Malam ini akan berlangsung program ceramah besar-besaran di Langkawi yang akan dihadiri oleh semua pemimpin utama Pakatan Harapan.
Tun Mahathir Mohamad, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Muhyiddin Yassin serta beberapa nama lain adalah antara yang disenaraikan hadir dan akan berucap dalam program malam nanti.
Pada malam nanti juga dijangka akan berakhir penantian dan teka-teki kawasan mana yang akan ditandingi oleh Tun Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri.
Adalah dijangka Tun Mahathir akan membuat pengumuman rasmi dan mengesahkan bahawa Langkawi adalah kawasan yang akan ditandinginya dalam pilihanraya pada 9 Mei nanti.
Jika sebelum ini, sebaik Tun Mahathir membayangkan ura-ura mahu bertanding di Langkawi, selain Najib Razak sendiri sudah dua tiga kali berkunjung ke pulau lagenda itu sambil menghamburkan banyak gula-gula dan peruntukan, jentera-jentera UMNO dan BN juga turut sibuk turun padang untuk menemui pengundi-pengundi.
Difahamkan macam-macam sudah mula diberikan, ada yang dapat peralatan letrik, barangan dapur, duit belanja dan sebagainya.
Cabutan bertuah yang diadakan pula bukan lagi hamper sebagai hadiahnya, sebaliknya sudah naik taraf kepada motorsikal untuk ganjaran utamanya.
Tidak mustahil selepas Tun Mahathir mengumumkan secara rasmi akan bertanding di Langkawi ini, bukan saja Najib akan lebih kerap datang ke pulau itu, bahkan tentunya lebih banyak buah tangan dan gula-gula akan terus dihulurkan kepada pengundinya.
Kalau ada cabutan bertuah di majlis anjuran BN selepas ini, tidak mengejutkan jika hadiahnya meningkat lagi kepada sebuah kereta atau rumah kos rendah dan sederhana.
Betapa beruntungnya orang penduduk Langkawi, jika dulu pulau tersebut dimajukan ketika Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri, kini kehadirannya bertanding di Pulau Langkawi nyata membawa seribu rahmat lagi kepada mereka.
Jika bukan Tun Mahathir yang begitu ditakuti oleh Najib bertanding di Langkawi, sudah tentu tiadalah segala nikmat yang mencurah-curah seperti sekarang ini.
Hanya kerana Tun Mahathir bertanding di Langkawi, pengundi Pekan dan Bagan Datuk yang diwakili oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pun tidak semeriah mereka di Langkawi dilayan serta diberikan bermacam-macam habuan.
Bermakna, jika dibenarkan Tun Mahathir mencalonkan namanya di semua kawasan Parlimen dalam pilihanraya kali ini, maka beruntung samalah mereka yang tinggal di tempat-tempat lain juga.
Tapi, apakan daya...Tun Mahathir hanya boleh bertanding di satu kawasan saja, maka buat sementara ini di situlah kawasan yang akan dijadikan tumpuan oleh UMNO dan BN untuk menewaskan bakal Perdana Menteri itu.
Namun, jika rakyat seluruh Malaysia ingin sama mendapat nikmat dan keselesaan selepas ini, apa yang perlu mereka lakukan bukan saja memastikan Tun Mahathir menang di Langkawi, tetapi juga menjadikan Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru bagi negara ini.
Kemenangan Pakatan Harapan adalah kemenangan bagi rakyat dan menjamin keselesaan berterusan buat seluruh rakyat negara ini.
Pakatan Harapan adalah kerajaan demokrasi yang ada perasaan dan hati, bukannya bercirikan kleptokrasi. (ShahbudinHusin 15/04/2018)
ReplyDeleteSalam,
ADAKAH SEMUA BAKAL PENGUNDI TAHU BAHAWA HARAPAN SEPAKAT MENGGUNAKAN LOGO PKR?
