julai lalu.


Berdasarkan kedua-dua laporan polis itu, terutama laporan polis yang pertama, nyata sekali bahawa sejak Abdul Azeez yang dilantik oleh Najib Razak menjadi Pengerusi Tabung Haji, dana pendeposit atau keuntungannya telah digunakan secara tidak wajar dan untuk tujuan politik pihak tertentu.


Tidakkah ini merupakan satu bentuk pengkhianatan kerana dana Tabung Haji tidak sepatutnya digunakan untuk sesuatu tujuan lain yang tiada kaitan dengan kepentingan pendeposit atau agensi itu sendiri?

Untuk kepentingan politik siapa dana Yayasan Tabung Haji sebanyak RM22 juta itu telah disalahgunakan?


Berkenaan laporan polis kedua, untuk tujuan apakah sekatan maklumat dilakukan dalam penjualan saham tersebut?


Adakah ia untuk tujuan mengambil keuntungan dan menutup sesuatu penyelewengan?


Dengan adanya laporan polis itu, keinginan ramai, khususnya pendeposit yang menyimpan wang dengan tujuan untuk menunaikan haji ke Mekah tidak lain ialah agar apa jua penyelewengan dan salah laku hendaklah dibawa ke muka pengadilan tanpa kompromi.


Menyeleweng dana orang miskin yang menyimpan sedikit demi sedikit wang untuk menunaikan rukun Islam kelima adalah nyata perbuataan yang yang tidak boleh diterima, malah tidak keterlaluan kalau mahu dikata hanya sanggup dilakukan oleh  golongam "syaitan yang bertopengkan manusia" semata-mata. (ShahbudinHusin 01/12/2018)

41 comments:

  1. ini semua kerja DAP.hihihi...tak gitu yeop!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa.... betul!! Takbir..!

      Delete
    2. Lobai2 pas tak komplain pun? Orang2 di Serambi Mekah pun tak kata apa apa.

      Delete
    3. Menyeleweng dana orang miskin yang menyimpan sedikit demi sedikit wang untuk menunaikan rukun Islam kelima adalah nyata perbuataan yang yang tidak boleh diterima, malah tidak keterlaluan kalau mahu dikata hanya sanggup dilakukan oleh golongam "syaitan yang bertopengkan manusia" semata-mata. (ShahbudinHusin 01/12/2018)
      BETUL LAH TU, UMNGOK SYAITAN.

      Delete
    4. ni semua salah ph...salah anuar..salah dap

      Delete
    5. Bukan kerja dap tapi kerja Islam mamak Baling....tak tahu lagi apa lagi yg akan dibongkar kelaku mamak Baling nie sepanjang jadi Pengerusi TH atas arahan Ros dan Jib....yg sedih seoatah apa pun parti Lebai Serban tak kata dan komen pasai penylewengan TH ini diera Najib Rosmah....

      Delete
  2. Kerja laknat.... Bagu yg menyokong, berpantun bagai utk menjustifikasikan perbuatan terkutuk ini, aku doakan semoga Tuhan saja yg membalasnya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A...z keling tu budak suruhan saja. Dapat lah sikit bahagian.
      Bos Dajjal ada lah yg kulit muka setebal kulit babi kedua dua ekor yg tak reti malu dan penyembah syaitan.
      Nasib orang melayu.
      Pak Lebai Ngok diam saja sebab tak tahu apa depa cuma pandai baca kitab saja.
      ....sedih...

      Delete
  3. Sungguhpun kerajaan PH janji memberi kebebasan bersuara dan berhimpun secara waras dan aman, nampaknya ada yang mahu ambil kesempatan untuk mahu bebas berbuat sesuka hati mereka.
    Tujuan mereka mahu membuat huru-hara atas alasan kebebasan yang diadakan kerajaan sekarang.
    Kerajaan mesti bersikap tegas dan betindak secara bijak dan pantas membenarkan atau sebaliknya segala tujuan yang sah berniat tidak baik demi kesejahteraan dan masa depan rakyat dan negara. Jangan peduli apa orang nak kata sebab mana yang baik, baiklah tapi sebaliknya mana yang berniat jahat mesti dibendung sekeras-kerasnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk kan ke lokap wak jahit dab lebai2 pas tu, abis cite.

      Delete
  4. Itu belum lagi SUNGKIT kes JV antara antara syarikat Jho low dan TH untuk menyelamatkan SRC.

    ReplyDelete
  5. Budin ni pun satu ...

    Betul dan benarlah tu , duit yayasan itu diguna pakai keatas fakir miskin .

