Keputusan pilihanraya kecil Sungai Kandis semalam yang menyaksikan PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut menatijahkan tiga gambaran yang paling nyata.
Pertama, hasrat UMNO dan BN untuk menjadikan keputusan pilihanraya kecil itu sebagai referendum rakyat untuk menuntut janji-janji PRU14 Pakatan Harapan langsung telah ditolak mentah-mentah oleh pengundi.
Pengundi secara umumnya faham bahawa untuk menunaikan janji dalam manifesto, di sebalik terlalu banyak kerosakan dalam negara yang diakibatkan oleh kepimpinan teruk oleh Najib Razak, tidaklah semudah yang disangka dan memerlukan sedikit masa.
Meskipun peratusan keluar mengundi terlalu rendah iaitu hanya 49.4 peratus saja, tetapi peratus perolehan undi calon PKR secara relatifnya lebih tinggi berbanding PRU14 lalu.
Dalam PRU14, undi yang diperolehi oleh calon PKR, Allahyarham Shuhaimi Shafie ialah 23,998 atau 55.6 peratus, tetapi kali ini PKR melalui calonnya, Zawawi Mughni telah memperolehi 15,427 undi atau 61.5 peratus.
Peratusan yang rendah tidak dapat dielakkan kerana pengundi tiada lagi keghairahan untuk menukar kerajaan, keputusan pilihanraya tidak mengubah apa-apa, baik kepada PH atau BN dan jarak masa pilihanraya kecil ini dengan pilihanraya umum lalu terlalu dekat masanya.
Oleh itu, ramai yang memilih untuk tidak keluar mengundi, manakala yang keluar pula hanya mahu memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan.
Kedua, keputusan pilihanraya Sungai Kandis juga memperlihatkan kerjasama UMNO dan Pas tidak menjadi kenyataan dan tidak diterima oleh penyokong peringkat bawahan.
Jumlah undi UMNO dan Pas jika dicantumkan berdasarkan keputusan pilihanraya lalu ialah 19,091, tetapi meskipun Pas tidak bertanding dan ada kerahan agar penyokong Pas memberi undi kepada calon BN, Lokman Noor Adam, undi yang diperolehinya hanyalah 9,585 undi saja.
Ini bermakna masih ramai ahli dan penyokong Pas tidak tergamak lagi untuk memangkah lambang dacing dan oleh yang demikian, sebahagiannya memilih untuk tidak keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Ketidaksediaan penyokong Pas memberi undi kepada BN ini tidak mustahil akan memberi kesan yang serupa kepada Pas dalam pilihanraya kecil Seri Setia tidak lama lagi.
Oleh kerana dalam pilihanraya itu nanti, UMNO sudah membuat keputusan tidak bertanding dan memberi laluan kepada Pas meletakkan calon sebagai bukti menunjukkan wujud kerjasama antara parti agama dan parti assabiyah, tidak mustahil penyokong UMNO akan membalasnya pula dengan tidak memberi undi kepada calon Pas yang akan menggunakan lambang bulan.
Bermakna, tidak menangnya BN di Sungai Kandis turut memberi harapan yang kabur untuk Pas di Seri Setia nanti.
Ketiga, di sebalik ada sebab-sebab lain yang menjadi punca kekalahan calon BN, sebab yang turut menyumbang kepada kekalahan serta merosotnya perolehi undi BN ialah kehadiran Najib dan Rosmah yang seolah-olah mereka tiada perasaan malu untuk berkempen sama di Sungai Kandis.
Najib dan Rosmah seharusnya sedar mereka adalah pasangan paling dibenci oleh rakyat Malaysia, bukan saja kerana keterlibatan dalam skandal 1MDB yang memalukan negara di persada dunia, tetapi juga berikutan penemuan beratus juta wang tunai, bergantang barang kemas, jam tangan mewah serta beg tangan mahal di kediamannya yang nilai keseluruhannya dianggarkan melebihi RM1.1 bilion.
Perlakuan itu menunjukkan Najib dan Rosmah lebih buruk dan teruk jika dibandingkan dengan pasangan Marcos dan Imelda sekali pun serta tidak ada rakyat yang waras dapat menerima perlakuan serta ketamakan mereka.
Kedatangan pasangan itu berkempen telah membuatkan pengundi lebih menolak BN dan sebahagian yang tidak keluar mengundi mungkkn berbuat demikian sebagai protes kerana kehadiran pasangan kleptokrat tersebut.
Kehadiran Najib turut berkempen berkali-kali, sedangkan beliau sepatutnya hanya duduk diam-diam di rumah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kes mahkamahnya, memberi gambaran bahawa UMNO masih tidak berubah dan lebih ke arah menjadikan pilihanraya kecil itu sebagai medan cubaan memulihkan kembali namanya.
Seharusnya Najib tidak perlu campurtangan atau sibuk-sibuk lagi dengan urusan UMNO dan BN kerana beliau sudah pun meletakkan jawatan dan merupakan ahli biasa saja. Lagi pun, beliau sudah ditolak dalam PRU14 dan kini hanya tinggal sejarah saja lagi.
Lebih daripada itu, UMNO juga sudah ada barisan kepimpinan baru yang mana mereka inilah yang sepatutnya menumpukan kepada kerja-kerja parti atau pilihanraya secara total.
Untuk itu, dalam pilihanraya kecil di Seri Setia nanti, Pas mesti bertegas bahawa jika mahu peluang yang lebih baik melalui kerjasama dan saling membantu dengan UMNO, mereka mesti bertegas kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi agar tidak membenarkan sama-sekali Najib, lebih-lebih lagi Rosmah, untuk turun atau sibuk-sibuk mahu berkempen sama.
Jika tidak, keputusan lebih buruk bakal menimpa dan lebih memalukan Pas akhirnya. (ShahbudinHusin 05/08/2018)
tungga masa nak ke sg buloh
ReplyDelete
DeleteKesian kat Anwar......
Lepas satu, satu masalah datang.....
Dulu mata lebam......lepas tu kena racun arsenik.......nasib baik selamat.....kalau orang lain dah lama gol....tapi dia kuat.....
Pernah juga dengar dia kena suntikan HIV......mengapa ramai sangat nak buat aniaya kat dia.....dia orang baik-baik......kesian kat dia.......
........sakit tulang belakang.....kena mandi bunga...
Sekarang dah kena pakai anduh pulak.......memang mak andih la.......
.....lepas ni ada dua lagi PRK......nampaknya lambat lagilah nak sembuh tangan tu......
........janganlah selalu sakit sangat.........
Macamana nak jadi PM niii.......
------------------------------
TV sekarang banyak sangat drama.....DRAMA Sangat........
Jemu tengok drama.........style lama.....
Kesiankan lah depa Umno dan PAS nak tengok drama, Bang.
DeleteDah tarak lain hiburan. Kalah sana kalah sini. makan hati nak meraban.
Kalo PAS boleh lah pakai serban.
Tapi Umno ha nya boleh pakai lingerie baju dn seluar dalam pompuan.
Gamak nya Khazanah ikut apa yang mak badak saran.
Penghabis nya lingerie busuk ha nya boleh di buang ke dalam jamban.