1. Saya ingin menyuarakan sesuatu yang mungkin agak remeh namun amat merisaukan....
2. Saya amat risau selepas berbual dengan beberapa bakal pengundi semalam. Apa yang merisaukan saya ialah mereka masih tidak faham bahawa untuk mengundi Pakatan Harapan mereka perlu memangkah simbol PKR.
3. Sebenarnya ramai pengundi yang sesetengahnya tidak berapa peduli dengan pilihanraya masih tidak memahami logo tunggal kita walaupun telah diterangkan.
4. Apabila saya berbual dengan penjawat awam dan mereka masih tidak memahami, maka ini amat mengejutkan. Adakah pak cik dan mak cik kita dikampung tahu tentang persepakatan simbol ini. Bagaimana dengan pengundi Felda? Kita perlukan undi mereka untuk menang.
5. Adakah kita hanya perlu undi dari golongan bandar dan terpelajar sahaja? Ataupun yang ada ekses kepada media sosial sahaja? Ataupun yang berminat tentang politik sahaja?
6. Untuk mengurangkan masalah ini saya ingin mencadangkan agar semua penceramah dan petugas parti dari semua parti dalam Pakatan Harapan memakai baju T yang tertera TANDA X (pangkah) dan LOGO PKR serta BERWARNA HITAM DAN PUTIH seperti yang akan dicetak pada kertas undi.
"Dalam pada itu, Mohd Hashim berkata, penggunaan bagi kertas undi hanya menggunakan cetakan warna hitam dan putih sahaja dan tiada cetakan warna yang diguna pakai bagi simbol parti seperti dalam laman sesawang SPR"
7. JANGAN LAGI MENGGUNAKAN BAJU MENGIKUT PARTI........INI MENGELIRUKAN PENGUNDI.......
8. Amat penting sekali untuk TUN M memakai baju ini pada setiap kali menyampaikan ceramah malahan pada setiap masa, supaya penyokong beliau memahami bahawa untuk menyokong Tun dan PH, perlu memangkah logo PKR pada kertas undi.
9. Mungkin kereta TUN M juga perlu diletakkan TANDA X dan LOGO PKR.....
10. Cetak TANDA X dan LOGO PKR besar-besar dibahagian depan dan belakang baju.
11. Setiap penceramah perlu sentiasa menerangkan pada orang ramai tentang logo ini, jangan ambil mudah.........
12. Terangkan bahawa pastikan memangkah lambang 2 BULAN SABIT YANG BERTAUT......kalau suka pangkah....kalau tak suka pun pangkah.....
13. Adakah kita perlu ada maskot yang seluruh pakaiannya berwarna HITAM DAN PUTIH dan ada TANDA X dan LOGO PKR? Mungkin perlu..........supaya ia menarik perhatian pengundi....dan mudah masuk dalam ingatan pengundi.......belon udara juga mungkin boleh memberi kesan.....
Ingat......bukan semua pengundi cerdik dan bijak seperti kita yang hari-hari memikirkan tentang politik...........
Jangan ambil mudah!!!!!!!!!!!!!!!!!
Jangan ambil mudah!!!!!!!!!!!!!!!!!
Masih bekum dari gua agaknya.
DeleteKehadiran Tun M kerapkali membawa rahmat. Negara telah mengecapinya semasa Tun M menjadi PM.
DeleteSelepas ini sprm pula akan mengenepikan calon2 PH. Pelbagai alasan rasuah yg pelik2 dihubungkaitkan dgn calon2 PH. Berhati2 PH. Jgn kantoi minit terakhir. Sediakan calon pengganti semasa pencalonan nnt.
DeleteSalam saudara Ronin,
Saya bersetuju dengan saranan saudara.
Untuk mengelakkan masalah tersebut terjadi, PH boleh menaja seorang calon bebas. Sekiranya calon PH dibatalkan pendaftaran maka calon bebas ini akan diistiharkan mewakili Harapan.
Sekiranya tiada masalah, maka calon ini boleh menarik diri......
