Sunday, 16 September 2018

ANWAR SEPATUTNYA DIBERI KEMENANGAN YANG SELESA DI PORT DICKSON, TAPI....


Entah mengapa, malah semacam  tiba-tiba, sentimen berkaitan pilihanraya kecil Port Dickson yang tujuannya mahu meletakkan semula Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen, telah berubah menjadi bercabang-cabang dan tidak seperti yang diharapkan.


Terikat dengan janji bahawa Anwar telah dipersetujui untuk menggantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8, pilihanraya kecil Port Dickson sepatutnya disambut dengan rasa gembira oleh semua pihak dalam Pakatan Harapan.


Setidak-tidaknya, dengan Anwar sudah bergelar Ahli Parlimen, jika apa-apa terjadi kepada Tun Mahathir, soal pengganti Perdana Menteri tidak lagi menjadi masalah kepada gabungan itu.


Berbanding Anwar tidak bergelar Ahli Parlimen dan kalau tiba-tiba secara tidak semena-mena berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Tun Mahathir, sudah tentu akan berlaku sedikit kekalutan dalam soal menentukan siapa yang mahu diletakkan sebagai penggantinya.


Apakah ketika itu Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri atau terus mengambil alih jawatan Perdana Menteri?


Sebab itu, bagi Pakatan Harapan seluruhnya, Langkah Port Dickson ini harus diterima dan dihadapi dengan satu sentimen dan komitmen yang jelas iaitu menjamin kemenangan yang selesa buat Anwar.


Hanya dengan kemenangan selesa kepada Anwar saja dapat meredakan segala keributan dan syak wasangka berkaitan Pakatan Harapan dan juga tentang hubungan Presiden PKR itu dengan Tun Mahathir.


Selebihnya, kemenangan selesa itu, menuruti kemenangan dalam tiga pilihanraya kecil sebelum ini, adalah ubat paling mujarab untuk terus mendiamkan UMNO dan Pas daripada berterusan berpencak yang bertujuan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan.


Bayangkan betapa meraknya tocang UMNO dan Pas jika di Port Dickson ini, Anwar hanya menang tipis atau lebih parah, kalau ditimpa kekalahan?


Oleh yang demikian, demi kestabilan, kekukuhan dan terus memudahkan Tun Mahathir dalam mentadbir negara, tiada pilihan selain memastikan kemenangan selesa serta bergaya buat Anwar di Port Dickson.


Namun, di sebalik itu, sentimen lain yang wujud kebelakangan ini jelas tidak berapa sedap kedengaran di mana terdapat suara-suara di kalangan penyokong Pakatan Harapan sendiri yang lebih suka melihat agar Anwar tidak menang di Port Dickson.


Alasan yang ditampilkan ialah Anwar dilihat begitu tergesa-gesa mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri, meskipun Tun Mahathir sudah membayangkan hanya akan memegang jawatan itu selama dua tahun saja.


Mereka berhujah, mengapa tidak Anwar kembali sebagai Ahli Parlimen setelah setahun atau setahun setengah Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri?


Kenapa hanya baru empat bulan Tun Mahathir jadi Perdana Menteri dan masih dalam bertungkus lumus hendak memulihkan negara, Anwar tiba-tiba sudah mahu jadi Ahli Parlimen?


Apakah beliau masih meragui janji Tun Mahathir dan tidak mempercayai konsensus Pakatan Harapan mengenai kedudukannya sebagai Perdana Menteri ke-8?


Lagi pula, untuk apa Anwar tergesa-gesa hendak masuk ke Parlimen, sedangkan isterinya sudah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan anaknya, Nurul Izzah turut merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh?


Selain itu, mengapa Anwar memilih Port Dickson dan tidak Pandan atau Permatang Pauh yang kini diwakili oleh isteri dan anaknya tidak kurang menjadi persoalan ramai.


Kata mereka yang berhujah, jika benar Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan meletakkan jawatan sebaik Anwar menjadi Perdana Menteri, bukankah lebih baik beliau bertanding di kawasan Pandan yang sekarang diwakili isterinya itu?


Tidak kurang yang mempersoalkan di mana janji Anwar sebaik keluar penjara dan diberi pengampunan sebelum ini yang mahu menghabiskan sekurang-kurangnya dua tahun untuk bercuti dan memberi syarahan di universiti-universiti luar negara?


Berdasarkan semua alasan itu, ramai yang berhujah bahawa lebih baik Anwar kalah dalam pilihanraya kecil Port Dickson dan kemudian boleh kembali sebagai Ahli Parlimen dalam PRU15 pada tahun 2023 akan datang.