Mak badak bersama Najib nanti ke penjara di humban.
(Psst, kalo puisi aku bertaraf Samad Said punya, tolong kasi tau DBP, hehe)
Anwar tu memang hebat berdrama untuk meraih simpati rakyat. Saap ayng tak tau kelicikannya dalam dunia politik negara. Dari dulu lagi, kita nampak betapa dia ni bukan lah seorang yang sabar..asyik nak cepat aje, tak boleh tunggu turn untuk jadi PM.
DeleteRakyat, khususnya ahli2 UMNO takkan lupa cubaan gagalnya untuk menjatuhkan Tun dari jawatan presiden oarti melalui kaedah undi tak percaya. Bermula dari saat itu lah, kesetiaan Anwar kepada presiden dan parti mula dipertikaikan lalu menyebabkannya ditimpa malang yang berganda2.
Kini dia mencuba sekali lagi untuk membuat come back dalam politik. Dia ingat semuanya smooth sailing untuknya ke jawatan PM, tapi rupa2nya lain pulak jadinya. kedudukannya sebagai ketua umum dan kini berhasrat untuk bertanding presiden PKR bakal menghadapi onak dan duri yang bakal memeritkannya.
Anwar langsung tak sangaka mantan S/U politiknya akan menjadi duri dalam daging untuknya ,mencapai matlamat menjadi PM.Sebelum ni diuar2kannya bahawa Azmin adalah pagar yang kan membentebgi PKR dari segala ancaman musuh2 luar, malangnya pagar tu lah yang kini memakan padi yang subur menguning.
Apakan daya, dalam sepak terajang politik, khususnya dalam PKR...tiasa sesapa pun yang betul2 kawan ataupun lawan. Anwar sebagai OTAI politik SEWAJIBNYA lebih maklum dalam hal ni. Takpe lah, manusia ni kan insan yang lemah dan tak lari dari melakukan kekhilafan. Terima ajelah aap2 yang bakal berlaku..sekurang2nya dia dah berusaha sedaya upaya. Jika ditakdirkan kalah dalam pemilihan jawatan presiden kepaad Azmin tu, sekurang2nyandia boleh mendabik dada dan memceritakan kepada cucu2nya bahawa dia bukan kalah pada sembarangan lawan, tapi anak didiknya dulu !!
Sudah lah Geng Najis, jilat lah taik ketua umno semua. Tidak payah menyibuk pasal DSAI. Jangan berpura pura neutral. Pergi mampus lah pengkhianat oi. Terjun kedalam loji taik. Oink oink oink
DeleteGeng Najis suruh lah super hero Umngok mcm Lokman The Autaman, Tajuddin The Perkauman, Ismail The Penyuman, Azeez The Indianman, Annuar The Musangman, Zahid The Jawaman, Najib The Cash Is Kingsman dan Nazri Where Are You Man bersara daripada memalukan,agama,
Deletemelayu,umno dan Malaysia kerana mana ada MP berhujah mcm budak2 sedangkan umur lebih tua daripada kuda pencen.
P/s. Jangan lupa bapa angkat kamu Hadi The Snake Oil Salesman. Bersara lah malu wei,malu.
DeleteGENG NAJIB AL JIBO,
Sori lah dah nasib kamu lah "Anwar tu memang hebat berdrama untuk meraih simpati rakyat" tapi NAJIB AL JIBO ha nya jerit KEPALA BAPAK KAU di PAU MCA.
Najib bukan saja tak reti berdrama tapi jugak melaungkan kata2 yang bapak dia Tun Razak pun berguling dalam kubur mendengar nya. Na'uzubillah, begitu sekali di buat si anak yang menderhakakan pusaka pejuang bangsa dan negara bapak nya.
Baik kamu doakan Peguam Negara cepat heret dia ke mahkamah di atas satu demi satu tuduhan berkaitan 1MDB itu. Supaya cepat dia masuk penjara dan senang Wak Jahid dan Pak Mohamad tak risaukan dia mengacau nak pergi berkempen lah, apa lah.
Nama dia dah begitu busuk, habis orang Umno di PRK di palit nya. PH ha nya bersorak, selagi dia pergi berkempen, selagi itu lah ada peluang banyak undi akan lari dari calon Umno ke, calon PAS ke mcm di PRK akan datang.
Setuju sangat bro... saya non partisan...kahkahkah ptuih
Deletesblm pru semua dia lawan...lps pru elok jd pembangkang yg kuat...comolot je la
ReplyDeleteSetuju amat sangat.
ReplyDeleteSaya rasa ramai yang tidak keluar mengundi di Sg Kandis semalam sebab bosankan muka Najib yang menyibuk mahu beri ucapan berkempen, tidak mahu terima dia sangat tidak popular.
Ahmad Zahid nampak nya masih rasa terhutang budi kapada Najib atau ikut tabiat dia enggeh saja, tidak halang Najib buat apa, saperti masa Najib memerintah dulu.
Jahanam lah Umno jika berterusan begitu.
Macam di blog Budin juga. Cai2 mengarut dan membosankan mcm Geng Penjilat Najis, Jahil league dan Lebai pakai modest.
DeleteNajib masih presiden sebenar.Zahid ni boneka najib je.Selagi zahid ada selagi tulah najib ble menentukan siapa dan apa yg dia nak.calon sg kandis, Lokman Adam merupakan org kuat najib.Najib dah jatuh pun dia masih meyokong najib.
DeleteUmno sepatutnya boleh memberikan saingan sengit di sg kandis jika pemilihan calon dan kempen yg dibuat bebas dari pengaruh najib.Malah jika najib dipecat kemungkinan untuk menang itu ada.
Ramai pengundi PRU yg lalu menolak bn semata mata kerana najib.Sentimen pengundi melayu terhadap ph sekarang tidaklah begitu baik berdasarkan suara2 menteri yang membelakangkan hak melayu dan islam.
Malangnya umno mendapat presiden boneka yg buta hati.malah lebih mengecewakan tiada langsung suara2 pemimpin mereka mengkritik presiden.Tidak ada langsung perubahan dalam umno walaupun selepas ditumbangkan.
Kalau kalah dikatakan satu pencapaian
ReplyDeleteMemang patutlah ameno rakyat semua humban
Supaya pemimpinnya diberi kesedaran
Kerana kuasa diamanah disalah gunakan..
Tapi takda pula mereka terima hakikat
Bahawa ameno telah ditolak rakyat
Sindrom denial didalam diri masih tebal melekat
Mungkin otak tak dapat diguna kerana berkarat..
Kalah satu pun tetap kalah
Menang satu pun tetap menang
Puak yang kalah kenalah muhasabah
Janganlah pula asyik menyalahkan orang..
Kalau pilihanraya kecil pun ameno tak boleh menang
Nak memerintah negara semula, Jauh api dari panggang
Dengan prestasi mereka yang kita lihat sekarang
PRU hadapan, pasti mereka semua terjun kelongkang..
Walaupun presiden baru dilantik
Tapi tak nampak pun sebarang perubahan disuntik
Yang pasti ameno menerima kekalahan drastik
Inilah petanda ameno tak boleh bangun balik..