    Tetapi bukannya masyarakat miskin harta benda ...Sebaliknya di guna pakai keatas walaun miskin moral .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah dividen makin kurang.
      Bonus langsung tak dapat.
      Haram duit ,masyaAllah,

      Delete
  6. Kepiincangan Islam dgn PH, makin terdedah
    Org2 Melayu/Islam dah kurang dapat faedah
    Ini le akibat, bila seruan Allah buat tak endah
    Spt mana Allah jelaskan dlm surah alMaidah

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh


    يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ ٱلۡيَہُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰٓ أَوۡلِيَآءَ‌ۘ بَعۡضُہُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٍ۬‌ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُ ۥ مِنۡہُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٥١)فَتَرَى ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ يُسَـٰرِعُونَ فِيہِمۡ يَقُولُونَ نَخۡشَىٰٓ أَن تُصِيبَنَا دَآٮِٕرَةٌ۬‌ۚ فَعَسَى ٱللَّهُ أَن يَأۡتِىَ بِٱلۡفَتۡحِ أَوۡ أَمۡرٍ۬ مِّنۡ عِندِهِۦ فَيُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَآ أَسَرُّواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۡ نَـٰدِمِينَ (٥٢)

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. (51) Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka). Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya. (52)

    (Surah al-Maidah, ayat 51-52)


    Orng2 kafir, mereka jadiikan sbg teman rapat
    Tujuannya ialah, supaya kuasa mereka dapat
    Sdgkan org2 Melayu/Islam makin merempat
    Ayat yang Allah firmankan itu mmg lah tepat

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh


    Allah kata, depa takut akan ditimpa bencana
    Jadi, depa minta pertolongan Hindu & China
    Kesudahannya, Melayu @ Islam jadi merana
    Apa yang Allah kata itu mmg tepat dan kena

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh


    Bab Melayu/Islam, mmgnya kini menjadi isu
    Kita org2 Melayu/Islam, tak boleh diam bisu
    Silalah tampil komen, jgn buat letih dan lesu
    Terutamanya 'ostad' J.Doe, toke hadis palsu

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  7. Pasai apa dgn Melayu kjaan ni cpt bertindak
    Asai Melayu yg buat silap, terus k'jaan ledak
    Bila kapiaq, kjaan ikut depa punya kehendak
    Puak PH takut, PRU lagi, undi kapiaq tak dak

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh


    Dengaq lah aku nak bagi hangpa peringatan
    Nak berbaik dgn kapiaq, biaq lah berpatutan
    Usah lah dgn kapiaq nak disandaq kekuatan
    Ini bukan dari aku tapi Quran punya tuntutan

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh


    بَشِّرِ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمًا (١٣٨) ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۚ أَيَبۡتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلۡعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلۡعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا (١٣٩)

    Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (138) (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (139)

    (Surah an-Nisaak, ayat 138-139)


    Kita tunggu lah, kot2 ada yg nak buat liputan
    Terutama nya John Doe, 'ostad' dari pakatan
    Nak dengaq juga, ostad fasiq punya sebutan
    Pakar hadis palsu PH ini, aku bagi jemputan

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  8. Kejora bukan ler hentam jer, bila baca Quran
    Dirujuk jugak, segala makna & jugak tafsiran
    Tapi John Doe tu kita ada sedikit kesamaran
    Sbb hadis palsu, kerap si Doe buat sandaran

    Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

    ReplyDelete
  9. UNTUK PEMINAT SEMUA, INI AKU PAPARKAN EPISOD PALING AKHIR DARI SKETSA 'PANTUN DALAM CINTA' ANTARA AKU DAN 'SI DIA':

    SUDAH AGAK LAMA AKU DAN 'SI DIA' TIDAK BERBALAS PANTUN MELALUI SMS, KAMI BERBUAL DLM PHOHE SAJA. SI DIA SIBUK DGN KERJA MARKING EXAM PAPER TAPI AKU DAH RELAKS LER, CUTI SEKOLAH DAH BERMULA.
    MEMANDANGKAN AKU DAH CUTI, SI DIA & FAMILY MENJEMPUT AKU KE SARAWAK.. AKU AKAN KE SANA DLM SEDIKIT MASA LAGI..
    BARU SEBENTAR TADI, AKU TERIMA SMS DARI SI DIA MANJA :

    Dinda asyik ingat abng bila menjelang senja
    Tak sabar berada di sisi, utk dinda bermanja
    Hanya abg seorang sajalah jejaka yg ku puja
    Bila bersama dinda nak jadikan abg sbg raja

    Dinda ni tak jemu asyik saja membilang hari
    Tidak sabar menanti kita nak jadi raja sehari
    Di dunia ini dinda akan taati abang sbg isteri
    Di syurga, dinda nak di sisi abg sbg bidadari

