Sunday, 29 July 2018

APAKAH AZMIN TIDAK BANTU ANWAR JADI PERDANA MENTERI?


Salah satu alasan yang diberikan oleh Rafizi Ramli mengenai keputusannya bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR ialah unfuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri.


Kata beliau, untuk jadi Perdana Menteri, Anwar perlu mendapat mandat yang penuh daripada parti.


Jawatan Timbalan Presiden PKR kini dipegang Azmin Ali dan beliau belum memutuskan sama ada mengekalkan jawatan itu atau cuba menaikkan dirinya setakuk lagi dengan bertanding jawatan Presiden.


Jika Azmin memutuskan untuk mengekalkan dirinya di kerusi tersebut, ia akan menyaksikan pertembungan yang dijangka sengit antara beliau dengan Rafizi.

Dalam waktu yang sama, Anwar sudah pun memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden PKR yang kini dipegang oleh isterinya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


Ini bermakna Azmin akan berdepan dengan Anwar sekiranya beliau membuat keputusan bertanding jawatan Presiden PKR.


Melihat kepada alasan Rafizi untuk mewajarkannya bertanding jawatan nombor dua dalam PKR itu, timbul persoalan apakah hanya dengan beliau menduduki jawatan itu saja maka Anwar dapat jadi Perdana Menteri?


Bukankah persetujuan bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 adalah perkara yang sudah dipersetujui oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan?


Apakah Azmin tidak membantu Anwar jadi Perdana Menteri?


Kalau Azmin menang lagi sebagai Timbalan Presiden PKR, apakah peluang Anwar untuk jadi Perdana Menteri bakal tergugat?


Siapa yang Azmin akan bantu untuk jadi Perdana Menteri sekiranya beliau berjaya menewaskan Rafizi nanti? (ShahbudinHusin 29/07/2018).

53 comments:

  1. PKR Sepang dakwa ada nepotisme, kronisme di Selangor
    FMT Reporters | July 27, 2018
    Timbalan Ketua Suziana Musa dan Ketua Wanita Nermala Dewi menuduh setiausaha politik kepada menteri besar Selangor mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam pencalonan ahli majlis PBT.


    PETALING JAYA: Dua pemimpin PKR Sepang menuduh setiausaha politik kepada menteri besar Selangor mengamalkan kronisme dan nepotisme, tidak lama selepas seorang pemimpin Pemuda meletakkan jawatan hari ini.

    Timbalan Ketua Suziana Musa dan Ketua Wanita Nermala Dewi Muthusamy berkata setiausaha politik itu, yang juga ketua PKR Sepang, menyisihkan ahli jawatankuasa cawangan dalam pencalonan ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan memilih orang-orang yang bukan daripada kalangan mereka.

    “Walaupun ada dalam kalangan calon-calon tersebut pernah ditangkap polis atas kesalahan jenayah dan juga menipu tahap kelulusan pendidikan,” kata mereka dalam kenyataan hari ini.

    “Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ketua cawangan Sepang merangkap setiausaha politik menteri besar Selangor yang jelas mengamalkan kronisme dan nepotisme.”



    Awal hari ini, Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman meletakkan jawatan, mendakwa segelintir pemimpin PKR negeri mengamalkan budaya kronisme dan nepotisme dengan menggunakan pelantikan politik sebagai habuan untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

    “Jelas bahawa pelantikan politik hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan kesetiaan kepada kabilah tertentu, bukan berdasarkan merit,” katanya.

    Naib Presiden PKR Xavier Jayakumar menepis dakwaan tersebut, mengatakan dakwaan seperti itu boleh dijangkakan daripada kumpulan-kumpulan yang bersaing semasa pemilihan parti, yang akan diadakan Ogos ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah mengarut lagi nate' GENG NAJIB yang NAJIS nih. Guna nama lain pulak.

      Mcm biasa, masukkan kopipes yang takda kena mengena dengan tajuk pos langsong. Celaka = bawa malang. Bedebah.

      Delete
    2. ADVERTISE WITH US

      Search
      424 10
      Umno hilang nafsu kalahkan PAS, kata Nik Abduh
      FMT Reporters | July 26, 2018
      Nik Abduh berkata tiada kenyataan yang zahir dan tindakan yang nyata oleh pemimpin utama Umno yang menunjukkan ia mahu mengalahkan PAS.

      Nik Abduh berkata terdapat petunjuk baru menunjukkan Umno sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan PAS, dan PAS amat mengalu-alukannya. (Gambar Bernama)

      PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini melihat Umno telah hilang nafsu untuk mengalahkan PAS.

      Beliau berkata, tiada kenyataan yang zahir dan tindakan yang nyata oleh pemimpin utama parti itu yang menunjukkan perkara sedemikian (mengalahkan PAS).

      “Ertinya Umno bukan lagi ancaman yang utama kepada PAS hari ini. Malah, beberapa petunjuk baru menunjukkan Umno sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan PAS. PAS amat mengalukannya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya semalam.

      Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) perlu dikalahkan dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini kerana ia masih gagal menunaikan janji pilihan rayanya, terutama yang terkandung dalam janji 100 hari.



      Tiga calon bakal bertanding dalam PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini membabitkan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta calon Bebas, K Murthy.

      Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bachok itu turut berkata ada pihak yang berhujah menghentam parti itu dengan menyatakan PAS berusaha menghidupkan Umno dan ia bersandiwara.

      Nik Abduh berkata, parti Islam itu menghidupkan Umno dengan memberi kesedaran kepadanya dengan Islam kerana Umno adalah abang PAS yang telah lama lupa diri akibat terlalu lama di anjung kuasa.

      “Kesedaran Umno adalah kekuatan kepada PAS untuk memastikan Islam lebih berdaulat di bumi ini. Islam memerlukan umatnya sendiri untuk bangkit mempertahankan agamanya.

      “Jika anda bertanya, tidakkah sudah jelas difahami bahawa PAS mendorong ahlinya mengundi Umno? Saya jawab, Ya, di PRK Sungai Kandis. Itulah yang saya fahami,” katanya.

      Beliau berkata, arahan daripada parti Islam itu adalah menolak kerajaan PH dan sikap serta pendirian parti Islam itu terhadap PH adalah serupa, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

      “Bagi PAS, PH bukanlah pilihan terbaik untuk menggantikan BN. Ancaman terhadap kedaulatan agama Islam, keadaan ekonomi dan sektor lain yang tidak stabil selepas PRU14 semakin membuktikan benarnya pendirian PAS,” tegasnya.

      Menurutnya, kegagalan awal kerajaan PH untuk mengotakan janji awal manifestonya, selain beberapa kenyataan pemimpin utamanya yang berbelit-belia bagi menjustifikasikan kegagalan mereka mengatakan janji manifesto itu.

      “Kegagalan mengawal prestasi ekonomi negara yang semakin perlahan, selain tindakan dan kenyataan demi kenyataan oleh para pemimpinnya yang mengelirukan dan boleh menggugat kerukunan perlembagaan dan agama Islam adalah menjadi hujah untuk rakyat menolak kerajaan PH hari ini,” katanya.

      Delete
    3. Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.
      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.Shahbudin kena bersunat sampai ke telor semula.

      Delete
  2. 'man proposes but God disposes'.

    saya dah kata sebelum ini bahawa jika d takdirkan negara akan d pimpin oilh 'peliwat' yg tlh d ampun, maka kita kena redho.

    tapi saya yakin Allah swt mendengar doa semua mangsa2 yg tlh d zalimi.

    wallahu'allam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asri puji

      Ramasamy menjadi sasaran beberapa aktivis Islam, termasuk Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, selepas mempersoalkan keputusan Putrajaya enggan mengusir Zakir yang dikehendaki India atas dakwaan terbabit dalam aktiviti keganasan dan pengubahan wang haram.

      Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin memuji ratusan penunjuk perasaan yang berarak di George Town hari ini untuk menyuarakan bantahan terhadap Ramasamy.

      “Alhamdulillah, semua bergerak membantah Ramasamy. Jangan dibiarkan ancaman LTTE menggugat negara,” tulisnya di Facebook hari ini.

      Asri bersama beberapa aktivis Islam dan pengikutnya menggesa tindakan diambil terhadap Ramasamy yang didakwa mempunyai kaitan dengan LTTE, selepas gambar beliau memberi penghormatan kepada imej sepucuk senapang kalashnikov dan menyertai mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE tersebar di media sosial.

      Ramasamy dilaporkan berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan kerajaan Sri Lanka selepas Colombo dan LTTE memeterai perjanjian damai, serta beliau turut dijemput menganggotai jawatankuasa perdamaian di Aceh.

      Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, pihaknya menerima 53 laporan polis, termasuk daripada Ramasamy sendiri, berhubung isu berkenaan.

      Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ramasamy dan Asri di Putrajaya bagi meminta penjelasan serta meredakan keadaan antara kedua-dua pihak itu.

      Delete
    2. Nate' GENG NAJIB yang NAJIS nih tidak peduli apa dan siapa pun. Di tegur gertalu talu, dia masih lagi buat tinfdakan yang menyakitkan hati pembaca - mengkopipes laporan2 di luar tajuk pos.

      Memang membikin pembaca meradang. Nanti dia dicaci dan dimaki.

      Delete
    3. ‘This is Malay land’, Tajuddin beritahu wakil rakyat DAP
      Faiz Zainudin | July 25, 2018
      Ahli Parlimen Pasir Salak berkata demikian selepas Khoo Poay Tiong meminta dia belajar sejarah sebelum bercakap mengenai Malaysian Malaysia.
      DEWAN RAKYAT


      KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat gamat apabila Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) meminta Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) belajar sejarah sebelum bercakap mengenai konsep Malaysian Malaysia.

      “Sejarah? Ini tanah Melayu tahu. Kamu cakap soal sejarah, ‘this is Malay land’,” katanya ketika membahaskan titah Agong hari ini.

      Terdahulu, Tajuddin dalam ucapannya menyeru semua wakil rakyat menghormati institusi raja-raja dan hak orang Melayu, namun RSN Rayer (PH-Jelutong) tidak berpuas hati kerana merasakan ia ditujukan kepada Pakatan Harapan.





      Tajuddin berkata gesaannya untuk semua pihak. “Kita mesti tunjukkan kesetiaan kepada raja-raja Melayu. Raja penting kepada kita, sebagai ketua agama Islam. Kalau kamu hina raja, kamu hina orang Melayu.”

      Beliau menjelaskan gesaannya mahu mempertahankan institusi raja-raja, yang bertanggungjawab menjaga hak dan keistimewaan Bumiputera dan Islam.

      “Tapi ada orang mewujudkan persepsi perkauman. Kalau kita orang Melayu-Islam pertahan hak kita bukan bermakna kita rasis,” katanya.

      Tajuddin sempat membidas idea kesamarataan dalam konsep Malaysian Malaysia yang dikaitkan dengan DAP.

      “Itu bukan keadilan. Kita beri pertolongan kepada yang memerlukan. Kita beri pada Orang India, Melayu, Cina dan lain-lain yang perlukan pertolongan. Tidak ada perkauman,” katanya.

      Kata-kata Tajuddin itu mengundang reaksi Khoo, yang bangun mencelah dan berkata Malaysian Malaysia yang dilaungkan DAP itu untuk menjaga hak semua kaum.