BN ke UMNO ke PAS ke MCA ke….kalua pandai jangan bertanding di Balakong atau Seri Setia. Kalau bertanding juga maka sah mereka ni semua bodoh!
ReplyDeleteNajib turun kempen undi umno dan pas kurang dari separuh berbanding pru lepas...undi PH nasih lebih dari separuh..
ReplyDeleteNajib bawak suwey....lokeman silap strategi kerana bodooh bawak orang yg sudah dibenci...
Komen puak umno undi PH sudah merosot kerana boikot...puak ni tak sedar pengundi lebih boikoi umno dan pas..
Umno sudah rasa keperitan di sg kandis...umno izinkan pas plak bertanding...beranikah pas bertanding dgn isyarat jelas pengundi pas marah lobai bersama umno?...
ReplyDeletePost mortem kekalahan umno dan pas mudah sangat
ReplyDeleteRakyat tolak umno dan pas
Undi merosot kurang dari sparuh berbanding,pru14
Rakyat boleh terima penjelasan beban hutang najib sangat besar sehingga janji manipesto ade yg blm boleh dilasanakan...rakyat puashati gst sifar dan harga minyak kekal...rakyat hargai gaji menteti dan exco ph di potong berbanding exco pas dan umno.
Hasutan lokeman adam umno dan pas melayu dan islam terjejasdibawah PH hanye retorik...
Pengyokong pas marah kerjasama lobai pas dan prompak...lobai bersungguh kempen untuk umno..
Sokong pendapat di atas.
DeleteKot penyokong jugak marah tak merasa sesen pun dari RM90 juta tuh.
Dari selepas penamaan calon lagi lokeman adam sudah laungkan yakin menang kerana
ReplyDeleteisu melayu islam terjejas dibawah PH...
Ph mungkir janji
Sokongan kuat dan kempen oleh lobai2 pas..
Hasilnye hasutan dan fitnah umno dan pas mengecewakan lokeman..undi merosot....lokeman kena terjun ke dlm sg kandis cuci suwey....
Nasib baik lokeman adem tidak kekal bersama PkR...lokeman suwey...
Kalau ikut kajian penganalisa2 politik non partisan, peratusan undi yang kurang dari 50% tu disebabkan oleh sabotaj dan boikot dari ahli2 PKR sendiri di Sg. Kandis. Zawawi bukan lah calon piluhan PKR negeri dan tempat tu. Ia adalah calon payung terjun dari kem Anwar yang dinamakan tanpa berunding dengan PKR Selangor .
ReplyDeleteSg. Kandis ni adalah kubu kuat kartel Azmin dan mereka ada calon sendiri, tapi telah dihijak oleh kem Anwar. Jadi satu cara utntuk menunjukkan ketidak puasan hati ahli2 PKR tempatan ialah dengan memboikot PRK dan tidak keluar mengundi. Ini pastinya memberi signal yg terang lagi nyata kepada Anwar bahawa pengaruh Azmin dalam parti tak boleh dipandang ringan. maklumat dari dalam PKR juga mengesahkan kesahihan hal ini.
Jika betul Azmin bakal bertanding jawatan Presiden parti..Anwar nampak peluangnya untuk menang semakin kelam dan suram. Azmin masih berteka teki jawatan apa yg nak ditandinginya, nak bagi suspence pada kartel Anwar. Dah tentu tak lena tidur malam Anwar sejak akhir2 ni, siap menggigau lagi bhai !!
Banyak spin spunlh bhai..korang yg mengigau tergagau2..beso betul kepala ulo ko..
DeleteMemang keroje dia meng spin.
DeleteKepala dia selalu pusing, mana nak betul otak dia.
Bodoh piang lah kamu ni…..kalau dah kalah terima aje! Tak payah nak beranalisis….itu kerja bodoh.
DeleteRakan2 yang aku temui selepas kuliah Subuh di masjid kariah ku tadi , rata2 tabik dan respek pada Dato Lokman. Mereka menyifatkan kekalahannya dalam PRK tu adalah gentleman dan bermaruah.
DeleteDLA ternyata tidak menipu dan membohong kepada warga Sg. Kandis..dia tak menjanjikan bulan dan bintang . Hanya berjanji untuk membela dan mensejahterakan nasib mereka. Tidak macam calon PKR dan pimpinan2 tertinggi PH yang datang. pelabagi janji palsu dihamburkan...mereka lupa bahawa janji2 dalam manifestomato dulu masih belum tertunai lagi..dah nak buat janji baru. Memang kena kincin aje lah warga Sg. Kandis tu nampak gayanya !!!
GN ini satu ekor lagi manusia yg TAK SEDAR DIRI DIBENCI OLEH sesuatu kumpulan manusia.
DeleteDepa tak kisah dimaki hamun oleh manusia. Depa ingat depa dimasih disanjung atau disukai.
ADA KAH MASIH WARAS LAGI MANUSIA SEMACAM INI?
Dah ramai yg sabotaj dan boikot pun Lokman tak boleh menang. Apa cer?
DeleteGN ni bila buka mulut keluar suara oink oink oink. Manusia kah binatang?
DeleteLetak saja rosmah mansur jadi calon umno/bn di Balakong.
DeleteGENG NAJIB AL JIBO,
DeleteKau kata, "peratusan undi yang kurang dari 50% tu disebabkan oleh sabotaj dan boikot dari ahli2 PKR sendiri di Sg. Kandis." Ye ke? Jadi, amacam? Kau nak nangis?
Malu betul lah korang, Dol. Zawawi "bukan calon pilihan PKR negeri .. calon payung terjun dari kem Anwar" pun boleh menang, dah teruk sangat lah Umno, populariti nya dah merudum.
Zawawi "dinamakan tanpa berunding dengan PKR Selangor"? KEPALA HOTAK KAU, coba memecah belahkan PKR.
Kau terima saja lah bahawa Umno dan BN yang dah berpecah belah. Kau tak baca Khiry Jmaluddin pun dok hentam Wak Zahid dan Mohammed memainkan isu ras, agama dan Raja di kempen itu.
Gamak nya kata2 Khairy itu telah menghilangkan banyak undi dari Umno.
Humban saja mereka ni ke dalam kandang singa di zoo Negara. Kita akan jimat sekurang2nya sebelah kos makanan binatang buas tersebut.
ReplyDeleteMasalah nya singa pun tak mahu makan, Bang.
DeleteBusuk sangat.
Banyak sangat membohong menipu hingga singa pun takut kena tipu.
Mana mau menang ma..
ReplyDeleteTatak wang mau jolok sogok..
takda lg hantu msk berbas2..
Takda spr mau kong kali kong..
Habis hancur jentera hilang pedoman..
Kini lawan fair n square..
Nah..kini terduduk umnobn lidah terjilir..mana cukup air liur air lendir..well najib n the gang udah jd funfair...
hahahahaxdatelorxdakot_
Sorilh bang Shah.. pg ahad meraban seketi k..
Ya, betul tuh.
DeleteKawan lupa sedmua akaun bank dah kena sita.
Nak jolok dengan jari, takut kena potong.
Atau kena kincing.