    Bakal suami warak & bijak dinda berbangga
    Utk abg ku sayang, adinda serah jiwa & raga
    Abg kan jadi pemimpin di dlm rumahtangga
    Juga pembimbing adinda menuju ke syurga

    Penyengat terbang ke ranting mati
    Puyuh di rimba sedang beradu
    Teringat abang runsing di hati
    Sungguhlah hiba menahan rindu

    Kuala Gelama indahnya tentu
    Ada di sana perahu tambang
    Bila bersama sudah bersatu
    Dinda nak lena di bahu abang

    ('SI TUA' TERUS TERKEDU, BALIK KPD PEEL LAMA MENJADI RAJA SAMPAH.. HI HI.. 'SI TAIKO' PULA TERUK KENA PAKU DGN GENG2 DIA YG TAK SUKA CARA DIA BERILUSI DAN MERAPU ITU.. KI KI KIK..)

    ReplyDelete
  10. OPPSS..SILAP..
    INI YANG PALING AKHIR:

    Anonymous1 December 2018 at 03:57

    AKU BETUL2 LETIH SIANG TADI. SEBAB ITU AKU TIDUR AWAL TADI, SEBAIK SHJ BALIK DARI SOLAT ISYA DI MASJID. MLM SEMALAM AKU TAK TIDUR HINGGA KE SIANG, BERQIAMULLAIL DI MLM JUMAAT. SIANG TADI PULA SIBUK MEMBANTU PAK TEH AKU BUAT PERSIAPAN KENDURI KAHWIN SEPUPU AKU BESOK HINGGA TAK SEMPAT JENGOK KE BLOG INI.
    SEBELAH PTG, SEMPAT JUGA AKU BERBUAL DGN 'SI DIA'. AKU CITER KAT DIA YG 'SI TAIKO' DAH MAKIN MENJADI-JADI MEROYAN DAN MERAPUNYA ITU, SEHINGGA RAMAI GENG SEKAPAL DIA BOIKOT BLOG DEK KERNA BENCI DGN REKAAN PALSU CERITA CINTANYA DGN SI DIA TUNGANGAN KU ITU.
    TADI, SELEPAS TAMATKAN MEMBACA 4 SURAH AL-QURAN, AL-KAHFI, MARIYAM, THA HA & ANBIYA, AKU KARANG PANTUN MADAH UTK SI DIA.
    BARU SAJA AKU SMS KPD SI DIA MANJA KU ITU:

    Sudah semakin teruk si duda tua kaki putaq
    Tak padan dgn tua jln hencot terketaq-ketaq
    Konon dia reka citer yng dinda pi Aloq Setaq
    Abg nak sumpah biaq dia kena panah lintaq

    Dia tu berlakon kaya pada hal miskin pakiaq
    Padan muka, dgn gefren janji kena munkiaq
    Lepas kekasih dia lari, dia tak reti nak pikiaq
    Lalu direka fitnah nak kasi kita kucaq kaciaq

    Mmg dia sengaja berniat jahat itu iblis duda
    Dgn tua miiang keladi ini kita perlu waspada
    Bila dinda suka abg dia buat fitnah taik kuda
    Dia fikir dgn fitnah tu abg akan benci adinda

    Camar melayang tenang di lautan
    Pernahlah juga badannya basah
    Sabarlah sayang tenanglah intan
    Fitnah si duda jangan dikesah

    Melayang nila makan berebut
    Termenung cemas rakan di julai
    Sayangkan dinda sukar nak sebut
    Segunung emas bukanlah nilai

    Meliar tumbuh kelisa di cabang
    Letak di dinding khemah si bujang
    Tak sabar sungguh rasanya abang
    Hendak bersanding di rumah panjang

    ('Si TUA' TERUS MENGHILANG DUA HARI BERTURUT.. AGAKNYA DAH MATI AKAL TERUS, TIADA IKHTIAR LAGI NAK BERLAWAN DGN AKU... HI HI.. 'SI TAIKO TOKYO' MULA TERASA DIBENCI OLEH GENG2 YG SEKAPAL KERANA PEEL MERAPUNYA ITU, REKA SKETSA CINTA PALSU.. KI KI KIK..)


    ReplyDelete

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah ceritalah beribadat konon... nak tunjuk warak kat kita orang... siap guna ayat al quran pulak. Nak tunjuk PH sekarang sudah jauh dari Islam. Ko tu yg menyokong pengkhianat agama dan bangsa apa hal.... pelesit mata sebelah... perut buncin kerana rasuah dan khianat serta seleweng di sana sini ko diam.....