      Tajuddin bagaimanapun mempertikaikan jawapan Khoo. “Jangan cakap sahaja. Di mulut lain, di hati lain. Kita tahu agenda kamu.”

      Khoo membalas dakwaan itu dengan meminta Tajuddin mempelajari sejarah, di mana ia dijawab dengan berkata “this is Malay land”.

      Keadaan semakin tegang apabila Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) bangun dan mencelah. “Ini tanah Malaysia, bukan tanah Melayu”.

      “Kalau awak nak berdebat dengan saya kita boleh berdebat di luar,” kata Tajuddin pula.

      Keadaan kembali tenang apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Khoo dan Willie berhenti mengganggu Tajuddin.

      Tanah Melayu atau nama Inggerisnya, Malaya, adalah kumpulan negeri-negeri di Malaysia Barat, dan dirujuk seperti itu dalam dokumen rasmi kerajaan seperti Perintah Perlembagaan Persekutuan dan jawatan seperti Hakim Besar Malaya.

      Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak, Borneo Utara (sekarang Sabah) dan Singapura untuk membentuk Malaysia pada 1963.

      Delete
  3. Rafizi is just a political clerk. Komplen dan komen pasal kerja orang lain semua orang boleh buat. Dm blig ni pun berlambak yg pandai berkomen. Cuba dia buat kerja dulu. Anyway good luck to Azmin yang semakin dihimpit left right top bottom oleh dinasti Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LGBT: Jangan tunggu ular sawa naik katil
      Subky Latif | Diterbitkan 29 Jul 2018, 12:56 tengah hari | Dikemaskini 29 Jul 2018, 1:02 petang

      A+ A-
      ULASAN | Rakyat dan makhluk-makhluk lain menukar mandat di Putrajaya dengan harapan ia menyambung rahmat yang Allah limpahkan di alam kita. Masing-masing berbulan madu kerana rejim Najib Razak dan partinya digantikan.

      Mandat yang diberi demi menyelamatkan rakyat, pemastautin dan generasi akan datang daripada pemerintahan tidak bertanggungjawab, bukan untuk memberi laluan selesa pemaju lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyebarkan benihnya.

      Mahathir Mohamad menamatkan pentadbiran pertamanya dengan dakwaan membersihkan perangai buruk - liwat - daripada kalangan kerajaan.

      Dia tidak mahu kerajaan yang menggantikannya terdiri daripada pemaksiat paling terkutuk dalam sejarah manusia.

      Sama ada sasarannya menjadi mangsanya atau menerima hukuman seadilnya, ia adalah isu yang terus didebatkan. Tetapi dakwa Mahathir dia mencegah gejala kaum Lut.

      Tetapi pentadbiran barunya dalam masa kurang dari 100 hari membenarkan gejala LGBT menuju sasarannya sendiri, dan kerajaannya mempertahankan anasir yang dikutuk Allah serta dibenci sekelian makhluk.

      Orang beri mandat demi hentikan penyelewangan, membasmi rasuah, memulihkan kesejahteraan dan ekonomi negara. Orang tidak yakin pemerintahan boleh menyelamatkan akidah umat, tetapi memberi laluan kepada LGBT menuju sasarannya.

      Pengajaran sampai kiamat

      Menterinya adalah melaksanakan dasarnya. Dasarnya tentulah diluluskan oleh kabinetnya dan disahkan oleh parti gabungannya.

      Orang berbulan madu atas berakhirnya satu rejim yang zalim kini seolah-olah lepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya.

      Nabi Lut tidak terlibat perangai kaumnya. Baginda dan puterinya saja benci atas kejadian itu. Bahkan isterinya bersama kaumnya.

      Kejadian itu melibatkan orang kafir sepenuhnya. Baginda cuba cegah tidak sekadar dalam hati, tapi dengan lidah dan tangan.

      Allah mengirim malaikat utama, tidak sekadar membinasakan kaumnya, bahkan menerbaliknya wilayah menjadi Laut Mati di Jordan.

      Ia supaya menjadi pengajaran kepada manusia sehingga kiamat.

      Umat Islam Malaysia, kerajaannya dan menteri mesti mengambil iktibar daripada pengajaran itu.

      Penyakit kaum Lut itu bukan terjadi dengan tiba-tiba. Ia bermula daripada seorang dua. Tetapi ia berkembang hingga Nabi Lut dan puterinya saja yang Allah pelihara.

      Penyakit jahiliah yang bermula di Norway, Sweden, cepat merebak ke Eropah, Amerika dan lain-lain itu sudah tiba ke Malaysia. Jangan tunggu malaikat datang lagi untuk menghapuskannya.

      Tanggungjawab umat, kerajaan dan menteri ialah mencegahnya sejak ia bertunas. Barat tidak dapat berbuat apa-apa bukan kerana mereka suka, tetapi mereka tidak mampu cegah. Apabila ia tidak dapat dicegah, maka mereka halalkan.

      Wajar diberi kaunseling

      Kita jangan sekadar menyatakan ia haram, tetapi mesti bertindak. Tidak boleh dengan tangan, dengan lidah. Tidak boleh dengan lidah, benci ia dalam hati. Ini adalah selemah-lemah iman. Selemah iman itu adalah di sisi tidak beriman.

      Umno/BN tahu rasuah itu haram. Ia biarkan ketika seorang dua menteri melakukannya. Sesudah ia jadi penyakit baru hendak dicegah. Yang mencegahnya ada kuman itu.

      Tidak lagi dapat dicegah apabila ia jadi watak kerajaan. Seolah-olah malaikat datang pada 9 Mei lalu membinasakan rejim itu.

      Kerana ia diganti oleh sistem yang sama, wabak LGBT yang menunggu lama masuk ke saraf kerajaan baru. Nampaknya benci Mahathir atas gejala itu tidak sama dengan bencinya dengan hujung pentadbiran pertamanya dulu.

      Dia pertahan kerajaannya akan selamatkan Islam dengan kembali kepada al-Quran. Tetapi saranannya seolah-olah selari dengan Islam yang Kassim Ahmad fahami.


      Mereka kata LGBT itu haram. Membiarkannya seperti membenarkan sawa naik katil dan mula membelitnya.

      Kerajaan/menteri berkeras. Sewajarnya mereka dikaunseling.

      SUBKY LATIF ialah wartawan veteran dan bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS. Tulisan ini disiarkan kali pertama di harakahdaily dengan judul LGBT: Kerajaan, Menteri Wajar Dikaunseling.

      Delete
    2. Nate' GENG NAJIB yang NAJIS ini berterusan mengkopipes di luar tajuk pos.

      Dia coba jawab setiap komen secara begitu. Memang tujuan nya membikin pembaca fedap. Dia memfrustrate, mengsabotaj komen2 pro-PH dan coba menaikkan imej Umno/Bn. Celaka. Bedebah.

      Delete
    3. Malaysia’s FDI records RM41 billion inflow in 2017
      Bernama | July 24, 2018
      According to the Department of Statistics, Hong Kong remains a prominent investor, followed by China.

      Reuters pic

      KUALA LUMPUR: Malaysia’s foreign direct investment (FDI) recorded net inflows of RM41 billion in 2017, slightly lower than the RM47 billion secured the previous year, the Department of Statistics revealed today.

      Chief statistician Mohd Uzir Mahidin said the FDI inflow last year was mainly channelled to the services sector (48.2%), especially real estate, financial and insurance/takaful and information and communication-related activities.

      He said mining and quarrying was the second contributor (313.2%), followed by the manufacturing sector (15.7%).

      “As at end-2017, the expansion of the FDI position to RM570.3 billion, compared with RM547.4 billion in 2016, was impelled by the continuous inflows of FDI,” he said in a statement.



      Uzir said the top regions for inflows were Asia, with a share of 63.5%, followed by Europe and Africa.

      Within Asia, he said, Hong Kong remained the prominent investor, while China has overtaken Singapore as the second largest contributor.

      Delete
  4. Siapa yang Azmin akan bantu untuk jadi Perdana Menteri sekiranya beliau berjaya menewaskan Rafizi nanti?

    Sudah tentu lah dirinya sendiri. Dia pun tahu TDM tak akan bagi ruang kpd DSAI untuk jadi PM.
    Bila pilihan sekali lagi, dia pasti akan bertanding presiden.
    Anwar gigit jari saja ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS Pahang mahu bincang cadangan tukar cuti hujung minggu dengan istana
      Bernama | July 27, 2018
      Pesuruhjaya PAS negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, cadangan menukar cuti hujung minggu di Pahang kepada Jumaat dan Sabtu berbanding Sabtu dan Ahad mengambil kira pandangan rakyat.

      Rosli Abdul Jabar berkata, PAS Pahang akan membuat pungutan suara dan mengumpul tandatangan rakyat yang menyokong cadangan itu sebelum menghadap Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

      KUANTAN: PAS Pahang bersedia menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam usaha menjadikan Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

      Pesuruhjayanya, Rosli Abdul Jabar berkata pendekatan itu akan dibuat, sekiranya usul menukar cuti hujung minggu yang dikemukakannya Selasa lalu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ditolak.

      “Kami akan menghadap pemangku raja untuk menyatakan hasrat kami kerana mengambil apa yang berlaku di Johor, cuti Jumaat bukan datang daripada kerajaan, tapi daripada titah Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar).

      “… jadi kami akan cuba sedaya upaya dalam isu ini. Tapi, kami juga menghormati semua hujah walaupun tidak bersetuju dengan cadangan ini, mahupun daripada DAP atau Barisan Nasional (BN),” katanya hari ini.



      Rosli berkata, cadangan menukar cuti hujung minggu di Pahang kepada Jumaat dan Sabtu berbanding Sabtu dan Ahad pada masa ini dibuat selepas mengambil kira pandangan rakyat.

      Sehubungan itu, beliau berkata, PAS Pahang akan membuat pungutan suara dan mengumpul tandatangan rakyat yang menyokong cadangan itu sebelum menghadap Tengku Abdullah.

      “Kita akui perkara ini ada pro dan kontranya. Pada peringkat awal, mungkin berlaku sedikit kecelaruan, namun lama-kelamaan ia akan menjadi perkara biasa.”

      Dalam perkembangan lain, Rosli berkata, walaupun pilihan raya umum ke-14 baru selesai, pihaknya sudah memulakan gerak kerja untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

      Katanya, PAS Pahang yakin mereka menjadi pilihan rakyat pada masa depan dengan mengambil kira “kealpaan dan kecelaruan BN”.

      “Bagaimanapun, untuk masa ini, matlamat kami adalah menjadi pembangkang yang baik, prihatin kepada rakyat dan matang dalam usaha membantu kerajaan negeri membangunkan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.”

      Delete

    2. Sekarang aku salin komen2 Isa3 diblog pos yang lalu bagi pentahuan pembaca2 yang tidak biasa diblog ini:

      isa329 July 2018 at 16:57

      UNTUK MAKLUMAN PEMBACA YANG TIDAK REGULAR DIBLOG NI:

      Yang pakai nama GENG NAJIB, Kojolla, justice league, lebaimodern dan berbagai nama lain itu ia lah petugas Umno yang dijangka bekerja diUmno Dirty Tricks Departmnt (DTD), dibayar gaji cara biasa atau berdasarkan berapa banyak komen dimasukkan nya ke sini.