Dah kalah tu buatlah cara kalah...terima sajalah kekalahan tu yg awak tidak diterima oleh rakyat di sg kandis. Habis cerita!!!!
DeleteIni tidak. Masih nak memandai mandai tak tentu pasal.
Gila kot!!!!!
Hello geng najib haramjadah!
ReplyDeleteApa yang kau kisah kartel azmin ke geng nuar ke atau geng fizi ke?
Dah kalah buat hal kalah. Muhasabah diri tu sikit.
Dah pergi masok kebun Kau, noreh gotah tu laii baik dari kau menyibuk kat sini jalankan jarum fitnah pecah belah kau
Dia bukan muhasabah.
DeleteDia maha musibat.
Dan maha pelesit.
Dan segala apa lain yang kudut, asalkan letak maha sebelom nya.
hehe
Siapa yang takda sense of humour, lantak lah.
DeleteAku nakkan pembaca, seyum, ketawa, ceria sikit selepas menang Sg Kandis.
Geng Najib hati nya sudah kena kudis.
Tak lama jadi pekong bau macam najis.
Hv a good Sunday, folks.
melayutakberkhatan...Ada juga pendapat yang mengatakna kehadiran DSNR berkempen di Sg. Kandis merupakan satu faktor utama yang menyebabkan peratusan undi kepada PKR jatuh merudum.
ReplyDeleteMana taknya, kalau kita tonton video2 yang tersebar di internet kiat akan lihat bagaimana warga tempatan telahmemberi sambutan yang cukup hebat kepadanya, sehingga dikatakan beribu2 orang datang memenuhi tapak ceramahnya. Jadi bolehlah kita semua membuat kesimpulan bahawa sokongan dan pengaruh terhadap mantan PM ke 6 ni masih didambakan oleh rakyat. Mereka tau dan sedar bahawa segala yang diperlakukan kepada beliau oleh kerajaan Fuckatan Haprakan ni adalh semata2 atas dasar nak membalas dendam yang tak berkesudajhan. Dah tentu kita tau sapa yang menjadi master mindnya, kalau tak pengerusi Khazanah yang dilantik oleh PM ke 7 tu.
Rakyat Msia majoritinya pun merasa pelik kenapa pengerusi PH ni tak datang untuk berkempen, ataupun sekurang2nya menunjukkan muka masa kempen di situ. Pengerusi2 parti lain seperti Mat Syabu, Tokong Kit Siang dan KU PKR sendiri pun ada turun dan berkempen walaupaun sekejap saja, Adakah ini menandakan Tun M dah lupa kepada pengorbanan PKR yang telah membenarkan logo parti tu digunaka oleh semua calon2 PH dalam PRU14 yang lepas ??
Cepat dan mudah sangat Tun melupakan jasa baik PKR tu kan. Mungkin baginya, PKR ni hanyalah berharga untuk memenangkan PH saja, tapi lepas tu dah tak bernilai baginya?? Atau pun kerana ketua umum PKR tu masih dianggapnya sebagai seteru ketat yang tak boleh dipercayai dan masih mampu mengguggat kedudukannya sebagi PM ??
Apa tah lagi, kenyataan dari Anwar yang mengatakan dia dah tak sabar2 untuk bertanding dan jadi MP secepat mungkin. Ini dah tentu memberi signal yang nyata lagi jelas bahawa jawatan PM tu hendaklah diserahkan dengan segera kepadanya sebaik saja dia bergelar MP nanti. Sudah ak tahan rasanya dia menunggu saat2 bersejarah tu..betul lah kata orang2 tua kita dulu, Penantian tu satu seksaan yang tak tertanggung lagi !!
Anwar sedar dan nampak, semakin lama Tun M berada di tampuk pemerintahan, semakin kuat sokongan dari pemimpin2 parti komponen dan rakyat terhadap Tun. Jika dia tak bertindak segera menajdi MP, dah tentu peluang untuknya merasa duduk di kerusi empuk PM semakin jauh dari jangkauannya. Rakyat berpendapat, tindakan Anwar menolak lantikan menjadi senator untuk membolehkannya menjadi ahli kabinet sebagai tindakan yang bijak.Anwar tak mau agar dia dilihat naik kerana ihsan dari Tun dan seterusnya terhutang budi pada Tun nanti. Biarlah dia naik atas usahanya sendiri..itu lebih gentleman dan bermaruah dalam dunia politik neagar.
Yang pasti, rakyat termasuklah aku dan kau menunggu dengan penuh debaran apakah langkah Anwar seterusnya. Apa2 hal pun, jawatan PM ke 8 akan diserahkan pada Anwar dan bukannya orang pilihan Tun, iaitu Azmin !! Wallahhuaklam..manusia merancang tapi perancanagn Allah lah yang lebih sempurna !! Jazakallah Hukhair..Ahlan Wasahlan Bissukan ...Khalash.
Tapi ada juga yg berpendapat modal Islam Umno tak laku pada org Pas. Nampaknya wak jahid dan panglima bugisnya dah boleh bersiap utk tutup kira2. Lepas tu tutup kedai. Khalas!!!!!!
Delete
DeleteGENG NAJIB AL JIBO,
melayutakberkhatan.. Kalau kamu tak berkhatan di masa kecil dulu sebab degil cabut lari bila bapak kamu adakan majlis berkhatan di kampong kamu, pergi lah berkhatan sekarang. Tak sakit, tak susah. Kau pergi aje jumpa doktor Islam di hospital, akan di potong nya barang kamu.
Kamu krtun lagi mengata Najib "berkempen di Sg. Kandis merupakan satu faktor utama yang menyebabkan peratusan undi kepada PKR jatuh merudum."
Yang sebalik nya berlaku, Mamat wei. Kalau Najib tak datang berkempen, silap2 Lockman dah dapat kunci.
Ingat, Najib bukan lagi asset tapi liability di mana mana pun. Melainkan di penjara di mana banduan2 boleh merasa bangga sikit ada bekas PM bersama mereka.
Orang mcm kau ni lah yg buat umno hancur.bengap betimpa timpa,syok sendiri.kau igt ni pemilihan umno ke.dari berkuasa sampai dah kalah dok criter crowd.
DeleteSebelum kau komen org lain elok belajar tgk realiti keliling kau.rakyat bukan dlm mood nak mengundi sbb br lepas PRU.menang kalah takda makna PRK ni.Kalau najib ble tarik bribu- ribu org datang ceramahnya kemungkinan besar ada yg tak kena dgn mereka.
Najib bila bercakap zero intelect.2 benda yg biasa dia ckp.salahkan orang & duit.masalahnya sekarang bengap si najib ni dah menjangkit kat kau.macam wabak HFMD.kalau dibiarkan mau lumpuh umno.semua kena kuarantin.masa tu memang syok sendiri la
PRK Sg Kandis: Protes senyap penyokong PAS?
ReplyDeleteBernama
5 Ogs 2018, 8:25 pagi (Dikemaskini 5 Ogs 2018, 8:37 pagi)
A A
PRK SG KANDIS | Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hari ini jelas memperlihatkan bahawa ‘kerjasama’ yang terjalin antara Umno dan PAS masih belum mampu menggugat penguasaan PKR di kawasan itu.