Semoga Allah Ta'ala memanjangkan usia Tun Dr.Mahathir Muhammad,, Aamiiin Yaa Rabb
DeleteRonin..nak betulkan statement kau tu yang ternyat silap. Sebenarnya kedatangan Madey bukan membawa rahmat, tapi bala bencana , khususnya dari segi perpecahan perpaduan kaum di negara ini. Yang membawa rahmat ialah DSNR...ada saja peruntukan besar yang pasti dikurniakannya kepada rakyat di tempat2 yang dilawatinya. Haaah..kenyataan macam ni lah baru betul !!!!!
DeleteCelaka Najib (Kamus kata celaka = bawa malang). Macam macam di lakukan nya bagi membawa malang kpd PH. Termasuk membubar sementara PPBM, tak membenarkan pendaftaran PH.
DeleteBagus syur2 supaya PH tentukan pengundi2 kurang keliru itu.
Tambah pula, siapa yang rajin sembahyang hajat, doakan lah supaya Umno/Bn lingkup di Pru14.
Dulu Tok Guru Nik Aziz usahakan sembahayang hajat beramai ramai, doakan KO-kan Umno. Hampir di makbulkan doa itu - Umno/Bn kalah undi popular, hilang 2/3 majoriti di Parlimen, dan dapat keputusan yang paling teruk dalam sejarah.
Alaaaaa...Nak buat apa susah payah nak cetak T-Shirt, stiker dan buat peringatan pada rakyat agar mereka memangkah logo PKR masa PRU14 nanti. Buang masa , wang ringgit dan tenaga aje...hakikatnya bukan PH boleh menang pun nanti. Cuba belajar dari BN..tak perlu nak bersusah payah mengingatkan rakyat untuk memangkah dacing..mereka dah sebulat tekad untuk terus mengundinya dalam PRU14 nanti. kalau rajin , tanyalah mana2 rakyat Msia yang waras, dacing tetap memjadi pilihan mereka..hanya mereka yang kurang waras aje yang mengundi selain dari dacing !!!!!!
Deletesy sokong. sebwlum ini pun sy mnyeru semua blogger ph mnyiarkan besar2 logo pkr di awal artikel utk dan kekalkn sehingga pru berakhir.
Deletelogo memainkn peranan penting. logo pkr telah established tp masih perlu di sebar luaskn. sy setuju dgn logo hitam putih penting takut oengundi tk perasan beza dhn logo pas yg juga ada bulat di tengahnya.
sebarkn logo pkr seluas2nya
Geng Najib, kau kata "tanyalah mana2 rakyat Msia yang waras, dacing tetap memjadi pilihan mereka."
DeleteKau tanya berapa ketul aje? Ingat lah, di Pru13 korang kalah undi popular.
Ini korang pakai mcam macam taktik gengster, tukar sempadan kawasan undi, bubarkan PPBM, tak luluskan pendaftran PH, hari mengundi di tengah minggu.
Tapi, Tuhan tu kaya, yang di tindas di pelihara nya juga, sebab rakyat bosankan 1MDB, GST dan macam macam lagi tak betul di pemerintahan Najib, mungkin Najib Umno/Bn lingkup di Pru14 ini.
Amat amat setuju dengan cadangan ini.Tidak semua pengundi cerdik dan jangan kelirukan mereka khususnya pengundi luar bandar.Sementara masih ada masa,disyorkan semua bentuk paparan semasa tempoh kempen ini dicetak logo PKR berserta tanda 'X' dan berwarna hitam putih supaya memudahkan dan tidak mengelirukan pengundi luar bandar.Begitu juga semua penceramah Pakatan Harapan,kena guna logo PKR dan tanda X..Ini saja peluang kita,,,ayuh sama sama selamatkan negara Malaysia tercinta
DeleteHari ini MB Kelantan telah mengarahkan Penolong Pegawai Kanannnya untuk membuat laporan polis berhubung laporan palsu Husam musa berkenaan melulus kawasan balak baru di balai polis pada 12.43 tengah hari tadi di Balai polis Kota Bahru, Kelantan.