      Dia masuk siang dan malam, tak kira pukul berapa, ada masa nampak seperti dia tidur ha nya 3-4 jam sehari sahaja.

      Tujuan nya ia lah seperti diarah Umno DTD: propaganda, misinformation, disinformation, twists, spins, sabotaj, dan apa sahaja yang boleh menjatuhkan imej PH, menaikkan imej UMNO/BN.

      Cara2 nya termasuk mengcewakan (frustrate), menyakitkan hati pembaca dengan mengkopipes apa saja, laporan2 yang panjang lebar, sebanyak mana yang boleh, untuk mencapai tujuan itu. Maka diletakkan nya komen2 dan/atau kopipes tersebut sebagai jawpan kepada setiap komen pro-PH. Biasa nya, tidak berkaitan dengan tajuk pos atau komen2 pro-PH itu.

      Delete
    3. LGBT: Jangan tunggu ular sawa naik katil
      Subky Latif | Diterbitkan 29 Jul 2018, 12:56 tengah hari | Dikemaskini 29 Jul 2018, 1:02 petang

      A+ A-
      ULASAN | Rakyat dan makhluk-makhluk lain menukar mandat di Putrajaya dengan harapan ia menyambung rahmat yang Allah limpahkan di alam kita. Masing-masing berbulan madu kerana rejim Najib Razak dan partinya digantikan.

      Mandat yang diberi demi menyelamatkan rakyat, pemastautin dan generasi akan datang daripada pemerintahan tidak bertanggungjawab, bukan untuk memberi laluan selesa pemaju lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyebarkan benihnya.

      Mahathir Mohamad menamatkan pentadbiran pertamanya dengan dakwaan membersihkan perangai buruk - liwat - daripada kalangan kerajaan.

      Dia tidak mahu kerajaan yang menggantikannya terdiri daripada pemaksiat paling terkutuk dalam sejarah manusia.

      Sama ada sasarannya menjadi mangsanya atau menerima hukuman seadilnya, ia adalah isu yang terus didebatkan. Tetapi dakwa Mahathir dia mencegah gejala kaum Lut.

      Tetapi pentadbiran barunya dalam masa kurang dari 100 hari membenarkan gejala LGBT menuju sasarannya sendiri, dan kerajaannya mempertahankan anasir yang dikutuk Allah serta dibenci sekelian makhluk.

      Orang beri mandat demi hentikan penyelewangan, membasmi rasuah, memulihkan kesejahteraan dan ekonomi negara. Orang tidak yakin pemerintahan boleh menyelamatkan akidah umat, tetapi memberi laluan kepada LGBT menuju sasarannya.

      Pengajaran sampai kiamat

      Menterinya adalah melaksanakan dasarnya. Dasarnya tentulah diluluskan oleh kabinetnya dan disahkan oleh parti gabungannya.

      Orang berbulan madu atas berakhirnya satu rejim yang zalim kini seolah-olah lepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya.

      Nabi Lut tidak terlibat perangai kaumnya. Baginda dan puterinya saja benci atas kejadian itu. Bahkan isterinya bersama kaumnya.

      Kejadian itu melibatkan orang kafir sepenuhnya. Baginda cuba cegah tidak sekadar dalam hati, tapi dengan lidah dan tangan.

      Allah mengirim malaikat utama, tidak sekadar membinasakan kaumnya, bahkan menerbaliknya wilayah menjadi Laut Mati di Jordan.

      Ia supaya menjadi pengajaran kepada manusia sehingga kiamat.

      Umat Islam Malaysia, kerajaannya dan menteri mesti mengambil iktibar daripada pengajaran itu.

      Penyakit kaum Lut itu bukan terjadi dengan tiba-tiba. Ia bermula daripada seorang dua. Tetapi ia berkembang hingga Nabi Lut dan puterinya saja yang Allah pelihara.

      Penyakit jahiliah yang bermula di Norway, Sweden, cepat merebak ke Eropah, Amerika dan lain-lain itu sudah tiba ke Malaysia. Jangan tunggu malaikat datang lagi untuk menghapuskannya.

      Tanggungjawab umat, kerajaan dan menteri ialah mencegahnya sejak ia bertunas. Barat tidak dapat berbuat apa-apa bukan kerana mereka suka, tetapi mereka tidak mampu cegah. Apabila ia tidak dapat dicegah, maka mereka halalkan.

      Wajar diberi kaunseling

      Kita jangan sekadar menyatakan ia haram, tetapi mesti bertindak. Tidak boleh dengan tangan, dengan lidah. Tidak boleh dengan lidah, benci ia dalam hati. Ini adalah selemah-lemah iman. Selemah iman itu adalah di sisi tidak beriman.

      Umno/BN tahu rasuah itu haram. Ia biarkan ketika seorang dua menteri melakukannya. Sesudah ia jadi penyakit baru hendak dicegah. Yang mencegahnya ada kuman itu.

      Tidak lagi dapat dicegah apabila ia jadi watak kerajaan. Seolah-olah malaikat datang pada 9 Mei lalu membinasakan rejim itu.

      Kerana ia diganti oleh sistem yang sama, wabak LGBT yang menunggu lama masuk ke saraf kerajaan baru. Nampaknya benci Mahathir atas gejala itu tidak sama dengan bencinya dengan hujung pentadbiran pertamanya dulu.

      Dia pertahan kerajaannya akan selamatkan Islam dengan kembali kepada al-Quran. Tetapi saranannya seolah-olah selari dengan Islam yang Kassim Ahmad fahami.


      Mereka kata LGBT itu haram. Membiarkannya seperti membenarkan sawa naik katil dan mula membelitnya.

      Kerajaan/menteri berkeras. Sewajarnya mereka dikaunseling.

      SUBKY LATIF ialah wartawan veteran dan bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS. Tulisan ini disiarkan kali pertama di harakahdaily dengan judul LGBT: Kerajaan, Menteri Wajar Dikaunseling.

      Delete
  5. Pelik. Kenapa ssh sgt utk naikkan anwar sbg perdana menteri? Apa yg mereka tahu, tp rakyat x tau. Sbg rkyt biasa, aku hanya nmpk anwar adalah calon paling sesuai utk jawatan tertinggi negara. Pengalaman, sepak terajang politik, wibawa, idea, kepimpinan, beragama. Relaks lah azmin, respect lah sikit dgn org tua. Hang nak cepat2 sgt naik pm apasal? Belajar lah cara memimpin dari tok guru hang tu. Baru lah rakyat nmpk. Leceh lah org politik ni. Dah menang, gila jawatan plak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADVERTISE WITH US

      Search
      334 9
      CEP: Kerajaan dalam kerajaan?
      July 27, 2018
      Mengikut ceritanya, CEP adalah untuk membantu kerajaan PH dalam kerja-kerja dan polisi awal sebelum Tun M membentuk Kabinetnya, terutama dalam isu melibatkan skandal SRC International dan 1MDB.
      KOMEN

      CEP tidak bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak juga kepada Kabinet. CEP tidak perlu melaporkan perkembangan kerja dan hasil kerjanya kepada sesiapa kecuali Tun M.

      Oleh Yunus Tasim

      Komen akhbar Straits Times Singapura tentang Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP) banyak kebenarannya. Kita tidak tahu apakah tujuan sebenar akhbar itu, tetapi persoalan yang dibangkitkannya itu bukan hanya timbul dalam kalangan pemimpin PH, malah menjadi kebimbangan majoriti rakyat Malaysia. Apa tidaknya, jika dilihat tindak tanduk CEP mutakhir ini.

      CEP ditubuhkan oleh Tun M setelah Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Pakatan Harapan (PH) ke atas Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-14 yang baru lalu.

      Mengikut ceritanya, CEP adalah untuk membantu kerajaan PH dalam kerja-kerja dan polisi awal sebelum Tun M membentuk Kabinetnya, terutama dalam isu melibatkan skandal SRC International dan 1MDB.



      CEP dianggotai oleh Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Aziz, mantan gabenor Bank Negara Malaysia; Tan Sri Hassan Merican, mantan presiden Petronas; Tan Sri Robert Kuok, ahli perniagaan terkenal dan Prof Dr Jomo, pakar ekonomi bertaraf antarabangsa.

      Tiada siapa boleh menafikan kebolehan dan kepakaran anggota CEP itu. Tetapi apa yang menjadi persoalan ialah bidang kerja dan kuasa yang diberikan kepada badan penasihat itu. Mereka bukan dari kalangan Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Mereka juga bukan dari kalangan senator yang dilantik.

      Walaupun tempoh lantikan CEP katanya setakat 100 hari, yang akan berakhir pada 19 Ogos depan, tetapi ramai percaya tempoh itu akan dilanjutkan atas alasan kerja yang tidak selesai.

      CEP tidak bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak juga kepada Kabinet. CEP tidak perlu melaporkan perkembangan kerja dan hasil kerjanya kepada sesiapa kecuali Tun M.

      Selain itu, CEP dibenarkan untuk memanggil atau “mengarahkan” sesiapa sahaja jika difikirkan perlu. Begitulah luasnya kuasa mereka. Apa yang pasti Ahli Parlimen dan anggota Kabinet tidak mempunyai maklumat tentang apakah yang berlaku dalam CEP.

      Perkara inilah yang menjadi kegusaran pemimpin PH dan sebahagian besar rakyat. CEP seolah-olah merupakan kerajaan dalam kerajaan.

      Pada asalnya CEP bertujuan untuk membuat saranan dan rekomendasi, bukannya membuat keputuan untuk kerajaan. Tetapi kini sudah terlihat tanda-tanda di sebaliknya. YB Khairy Jamaluddin telah suarakan keprihatinannya tentang perkara ini di Parlimen baru-baru ini. Mungkinkah ini disebabkan tiada Ahli pParlimen PH yang bertanya atau takut untuk “menjolok sarang tebuan”?

      Pernah diceritakan pengalaman beberapa pegawai tinggi kerajaan dan ketua GLC yang diminta menghadap Tun Daim – mereka mendakwa seperti “tidak dihormati”, walaupun mereka sedar mereka tidak lagi “layak” berada dalam kerajaan yang diketuai PH.

      Mereka tahu nasib mereka dan akhirnya meletak jawatan secara rela-terpaksa atau menunggu kontrak masing-masing tamat. Semalam sahaja diberitakan giliran Lembaga Pengarah Khazanah meletak jawatan secara beramai-ramai.

      Begitu juga dengan lawatan Tun Daim ke China. Walaupun umum tahu tujuan pertemuan beliau dengan pemimpin China adalah berkenaan projek besar dengan syarikat negara itu, tetapi ketiadaan pegawai Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar bersamanya menimbulkan banyak tanda tanya.

      Dan pastilah tidak akan ada maklumat mengenainya yang akan dilaporkan kepada Kabinet dan Parlimen kerana CEP tidak bertanggungjawab kepada kedua-duanya.

      Rakyat hanya berharap segala yang baik akan terhasil dan hasrat Malaysia Baru tercapai seperti termaktub dalam manifesto PH. Kita tidak mahu Malaysia dan rakyat menjadi mangsa lagi, seperti kata perpatah “keluar dari mulut buaya masuk ke dalam mulut harimau”.

      Delete

    2. isa329 July 2018 at 16:58

      Bila bendaklah yang menggunakan nama GENG NAJIB, justice league dll itu masukkan kopipes hingga seminit tiap satu, maka nampak lah dia gunakan cara Internet Bots atau Robot. Definasi nya ada di komen berikut ini.