Meskipun calon BN Datuk Lokman Noor Adam bersungguh-sungguh memainkan sentimen Islam dan Melayu sepanjang 14 hari tempoh berkempen, namun ia belum cukup mampu mempengaruhi pengundi di kawasan berkenaan yang lebih 70 peratus adalah Melayu.
Seruan pemimpin PAS kepada penyokong parti itu yang meminta supaya menyokong calon BN pada PRK tersebut juga dilihat tidak cukup kuat ‘menembusi kekebalan’ PKR apatah lagi dengan keputusan parti itu (PKR) mempertaruhkan anak tempatan Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang jelas mempunyai track record bersih sebagai seorang pengetua maahad tahfiz.
Hasilnya hari ini, seramai 15,427 pengundi DUN Sungai Kandis sepakat memilih Mohd Zawawi sebagai wakil rakyat baharu mereka berbanding 9,585 pengundi yang memilih Lokman Noor sementara calon Bebas, K. Murthy pula hilang wang deposit selepas hanya memperoleh 97 undi.
Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Ahmad Fadhli kata, "Pimpinan PAS memperjudikan air muka mereka untuk memberikan arahan secara langsung atau tak langsung supaya kira-kira 7,000 pengundi PAS (pada PRU lalu) untuk mengundi BN agar HARAPAN kalah".
DeleteBagaimanapun berdasarkan keputusan PRK yang diumumkan malam tadi Ahmad Fadhli mengakui uji kaji tersebut tidak berjaya.
"Ternyata orang yang mengundi PAS itu, tangan mereka tak tergamak nak undi Umno,” katanya.
PH dapat undi lebih dari separuh berbanding pru14... Paduan pas dan umno dapat kurang dari separuh berbanding pru lepas...
ReplyDeletePas dan umno kalah teruk tapi menang besar kalahkan bebas..
Najib kalo dok diam di rumah kot berperang dengan Rosmah. Toleh kiri, toleh kanan, dua dua nampak menyampah dan membosankan. Depa sendiri.
ReplyDeleteBior le dia nak keluor berkempen ke, hadir mesyuarat Umno ke. Lagi ramai rkyt bosan menengok dia.
Macam di Sg Kandis, ramai yang tak keluor tak mahu nampak muka dia. Dia antara yang menyebabkan Umno kalah.
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan kata (komn aku dalam braket):
Delete“Saya berpuas hati dengan keputusan PRK ini kerana ada beberapa petunjuk yang kita boleh baca. (Bagus lah, kalah pun berpuas hati. Hidup Melayu mcm itu!)
“Petunjuk pertama dengan peratusan keluar mengundi bawah 50 peratus menunjukkan bahawa ada satu protes oleh pengundi di sini. (Ya, protes itu ia lah terhadap Najib yang menyibuk nak kempen jugak, walau pun nama dah busuk melebihi tahi).
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dalam suatu kenyataan malam ini pula berkata PRK ini satu kejayaan BN halang PKR capai sasaran majoritinya, selain ia melahirkan tunas ke aras perpaduan Umno-PAS. (Lagi pemimpin Umno kata kalah itu kejayaan. Jahanam lah Umno mcm itu).
"Bagi BN, ini satu kejayaan kerana dapat menghalang PKR mencapai sasaran majoritinya." (Dah kalah, korang analisa lah bemacam cara.)
"PRK ini juga melahirkan tunas kerjasama ke arah perpaduan ummah yang lebih padu terutama melalui kerjasama awalan Umno-PAS," kata Annuar. (Ada "paduan" pun kalah, amacam, Mat?)
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula memberi tiga sebab mengapa peratusan keluar mengundi yang rendah. (Dia ni sellu nya ada isi sikit ckap nya).
Pertama, katanya, adalah disebabkan oleh penyokong PKR terlalu yakin bahawa parti itu boleh memenangi PRK berkenaan disebabkan berada dalam kerajaan.
“Alasan lain adalah penyokongnya fikir ia tidak akan mempunyai perbezaan (jika mengundi). Mereka fikir jika mereka menang ia tidak akan mengubah kerajaan dan masih sama jika PKR kalah. (Betul, setuju).
“Ketiga"? (Tak pasal aku nak ceritakan apa yang dia tuntut (claim), hehe.)
Apa Lokman Noor cakap? Dia selalu mengarut, tak guna ceritakan di sini.
Sobat2 sekelian...Ini satu berita yang pastinya akan menceriakan pada pagi Ahad ni. Semoga kia baca perlahan2 dan hadamkan setip perkatan dalamnya !!
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hari ini adalah 'good signal' kepada parti itu.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ini kerana jumlah undi yang diterima parti itu dalam pilihan raya kecil kali ini tidak jauh berbeza dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Mengulas lanjut, Mohamad berkata peratusan jumlah keluar mengundi rendah turut memperlihatkan sikap protes rakyat terhadap kerajaan PH berikutan kegagalan mereka menunaikan janji manifesto dalam PRU lalu.
Katanya, berdasarkan keputusan PRK itu, jelas memperlihatkan pola pemikiran pengundi pada masa ini kini semakin sukar dijangka.
Menurut calon BN bagi PRK itu, Datuk Lokman Noor Adam pula berkata walaupun kemenangan tidak berpihak kepada BN, tetapi keputusan PRK itu adalah titik tolak kebangkitan rakyat.
Demikian di sunting dari BERNAMA.
Sementara itu, PAS disaran meletakkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai calon parti itu bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa Khalid lebih memahami isu pembelian syarikat SPLASH yang baru dilakukan Kerajaan Selangor dan boleh dijadikan bahan kempen utama. Rasanya dia lah calon yang paling layak kat Seri Setia tu. Sebaagi mantan MB Selangor yang paling berprestasi, warga di situ takkan teragak2 untuk mengangkat beliau sebagai ADUN mereka nanti !!
Tp dari sumber yg dipercayai, macai2 sedang berhempas pulas hendak meyakinkan umno PRK ini adalah good sign utk BN sambil merengek meminta dedak. Kesiannya. Strategi Abata tak menjadi tp masih nak mintak habuan. Kikikikiki
Delete
DeleteGENG NAJIB AL JIBO,
Kartun juga pendapat Timbalan Presiden Umno mengata "jumlah undi yang diterima parti itu dalam pilihan raya kecil kali ini tidak jauh berbeza dengan Pilihan Raya Umum Ke-14".
Dahtu nak tuntut macam macam. Pada hal itu menunjukkan pengundi yang sukakan Umno tidak berganjak.
Kalau ambil kira kali ini penyokong PAS pun kasi undi kpd Lockman sebab di seru pemimpin PAS, mungkin penngundi Umno di Pru14 itu ramai yang dah cabut dari nya.
Tn. Budin, rasanya tajuk hari ini perlulah dibuat pembetulan sedikit. Tuan sepatutnya menyaran agar duduk diam2 tu ditujukan kepada Tun M. Kalau dibandingkan kederat fizikal dan mental DS Najib dan dibandingkan dengan Tun, jauh panggang dari api. DSNR masih muda dan bertenaga, serta pemikirannya masih lagi relevan dalam senario politik negara kita. Dah tentu, ini memberinya kelebihan yang takde pada Tun M. Ini hanya pendapat ikhlas saya , dan rasanya ramai lagi rakyat Msia yang waras setuju dengannya !!