Ia bahkan dikatakan selain untuk memberi pengajaran kepada Anwar yang dilihat tidak sabar dan mementingkan diri sendiri, turut memberi ruang yang cukup selesa kepada Tun Mahathir dan kabinet sedia ada menyelesaikan pelbagai permasalahan negara yang ditinggalkan oleh Najib Razak.


Apa pun, sementara tarikh penamaan calon dan pengundian belum ditetapkan lagi dan tempoh bertenang masih ada lebih kurang 60 hari daripada sekarang, Pakatan Harapan dan PKR khususnya, harus menguruskan sentimen penolakan itu dengan sebaik-baiknya.


Apatah lagi, sentimen itu melibatkan nama-nama yang dikenali ramai seperti S Ambiga, bekas Pengerusi Bersih, selain Langkah Port Dickson juga dikatakan hanya cetusan kehendak Rafizi Ramli dan tidak dibincangkan dalam Biro Politik PKR.


Sentimen itu, kalau tidak diuruskan dengan baik dan kemudian berkembang dengan meluas di media-media sosial, ia tidak mustahil akan memberi kesulitan kepada langkah Anwar untuk mencapai kemenangan di Port Dickson.


Bahayanya jika Anwar kalah di Port Dickson ialah ia tidak saja akan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan, malah sama seperti menghadiahkan ufti kemenangan kepada pihak lawan iaitu UMNO dan Pas.


Apakah itu lebih baik? (ShahbudinHusin 16/09/2018).

34 comments:

  1. Fuuuuh...Memang makin finin lah putar belit politik Msia ni, ingatkan DSAI dah boleh tidurlena setiap malam......

    Tapi yang kita semua masih tak pasti ialah..ada ke DSAI ni berpeluang untuk menang kat PRK PD tu??? Iye lah, kalau tengok sekarang ni kartel Azmin, PATRIOT , Bersatu dan DAP pun dah ada ura2 nak sabotaj DSAI tu. Kita dah tentu boleh agak sapa yang jadi dalang utama kat belakang depa semua..dah tentu lah .....!!!!!!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Abah sokong PH utk 2 thn sj.

      Delete

    2. DIA MULA MASUK SINI DENGAN MENYAKITKAN HATI PEMBACA, DIA PERLU DI MAKI DALAM BHASA LATIN - PUCCIMAK DIA.

      yenggedey valikopo = LEBAI MODEN = CAPTAIN MALAYSIA = PEROSAK MALAYSIA = GENG NAJIB = JUSTICE LEAGUE = DLL

      CAPTAIN MALAYSIA DLL PENJILAT NAJIB

      NAJIB = UMNO = 1MDB = CURI RM2.6 BILLION DUIT RAKYAT = RASUAH RM90 MILLION KPD YOU KNOW WHO = KLEPTOKRAT = SONGLAP RM16 BILLION DUIT CUKAI HILANG = LAYAN UEC = ANTI BM = ANTI MELAYU & ANTI-ISLAM = ANTI EVANGELIST = SYIAH

      = JUAL TANAH KPD PUAK CHINA KOMINIS, BENARKAN FOREST CITY PROSPEK BERJUTA RAKYAT CHINA MASUK JADI PENDUDUK TETAP SELEPAS 12 TAHUN BOLEH MOHON KERAKYATAN = BENARKAN TEMBOK BESAR CHINA DI KUANTAN (COMMUNIST CHINA INSIDE MALAYSIA) = JEJASKAN MARUAH DAN KEDAULATAN BANGSA DAN NEGARA = EXTREMIST = TERORIST = PINDA AKTA KESELAMATAN NAK KUASA ISTIHARKAN DHARURAT BILA KALAH PRU14 =

      = SUBAHAT KUASA ASING PANGGIL CIA BILA NAK KALAH PRU14 = DERHAKA KPD BANGSA & NEGARA = MASUK PENJARA 10-20 TAHUN SELEPAS BICARA 7 TUDUHAN YANG SEKARANG SUDAH ADA DI MAHKAMAH =

      WHAT HE CAN DO (EQUATING STYLE), WE CAN DO BETTER

      Delete
    3. UNTUK MAKLUMAN PEMBACA YANG TIDAK MASUK BLOG INI SELALU:

      Yang pakai berbagai nama seperti GENG NAJIB, Kejora, justice league, lebaimodern, KEPTENMALAYSIA dan lain lain itu ia lah petugas Umno yang dijangka bekerja di Umno Dirty Tricks Departmnt (DTD), dibayar gaji cara biasa atau berdasarkan berapa banyak komen dimasukkan nya ke sini.