      Siapa yang ada masa melayan nya, sila lah. Kalau tidak, biorkan aje, boikot dia. Siapa yang sebut sahaja nama dia, tentu akan menyebabkan dia masuk. Jenis keras kepala, jenis kejarkan bayaran bagi komen2 dia dari Umno DTD.

      Bila dia masuk, letih lah kita mengscroll atas bawah. Ada masa kita bosan, tak dapat ikut perbincangan diantara kita, peserta pro-PH diblog ini. Bila itu berlaku, menang lah dia, tercapai lah sebahagian dari tujuan Umno DTD. Jadi, bergantung lah diatas sesiapa yang mahu melayan nya.

      Melayan dia sudah tentu membikin dia masuk dengan lebih banyak kopipes lagi. Gamak nya membunyikan alarm dilaptop nya yang dia kaitkan dengan komen2 kita yang menyebut dia.

      Saya boikot dia. Ha nya sesekali menjawab, bila yang dikomen atau dikopipes nya nampak bodoh sangat, mahu tunjukkan pembaca bahawa dia mengarut. Tak salah meng-counter comment. Tapi dia mengarut.

      Delete
    3. PAS memang mahu Umno menang kali ini
      Lum Chee Hong | Diterbitkan 29 Jul 2018, 9:11 pagi | Dikemaskini 29 Jul 2018, 10:09 pagi

      A+ A-
      PRK SG KANDIS | Tidak lagi berselindung atau berkias madah, PAS secara terbuka menggesa anggota parti itu mengundi calon Umno pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

      Malam tadi dua pemimpin pusat parti itu mengarahkan anggota PAS supaya memenangkan Datuk Lokman Noor Adam yang bertanding dalam usaha pembangkang merampas kerusi Sungai Kandis daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).

      Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata anggota dan penyokong parti itu perlu mengundi Lokman jika mahu melihat HARAPAN dikalahkan.

      Katanya, PAS berpendirian tidak boleh menerima cara pemerintahan kerajaan sekarang.

      Justeru kata bekas calon parlimen Indera Mahkota tersebut, penyokong PAS perlu memberi "didikan politik" kepada HARAPAN dengan mengalahkan Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

      “Setuju tak saya kata HARAPAN kena kalah? Kalau tidak setuju dan HARAPAN menang, anda tidak fikir masalah LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan Islam? Jawapannya, kena kalah.

      “Untuk mengalahkannya, kena undi siapa? Itu dia ada situ,” katanya kepada penyokong Pas sambil menunjuk ke arah Lokman yang turut hadir di majlis ceramah berkenaan.

      Bertakbir bersama-sama

      Lokman adalah salah seorang tokoh memeriahkan ceramah perdana Bangkit PAS Selangor di Markas PAS Kota Raja di Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam, malam tadi.

      Nasruddin juga mengingatkan HARAPAN akan menang pada PRK berkenaan jika PAS memboikot atau tidak keluar mengundi pada 4 Ogos nanti.

      Puncanya kata Nasrudin ada ramai anggota dan penyokong PAS di kawasan berkenaan.



      Katanya pada PRU lalu PAS mendapat lebih 7,000 undi dan mendakwa kini jumlah sokongan kepada parti itu mencapai hampir 15,000 undi.

      "Jika kita boikot maknanya HARAPAN akan mempunyai kelebihan 15,000 atau 7,000 undi sebab undi kita tidak masuk (bertanding).

      Sementara itu seorang lagi pemimpin kanan PAS yang berucap ialah anggota Jawatankuasa Pusat PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.



      Kata anggota parlimen Kuala Nerus itu PAS menunjukkan kebersamaan untuk menolak HARAPAN dan bagi mencapai matlamat itu mereka mesti memenangkan calon Umno.

      “Untuk PRK Sungai Kandis, kita perlu mengambil satu sikap yang menguntungkan Islam dan ia mengajar kita menolak kerosakan lebih baik daripada mendapat nasihat.

      “Kerosakan telah ditunjukkan oleh HARAPAN walaupun dua bulan memerintah sama ada dari segi agama, ekonomi, sejarah yang diputar belit, raja-raja dihina, bahasa Melayu dipinggirkan dan ia adalah kerosakan kepada negara," katanya.

      Khairuddin yang juga bendahari Dewan Ulama PAS Pusat berkata tiada pilihan buat parti itu melainkan mengajak semua pengundi Sungai Kandis untuk menolak HARAPAN sebagai isyarat mereka tidak bersetuju dengan agenda yang dibawa kerajaan.

      "Kerana itulah pilihan kita pada PRK kali ini, tunjukkan kebersamaan kita menolak HARAPAN dengan sama-sama kita menangkan calon Umno, iaitu Datuk Lokman Adam.
      "Untuk itu saya mengajak tuan-tuan bertakbir semoga Allah memberikan kemenangan kepada apa yang kita mahu," katanya sambil mengetuai laungan takbir.

      Dalam pada itu, Lokman berkata beliau terharu dengan sokongan diberikan PAS kerana beliau memang benar-benar memerlukannya, di samping berharap mendapat sokongan masyarakat India dan penyokong PKR.

      “Pada PRU lalu, saya lihat BN berjaya memperoleh 25 peratus undi daripada (kira-kira 15,000) masyarakat India dan saya berharap kira-kira 40 hingga 50 peratus pengundi India akan menyokong kami kali ini,” katanya.

      Delete
  6. Sobat2 sekelian...Tular berita bahawa Nik Nazmi bakal betanding Naib Presiden, manakala YB Fauziah akan bertanding Ketua Wanita PKR dan YB JB aakn betanding ketua Prmuda. Nampak gayanya kartel Azmin akan menghadapi pertandingan yang sengit dari kartel Anwar untuk jawatan2 tersebut.

    Kartel Azmin sekarang ni tengah panas bontot kerana kartel Anwar semakin ligat meletakkan calon2 mereka dalam setiap jawatan2 penting dalam parti. Penganalisa2 politik tempatan merasakan pemilihan kali ini akan dijadikan medan untuk membunuh terus semua ahli2 kartel Azmin hingga ke akar umbi. Apa tah lagi Pizi mdah keluarkan amaran bahawa sesapa saj yang tak sebulu dengan Anwar akan dinyahkan mereka dari parti. Nampak sangat Anwar dah berikan seluruh kepercayaan kepada Pizi untuk mengambil langkah2 yang difikirkan sesuai untuk memastikan matlamat tersebut tercapai.

    Azmin dan kartelnya takde pilihan lagi..by hook or by crook, mereka akan memastikan Anwar, Pizi dan balaci2 mereka takkan dapat memijak kartel Azmin sesuka hati. Masa ini lah sokongan penuh dari Tun M, Mat Syabu dan DAPigs sangat2 dituntut oleh Azmin. Tanpa sokongan mereka, pastinya Azmin serta kartelnya akan menjadi makanan kepada kartel Anwar.

    YB Mak Lampir yang menjadi sekutu Azmin yang paling kuat perlu memainkan peranan untuk terus menggembelingkan sokongan dari wanita PKR atas kapasitinya sebaagi menteri dan ketua wanita. kelebihan berada di kartel Azmin kerana mendapat tujuk ajar dari Tun M yang memang terkenal dengan kelicikan taktik politiknya. Pengalaman Tun semasa melawan KU LI untuk jawatan presiden UMNO dulu menjadi bukti kematangannya dalam politik. Dah tentu ada taktik2 politik yang akan diturunkan kepada Azmin dalam menghadapi Anwar nanti. Jangan lupa..Tun Daim yang jadi pengerusi council of orang2 tua kooeh tu pastinya akan berada di pihak Azmin. Dari dulu lagi dia ni tak suka Anwar sampaikan dia keluarkan kenyataan mengingatkan Anwar agar jangan terlalu tergesa2 dan ghairah sangat nak jadi PM ke 8. Tunggu aje lah turnnya..

    Azmin takkan lawan Pizi...apa barang nak lawan Pizi, takde standard pun dengan Azmin..kira bawah tapak kaki dia aje. Lawannya ialah Anwar..baru lah bulu bertemu ruas.

    Kalau lah ditakdirkan Azmin kalah pun, dia takkan dipinggirkan oleh Tun. Jawatan menteri tu tetap dikekalkan atas kuasa prerogatif PM. Ada kemungkinan besar juga Azmin akan melompat masuk BERSATU dan diberikan jawatan Timbalan Presiden yg bakal dikosongkan oleh Mokrez. Ke mana pulak Mokrez nak pergi..itu aku dah bayang2kan dalam posting Budin yang lepas. Sila rujuk semula posting tu.

    Apa2 hal...Azmin tau hidup mati kariernya bergantung kepada outcome pertandingan ni. Jika dia berjaya mencaturkan taktik2 politiknya dengan betul..dengan bantuan dari Tun M dan Tun Daim..ada kemungkinan besar dia bakal bergelar Presiden PKR dalam bulan Ogos akan datang ni. Sama2 lah kita tunggu kesudahan sinetron dalam PKR ni !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADVERTISE WITH US

      Search
      19
      Tarian gelek ketika kutipan Tabung Harapan, apa kata Zawawi, soal Lokman
      FMT Reporters | July 26, 2018
      Calon BN itu berkata jika calon PH terbabit tidak mampu menyanggah keputusan dibuat pimpinan tertinggi, lebih baik pengundi DUN Sungai Kandis sokong BN.

      Lokman Noor Adam mempertikai keputusan PH memanggil tarian gelek LGBT untuk mengutip derma bagi THM.

      PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam persoal apakah pendirian Mohd Zawawi Ahmad Mughni berhubung isu tarian gelek sewaktu kutipan derma Tabung Harapan Malaysia (THM).

      Lokman berkata, jika calon Pakatan Harapan (PH) itu tidak mampu menyanggah keputusan dibuat pimpinan tertinggi, adalah lebih baik jika pengundi DUN Sungai Kandis memberikan undi kepada BN.

      “Agaknya apa pendirian ustaz terhadap keputusan PH memanggil tarian gelek LGBT untuk mengutip derma bagi Tabung Harapan ya?

      “Mampukah seorang Adun PH menyanggah perdana menteri atau timbalannya? Jika tidak, serahkan tugas itu kepada pembangkang dengan mengundi BN pada 4 Ogos depan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



      Dalam rakaman video berdurasi 15 saat itu, memaparkan beberapa wanita menari dengan mendedahkan aurat sewaktu majlis kutipan derma THM pada 25 Julai lalu.

      Sejak ditubuhkan, THM sehingga ke hari ini sudah mengumpul sumbangan sebanyak RM162 juta setakat jam 3 petang tadi.

      Terdahulu, Lokman berjanji akan mempertahankan Maahad Tahfiz Al Fateh, yang mana Zawawi merupakan pengetua di sekolah agama berkenaan.

      “Jika mahu selamatkan pusat tahfiz, undilah saya. Saya akan pertahankan hingga darah terakhir saya. Ini janji saya,” katanya.

      Mengulas lanjut, Lokman meminta pengundi yang tidak berpuas hati dengan PH selepas 70 hari memerintah negara agar menyuarakan bantahan mereka melaluinya.

      “Pada 4 Ogos ini, bukan hendak pilih saya atau Zawawi tapi pungutan suara. Kalau anda berpuas hati undilah PKR. Tapi sekiranya anda merasakan PH perlu penuhi janji, undilah saya,” katanya.