DeleteLaporan dibuat untuk tindakan pihak polis ke atas laporan palsu di bawah akta berita tidak benar 2018.
Kalau saman Husam Musa tak ambil. Tutup pintu sehingga saman terpaksa diiklan di akhbar. Semasa ceramah hebat cabar saman. Kalau tak betul PAS boleh saman.
Kali ini PAS test akta baru, teengok terkencing tak Husam Musa. Patutlah sehari dua nampak baik aje solat beriman dengan Nik Abdul..
Akta Baru ni HARAPAN tentang, supaya sedap dia orang fitnah. Tapi PAS setuju sebab PAS jadi mangsa fitnah.
Sy btl2 sokong pandangan dan pendapat tuan.. semua parti di PH harus mula gunakan baju2 yg mngunakan logo PKR di stiap ceramah PH..
ReplyDeleteBtul tu..lgi2 mkcik2 felda yg suka bergosip..asyik2 pangkah dacing saje
ReplyDeletepakatam tak payah bertanding di Pekan, kasi najib menang free di sana. kesian juga pada Pekan, x dpt habuan..
ReplyDeletePH menang di Pekan, tukar jd Bandar. Baru naik taraf tpt tu. Tak ada kemajuan. Hehehehe
DeletePerlu ada pesaing baru dpt peruntukan@ projek mencurah-curah..12:09
Deletesdr chimpara 8 1209,
Deletemaaf, sya kurang bersetuju jika najib d beri kemenangan percuma d parl pekan.
itu pd saya adalah pendpt seorang 'defeatist'. Tun m pernah menyarankan bahawa kita 'lwn tetap lwn' n 'it is doable'. bahkan kita bolih menang jika dana mencukupi n strategi gempurnya mantap.
memang lah amat sukar utk mengalahkan calun pertahana tapi dgn ada nya calun PH, maka sekurang kurang nya beliau terpaksa berkampung d Pekan yg akan mengakibat kan kawasan2 parliamen yg lain bebas utk d serang olih penceramah2 PH yg berwibawa.
true, najib 's win wil b hollow if UMNO/BN loses in other areas. But his loss wil b like n icing on d victory cake. n many, especially tun m will b most happy that we r able 2 put this kleptocratic couple in their proper places.
saya pernah juga menyatakan bahawa setakat ini kekalahan d Pekan dlm tgn n kemenangan belun lagi nampak bayang nya .
"TAPI LAWAN TETAP LAWAN".
Aikk...hari tu berdegar2 cakap Madey bahawa dia akan bertanding di Putrajya, katanya PJ ni dekat di hatinya, bnayak kenangan nostalgia ada di situ. Sekarang Putrajaya dah diserahkan pada TS Rashid, untuk 'dikorbankan' di tangan Ku Nan dan Madey dah lari cari tempat selamat di Langkawi.Apasal tak tunggu di Putrajaya tu...sebenarnya dia dah nampak memang takde harapan nak menang kat situ, kalah dah tentu..takut2 hilang wang deposit pulak..itu lagi seram.
ReplyDeleteTakde sebarang tanda pun Madey ni boleh menang di Langkawi. Ikut kajian para penganalisa politik negara yg non partisan, peluangnya hanya 50-50, mungkin akan jatuh lagi bila dekat hari mengundi. Sokongan wrga Langkawi yg seolah2 memihak kepada Madey baru2 ni hanyalah superficial aje, nampak macam kukuh di luaran, tapi rapuh kat dalam. Apatah lagi dengan komitmen tinggi yang telah diberikan oleh DSNR dan BN untuk terus membela dan mensejahterakan nasib mereka seperti yang terkandung dalam manifesto BN baru2 ni, dah tentu ia pasti akan memberi kelegaan kepada warga langkawi. kalaulah ditakdirkan Mahsuri masih hidup lagi sekarang ni, sudah pasti dia lah yang paling gembira dan bersyukur di atas keperihatinan yg telah ditunjukkan oleh DSNR dan BN terhadap pulau legenda tu.