      Dia masuk siang dan malam, tak kira pukul berapa, ada masa nampak seperti dia tidur ha nya 3-4 jam sehari sahaja.

      Tujuan nya ia lah seperti diarah Umno DTD: propaganda, misinformation, disinformation, twists, spins, sabotaj, dan apa sahaja yang boleh menjatuhkan imej PH, menaikkan imej UMNO/BN.

      Cara2 nya termasuk mengcewakan (frustrate), menyakitkan hati pembaca dengan mengkopipes apa saja, laporan2 yang panjang lebar, sebanyak mana yang boleh, untuk mencapai tujuan itu. Maka diletakkan nya komen2 dan/atau kopipes tersebut sebagai jawapan kepada setiap komen pro-PH. Biasa nya, tidak berkaitan dengan tajuk pos atau komen2 pro-PH itu.

      Cara bagi meng”counter” nya ia lah dengan “giving him a taste of his own medicine ” – mengkopipes apa saja yang membusukkan Najib, Umno, BN dan seperti nya. Dan menaikkan imej Pakatan Harapan. Dengan itu, juga memaklomkan kpd pembaca apa2 yang mungkin belom mereka terbaca.
      @@@

      Bila bendaklah yang menggunakan nama GENG NAJIB, justice league dll itu masukkan kopipes hingga seminit tiap satu, maka nampak lah dia gunakan cara Internet Bots atau Robot. Definasi nya ada di komen berikut ini.

      Siapa yang ada masa melayan nya, sila lah. Kalau tidak, biorkan aje, boikot dia. Siapa yang sebut sahaja nama dia, tentu akan menyebabkan dia masuk. Jenis keras kepala, jenis kejarkan bayaran bagi komen2 dia dari Umno DTD.

      Bila dia masuk, letih lah kita mengscroll atas bawah. Ada masa kita bosan, tak dapat ikut perbincangan diantara kita, peserta pro-PH diblog ini. Bila itu berlaku, menang lah dia, tercapai lah sebahagian dari tujuan Umno DTD. Jadi, bergantung lah diatas sesiapa yang mahu melayan nya.

      Melayan dia sudah tentu membikin dia masuk dengan lebih banyak kopipes lagi. Gamak nya membunyikan alarm dilaptop nya yang dia kaitkan dengan komen2 kita yang menyebut dia.

      Saya boikot dia. Ha nya sesekali menjawab, bila yang dikomen atau dikopipes nya nampak bodoh sangat, mahu tunjukkan pembaca bahawa dia mengarut. Tak salah meng-counter comment. Tapi dia mengarut.

      INTERNET BOTS

      An Internet Bot, also known as web robot, WWW robot or simply -bot-, is a software application that runs automated tasks (scripts) over the Internet. Typically, bots perform tasks that are both simple and structurally repetitive, at a much higher rate than would be possible for a human alone.

      It is software that performs an automated task over the Internet. More specifically, a bot is an automated application used to perform simple and repetitive tasks that would be time-consuming, mundane or impossible for a human to perform
      Bots can be used for productive tasks, but they are also frequently used for malicious purposes.

      The term "bot" comes from robot. An Internet bot may also be known as a Web robot or WWW robot.

      https://www.techopedia.com/definition/24063/internet-bot

      Delete

    4. DIA SUDAH KENA TANGKAP RED HANDED MENGGUNA MULTIPLE NICS, saperti dibuktikan berikut:

      Kopipes2 berikut ditarikh yang sama, dimasa yang berbeza 1,2,3 minit sahaja, menunjukkan dimasukkan orang yang sama tapi menggunakan nama yang berlainan:

      GENG NAJIB13 July 2018 at 08:08
      Apa citer pulak ni..

      lebaimodern13 July 2018 at 08:12
      APA HEBAT NYA BANGSA MELAYU

      lebaimodern13 July 2018 at 08:13
      APA HEBATNYA HUDUD

      lebaimodern13 July 2018 at 08:15
      KENAPA SISTEM BERAJA PERLU DIPERTAHANKAN

      GENG NAJIB13 July 2018 at 08:17
      Dulu masa era Reformasi

      lebaimodern13 July 2018 at 08:23
      KENAPA INSTITUSI ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN

      lebaimodern13 July 2018 at 08:27
      APA ERTINYA ANDA MENGAKU MUSLIM

      lebaimodern13 July 2018 at 08:28
      APA ERTINYA ANDA MENGAKU SEORANG BERIMAN

      lebaimodern13 July 2018 at 08:31
      APA HEBATNYA ALQURAN

      Bodoh nya dia - tunjukkan pattern pulak dengan beberapa perkataan permulaan kopipes tu saperti

      "Apa citer .. APA HEBATNYA .. APA ERTINYA .."