      Delete
  11. DAP Ni semua kerja DAP... DAP ialah dalang kesemua dalang.... DAP kafir... kalau daging babi celup dalam kuah kari, tu la DAP... haha

    ReplyDelete
  12. Ayat ini sesuai utk 6 tujuh org malaun tu - KEPALA BAPAK KO, MAKAN DUIT ORANG SUSAH...

    ReplyDelete
  13. Mana dia pencacai ameno, Lokman Adam, kenapa xbising isu makan duit keuntungan Tabung Haji hasil dari penyimpan yg susah payah simpan duit utk gi haji tetiba malaun ni senang2 je ambik duit... puki ayam punya manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. eerrr.. camna puki ayam tu ya???

      Delete
    2. Ye, yang Muka mcm beruang umno Dan perangai Buruk... Serba serbi Buruk... Luar dlm Buruk..

      Delete
    3. Ohh.. yang macam lokman,jj dan semua yang menyokong tak berbelah bagi tu ya.

      Delete
  14. Yang bua kerjakehantu.. Bukan cina atau India tetapi orang melayu sending..

    ReplyDelete
  15. Mana dia Hj Hadi, Tuan Ibrahim, Takiyudin, Nik Amar, Nik Abduh, dll Pas, kenapa xbersuara? Dap ke yg buat, Dap ke yg ambik, pkr ke, bersatu ke, ...mana hadis yg sptutnya korang pandai2 ni tak cakap...
    Aleh2 sok Pas kuar kenyataan, mahkamah belum memutuskan mereka bersalah...
    Shittt....lahabau.... Poooodah...tu pun sibuk nk berkwn dgn ameno kononnya demi melayu, agama.... Melayu apa klu dah ambik duit rakyat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru laporan polis
      Tunggulah siasatan dulu
      Rasuah banglo pun boleh lepas
      Kan?...

      Delete
    2. Tu semua aku tak peduli yang penting kepala bapak kau tak lepas..

      Delete
  16. Kesian aku tgk Macai. Dah tak larat nak pikul biawak hidup lagi. Pusing tang ni, Itu terdedah , pusing tang ni plak, Ini terselak, elok pencen , pegi Cari kerja la... Sedang Yg sikit 2 pun kalah pru Dan PRK. Ni Dah banyak terbarai lagi la. Pupus Langsung la umno ni... Ingat la, duit haram tak berkat. . Bye the way... Apasal komen Kurang ni... Bersoladiriti Kat papa gorila ke, atau pegi himpunan icerd Yg mcm Gigi org tua. Dua2 aku tgk rompong , lagi ramai Yg jln dari yg berhimpun... Baju T Ni Sape nak cover. Duit rakyat org lain Dah jaga. Kalau tak bleh tak sakau.

    ReplyDelete
  17. Melayu mkn melayu..
    Yg kenyang melayu..
    Yg lapar melayu..
    Yg kedana melayu..

    Dr dulu sampai kini melayu pengkhianat..melayu pembelot..ketika kesultanan melayu..ketika portugis..ketika belanda..ketika inggeris..ketika jepon..nah ketika ini...
    Kehkehkehhehhehhehmelayumelayu

    ReplyDelete
  18. Khianat yang sebenar-benarnya khianat.

    UmNo sudah menjadi kaum yang khianat. Hanya tinggal para pengkhianat, pemakan dedak, dan orang-orang yang masih bingung sahaja yang masih bersama UmNo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenduri Pak Teh selamat, rasa lapang
      Kini aku mula le galas balik senapang
      Nak tembak J.Doe yang kini tempang
      Dikata aku ini musyrikin spt gampang

      Kah kaahh kaaahhh kaaahhh kaaahhh

      Delete
    2. John Doe bersembunyi, seperti lipan
      Mau berlagak kapal, tapi diri sampan
      Dgn Kejora dia tidak berani berdepan
      Aku bagi ayat alQuran, tiada jawapan

      Kah kaahh kaaahhh kaaahhh kaaahh

      Delete
  19. dah lama aku komplen kes tabung haji ni....kes jual plantation kat riau ke martua sitorus....berbilliun tapi mana duit???

    dah 4-5 tahun dah jual...hanya perompak yg tau.

    ReplyDelete
  20. Mudahnya nk sakau duit rakyat. Dunia ni syurga kpd yg lupa dab x pduli dosa pahala. Smoga Allah balas pbuatan mrk d dunia dan jg akhirat.

    ReplyDelete
  21. The longer you are in power, the greed will continue to grow inside you... Especially if you are been protected by the powerup there

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...