Kalaulah betul seperti yang didakwa oleh Madey bahawa sokongan rakyat jelata terhadapnya sangat kuat di seluruh negara, apa sal dia tak berani menyambut cabaran DS Hisham dan Dato Nik Abduh agar bertanding melawan DSNR di Pekan??? Kan katanya, sambutan rakyat Pekan tersangat hebat terhadapnya, dah tentu takde masalah untuk dia menang di tempat DSNR tu...betul tak kengkawan???
Ko cakap tak da harapan menang..tp lawan 50/50..
DeleteApe yg ko Cuba nak pusing bngsat..lagi satu,,perlu ke dikongsikan strategi kat public,lebih2 kat lahanat mcm ko ni gang bang..opp GN.
Keluar berita terkini yang mengatakan Din Pagoh pasti akan bertanding di DUN Bukit Gambir di Muar. kawasan parlimen akan juga ditandinginya, tapi belum dimuktamadkan.
ReplyDeleteApasal lah Din Pagoh ni tamak sangat sampai nak bertanding di kedua2 tempat..DUN dan Parlimen??? tak kesian ke kat calon2 Bersatu yang lain, ini dah macam nak makan sorang aje. pilih salah satu aje lah, takkan lah dua2 pun nak dirembatnya..ini dah macam menutup peluang dan periuk nasi calon Bersatu lain untuk merasa bergelar YB.
kalaulah betul Din ni bertanding di Dun Gambir dan menang. dah tentu dia akan sekali lagi menjadi MB Johor. Takkanlah nak jadi ADUN biasa aje..taraf dia tak layak tempat tu. Exco pun tak boleh..jatuh maruah beb. persoalan yang timbul..sebelum ni dah dipersetujui MB bakal dari Amanah, tapi nampak gayanya melepas lagilah Amanah ni. Tak habis2 kena kincin dengan Bersatu. Dulu tu pasal penagihan kerusi parlimen..sekarang jawatan MB pulak. Baru aje Amnanah nak kebah dari 'demam' tu, dah kena Tibi pulak. Habislah Johor kalau Din Pagoh ni jadi MB Johor lagi sekali, makin banyaklah tanah2 melayu kat negeri tu akan tergadai macam masa dia jadi MB dulu.
pasal kerusi parlimen yang belum pasti tempat yg akan ditandinginya tu. apasal tak kekal kat Pagoh aje??? Sebenarnya Din dah nampak peluangnya untuk menang lagi sekali di Pagoh cukup2 tipis, hampir takde langsung. Dulu pun masa dia menang, dia bertanding atas tiket UMNO, tapi kini tiket Bersatu lambang PKR. Jangan mimpilah nak dapat undi dari orang2 UMNO, takkan ada punya. Ingat Melayu di Pagoh adalah majoriti dan mereka totok UMNO. Din dah nampak benda2 ni, sebab tulah tak berani bertanding lagi sekali kat situ...umpama menyerahkan lehernya untuk disembelih aje. Takpasti parlimen mana yang dia nak bertanding..kat Muar ..gerun pulak dia pada DS Razali..dan tempat tu pun dah ada calonnya iaitu Sadiq Sigaragar, ketua pemuda Bersatu.SS tu bakal diganyang habis2an ajelah dengan DS Razali...macam ikan kerapu yang nak disiang untuk dimasak asam pedas Muar. Takpelah..kat mana2 Din Pagoh ni nak bertanding bukanlah persoalan yang besar..sebabnya dia pasti tewas kat tempat tu !!!!!
Klu dh menang nti habis semua nye dibolot...
ReplyDeleteRasanya belum terlewat untuk kita mengucapkan jutaan tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei yang telah mengharumkan nama Msia kerana kejayaanya merangkul pimgat emas dalam acara perseorangan badminton lelaki di sukan komawel Gold Coast sebentar tadi.