      Apa saja dibuat nate' yang dibayar Umno Dirty Tricks Dept nih. Untuk mempropaganda Najib/Umno, sabotaj PH, dll.

      KEPALA BAPAK DIA.
      PMD (yang nih tak boleh dieja, censored).

      Delete
    5. Walau apapun kamu bertukar wajah, baumu yg busuk, lubang hidung & lubang bontot kamu tonggengkan tiap2 hari tetap menjadi stigma, Kejora. Rentikanlah menyamar nak klentong konon kamu punya ramai geng, tak hal kamu tuu hanya sebatang kara saja buat kerja bodoh, sia2 & sial, fahammmmm......??


      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.
      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Delete
    6. Dey yenggedey valikopo tonggeng tamby....

      Ek eleh...kalo yer pun semua pembaca regular blog ini tau kamu tuu yg takde telor asyik sembunyi di sebalik nama2 samaran.

      Lagi satu, banyak kali dah telor kamu kecut hilang untuk bersemuka dgn saya sebab gementar kena sunat, kan..kan..kan.....

      Delete
    7. Aper ajer ko merepek nih, kejora musibat....??

      Yg pasti selepas PRU 14.....

      Jahid Komidi dah jadi Jahit Kedi.
      Najib Razak dah jadi Najis Nazak.
      Rosmah Mansor dah diMansuhkan buat selama-lamanya,

      Delete
    8. Tolo kau ko kotey kau ko kono sunat, tanyo lah layi Budin2 mentor kau ko mentol ko Othoman.

      Delete
  2. Rakyat setuju sangat kalau kerajaan PH ni berantakann sesama mereka..dah lebih 100 hari, tak nampak kemana hala tuju yang nak dibawa mereka Msia ni.

    Kalau lah DSAI jadi PM pun, dia tetap akan bawa masuk UMNO dan PAS ke dalam kerajaan. Sekaarng pun pemuafakatan belakang tabir sedang dilakukan dengan giatnya bersama DSZH dan TGHH untuk mencatur menteri2 kabinet baru dalam kalangan pakatan baru PKR/UMNO/PAS.

    Menteri2 yang sdia ada dari Bersatu, Amanah dan DAP pasti akan dipaksa untuk melepaskan jawatan atas nama rombakan kabinet. Ini pastinya baru betul kerajaan era baru yang diharapkan selama ni oleh rakyat Msia, bukannya macam rejim Haprakan yang sedia ada sekarang !!!!

    ReplyDelete
    Replies

    1. Kamu berharap lah ... go on wishing ... yang sebenar nya korang yang berlantak antara parti2 komponen, antara puak2 dalam parti.

      Kamu tak mahu jentik telinga Nazri? Takut nanti di gengster nya? Atau di tumbuk boss gengster yang pernah ajak orang bertumbuk?

      Delete
    2. MCA, MIC dan Gerakan mahu kerjasama dengan PAS?

      Mesti tak mahu. Menjatuhkan mereka, mahu. PAS Hudud punya pasal.

      Delete
    3. Tonggeng,

      Bn, umno & pussy pas dah tinggal nyawa2 ikan seperti apa kita saksikan di pru 14 & 3 prk di Selangor baru2 ini.

      Selagi Tun M masih pegang tampok pemerintahan, jgn mimpilah PH akan menerima Umno

      Delete
    4. Agak2 Tonggeng nih dah lahir ker pd 1957 & 1963 - sekokah pun tak abis ada ati nak auta fasal senario politik tanah air......??

      Delete
    5. Walau apapun kamu bertukar wajah, baumu yg busuk, lubang hidung & lubang bontot kamu tonggengkan tiap2 hari tetap menjadi stigma, Kejora. Rentikanlah menyamar nak klentong konon kamu punya ramai geng, tak hal kamu tuu hanya sebatang kara saja buat kerja bodoh, sia2 & sial, fahammmmm......??


      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.
      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Delete
  3. ikut situasi politik semasa....peluang Anwar menang di PD adalah lebih besar berbanding di Pandan dan juga di Prmtg Pauh.....Invoke dah buat kajian dah tu sbb dia pilih PD....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 100%. Permatang Pauh bukanlah kerusi selamat bagi Anwar.

