Sunday, 17 June 2018

TIGA PENJURU - SIAPA MENANG, SIAPA KECUNDANG?

Pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan 30 Jun ini bakal menyaksikan persaingan tiga penjuru apabila Khairy Jamaluddin mengesahkan penyertaannya di saat-saat akhir, hari ini.

Ini bermakna Zahid Hamidi yang memangku jawatan Presiden UMNO akan dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan juga Khairy Jamaluddin.

Dengan pertandingan tiga penjuru yang menyamai apa yang berlaku seperti dalam PRU14 baru-baru, siapa menang dan siapa kecundang tentu saja semakin sukar diramalkan.

Siapakah pilihan perwakilan kali ini - Zahid Hamidi, Ku Li atau KJ?
Jika mahu disamakan pertandingan ini seperti persaingan PRU14 lalu, siapakah yang boleh diumpamakan sebagai BN, Pas Pakatan Harapan dan Pas?

Adakah Zahid Hamidi umpama BN, Ku Li umpama Pakatan Harapan dan KJ umpama Pas?

Atau adakah Zahid Hamidi umpama BN, KJ umpama Pakatan Harapan dan Ku Li umpama Pas?  (ShahbudinHusin 17/06/2018)

22 comments:


  1. Yang akan untung nanti ialah BERSATU.......

    ReplyDelete
    Replies

    1. Adakah tujuan Khairy ialah untuk membantu DS Zahid iaitu mengurangkan undi Ku Li?

      Tetapi penyertaan Khairy akan memecahkan undi DS Zahid. Ia akan memberi keuntungan pada Ku Li.

      Delete
    2. Kot Kerry Okspod tu boleh menang, Bang.

      Dia ada jentera Pemuda Umno nya.

      Duit pun ada. Kumpul masa dia Pengurus apekebende di Tingkat 4 zaman pak mertua nya Tun Dol dulu.

      Delete

    3. isa3,

      Kalau dia menang pun bagus jugak, makin berpecah umno.

      Ramai la parasit yang kecewa masuk Bersatu...

      Delete
    4. Tak tau bagus ke tak kalo dia menang, Bang.

      Dia banyak "gurkhas" - soldiers the British used to do the fighting for them. Very active, makan capati dengan dhal aje pun cukup, kuat keroje - ramai depa makan cara turun temurun, tak buang masa makan banyak lauk, tumbuk sambal belacan dll.

      Kalo menang, dia pimpin Umno/Bn lawan PH di Pru15, bole kasi kacau kpd Tun M atau sesiapa yg memimpin.

      Tapi heran sikit ngapa dia cepat akui Tun M perli dia mengata dia patut tanding jawatan Presiden. Jadi inspirasi kpd dia kot, kena chalen.

      Delete

    5. Pendapat kawan saya......

      Khairy berkomplot dengan seseorang dari PH untuk bertanding jawatan presiden Umno.

      Katakan seseorang itu disebut cara mudah En A. Beliau mempunyai penyokong senyap dalam Umno.

      En A memang mengharapkan Zahid menang tetapi apabila beliau melihat sokongan dari pemimpin Umno kepada Ku Li beliau merasakan Zahid akan kalah.

      Maka Khairy pula dipertaruhkan.

      Matlamat En A ialah untuk bergabung dengan Umno menubuhkan kerajaan. Kalau Ku Li menang susah sikit...

      En A adalah kawan baik Zahid dan Khairy.

      Suatu ketika dulu En A pernah terlibat dalam pemilihan Pas sehingga menyebabkan Pas berpecah. Strategi beliau diwaktu itu gagal.

      Siapa EN A? Saya pun masih tercari-cari.....

      Delete
    6. tak kira sape yg bertanding.........the main point is umno is rotten to the core.

      Hakikat sebenar........DNA umno ditolak oleh majoriti rakyat Msia......period.

      Itu pasal keputusan PRU baru2 ni tak menyebelahi umno/BN.

      Majoriti rakyat Msia sudah membuat pilihan dan keputusan muktamad.