ReplyDeletekebetulan terjumpa seorang rakan yang kerap membeli sayur2an dari kebun aku. Dia menyatakan kegembiraannya kerana kemenangan tu..dan yang bestnya, dia menganalogikan Dato' Lee Chong wei ni umpama DSNR dan BN. Tambahnya lagi...mulanya DLCW ni tidaklah diberikan harapan yangbtinggi untuk menang setelah kalah dalam single semasa acara berpasukan, tapi dengan semanagt yang tinggi dan tanpa mengenal putus asa, dia bangkit untuk menjadi juara dalam acara single. tegasnya..inilah persamaan antara DSNR dan BN dengan DLCW, dalam keadaan BN tidak diberikan harapan yang besar untuk menang dalam PRU14 ni, mereka mampu bangkit di saat2 akhir untuk meraih kemenangan besar lagi sekali, menumpaskan Madey dan PH.
Nampak macam keanak2an analoginya tu...tapi jika difikirkan dengan hati dan jiwa yang terbuka luas, memang ada kebenarannya. Bijak betullah rakan aku tu...dia pun bersikap non partisan macam aku jugak. kalau orang biasa macam dia mampu berfikir kritis macam tu...agak pelik jika cai2 yang melambak2 kat sini tak boleh berfikir macam dia. Aku amat2 yakin, cai2 ni semuanya berpendidikan tinggi...bukan macam aku yang lulus MCE aje. kadang2 pendidikan tinggi tak menjamin bahawa mereka semua boleh berfikiran kritis...hanya mampu menjadi seperti burung kakak tua yang mengulang2kan apa yamg disebut2 oleh tuannya...kalau kat sini dah tentu tuan mereka ialah Madey dan pimpinan2 PH yang lain tu !!!!!!
Ralat..Kawan aku tu yang pendidikannya setakat MCE aje. Aku hanyalah lulusan LCE ..tak sempat melangkah ke tingkatan 4 kerana masalah kewanagn keluarga yang tak memungkinkan aku menyambung pelajaran.
DeleteApasal ko tak pohon PTPTN..ko nak salahkn kluarga ko pulak...bangsat punya anak..
Deletekalau zaman tunku Abd.Rahman Mahadhir di anggap hero melayu..sejak berkawan dgn dap dalam harapan ...imej beliau..jatuh rendah sekali..meludah jilat kembali..kita tahu siapa disebalik tabir yang mengerakkan gerakan mahadhir menjatuhkan pimpinan kerajaan berteraskan melayu umno dengan alasan salah guna kuasa....zaman mahadhir tiada salah guna kaa...begitu bersih sekali kata dulang paku cerpeh
ReplyDelete14:33,,
DeleteAndai TM,tiba2 kembali sokong Najib,,ko kata apa pulak...?
Dah berak, suap&makan balik?
Apa yg berlaku skrng,,
Yg pastinya DAP tak rembat perbendaharaan Negara..apa yg ko risau sngt psl DAP..?yg bnyk memalukan agama Islam&bangsa adalah umat Islam &bangsa Melayu itu sendiri..
betul tu yg memberi peluang dan ruang adalah bangsa kita sendiri..kenape perlu salahkan org lain..jlow tu melayu ke...?!!
DeleteUmardzan bingai!! Apa masalahnya dgn DAP? Apa masalahnya mengundi parti lain selain umno? Kan negara ini negara demokrasi!!! Rakyat nak ubah kerajaan bukan sbb kena hasut, tapi atas kesedaran mereka sendiri yg malu dgn pemimpin yg kononya islam, melayu tetapi dicemuh diserata dunia dgn skandal kewangan terbesar abad ini dan rakyat yg bergelut dgn kos sara hidup!!! Ingat rakyat bodoh ke sesenang kena hasut termasuklah kononya DAP akan perintah malaysia kiranya PH menang!!
DeletePooraahhhhh! Bodoh!
Itu mgkin bugis peranakan Arab..
ReplyDeleteTu yg najib&cai2 saying bebonar kat dia.
https://youtu.be/FK-8x2VpHKI
ReplyDeleteDunami melayu melaka?
Ape dah jadi?...berita yg tak ade dlm tibi3 utusan dan bh