      Delete
  4. "Bahayanya jika Anwar kalah di Port Dickson ialah ia tidak saja akan mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan, malah sama seperti memberi kemenangan kepada pihak lawan iaitu UMNO dan Pas".

    Benarkah begitu Tuan Budin? Benarkah kemenangan Anwar lebih baik untuk PH berbanding sekiranya ia tewas? Adakah PH akan tumbang sekiranya Anwar tewas? Adakah PH takkan bergolak sekiranya Anwar menang?

    AP UmNo telah sampai ke peringkat mengangkat sumpah membenarkan Wak Jahid 'melamar' mana-mana parti lain untuk menjadi kerajaan semula melalui pintu belakang.

    Hadi Awang juga tunjukkan ia sudah mengidam dan termimpi-mimpi untuk menjadi menteri sampaikan perbarisan PAS diberi wajah perbarisan pasukan keselamatan negara.

    Sedang Anwar pula menunjukkan ia sudah tidak sabar untuk menjadi PM. Kemenangan Anwar di PD akan membuka 'pintu rundingan' di antara PAS, UmNo dan PKR yang sekarang kelihatan tertutup rapat di bawah Tun M.

    Saya berpendapat Anwar boleh menang mudah di PD, tetapi akhirnya kemenangan ini akan menunjukkan ia sesuatu yang tidak baik bukan saja kepada PH dan PKR tetapi juga kepada dirinya sendiri.

    Manusia memang seringkali terlalu ghairah merancang untuk diri sendiri sehinnggakan mereka sering terlupa Allah juga punya perancangan sendiri sehinggakan perancangan manusia itupun akan menjadi sebahagian daripada rancangan Allah.

    Masa akan memberikan jawapan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ni sekadar pencacai politik berdasarkan kpd pemerhatian yg di buat...logiknya tak mungkin Anwar kalah di PD walaupun peratusan keluar mengundi sekitar 40%
      jer...ini di sebabkan faktor mood pengundi cina dan india masih di pihak PH....walaupun pengundi melayu berpecah dua atau tiga sekalipun ....jumlah undi utk PH tetap yg terbanyak....Rafizi melalui invoke dah buat kajiselidik dah....

      melainkan PRK utk Anwar di buat hujung tahun hadapan atau menjelang mei 2020...situasi tersebut mungkin merbahaya utk Anwar walaupun dimana mana kerusi PKR sebab :
      1. sebahagian besar rakyat dah tak yakin dgn PH atas faktor tiada lagi BRIM...tiada bonus atau bantuan khas utk kakitangan awam...
      2. kos sara hidup tidak berkurangan malah meningkat..
      3. terdapat perbalahan di kalangan parti dlm PH
      4. masatu Najib dah pun kepenjara dan umno kelihatan berwajah baru dan bersih
      5. prestasi PH yg tdk lebih baik drpd BN

      Delete
  5. Port Dickson Blues..

    Seketika ini hebatnya Anwar menang..
    Hebatnya Anwar pemimpin p a s mau lawan saing..
    Hebatnya Anwar hangat pru14 bawa ke prk p d..hebatnya Anwar d biarkan anak bini jd m p..hebatnya Anwar apek2lempang tu melalak doranglh yg terbagus bertingkus lumus gerak agenda reformasi/p h..
    Hebatnya Anwar fizi mau ambik balik pandan..kes sabit mau tunggu kak kipas lepas jawatan..

    Kami may tanya..apa isu dlm kempen nnti mau sungkit sama Anwar..
    100 hr janji tertunai semau kah..
    taji buntut org duduk dlm penjara ada releven kah..parti ank beranak releven kah..anwar2 sungguh hebat peribadi mu..sungguh puak hebat nak buka peribodi mu...

    Hahahahaah tuah ayama ada dtaji..tuah muasia manusia mau kasi keji..

    So we sing to the ummp rhytem of ..The Port Dickson Blues..

    ReplyDelete
    Replies
    1. The ability of Anwar..among the stars he s the star..
      The ability of Amwar.. he s a filem star..
      The ability of Anwar he call loud 'remormasi keadilan' got 5 star..
      The ability of Anwar..said in the dark..korang boleh blah apa kira aku punya suka..korang no star..
      The ability of Anwar the star dketawakannye korangkahkahkahkahehhehha

      And we will sing The Port Dickson Blues..