      Delete
    7. Knp najib x bertanding ni. Bosan la. Dgr dia masih ramai penyokong sbb tu semakin ghairah menulis dlm sosial media. Dia pun x pernah lg bertanding jwtn presiden umno. Nak jg tgk populariti najib dlm umno pula.

      Delete
  2. Waaaaaah, Wak Jahid boleh ngata Mamak sekali lagi.

    Emak Kerry Okspod itu Mamak. Lihat gambar Kerry, selalu boleh nampak gelap double ee di keliling mata dia. Dia kumpulan double ee.

    Tentu Azees ex-Tabung Haji akan lari ke sana sini kempen untuk dia. Macam di kempen Ketua Pemuda dan untuk BN di Pru13. Kalau menang jadi Presiden dan menang Pru15, Azees double ee tentu jadi Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanye siket tentang "Azees double ee"... dia sedang betape digunung jerai ke sekarang.. senyap je... yang 'ee' tu apekebendenye.. saje je tanye...

      Delete
  3. Jangan terperanjat kalo Kerry Okspod menang.

    Behind every successful man is a woman. Emak dia.

    Emak dia very ambitious for the son. Tak tahu lah berapa pandai nya Kerry, tapi bapak dia pernah jadi Duta Besar Malaysia ke UK. Bapak dia pendiam. Kot emak dia pigi Oxford Univ, jumpa Vice Chancellor ke, lobbied a place for the son. (Ramai anak orang kenamaan, Duta2 Besar, termasuk US, masuk berlajar di Oxford Uni). Lulus, jadi Kerry Okspod.

    Namun demikian, Kerry nampak tak berapa pandai. Istiharkan nak jadi PM by 40. Sekang dah terlepas tempoh, tapi tak jauh lepas nya.

    Bertungkus lumus lah double ee - ada beberapa double ee di bahagian dan cawangan Pemuda Umno di negeri2. Mak dia jadi campaign manager, kot.

    ReplyDelete
  4. kalau tempat aku mamat ni dipanggil mat kental buah ladong....perasan bagus je lebih.
    belajar tinggi2 sampai dapat jadi menteri...duit juta2 hilang boleh ckp i don't know.
    what the heck.bloody fool nya kental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeop.......kita harap ex-oxford bijak, cekap lagi cerdik.

      Tapi hampa dan penoh kesal kerana dia pon sama berrrrmati-matian pertahankan kleptokrat.

      Di waktu rakyat bagi hints, isyarat dan peringatan tentang penyelewengan, pecah amanah dan rasuah yg dilakukan oleh kleptokrat..........ex-oxford ni tulikan telinga tolak tepi isyarat dari rakyat........sebaliknya dia terus-menerus bagi sokongan padu kepada ahli kleptokrat.........walau kita rakyat sudah disamun hingga kering.

      Begitulah taksub dan setia membuta tulinya kepada ketua kleptokrat.

      Berjuang untuk harta, pangkat dan nama sendiri lebih mulia dari berjuang untuk rakyat dan negara.

      Hinggakan ex-oxford ni secara berjemaah.......mencaci-hina Tun M dengan siap dibuat video ditayang di pentas PAU.............kemudian DS Mukhriz pulaakk digelar sebagai "Boboi".

      Maka kerana sikap taksub, angkuh, sombong dan bongkak itulah umno disingkirkan oleh rakyat.

      Teman terus terang di sini.........kaum keluarga dan sanak saudara teman memang tegar umno......sejak zaman Kapal Layar hingga ke dacing kami memangkah umno..........halaman rumah kampong kami siap pacak berbatang bendera dacing. Tapi......tu dulu yeoopppp......

      Tapi dengan perubahan perjuangan umno yg terrrsasar.
      Yg nampak lebih berjuang untuk ketua pemimpin........mewahkan isteri dan anak-pinak, penohkan kantong.

      Paling ketara menggunakan platform umno sebagai lubok meraih kemewahan dunia..........maka kami seluroh keluarga dan sanak saudara berubah haluan kepada Pakatan Harapan.

      Sape ajerrr lerrr yg bertanding udaaah tak penting lagi.........teman tetap sayonara umno dan BN.