ReplyDeleteSebab kederat fizikal dia yg tak kuat itulah rakyat pilih TDM. Kalau kuat sangat dan kuat juga akal mencurinya, nanti dalam rumah pemimpin tu penuh brg kemas dan wang ringgit, serta tak lupa juga sekotak coklat. Kikikikiki
DeleteHahahaha hahaha haaaaaaaa, kartun kamu ni GENG NAJIB AL JIBO.
DeleteMacam mana Najib pemikirannya masih lagi relevan?
Mencuri, mmerompak dan melanun mana boeh relevan. Sebagai PM buat begitu takda orang buat di dunia. Yang ada buat begitu ha nya curi sikit, tak rompak dan lalun berbilion Ringgit duir rakyat.
Kepala hotak kau dah sewel mengata pemikiran Najib masih relevan. Pergi jumpa doktor pakar lah, Mamat. Pakar sakit jiwa atau sakit otak.
Sita Equanimity: Peguam Jho Low kecam Dr Mahathir
ReplyDelete5 Ogs 2018, 12:14 pagi (Dikemaskini 5 Ogs 2018, 12:17 pagi)
A A
Seorang peguam yang bertindak mewakili ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low, telah mengecam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, atas rancangan pihak berkuasa Indonesia untuk menyerahkan kapal persiaran mewah, Equanimity ke Malaysia.
Dalam kenyataan satu kenyataan, James F Haggerty, peguam yang mewakili Low berkata penyerahan kapal itu merupakan pelanggaran ketetapan mahkamah di Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).
"Tindakan kerajaan Mahathir secara tidak sah mengambil aset ini menunjukkan betapa cepatnya kedaulatan berlunaskan undang-undang (the rule of law) luput dalam rejim Mahathir.
"Seperti yang dilakukannya dalam krisis kehakiman Malaysia pada tahun 1988, Mahathir menunjukkan kepada dunia bahawa rejim barunya masih tidak berminat pada kedaulatan undang-undang," kata Haggerty
Pada 28 Februari 2018 lalu, pihak berkuasa Indonesia merampas kapal itu atas permintaan Jabatan Keadilan AS (DOJ).
Minggu depan Equanimity serah ke M'sia
Namun, Pengadilan Negeri Jakarta Selatan memutuskan penyitaan itu tidak sah kerana permintaan bantuan hukum bersama (MLA) DOJ disalurkan langsung kepada polis Indonesia, meskipun undang-undang Indonesia mewajibkan permintaan MLA dilakukan melalui Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia.
Polis Indonesia sekali lagi naik ke atas kapal itu pada bulan Julai lalu ketika rundingan antara Jakarta dan Washington merampas Equanimity sedang berlangsung.
Salleh kuak panglima umno pernah berkata kapal ni tiada bukti milik jho.lo...tapi kenapa plak peguam jho lo susah hati?...
DeleteSalleh kruak bodoh..orang Sabah pun tahu.
DeleteHeran juga, mac am mana UMNO boleh buat analisis kekurang 8 ribu+++ majority PKR itu sebagai tanda undi protes menolak PAKATAN......................?????
ReplyDeleteKalau betul 8 ribu++++++++++++ pengundi ni menolak PAKATAN, realitynya, undian patut diterjemahkan dengan memangkah LOKMAN ADAM, calon umno yang berjuang untuk agama, bangsa dan raja. Sebaliknya jumlah undi yang Lokman Adam dapat daripada penyokong umno+PAS sangat menghampakan, tak sampai separuh pun jumlahnya daripada jumlah undian PRU14 dulu.
Nampak sangat penganalisis umno/PAS tak faham maksud UNDI PROTES. Satu contoh UNDI PROTES di mana pengundi menolak umno ialah PRU14 - UMNO KO terus!!!!!!
Itulah UNDI PROTES namanya.
Auta umno nak tutup kemaluan..
DeletePas menari ikut rentak gendang yg di palu umno..umno canang hak melayu islam terhakis dan mungkir janji...
ReplyDeletetapi sia2 saja..
Pas dapat bala tidak disukai oleh penyokong sendiri kerana lobai pas bekerjasama dgn musuh pas...ahli pas sudah pandai lawan tokey sekarang...ingkar perintah lobai pangkah calon umno..lobai tak boleh cucuk hidung penyokong lagi ...
Penyokong umno sendiri tak percaya dgn retorik umno dgn cara lapuk....
Dgn meraih undi lebih dari separuh dari pru yg lalu PKR masih mendapat mendapat sokongan rakyat...PKR berjaya memberi.pukulan hingga pas dan umno kalah teruk gagal meraih undi lebih dari separuh dari undi pru14...
ReplyDeleteSedarlah diri umno dan pas anda sudah ketinggalan zaman...merompak dan subahat dgn perompak tidak di sukai tuhan..
Bukan rakyat sungai kandis saja hukum pas dan umno dgn kekalahan teruk malah hakikatnye hukuman tuhan kepada prompak dan penipu yg berkerjasama....
ReplyDeleteSilap tu tuan budin. Bukan tinggal sejarah, tapi rakyat selain pekan pahang nak buang dlm tong sampah sejarah. Ayat tu betulkan sikit. Jgn marah tuan budin, tolong betulkan ayat je....
ReplyDeletepas puashati 1mdb
ReplyDeletemat hasan puashati umno kalah sg kandis
kerajaan kita adalah PH
pembangkang kita adalah PPH - Parti Puas Hati
puashati sebagai pembngkang itu bgus. teruskn jd pembangkang selamanya.
SHAH ALAM - Pas Selangor menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis adalah isyarat jelas bahawa rakyat sudah mula menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti gabungannya.
ReplyDeletePengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, peratusan keluar mengundi yang kecil iaitu 49.4 peratus walaupun mengundi dibuat pada hari Sabtu menunjukkan rakyat mula hilang minat mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baharu berusia tidak sampai 100 hari.
"Ternyata pihak pembangkang berjaya membongkar kelemahan dan kegagalan janji-janji PH yang menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu dan ini mendorong para pengundi untuk sama ada protes tidak keluar mengundi atau mengundi calon Barisan Nasional (BN).
"Bagi Pas kepentingan memperkasakan suara pembangkang khususnya di negeri Selangor menjadi agenda penting khasnya dalam memastikan berlaku proses semak dan imbang terhadap pentadbiran negeri,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Roslan berkata, sebarang usaha menyatukan tenaga pembangkang dalam menghadapi PH dilihat suatu usaha yang relevan dan disambut baik oleh rakyat.
DeleteThe bloke using the name GENG NAJIB and justice league has licked his wounds?
Now copy-pasting under the name Anonymous?
KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA AGONG UMNO MALAYSIA,*TAN SRI ANNUAR MUSA*
ReplyDeleteBARISAN NASIONAL BERJAYA HALANG HASRAT PKR
1.Dari keputusan awal PRK Sg Kandis,jelas BN telah berjaya menghalang pkr mencapai matlamat majoriti 10ribu spt yg mereka war warkan mereka dan berjaya mewujudkan “protest rakyat” secara berkesan,dengan rendahnya peratusan keluar mengundi
2)PRK ini juga melahirkan tunas kerjasama kearah perpaduan ummah yg lebih padu,terutama melalui kerjasama awalan UMNO-PAS..kerjasama ini bakal merobah lanskap politik negara tidak lama lagi
3)Statistik keputusan PRK Sg Kandis cukup signifikan
4)Undi PKR telah berjaya di kurangkan sebanyak kira kira 8500 atau hampir separuh dari yg di perolehi mereka dlm PRU lalu.Ini bermakna rakyat tidak berminat mempertahankan kjaan PH yg ternyata INDAH KHABAR DARI RUPA
5)Protest rakyat kpd PH juga ditunjukkan melalui undi yg di beri kpd pembangkang(BN),sebanyak 9,585.Mengabil kira kedua dua angka ini Ini bermakna hampir 20,000 pengundi menolak atau memprotest terhadap Kjaan PH..
6)BN yg menyertai PRK ini dengan serba kekurangan berikutan tekanan yg di kenakan kjaan PH membeku semua akaun dan merampas dana PRU BN.Pelbagai tekanan di kenakan pada pimpinan BN/UMNO.Pegawai pegawai kjaan yg dulu berkhidmat kpd kjaan BN di ugut berbagai cara.Malah kenderaan milek pergerakan wanita UMNO/BN turut di sita saat PRK sedang berjalan
7)Jentera BN berkempen secara sederhana malah memutuskan tiada penglibatan BN negeri lain kecuali Selangor. Malah Presiden UMNO tidak pun tutun pdg berceramah ,berbanding PH turun dgn segala kekuatan kjaan negeri dan persekutuan.Jentera PKR berbelanja mewah.DSAI(balek dari Turkey),PM,TPM semua menteri mb exco turun habis habisan ,TAPI TETAP GAGAL MENARIK RAKYAT MEMPERTAHANKAN KERAJAAN PH DAN PKR.
8)Peratusan keluar mengundi ini adalah paling rendah dlm sejarah praya negara dgn peratusan tak sampai 50%,mencacatkan demokrasi serta menggambarkan betapa rakyat muak dgn kjaan PH yg telah menipu mereka.Malah legitimacy wakil rakyat yg di pilih boleh di pertikai kerana beliau dtg dari demokrasi yg cacat dan tempang itu
9)Bagi BN ini satu kejayaan kerana berjaya menghalang PKR mencapai sasaran 10,000 majoriti,merendahkan sokongan kpd mereka sebanyak 50%,membangkit kesedaran majoriti majoriti rakyat menolak kjaan PH.ini satu permulaan yg sangat memberangsangkan.
10).UMNO DAN BN Malaysia mengucapkan terima kaseh kepada semua pengundi Sg Kandis termasuk yg memprotes dgn cara tidak keluar mengundi.Terima kaseh pada semua jentera dan sukarelawan serta para penderma yg membantu BN dlm PRK penuh simbolik ini
11)Dari sini kita bermula menuntut janji di tepati serta memerangi KEZALIMAN, MENOLAK FITNAH SERTA MENOLAK KJAAN MENIPU RAKYAT YG DI KUASAI DAP..
12)Dari sini juga usaha perpaduan ummah utk membela ISLAM dan kepentingan orang melayu/bumiputera yg kian terhakis serta kepentingan rakyat keseluruhan nya akan di perhebatkan..insyaallah
Salam Perjuangan kpd semua.Rakyat mula bersuara
Tan Sri Annuar Musa
4/8/18
DeleteThe bloke using the name GENG NAJIB and justice league has licked his wounds?
Now copy-pasting under the name Anonymous?
Nampaknya penganalisaan SiMusang lagi hebat dari SiKarabau . Teruskan .
DeleteGerombolan ini terdiri dari ayam2 yg terasa menang bersabung , penghujungnya kampung tergadai .
Alamak, nak muntah aku baca apa Annuar Musa kata.
Delete".. memerangi KEZALIMAN, MENOLAK FITNAH SERTA MENOLAK KJAAN MENIPU RAKYAT YG DI KUASAI DAP.." kata dia.
Tetapai sebenar nya ada lah di sebalik nta - setiap salah langkah yang di sebut nya itu ia lah apa yang telah di lakukan Najib dan Umno/BN.
Najib memang ZALIM, rakyat tak bebas bercakap, di buat nya Akta Berita Palsu, di dakwa sesiapa yang menuduh dia mencuri, meompak dan melanun, hinggakan Parlimen pun tak boleh bincang pasal RM2.6 billion dalam akaun bank dia. Mengarut.
Najib memfitnah Tun M sudah terlalu tua, tak boleh buat keroje.
Kerajaan Najib MENIPU RAKYAT mengata RM2.6 bilion itu derma masakan DoJ kata itu "misapproptiation of 1MDB funds and money laundering".
Najib menguasai Kerajaan sepenuh nya, semua ahli Jemaah Menteri nya ha nya meng"enggeh" saja, tak berani mengkritik sebab Muhyiddin dan Shafiie Afdal buat begiitu, di singkir nya dari cabinet dan parti.
Annuar sepatut nya cakap pasal apa yang Umno nak buat sahaja, tak payah sindir atau caci sesiapa.
Kalau tak, lebih baik dia pergi jual goreng pisang atau kacang putih.
Apa cerita Setiausaha Agong Umno lama, TENGKU TIPU TEUKU ADENAN?
DeletePujangga Bretes William Skakespeare kata:
When beggars die, there are no comets seen
The heavens themselves blaze forth the death of princes.
Kalau dia bukan TENGKU TIPU, tentu lah the heavens would have blazed forth.
Moral of the story: Jangan tipu nama kau Tengku.
Tanda2 penolakan Melayu kpd DAPH dah mula nampak.
ReplyDeleteMelayu yang sokong Najib & Lokman shj..ok lah tu.
Delete
DeleteAnonymous5 August 2018 at 16:47,
Macam mana kamu nampak?
Ada pakai cermin mata khas ke?
LAM,
DeleteTolong ceritakan macam mana specil nya Najib dan Lokman.
1MDB tak di ambil kira ke?
ReplyDeleteNampak nya ini saranan yang ada faedah nya -
Elok PAS dan BN lupakan PRK Balakong, Seri Setia'
Kemenangan Pakatan Harapan di Sungai Kandis semalam membuktikan rakyat terus memberi kepercayaan kepada Pakatan untuk memerintah, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata hasil kemenangan itu pembangkang - terdiri daripada PAS dan BN disaran tidak perlu bertanding pada PRK Balakong dan Seri Setia, sebaliknya memberi fokus kepada rakyat di kawasan yang telah dimenangi mereka.
berdasarkan jumlah undi yg d perolihi ,PH hanya berjaya mendpt 34% drpd undi kaum melayu n 94% undi kaum2 lain.