      Delete
    2. Selamat menyamput hari Malaysia..kpd semua kenka blog Shahbudin.com

      Delete
  6. Veteran tentera sudah berzaman d abaikan tanpa peluang redress. Yg satu dpilih dari navy tu pun belum tentu bolih dharapkan, sudah d pegal lehernya mungkin dgn imbuhan yg sangt gadang. Umpama makanan yang satu je kepunyaan anak yatim nak drampas. Sedangkan ahli keluarganya sendiri bolih memberi. Jika sesuatu berlaku pd tun, kosongkan langkawi n makjijah bolih jd pemangku. Bertandinglah d langkawi. Xde sapa pun nak marah atau kecil hati. Jika mcm ni, ABAI je lah

    ReplyDelete
  7. "Apakah ketika itu (keadaan sesuatu berlaku kpd Tun Mahathir) Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai pemangku Perdana Menteri atau terus mengambil alih jawatan Perdana Menteri?" -

    Soalan yang serupa boleh timbul -

    Apa kah Anwar di lantik Perdana Menteri, Azizah menarik diri, meletak jawatan dan Muhyiddin di lantik Timbalan Perdana Menteri?

    Tentu lah pemimpin2 semua parti komponen PH akan mesyuarat dan memutuskan nya sebelom lantikan di buat.

    ReplyDelete

  8. "Alasan yang ditampilkan ialah Anwar dilihat begitu tergesa-gesa mahu mengambil alih jawatan Perdana Menteri, meskipun Tun Mahathir sudah membayangkan hanya akan memegang jawatan itu selama dua tahun saja." -

    Paling tepat sekali.

    Ini yang kerap di bualkan di banyak tempat, termasuk di coffee breaks di pejabat, di kedai kopi, di hujung minggu, di cuti Hari Malaysia, di majlis perkahwinan dsb nya.

    Ada yang menagata Anwar ada penyakit jiwa "Attention Deficit Disorder", tak boleh duduk diam, tak mahu "keep cool" tunggu saja giliran yang seluruh dunia sudah tahu dia pengganti Tun Mahathir. Banyak tanda2 dia begitu sejak di bebaskan dari penjara dan di ampun YDP Agong.

    Berkejar dia ke istana selatan kemudian ke istana utara yang penghuni2 nya tidak rasa selesa dengan Tun Mahathir sebagai PM. Bukan dia tak reti baca implikasi politik tindakan nya begitu. Lebih dari tidak menyenangkan rakyat, itu nampak kureng aj.., tak reti berterima kasih Tun M uruskan dia di bebaskan dan di beri pengampunan Agong.

    Jadi, dengan watak begitu, susah lah mahu setujukan dia memegang jawatan PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jugak mahukan Tun Mahathir pegang jawatan PM sekurang kurang nya satu penggal penuh 5 tahun.

      Begitu banyak tugas perlu di lakukan mebaikki keadaan negara yang telah di rosakkan Najib, tambah mahu memajukan negara dalam semua segi. Saya mahu Dasar Ekonomi Baru (DEB) di giatkan semula dengan lantang dan Agenda Bumiputera yang Azmin bentangkan di Kongres Bumiputera tempoh hari di capai sebanyak mana yang boleh.

      Saya percaya itu akan di lakukan di bawah pemerintahan Tun Mahathir dengan pesat, kurang yakin di bawah pemerintahan Anwar, memandangkan watak nya yang mungkin terdorong dengan "political convenience" hingga mengenepikan DEB, macam di buat Najib bedebah.

      Delete
  9. Din

    Penyokong PKR tidak lupa bila Anwar Ibrahim dipenjara kali kedua dan Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding kerusi Permatang Pauh mengantikan suaminya, UMNO, PAS dan tidak kurang pemimpin PKR bercakap Permatang Paub kerusi anak beranak. Bila Anwar bebas dari larangan undang-undang dan bertanding kerusi Permatang Pauh, selepas Dr Wan Azizah meletak jawatan memberi laluan kepada suaminya, riuh rendah sekali lagi dengan kali ini dilabel nepotisma. Bodoh lah Majlis Presiden PH jika membiarkan pembangkang terus memainkan tuduhan jahat kronisma nepotisma. Lantaran Dr Mahathir sendiri bersetuju langkah PRK Port Dickson. DAP dan Amanah sebulat suara menyokong PD. Barangkali satu dua kerat sahaja yang menari rentak UMNO-PAS yang tak habis-habis bercakap isu akademik PRK PD.

    ReplyDelete
  10. Sobat2 yang dikasihi..selamat hari Msia beb !!!. Daalm kemeriahan menyambut hari bersejarah ni di KK, Sabah..tiba2 dicemari dengan tindakan pihak penguatkuasa menahan para pendemonstran aamn di situ. Pelik lah macam ni..di manakah yang dikatakan kebebasan bersuara dan pemdemokrasian hak rakyat untuk mengeluarkan pendapat sepeti yg kerap dilaung2 kan oleh pemimpin2 Rejim era baru Haprakan ni haah ???