      Delete

    2. Aku salin komen2 Isa3 di blog pos yang lalu bagi pengtahuan pembaca2 yng tidak biasa di blog ini:

      isa329 July 2018 at 16:59

      INTERNET BOTS

      An Internet Bot, also known as web robot, WWW robot or simply -bot-, is a software application that runs automated tasks (scripts) over the Internet. Typically, bots perform tasks that are both simple and structurally repetitive, at a much higher rate than would be possible for a human alone.

      It is software that performs an automated task over the Internet. More specifically, a bot is an automated application used to perform simple and repetitive tasks that would be time-consuming, mundane or impossible for a human to perform
      Bots can be used for productive tasks, but they are also frequently used for malicious purposes.

      The term "bot" comes from robot. An Internet bot may also be known as a Web robot or WWW robot.

      https://www.techopedia.com/definition/24063/internet-bot

      Delete
    3. GENG NAJIB yang NAJIS sebut "kartel Azmin .. kartel Anwar". Memang jenis gengster, hoodlum, penjenayah. Depa saja yang gunakan istilah begitu.

      Kartel KEPALA BAPAK DIA.

      Delete
    4. GENG NAJIB yang NAJIS kata, "Masa ini lah sokongan penuh dari Tun M, Mat Syabu dan DAPigs sangat2 dituntut oleh Azmin."

      KEPALA HOTAK DIA. Melulu mengata begitu tanpa bukti, alasan dan fakta. Ha nya pemikiran kotor dia, banyak sangat makan tahi NAJIS.

      Entah apa sokongan yang di maksudkan nya tiada siapa yang tahu. Kepala nya mereng, sudah di nasihatkan pigi jumpa doktor pakar sakit jiwa.

      Delete
    5. Sobat ku..Kenapa marah banget pagi2 ni sih...baru lepas pekena ketum berperisa ribena ke haah ??

      Ialah logik akalnya..takkan lah Tun nak biarkan Azmin sorang2 melawan Anwar. Dia kan anak didik dan proksi Tun sejak balik dari US dulu. kalau Azmin tak mimtak sokongan darinya pun..sebagai orang yang diibaratkan sebagai bapa politiknya dah tentu akan dibackingnya Azmin habis2an.

      By hook by crook, Tun M akan pastikan Azmin bakal menang lawan Amwar..kalau tak kedudukan PMnya akan tergugat. Azmin menang..Tun lah orang yang paling gembira dalam dunia ni bhai !!!

      Delete
    6. Najib: Himpunan Ummah bukti rakyat tak senang pada HARAPAN
      Diterbitkan 28 Jul 2018, 9:21 malam | Dikemaskini 28 Jul 2018, 9:27 malam

      A+ A-
      Himpunan Kebangkitan Ummah yang menarik penyertaan 1,000 peserta hari ini menunjukkan orang ramai tidak senang dengan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

      Jelasnya, tindakan-tindakan yang diambil kerajaan sejak menang pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu mengancam institusi Melayu dan Islam di dalam negara.

      "Mereka telah dengan sendirinya bangkit tunjuk kemarahan mereka ke atas perkara ini yang amat tidak disenangi mereka.

      "Sokongan rakyat makin menurun terhadap kerajaan berdasarkan apa mereka telah lakukan sejak 9 Mei," katanya kepada pemberita di Sungai Kandis hari ini.

      Himpunan Kebangkitan Ummah yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, di Kuala Lumpur petang tadi dikatakan mendapat sokongan 300 NGO Melayu-Muslim.

      Turut hadir adalah pemimpin Umno dan PAS, selain bekas menteri Tan Sri Rais Yatim yang kini merupakan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
      Mengulas kehadiran Rais, Najib berkata bekas menteri itu "memang merupakan pejuang bahasa".

      "Rais memang pejuang bahasa, kredibilitinya akan dipersoalkan jika dia tidak hadir (himpunan ini) atau bercakap secara terbuka," katanya.

      Rais merupakan antara yang menimbulkan kebimbangan terhadap isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), 'ancaman' golongan LGBT, dan menggesa agar status bahasa Malaysia diperkasakan.

      Delete
  7. Saya tidak bermasalah jika Azmin tidak bantu Anwar jadi PM. Malah, saya minat dia buat begitu. Sebab saya ragu jika Anwar boleh jadi seorang PM yang baik.

    "Sexual inclination" nya bikin saya ragu. Bila sudah begitu, di negara yang tidak liberal saperti US dll, rasional nya menjadi tanda soal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengarah Khazanah letak jawatan selepas dikritik Dr M
      FMT Reporters | July 26, 2018
      Azman dan lembaga pengarah Khazanah mengadakan mesyuarat pada petang Selasa dan memutuskan untuk menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh yang kemudiannya diserahkan kepada pentadbiran perdana menteri.

      Keputusan menyerahkan surat tanpa tarikh bertujuan memberi Dr Mahathir kata putus untuk menentukan siapakah yang harus pergi atau kekal di Khazanah, kata pegawai yang rapat dengan perkembangan tersebut.

      PETALING JAYA: Pengarah Urusan Khazaah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar dan 8 ahli lembaga pengarah dana kerajaan itu mengemukakan peletakkan jawatan mereka dalam perkembangan yang dijangka mendorong lebih banyak perubahan pengurusan atasan melibatkan syarikat milik kerajaan dalam masa terdekat, lapor akhbar Straits Times (ST) Singapura hari ini.

      Pegawai kanan kerajaan dan eksekutif kewangan yang rapat dengan perkembangan itu memberitahu ST, Azman dan lembaga pengarah Khazanah mengadakan mesyuarat pada petang Selasa dan memutuskan untuk menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh yang kemudiannya diserahkan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Pegawai memberitahu, mesyuarat yang dipengerusikan pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah, Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof membuat keputusan sebulat suara bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir yang memenangi pilihan raya umum 9 Mei lepas, harus dibenarkan untuk menentukan struktur kepimpinan baru dana kerajaan itu.

      Keputusan menyerahkan surat tanpa tarikh bertujuan memberi Dr Mahathir kata putus untuk menentukan siapakah yang harus pergi atau kekal di Khazanah, kata pegawai yang rapat dengan perkembangan tersebut.



      Percubaan ST mendapatkan respons daripada pengarah dan eksekutif Khazanah berkenaan perkara itu tidak mendapat balasan.

      Lembaga pengarah semasa Khazanah terdiri daripada tokoh korporat Malaysia paling penting dan proses mencari pengganti mereka, sekiranya berlaku, akan diperhati secara dekat oleh pelabur tempatan dan luar negara.

      Selain daripada Azman dan Mohammed Nor, pengarah lain adalah bekas tokoh perbankan Tan Sri Mohamed Azman Yahya dan Datuk Mohammed Azlan Hashim; bekas pegawai bank pusat, Andrew Sheng Len Tao, yang sebelum ini bertugas sebagai timbalan ketua eksekutif Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong; Tan Sri Raja Arshad Raja Uda, bekas pengerusi dan rakan kongsi kanan firma PriceWaterHouseCooper Malaysia; Datuk Nazir Razak, pengerusi kumpulan CIMB dan adik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak; Datuk Nirmala Menon, eksekutif sektor insurans yang dihormati dan tokoh perbankan, Yeo Kar Peng.

      Spekulasi berhubung perubahan dalam kepimpinan Khazanah tercetus 2 minggu lepas apabila Dr Mahathir secara terbuka mengkritik dana kerajaan itu, yang diasaskannya pada 1994 sewaktu beliau pertama kali menjadi perdana menteri.

      Dr Mahathir mendakwa Khazanah telah lari dariada tujuan asalnya dan bertukar menjadi alat kerajaan sebelum ini memberi ganjaran kepada ahli politik dan bukan-profesional dengan jawatan dan pakej gaji mewah.

      “Syarikat berkaitan kerajaan ini mengalami kehilangan wang tetapi gaji pegawainya terlalu tinggi dan mereka menikmatinya tanpa menghiraukan sama ada syarikat untung atau tidak,” kata beliau dalam temu bual terbaru dengan portal berita perniagaan berpangkalan di Hong Kong, Investine.

      Portfolio Khazanah merangkumi sebahagian daripada syarikat tersenarai Malaysia yang paling besar dan strategik, seperti syarikat telekomunikasi utama Telekom Malaysia dan operator serantaunya Axiata Group, syarikat kewangan utama CIMB Group Holdings, syarikat tenaga kebangsan Tenaga Nasional, pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings dan IHH Healthcare.

      Khazanah juga merupakan pemilik tunggal syarikat penerbangan negara yang bermasalah, Malaysia Airlines.

      Delete

    2. isa329 July 2018 at 17:00

      DIA SUDAH KENA TANGKAP RED HANDED MENGGUNA MULTIPLE NICS, saperti dibuktikan berikut:

      Kopipes2 berikut ditarikh yang sama, dimasa yang berbeza 1,2,3 minit sahaja, menunjukkan dimasukkan orang yang sama tapi menggunakan nama yang berlainan:

      GENG NAJIB13 July 2018 at 08:08
      Apa citer pulak ni..

      lebaimodern13 July 2018 at 08:12
      APA HEBAT NYA BANGSA MELAYU

      lebaimodern13 July 2018 at 08:13
      APA HEBATNYA HUDUD

      lebaimodern13 July 2018 at 08:15
      KENAPA SISTEM BERAJA PERLU DIPERTAHANKAN

      GENG NAJIB13 July 2018 at 08:17
      Dulu masa era Reformasi

      lebaimodern13 July 2018 at 08:23
      KENAPA INSTITUSI ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN

      lebaimodern13 July 2018 at 08:27
      APA ERTINYA ANDA MENGAKU MUSLIM

      lebaimodern13 July 2018 at 08:28
      APA ERTINYA ANDA MENGAKU SEORANG BERIMAN

      lebaimodern13 July 2018 at 08:31
      APA HEBATNYA ALQURAN

      Bodoh nya dia - tunjukkan pattern pulak dengan beberapa perkataan permulaan kopipes tu saperti

      "Apa citer .. APA HEBATNYA .. APA ERTINYA .."

      Apa saja dibuat nate' yang dibayar Umno Dirty Tricks Dept nih. Untuk mempropaganda Najib/Umno, sabotaj PH, dll.

      KEPALA BAPAK DIA.
      PMD (yang nih tak boleh dieja, censored).

      Delete
    3. Satu lagi peletakan jawatan kerana 'nepostisme, kronisme' dalam PKR
      Diterbitkan 28 Jul 2018, 5:00 petang | Dikemaskini 28 Jul 2018, 5:11 petang

      A+ A-
      Pergolakan dalaman PKR Selangor berhubung lantikan ahli majlis hari ini menyaksikan seorang lagi pemimpin sayap Pemuda parti itu meletakkan jawatan.

      Melalui kenyataan medianya, pemangku ketua Pemuda PKR cabang Sabak Bernam Abdul Mutalib Ahmad berkata dia meletakkan jawatan kerana partinya "menidakkan" sumbangan sayap Pemuda cabang yang dipimpinnya.

      Ini kerana, jelasnya, tiada sayap Pemuda Sabak Bernam yang dilantik dalam kerajaan tempatan.