      Delete
    2. Betul tu yeop teman pun dulu suka dgn umno ketika dibawah TUN tapi semenjak TUN letak jawatan teman da naik meluat semasa era tun tido.

      Datuk teman dulu adalah orang kuat sultan johor dan salah seorang yang bangun menentang malayan union sehingga tertubuhnya umno.

      Dan sekarang cucunya pula berdoa supaya umno terkubur apabila sudah lupa asas perjuangan ketika ia ditubuhkan.

      Teman adalah cucu maulana abbas(ibas banjar bukit pasir)

      Delete
  5. Bukan 3 penjuru lah brader.....7 penjuru utk jawatan Presiden UMNO....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau 10 penjuru atau langsong tak derrr penjuru pon deme tu tetap tak relevan lagi yeop.

      Delete
  6. nak idupkan api jer nie bagi umno hidup........jgn harap lahhh nak menang PRU 15 n 16....yg akan bersaing dgn PH nanti bukan puak2 ni.....generasi yg baru....bukan tkt 4 bukan kleptokasi bukan komidi bukan ku li.....itu pon kalau berubah.....kalau jadi yes sir....maka ke laut laaaa umno ni....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. DNA "YES SIR" masih kuat dan kental dalam umno.
      Susah nak ubah sebab udah jadi tebiat yeop.

      Delete
  7. Aslm shahbudin,

    Kj ini pandangan peribadi saya ada bakat. Tapi takde keikhlasan waima setelah umno terjerumus tewas dalam pru14. Kj cuba melunakkan peranan beliau dalam kekalahan tersebut sebagai tidak bercakap benar kepada presiden. Sedangkan umum mengetahui peranan beliau lebih besar lagi memyokong presiden yang terpalit dengan skandal kewangan yang besar dan berskala global. Membenarkan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dan berdiam diri sahaja terhadap kesusahan yang dialami oleh rakyat sedang pada masa yang sama cuba meraih sebanyak mungkin populariti peribadu berbanding menjalankan tanggungjawab sebagai menteri belia dan sukan dengan bersungguh-sungguh. Apa saja kemajuan dalam bidang belia dan sukan di bawah kepemimpinan kj? Pengangguran? Mat rempit? Kj sangat memilih dan terlalu berhati-hati dalam mengulas isu agar tidak menjejaskan masa depan politiknya. Mungkin juga kj lebih suka bn tewas dalam pru supaya memudahkan dirinya bertanding jawatan presiden.

    Apa yang pasti kj adalah oportunis dan populis. Pengorbanannya tidak terserlah sedangkan itulah ciri utama pemimpin. Berkorban untuk yang dipimpin demi memandu umat ke arah kebenaran dan kebaikan. Bukan berpaut pada jawatan lalu kelu kemam menutup mulut mata dan telinga terhadap kemungkaran. Kj sendiri masih tidak membersihkan dirinya yang terkait dengan skandal kewangan semasa bergelar menantu pm.

    Apapun, pada masa sekarang pun masih tiada pemimpin umno yang meminta maaf kepada rakyat kerana telah merogol khazanah negara secara beramai-ramai. Walaupun tidak berparti, sudah tentulah saya tidak akan pernah mempertimbangkan umno atau mengesyorkan umno sebagai parti yang perlu dipilih. Malah saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan umno terus berkubur selagi mereka tidak mengaku dan meminta maaf terhadap kesalahan yang mereka telah lakukan. Apalah yang boleh dilakukan oleh manusia-manusia yang hanya bekerja untuk kesenangan peribadi.

    Wallahualam.

    Budak jawa

    ReplyDelete
  8. KJ ni sudah tunjuk pekung masa mertua dia memerintah dulu....geng tkt 4.....sombong bongkak dan berlagak....masa time najib PM menangis2 minta supaya najib simpati gan dia....bermuka muka laaaa....sekarang nak tunjuk baik.....minta maaf ler.....sudah nampak lu nye jahat bro....gi jahanam....

    ReplyDelete
  9. Semoga Geng-geng Luncai terus kekal berada didalam gaung !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...