ReplyDeletejadi dr segi moral nya UMNO masih d beri keutamaan olih kaum melayu d sungai kandis.
saya berpendpt UMNO /BN akan terus gagal jika mereka tidak akur dgn keadaan 'real politics' d lapangan n cuba mengembalikan sokongan sebahagian kaum lain kpd nya.
mungkinkah KJ n kabinet bayangan nya (shadow cabinet) akan tampil utk menawarkan 'a new dawn' kpd semua lapisan pengundi ?
hanya masa yg bolih menetukan nya.
Ada kah kamu peyokong UMNO?
DeleteBoleh kah beri tahu bagaimana mahu tahu mana undi Melayu dan mana undi bukan Melayu dari kertas undi yang di hitung. Terima kasih.
setia Ingatan 17:43.
Deleted bawah adalah stats yg d perolihi drpd daftar pemilih ejen calun :
bn - 9599
melayu - 9110
bkn melayu - 489
ph - 15372
melayu - 3333
cina -10667
india - 1372.
sdr buat lah hisab sendiri.
fyi, saya ahli seumur hidup bersatu n penyokong tegar tun m.
Dah kalah terimalah hakikat
ReplyDeleteJanganlah botak mahu bersikat
Jelas rakyat tidak terpikat
Kerana AmeNo baunya pekat!
Ini bangga kerana kalah
Terus dicipta pelbagai helah
AmeNo semput nafas pun lelah
Disuruh turun tak mahu mengalah!
Masa berkuasa berpoya poya
Tidak ingat kepentingan bangsa
Pemimpin menganga macam buaya
Projek masuk hidup selesa!
Rakyat susah tidak peduli
Berjoli sakan suami isteri
Memang terkias filem P.Ramlee
"Akulah penyamun di dalam negeri"!
Bila kalah nak tuding jari
'Juara Melayu' AmeNo nak jadi
Masa berkuasa gemar menari
Yahudi Amerika nak buat 'buddy'!
'DAP komunis' dijaja merata
Melayu Pakatan 'takde agama'
China komunis datang diminta
AmeNo buat projek bersama!
Pada Yahudi mendayu dayu
"economically, I want to help you"
CIA dibodek serta dirayu
Mintak sokongan masa PRU!
Inilah jenis 'pejuang bangsa'
Melayu, Islam tidak dirasa
Tembolok sendiri dijaga sentiasa
Menyesal bila dah hilang kuasa!
Gamak nya belom habis lagi pihak2 yang akan membuat laporan Polis berkenaan Surat kpd CIA, selagi tiada kenyataan mengapa surat itu di tulis dan siapa mengarah nya, jika ada arahan.
ReplyDeleteMedia melaporkan:
Surat CIA: Pemuda PPBM buat laporan polis terhadap Hasanah
“Saya minta pihak berkuasa kita siasat dan kenakan hukuman yang tegas terhadap mereka yang cuba menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk berbuat khianat terhadap proses demokrasi dan juga kedaulatan negara kita,” kata Ketua Biro Integriti PPBM Muhammad Faiz.
Saya fikir ini bukan cubaan menggunakan kedudukan dalam kerajaan. Memanggil kuasa asing masuk ke dalam negara melakukan "interference in the internal affairs of the country" ada lah mirip mengkhianat negara atau treason.
PDRM perlu mngenepikan isu menjaga baik perhubungan di antara dua badan Kerajaan yang ada fungsi menjaga keselamatan negara, dan buat siasatan sepenuh nya demi kepentingan negara.
Polis pun malas layan benda2 fitnah ni...
DeleteOik, sapa cakap itu fitnah?
DeleteDari mana ko dapat maklumat itu fitnah?
Dari lobang bntt ko?
Depa dah akukan surat itu, Tonjol. Ha nya belom cakap pasai apa di tulis dan sapa suruh tulis.
Penyakit sindrom penafian x kan pernah senbuh dari pesakit2 mental pendedak umno ni..dh kalah dengan bontot bergelumang taik punnn masih x sedo diri kehkehkeh
ReplyDeleteTAHNIAH GENG PH
ReplyDeleteDAH LAMA AKU TAK MASUK BLOG NI,
ReplyDeleteSEJAK "ANONYMOUS'DI SEKAT,
TIDAK TERLEWAT UNTUK MENGUCAPKAN TAHNIAH
ATAS KEMENANGAN PH PADA PRU-14
TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN
YANG TANPA PUTUS ASA
MENGHANTAR KOMENTAR DI BLOG INI
NAK TANYA,
MANA CIKGU KEJORA
PANTUN DIA PON DAH TAK DAK
DAH INSAF KOT...
DULU KUTUK TUN TAK PADAN-PADAN...
sebab2 utama penyokong Outstation PH,tak dtg mengundi kerana optimis calon ph boleh menang ialah
ReplyDelete1.calon bn lokman adam...x-pkr kaki demo
2.pasangan pencuri yg berulang-alek ka sg.kandia.
3.calon pkr anak tempatan,mempunyai grass-root melayu -jawa >50%..
difahamkan majority pengundi melayu 71%,biasanya tempat2 sebegini adalah tempat pure bn,tanpa perlukan bangsa2 lain,apatah lagi voters turn out 49.4%....umno akn berguling2 suka dan happy!bila dapati penggundi outstation non-malay tak balik mengundi,disebabkan faktor2 di diatas...bayangkan dari voters turn out,25,109....ph dpt solid melayu 60%..hanya 1% dari non-malay...menakjubkan!
….A……A…..
ReplyDelete…///………\\\
///….O…..O..\\\
………….00………
...)))0000Y000((
……))………..((….
…….AAAAAAA….
…………((…………
Senja nan merah
Sang camar pulang ke sarang
Sang tedung menyusur batas sawah
Nun di Atlantis
Ku kembang sayap merah
Menujah langit ke destinasi kekasihku KEJORA
Menelusuri blog-blog cucu cicit Adam
Agar aku dan KEJORA bisa berdiskusi
INI ADALAH ANTARA BAIT-BAIT SAJAK AKU
YANG TELAH MENYEBABKAN KEJORA
BERTINDAK BUAT COPY PASTE PANJANG
(KALAU PELAYAR MASIH INGAT)
DAN MENGANGGU BLOG INI.
TQ,
Dengan kemerosotan lebih 8 ribu undi, jelas terserlah penolakan Melayu ke atas DAPH mula berputik di Sg Kandis.
ReplyDeletePutik ini akan berbuah lebat. Lima tahun lagi, biji2nya akan bertebar merata. PRU15 akan menyaksikan gelombang kebangkitan Melayu Islam bangkit menumbangkan rejim munafiq taghut yg mengancam Islam ini.
Tak dapat nak bayangkan apa yang ada dalam pemikiran Hishamuddin Hussein sejak UMNO/Bn lingkup di Pru14.
ReplyDeleteKesian dia, nak marah Najib, tak boleh, itu kusin dia.
Merana sorang diri lah dia, tak berbunyi sejak kalah Pru14.
mengenai kemelut dlm pkr, saya ada menyediakan artikel pendek dlm blog saya bertajuk 'quo vadis pkr? (kaman hala tuju pkr?). d jemput melayari nya . tk.
ReplyDeletePadan muka
ReplyDelete