      "Apakah benar anak muda tidak menyumbang? PKR cabang Sabak Bernam harus muhasabah dan rasional mengenai pelantikan (ahli majlis) ini. Anak mudalah antara penggerak parti ini (PKR) sedari awal penubuhannya pada 1998.

      "Dan menguatkan lagi kenyataan ini apabila hanya anak muda yang terlibat mewakili parti keramat tersebut dalam jawatankuasa pilihan raya peringkat DUN dan parlimen Sabak Bernam.

      "Di mana yang lain? Di mana anda semua yang dilantik saat anak muda memasang bendera, menguruskan pentadbiran pilihan raya, berjalan kaki melaksana kempen dan berbagai lagi," katanya.

      Peletakan jawatan Abdul Mutalib itu menyusul sehari selepas peletakan jawatan Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman.

      Selain Syed Badli, dua pemimpin peringkat cabang PKR bagi kawasan Sepang semalam turut tampil mengecam amalan "kronisme dan nepostisme" yang didakwa terjadi di dalam PKR Selangor dalam lantikan ahli majlis.

      Mengulas lanjut, Abdul Mutalib mengulangi dakwaan serupa dan menyifatkan parti itu hanya mendahulukan "kaki ampu".

      "Yang jelas parti ini hanya mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam setiap keputusan politik yang dibuat.

      "Hanya yang berkepentingan dan kaki ampu saja didahulukan. Tidak lagi mengenengahkan konsep bakat dan pembangunan anak muda. Ampu dan keluarga sendiri lebih mustahak daripada matlamat perjuangan," katanya.

      Abdul Mutalib menambah, tindakannya meletakkan jawatan adalah sebagai bersolidariti dengan rakan-rakannya yang lain bagi "menyedarkan" pucuk pimpinan tentang "kekotoran" yang terjadi di dalam parti.

      Selain jawatan dalam PKR, Abdul Mutalib turut meletakkan jawatan sebagai pengerusi sekretariat Pemuda Pakatan Harapan bahagian Sabak Bernam yang dijawatnya sejak 2016.


      Abdul Mutalib bagaimanapun menegaskan bahawa amalan itu hanya melibatkan segelintir pemimpin PKR dan tidak menggambarkan keseluruhan pucuk pimpinan.

      Menteri Besar Selangor Amirudin Shari semalam menafikan dakwaan Syed Badli dan menyifatkan pembahagian jawatan lantikan politik di negeri itu dibuat melalui sistem yang "adil dan demokratik" oleh jawatankuasa yang mengambil kira pandangan dan cadangan daripada semua pihak.

      Amirudin menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan pengerusi PKR Selangor.

      Malaysiakini sedang cuba mendapatkan respons pemimpin PKR Selangor berhubung perkara ini.

      Delete
  8. Rafizi tidak dipilih Tun Dr Mahathir bagi jawatan di Jemaah Menteri nya. Nama nya mesti lah dikemukakan Dr Wan Azizah.

    Oleh itu, peluang nya menjadi menteri ha nya terletak di tangan Anwar kalau dia jadi PM. Maka perlu lah dia bantu Anwar jadi PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tidak mendoakan apa2 yang tak baik berlaku kapada binatang yang pakai nama GENG NAJIB, justice league dll itu.

      Ha nya yang membikin dia tidak lagi sentiasa memgkopipes di dalam blog ini.

      Apa dia? Itu terserah kapada Allah SWT.

      Delete
    2. Kerajaan HARAPAN jangan abai tuntutan NGO Islam'
      Anne Muhammad & Alyaa Alhadjri | Diterbitkan 28 Jul 2018, 4:52 petang | Dikemaskini 28 Jul 2018, 5:10 petang

      Item 1
      Item 2
      Item 3
      A+ A-

      Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) - pengajur Himpunan Kebangkitan Ummah hari ini - Aminuddin Yahaya mendesak kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar lebih terbuka dalam mendengar tuntutan NGO Islam di negara ini.

      "Jika lebih teruk layanan terhadap kami, ini bukan (Malaysia) baru, tetapi haru-biru. Kita harap kerajaan ini betul-betul baru - lebih baik dan konstruktif," katanya.

      Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Himpunan Kebangkitan Ummah yang disertai lebih 1,000 hadirin di padang Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.

      Beliau mendakwa telah menghantar enam tuntutan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) tetapi tidak dilayan.

      "Kita kecewa kerana tahu Datuk S Ambiga ada dalam IRC, mungkin itu (sebabnya) mereka tidak melayan tuntutan kita," katanya yang juga timbalan presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

      Antara isu yang dibangkitkan dalam himpunan itu adalah isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), pemerkasaan bahasa kebangsaan dan tanah rizab Melayu.



      Aminuddin berkata himpunan itu adalah luahan kegusaran kalangan umat Islam dan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan.

      "UMMAH menuntut kerajaan segera membaiki kepincangan yang sedang dan bakal berlaku.


      "Kami tidak menolak akan ada siri himpunan yang lebih besar di negeri-negeri jika tiada tindakan daripada mereka," katanya lagi.

      UMMAH menyatakan enam resolusi kepada kerajaan, antaranya tindakan kerajaan haruslah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan tanpa menjejaskan perpaduan dan keharmonian antara agama.

      Selain itu, gabungan NGO itu menuntut hak istimewa Melayu dan kedudukan Islam tidak digugat dan penolakan terhadap pengiktirafan UEC.

      Selain pemimpin NGO, himpunan yang bertemakan 'Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam' turut dihadiri beberapa pemimpin Umno dan PAS, antaranya Datuk Takiyuddin Hassan, Nasrudin Hassan, Datuk Asyrat Wajdi Dusuki dan Datuk Lokman Noor Adam.

      Delete
  9. Anwar bahru berumur 70 tahun, masih ada banyak masa bagi dia mnjadi PM.

    Tun Dr Mahathir perlu diberi kurang kurang nya satu penggal penuh sebagai PM untuk memulihkan keadaan yang begitu teruk di negara ini dibuat Najib.

    Najib telah meruntuhkan "the moral fabric of Malaysian society" sebab mencuri, merompak dan melanun duit rakyat, kata Tun Dr Mahathir. Ramai yang tidak hormatkan Perlembagaan negara dan undang undang sebab kurang takutkan pihak berkuasa akibat pendirian dan tingkah laku Najib.

    Memulihkan keadaan itu semua memerlukan masa yang lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NGO gesa mufti bersuara dalam isu berkaitan Islam
      Faisal Asyraf | Diterbitkan 27 Jul 2018, 6:24 petang | Dikemaskini 27 Jul 2018, 6:29 petang

      Item 1
      Item 2
      A+ A-
      Sebuah pertubuhan yang menggelarkan diri mereka sebagai Majlis Tindakan dan Badan Penyelaras NGO Islam Malaysia menggesa para mufti untuk bersuara dalam isu berkaitan orang Islam di negara ini.

      Mereka menyatakan desakan itu dalam satu perhimpunan di Masjid Negara hari ini yang disertai kira-kira 50 hadirin.

      Koordinatornya Yahya Long Ali berkata, kerajaan dan pembangkang tidak senada dalam isu berkaitan sensitiviti orang Islam yang menurut mereka tidak diselesaikan sehingga kini.

      Beliau berkata, antara isu itu adalah budaya LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender), Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355, sekolah tahfiz dan hak institusi Islam dan Raja-raja Melayu.

      Mufti adalah satu badan yang tinggi..mereka boleh keluarkan fatwa..kita nak dia berani bersuara dan bertegas dalam soal melibatkan Islam.

      "(Mufti) Tak boleh ikut arahan ketua masing-masing," katanya di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur selepas sembahyang Jumaat tengah hari tadi.

      Beliau mendakwa wakil sejumlah 30 NGO hadir ke perhimpunan itu, termasuk daripada Wanita Intifada Negara dan Gerakan Pembela Ummah Kedah.

      Yahya berkata isu RUU355 dibahaskan sejak pentadbiran BN lagi namun sehingga kini tidak selesai, kerana pemimpin beragama Islam dalam kerajaan dan pembangkang tidak bersatu.

      Delete
  10. Saya lebih minat Azmin menjadi PM daripada Anwar. Sebab saya tidak terbaca dia rasuah semasa dia pegang jawatan MB Selangor.

    Orang2 politik yang pegang kuasa biasa nya terlibat dengan rasuah. Bagi Anwar, baca lah Surat Sumpah oleh Abdul Murad Bin Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang di tuduh "failing to disclose truthfully information on Ben Harta Sdn Bhd (BHSB) shares and 51 of its properties allegedly held for my benefit pursuant to section 87(2)(c) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA)."

    Terdapat di

    https://groups.google.com/forum/#!topic/soc.culture.malaysia/Jxot-HnyAjY

    (Click that link above, go a bit lower into the page to see the Statutory Declaration. On Thu, 28 Oct 1999, *m*f* wrote "STATUTORY DECLARATION ...")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno kutuk NGO samakan LTTE dengan perjuangan Palestin
      Diterbitkan 27 Jul 2018, 2:06 petang | Dikemaskini 27 Jul 2018, 2:18 petang

      A+ A-
      ULASAN | Umno terkejut dengan kenyataan pertubuhan bukan-kerajaan (NGO) Malaysian Tamillan Today yang menyamakan perjuangan pertubuhan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), dengan perjuangan Palestin.

      Kami mengutuk keras kenyataan presidennya N Shanmugam dan mendesak rakyat Malaysia serta umat Islam menolak pendirian NGO ini.

      Perlu diingat bahawa asas perjuangan LTTE yang diasaskan oleh Vellupillai Prabhakaran pada tahun 1976 ialah bagi menuntut kerajaan Sri Lanka memberi autonomi di wilayah timur laut negara itu, atau sebuah negara merdeka bagi orang Tamil.

      Meskipun mereka mendakwa sudah menduduki wilayah Jaffna dan Batticaloa sejak 20,000 tahun lalu dan adalah rakyat keturunan Tamil Sri Lanka, sebuah negara berdaulat dan merdeka.

      LTTE melancarkan serangan gerila dan membunuh ramai orang awam yang tidak berdosa serta merosakkan harta benda awam dalam memperjuangkan tuntutannya.

      Dalam erti kata lain, mereka mahukan sebuah negara untuk orang Tamil di dalam sebuah negara merdeka, serta menentang kerajaan Sinhala di Colombo.

      Berlainan dengan penduduk Palestin, mereka menerima pendatang Yahudi di bawah Perisytiharan Balfour tahun 1926, dan membenarkan satu penempatan dikhususkan untuk mereka ketika itu.

      Tetapi Yahudi Israel sedikit demi sedikit menjajah tanah nenek-moyang mereka dan melancarkan Perang Enam Hari pada 1967 untuk meluaskan cengkaman mereka ke atas bumi Palestin.

      Dengan rang undang-undang Bumi Yahudi minggu lepas, semua tanah Israel dan wilayah Arab yang didudukinya menjadi hak Yahudi, sekali gus menyekat sebarang tuntutan Palestin dan umat Islam ke atas Baitulmuqaddis atau Jerusalem.

      Rakyat Palestin ditindas di negara sendiri, berlainan dengan LTTE yang ingin membina wilayah sendiri di dalam sebuah negara berdaulat, meskipun mereka sendiri adalah rakyat Sri Lanka. Namun, mereka enggan menjadi warganegara Sri Lanka dan mahukan negara sendiri.