    Suaram dah berbunyi mengutuk tindsakan zalim lagi tak bewrperi kemanusiaan tersebut. Kerajaan perlu bertanggung jawab untuk menerangkan kepada rakyat kenapa tindakan ganas tu diambil ketika anak2 muda tu ingin sama2 menyambut hari tersebut.

    Tujuan mereka adalah ikhlas ..iaitu ingin memastikan segala janji2 yang terkandung dalam maisfestomato PH sebelum PRU14 ditunaikan sepenuhnya tanpa alasan. Malangnya keikhlasan mereka telah disalah ertikan dan dianggap menentang kerajaan pulak. Kalau macam ni..seolah2 rejim ni tak bolek ditegur langsung, kena biarkan saja segala yang hendak dilakukan mereka..umpama Beraja di mata, Bersultan di hati lah gamaknya !!!

    ReplyDelete
  11. Rakan2 yang dikasihi sekelian...Korang tentu sedar tentang benda ni kan !!!

    Dengan berakhir teka-teki mengenai kerusi Parlimen yang bakal ditanding Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini muncul pula pelbagai spekulasi dan ramalan langkah seterusnya serta kesan yang dijangka berlaku.


    Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo tidak terkecuali menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan menanti seperti disiarkan di laman Facebook beliau hari ini .

    Berikut kenyataan penuh yang bertajuk ‘Kemungkinan yang menanti selepas Anwar Ibrahim menjadi anggotanya’.

    1) DSAI tidak bertanding di Pandan kerana beliau tahu akan berlaku sabotaj dari kem Azmin Ali, semua tahu orang kuat PKR di Selangor, sdr Amirudin dan Zuraida adalah pendukung kuat Azmin Ali,

    2) Bertanding di Pandan bererti akan kosong kerusi Timbalan Perdana Menteri, ini bermakna DSAI akan menjadi TPM selepas memenanginya, Satu perkara yang DSAI amat takuti kerana DSAI tidak mahu berada di bawah tangan Tun Dr Mahathir, jika ini berlaku tidak mustahil peristiwa lama akan berulang.

    3) Jika berlaku satu lagi peristiwa buruk sama ada ianya betul atau sebaliknya, ia akan menguburkan hasratnya utk menjadi PM sama sekali. Selagi Tun Mahathir tidak boleh mengambil sebarang tindakan malah tiada di bawah kawalan Tun Mahathir, selagi itulah peluangnya untuk menjadi PM kekal cerah.

    4) Lebih cepat DSAI memasuki Parlimen Lebih baik untuknya kerana dengan menjadi anggota Parlimen sebenarnya sudah tiada halangan untuk DSAI menjadi PM malah bagi saya beliau boleh memilih masa yang sesuai mengikut percaturannya sendiri bukan lagi percaturan Tun Dr Mahathir lagi.

    5)Situasi kurang kontroversi ialah menunggu tempoh dua tahun, di mana Tun Dr Mahathir tamat tempoh seperti telah dipersetujui PH.

    6) Situasi kedua ialah dengan memaksa Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan dengan mengenakan tekanan di Parlimen dengan menunjukkan Tun Dr Mahathir tidak mempunyai sokongan majoriti lagi di Parlimen.

    7) Saya percaya situasi kedua akan menjadi percaturan DSAI kerana cara ini lebih memberi kepuasan kepada DSAI, selain nencapai cita-citanya , beliau juga dapat memalukan Tun Dr Mahathir sebagaimana Tun lakukan ke atas diri nya dulu.

    8) Tidak sukar untuk DSAI melakukannya kerana beliau akan dapat sokongan dari ahli Parlimen PKR,UMNO,PAS dan lainnya.

    9) Dengan membawa cadangan membentuk kerajaan perpaduan yang pasti nya jalan keluar kepada masalah politik negara hari ini, saya percaya sebahagian besar rakyat akan menyanjungnya,

    10) Saya lihat perkara ini akan berlaku di awal tahun depan. Persoalannya adakah rakyat dan negara mendapat faedah yang terbaik dan negara terus melangkah maju ke hadapan?

    11) Sesuatu yang pasti rakyat akan disogokkan dengan madah perubahan itu perlu demi kebaikan negara dan rakyat.

    12) Jangan sampai dua orang bergaduh rumah kita pula yang terbakar.