      Hal ini samalah dengan tuntutan keturunan Sikh pimpinan Harchand Singh Longowal, rakyat India yang mahu menuntut penubuhan sebuah negara Khalistan di bumi India, suatu masa dahulu.

      Kaji semula NGO berkenaan

      Janganlah jadikan Palestin sebagai asas untuk menyokong pertubuhan pengganas LTTE. Buatlah kajian sejarah terlebih dahulu.

      Sebagai rakyat Malaysia, ternyata NGO ini boleh menjadi ancaman kepada negara ini. Umno dengan itu mendesak kerajaan mengkaji semula kewujudannya dan menyiasatnya.


      Seperti Gerakan Acheh Merdeka (GAM), Umno tidak pernah menyokong perjuangan mereka untuk menubuhkan negara asing di wilayah Indonesia.

      Jadi, berhati-hatilah apabila mengeluarkan kenyataan. Kita bimbang pendirian sebegini akan mewujudkan suasana tidak baik kepada rakyat dalam negara ini.

      DATUK DR SHAMSUL ANUAR NASARAH ialah Ketua Penerangan Umno.

      Delete
  11. Yeah..Budin dah bau2 pembangkang..seronokkan Budin..jadi penyokong parti memerintah memang x syok..rating blog pun menurun..bosan..jadi pembangkang syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. DBP mahu diajak berbincang isu UEC
      Zulaikha Zulkifli | Diterbitkan 27 Jul 2018, 2:03 petang | Dikemaskini 28 Jul 2018, 11:02 pagi

      A+ A-

      Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyokong kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik agar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dikaji secara menyeluruh.

      Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom bagaimanapun berkata, agensi itu juga berpendirian sebarang keputusan berkaitan UEC perlu mengambil kira Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 serta Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

      Malah, beliau juga bersetuju supaya mata pelajaran sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus selain Bahasa Malaysia untuk pemegang UEC.

      "Mata pelajaran sejarah mesti masuk sebagai kajian holistik yang menyeluruh (oleh kementerian pendidikan).

      "Kita perlu ambil kira kepentingan Malaysia. Ia berkait rapat dengan perpaduan negara kerana isu pertama ialah kedaulatan bahasa Melayu," katanya pada sidang media di ibu pejabat DBP di Kuala Lumpur hari ini.

      Selain itu, DBP turut berharap agar peranan agensi berkenaan diambil kira oleh kementerian pendidikan dalam menentukan hala tuju UEC.


      Meskipun ketika ini masih belum dipanggil untuk berbincang mengenai perkara berkenaan, Mohamed Hatta berkata, DBP sentiasa bersedia dan terbuka untuk bertemu dengan pihak kementerian.

      "Setahu saya (DBP) belum dipanggil tapi kita ada perbincangan yang tidak formal dengan pejabat menteri dan menteri sendiri.

      "Kalau kita tidak dipanggil, kami mahu dipanggil kerana kita prihatin dan kita perjuangkan kedaulatan bahasa Melayu dan keutuhan serta perkembangan sastera.

      "Ini berkaitan perpaduan negara," ujarnya lagi.

      Delete
  12. Akhbar Strauts Times Spore kata Tun Dr Mahathir hentam Khazanah Nasional kerana syarikat pelaburan negara itu kerugian RM 3 bilion dalam pelaburan di zaman Al Jibo.

    Laporan itu menyebut Khazanah pada tahun 2008 "memulakan strategi pelaburan yang sangat sulit" yang mana sayarikat itu meletakkan dananya dengan pengurus bank berpengalaman, Luqman Arnold.

    Melalui kumpulan pelaburannya, Olivant, Luqman Arnold juga menguruskan beberapa institusi besar kewangan Eropah.

    Pelaburan berkenaan digelar sebagai "Operation Twist" yang kemudian menjadi "Operation Red" yang melibatkan Khazanah, bersama dengan Olivant dan Bank Santander dari Sepanyol yang bertindak sebagai rakan kongsi, memperoleh kepentingan 2.6 peratus di Bank Swiss, UBS.

    Seluruh saham di UBS diuruskan oleh Lehman Brothers, yang pada tahun 2008 difailkan muflis.

    "Bagaimanapun, perjanjian itu terbatal ketika Lehman Brothers bangkrup pada akhir September 2008.

    "Keseluruhan pemegangan saham di UBS telah disimpan di dalam akaun-akaun yang diuruskan oleh bank Wall Street yang gagal, yang mengakibatkan kerugian pelaburan Khazanah bernilai RM3 bilion," kata laporan itu.
    Pegawai kerajaan kanan yang mengetahui hal ehwal dana itu berkata Al Jibo telah membuat rujukan tersendiri mengenai masalah kewangan setelah keruntuhan Lehman," katanya.

    Laporan itu berkata Mahathir, sejak memimpin Pakatan Harapan dalam pentadbiran persekutuan, telah menolak beberapa permintaan untuk pelantikan daripada pengarah urusan Khazanah Azman Mokhtar, yang membawa kepada peletakan jawatan lembaga pengarah urusan syarikat GLC itu secara beramai-ramai.

    Mahathir mengalu-alukan perletakan jawatan pengarah urusan dan ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad bagi "membolehkan kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut” berdasarkan polisi pentadbiran baru yang sedia ada.

    Dah lah curi RM2.6 billion dari 1MDB, di buat nya Khaznah rugi RM3 billion. Al Jibo bedebah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melayu kaum pendatang di Tanah Melayu?
      Mohd Hazmi Mohd Rusli | Diterbitkan 27 Jul 2018, 1:36 petang | Dikemaskini 27 Jul 2018, 1:42 petang

      A+ A-
      ULASAN | Malaysia lahir dari negeri-negeri Tanah Melayu yang merdeka pada tahun 1957. Ia kemudiannya menjadi Malaysia setelah penyatuan bersama Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 (Singapura menyertai Persekutuan tetapi dikeluarkan pada tahun 1965).

      Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan bahawa hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu di Malaysia, yang merupakan kaum bumiputera di negara ini, akan dilindungi sewajarnya.

      Terdapat segolongan kecil rakyat Malaysia yang memperkatakan bahawa orang-orang Melayu bukanlah orang asal di negara ini tetapi adalah pendatang dari Indonesia.

      Ini dinyatakan secara jelas dalam artikel terbitan Free Malaysia Today (FMT) berjudul “The Sungai Kandis question: Do Malays want to be Malaysian”.

      Malah, seorang tokoh politik DAP, Chong Eng, juga pernah mengatakan pada tahun 2011 bahawa masyarakat Melayu di Malaysia adalah pendatang dari Indonesia.

      Apakah benar orang-orang Melayu pendatang di Tanah Melayu?

      Kepulauan Melayu/ Nusantara

      Bangsa Melayu pernah menjadi pelaut yang hebat. Bangsa ini telah melebarkan pengaruh mereka ke wilayah kepulauan di Asia Tenggara, yang lebih dikenali sebagai Nusantara, menerusi beberapa empayar maritim.

      Kerajaan Melayu terawal yang pernah wujud di Nusantara adalah Langkasuka, yang muncul kira-kira pada kurun ketiga Masihi, suatu manifestasi bahawa Nusantara bukanlah terra nullius – tanah tidak berpenghuni.

      Nusantara adalah rantau yang luas meliputi wilayah negara-negara Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, selatan Thailand, selatan Filipina dan Timor Leste.

      Menjelang kurun ketujuh Masihi, Langkasuka dijadikan jajahan takluk Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu-Buddha berpangkalan di Pulau Sumatera, yang menguasai Nusantara lebih daripada 400 tahun.

      Srivijaya bukanlah kerajaan India tapi kerajaan Melayu yang dipengaruhi adat budaya India. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Brunei dipengaruhi nama Arab, iaitu ‘Darussalam’, ia tetap kerajaan Melayu dan bukannya Arab.

      Kekayaan Srivijaya dijana menerusi hubungan diplomatik dan perdagangan yang dijalin dengan China, India dan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah.

      Pusat kekuasaan ekonomi dan politik di Nusantara berpindah dari Sumatera ke Jawa pada hujung abad kedua belas, apabila Majapahit mengambil alih tampuk kepemimpinan kepulauan Melayu daripada Srivijaya.

      Jajahan takluk empayar ini sangat luas, mencakupi wilayah yang berdirinya Malaysia pada hari ini.

      Apabila Majapahit melemah pada kurun keempat belas, kesultanan Melaka pula melebarkan pengaruhnya ke seluruh Nusantara, menjadi sebuah kerajaan Melayu yang dihormati dan disegani.

      Kepulauan Melayu juga pernah menyaksikan jatuh bangunnya kerajaan-kerajaan rumpun Melayu lain yang tidak kurang hebatnya seperti Johor-Riau di Tanah Melayu, Palembang di Sumatera, Brunei di Borneo, Yogyakarta di Jawa dan Gowa di Makassar.

      Fakta-fakta sejarah ini jelas membuktikan bahawa orang-orang Melayu sangat berpengaruh di Nusantara, sehinggakan seorang sarjana British pada kurun kesembilan belas, Alfred Wallace, menamakan Nusantara sebagai ‘Kepulauan Melayu’.

      Delete
  13. isa3...Aku setuju dengan kau. Azmin lebih layak jika bergelar Presiden PKR. Dari Anwar tu...seribu kali lebih baik Azmin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bila kau cakap Azmin ni tak terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa semasa jadi MB Selangor dulu tu, aku tak berapa setuju lah. Tengok aje lah , berapa banyak yangbelah dia kaut dalam projek L/Rya DUKE tu. Berapa banyak prokek2 mega yang telah dianugerahkan kepada kroni2ya..dah tentu dia ada persen yang lumayan jugak. Adik iparnya yang masih muda belia dihadiahkannya konsesi lombong pasir. Malah harta nya yang dikatakan bernilai ratusan juta RM masih tersimpan kukuh dalam bank2 persisir pantai. Tengok lah, sampai sekarang dia tak berani menyaman Reggie Jessy, pengerusi NGO Malaysai baru berkitan tuduhan tersebut. W/pun begitu, aku tetap lebih menyokong dia jadi presiden.

      Delete
    2. GENG NAJIB yang NAJIS langsong takda beri bukti, link kapada dan punca maklumat yang boleh di percayai. Sapa cakap, bila, di mana dsb nya.

      Cakap keluar dari bontot dia ha nya busuk yang dia sendiri hidu.

      Siapa yang mahu pembaca percaya apa dia kata perlu keluarkan bukti, link dan punca maklumat yang boleh di percaya. Kalau tidak, syok senndiri le.

      Delete
    3. Sobat2 ...Nampak sangat kau ni baru keluar dari gua zaman batu, sampai apa yang berlaku dalam Msia ni kau tak tau. Dah jadi berita utama media sejak dari dul lagi. Kalau aku nak berikan link2 tu, mau penuh blog ni. Bosan pulak rakan2 lain nak membacanya. orang macam kau ni mana boleh menerima kenyataan. Yang kau suka dengar hanyalah fitnah, spin, pembohongan yang berterusan. Apa nka heran..cai2 PH macam kau ni dengan benda2 tu berpisah tiada. Klau sehari tak dengarnya..mau tak lelap tidur malam lah gamaknya. betul tak..tak payah lah malu2 nak ngaku, orang kampung kau semuanya dah tau beb !!!!

      Delete
    4. Kesultanan-kesultanan di Tanah Melayu

      Penjajahan Barat bermula di Kepulauan Melayu apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

      Bagaimanapun, kebanyakan kawasan-kawasan di Kepulauan Melayu pada ketika itu masih lagi merdeka dan bangsa rumpun Melayu masih lagi bergerak secara bebas meneroka kawasan-kawasan dalam wilayah Nusantara tanpa sebarang halangan.

      Orang-orang Melayu adalah kaum terbesar di Tanah Melayu dan boleh dibahagikan kepada dua kategori utama.

      Kategori pertama ialah anak jati - orang-orang Melayu yang memang berasal dari Tanah Melayu dan telah mengasaskan kerajaan-kerajaan di sini.

      Kesultanan-kesultanan Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Johor dan Pahang adalah contoh kerajaan-kerajaan yang telah ditubuhkan oleh golongan Melayu anak jati ini.

      Kategori kedua ialah anak dagang – orang-orang dari bangsa rumpun Melayu yang datang dari kawasan Kepulauan Melayu, di luar Tanah Melayu, dengan hasrat untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

      Kebanyakan mereka berketurunan Aceh, Batak, Bugis, Minang, Riau, Rawa dan Jawa. Mereka berhijrah secara sukarela dan tidak dibawa masuk ke Tanah Melayu.

      Bersama-sama Melayu anak jati, Melayu anak dagang telah memberi sumbangan yang besar dalam mencorakkan struktur politik prapenjajahan Tanah Melayu.

      Sebagai contoh, pengasas kesultanan Melaka pada tahun 1400, Parameswara adalah seorang Melayu dari Sumatera.

      Selain itu, kesultanan Selangor yang wujud di Malaysia pada hari ini telah ditubuhkan oleh orang-orang Bugis dari Makassar pada tahun 1756 dan orang-orang Minang dari Sumatera Barat menerajui kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1773.

      Sewaktu kesultanan Aceh mencapai puncak kegemilangannya pada kurun keenam belas, jajahan takluknya amat luas melebar dari Sumatera ke Tanah Melayu mencakupi negeri-negeri Kedah, Pahang dan Johor.

      Fakta ini jelas menunjukkan bahawa sebelum negara-negara moden seperti Malaysia dan Indonesia diwujudkan di Nusantara, orang-orang Melayu bebas untuk mengembara dan meneroka bukan sekadar daerah di dalam Tanah Melayu, malah kawasan di luar Tanah Melayu.

      Ini kerana keseluruhan Kepulauan Melayu dianggap sebagai wilayah bagi orang-orang rumpun bangsa Melayu

      Delete

    5. GENG NAJIB YANG NAJIS at 10:19,

      Bila ada yang ragukan kata2 kamu depa mintak punca maklumat atau link2 nya, kasi lah. Tak kish berbatu panjang komen kamu akibat nya.

      Masalah nya kamu mulut celupar, main bantai aje, lepas aje kata2 dari mulut kamu. Jadi, ada yang tak caya atau ragu kata2 kamu.

      Tak kisah lah dah keluar di berita beratus tahun dulu. Bukan semua pembaca ikuti berita setiap hari. Tak bermakna mereka kurang tamadun jika begitu - kamu pun kurang tamadun dari beberapa segi.

      Delete
  14. Parti apada..kronism..nepotism..berkem2..berkemah2..berpayung2..bersabung2..berlaga2..berapi2..

    Parti apandele..parti kacaubilau rupenye yeh..

    Tak usah gitu terikut2..usah kelam kabut..puak hantu diluar tu mau bikin ribut Bro..dorang seronoklh bg kitorang serabut..
    siapa lawan siapa lawan no hal..alas..rafizi mau beri seribu alasan pun x pa..
    Yg jelas politik gitulh..'x aku dulu ko' tiada yg tenteram tiada peduli atas kemuafakatan kesefahaman perkongsian dlm erti keadilan yg dlaung2kan..pegh jadi basi beb..yg berkaum jenis kepentingan harta kuasa serta x puas hati..mudah je lawan kasi pijak2 kasi rendam kasi padam..hari ni kawan esok lawan..hari ni lawan esok kawan..lama kelamaan reput sawan..maka jdlh parti puaka saka hantu jembalang setan..
    mcm bang Shah..

    Anwaer Ibrahim presiden..Azmin Ali tim.presiden..bg kami kalas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. "kronism..nepotism..berkem2..berkemah2 " .. akhir sekali ber GENG saperti GENG NAJIB YANG NAJIS.

      Sekarang di Malaysia sudah mula macam di US, bila ada pemerintahn baru, buang orang lama, ganti orang baru.

      Berlaku sebab busuk sangat Najib, orang2 nya dan Geng2 nya. Tak boleh simpan, nanti menanah jadi pekong.

      Malang nya sekor GENG NAJIB terlepas, menyelusup ke sini. Tapi kita balon dan tahikan dia bertalu talu selagi dia tidak berhemah, blogging dengan decorum and decency.

      Delete
    2. Tak setuju langsung dengan kaat2 kau tu. Anwar dah luput tarikhnya . Kini era orang2 muda macam Azmin untuk menerajui parti. Anwar ni hanya pandai cakap pong pang aje. Kononnya mendakwa pemimpin tahap dunia..piiirah. Setakat dapat perhatian dari Erdogan aje nak buat apa. Erdogan pun bukannya tokoh yang dihormati dalam dunia Islam pun.

      Kalau betul lah dia ni hebat sangat, apasal tak dijemput oleh pemimpin2 rantau kita ni??? pergi Indonesia pun, tak dapat berjumpa dengan Jokowi, walaupun Anwar berkali2 merayu nak jumpanya. Tak dilayan beb. Balik2 jumpa Amin Rais yang dah tak releven dan dipinggirkan dalam politik negara tu. PM Spore langsung tak pandang pun kat dia..bukannya dia tak tau Anwar ni PM in waiting. Orang yang dah meroyan sangat nak jadi PM macam ni tak layak jadi PM. Azmin jauh lagi bagus darinya..Selangor jadi bukti nyata depan mata. Takde sesapa pun yang boleh mempertikaikan fakta tu. Hanya orang yang buta minda dan buta hati aje yang tak nampak aatupun buat2 tak nampak. Azmin..bakal presiden PKR dan PM ke 8 in waiting..Khalas ya sheikh !!!!

      Delete
    3. Era penjajahan

      Garis pembahagian Kepulauan Melayu yang pertama telah dilukis oleh pihak British dan Belanda menerusi Perjanjian British-Belanda 1824, yang dimaterai di London, secara langsung mengasingkan Tanah Melayu dengan Pulau Sumatera dan Pulau Jawa.

      Perjanjian ini meletakkan Tanah Melayu dan Singapura bawah pengaruh British. Walaupun begitu, British tidak menjadikan kesultanan-kesultanan yang wujud di Tanah Melayu sebagai jajahan takluknya tetapi diberikan taraf negeri naungan, tanpa melucutkan sepenuhnya kedaulatan sultan-sultan yang bertakhta di negeri-negeri ini.

      Memang benar terdapat sedikit golongan dari komuniti Cina, iaitu golongan Baba Nyonya, yang telah menganggap Tanah Melayu sebagai tanah airnya.

      Namun begitu, perpindahan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu berlaku pada kurun kesembilan belas apabila mereka dibawa masuk oleh British dari provinsi selatan China, rantau yang sememangnya terletak di luar Kepulauan Melayu, untuk bekerja sebagai kuli dan buruh kasar di lombong-lombong bijih timah yang kebanyakannya terletak di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

      Pendatang-pendatang ini masuk ke Tanah Melayu dengan satu tujuan – peluang pekerjaan – tanpa niat untuk menetap selama-lamanya di Tanah Melayu.

      Orang-orang India juga dibawa masuk ke Tanah Melayu dari jajahan takluk British di India dan Ceylon sebagai buruh dan kuli.

      Kebanyakan imigran ini adalah lelaki dewasa bujang yang memang tidak berniat untuk menetap di Tanah Melayu kerana mereka mempunyai keluarga yang menunggu di India dan Sri Lanka.

      Imigrasi secara besar-besaran ini, tidak seperti penghijrahan orang-orang Melayu anak dagang, tidak dilakukan secara sukarela kerana mereka dibawa masuk oleh pemerintah British untuk mengusahakan lombong-lombong bijih timah dan perkebunan getah di Tanah Melayu.

      Imigran-imigran ini sudah tentunya mempunyai bahasa, adat, agama dan budaya yang berbeza dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu pada ketika itu.

      Kedudukan orang-orang Cina dan India di zaman tersebut tidak ubah seperti pekerja-pekerja migran yang dibawa masuk dari Indonesia dan Bangladesh di Malaysia pada hari ini kerana mereka tidak dianggap rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan mahupun rakyat negeri-negeri Tanah Melayu.

      Apakah orang-orang Melayu juga pendatang?

      Malaysia adalah negara pewaris bagi British Tanah Melayu dan Indonesia pula mewarisi wilayah-wilayah yang pernah menjadi sebahagian daripada Hindia Timur Belanda.

      Keadaan kini tidak sama lagi seperti di waktu zaman penjajahan.

      Kewujudan sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Indonesia beerti orang-orang Melayu atau bangsa rumpun Melayu tidak lagi boleh berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain di dalam Kepulauan Melayu tanpa halangan.

      Sebelum kemerdekaan Hindia Timur Belanda pada tahun 1945 dan British Tanah Melayu pada tahun 1957, sempadan antarabangsa yang memisahkan kedua-dua wilayah ini masih belum wujud.

      Pada ketika itu, seluruh Kepulauan Melayu dianggap sebagai wilayah bagi bangsa rumpun Melayu.

      Oleh itu, bagaimanakah orang Melayu boleh disebut sebagai imigran di dalam wilayahnya sendiri?

      Terdapat orang-orang Melayu Malaysia yang berketurunan Indonesia. Namun begitu, adalah tidak tepat untuk melabel mereka sebagai ‘pendatang Indonesia’ kerana leluhur mereka pada waktu itu cuma berhijrah dari satu kawasan ke kawasan yang lain dalam Kepulauan Melayu.

      Indonesia masih lagi belum wujud. Mereka sememangya orang-orang Kepulauan Melayu.

      Lagi pula, tidak terdapat kawalan imigresen ataupun kastam secara rasmi yang dikuatkuasakan oleh pihak British, Belanda mahupun kerajaan-kerajaan Melayu pada waktu itu.

      Delete
  15. GENG NAJIB YANG NAJIS, jangan lah kamu guna multiple nics lagi. Semua orang tahu bahawa jutice league itu kamu juga.

    Tulis aje komen2 di atas nama GENG NAJIB, apa salah nya?

    Asalkan kamu tak mengarut, bila kamu mahukan orng caya apa kamu cakap, kamu beri punca maklumat atau link nya sekali, tak masalah. Asalkan tak kopipes dan keluar tajuk pos, orang tak peduli. Kalau kamu menjawab orang, tak kira lah kalau keluar topik.

    Bila kamu tulis sendiri pendek pendek, banyak banyak komen pun tak mengapa. Apa mcam? Boleh? Kalau tak, kamu akan di bedal dan di belasah spt biasa lah. Akan terus menjadi NAJIS le kamu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...