    Satu lagi yang rakyat musykilkan hingga lah ke saat ini..kenapa Khir Toyo yang melakukan kesalahan yang sama dengan Ah Beng@ LGE telah dipenjarakan sedangkan si Ah Beng tu pulak dibebaskan, tanpa melalui sebarang perbicaraan pun...inikah bentuk keadilan yang menjadi prinsip pegangan Rejim Haprakan ni haah ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau apapun kamu bertukar wajah, baumu yg busuk, lubang hidung & lubang bontot kamu tonggengkan tiap2 hari tetap menjadi stigma, Kejora. Rentikanlah menyamar nak klentong konon kamu punya ramai geng, tak hal kamu tuu hanya sebatang kara saja buat kerja bodoh, sia2 & sial, fahammmmm......??


      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.
      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Semakin hari semakin melalut Kejora Tonggeng menyamar pelbagai nama & mengutip bahan2 sampah dilonggokkan di blog ini.

      Delete
  12. Chief TongGeng tak pergi PD?
    Boleh jumpa Wak Hamidi
    Bawak penyodok bawak baldi
    Main pasir boleh mandi!

    Lepas mandi jangan balik
    Boleh pergi Rumah Terbalik
    Sokong Pakatan memang molek
    Walau rakyat nampak pelik!

    Tugas TongGeng gantung poster
    Tak tolong Wak, nanti berdosa
    Pemimpin Lebai seia sekata
    Dapat upah pasti selesa..

    Nak ditolong orang Pakatan
    Jamal, Nazri tidak keberatan
    Hairan semua kera di hutan
    Nasib baik Lebai tak bentan!

    Politik kita dah caca marba
    Rakyat tunggu penuh berdebar
    Apa2 pun perlu bersabar
    Takkan lari gunung dikejar!

    Lepas ni TongGeng, masuk Pakatan
    Dengan Wak dapat jawatan
    Lebai jugak boleh ke depan
    Tapi Mahathir dah sedia rotan!



    ReplyDelete
  13. Anwar ada kualiti seorang pemimpin gigih yang mahu menyelesaikan masalah rakyat.Dia berhak.

    ReplyDelete
  14. Tiada pulak kedengaran soalan2 seolah due diligence nak merger syarikat bila perlu persetujuan Anwar dalam penjara dulu bila diusulkan Mahathir nak collaborasi dgn PKR, DAP, Amanah tubuh Pakatan Harapan.

    Mahathir lihat potensi Pakatan Rakyat yg dikemudi Anwar menang berjaya 53% undi popular diPRU13. Itu sebab Najib bayar RM9.5 juta kpd Shafee misi khas terbalikkan hukuman tak bersalah Anwar dari keputusan Mahkamah Tinggi bagi penjarakan Anwar diperingkat rayuan. Konspirasi jahat Najib dgn Afandi juga ingin penjarakan LGE dgn tuduhan rasuah. Najib bayar duit curi RM90 juta utk pecahkan PAS dari Pakatan Rakyat.

    Mengapa Tuan Admin perlu ragu2 langkah PD Anwar utk kuatkan PH, solidariti PH dan janji PH tambah lagi checklist2 berikut sudah dipenuhi:

    1. Mahathir dah bagi green light dan endorse Anwar. Janji PH Mahathir akan serah jawatan PM kpd Anwar akan ditunai.
    2. DAP dah endorse dan akan mobilisasi jentera DAP dari kubu kuat NS
    2. Amanah setia dibelakang Anwar sbg solidariti kuat Mahathir- Anwar dlm PH
    3. PKR PD yg telah menang kerusi PD 3 kali berturut2 sangat mengalukan Prseiden PJR dan PM menunggu mewakili mereka
    4. Bekas MP akan menjadi Penasihat Khas Anwar menjaga kepentingan2 Patriot dan tentera diPD

    Dulu pun masa PH ditubuhkan byk jugak kedengaran suara2 sumbang dalaman PH mempersoalkan kewajaran Mahathir dicalonkan jawatan PM atau kewajaran guna simbol PKR sbg lambang Pakatan Harapan dan lambang Bersatu bertanding PRU14 selepas digantung ROS.

    Kalau ikut suara2 sumbang itu mungkin PH tak menang atau Mahathir tak jadi PM PH.

    Biasa lah, suara sumbang ni biasa nya duri2 dalam daging atau oportunis2 parti yg termakan umpan lawan. Kalau ambil presedent kes Mahathir diatas, hanya layak dibiarkan sahaja.

    PH terus bergerak ke depan utk jadi lebih mantap bagi pasti tempat Najib diSg. Buloh habuan setimpal bangsatkan Melayu, Islam dan Raja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...